Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Isnin, 3 September 2012

Saudara kandung Ibrahim Ali disaman RM1juta


Kota Bharu: Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Azmi Che Ali (gambar) kini berdepan tuntutan saman berjumlah RM1 juta ekoran mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

Kenyataan itu disiarkan The New Straits Times (NST) pada 29 Mei bertajuk “Kelantan Misused RM600m in Loans” dianggap tidak benar, memfitnah kerana menuduh plaintif menyalahguna sebahagian dana RM600 juta membiayai perjalanan di luar negara oleh pegawai-pegawai kerajaan negeri.

Azmi dalam kenyataan itu mendakwa mereka yang turut serta dalam perjalanan tersebut termasuk anggota Exco dan beberapa pegawai kerajaan negeri serta wakil AKSB.

AKSB dalam tuntutannya menyebut Azmi bersama empat lagi defendan bertanggungjawab menyebabkan tersiarnya artikel tersebut, di mana secara jelas menyebut berita tidak benar dan tidak berasas dikaitkan dengan plaintif.

Turut dinamakan sebagai defendan iaitu MTRK; Pengarang Urusan Kumpulan NST, Abdul Jalil Hamid; Penyunting Kumpulan NST, Syed Nadzri Syed Harun dan New Straits Times (M) Bhd.

Peguam plaintif, Hisham Fauzi berkata, kes terbabit ditetapkan untuk pengurusan kes sebelum bicara pada 19 September ini. Defendan belum lagi melantik peguam.

Hisham berkata, tulisan yang disiarkan akhbar tersebut secara jelas bermaksud bahawa plaintif terlibat dengan korupsi sehingga gagal dalam tanggungjawab menggunakan wang pinjaman tersebut.

Sebelum ini plaintif melalui peguamcara mengemukakan notis tuntutan kepada defendan-defendan menuntut supaya menarik balik artikel tersebut, memohon maaf secara terbuka kepada plaintif dan membayar gantirugi.

Namun defendan-defendan enggan berbuat demikian dan tidak mahu memohon maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi.

Selain itu plaintif juga menuntut defendan menyiarkan permohonan maaf tersebut sebagai berita utama di muka surat hadapan dalam NST, mengiklan permohonan maaf tersebut dalam akhbar Utusan Malaysia atau Berita Harian.

AKSB juga menuntut ganti rugi teladan, ganti rugi melampau, ganti rugi punitif. -HD

Sabtu, 1 September 2012

Mereka tak kenal bendera sendiri lalu fitnah Pakatan

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan tetap menggunakan bendera Malaysia sebagai bendera rasmi biarpun ada cubaan daripada sesetengah pihak yang melakukan provokasi mengibarkan bendera 'Sang Saka Merah' semasa himpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka, malam tadi.

Anwar menjawab pertanyaan pengikutnya di Twitter yang curiga ia akan dijadikan isu oleh Umno-APCO dan Barisan Nasional untuk menempelak Pakatan Rakyat kununnya gabungan itu akan mengubah bendera rasmi negara ini, Jalur Gemilang dengan Sang Saka Merah. Menjawabnya di Twitter sebentar tadi, Anwar menegaskan:

@anwaribrahim PR tdk jdkan ini sebgai isu! @_Joe__7: harap DSAI dpt selesaikan isu bendera itu....jika tidak pasti Dlm PR sendiri akan wujud perpecahan disebabkan isu yg remeh ini

Dan satu lagi tweet dari Anwar juga menjelaskan:

@anwaribrahim PR -bendera Msia @razzanismail: apa pendapat DS tentang mereka yg kibarkan 'sang saka malaya' malam tadi?

Malam tadi, beberapa individu yang kelihatan semasa himpunan Janji Demokrasi dilihat mengibarkan bendera Sang Saka Merah yang didakwa bendera asal Tanah Melayu sebelum bendera itu digantikan dengan Jalur Gemilang semasa negara ini mencapai kemerdekaan pada 1957.

Ia mendapat reaksi pelbagai di laman sosial Twitter selain blog pro-Umno-APCO cuba menjadikannya sebagai modal untuk menghentam Pakatan Rakyat kunun sekiranya pakatan tersebut memerintah Malaysia nanti, bendera Jalur Gemilang akan digantikan dengan bendera asal.

Pendapat Anwar turut disokong ahli parlimen Sibu, Wong Ho Leng yang berkata ia hanyalah satu bentuk pembohongan mengalihkan cerita (spin) akibat kegagalan Umno-APCO menghalang himpunan Janji Demokrasi malam tadi yang dihadiri lebih 10 ribu orang tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

@wongholeng ‎"@anwaribrahim: No such decision by PR.Why spin? @mukhlis_30: Pls advice me y after 55 years we must change our flag.."Lousy spin culture Tambah Wong lagi, tidak ada makna sambutan kemerdekaan dirayakan kerana pemimpin BN langsung tidak menjemput pemimpin Pakatan Rakyat menghadiri sambutan tersebut yang diadakan tahun ini di Sibu bagi peringkat Sarawak.

Jelas cubaan Umno-APCO menjadikan isu bendera sebagai modal untuk menempelak Pakatan Rakyat gagal lagi. -wargamarhaen




Double Dacker yang menjelajah ke seluruh tanahair


Mengambil semangat ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-55, KEADILAN melancarkan siri Jelajah ‘Merdeka Rakyat’.

“Jelajah Merdeka Rakyat ini diadakan adalah untuk memberi isi dan makna ulang tahun kemerdekaan ke-55 yang disambut hari ini,” kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita ambil keputusan memanfaatkan kesempatan ini untuk menyedarkan rakyat dengan jelajah ke seluruh negara, sehingga Parlimen dibubar,” katanya pada pelancaran Jelajah Merdeka Rakyat di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana, hari ini.

Turut hadir, Presiden Keadilan, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli.

“Walaupun permit bas dilengahkan, kita akan teruskan dan mengiringi bas ini. Semoga perjalanan kita baik,” kata Anwar.


Sementara itu, dilokasi pertama di Taman Meranti, Bentong, kira-kira 300 hadir pada jamuan Hari Raya KEADILAN Bentong.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal Suhaimi Said.

Penduduk pelbagai bangsa yang tinggal di perumahan berhampiran pekan Bentong tidak melepaskan peluang untuk bergambar di bas jelajah ‘Merdeka Rakyat’

Mereka gembira apabila dimaklumkan bahawa daerah mereka menjadi lokasi pertama jelajah ‘Merdeka Rakyat’

Jelajah ‘Merdeka Rakyat’ akan ke lima buah negeri sepanjang tiga hari mulai hari ini hingga Ahad iaitu Pahang, Kelantan, Perak, Kedah dan Perlis dengan program rasmi di 20 buah lokasi..

Antara lokasi yang bakal disinggahi petang ini antaranya ialah Masjid Daerah Benta untuk menunaikan solat Jumaat dan jamuan hari raya di Bilik Gerakan Keadilan DUN Benta di Jerantut. -KD


TERKINI

Macang, Kelantan




Negeri PR Terima Pelaburan Tertinggi berbanding Negeri BN


Selangor mencatat kedudukan pertama dari segi pelaburan perindustrian di Malaysia setakat Mei 2012 dengan mencapai jumlah pelaburan keseluruhan RM5.125 bilion daripada 106 projek yang diluluskan.

Teresa Kok berkata sebanyak 10,522 potensi peluang pekerjaan diwujudkan iaitu 28.94 peratus daripada jumlah potensi peluang pekerjaan yang diwujudkan di seluruh negara.

Ia adalah 6,187 daripada projek baru dan sebanyak 4,335 adalah projek pembesaran dan pelbagaian.

Ujar beliau lagi, jumlah nilai pelaburan tempatan adalah sebanyak RM3,950,571,745 iaitu 77.08 peratus adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan jumlah nilai pelaburan asing sebanyak RM1,174,548,498 atau 22.9 peratus di Selangor.


“Ini menunjukkan bahawa pelabur tempatan menaruh keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat di Selangor,” kata Teresa yang juga Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan.

Jelas Teresa, daripada 106 projek yang diluluskan sebanyak 63 buah merupakan projek baru yang membawa pelaburan sebanyak RM3.3 bilion manakala 43 merupakan projek pembesaran dan pelbagai.

Di kalangan pelabur asing, Switzerland menanam pelaburan asing yang paling besar dengan nilai pelaburan sebanyak RM246 juta, diikuti Jerman dengan RM196 juta dan Singapura dengan RM139 juta.

“Indusrti Pembuatan Barangan Peralatan Kenderaan mencatatkan bilangan kelulusan projek tertinggi dengan 19 projek.

“Ini diikuti Industri Pembuatan Kimia dan Barangan Kimia sebanyak 17 projek.

“Manakala, Industri Pembuatan Mesin dan Peralatan mencatatkan 11 projek,” katanya semasa sidang media selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini.

Beliau juga memaklumkan industri pembuatan barangan peralatan kenderaan mencatatkan nilai pelaburan tertinggi berjumlah RM2.2 bilion.

Ini diikuti industri pembuatan mesin dan peralatan sebanyak RM448 juta.

Manakala industri pembuatan barangan logam asas mencatatkan pelaburan ketiga tertinggi bernilai RM422 juta.

“Industri pembuatan peralatan kenderaan mencatatkan potensi peluang pekerjaan tertinggi dengan 3,056 pekerjaan.

“Ini diikuti industri pembuatan mesin dan peralatan sebanyak 994 dan industri pembuatan barangan minuman dan tembakau sebanyak 876 peluang pekerjaan,” katanya. -selangorku

Budak Tahfiz tak mahu salam?


BIAR GAMBAR BERBICARA

Suasana yang dirakam di rumah terbuka Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar, di Dewan PKNS, Kelana Jaya semalam.

Najis IWK cemari air paip Nogori 9

Bekalan air mentah N.Sembilan tercemar membahayakan rakyat

"Laporan audit negara pada tahun 2009 dan 2010 telah mendedahkan beberapa kelemahan pengawasan di Sg Linggi yang menyebabkab pencemaran. Engineering Journal tahun 2011 mendedahkan Sg Linggi tercemar akibat dari pembuangan sisa kumbahan dan aktiviti pertanian.

Di Malaysia, paras konsentrasi Ammonia untuk bekalan air domestik mestilah kurang daripada 0.1 mg/l. Berapakah kandungan kadar Ammonia dan apakah Kelas Indeks Kualiti Air Sg Linggi pada ketika ini? Sebagai rakyat di Negeri Sembilan kita berhak tahu semua ini untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga kita.

Apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan negeri terhadap pengusaha ternakan, pengusaha ladang, industri, perlombongan pasir yang beroperasi di sepanjang Sg Linggi jika didapati mereka melanggar peraturan Jabatan Alam Sekitar?

Laporan Audit 2009 dan 2010 boleh didapati di mohdtaufek.blogspot.com Laporan Audit Negara 2009 dan di mohdtaufek.blogspot.com - Laporan Audit Negara 2010

AIR MENTAH TERLEBIH CEMAR PUNCA GANGGUAN BEKALAN

SEREMBAN 29 Ogos 2012 - Gangguan kualiti air yang dilaporkan di beberapa kawasan di daerah Port Dickson, Rembau dan Rantau didapati berpunca daripada penurunan kualiti air mentah di Sungai Linggi.

Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Azlan Abdul Aziz berkata bermula awal bulan ini, kadar kandungan ammonia, iron dan manganese pada air mentah di sungai tersebut meningkat melebihi spesifikasi parameter piawaian air mentah biasa.

"Penurunan kualiti air mentah di sungai tersebut menyebabkan kualiti bekalan air terawat yang dihasilkan di loji rawatan air Sungai Linggi terjejas. "Kandungan ammonia dan manganese ini adalah antara punca aduan air berbau yang dilaporkan oleh pelanggan di kawasan terbabit," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, Sains mengambil tindakan untuk meningkatkan kualiti air di loji berkenaan, termasuk menambah pengudaraan air mentah untuk mengurangkan kadar iron dan manganese.

Langkah lain ialah meningkatkan pengedosan hydrated lime, mengaktifkan pengedosan activated carbon bagi mengurangkan bau serta menjalankan pencucian kolam mendapan dan penapis dengan lebih kerap. Azlan berkata, pihaknya telah dan sedang melaksanakan pencucian paip scouring dan kolam simpanan air di kawasan terbabit.

"Tindakan ini akan terus diambil sehingga kualiti air mentah di Sungai Linggi kembali pulih ke tahap yang asal," katanya. Beliau memohon semua pihak supaya menyumbang terhadap pemeliharaan sungai utama di negeri ini yang menjadi sumber untuk rawatan air, terutamanya Sungai Linggi untuk mengelak gangguan seperti ini daripada berulang. — BERNAMA

Sumber: utusan.com.my

Engineering Journal, Vol 15, No 4 (2011)

Study on Water Quality Parameters of Linggi and Melaka Rivers Catchments in Malaysia

To sum up, it should be highlighted that TSS and NH3-N are the primary causes for water quality impairment in Linggi catchment.

Agricultural and farming are the leading non-point sources of water quality impacts in both watersheds.

Agricultural and farming are the leading non-point sources of water quality impacts in both watersheds. Non-point water pollution by agricultural activities is mainly from leaching or run-off of fertilizers used in the oil palm and rubber plantations nearby the watersheds. The primary sources of NH3-N are the sewage and wastewater discharges from urban areas including septic tanks, sewage treatment plants and untreated sullage discharges.

The primary sources of NH3-N are the sewage and wastewater discharges from urban areas, including septic tanks, sewage treatment plants and untreated sullage discharges. Based on the overall outcomes from this study, it is suggested that TSS and NH3-N are cited as the leading causes of impairment/violations in both rivers and top sources of impairment included agricultural activities, hydrologic modifications (such as dredging, water diversions and channelization) and sewages.

http://engj.org/index.php/ej/article/view/158/155

Indeks Kualiti Air (IKA) telah dihasilkan melalui bancian pendapat ahli ikhtisas.

Pada umumnya, setiap sungai di negara ini dikategorikan kepada lima kelas iaitu;

Kelas 1 - airnya boleh terus diminum tanpa rawatan

Kelas 2 - airnya memerlukan rawatan biasa

Kelas 3 - air nampak bersih, tidak berbau, tetapi kualitinya tercemar dan orang ramai tidak boleh berenang tetapi boleh berkelah di tebing

Kelas 4 - sedikit tercemar *

Kelas 5 - sangat tercemar *

*Bagi Kelas 4 dan 5, keadaan air antara lain berbau busuk dan berwarna hitam.

Nitrogen Ammonia (NH3-N) juga digunakan sebagai penunjuk utama kepada kehadiran kumbahan binatang dan manusia, buangan domestik, bandar dan industri serta baja pertanian. Konsentrasi Nitrogen Ammonia yang tinggi akan mempertingkatkan denyutan, kadar aktiviti respirasi dan keseimbangan hidupan akuatik serta mempengaruhi kadar metabolisme. Pada kebiasaannya, air semulajadi mempunyai kandungan ammonia kurang daripada 0.1 mg/l. Di Malaysia, paras konsentrasi Nitrogen Ammonia untuk bekalan air domestik mestilah kurang daripada 0.1 mg/l. Nilai cadangan Nitrogen Ammonia untuk bekalan air mentah ialah 1 mg/l.

Pepejal Terampai (SS) dan Pepejal Terlarut (TDS). Sedimen merupakan petunjuk pencemaran berasaskan pembukaan tanah, perlombongan, larutan dan pencemaran. Ia biasa terdiri daripada lumpur, sisa halus mineral, zarah pasir halus, klodak dan liat, partikel bahan organik, plankton, dan organisma mikroskopik. Dalam kajian kualiti air ianya meliputi 2 parameter iaitu Pepejal Terampai (SS) dan Pepejal Terlarut (TDS). Kebiasaannya, sungai yang baik mempunyai SS sebanyak 25 mg/l. Di Malaysia, paras cadangan nilai standard interim SS ialah 50 mg/l iaitu satu standard yang sesuai untuk berenang dan berekreasi.

http://wqms.info/glosari/

"


Makcik ini membazir makanan di hari kemerdekaan

Gambaq Merdeka yang paling sakit hati...


"

Salam semua...

Sakit hati betoi Pak Long tengok gambaq neh... membaziaq, rai kemerdekaan kepala hotak hangpa lagu neh...
Idea sapa tak tau la, nampak memang bangang sungguh. Buat malu kat Mak Long hang ja... nampak sangat tak khatam hukum... Tu la, ikut lagigerombolan setan yang dikenali rakyat tuh... jadi lagu ni la...
Kita tak tau cerita betoi, sebab tu Pak Long pun tak la tunjai-tunjai dahi si petugaih tuh... mungkin dia pun makan upah. Tapi lain kali Nah oiii, hang cari la upah kerja yang jenih lain... jangan dok menempek keja buat ala-ala setan tuh... tolong Mak Long hang pi bendang pun baguih...
Nik Maznah Nik Mamat, 50 (kiri) ngan si Nurul Syazliana Mohd Sukarno, 27  tekun menyiapkan bentuk Jalur Gemilang bersaiz 100 kaki panjang dan 14 kaki lebar di Sekolah Menengah Panglima Raja sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55. Seramai 300 orang bergotong-royong bermula 29 Ogos dan sebanyak 2,500 Kg pulut digunakan...
Ishhh....
Hangpa nampak ka apa yang Pak Long nampak?
Memang la yang nampak tu depa pakai beraih pulut boh kaler kemdian tempek buat bendera. Yang tu semua orang nampak.

Tapi apa yang Pak Long nampak kat setiap butir beraih pulut tu adalah jerit perih sorang pompuan tua sedang menuai padi... tengah panaih di bendang. Dia tersenyum puaih, rezeki Allah amat luaih... petanda penat lelah dia terhasil sudah...
Agak-agak hangpa, pompuan tua ditengah bendang tu tau ka sapakah orang yang akan dapat makan hasil tuaian dia?

Dia tentu berbangga kalau kita jamah hasil tuaian dia dengan bismillah, jamu orang buat amal jariah... Dia tentu lebih puaih kalau dia tahu sebahagaian dari hasil tuaian dia dapat bagi tenaga untuk umat Muhammad menambah ibadat pada yang Esa...
Tapi, berbanggakah dia kalau dia tau hasil penat lelah dia apatah lagi setelah bergantang-gantang peluh tumpah ke bumi, pi buat lagu tu?
Ishhh...

Hangpa tau ka Merdeka tu menatang apa?
Apa yang hangpa cari nak isi Merdeka neh? 
Lagu ni ka cara kita nak raikan Merdeka?
Ishhh...
Sakit hati betoi laa...
Wassalam...
http://paklongonline.blogspot.com/