Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Isnin, 28 Mac 2011

Papagomo fitnah wartawan harakah


Video seks: Wartawan Harakah pula difitnah

Wartawan Kanan Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob menafikan fitnah blogger Umno yang mendakwa beliau ada menyatakan kononnya imej dalam video seks membabitkan seorang tokoh pembangkang itu adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, beliau menyatakan 'muka individu itu adalah serupa dengan Anwar'. Namun selepas melihat susuk tubuhnya, perut yang buncit meyakinkan beliau bahawa individu itu bukanlah Anwar.

Beliau menjawab demikian ekoran dakwaan Papa Gomo (GAMBAR) yang menuduh beliau ada mengaku individu dalam video seks itu adalah Anwar dalam satu pertemuan di sebuah restoran malam tadi.


"Dalam Rbf ada menyebut kononnya saya ada bertemu dengan beliau di sebuah restroan di Jalan Yap Kuan Seng, sedangkan saya sendiri selepas dari habis bekerja, saya pulang ke rumah di Seremban, saya menafikan saya ada bersama di Jalan Yap Kwang Seng. Ia Satu fitnah," katanya.

Beliau menyatakan, sebaik pulang dari melihat video itu beliau terus menemui Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution pada jam 2.00 petang di Parlimen dan melaporkan kepada Saifuddin tentang fitnah itu.

Beliau sendiri mendapat panggilan daripada Anwar bertanyakan tentang video itu, dan beliau ada menyatakan kepada Anwar keyakinannya.

Wan Nordin juga menyatakan, beliau ada melihat video tersebut kononnya wajah Anwar, tetapi apabila dilihat kepada susuk tubuh sebenarnya sangat jauh berbeza kerana perut yang buncit.

Beliau menerangkan, pada awalnya beliau tidak tahu tentang tayangan video berkenaan kerana hanya mendapat jemputan kononnya ada 'sidang media khas' oleh seorang wartawan akhbar arus perdana.

Beberapa kali beliau cuba bertanya apa intipati sidang itu, namun wartawan yang menjemputnya itu enggan memberitahu.

Sehinggalah beliau ke loaksi, Carcosa Sri Negara dan dibawa naik ke suatu bilik yang beliau sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku.

Hinggakan kata beliau, barangan peribadinya termasuk telefon bimbit, pen, perakam dan buku catatan diambil oleh orang yang tidak dikenali untuk disimpan sementara bagi masuk ke bilik sidang media.

Selepas duduk di dalam bilik itu, barulah beliau tahu adanya tayangan tersebut, dan akibat ketakutan dan atas dasar keselamatan beliau enggan bertindak semasa dalam bilik dan hanya menurut kehendak pengajur sahaja.

Sebelum ini Harakahdaily telah melaporkan penjelasan dari Wan Nordin barhubung bagaimana beliau dijemput ke satu sidang media yang kemudiannya bertukar kepada tanyangan video seks.

Najib-Rahim Bukti Pemerintahan Songsong ; Bro Anwar




PERMATANG PAUH 27 MAC : Dengan menggunakan Perdana Menteri Najib Razak dan bekas Ketua Menteri Melaka Rahim Thamby Chik sebagai contoh, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia kini melalui zaman pemerintahan songsang.
Anwar berkata mereka yang terbelit dengan tuduhan rogol dan salah guna wang diangkat oleh kerajaan dan media arus perdana, manakala pemimpin pembangkang yang mendokong urus tadbir telus dan amanah ditekan.

" Yang pertahankan soal moral, orang yang pernah ditanya soal rogol, orang yang pernah hidup dalam skandal video seks, dia cakap soal moral. Jatuhkan orang lain. Orang yang bercakap soal negara bersih, orang yang mengambil dana yang begitu besar, membinasakan orang yang hendak mentadbir dengan baik. Tanya Lim Guan Eng, berapa hari dia boleh hidup aman tanpa diganggu untuk menjalankan urustadbir?,"kata Anwar.

