Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Jumaat, 20 Julai 2012

Salam Ramadan Kareem 1433 Hijrah




Salam Ramadan. Malam tadi sempat bersolat maghrib di Masjid Nurul Iman Taman Sri Lambak, Kluang.

Alangkah indahnya kerana bilangan jemaah yang hadir memang ramai, kenderaan nak parkir pun penuh dan ada kenderaan yang terpaksa parkir di luar yang dan agak jauh. Suasananya sebijik macam solat jumaat.

Oh ya malam ni malam Jumaat terakhir sebelum Ramadan, tengah menunggu pengumuman penyimpan mohor besar raja mengisytiharkan tarikh berpuasa. Jumaat di Johor mesti ada upacara baca Yasin, tu yang ramai tu.

Ada juga pihak yang suruh ibubapa awasi anak-anak yang bising di masjid takut jemaah tak khusyuk.

Kalau budak bising tu biasalah, jangan pula dimarah dan dihalang menyebabkan ibubapa mana yang ada anak terasa hati dan akhirnya melarang anak masing-masing datang ke masjid. Itu sebab masjid hanya didatangi oleh orang pencen dan orang tua yang kununya nak solat kyusuk...sekarang budak tak minat ke masjid takut nanti kena marah dengan noja.

Di Syria sedang berlaku peperanagn membunuh rakyat sendiri oleh regim Al-Asad, di Myanmar umat Islam disembelih beramai-ramai oleh Junta, di Gaza Palestin mereka solat dengan dentuman BOM dan ratapan anak menagis ketakutan, suasana hingar bingar begini menambahkan lagi rasa khusyuk dalam solat...bukan beri amaran supaya anak senyap seperti di tempat kita.

Subuh ramadan besok apakah boleh menandingi rekod tahun lepas di masjid nurul iman seramai 6 saf jamaah. Semoga ramadan kali ini lebih baik dari yang tahun lalu, semoga suasana ramadan ini berterusan bukan setakan bulan ini sahaja...

Apakah dengan limpahan kehadiran masyarakat Islam ke masjid ini petanda kesedaran dan kebangkitan Islam telah menyusup masuk ke dalam sanubari masyarakat.

Moga Panji Islam dapat berkibar di Sembrong...Islam untuk semua.

PAS Sembrong mengucapkan Salam Ramadan Al-Mubarak kepada semua pecinta dan pejuang Islam. Semoga mendapat hadiah taqwa dari Allah SWT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan