Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Rabu, 6 April 2011

Nafsu bawah perut didahulukan

Suker sangat kerja-kerja 'bawah perut'......alahai.....

Tujuan diwujudkan 'VCD lucah' itu, semuanya adalah semata-mata untuk mengaibkan Anwar......untuk memalukan seluruh keluarga dan keturunan Anwar.

Ia juga bertujuan untuk mengalih pandangan rakyat pada segala kelemahan dan kemungkaran Umno/BN selama ini samada di Semenanjung mahupun di Sarawak dan Sabah.

Pada hemat saya, tujuan paling besar adalah untuk mengharu-birukan Pakatan Rakyat supaya momentum serta tumpuan Pakatan untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) menjadi kendur.

Umno/BN juga mengharap Anwar akan sibuk menfailkan saman demi saman......lama kelamaan mereka berharap Anwar akan 'letih' turun naik Mahkamah dan rakyat akan mula naik jemu dan beransur-ansur benci......dengan harapan rakyat akan mula naik sangsi terutama dengan sejumlah wang ringgit yang banyak yang dicurahkan untuk saman mereka.

Mereka sudah lama bertekad mempertahankan Putrajaya dengan apa cara sekalipun......samada secara demokrasi atau apa cara yang paling kotor......menjijikkan.....memalukan.....mengaibkan....memualkan...sudah hilang kata-kata dan perkataan ku lagi.

Mereka sudah hilang pertimbangan.....hilang ke'warasan'.....lupa akan perintah Agama kerana bagi mereka Agama tidak bercampur-aduk.....tidak ada kait mengait dengan politik.

Percayalah......Umno/BN amat berminat dengan kerja-kerja menjaga 'perut' dan 'dibawah perut'. Mereka suka sangat......alahai.....

Mereka lupa walaupun mereka merancang......tetapi Perancangan Allah mengatasi segala2nya.

InsyaAllah segala kerja-kerja busuk lagi jahat ini akan 'backfire' mereka kembali......sudah banyak kedengaran dari cakap-cakap orang totok Umno sendiri....."dah de kerja dan cara lain ke......memalukan bangsa dan merendah2kan Agama sendiri".

al-brangionline:

Sesungguhnya......"Buku Jingga" menghantui mereka.

Agenda Utusan terlalu jahat dan biadap



Said Zahari : Utusan Aibkan Anwar Untuk Politik Umno


SHAH ALAM 5 APRIL : Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu Said Zahari membidas laporan media arus perdana yang ghairah menyiarkan gambar dan menayangkan klip video seks semata-mata untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menyifatkan tindakan Utusan Malaysia dan TV3 serta media lain sebagai tidak beretika dan melanggar prinsip asas kewartawanan semata-mata untuk memenuhi agenda politik majikan mereka.

"Cerita- cerita seperti itu, video dan gambar- gambar seperti itu langsung tidak usah dipakai. Sepatutnya pengarang tidak perlu menggunakannya, tak perlu siarkan kerana apa faedahnya kepada pembaca, apa yang dipelajari mereka,” kata beliau kepada TVSelangor/

Said berkata media yang beretika tidak akan melaporkan sesuatu yang belum terbukti kesahihannya serta tidak cuba untuk mendorong pembaca agar mempercayai setiap apa yang dipaparkan mereka.

Said menjelaskan peranan akhbar adalah menyebarkan menyampaikan berita, maklumat dan mencerminkan pemikiran rakyat kearah kebaikan.

Namun mutakhir ini, surat khabar secara rasmi diangkat menjadi lidah rasmi bagi parti pemerintah.

Said berkata, hakikatnya pembaca membeli surat khabar untuk mendapatkan berita yang sahih dan memberi 1001 maklumat yang berguna bukannya fitnah politik semata- mata.

"Pembaca bukan hendak benda yang macam itu pun. Tapi oleh kerana mereka nak jual surat khabar, mereka gunakan itu sebagai penarik kepada pembaca."

Beliau menyifatkan Utusan Malaysia dengan sengaja mahu mendorong pembaca untuk mempercayai bahawa Anwar adalah individu dalam video seks yang didalangi Datuk T.

"Lebih mendukacitakan , ia (Utusan Malaysia) digunakan untuk menuduh seseorang dalam kes ini yang saya ingat dia sebutkan Anwar walaupun sudah terbukti bukan Anwar dalam video itu dan gambar itu terbukti bukan Anwar," tambah beliau.

"Namun Utusan secara tidak langsung menunjukkan bahawa orang itu adalah Anwar. disini terletaknya politik (Utusan Malaysia dan Umno)."

Said mengingatkan warga media agar kembali berpegang kepada etika kewartawanan demi memartabatkan industri ini dikata mata rakyat.

"Pengarang, pemberita, wartawan, editor surat khabar harus berhati- hati dalam soal seperti ini sebab tiada faedahnya untuk pembaca." tegas s beliau.

Mundur dan miskin macam sebelum Merdeka

Menjelang pilihan raya negeri Sarawak, 400 keluarga di Kampung Tuie - satu perkampungan tradisional Melayu di kawasan pedalaman Sarawak - masih menaruh harapan untuk mendapatkan bekalan air bersih.

NONEDiwujudkan sekitar 120 tahun lepas, kampung yang didiami 3,100 penduduk itu masih belum mendapat bekalan air bersih - walaupun
selepas 48 tahun pembentukan Malaysia. Situasi mereka menjadi semakin teruk ekoran ketiadaan hujan sejak dua minggu lalu.

"Anak-anak terpaksa mandi di lubang itu," kata Ayang Aceham, 53, (foto, tengah), sambil menuding ke arahnya di tepi jalan.

Ayang, yang mempunyai lapan orang cucu, menjelaskan bahawa air bertakung dalam parit itu - kira-kira 1.5m luas - apabila air sungai pasang dan membanjiri kampung itu.

Dalam musim kemarau, hanya lubang itu sahaja yang tinggal untuk kanak-kanak itu mandi. Beberapa orang daripada mereka mengangguk bila ditanyakan sama ada mereka mandi di lubang itu.

NONEAyang adalah antara penduduk yang tidak dapat lagi menyimpan apa yang terbuku di hati mereka, menjelang satu ceramah di kampung itu oleh ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim Ahad lalu.

Mereka terpaksa memandu selama sejam untuk sampai ke sebuah telaga yang terletak di sebuah estet untuk mendapatkan bekalan air bagi kegunaan harian.

"Kadang-kadang kami mandi dan membasuh di Sungai Saribas, jika tidak ada air," kata Ayang, merujuk kepada sebatang sungai di kampung itu.

ABIM kutuk tindakan muatnaik video

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengutuk tindakan penyebaran video seks bahan lucah secara terbuka menerusi laman web video Youtube dan foto akhbar tempatan.

“Sesungguhnya perbuatan serta tindakan ini sangat keji dan menunjukkan betapa rendahnya nilai moral dalam masyarakat Malaysia,” kata Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr Muhamad Razak Idris (gambar).

Katanya, penyiaran itu bertentangan sama sekali dengan ketetapan serta prosiding yang telah ditetapkan oleh undang-undang negara, di samping secara langsung mencabar autoriti pihak berkuasa yang berkenaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Di samping itu, tambahnya Abim juga menilai penyiaran video itu akan meninggalkan kesan yang negatif terhadap pembentukan tatasusila serta moral masyarakat di negara ini.

“Kegiatan ini jika tidak diambil tindakan akan menjadi precedent bahawa penyebaran bahan lucah adalah suatu yang sah dan tidak melanggar undang-undang negara,” katanya.

Menurutnya, perkara sedemikian rupa tidak pernah berlaku sepanjang catatan sejarah politik Malaysia.

“Ini sekaligus membangkitkan persoalan kepada kita apakah norma-norma sedemikian ingin kita tonjolkan dan hidangkan kepada generasi muda dan masyarakat dalam dan luar negara sebagai satu keperluan kepada usaha pembangunan negara ini,” katanya lagi.

Beliau berkata, secara prinsipnya Abim sangat kecewa terhadap penyebaran ini kerana menambahkan satu lagi episod duka dan hitam dalam sejarah negara ini.

“Sedang masyarakat berbicara dan berbahas usaha membenteras gejala sosial di dalam masyarakat, pada masa yang sama kita membuka ruang kepada percambahan perbincangan perkara tak bermoral dari sudut penyebarannya,” ujarnya.

Abim juga, kata beliau ingin meneegaskan kepentingan nilai, prinsip dan etika kewartawanan dan penyiaran yang harus dijunjung di kalangan pengamal media kerana mereka memikul tanggungjawab sosial yang sangat berat.

Tambahnya, keutuhan prinsip Rukun negara bagi menjaga "Kesopanan dan kesusilaan" perlu diterjemah di dalam tindakan segenap masyarakat malah ia berkait juga dengan "Kedaulatan undang-undang" sebagai elemen pembangunan negara.

Sehubungan dengan itu, Abim menggesa PDRM supaya mempercepatkan proses siasatan mengenai penyebaran video seks tersebut, di samping mengenal pasti individu yang terlibat untuk dibicarakan menerusi pengadilan yang telah ditetapkan dengan segera.

Beliau menambah, Abim ingin menegaskan menolak sebarang provokasi untuk mengaibkan peribadi seseorang memandangkan perbuatan tersebut adalah haram dan bertentangan sama sekali dengan ajaran Islam.

Justeru, katanya perbuatan tersebut iaitu provokasi terhadap peribadi seseorang seharusnya tidak boleh dijadikan alat bagi mencapai sesebuah tujuan dan memenuhi kepentingan tertentu.

“Dalam kesempatan ini, Abim ingin menyeru umat Islam supaya agar menjauhi perbuatan mengaibkan peribadi seseorang di samping meningkatkan doa dan menunaikan solat hajat untuk memohon kesejateraan serta perlindungan dari sebarang malapetaka dan bencana untuk umat Islam serta seluruh pelusuk masyarakat di negara ini,” katanya. -HD


petikan Malaysiakini 22/03/11

Selasa, 5 April 2011

Video : Penjelasan Nik Nazmi - mesti baca


Sewaktu ‘Dato’ T’ mula-mula menayangkan video skandal seks yang kononnya melibatkan pemimpin pembangkang di Carcosa Seri Negara dan saya tegaskan bahawa video tersebut palsu, tukang sorak-tukang sorak Umno bertanya bagaimana saya yakin bahawa video tersebut bukan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila saya belum menontonnya.

Hari ini saya terpaksa menonton sedutan video tersebut.

Selepas menonton video tersebut, kenyataan awal saya terbukti benar memandangkan sosok dan lenggok badan watak utama termasuk perut yang menonjol jelas sekali bukan sosok badan Anwar.

Hakikat ini mungkin tidak jelas bagi mereka yang tidak mengenali Anwar secara dekat, tetapi sebagai bekas Setiausaha Sulit beliau selama dua tahun saya tahu bahawa itu bukan Anwar.

Apatah lagi saya mengenali keperibadiannya sebagai seorang Muslim dan pemimpin keluarga yang baik.

Jelas sekali video ini dibuat untuk tujuan politik.

Tarikh video ini ditayangkan kepada wartawan dan seterusnya kini didedahkan sedutannya kepada umum dibuat untuk tujuan strategik sempena Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Enam persoalan asas masih belum terjawab:

1. Mengapa Rahim Tamby Chik, Shazril Eskay dan Shuib Lazim tidak berani mendedahkan diri mereka ketika mula-mula menayangkan video kepada editor-editor kanan milik Barisan Nasional di Carcosa?

2. Siapakah individu ketiga dalam video tersebut? Kehadiran lelaki ketiga yang bertindak seperti pengarah video menggambarkan ini bukan rakaman CCTV rahsia sebagaimana didakwa Dato' T.

3. Adakah mereka tidak yakin dengan kewibawaan moral mereka sendiri ataupun khuatir bahawa rakyat akan menyimpulkan video ini satu lagi usaha UMNO-Barisan Nasional untuk menyerang Anwar memandangkan ketiga-tiga mereka mempunyai hubungan dengan UMNO khususnya Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Datuk Seri Najib Tun Razak?

4. Dato’ T mendakwa video ini dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Namun tulisan di dalam video tersebut (di dalam bahasa Thai) apabila diterjemah menyebut “Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011”. Adakah video ini sebenarnya video lucah Thai yang tiada kaitan dengan Malaysia?

5. Mengapa UMNO diam membisu tentang pandangan tiga mufti: Dr Juanda Jaya (Perlis), Datuk Tamyes Abd Wahid (Selangor) dan Datuk Mohammad Shukri Mohammad (Kelantan) yang meminta umat Islam mengesahkan dulu sebarang maklumat yang datang daripada pihak yang fasik? Malah, Tan Sri Harussani Zakaria (Perak) juga mengeluarkan pandangan serupa tetapi menurutnya tidak dilaporkan Utusan Malaysia.

6. Mengapa pihak polis yang tegas memberi amaran kepada orang ramai jangan mengedar video Chua Soi Lek dahulu (yang diakui Soi Lek sendiri benar) tidak mengambil pendekatan sama kali ini?

Sudah sampai masanya kita menghentikan politik fitnah kotor dan keji yang merendahkan wibawa politik negara kita. Pada awal tahun ini rakyat menaruh harapan terbitnya Buku Jingga Pakatan Rakyat akan memulakan budaya baru politik mengenai idea dan polisi yang menandakan kematangan masyarakat negara kita.

Malangnya bukan sahaja Najib menolak berbahas mengenai buku jingga, tetapi dalam keadaan beliau terdesak kini nampaknya membiarkan budaya politik busuk terus bermaharajalela.

Ketika arus demokrasi berkembang pesat di seluruh dunia, politik Malaysia nampaknya masih lagi pada takat yang lama.

NIK NAZMI NIK AHMAD
Pengarah Komunikasi
Parti Keadilan Rakyat

Nak jadi abu jahalkah ni...patut rakyat marah!!!(Gambar)

[VIDEO] Putera Raja Saudi belanja sejuta dolar di kelab malam








Astagfirullah...beginikah perangai manusia yang diamanahkan untuk jaga kota suci Mekah dan Madinah. Patutlah rakyat bangkit bangun melawan penguasa zalim. Mereka ini siap yang pilih? jangan hilangkan kepercayaan rakyat...

Perut Buncit: Sahih Bukan Bro Anwar (Gambar)




Gambar di atas diambil dari video blue tajaan Rahim Thamby. Orang yang Rahim tuduh sebagai Anwar dalam video tersebut mempunyai perut yang buncit. Malangnya, Anwar Ibrahim tidak berperut buncit.




Lebih2 lagi Anwar ada bukti sedang mengemaskini akaun Twitter dan Facebook beliau pada jam 1040 malam. Adengan seks di dalam video blue Rahim tersebut dikatakan berlaku antara jam 1020 malam sehingga 1045 malam.

Nota : Umno memang dah menjadi tradisi menfitnah zaman-berzaman, dulu zaman Almarhum Dr Burhanudin Helmi pun telah difitnah kononnya ada hubungan intim dengan Ibu Zain...sejarah berulang kembali...