Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Sabtu, 13 Ogos 2011

Cerita Helikopter jatuh ditembak Taliban tipu?

Helicopter shot down

Apakah Benar 31 Navy US Terbunuh Tembakan Taliban?


Semua berita tentang kononnya Osama telah dibunuh dalam bulan Mei lepas amat meragukan. Terbaru kita dikhabarkan bahawa Taliban telah berjaya menembak jatuh sebuah helikopter operasi khas US yang mengorbankan 31 anggotannya.

Tapi yang lebih mengejutkan ialah 25 anggota Navy SEAL yang terbunuh itu adalah terlibat dengan operasi membunuh Osama bin Ladin.

Helikopter Chinook yang di naiki mereka di katakan di tembak oleh Taliban menggunakan pelancar grenade di Lembah Tangi Wilayah Wardak.

Helikopter jenis ini biasanya di gunakan untuk mengangkut anggota dan bukan operasi gempur. Ia merupakan model pesawat yang tertua dalam kelengkapan tentera US dan di gunakan sejak perang Vietnam lagi.

Persoalan timbul, adakah US sengaja menembak helikopter mereka sendiri bagi menutup cerita sebenar tentang operasi Osama.

Dengan terbunuhnya amggota yang terlibat dengan operasi tersebut maka rahsia penipuan pembunuhan Osama akan terkubur bersama.

Seperti peristiwa 9/11 mereka mendakwa di lakukan Al Qaeda yang berlindung di Afghanistan bagi mewajarkan penaklukan di Afghanistan.

Operasi terakhir bagi menutup seluruh perencanaan mereka menghapuskan tentera mereka sendiri yang terlibat dalam operasi tersebut kali ini adalah jauh lebih senang dan dengan menunding kepada Taliban pastinya akan diterima dunia.
sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan