Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Jumaat, 20 Mei 2011

Bank Islam dipaksa beli bank muamalat ? apa cerita

PAS kurang senang dengan cadangan penggabungan antara Bank Muamalat dan Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) yang dianggapnya sebagai satu lagi tindakan menyelamatkan syarikat menggunakan dana awam.

"Apa manfaat bagi BIMB untuk membeli atau bergabung dengan Bank Muamalat?" soal naib presiden PAS Salahuddin Ayub.

BIMB mempunyai 115 cawangan di seluruh negara dengan 600 mesin auto-teller dan justeru, Salahuddin, "terdapat sesuatu yang aneh dalam urusniaga itu yang tidak membawa manfaat kepada BIMB”.

Dakwa ahli parlimen Kubang Krian itu, kebimbangannya adalah tangan-tangan tersembunyi di sebalik arahan BIMB untuk membeli Bank Muamalat daripada DRB-Hicom, yang memiliki 70 peratus bank berkenaan manakala Khazanah, pula memiliki 30 peratus lagi.

"Saya risau ini satu lagi 'bailout' yang merupakan budaya tidak sihat di negara kita dan akan terus membebankan rakyat,”
katanya.

Menurut Salahuddin meskipun tiada bukti bagi menunjukkan tindakan itu bagi menyelamatkan Bank Muamalat namun keputusan untuk bergabung berkenaan adalah petanda yang jelas.

Tidak ada bank yang stabil akan mahu bergabung dan hilang identitinya,”
hujahnya.

Sehubungan itu, beliau mendesak Bank Muamalat untuk mendedahkan status kewangannya dan menjelaskan mengapa mereka mahu bergabung dengan BIMB.

"Saya akan tulis kepada pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara atas kedudukan saya selaku ahli parlimen bagi memaksa Bank Muamalat membekalkan kenyataan kewangannya. Jika ia beroperasi dengan lancar, kita ingin tahu selancar mana? Jika ia mencatatkan kerugian, berapa banyak yang rugi? Dan kenapa ia mahu bergabung?” soal pempin PAS itu lagi. -mk



PAS persoal tindakan Bank Islam ‘selamatkan’ Bank Muamalat
Oleh Syed Mu’az Syed Putra dan Latifah Kasmuri
May 19, 2011

KUALA LUMPUR, 19 Mei — PAS mempersoalkan penggabungan Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) dan Bank Muamalat sambil menyifatkan ia tidak akan mendatangkan sebarang faedah kepada bank Islam terawal itu.

Kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, beliau percaya tindakan penggabungan itu adalah satu usaha untuk “menyelamatkan” Bank Muamalat.

BIMB adalah anak syarikat BIMB Holding Bhd yang mana Tabung Haji memegang saham terbesar dengan 51 peratus kepentingan dalam BIMB Holding Bhd.

“Saya cukup bimbang berlaku satu lagi budaya tidak sihat yang akan merugikan rakyat di mana BIMB Holding mahu mengambil alih atau beli atau bergabung dengan Bank Muamalat.

“Apa guna Bank Islam mahu bergabung dengan Bank Muamalat? Apa faedahnya? Bank Islam ada 115 cawangan di seluruh negara, apa guna mahukan lagi Bank Muamalat, kalau cawangan sikit, baru ada rasional tapi Bank Islam ada rangkaian di seluruh negara, begitu juga dengan Tabung Haji,” kata Salahuddin pada sidang media di sini.

Justeru beliau percaya, kemungkinan penggabungan itu disebabkan Bank Muamalat mengalamai masalah besar.

Pemegang saham terbesar Bank Muamalat adalah DRB-HICOM iaitu 70 peratus saham dan baki oleh Khazanah Nasional Bhd.

“Saya harap Bank Muamalat telus dalam isu ini, mesti nyatakan status kewangan dengan jelas, kena beritahu apa sebenarnya yang berlaku pada Bank Muamalat . . . kalau ada masalah, apa masalah? Dan, apa guna Bank Islam mahu mengambil alih bank bermasalah ini?

“Saya bimbang penggabungan Bank Islam dengan Bank Muamalat ini akan menjejaskan potensi dan masa depan Bank Islam yang mungkin diarah oleh tangan-tangan ghaib,” katanya.

Minggu lalu, DRB-HICOM menjelaskan minat yang dinyatakan kepada Bank Islam hanyalah semata-mata mahu meninjau kemungkinan penggabungan itu.

Syarikat itu berkata ia tidak menyatakan minat untuk menjual 70 peratus kepentingan dalam Bank Muamalat.

Cadangan penggabungan itu akan menyaksikan kemunculan bank Islam yang besar dan ini seiiring dengan saranan kerajaan untuk mengukuhkan lagi kedudukan Malaysian sebagai pusat antarabangsa terkemuka untuk kewangan Islam.

Tambah Salahuddin, beliau akan menghantar surat rasmi kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil kedua-dua pemegang saham Bank Muamalat untuk menjelaskan kedudukan dan status bank itu.

“Kalau Bank Islam dipaksa membeli Bank Muamalat, ia adalah satu perkara yang menyedihkan kerana membeli bank bermasalah, saya bimbang ada tangan-tangan ghaib yang minta agar ia bergabung.

“Kalau Bank Muamalat tiada masalah mengapa nak jual? Kenapa nak bergabung dengan bank lain? Saya rasa mana-mana bank yang ada kewangan yang kukuh tidak akan bergabung dengan bank lain dan ia akan menjadi satu beban kepada Bank Islam,” katanya.

Jelas beliau, daripada Bank Islam bergabung dengan Bank Muamalat adalah lebih baik jika sumber kewangan itu digunakan untuk perkara lain. -TMI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan