Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Isnin, 3 Januari 2011

Minyak masak peket payah dapat

Isyarat naik harga


TIADA...Pemilik Kedai Runcit Datuk Keramat, Abdul Samad Hamzah, 58, mengangkat tangannya sebagai tanda stok minyak masak di kedainya sudah habis dijual di Kuala Lumpur pada Ahad. Menurutnya, sudah hampir dua minggu tidak menerima stok minyak masak untuk dijual kepada pelanggan. Beliau juga menafikan kekurangan stok itu ada kaitan untuk menaikkan harga minyak masak. Harga minyak masak tempatan untuk sepaket masih kekal RM2.50 dan botol lima liter, RM13.50. foto BERNAMA

AWAS, Masuk estet ni kena pakai topi keledar

Mujur hanya bateri lampu picit bukan bateri kereta, kalau kena kepala boleh bocor...apakah ini tektik UmnoBN menakut-nakutkan petugas pakatan supaya tak masuk estet ini kerana banyak pengundi hantu...wallahuaalam.
SEGAMAT: Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Siapa sangka peribahasa itu menjadi pengalaman unik dan menakutkan bagi penduduk Ladang Bukit Dato Tenang Station, Labis, dekat sini, apabila kediaman mereka dihujani batu dan bateri sejak dua bulan lalu.

Kejadian misteri dan menyeramkan itu mengakibatkan enam keluarga resah dan tidak dapat tidur malam apabila batu gravel, batu landasan kereta api dan juga bateri lampu picit dibaling menghentam dinding dan tingkap hingga pecah.


Malah, kejadian turut disaksikan anggota dari Balai Polis Tenang yang menyiasat tempat kejadian pada malam Rabu lalu.

Seorang mangsa, Ellan Senaya, 39, berkata kejadian misteri itu dikatakan bermula kira-kira dua bulan lalu selepas seorang bomoh dikatakan menangkap makhluk halus sebelum memenjarakannya di dalam botol sebelum ditanam di kawasan perkuburan masyarakat India di situ.


Namun, pada awalnya, kejadian baling batu itu tidak dihiraukan sangat oleh kira-kira 450 penduduk ladang berkenaan kerana mereka beranggapan ia perbuatan kanak-kanak nakal.


“Sebelum ini, hanya bumbung rumah yang dilempar batu dan ia hanya membabitkan enam rumah bahagian dapurnya menghadap pokok getah di lereng bukit di ladang itu.

“Batu dan objek lain disyaki dilempar dari ladang getah menyebabkan ada juga cermin tingkap rumah yang pecah.


“Sejak kebelakangan ini, kejadian misteri itu semakin menjadi-jadi tidak mengira siang atau malam. Pada waktu malam sehingga awal pagi semakin rancak menyebabkan ada jiran saya yang cedera di kepala serta cermin tingkap rumah banyak yang pecah akibat dibaling batu,” katanya.

Ellan yang tinggal di ladang itu hampir 39 tahun berkata, keluarganya amat takut dengan kejadian misteri yang pertama berlaku sejak dia tinggal dan dibesarkan di ladang itu.


Katanya, semua mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Tenang pada Rabu lalu dan dua orang anggota polis pergi ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan.


Seorang anggota polis, Konstabel Saifudin Yacob, 25, terpaksa memakai topi keledar ketika tiba di tempat kejadian kira-kira jam 12 tengah malam apabila menyaksikan beberapa cermin tingkap yang pecah tanpa di ketahui sebabnya.


Seorang anggota polis bantuan, Veloo Punusamy, 47, yang berkawal di tempat kejadian pada tengah malam kelmarin turut menyaksikan beberapa batu memecahkan cermin tingkap rumah seorang penduduk.


Apabila beliau bertindak balas dengan cuba memeriksa lokasi arah datangnya batu itu, semakin banyak pula cermin tingkap pecah akibat dibaling dengan batu gravel, batu landasan kereta api dan bateri lampu picit seolah-olah tindakan Veloo menyebabkan kemarahan kepada pihak yang membaling batu berkenaan.


Jiran Ellan, Sathia Kumar, 28, berkata dua sempat merakamkam beberapa gambar yang memaparkan objek misteri berbentuk pancaran cahaya panjang.


Manakala rakannya mendakwa pernah melihat bayangan makhluk setinggi 1.2 meter berwarna putih di tempat kejadian.


Sementara itu, Ketua Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali menasihatkan penduduk supaya lebih waspada dan tidak menimbulkan sebarang spekulasi mengenai perkara itu kerana polis sedang menjalankan siasatan.

Ahad, 2 Januari 2011

Pelancaran Jentera PRK Tenang


Labis : Malam tadi ana bersama keluarga sempat pergi ke pelancaran jentera PRK Dun Tenang oleh DS Tuan Guru Haji Hadi. Tempat ceramah sesak dengan dan orang ramai berkerumun dimeja bantahan terhadap perlatikan Isa Samad sebagai pengerusi Felda.

Singgah makan di restoran berdekatan dengan tapak ceramah, waduh harga makan di pekan kecil macam Labis pun dah mahal, samada memang mahal atau cari kesempatan kerana pilihanraya, entahlah.

Pilihanraya bukan jalanraya kata Tuan Guru, al-maklum, bila ada adun meninggal dan ada pilihanraya kecil maka UmnoBN sibuk baiki jalanyara, projek turap tar segera, kalau tak ada pilihanraya biarkan ia rosak selama 5 tahun, ini MENIPU rakyat namanya.

Apa yang mendukacitakan bila pakatan mohon permit untuk ceramah maka dihalang oleh pihak berkuasa dan spr atas alasan belum tempoh kempen, tetapi pemimpin UmnoBN termasuk penasihat agama Johor Datok Noh Gadut dah masuk kampung dan felda kempen terang-terang supaya mengundi dacing boleh pulak. Ini tak adil.

Sepatutnya ana bertugas jaga upu Ladang Datok tetapi tak dapat kerana esok kena hantar anak balik asrama SMA Bandar Tenggara pula. Nak buat persiapan pendaftaran PASTI dan Madrasah Masriyah. Alhamdulillah sampai rumah 1.45 pagi.

Senamrobik di kawasan masjid tak salah - Tok guru


Islam tidak melarang sebarang kegiatan termasuk senamrobik dilakukan dalam kawasan masjid asalkan kegiatan itu tidak bercanggah dengan syariat Islam, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tidak menjadi masalah untuk melakukan kegiatan di luar atau dalam masjid sama ada oleh orang Islam atau bukan Islam.

"Adalah tidak salah dalam Islam pihak tertentu mengadakan kegiatan dalam rumah ibadah orang Islam, kerana zaman Nabi Muhammad s.a.w dahulupun, ada orang kafir masuk (kawasan) masjid kerana ia menjadi pusat segala kegiatan termasuk politik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, di Kota Bharu hari ini.

Beliau mengulas tindakan Anggota Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang masuk ke pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong, Selangor dengan memakai baju ketat semasa melakukan senamrobik bersama jemaah masjid itu, yang disifatkan tidak menghormati rumah suci itu, yang dilaporkan di muka depan Utusan Malaysia semalam.

Menurut Nik Abdul Aziz, soal anggota Parlimen itu berpakaian tidak sopan atau tidak menutup aurat, adalah perkara kedua yang perlu diperbetulkan.

"Yang pasti kita kena beritahu mereka perkara-perkara yang ditegah agama ketika berada dalam masjid...kena beritahu kaedah dan pantang larang dari segi Islam sebelum seseorang itu memasuki masjid," katanya.

Nie Ching sebelum ini pernah menimbulkan kontroversi kerana menyampaikan "ceramah" di dalam sebuah surau di Kajang Sentral, Kajang pada Ogos lalu.

- Bernama

Buku teks SPM dipertikai


Sebuah pertubuhan India mengancam untuk mematahkan rancangan BN dalam pilihan raya kecil DUN Tenang sekiranya kerajaan tidak mengambil tindakan berhubung satu novel untuk pelajar SPM yang dipertikai.

NONEBuku karangan sasterawan negara Datuk Abdullah Hussain itu didakwa memberikan gambaran yang salah ke atas masyarakat Indian, terutama ke atas sistem kasta dan penggunaan istilah "pariah".

Tidak puas hati dengan perkembangan itu, kumpulan berkenaan merancang untuk melancarkan satu protes di Putrajaya dan di Johor Bahru.

Ia juga bercadang untuk meletakkan calon bebas dalam pilihan raya kecil DUN Tenang yang akan diadakan pada akhir bulan depan.

Ketua penerangan Persekutuan Pertubuhan India Malaysia (PRIMA) AP Raja Retinam berkata buku tersebut menentang semangat 1Malaysia dan perlu ditarik balik dari pasaran.Letak calon bebas di Tenang

"Kerajaan dan Kementerian Pelajaran nampaknya tegas dalam mengekalkan buku itu sebagai sebahagian daripada buku teks sastera untuk Sijil Pelajaran Malaysia.

"(PRIMA) kesa kerana buku itu memberikan gambaran tidak betul terhadap masyarakat India, terutama ke atas sistem kasta dan perkataan 'pariah' yang digunakan

"Kita telah mengemukakan perkara ini dengan MIC di mana menteri (sumber manusia Datuk S Subramaniam berjanji untuk membangkitkan perkara ini di kabinet.

"Bagaimanapun, jika kabinet dan menteri pelajara Tan Sri Muhyiddin Yassin bertegas untuk tidak menilai semula isu buku Interlok ini, kita akan turun ke jalan bulan depan.

"Kita juga akan letak calon bebas di Tenang," katanya lagi.

Retinam bersama presiden baru pertubuhan itu Dr V Suppiah tiba di pejabat Malaysiakini semalam untuk menyuarakan keresahan masyarakat India berhubung penggunaan buku itu sebagai teks pelajaran.

Suppiah berkata, gambaran terhadap masyarakat India dalam buku itu tidak relevan dan BN tidak harus terlalu angkuh sehingga menenggelamkan suara komuniti itu.-Mkini

Bujang terlajak mesti cepat nikah


Inilah Empat Manfaat Kenapa Kita Harus Menikah

Pernikahan tentu memerlukan usaha bersungguh-sungguh. Jika setelah menikah anda mendapat kebahagiaan dalam sebahagian besar hidup. Anda dan pasangan akan mendapatkan banyak keuntungan terutama dari segi kesihatan.

“Orang yang sudah menikah dapat memiliki sebuah sistem saling membangun dukungan dan jaringan sosial. Salah satu darinya anda mungkin dapat memberi dukungan pada yang lainnya untuk makan lebih sihat atau saling bersemangat untuk bersukan atau untuk berhenti merokok, “ jelas Alice Domar, Ph.D, salah satu penulis di Live a Little.


Lalu apa manfaat pernikahan ?

1. Turunnya Risiko terkena penyakit kencing manis atau diabetes.

Wanita dengan catatan glukosa dalam darah tinggi sangat cenderung berakhir dengan diabetes kronik. Risiko lebih besar jika mereka tinggal sendirian dibandingkan jika tinggal dengan pasangan. Hal ini menurut penelitian yang diterbitkan dalam jurnal Diabetes Care.

2. Jarang terkena hipertensi (Tekanan Darah Tinggi)

Para peneliti dari Brigham Young University menemukan bahwaa orang-orang yang bahagia dalam pernikahan mereka memiliki tingkat tekanan darah yang bagus, kecuali yang pasangannya melakukan Kekerasan Dalam Rumah Tangga (KDRT).

3. Merokok atau minum-minum akan berkurang

Orang yang tidak menikah, bercerai atau janda lebih dalam hal merokok dan minum – minum. Hal ini menurut Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit.

4. Berumur Lebih panjang

Orang yang tidak menikah 58% lebih memiliki kecenderungan meninggal dunia lebih cepat. Hal ini diungkapkan sebuah studi dalam Journal of Epidemiology and Community Health.(Erabaru/ngrh)

Selingan:

- Dari kitab Irsyadul 'Ibad Ilasabilirrasyad

Seorang solehin dahulunya jika ditawarkan supaya berkahwin pasti menolak, tiba-tiba pada suatu hari dia bangun dari tidur dan berkata; "Kahwinkanlah aku, kahwinkanlah aku."

Orang ramai pun bertanya; "Mengapa tiba-tiba kamu minta kahwin padahal selama ini engkau sentiasa menolak?"

Jawabnya; "Semoga aku mendapat anak, lalu mati ketika masih kecil sehingga menjadi perintis bagiku ke Akhirat."

"Apa maksud kata-kata kamu ini?" tanya orang lagi.

"Aku telah bermimpi seakan-akan hari Kiamat telah tiba dan aku berdiri bersama orang ramai di Mahsyar, dengan rasa yang amat haus sehingga hampir mematahkan leherku.

Tiba-tiba aku nampak anak-anak kecil membawa gelas-gelas perak yang ditutupi sapu tangan dari cahaya. Anak-anak itu mencelah-celah di kalangan orang ramai untuk memberi minum satu-satu.

Aku pun menghulurkan tanganku pada mereka dan berkata; berikan padaku kerana aku juga sangat haus. Tiba-tiba anak-anak kecil itu melihat padaku dan berkata; anda tidak mempunyai anak di kalangan kami dan kami ini hanya memberi minum kepada ibu dan ayah kami. Aku pun bertanya; siapakah kamu? Jawab mereka; kami anak-anak kecil yang mati dari kaum Muslimin.

Pelakon Adamaya, Tiramisu kembali kerahmatullah

Al Fatihah

Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia kira-kira 1.45 tengah hari ini di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Tun Razak di ibunegara akibat serangan jantung.

Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira 9 pagi akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Faizal dikenali kerana lakonannya dalam beberapa drama bersiri di televisyen seperti Tiramisu dan Manjalara.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan.

Allahyarham pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 2 tahun sembilan bulan.

Abang pelakon itu Shaiful Yusof, 34, yang ditemui di Tingkat 3, Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusrawi, berkata jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Muda, Batu Caves pukul 10 pagi esok.

Antara artis yang dilihat menziarah jenazah Allahyarham di hospital ialah pelakon Abby Abadi, Sharifah Amani, Liyana Jasmay, Amyza Adnan dan Pierre Andre.

Sementara itu Abby Abadi yang ditemui, berkata kali terakhir beliau berjumpa dengan Faizal adalah bulan lepas ketika mereka bermain futsal di Bukit Jalil.

"Dia seorang yang amat kelakar dan terkenal dengan sikap gila-gila dia. Ramai-ramai kawan yang pergi, dialah yang paling saya terasa kehilangannya," katanya yang pernah berlakon bersama Allahyarham dalam drama Manjalara di TV3.

- Bernama