Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Ahad, 7 Ogos 2011

Bulan Ramadan, Umat Islam lebih Kuat

Perut yang kosong jangan disangka lemah, itulah hikmah berpuasa, sejarah telah membuktikan banyak siri peperangan Islam sejak zaman Nabi SAW sehingga sekarang, umat Islam yang memperjuangkan agama berjaya dalam peperangan dengan bergaya di bulan Ramadan ini.

Janganlah kita menjadikan alasan tak makan dan minum menjadikan kita malas, malahan ada yang sanggup ponteng puasa kerana tak tahan dahaga, anak kita yang Pasti pun dah tahan puasa...cuba bayangkan saudara seagama kita yang berjuang di negara mereka mempertahankan agama dan tahahair.

Helikopter tentera AS terhempas, 31 terbunuh

PULI ALAM, Afghanistan 6 Ogos - Sebanyak 31 orang anggota pasukan khas Amerika Syarikat (AS) dan tujuh tentera tempatan terbunuh apabila helikopter yang mereka naiki terhempas akibat terkena tembakan roket pejuang Taliban di sini, semalam.
Menurut jurucakap pejabat Gabenor Wardak, helikopter Chinook itu terhempas dalam serangan militan Taliban di timur wilayah Wardak, di barat daya Kabul.
Jurucakap Taliban, Zabiullah Mujahid mengesahkan kumpulan militan itu bertanggungjawab terhadap serangan tersebut.
Sebanyak 25 mangsa yang terbunuh terdiri daripada anggota tentera marin AS, lapor rangkaian televisyen ABC News.
Ia merupakan nahas terburuk membabitkan tentera asing di Afghanistan sejak tentera AS dan barat menawan negara ini pada 2001.
Kali terakhir korban terbesar membabitkan tentera bersekutu di Afghanistan ialah pada 2005 apabila 16 tentera AS terbunuh dalam serangan roket Taliban ke atas helikopter Chinook di wilayah timur Kunar.
Komander tentera Afghan bagi wilayah itu, Jeneral Abdul Razeq mengesahkan helikopter itu ditembak jatuh akibat terkena tembakan roket musuh. - AFPutusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan