Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Khamis, 17 Januari 2013

Kamu Pengkhianat, tangkap saja SPR kalau tipu macam ni!!!

Bekas pegawai JPN dakwa SPR arah beri IC

Seorang bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini mengemukakan bukti berhubung dakwaan kerjasama pihak berkuasa untuk mengubah demografi pemilih Sabah pada tahun 1990-an.

Mohd Nasir Sugip ketika memberi keterangan kepada Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai masalah imigrasi Sabah hari ini mendakwa jabatannya pernah menerima arahan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri untuk memberi kad pengenalan kepada pendatang asing untuk membolehkan golongan itu mengundi.

Mohd Nasir yang pernah ditahan bawah ISA sebelum ini mendakwa operasi yang digelar "Ops Durian Buruk" itu dijalankan antara tahun 1992 hingga 1995.

Dakwanya, pengarah SPR Sabah pada masa itu, Wan Ahmad Wan Yusof menyerahkan senarai 16,000 nama untuk diklasifikasikan sebagai pengundi "Bumiputera Islam".

"Bos saya, pengarah JPN Sabah Ramli Kamarudin kemudiannya secara lisan memberitahu saya untuk menjalankan projek ini," katanya.

Mohd Nasir turut mengaitkan tiga lagi individu yang hadir ketika arahan itu dikeluarkan.

Bagaimanapun, nama individu berkenaan tidak dapat diperolehi memandangkan pegawai RCI – wakil daripada pejabat peguam negara – enggan memberi kerjasama.

Katanya, beliau mengikut arahan tersebut dan mengambil pegawai yang tidak dinamakan di peringkat negeri untuk operasi berkenaan.

Mohd Nasir mendakwa, operasi berkenaan melibatkan tindakan memberi kad pengenalan kepada pendatang asing dan mengeluarkan nombor kad pengenalan berdasarkan tarikh lahir, foto dan nama yang diberikan SPR. mk

Ulasan GB

Pendedahan kes di atas membuktikan apa yang didedahkan oleh PAS sebelum ini adalah benar.

PAS sebelum ini pernah mendesak Putrajaya membentuk suruhanjaya diraja siasatan (RCI) menyiasat kewujudan sindiket dianggotai pegawai kerajaan yang memberi taraf kerakyatan kepada warga asing untuk menjadi pengundi.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata RCI itu penting bukan sahaja di Sabah tapi seluruh negara bagi menyiasat isu pemberian kad pengenalan palsu kepada warga asing seterusnya didaftarkan menjadi pengundi pilihan raya.

Ahli Parlimen Pokok Sena mendakwa antara individu yang terlibat adalah Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajuddin Wahab, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan diketuai Pegawai Penasihat kepada Perdana Menteri Datuk Othman Razak.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Saksikan Jabeen (ras apa ni) Yang Berhujah Sasau


Penganjur Jabeen (bangsa apa ini) Mengaku Sikapnya Melampau


Akhirnya Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa UUM Bertindak.

 karatijau.blogspot.com

Kami dari Persatuan Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa UUM ingin menyuarakan sedikit pandangan mengenai isu Forum Mahasiswa di UUM apabila pelajar Jurusan Undang-undang di UUM Sdri Bawani KS dimalukan di depan khalayak ramai.

1. Kami mengutuk sekerasnya tindakan Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin selaku Presiden Suara Wanita 1 Malaysia yang memperlekehkan dan memperkotak-katikkan soalan yang dikemukakan oleh saudari Bawani.

2. Dalam mana-mana forum, para panel dan juga audien sendiri mempunyai hak dan pendapat masing-masing untuk disuarakan, malahan ia juga perlu ditangani secara professional, bukan dengan memberi analogi “haiwan bermasalah” yang semua sedia maklum, tiada kaitan dengan fakta yang dikemukakan oleh Saudari Bawani.

3. Kami merasakan Puan Sharifah agak keterlaluan dan tidak menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang pemimpin NGO dalam menjawab soalan yang dikemukakan. Oleh itu, kami juga memohon Puan Sharifah untuk memohon maaf secara terbuka kepada pihak Bawani seperti mana beliau memalukan saudari Bawani secara terbuka.

 4. Sewajarnya, sebagai seorang pemimpin tertinggi NGO, Puan Sharifah patut memperkaya diri dengan ILMU dan NILAI-NILAI MURNI kerana kedua-dua elemen ini adalah sangat penting dalam diri seorang pemimpin agar pemimpin tersebut layak dihormati oleh pengikut. Bukan ego dan tinggi diri yang menjadi teruhan.

5. Kejadian yang berlaku, bagi kami, tidak perlu pelajar di dalam dewan itu turut disalahkan. Kebiasaannya sesi penghujahan dan sesi soalan dibuka selepas habis forum. Ini bererti mereka ini sudah diberikan pendedahan mengenai segala keburukan yang cuba diketengahkan. Sesungguhnya pelajar-pelajar di dalam dewan itu masih dalam proses belajar

Gomoman VS Johoman, Siapa lebih miskin?



Pendedahan dibuat oleh Presiden Dewan Peniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Syed Ali Alattas bahawa orang Melayu di Johor paling miskin mungkin tidak menjadi kudis gatal kepada pemimpin Umno Johor. Baik Abdul Ghani Othman, Muhyiddin Yassin apa lagi Ahmad Maslan, fakta itu tidak penting buat mereka asalkan saja mereka senang dan kaya raya. Peduli apa dengan nasib orang Melayu Johor. Lagi pun orang Melayu Johor versi lama cukup berpuas hati asalkan Umno memerintah negeri berkenaan. Bagi mereka sudah cukup Umno terus mentadbir Johor, jangan peduli apakah nasib mereka dan masa depan mereka, janji Umno masih terus hidup maka mereka juga akan hidup. Umno persis nyawa kepada orang Johor.

Kenapa saya kata begitu, sebab masalah kemiskinan dan keterhimpitan orang Melayu Johor ini bukan perkara baru, ia bukan berlaku sehari dua ini. Ia mulai merebak sejak zaman Muhyiddin Yassin menjadi MB Johor lagi. Ketika itu kerajaan Johor meluluskan dasar orang luar boleh memiliki tanah di Johor seberapa banyak yang mereka ingin. Dasar tanah Johor sangat rapuh berbanding dengan dasar tanah Kelantan yang ketat dan istimewa.


Muhyiddin sendiri menjadi dalang dalam membenarkan tanah-tanah rezab Melayu sekitar Johor dibangunkan kemudian dijual kepad orang asing, Singapura. Perpindahan beliau ke pusat menjadi menteri dan meninggalkan tampuk Johor salah satu faktornya ialah kelemahan dasar pentadbiran di bawahnya yang menyebabkan Johor banyak hilang tanah.

Pembangunan yang dikemukakan Muhyiddin memang untuk membantu mengembangkan ekonomi orang Johor. Tetapi matlamat itu tidak tercapai dan ia semacam ia tergadai apabila projek baik perumahan, gedung perniagaan yang dibangunkan nilai pasarannya tinggi menyebabkan orang Melayu tidak mampu memilikinya.

Akhirnya kesan dari itu bagi mengelakkan lambakan dan kebekuan aset, maka hartanah itu dibuka untuk dibeli oleh warga asing khasnya rakyat Singapura. Hari ini sudah lebih dari lima gedung perniagaan besar di Johor Bahru sudah bertukar tangan daripada "Mahmood Iskandar" kepada "Mah Hong Kong."

Demikin juga dengan rumah kediaman yang kononnya dibangunkan untuk orang Melayu atau rakyat Johor sudah menjadi milik orang asing. Salah satu ialah pembangunan di sekitar Danga Bay.


Singapura

PAS Johor yang kini sedang menunjukkan ghairah untuk memerintah Johor mungkin ada angka-angka mengenai berapa jumlah rumah, kedai dan berbagai premis yang menjadi milik Singapura. Kalau rajin anda boleh berdiri di Tambak Johor (cross way) kira sendiri berapa banyak kereta plat Singapura yang pagi-pagi sudah keluar ke Singapura atau duduk petang kira berapa banyak kereta plat Singapura masuk ke Johor untuk tidur dan membuat anak di Johor.

Mereka itu adalah rakyat Singapura yang mendapat manfaat dari dasar tanah dan pembangunan Johor.

Syed Ali juga membayangkan kadar atau jumlah kemiksinan orang Johor akan bertambah dengan ramainya orang asing datang ke kawasan pembangunan baru Iskandar Malaysia. Menurutnya 80% tanah di zon pembangunan Johor Selatan itu (Iskandar) adalah milik orang asing.

Menurutnya lagi pada tahun 1800 orang Melayu Johor paling kaya tetapi hari ini menjadi paling miskin. Tidak mustahil mungkin dalam tidak sampai 100 tahun lagi semua tanah di Johor baru akan menjadi milik orang asing. Johor akan menjadi Palestin yang terpaksa berpawah hidup dengan orang asing seperti mana rakyat Palestin berpawah tanah dengan Israel.


Melayu Kelantan lebih kaya 

Paling merujakan dan ini paling tidak disenangi oleh Umno ekoran pendedahan Syed Ali itu apabila beliau menyebut, orang Melayu di Kelantan lebih kaya dari di Johor. Beliau memberi contoh kekuatan (nilai ringgit) orang Kelantan mereka boleh membeli rumah sehingga bernilai RM200,000. Nilai rumah yang sama besar di Johor mencecah RM1.5 juta.

Songsang

Pendedahan Presiden DPMM itu menjelaskan bahawa dasar pembangunan di Kelantan lebih praktikal dalam memelihara hartanah orang Melayu serta memberi pembangunan kepada rakyat. Hakikat ini tidak dapat ditolak oleh sesiapa pun kecuali Ahmad Maslan akan menafikan dengan sekeras-kerasnya seperti aksinya membela Felda walaupun saham FGVH ternyata merudum tetapi dia masih mengatakan saham itu naik kerana kaedah ukuran Mat Maslan ialah dari bawah ke atas. Songsang.

Perbandingan dibuat Syed Ali ini menjelaskan bahawa PAS yang menjadi pemerintah Kelantan ternyata lebih prihatin dan bersifat membela tanah air - al wataniah. Jadi terbuktilah kini bahawa Umno hanya pandai mendendangkan lagu 'anak kecil main api' tetapi tidak tahu bagaimana hendak memadamkan api yang sedang membakar hartanah Melayu di Johor.

Generasi Melayu Johor harus sedar apa yang berlaku itu, bahawa Umno bukan boat penyelamat lagi. Jangan anggap pendedahan Syed Ali itu hanya sekadar hendak menimbulkan kebimbangan Johor terus akan hanyut kalau kedatangan orang asing bertambah ramai ke negeri itu. Saya tidak fikir dia hendak bermain politik dengan kenyataan itu mahu menggambarkan kalau Pakatan Rakyat menang di Johor, bilangan orang asing akan bertambah dan Melayu Johor akan terhimpit.

Tidak. Generasi baru dan lama di Johor kena memberi keyakinan dan peluang kepada Pakatan Rakyat yang kini sedang dibimbing oleh Salahuddin Ayub bersama rakan-rakanya Suhaizan Kayat, Mazlan Aliman dan rakan-rakannya. Menghayati dan bandingkan dasar pemerintah yang bakal dilakukan sekiranya mereka menang. Yang pastinya PR tidak sesekali akan mengguna pakai sistem pentadbiran digunakan pakai Umno sejak 56 tahun lalau kerana ia ternyata gagal. PR akan tinggal sistem itu sebab ia korup. Sistem atau dasar PR sudah tentu akan mengelakkan rakyat Johor khasnya Melayu terus terjelus dalam lubang maut bikinan Umno.

Apa yang didedahkan oleh Syed Ali itu juga sekaligus menempelak  perdana menteri Ha Najib Razak yang begitu arif mengenai perangkaan, di mana sebelum ini mengatakan Kelantan sebagai negeri termiskin. Apakah dengan keadaan Johor yang rakyatnya disahkan sendiri oleh rakyatnya (Syed Ali) yang termiskin itu tidak memungkinkan yang rakyat termiskin adalah negeri sepupu Najib itu sendiri?

Najib kena perbetulkan fakta itu manakala rakyat Johor kena perbetulkan pemerintah. Pastikan sistem rintahan digunakan pakai Umno terbuang dari Johor barulah rakyat Johor akan terkeluar dari zon paling miskin yang dibimbangi itu. -
http://msomelayu.blogspot.com

Rabu, 16 Januari 2013

Jabeen VS Bavani

Hep!! Jangan lawan aku, kau keluar dari Malaysia,!!!  Eh saya belum abis cakap sudah takut? Kah,kah kah (yang lain ketawa dengan sikap kbudak-budakannya)

Tindakan Sharifah canggah konsep hak asasi

Salmiyah Harun, 15 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menyifatkan penalis Sharifah Zohra Jabeen (akar dari bangsa apa ni?) cuba untuk memberi mesej songsang tentang hak asasi dan kebebasan kepada mahasiswa.

Penyelaras Suaram E.Nalini berkata, tindakan Sharifah itu juga bercanggah dengan konsep hak asasi negara ini apabila beliau tidak membenarkan KS Bawani menghabiskan pandangannya.

Bukan itu sahaja, jelas Nalini, Sharifah seolah-olah bersikap kebudak-budakkan apabila mengarah Bawani keluar dari Malaysia ketika membandingkan negara ini dengan negara lain berhubung pendidikan percuma.

"Semua rakyat mempunyai kebebasan bersuara dan Sharifah seharusnya membenarkan Bawani untuk menghabiskan pandangan beliau dan bukannya mendiskriminasi seorang mahasiswa yang mempunyai pandangan berbeza," katanya ketika dihubungi.

Sehubungan itu, tegas Nalini, pihak Universiti Utara Malaysia sepatutnya  bertanggungjawab dalam membetulkan semula persepsi yang salah.

Malah katanya, insiden itu sebenarnya menggalakkan perbincangan lebih meluas tentang kekurangan dan kelemahan dalam pentadbiran kerajaan.

Dalam pada itu, Suaram mengucapkan tahniah kepada Bawani kerana berani memberi pandangan yang berbeza dalam forum tersebut.

Suaram secara sukarela dan berbesar hati memberi khidmat  kepada semua universiti untuk memberikan kesedaran hak asasi yang betul kepada semua," katanya.

Isu ini mendapat perhatian ramai selepas satu klip video yang dirakam dalam sebuah forum suara mahasiswa di mana penalis Sharifah Zohra enggan memberi ruang kepada Bawani untuk memberi pandangan termasuklah berhubung pendidikan percuma.

Ekoran klip video itu juga, hashtag "listen" kini ibarat fenomena di laman sosial Facebook dan twitter.

Selasa, 15 Januari 2013

Amanat Hadi DiPopularkan Oleh Peniaga Agama?


Saya tidak menduga petikan ucapan saya diawal 80-an telah dimartabatkan oleh seorang peniaga agama dalam PAS yang telah melompat masuk UMNO selepasnya, telah dijadikan satu polemik. Petikan ucapan saya ini pula secara terancang telah dijadikan hujah untuk merendahkan PAS, dan saya dijadikan sasarannya. Saya percaya bahawa isu lama ini diberi nyawa semula oleh UMNO, mungkin kerana menutup isu yang dikira menghantui mereka, seperti kegusaran generasi peneroka FELDA dan penyelewengan yang berlaku kepada FELDA, riuh-rendah pembongkaran Deepak, penganiayaan mereka terhadap orang Melayu, dan lain-lain kelemahan kerajaan UMNO-BN yang begitu menekan mereka di hujung penggal pemerintahan ini. Alhamdulillah, saya baru sahaja selangkah kehadapan untuk menyahut cabaran, manakala mereka pula berundur sepuluh langkah kebelakang.

Isu “takfir” (kafir mengkafir) dicetuskan oleh golongan sekular di dalam UMNO, diseluruh dunia Islam, termasuklah di negara Arab, bagi menyanggah kebangkitan Islam di zaman selepas mencapai kemerdekaan seawal tahun 60an. Kebanyakan kalangan umat Islam menjadi mangsa serangan pemikiran barat sehingga berjuang menganut ideologi yang dibawa oleh penjajah ke dalam masyarakat Islam. Kalangan umat yang masih menganut Islam, tetapi kerana jahilnya telah menghina hukum-hukum Islam yang dinaskan dalam al-Quran dan Hadith sahih lagi mutawatir, seperti halal dan haram, hukum-hukum yang berkait dengan negara dan masyarakat, politik,ekonomi dan sebagainya.

Ada yang menghalalkan riba, arak dan judi, menghina hukuman qisas dan hudud, mempersenda hukum menutup aurat dan sebagainya, kerana kejahilan. Di waktu itulah kita mendengar istilah ‘hantu kum-kum’ dilabelkan kepada kalangan muslimat yang menutup aurat dan memakai hijab. Ada pula yang berdiri diatas pentas komunis yang menolak adanya Tuhan dan menolak agama, dalam keadaan masih bersembahyang. Sebahagian umat Islam pula tetap berpegang teguh dengan ajaran Islam dan mempertahankannya, tetapi mempelajari kitab turath (kitab-kitab lama) yang menegaskan hukum murtad berdasarkan kepada kefahaman masyarakat dizaman kita bitu dikarang, sebelum umat Islam dijajah sepenuhnya. Akhirnya berlakulah gejala murtad secara jahil di satu pihak dan penentangan terhadapnya disatu pihak yang lain, sehingga meledakkan isu kafir mengkafir dalam masyarakat Islam.

Isu ini berlaku diseluruh dunia Islam. Malangnya golongan yang berkuasa memerintah mengambil kesempatan perpecahan masyarakat Islam bagi mengekalkan kedudukan mereka diatas landasan yang salah dan menjadikan parti Islam dan paraulamanya sebagai kambing hitam yang dikorbankan dengan hukuman bunuh, penjara dan sebagainya. Terpenting bagi mereka yang berkuasa adalah untuk menang bagi terus memerintah selama-lamanya dengan cara yang salah, tanpa ambil peduli kerosakan akidah yang berlaku.

Ramai di kalangan ulama PAS dan pemimpinnya merengkuk dalam penjara sejak awal60an, malangnya ramai pula kalangan agamawan yang menjadi syaitan bisu, tidak berani menegur atau menasihati pemimpin yang menghina Islam. Maka meledaklah pada waktu itu kenyataan seperti : “Kalau laksanakan hukum Islam berlakulah huru-hara, tak cukup batu nak bina jalan dan bangunan, boleh makan sup tangan bila banyak tangan dipotong kerana mencuri” dan sebagainya. Di peringkat kampung ada yang menjadi imam masjid membuat ucapan yang sama kerana jahil hukum Islam sepenuhnya, hanya tahu hukum sembahyang dan ibadat yang lain sahaja. Terlalu jauh untuk mengetahui sistem politik, ekonomi Islam dan segala sistemnya sehingga keperingkat antarabangsa dan angkasa lepas.

PAS dan parti Islam di negara lain menghadapi cabaran getir bagi membetulkan masyarakat yang songsang pemikirannya ini. Ketika itulah kita berdepan dengan umat yang jahil, para ulama yang lemah dan kerajaan yang zalim. Di negara Arab,Mursyid Am Ikhwan Muslimin Sheikh Hasan Hudaibi menulis buku “Nahnu Dua’at La Qudat” (Kita Pendakwah Bukan Hakim Yang menjatuhkan hukuman). PAS berada dalam kerajaan campuran 1970 -1978 memberi kesempatan kepada bahagian agama Jabatan Perdana Menteri, menerbitkan buku Mustika Hadith Jilid 1 menampilkan perkara yang merosakkan iman (membatalkan iman), bagi menyedarkan penganut Islam adanya perkara yang membatalkan Dua Kalimah Syahadah, bukan sahaja membatalkan sembahyang. Malangnya ramai kalangan pengikut UMNO tidak mempelajarinya di waktu itu.

Apabila PAS ditendang keluardaripada BN pada tahun 1979 isu kafir mengkafir dihidupkan semula. Pimpinan PAS dibawah pimpinan Datuk Asri, telah menugaskan saya menulis buku kecil dengan tajuknya “Batas – Batas Iman dan Kufur” dengan huraian yang lebih terperinci daripada kitab Mustika Hadith yang terlalu ringkas penerangannya. Saya panjangkan lagi dalam buku yang saya namakan Muqaddimah Aqidah Muslimin.

Apabila kalangan UMNO yang masih bebal memainkan isu tersebut, mereka sengaja mencari mana-mana ucapan saya yang difikirkan menjadi hujah bagi mereka, sehingga ke satu capan saya di selidik oleh pasukan yang ditugaskan secara khusus, maka terpilih sedutannya yang difikirkan munasabah. Saya telah dicabar dalam sidang Dewan Undangan Negeri 1982. Saya terus menjawab :”Ya ! Sebenarnya itu ucapan saya “. Maka hamba Allah yang mencari peluang terus mengangkat martabatnya kepada nama amanat yang disebarkan kepada umum. Namun petikan secebis daripada ucapan yang panjang itu tidak merosakkan sedikit pun mesej untuk menyelamatkan umat daripada gejala murtad secara jahil dan tidak sengaja.

PAS berulang kali mengajak kalangan ilmuwan agama dalam UMNO secara langsung dan melalui pihak ketiga kalangan NGO Islam, dengan ruang terbuka dengan UMNO boleh mendapat khidmat daripada mana-mana mufti yang sanggup menjadi khadamnya, kalau malu secara tertutup atau tidak mahu secara terbuka. UMNO tidak menjawab.

Tiba-tiba Presiden UMNO di masa itu memberi isyarat kepada kalangan agama dalam UMNO supaya berdebat, dengan tajuk secara unilateral pihak UMNO yang menentukannya tanpa berunding dengan pihak PAS, pihak UMNO melantik pengerusi dan penentuan masa. PAS menerima dengan terbuka. Akhirnya PAS dipujuk membatalkan debat dengan UMNO, padahal UMNO lah yang membuka pintunya. Akhirnya UMNO terpaksa diselamatkan oleh perisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang mengisytiharkan pembatalannya seperti perisytiharan tarikh puasa dan hari raya.

Saya bentangkan senario tersebut semata –mata untuk pengetahuan generasi muda yang belum lahir atau belum baligh di masa itu , kerana ada kalangan yang tidak ada pengetahuan hujung pangkalnya lalu membuat kenyataan tanpa pengetahuan yang sebenarnya.


Mendahului Arab Spring

Apa yang penting bagi kita semua ialah tidak kedengaran lagi suara dari kalangan orang Melayu yang bercakap bahawa politik tidak ada kaitan dengan agama ataupun yang berani menghina hukum Islam seperti yang berlaku dalam tahun 80an dahulu. Di sini kita mendahului Arab Spring yang masih mencetuskan kalangan nasionalis Arab yang menghina Islam. Maka saya nasihatkan kepada ahli PAS tidak melatah dengan permainan kalangan UMNO yang masih jahil atau hanya mencari kesempatan tanpa batas halal dan haram atau tanpa perhitungan dosa dan pahala.

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan hamba-hamba (Allah) ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat sejahtera dari perkara yang tidak diingini." (al-Furqaan : 63)
Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
10 Januari 2013

PRSB : Sejarah perjalanan gerakan Islam di Tanah Melayu boleh dijadikan contoh jatuh bangunnya, sabar jadi resepinya, masih lagi belum berupaya  untuk memerintah Persekutuan Malaysia walhal sudah lama berjuang, dakwah secara silmiah dan beransur-ansur ini terbukti berkesan dalam memahamkan rakyat khususnya dalam membenteras fahaman sekular (yang terkandung dalam amanat Haji Hadi) walaupun memgambil masa yang amat panjang.

Kefahaman masyarakat majmuk dalam hukum Hudud yang terbukti masyarakat non-muslim pun sekarang rata-rata di Malaysia tidak takut, malahan mengalu-alukan berikutan dengan kadar Jenayah yang tinggi yang tak dapat dibendung oleh undang-undang sekular ciptaan Barat (penjajah). 

Tanah Melayu telah dijajah lebiih awal dari negara arab semenjak 1511M iaitu selama 446 tahun mendahului sejarah penjajahan di negara timur tengah dan umat islam di sini terpaksa menghempas pulas mempertahankan akidah dan perlu diketahui ulamak pondok dan pasentren cukup banyak berjasa memainkan peranan dalam menjaga agama.