Isnin, 14 Januari 2013
Guru BI inikah yang nak diimport? Eja pun tak betul
Ura-ura Kementrian Pelajaran Malaysia yang mahu mengambil guru Bahasa Inggeris dari Benua India bagi mengatasi kekurangan guru subjek tersebut perlu dikaji semula malah sepatutnya dibantah kerana ramai anak kelahiran Malaysia yang masih mengganggur (tiada pekerjaan tetap) dari kalangan mahasiswa lulusan dalam dan luar negara yang lebih fasih dan lebih layak dari atas.
Kenapa mereka ni buntu sangat, orang yang duduk dalam kementerian kena kaji mengapagagal melahirkan guru BI ini, jangan berdiam diri, malas berfikir, yang pencen dilanjutkan tapi tak reti mengajar BI buat apa... sekat lagi kemasukan guru baru... menyusahkan pelajar dan ibubapa sahaja...
Apakah kerana kemelut ekonomi yang melanda menyebabkan terpaksa ambil guru luar sedangkan kosnya adalah mahal, sibuk yang luar, tak peduli yang dah ada sumber dari dalam negara.
Kalau begini cara TPM mentadbir, jika naik jadi PM maka akan lebih parah dan krisis guru sekolah akan bertambah kritikal.
Cina Mulia Kerana Islam : Hafizah dari Negara Tionghua
Wanita-wanita Cina Hafidzah 30 Juzuk Al-Quran
Gambar di atas menunjukkan wanita-wanita Cina yang baru sahaja lulus menjadi seorang hafidzah Al-Quran. Seseorang yang hafal Al-Quran selalu istimewa.
Wanita-wanita Cina yang telah mendapat predikat HAFIDZAH AL-QUR'AN telah melalui masa-masa sukar. Mereka tidak mampu bercakap Bahasa Arab secara FASIH kerana loghat bicara yang berbeza.
Akan tetapi mereka menunjukkan bahawa walaupun demikian, terbukti mereka mampu mendapat gelaran Hafidzah-hafidzah Al-Quran, mendapat sanad, Ijazah dengan berjaya menamatkan pengajian. Subhanallah
Terbukti Islam tidak dimiliki oleh bangsa Arab dan Melayu (baca Melayu Umno) sahaja. Iman dan auratnya terpelihara walaupun mereka adalah manoriti di Tanah besar China, Persaudaraan yang terjalin berasaskan aqidah bukan atas dasar bangsa dan suku kaum. Takbir!
Ahad, 13 Januari 2013
Beli paper Guang Ming Daily Walaupun Aku Tak Faham
..
Muka hadapan Akhbar GMD foto Himpunan Kebangkitan Rakyat di dalam Stadium Merdeka dan persertanya melimpah hingga ke luar.
Saya berada di bawah score board Stadium Merdeka pada perhimpunan ini pada mulanya agak gusar dengan kehadiran peserta kalau hanya sekadar penuh dalam stadium sehingga ada veteran Pas Kluang bekas Pesara Tentera Jurutera yang mengatakan paling tinggi 200 000, raut wajah dan bahasanya macam mengiayakan bahawa perhimpunan ini hambar malah lebih teruk kehadirannya dari Himpunan Bersih 3.0 yang lalu, betul (pada pandangan matanya) tetapi ternyata salah kerana beliau tak kira dan tak nampak orang melimpah luar stadium dengan berdiri dan berarak di atas jalanraya dan duduk aman di bawah pokok serta berehat di dalam bangunan masjid mencecah 1juta.Takbir...
Khamis, 10 Januari 2013
Rintihan Ahli Umno Kaki Surau
ana sangat tertarik dan sangat setuju dgn artikel diatas. bagaimana nak puluhkan Umno Ana dulu adalah AJK Cawangan UMNO. Tetapi apabila ana mula berjinak dgn Surau/ Masjid, ana mula tawar hati dgn perjuangan UMNO.
Ambil lah contoh yg kecil; disetiap perjumpaan UMNO, percampuran diantara lelaki dan perempuan tidak ada batasan. Lelaki dan perempuan bersalaman sesama satu sama lain tanpa segan silu.
Ana terasa sangat tertekan apabila menghadiri majlis seperti berikut. Kalau tak bersalaman, dianggap kurang sopan. Kalau bersalaman, haram.
Apabila ada program UMNO, solat yang ditunaikan oleh peserta hanya jika ada tertulis dalam aturcara majlis. Kalau tak ada dalam aturcara, maka tak bersolat lah peserta termasuk pemimpim-pemimpinnya tuang solat.
Kalau ada yang bersolat pun bilangannya sangat kecil lebih kurang 5% saja. Jika ada masaalah yang harus diselesaikan, maka pendekatan Islam adalah “the last resort”.
Seperti dalam ayat Inggeris “as time goes by” ana pun tinggalkan perjuangan UMNO
Jangan Sekadar Kenduri Tahlil Berzanji Kenduri Aruah : Maza
Ramai tokoh-tokoh UMNO bertanya pendapat saya, apakah caranya untuk memulihkan UMNO. Saya terlebih akui bahawa saya bukan ‘orang politik’ untuk menghuraikan masalah UMNO. Namun, sebagai seorang yang dianggap ada sedikit sebanyak pengetahuan tentang Islam, saya ingin menyentuh soal Islam dalam UMNO.
Islam itu sebagai ad-din dalam kehidupan masyarakat Islam, termasuklah masyarakat melayu yang secara majoritinya mengakui Islam sebagai nadi hidup mereka. Jika UMNO inginkan masyarakat melayu menerima mereka, UMNO mestilah mendokong dan menjaga nadi hidup mereka ini dengan baik.
Justeru itu, jawapan saya mudah sahaja: “UMNO! Kembalilah kepada Islam tulen!” UMNO mesti memainkan peranan sebagai gerakan dakwah kepada Islam yang tulen, moderat dan progresif. Apabila saya kata demikian, bukan bererti saya menafikan keislaman UMNO sebelum ini, atau unsur-unsur Islam yang sedia ada dalam UMNO. Namun apa yang jelas keislaman UMNO itu perlu diperkukuh dan proses perbaikan kelemahan perlu dibuat segera.
Allah sendiri dalam al-Quran pernah menyebut: (maksudnya)
“Wahai orang-orang yang beriman! Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, serta kepada kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), juga kepada Kitab yang telah diturunkan sebelum daripada itu. Dan sesiapa yang ingkar kepada Allah, Malaikat-malaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.” (Surah al-Nisa, ayat 136).
Dalam ayat ini Allah memerintahkan orang yang beriman agar beriman. Bagaimana begitu? Tidakkah itu seakan-akan memerintahkan apa yang sudah terlaksana?! Tidak!
Maksudnya seperti kata al-Imam Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini: “Allah ta’ala memerintahkan hamba-hambaNya yang beriman agar masuk secara keseluruhan dalam segala syariat iman, cabang, rukun dan tiangnya. Ini bukan suruhan agar melakukan perkara yang sudah tersedia, sebaliknya ia bermaksud lebih menyempurnakan yang sempurna, menetapkannya, mengukuhkannya dan berterusan atasnya”.
Dalam konteks UMNO, hendaklah mereka menghidupkan Islam dalam gerakannya kerana yang sedia ada itu tidak mencukupi.
Islamisasi Program
Di sini, saya tidak mahu bercakap tentang falsafah-falsafah politik yang besar-besar. Sudah saya sentuh isu-isu yang lebih prinsip dalam banyak tulisan saya yang lepas. Saya juga tidak berbicara untuk tujuan bagaimana UMNO ingin mengekalkan kuasa. Itu kerja orang politik.
Saya bercakap untuk kepentingan setiap individu muslim yang ada dalam UMNO. Saya ingin mengajak orang UMNO berfikir secara ‘kampung’ sahaja. Saya harap orang UMNO jangan kecil hati, saya bermaksud ingin menceritakan ubat bukan untuk menambahkan penyakit.
Saya ingin bertanya, apakah kita dengar seorang ibu atau bapa menyebut: ‘anak saya dulu lemah pegangan Islamnya, atau kefahaman Islamnya, tetapi sekarang menjadi muslim yang baik penghayatan dan kefahamannya kerana aktif dalam UMNO?!. Atau anak saya dahulu kurang kefahaman agamanya tetapi selepas aktif UMNO, dia lebih memahami Islam yang sebenar.
Saya rasa agak sukar ungkapan seperti itu ditemui. Jika adapun mungkin kes terpencil bukan fonomena umum. Saya jumpa ramai orang yang ingin kembali menghayati Islam, kebanyakan mereka tidak akan memilih UMNO. Sama ada mereka memilih organisasi atau gerak kerja Islam yang lain, atau pertubuhan politik yang lebih ‘mensepandukkan’ lambang Islamnya.
Secara jujur, akuilah iklim dan suasana islamik tidak cukup kuat dalam UMNO untuk mereka yang ada semangat Islam rasa selesa boleh menumpang atau mengambil manfaat. Namun saya tidak menafikan UMNO juga ada membuka dan mengusahakan pelbagai ruang untuk Islam dalam kerajaannya. Itu kerajaan, namun di sudut parti jika ada program-program Islamik dalam UMNO ia amat terhad.
berzanji songkok tinggi
Lebih menyedihkan lagi berputar sekitar ‘kenduri tahlil’, barzanji, kenduri arwah dan yang sewaktu dengannya. Di samping program-program itu boleh dipertikaikan sejauh manakah tuntutan Islam mengenainya, ia juga tidak memberikan impak yang dapat merubah peribadi atau meninggalkan kefahaman dan penghayatan seseorang individu muslim.
Seseorang aktif dalam sesuatu pertubuhan atau organisasi atas dua kepentingan, sama ada untuk dirinya atau masyarakat. Atau, boleh juga disebut kerana ikhlas tanpa kepentingan atau ‘ada udang di sebaliknya mee’. Untuk menjadikan seseorang ikhlas, bagi muslim agama adalah faktor penting.
Apabila kita merasakan gerakerja itu ibadah, jika tiada keuntungan pun kita akan buat, harta sanggup berikan, nyawa sanggup kita taruhnya. Inilah kekuatan organisasi Islam. Sekalipun sebahagian yang bernama Islam itu pada hakikatnya tidak Islamik, namun apabila mereka berjaya mencetuskan suasana yang Islamik, ramai yang tertarik. UMNO hendaklah jujur terhadap Islam zahir dan batin.
Hidupkan program-program Islam dalam UMNO. UMNO kena galakkan pengajian dan suasana ilmu dalam UMNO. Hidupkan pendekatan Islam yang tulen, matang dan progresif. Sehingga setiap yang masuk akan terasa perubahan diri, sikap, pemikiran dan akhlaknya. Jadikan ibubapa akan rasa seronok jika anaknya aktif UMNO kerana nanti nilai-nilai ketinggian budi, kematangan pemikiran, keutuhan ilmu akan terzahir pada kehidupannya.
Tokoh-tokoh pemikir yang baik, jujur dan progresif hendaklah dijadikan tonggak pengisian UMNO. Jangan paksa atau ajak ulama masuk UMNO, tetapi ambillah pendapat dan cadangan yang baik daripada para ulama yang ikhlas, progresif dan tidak berkepentingan. Jika hal itu dapat digarabkan ke seluruh pelusuk masyarakat melayu, penghayatan Islam akan meningkat, secara tidak langsung mudah-mudahan Allah memberikan kebaikan kepada niat yang jujur ini. Jika pun UMNO tidak menang pilihanraya, UMNO boleh menang pahala mengajak masyarakat menghayati Islam dan persepsi negatif akan dapat dikikis.
Imej UMNO sering dikaitkan dengan kurang islamik. Di sudut kefahaman UMNO dikatakan kurang faham Islam. Walaupun sebahagian pihak yang mendakwa itu, kefahaman mereka belum juga tentu betul dengan Islam tulen yang dibawa oleh Nabi s.a.w.
Sebaliknya sebahagian mereka yang mendakwa itu sekadar memahami Islam berdasarkan rekabentuk atau rupa paras yang dicorakkan oleh organisasi atau parti mereka. Tafsiran mereka berdasar tuntutan semasa politik mereka. Namun apapun, imej Islam itu dikaitkan dengan mereka samada ia benar atau disalahgunakan.
Tidak dengan UMNO, sedangkan ruang menonjolkan Islam yang tulen serta progresif begitu diperlu oleh umat manusia terutama dalam negara kita ini. Bukan semesti pemimpin UMNO kena tukar jadi ulama. Banyak organisasi dakwah atau Islam tidak dipimpin oleh mereka yang bertaraf ulama, tetapi diakui nilai islamik mereka.
Jangan UMNO takut kehilangan undi bukan Islam, itu satu kesilapan. Islam jika ditonjolkan secara adil dan bijaksana ia akan menarik hati semua pihak. Masyarakat ingin melihat nilai akhlak dan budi yang baik. Dalam soal Islam, UMNO mestilah bebas dari unsur kemelayuan, kerana Islam agama sejagat. Jika Islam yang universal itu ditonjolkan, bukan sahaja boleh memikat perasaan mereka, bahkan mungkin menjadi dakwah untuk mengajak mereka kepada Islam.
Mungkin ada yang menganggap mustahil hal ini boleh berlaku dalam UMNO. Walaupun saya secara peribadi bukan ahli UMNO, namun pernah cuba membaiki dan menguatkan pegangan Islam dalam Kerajaan UMNO Perlis ketika saya menjadi Mufti Perlis. Alhamdulillah, saya melihat ada kesannya yang bukan sedikit.
Ramai pemimpin ketika itu yang menjadi peminat pengajian ilmu sehingga program-program wakil rakyat dipenuhi dengan pengisian ilmu. Lantas, perjalanan kerajaan pun ditekankan soal penghayatan Islam. Orang kampong keluar berduyun-duyun tanpa dipaksa apabila saya dan kepimpinan kerajaan pergi ke masjid-masjid atau majlis untuk berucap. Hubungan hati antara kerajaan dan rakyat menguasai suasana.
Maka, kesan tidak langsung ketika itu rakyat tidak membuang UMNO di Perlis, walaupun disingkirkan di Kedah yang bersebelahan dengannya. Namun, bukanlah agenda saya untuk memenangkan UMNO dalam pilihanraya, tapi agenda saya ialah dakwah. Saya inginkan Islam itu subur dalam semua organisasi termasuklah UMNO.
Dakwah ini merentasi sempadan parti dan organisasi. Justeru itulah saya menasihati UMNO. Nabi s.a.w pernah menghantar surat Hercules berbunyi:
“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, daripada Muhammad Pesuruh Allah kepada Hercules Pembesar Rom, salam sejahtera kepada sesiapa yang mengikut petunjuk. Seterusnya, aku menyeru kamu dengan seruan Islam, terimalah Islam nescaya kamu selamat. Allah akan memberikan kamu dua ganjaran. Jika kamu enggan, kamu menanggung dosa rakyat bawahanmu..(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Menjejaki sunnah itu, maka saya katakan kepada UMNO, lakukan proses islamisasi politik secara bersungguh-sungguh, nescaya kamu selamat!
Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Langkah yang menyekat kebebasan mengamalkan agama : Penganut Sikh
oleh:
al-Husseyn
Sultan Sharafuddin, Sultan Selangor, sebagai Ketua Agama Islam
ingin membuktikan bahawa beliau adalah benar-benar penyelamat agama
Islam di Selangor lalu mengumumkan pengharaman orang bukan Islam di
negeri ini daripada menggunakan perkataan “Allah”.
