Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Sabtu, 3 September 2011

Ini misi maut, Kelab putera Umno mesti bertanggungjawab

Peta menunjukkan perang di Mogadishu, Somalia bermula 2010 sehingga kini. Kerajaan Persekutuan menguasai sebahagian sahaja manakala kumpulan Hisbul Islam dan As-Sabab menguasai sebahagian.

Setiap misi kemanusiaan ke Somalia mestilah dikaji dahulu, sepatutnya hanya tentera komando yang terlatih sahaja yang membuat riki dahulu dan pastikan ia selamat bagi peserta misi, barulah hantar pasukan kemanusiaan, kelab putera janganlah terburu-buru dan jangan berlagak pandai...

Jurukamera BernamaTV maut kena tembakan curi


Noramfaizul Mohd Nor, 41 jurukamera BernamaTV telah meninggal dunia selepas terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia, malam ini.

Rakannya yang juga wartawan BernamaTV, Khairulanuar Yahaya, yang turut serta dalam misi itu berkata, dalam kejadian 10.30 malam waktu Malaysia itu, Noramfaizul bersama rakan media elektronik menaiki trak ke sebuah pusat komersial untuk menghantar berita apabila beliau terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi paru-parunya.

Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada 11.07 malam waktu Malaysia. Waktu Malaysia lima jam lebih awal daripada Mogadishu.

Tembakan itu dipercayai ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media membuat liputan berita tetapi tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.

Misi tersebut yang berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur, dijangka pulang 8 September ini. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Komen