Berucap pada majlis ceramah di Permatang Pauh, Pulau Pinang, Anwar sekali lagi menunjukkan ketegasan berdepan dengan pusingan fitnah terbaru dalam bentuk video seks yang didalangi oleh Rahim yang kini Pengerusi Risda.

Rahim terpaksa meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994 setelah terpalit dengan tuduhan merogol seorang pelajar bawah umur selain didakwa
mengamalkan rasuah.

Beliau diangkat menjadi Pengerusi Risda tahun 2008 oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang sendiri berdepan dengan skandal pembunuhan Altantuya Sharibuu dan komisyen lumayan pembelian peralatan ketenteraan semasa menjadi Menteri Pertahanan.

Rahim, ahli perniagaan Shazryl Eskay dan Bendahari Perkasa Shuaib Lazim dilaporkan berjumpa dengan Najib di Bangunan Parlimen Selasa lalu selepas identiti mereka dibongkar oleh Parti Keadilan Rakyat.

Anwar mengajak rakyat supaya mengimbas penyelewengan besar-besaran yang berlaku di negara ini membabitkan pemimpin utama negara.

" Orang yang terlibat dalam bunuh Altantuya tak berdosakah? Orang yang ambil RM500 juta beli dua kapal selam tidak berdosakah? Orang yang terlibat dalam skandal di Port Dickson tak berdosakah?," soal Anwar.

Anwar berkata dalam usaha untuk melemahkan Pakatan Rakyat, umno sanggup menggunakan taktik yang keji dan tanpa peri kemanusiaan dalam mencari kelebihan
politik semata-mata.
" Saudara-saudara, saya pun ada keluarga. Kenapa harus diaibkan terus menerus? Bukan setahun tetapi berbelas tahun dirancang begini rupa? Hendak tanam sekurang-kurangnya ada persoalan sedikit, Kerana apa? Kerana Anwar beri tazkirah, kerana Anwar baca ayat Al-Quran.
"Hendak tanam sikit Anwar ini tidak boleh dipercayai. Jangan percaya kepada Anwar, percaya kepada Najib dan Rosmah. Jangan percaya kepada Lim Guan Eng, percayalah kepada Rahim Thamby Chik,"kata Anwar sambil disambut sorakan hadirin yang mendengar ceramahnya.

Beliau berkata program pembaharuan Buku Jingga yang dilancarkan oleh Pakatan Rakyat menjadi punca utama Umno melancarkan asakan fitnah secara bertubi-tubi
untuk melemahkan gagasan itu.
Buku Jingga itu menyenaraikan dasar dan program untuk merombak struktur politik, ekonomi dan sosial negara ini jika Pakatan diberi mandat menubuhkan Kerajaan
Persekutuan.

Anwar berkata fitnah video seks lucah adalah serangan terbaru untuk mengalihkan pandangan rakyat daripada dasar-dasar tuntas yang disenaraikan dalam Buku Jingga.

" Dia takut orang baca dan dia takut orang membuat penilaian sebab dia mesti cipta masalah-masalah supaya padamkan isu yang kita hendak ketengahkan. Saya kata, jangan lupa. Program Pakatan Rakyat, Buku Jingga,"jelas Anwar.

Bahaya deringan !!!video


Salam. Meh sini meh. Aku ada asignment untuk kamu semua. Carikan kelainan dalam dua video ini. Cakap panjang tarak guna. Meh terus tengok video.



Ahad, 27 Mac 2011

PELUANG Meraih RM5000 SEBULAN dengan berBOHONG


RM 5000 Sebulan Untuk Para Blogger Yang Berminat Menjadi Blogger Sepenuh Masa Menutup Segala Penyelewengan & Salah Laku Kerajaan Barisan Nasional...

Bukti blogger pro BN diupah RM 5,000 sebulan
Dipetik dari blog http://milosuam.blogspot.com/

Kepada para pembaca yang berniat untuk menjadi pencacai gerombolan songkok tinggi, anda mungkin boleh menawarkan diri untuk menjadi blogger sepenuh masa menutup segala penyelewengan dan salah laku kerajaan Barisan Nasional, terutama Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada laman web pro Barisan Nasional, pada 16 Disember 2010 yang lalu, para blogger yang dilihat berkelayakan, akan diberikan wang sebanyak RM30, 000, untuk membuka sebuah blog sama ada yang menggunakan hosting percuma ataupun berbayar. Malah diberikan upah sebanyak RM 5,000 sebulan untuk menutup bangkai gajah [SarawakTalk].



Kita sedia maklum, budaya gerombolan songkok tinggi adalah perjuangan demi perut demi duit, tiada siapa yang dapat menafikan fakta ini. Dari pencacai paling bawah (tukang pasang bendera masa pilihanraya) sampailah ketua yang paling atas, berjuang demi duit. Maka tidak hairanlah, dua orang antara terkaya di Malaysia adalah Nazir Tun Razak dan Mirzan Mahathir. Kalau nak harapkan keikhlasan penyokong UMNO untuk memasang bendera tanpa upah, jawapannya simpan jelah bendera dalam stor.

Gerombolan songkok tinggi tahu bagaimana pemimpin atasan mereka mengambil kesempatan untuk memperkayakan kaum kerabat dan anak beranak serta cukong (kroni). Mereka tahu, bukan mereka tak tahu. Namun tak banyak sedikit mereka juga ada bahagian, sebab itulah pemimpin perompak terus dibela, sebab itu jugalah blogger-blogger gerombolan songkok tinggi terus menulis setiap hari dengan pelbagai propaganda dan fitnah jahat.

- naimnikmat

Alasan telekung dan seluar kotor

Melayu kita jika tidak ada telekung putih tak boleh sembahyang



Saya berkunjung ke Jakarta. Kebetulan disapa sekumpulan cewek ala-ala Bunga Citra Lestari. Berpakaian dengan mini skirtnya. Rambut curl. Ada yang hanya berbaju tali gantung. Dengan High heel nya. Seolah-olah saya sedang menyaksikan Drama Sinetron Bawang Merah Bawang Putih.

“Permisi Mas…di mana tempatnya Musalla orang solat?” Tanya salah seorang cewek kepada saya. Mungkin barangkali mereka sangkakan saya ini orang Indonesia. Mahu sahaja saya beritahu saya ini bukan Ashraff Sinclair. Tapi cuma Asyraf imam kampung.

“Oh..kapannya di sebelah sana..belakang parkir kereta” Saya menjawab berbahasa indonesia yang terkeluar dari skema Dewan Bahasa Dan Pustaka Indonesia. Mereka tertawa kecil dengan jawapan saya.

Bersama saya teman seorang mahasiswa di salah sebuah Universitas di Jakarta. Dia memberitahu saya bahawa, budaya orang di Indonesia berbeza dengan di Malaysia.

Tidak menjadi suatu mustahil apabila seorang wanita yang tidak menutup aurat masuk ke Surau dan memakai telekung yang disediakan lalu mengerjakan solat. Malah majoritinya tanpa segan silu. Walaupun ada pertanyaan di benak hati saya, namun saya melihat ianya dari sudut positif. MEREKA TIDAK TINGGALKAN SOLAT!!..

Saya berkunjung di Brunei. Dalam satu Program perkhemahan bersama remaja. Apabila tiba waktu solat, saya dijemput mengimamkan solat. Dibelakang saya ramai remaja lelaki dan perempuan. Yang lelaki memakai jubah kebanyakkannya.

Saya sangat kagum. Namun selesai salam dan berpisah untuk ke ruang makan, kebanyakkan si lelaki menanggalkan Jubah mereka dan mengenakan seluar pendek. Walaupun tidak semua.

Namun ianya satu lagi persoalan kepada saya. Walaupun begitu saya masih mengambil yang positif. Dalam persoalan ibadah, MEREKA MEMENTINGKAN SUNNAH!!..

Saya berkunjung Ke Time Square Kuala Lumpur. Tanah Airku. Ketika melalui surau di tingkat 8, ada sekelompok remaja lelaki dan perempuan sedang menunggu rakan mereka di luar surau.

Saya yang sedang memakai kasut mula bertegur sapa. Saya bertanya kepada mereka, kenapa mereka tidak solat sekali dengan rakan-rakan yang lain. Agak menakjubkan jawapan mereka.

Si lelaki mengatakan ia berseluar jeans. Kotor berpeluh. Di dalam Surau tiada kain pelikat katanya. Yang si perempuan pula berkata. Saya tidak membawa telekung.Lagipun telekung di dalam surau tu dah terlalu kuning lusuh warnanya.

Sekali lagi berbagai persoalan yang timbul di benak saya. Saya masih mengambil yang postitif…MEREKA MEMENTINGKAN KEBERSIHAN UNTUK BERTEMU ALLAH!!…

Islam itu mudah dan ia tidak menyukarkan umatnya. Malah ianya meraikan semua golongan bangsa dan warna kulit. Budaya sesuatu bangsa itu terbentuk hasil daripada sudut pandang nilai yang sama.

Kehidupan masakini berbeza dengan suatu ketika dahulu. Perubahan zaman dengan corak kehidupan yang lebih pantas dan memerlukan pergerakan yang lebih luas membuatkan beberapa isu budaya yang perlu diubah.

Masyarakat terutamanya wanita yang dilihat kini lebih banyak berurusan dengan situasi kerja dan urusan harian membuatkan beberapa kesukaran terjadi akibat keterikatan dengan budaya masa lampau.

Pemakaian telekung adalah satu struktur budaya keagamaan yang dibentuk dalam komuniti masyarakat Islam di Nusantara. Ianya terbukti suatu yang amat baik jika dilihat dari aspek kesempurnaan ibadah.

Para ulama Melayu dahulu amat teliti dalam memastikan kesempurnaan ibadah umat ketika itu. Pemilihan bentuk telekung yang longgar, lebar dan mudah disarung menjadikannya sesuai untuk semua generasi umur dan bentuk badan.

Ini bersesuaian dengan arahan Allah SWT di dalam al-Quran yang menghendaki kita memakai pakaian yang baik ketika mendirikan solat. Di dalam surah al-A’raaf ayat 31 yang bermaksud :

“Hai anak Adam, pakailah perhiasanmu(pakaian) yang indah di setiap kali kamu ( memasuki ) masjid, makan dan minumlah dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih lebihan.”

Menurut Syeikh Khatib al-Syarbini dalam kitabnya Mughni Muhtaj telah menguatkan pendapat daripada Ibn Abbas RA mengatakan bahawa maksud memakai pakaian yang indah setiap kali memasuki masjid ini adalah merujuk kepada pakaian ketika sembahyang.

Ibnu Hazm pula memahami maksud ‘perhiasan’ disini adalah menutup aurat
Manakala Imam Ibn Kathir, telah memetik riwayat Imam Muslim mengatakan bahawa ayat ini merupakan bantahan atas tindakan orang-orang musyrik yang dengan sengaja mengerjakan tawaf di Baitullah dalam keadaan telanjang.

Ianya juga menunjukkan memberi pengertian lain iaitu disunnahkan menghias diri ketika hendak menunaikan sembahyang lebih-lebih lagi pada hari Jumaat dan Hari Raya. Juga disunnahkan memakai wangi-wangian kerana ia juga termasuk daripada perhiasan.

Malah boleh juga kita mengenakan pakaian yang berjenama asalkan tidak mendatangkan rasa takabbur. Ini sepertimana yang diberitahu oleh Qatadah yang meriwayatkan dari Muhammad Ibnu Sirin bahawa sahabat Nabi SAW Tamim ad-Dari pernah membeli sebuah rida’ ( selendang atau serban) dengan harga seribu, lalu ia mengerjakan sembahyang dengan mengenakannya.

Ulama Melayu dahulu amat bijak dalam membentuk budaya corak berpakaian yang baik kepada umat Islam di Nusantara. Mereka juga telah memilih warna putih sebagai warna rasmi kepada telekung.

Ini juga bersesuaian dengan kehendak sunnah yang amat disukai oleh Baginda Nabi SAW dalam memilih warna pakaian yang terbaik. Sebagaimana yang diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Ibnu Abbas di dalam hadis marfu’, Rasulullah SAW bersabda :

“Pakailah pakaian kalian yang berwarna putih. Kerana sesunggunya ia adalah sebaik-baik pakaian kalian. Dan kafanilah orang-orang yang mati dikalangan kalian dengannya.”

Pembentukan budaya pemakaian telekung ini membuatkan Umat Islam di Nusantara agak janggal untuk memilih pakaian yang berlawanan dengan adat budaya yang telah dibentuk sejak sekian lama.

Budaya yang baik pada asalnya ini sedikit sebanyak mula mendatangkan kesan yang agak negatif kepada wanita Islam masakini yang bergerak aktif dalah kehidupan seharian. Ini kerana pemahaman budaya tersebut telah disalah ertikan oleh wanita kini tanpa melihat dari aspek imu Islam yang sebenar.

Disebabkan itulah muncul pelbagai alasan yang tidak munasabah apabila tibanya waktu solat. Ada sebahagian wanita yang mengabaikan solat apabila berada di luar rumah contohnya di pusat membeli belah, tempat kerja dan sebagainya dengan beralasan tidak membawa telekung.

Ada juga yang memberi alasan telekung yang disediakan di masjid mahupun surau itu agak kotor dan tidak sesuai.

Sedangkan pemakaian telekung itu bukanlah syarat sahnya solat seseorang wanita. Bagaimana keadaan wanita yang berada di luar daripada Negara Nusantara.

Mereka tidak pernah mengenal erti telekung. Disebabkan itulah ramai dikalangan wanita Nusantara merasa pelik dengan pakaian wanita Muslimah di Negara barat. Muslimah di China, India mahupun Timur Tengah.

Sebenarnya syarat dalam pakaian sembahyang adalah cukup dengan menutup aurat dan hendaklah pakaian itu bersih dari sebarang najis. Bukanlah telekung berwarna putih itu menjadi syarat sahnya sembahyang.

Andainya seorang wanita itu berpakaian baju kurung atau pakaian yang menepati syarat aurat, walaupun ianya berwarna warni, maka tetap sah solat mereka. Menurut Jumhur Ulama yang diwajibkan wanita dalam solat adalah memakai baju dan tudung kepala.

Maka Ibnu Munzir berpendapat, “Jika kain yang dipakai cukup luas lalu ia menutupi kepalanya dengan kelebihan kain itu, maka ianya dibolehkan.

Aurat wanita ketika sembahyang sama sahaja seperti aurat wanita di luar sembahyang. Sepertimana batasan aurat wanita yang digunapakai oleh masyarakat di Malaysia dengan merujuk kepada pandangan Mazhab Syafie iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Berasaskan kepada pandangan ini, tidak semestinya telekung sahaja yang boleh dijadikan pakaian sembahyang. Baju kurung, jubah, blaus juga boleh dijadikan pakaian sembahyang walaupun ianya bukan berwarna putih.

Manakala bagi lelaki pula, kebersihan, kecantikan dan wangi-wangian menjadikan sembahyang mereka lebih baik pada zahirnya disisi Allah SWT. Ini kerana situasi menghadapi Pencipa Yang Maha Agung itu memerlukan lebih berketerampilan berbanding berhadapan manusia lainnya.

Namun, berpakaian yang elok itu tidaklah semestinya mewajibkan kepada mereka berkain pelekat, berjubah, baju melayu dan sebagainya. Ada juga yang meninggalkan sembahyang kerana beranggapan pakaiannya kotor dengan peluh. Kotor dengan minyak kereta kerana bekerja sebagai mekanik.

Kotor dengan lumpur kerana baru pulang dari kebun dan sebagainya.
Sedangkan, syarat sah solat ialah pakaian tersebut hendaklah bebas dari sebarang najis. Kotor tidak bermaksud ianya bernajis. Jadinya disini, seorang yang dalam keadaan berpeluh sesudah bersukan boleh menunaikan solat tanpa menukar pakaiannya.

Di dalam kitab Fathul Bari karangan Imam Ibnu Hajar al-Asqalani telah mengambil riwayat dari Ibnu Hibban mengatakan bahawa Muawiyah bin Abu Sufyan bahawasanya ia bertanya kepada saudara perempuannya ( Ummu Habibah),

“Apakah Rasulullah pernah solat memakai pakaian yang digunakan ketika berhubungan dengan isterinya?” Ummu Habibah menjawab, “Ya, apabila Baginda tidak melihat sebarang kotoran di pakaian tersebut.

Hadis ini menerangkan kepada kita bahawa, selagi pakaian yang dipakai itu tidak jelas padanya najis yang boleh merosakkan solat, maka sah solat yang kita kerjakan dengan berpakaian biasa.

Malah remaja lelaki yang berpakaian serba fesyen terkini, samada berseluar jeans, baju yang pelbagai bentuk warna juga boleh mengerjakan sembahyang tanpa merasakan janggal. Kerana Islam tidak pernah menyusahkan untuk melakukan sembahyang.

Ini bukan kempen ‘Tak pakai tudung takpa janji hati baik’. Ini juga bukan kempen menghapuskan pakaian yang indah ketika solat. Namun ini adalah kempen untukmemudahkan solat kepada setiap manusia.

Islam itu mudah. Ianya sesuai dalam kehidupan seharian umat. Allah lebih mengetahui perihal keadaan hamba-hambaNya. Islam tidak hanya meraikan kelompok manusia yang sentiasa berada dalam kelapangan.

Ia juga meraikan umat yang sibuk dan penuh dengan tugasan harian. Sembahyanglah anda walau di mana anda berada.ImamMudaAsyraf

Fatwa Dr Yusuf Qaradawi berkenaan Qazaf.





Qazaf

PENGERTIAN QAZAF

Pengertiannya ialah melimparkan tuduhan zina kepada orang yang
baik lagi suci atau menafikan keturunanya.

PEMBAHAGIAN QAZAF
1.) Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman hudud,
seperti seseorang menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa
mengemukakan empat saksi lelaki yang adil.

2.) Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman takzir
seperti seseorang menuduh seseorang yang lain kufur, mencuri, minum
arakatau murtad dan sebagainya, termasuk mencaci, memaki dan
lain-lainnya yang boleh menjatuhkah marwah seseorang dan menghinanya.

4 saksi lelaki

Menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan
empat orang saksi lelaki yang adil hukumnya adalahharam dan termasuk
dalam dosa besardan wajib dikenakan hukuman had Qazaf (sebat) sebanyak
80 kali sebat, dan tidak boleh diterima penyaksiannya selama-lamanya
kerana dia adalah orang fasiq. Sebagaimana Firman Allah Taala yang
bermaksud:

"Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada
perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka
tidak membawa empat orang saksi. Maka sebatlah mereka 80 kali sebat,
dan janganlah kamu terima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana
mereka itu adalah orang yang fasiq".
(Surah An- Nur ayat 4)

PENUDUH YANG BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN QAZAF

1. Berakal
2. Baligh
3. Kemahuan sendiri tidak dipaksa
4. Mengetahui haramnya Qazaf
5. Bukan ibu bapa dan datuk ke atas kepada orang yang dituduh.

Jika orang yang menuduh itu gila atau kanak-kanak yang belum
baligh, tidak boleh dikenakan hukuman had Qazaf keatas mereka.

Kecoh di Siam sekarang!!!

Thailand's Got Talent :One-Handed Guitarist


Sehari selepas uji bakat ini ditayangkan, seluruh warga Thailand bercakap tentang kisah Somsak, 29 tahun tentang bakat luar biasanya yang bermain gitar hanya menggunakan sebelah tangan saja.
Tragedi menyedihkan yang menimpa Somsak dalam kemalangan jalan raya pada 2001 telah meragut nyawa ibunya dan dia pula telah kehilangan keupayaan sebelah tangan kirinya.


Namun peristiwa tragis ini
tidak menghalang gitaris avid untuk terus berusaha dan belajar sendiri bermain gitar hanya dengan satu tangan. Lihat video hebat ini..