Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Selasa, 20 Mac 2012

Abd Kadir Sheikh Fadzir Tinggalkan Umno...yang lain menyusul




Dipetik dari : MalaysiaTribune

Pemimpin veteran Umno yang juga bekas menteri kabinet, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini mengisytiharkan keputusannya untuk meninggalkan parti itu.

“Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong Umno Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli Umno Malaysia mulai hari ini,” katanya dalam satu kenyataan media ringkas.

Abdul Kadir walau bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa beliau berbuat demikian.

Pemimpin berusia 73 tahun itu menjadi ahli Umno dan memegang jawatan dalam parti berkenaan sejak tahun 1956 sehingga sekarang – selama 56 tahun.

Beliau pernah menjadi exco pemuda Umno selama 10 tahun dan ahli majlis tertinggi Umno selama 24 tahun di samping jawatan-jawatan lain seperti ketua pemuda Umno negeri Kedah dan sebagainya.

Beliau juga menjadi ahli pentadbiran kerajaan Malaysia sekitar 30 tahun, selaku setiausaha politik, setiausaha parlimen, timbalan menteri dan menteri. Antara kementerian yang pernah diterajuinya termasuk kementerian penerangan dan pelancongan.

Pada minggu lalu, Abdul Kadir meletakkan jawatannya selaku Bendahari Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu – jawatan terakhirnya dalam Umno.

Beliau kini adalah timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) yang diterajui seorang lagi pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

Abdul Kadir sering mengeluarkan kenyataan yang membidas Umno, termasuk dakwaan BN membeli undi dan tiada kebebasan bersuara dalam parti itu.

17 Mac lalu, Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Lembaga Disiplin Umno sedang mengumpul maklumat dan bukti berhubung dakwaan Abdul Kadir dan akan bertindak ke atasnya.- malaysiakini

Sokong Yahudi sekiranya mereka menghormati rakyat Palestin

Anwar Tidak Sokong Israel Secara Membuta Tuli

Oleh: ruhan

Saya telah membaca satu analisis yang dibuat oleh blog Pencacai Minda Intelek Melayu tentang isu Anwar sokong Yahudi. Penganalisisan yang dibuat oleh blog itu telah menjadi pegangan semua pihak yang selama ini cenderung menggunakannya untuk menghentam ketua pembangkang itu, termasuk Menteri Luar Malaysia. Namun demikian, setelah diteliti dan dinilai secara saksama, saya mengambil keputusan untuk menyatakan perkara-perkara di bawah.

PETIKAN ASAL

“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the inspirations of Palestinians. Malaysia has consistently refrained from establishing diplomatic relations with Israel, although limited commercial ties exist between private companies in the two countries.

TERJEMAHAN BLOK MINDA INTELEK MELAYU

“Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel,” kata Encik Anwar, walaupun dia berhenti pendek berkata beliau akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu, satu langkah yang katanya kekal luar jangka ke atas Israel menghormati aspirasi rakyat Palestin. Malaysia secara konsisten tidak menjalin hubungan diplomatik dengan Israel, walaupun terhad hubungan perdagangan yang wujud di antara syarikat-syarikat swasta di kedua-dua negara.

ANALISIS BLOK MINDA INTELEK MELAYU

Sebenarnya, ada dua perkara yang diterangkan di dalam perenggan tersebut yang tidak semestinya bersangkutan di antara satu sama lain.

1 Anwar Ibrahim menyokong segala usaha demi melindungi keselamatan Negara Israel.

2. Anwar berhasrat mahu membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel bergantung kepada aspirasi rakyat Palestin.

Lumrahnya, ayat 'menyokong segala usaha demi melindungi keselamatan negara Israel' merupakan satu kenyataan ganjil yang keluar daripada mulut individu yang mengakui dirinya umat Islam.

Sama ada anda ahli UMNO atau PAS atau PKR atau pun atas pagar, ayat tersebut tidak mungkin terfikir di otak filiran kita ini kerana 'menyokong segala usaha demi melindungi keselamatan negara Israel' juga boleh dimaksudkan menyetujui tindakan Israel menyerang negara Palestin yang dianggap mengganggu-gugat keselamatan negara tersebut.

Israel boleh buat apa sahaja untuk melindungi negara mereka dan Anwar Ibrahim akan menyokongmereka?

Tidakkah janggal dan sungguh pelik tetapi dalam masa yang sama menimbulkan rasa mual terhadap ketua pembangkang tersebut?

Anwar Ibrahim jangan salahkan media perdana atau pemimpin lain jika mahukan penjelasan tentang kenyataan beliauitu.

Dan beranikah suspek liwat itu menyaman The Wall Street Journal atau menegur mereka?

ANALISIS SAYA

Secara keseluruhannya, terjemahan di atas amat rendah mutunya. Buktinya, proses itu dilakukan dengan menterjemah perkataan demi perkataan.

Oleh sebab itu, bunyinya canggung. Orang Melayu tidak kata berhenti pendek, sebaliknya berhenti seketika. Begitu juga halnya dengan ungkapan kekal luar jangka ke atas. Inilah kelemahan menterjemah perkataan demi perkataan.

Sepatutnya anak ayat dalam keseluruhan ayat itu difahami maksudnya dahulu sebelum menterjemah. Kita semua tahu bahawa untuk melihat Israel menghormati aspirasi rakyat Palestin berada di luar jangkaan masyarakat dunia.

Fakta inilah yang lebih menepati maksud anak ayat itu.

Ayat yang kedua dalam petikan itu diabaikan dalam analisis ini kerana tidak menimbulkan apa-apa kontroversi, sekurang-kurangnya dalam kes ini.

Sehubungan itu, apakah terjemahan yang lebih tepat kepada ayat pertama dalam petikan itu?

“Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel,” kata Encik Anwar, walaupun dia berhenti seketika (sebelum menyambung) dengan berkata beliau akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu, satu langkah yang dianggapnya kekal di luar jangka terhadap (kesediaan) Israel menghormati aspirasi rakyat Palestin.

Oleh sebab itu, saya tidak boleh terima ungkapan tidak semestinya bersangkutan dalam analisis tersebut. Sesiapa pun sepatutnya mengetahui bahawa ayat yang dibina dalam petikan itu ialah ayat majmuk.

Menurut hukum tatabahasa, dalam tiap-tiap ayat majmuk ada lebih daripada satu ayat yang berhubung antara sama lain bagi melengkapkan maksudnya. Untuk menyatakannya tiada bersangkutan adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

Dalam agama Islam pun kita tidak boleh menyebut La ilah untuk kalimat La ilah haillallah kerana maksudnya ialah tiada Allah.

Mengapa penganalisis memilih untuk mentafsir ayat tersebut mengikut acuan ini menjadi tanda tanya saya pada mulanya.

Namun, tanda tanya saya terjawab setelah bertemu dengan dua fakta yang dinyatakan oleh penganalisis selepas terjemahan itu. Saya terkejut membaca fakta pertama itu.

Mana mungkin fakta itu dianggap sebagai inti maksud sedangkan ada berjela-jela lagi pernyataan yang mengikutinya.

Sekali lagi saya menemui jawapan terhadap pilihan yang dibuat oleh penganalisis. Mind setnya yang sedia ada adalah bukan sahaja untuk menghunjam si penutur malahan juga mengharapkan pembaca mempercayai kata-katanya dan timbul syak wasangka terhadap penuturnya.

Perbuatan ini tidak dianjurkan oleh Islam. Tidak wajar sama sekali membuat kesimpulan di pertengahan jalan.

Saya lebih tergamam apabila membaca ungkapan ‘mahu membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel bergantung kepada aspirasi rakyat Palestin’.

Penganalisis tidak memberikan apa-apa alasan untuk berpegang kepada kesimpulan yang dibuatnya.

Ini satu tindakan yang berbahaya dalam penulisan, kecualilah dia benar-benar ada niat untuk mengelirukan pembaca! Kemungkinan itu tidak boleh ditolak dalam analisis ini jika kita memberi tumpuan kepada terjemahan longgar yang dibuatnya.

Cara dia menyorokkan ungkapan ‘Israel menghormati aspirasi rakyat Palestin’ menyerlahkan niat sebenar penganalisis. Atas maksud itulah penutur dilanyak habis-habisan. Keadilan telah dinafikan.

Subahat yang diutamakan. Ini pegangan orang yang taksub kepada sekularisme dan tidak hiraukan adab yang diajarkan oleh agama suci kita, Islam.

Berdasarkan kesimpulan di atas, tidaklah begitu menghairankan jika penganalisis dengan angkuh dan sombongnya mengungkapkan semua ayat selepas mengutarakan dua perkara itu.

Riak dan ujub terpancar dengan jelas dalam semua pernyataan yang dicatatkannya. Saya sesungguhnya berasa amat sedih kerana penganalisis memilih teknik dan taktik yang sumbang dalam menyampaikan hujah-hujah separuh masaknya.

Di samping itu, penganalisis telah menyerlahkan sikap berpihak dalam penulisannya. Apabila sikap itu dipraktikkan dalam penulisan, maka penuhlah isi kandungannya dengan prasangka dan niat buruk. Bukankah Islam mengatakan sikap-sikap negatif itu amalan syaitan?

KESIMPULAN

Tidak ada isu sebenarnya dalam laporan media yang dimaksudkan. Isu hanya timbul setelah kandungannya diputarbelitkan oleh pihak yang nampaknya tidak bertanggungjawab.

Walau apa-apa pun yang berlaku, sesuatu yang pasti menurut ketentuan Allah ialah kebenaran pasti mengatasi kebatilan. Isu ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada umat Islam tentang peri pentingnya menyebarkan maklumat yang bukan sahaja betul tetapi benar.

Kebatilan tidak akan berjaya walau secanggih mana sekalipun sesuatu itu diolah atau digubah. Fakta sebenarnya ialah Anwar hanya menyokong Israel sekiranya negara itu menghormati aspirasi rakyat Palestin. Wallahu’aklam!!!

M'sia Paling Selamat Adalah Bohong

Kuantan — Seorang suri rumah kini berada dalam keadaan tertekan apabila anak gadisnya Siti Nur Fatihah Mahadi (gambar), 15, hilang sejak tengah hari semalam dipercayai diculik tiga individu dalam kejadian di Taman Tas dekat sini.

Nor Mala Mohd Lazin, 34, berkata, kejadian berlaku ketika anak sulungnya itu ke kedai telefon berhampiran rumah mereka bersama dua adiknya Siti Nurul Aishah dan Mohd Shahmi Aiman yang masing-masing berusia 11 tahun.

"Saya terkejut apabila kedua-dua anak saya pulang tergesa-gesa ke rumah sambil menangis tanpa kakaknya dan apabila ditanya mengapa menangis, mereka memberitahu kakak Fatihah dilarikan orang,” katanya kepada pemberita, di rumahnya di sini hari ini.

Katanya, beliau diberitahu Nurul Aishah bahawa kakaknya dilarikan dengan sebuah kereta bercermin gelap dipandu seorang wanita yang turut dinaiki dua lelaki.

"Kereta tersebut tiba-tiba berhenti berhampiran mereka sebelum seorang lelaki yang duduk di belakang membuka pintu dan menarik Fatihah. Kedua-dua adiknya itu sempat menarik kakak mereka namun terlepas,”
katanya.

Beliau berkata, Fatihah yang merupakan pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan di sini, adalah anak yang baik dan tidak akan ke mana-mana tanpa keluarga.— BERNAMA

Ulasan GB

Adakah ini penutup bagi Tema Hari Ini: Malaysia Paling Selamat?

Ahad, 18 Mac 2012

Jemput Semua Ahli Ke Kuliah Bulanan


Kuliah Bulanan diteruskan semula selepas Sambutan Maulid Rasul pada bulan lepas. Jangan lepaskan peluang untuk mendapat ilmu dan kefahaman mengenai agama dan siasah bersama Ustaz kita pada 9.00 malam ini.

Ijtimak PRU Dewan Ulama Sukses

Tn Haji Saion menerima fail program




Simpang Renggam : Telah berlangsung Majlis Ijtimak Pilihan raya ke 13 Dewan Ulamak PAS Johor pada Sabtu 17 Mac 2012 di sini.

Majlis dimulakan dengan ucapan Aluan Naib Dewan Ulama Ustaz Azlisham, dan taklimat PRU negeri Johor oleh Sdr Sahak.

Majlis kemuncak ialah pembentangan dari Ust Md Zin Bin Abd Rahman Pengarah PRU Dewan Ulamak Pas Pusat yang menggariskan keperluan Ulama untuk menghadapi PRU yang akan datang tidak lama lagi.

Institusi Ulamak masih menjadi kehormatan kepada masyarakat melayu, walau tegar mana pun penentangannya tetapi masih ada rasa hormat dan mendengar kata dengan para ustaz.

Setiap Kawasan yang bertanding samada Dun atau Parlimen dibekalkan dengan fail tugasan dan amalan rutin untuk dipenuhkan dan dijadikan panduan menghadapi PRU13.

Sembrong diwakili oleh YDP dan Setiausaha Kawasan kerana Ketua Urusan Ulamak ada kelas. Majlis bermula 9.00 pagi dan selesai pada 1.00 petang.

Ceramah Pakatan Luarbiasa

Ceramah2 Pakatan Rakyat lebih memberi kesan dari siaran radio TV propaganda BN.


gambar hiasan ni memberi peringatan dan amaran kepada UMNO

Wak sungguh heran, mengapa ceramah2 yang di anjurkan oleh Pakatan Rakyat sentiasa mendapat sambutan hangat di kalangan rakyat. Boleh di katakan setiap cerama di adakan walau di mana ceruk rantau negeri pun pasti full house punye.

Satu lagi keheranan yang sungguh bagi Wak ialah tentang manusia yang hadir tu, boleh dikatakan 90% terduru dari pak aji dan mak aji. Cuba bayang kan setiap tahun musim haji berapa ramai yang pergi menunai kan haji ketanah suci. Pada kesimpulan nye Wak buat andaian bahawa hampir semua pak aji2 dan mak aji2 ini adalah penyokong PAS.

Memang tidak boleh di nafikan bahawa sokongan terhadap PAS semakin bertambah setiap kali PRU. Calun2 PAS yang kehilangan wang pertaruhan sudah tidak kedengaran lagi, bahkan peratus undi yang mereka perolehi semakin bertambah besar.

Setiap kali PRU, kedudukan PAS semakin melangkah ke hadapan setapak demi setapak. Kini kekuatan PAS bertambah perkasa kerana mendapat sokongan padu dari penyokong2 DAP dan PKR. Tentang sokongan dari DAP ni Wak masih lagi ragu2 tentang kejujuran nye.

Sebalik nye UMNO pula yang menerima peratus undi nye bertambah mengcil dan semakin berkurangan. Ini telah membukti kan bahawa orang2 melayu/islam sudah mula berhijrah keluar tinggalkan UMNO. Mereka masuk PAS tanpa mengisi borang seperti orang2 PAS yang 'masuk' UMNO.

UMNO dalam bahaya, Pakatan Rakyat kini sedang berada dalam posisi tendangan penalti kedalam gol UMNO

Hakim Non-Muslim Sokong Islam

Hakim Amerika Pertahan Islam Di Mahkamah

Mungkin agak ganjil mendengar tajuk di atas . Semua orang tahu sikap Amerika terhadap Islam. Bagi Amerika,Islam sering dikaitkan dengan keganasan. Namun ironinya semakin kuat Amerika menentang Islam dilaporkan semakin ramai rakyat di sana makin berminat dengan Islam.

Tragedi 911 telah menyebabkan perkembangan Islam di Amerika berlaku dengan agak pantas. Salah satu indikasi bagi perkara ini adalah selepas serangan 911 Al-Quran menjadi kitab yang paling laris dijual di beberapa wilayah di Amerika bagi tempoh yang agak lama .Minat rakyat Amerika dengan Al-Quran sehingga menyebabkan Penerbit buku yang terkenal , Penguin Books, yang telah menerbitkan Al-Quran dalam bahasa Inggeris melaporkan ia telah mencetak lebih dari 20,000 naskah AlQuran sejurus berlakunya tragedi 911.

Akhbar USA Today melaporkan di dalam artikel bertajuk “"People Want to Know, so Koran is Bestseller," penjualan naskah Al-Quran telah berganda 55 kali selepas 911. Apabila ditanya tentang perkara ini salah seorang sarjana barat yang amat bersimpati dengan Islam, John Esposito menyatakan “ kekuatan Al-Quran adalah mana-mana orang Islam atau sesiapa sahaja membuka mana-mana helaian Al-Quran akan mendapat mesej betapa Islam memandang tinggi tentang nyawa dan kehidupan manusia.”

Kes terbaru yang berlaku di sebuah Mahkamah di Pennsylvania, Amerika juga agak menarik minat saya untuk menulis artikel ini. Ia melibatkan seorang Islam , Talaag Elbayomy yang memukul seorang Atheist, Ernie Perce yang telah menghina Nabi Muhammad s.a.w . Ernie Perce telah memakai pakaian yang menunjukkan kononnya mayat Nabi Muhammad s.a.w. sedang bangun dan berjalan di dalam satu perarakan sempena menyambut hari Halloween. Perbuatan beliau telah mengakibatkan Talaag Elbayomy yang kebetulan bersama keluarganya menyaksikan perarakan tersebut merasa bahawa perbuatan Earnie Perce tersebut menghina Rasulullah s.a.w lalu memukul lelaki athiest tersebut.

Pegawai Polis yang bertugas di perarakan tersebut iaitu Brian Curtis berpendapat tindakan lelaki athies tersebut adalah termasuk di dalam kebebasan bersuara yang dijamin oleh Pindaan Pertama Perlembagan Amerika maka beliau telah menangkap lelaki Islam yang memukul lelaki Athies tersebut. Dipendekkan cerita akhirnya lelaki Islam tersebut telah didakwa atas tuduhan menggangu ( harrassament ) lelaki Athiest tersebut.

Kes tersebut telah dibicarakan dihadapan Hakim Daerah, Mark Martin. Hakim tersebut telah memutuskan lelaki Islam tersebut tidak bersalah dan membebaskan beliau. Apa yang menarik semasa beliau membebaskan lelaki Islam tersebut beliau telah memberi syarahan berikut :-

“Setelah mempunyai peluang tinggal lebih dari dua tahun di negara umat Islam saya rasa saya mempunyai pengetahuan sedikit sebanyak tentang Islam. Hakikatnya saya ada senaskah Al-Quran di sini.. Saya ingin mencabar kamu tuan ( lelaki Athiest tersebut ) tunjukkan kepada saya di mana di dalam Al-Quran yang menyatakan bahawa Muhammad telah bangun dan berjalan bersama orang-orang yang dah mati. Oleh itu sebelum kamu memperolok-olok agama orang Iain kamu sepatutnya berusaha untuk mengetahui agama tersebut

Di dalam masyarakat kita ( Amerika ) kita mempunyai Perlembagaan yang memberi kita banyak hak khususnya hak di bawah Pindaan Pertama. Amat malang setengah orang menguna Pindaan Pertama tersebut bagi membuat provokasi ke atas orang lain dengan sengaja. Saya tidak fikir itulah yang diniatkan oleh datuk moyang kita terdahulu. Saya rasa datuk moyang kita berniat untuk mengguna Pindaan Pertama tersebut bagi membolehkan kita menyampaikan apa yang ada di minda kita dan bukannya bagi menghina dan mencerca orang lain atau budaya mereka – yang malangnya itulah yang kamu lakukan.”

Hakim itu kemudiannya meneruskan syarahan beliau tentang Islam seperti berikut :-

“ Saya tidak rasa kamu sedar tuan bahawa di sana terdapat perbezan yang besar bagaimana Amerika melaksanakan Kristian – saya faham kamu adalah seorang Athiest ( tidak percaya agama ) – tapi kamu kena faham bahawa Islam bukan sekadar agama. Islam adalah cara hidup dan budaya mereka . Islam adalah segala-galanya bagi mereka ( orang Islam ) . Mereka bersembahyang lima kali sehari dan menghadap Mekah . Untuk menjadi orang Islam yang baik sebelum mati kamu kena pergi ke Mekah menunaikan haji melainkan kamu terlalu sakit atau terlalu tua tetapi kamu kenan berusaha untuk melakukan haji. Perjumpaan mereka dimulakan dengan ‘Salam alaikum, wa-laikum as-Salam yang ertinya Salam sejahtera ke atas kamu.

Adalah menjadi kebiasaan dalam percakapan mereka apabila mereka bercakap dengan orang lain mereka akan berkata “ Jika Allah mengkehendaki” ia akan berlaku. Inilah tata cara kehidupan mereka. Apa yang kamu lakukan adalah sama sekali meranapkan apa yang mereka anuti. Saya berpendapat apa yang kamu lakukan adalah sangat sangat biadap dan meskipun kamu ada hak , kamu bagaimanapun telah bertindak melampaui had-had yang ditetapkan oleh Pindaan Pertama Perlembagaan..

Saya telah mengabiskan masa selama tujuh tahun tinggal di negara-negara lain. Apabila kita pergi ke negara lain bukan satu yang luar biasa orang memanggil kita sebagai ‘ugly Americans” ( Amerika yang hodoh ) . Ini kerana kita terlalu mementingkan hak kita tetapi tidak langsung mempedulikan hak-hak orang lain.”

Di dalam satu kes yang lain yang melibatkan seorang yang dibuang kerja kerana tidak diberi alasan seorang Hakim Amerika dengan penuh yakin menyatakan seperti berikut “ Jika Tuhan sendiri memberikan alasan kepada Adam- iaitu Adam dilarang memakan buah yang dilarang- sebelum beliau diperintah keluar dari syurga , siapakah kamu ( majikan ) yang dengan sewenang-wenangnya memecat pekerja kamu tanpa memberi alasan.”