Langkah itu diambil kerana baginda merasakan, Islam terancam bila
penganut agama lain mahu menggunakan kalimah Allah sebagai tuhan mereka.
Apakah Baginda selama ini tidak tahu bahawa Agama Sikh menggunakan
kalimah Allah sebagai merujuk kepada tuhan mereka?
Ramai yang tidak percaya bahawa Baginda tidak menyedari hakikat
mengenai penggunaan ‘Allah’ dalam agama Sikh ini memandangkan Baginda
diketahui agak rapat dengan Kavita Kaur.
Tidak mungkin, Baginda sebagai ketua agama Islam tidak pernah
berbual-bual atau bertanya tentang tuhan, agama anutan kenalan baiknya,
Kavita Kaur itu.
Dalam satu kenyataan, Presiden Majlis Gurdwara Malaysia (MGC),
Jagir Singh berkata bahawa langkah untuk menghalang orang bukan Islam
daripada menggunakan perkataan “Allah” dalam teks agama akan menjadi
sekatan ke atas Sikh daripada mengamalkan agama mereka.
Bahawa perkataan ‘Allah’ adalah merupakan sebahagian daripada teks
asal Suci Sikh Sri Guru Granth Sahib Ji dan Allah telah digunakan
berkali-kali dalam teks asal untuk merujuk kepada maha kuasa, kehadiran,
belas kasihan dan berbelas kasihan satu Tuhan, kata Jagir.
Kita harap, Kavita Kaur boleh tolong jelaskan perkara ini kepada
Ketua Agama Islam negeri Selangor ini dan maklumkan juga bahawa :
Sebuah Mahkamah Tinggi pada Disember 2009 telah membenarkan
perkataan “Allah” tidak terhad kepada orang Islam sahaja dan Gereja
Katolik mempunyai hak perkataan itu untuk diterbitkan dalam seksyen
Melayu akhbar mingguan, Herald mereka. Sumber
Laluan Isa Samad RUMIT, Peneroka Menang

Keahlian Isa Samad dalam KPF batal dan tidak sah
Hafiz Yatim 9 Jan 2013
Keahlian kontroversi Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF) diisytiharkan batal dan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Hakim Datuk Zaleha Yusof membatalkan keputusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Mei lalu bahawa walaupun ia mendapati KPF melanggar undang-undang kecilnya dalam menerima Isa (bawah) sebagai ahli, tetapi memutuskan dia boleh kekal sebagai ahli.
Keputusan hari ini akan menjejaskan usaha Isa untuk menjadi pengerusi KPF seperti yang pernah dicadangkan sebelum ini, tetapi dibantah oleh beberapa ahli KPF. KPF merupakan koperasi terbesar di Malaysia.
"Hakim telah bersetuju dengan kami bahawa keputusan yang dibuat oleh suruhanjaya itu adalah tidak wajar dan diberikan mandamus (perintah) untuk keahlian Isa dibatalkan. Dalam erti kata lain, beliau telah membenarkan permohonan kami untuk semakan kehakiman," kata peguam Mohd Hanipa Maidin, yang mewakili peneroka Felda yang memfailkan permohonan itu.
Oleh itu, katanya, mahkamah juga membenarkan satu certiorari untuk membatalkan keputusan SKM itu. Abdul Talib Ali dan tiga anggota lain KPF telah memohon untuk semakan kehakiman berikutan keputusan suruhanjaya itu Mei lalu.
Mereka yang mencabar keputusan tiga anggota MCSC membenarkan Isa kekal sebagai ahli KPF walaupun ia mengakui pelantikan Isa adalah tidak sah. Mereka menamakan ahli panel suruhanjaya dan KPF sebagai responden.
Langgan:
Catatan (Atom)



