Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Jumaat, 9 September 2011

MB Ghani berdolak dalik









LIDAH MB JOHOR JUGA BERCABANG!

Mungkin akibat lama sangat pakai songkok zapin. Setelah Perdana Menteri Dato’ Sri Najib dicop sebagai pemimpin berlidah biawak, kini seorang lagi pemimpin UMNO iaitu Menteri Besar Johor (gambar) mengesahkan bahawasanya beliau juga sama darjat dengan Najib - “lidah bercabang”.

Sebelum ini dalam sebuah buku terbitan Yayasan Warisan Johor (YWJ),bertajuk “Pengukir nama Johor” beliau telah membuat pengakuan bahawa Mat Indera ialah seorang
Pejuang kemerdekaan yang tulin. Tiba-tiba hari ini beliau membuat pusingan “U turn” atau mengubah kenyataannya yang berbunyi,… Mat Indera adalah pengganas yang kejam dan zalim..

Adakah ini menghairankan? atau mengejutkan? Ooo tidak ! sebab? Sifat-sifat sebagai seorang pemimpin UMNO sememangnya begitu - penuh hipokrit dan flip-flop
Kita lihat sebahagian dari isi kenyataan beliau kelmarin...

Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata Mat Indera yang terlibat dengan gerakan menentang penjajah ketika negara diperintah oleh British, bukan seorang pejuang kemerdekaan sebaliknya pengganas yang kejam dan zalim.

Beliau berkata berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM), sebagai Ketua Rejimen ke-10 yang kejam dan zalim serta mengancam keselamatan orang awam pada ketika itu.

Betul kata Mahathir,.. Melayu Umno mudah lupa ! atau Melayu Umno pandai buat-buat lupa! Melayu Umno jenis muka tebal. Cakap pagi lain, cakap petang dah lain pula!. Berbahagialah kamu wahai Dato’ Abd.Ghani Othman. Berbanggalah kamu dengan setiap tutur katamu yang lunak, palsu dan beracun itu. Semoga ia benar-benar menjadi racun kepada dirimu dan UMNO Johor khasnya.

Oleh : rahimothman

1 ulasan: