Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Sabtu, 2 Februari 2013

BAGAI MELEPAS ANJING TERSEPIT Isu Felda Kemahang 3



Keluhan Wan Rohimi peguam yang bersusah payah mengmbil kes rumit ini.

Oleh: Wan Rohimi Bin Wan Daud @ 01022013

Bilamana anda keluar dari sekolah undang-undang, dan memulakan latihan dalam kamar selama 9 bulan, sebelum ditauliahkan sebagai seorang Peguambela & Peguamcara, perkataan yang sering disebut dan diingatkan oleh penceramah-penceramah dalam mana-mana kursus “etiquette” adalah:

“REMEMBER, YOU CLIENT IS YOUR POTENTIAL ENEMY”

(Ingatlah, Anakguam kamu berpotensi menjadi musuh kamu)

Selepas pusingan akhir pertarungan kami dalam permohonan Semakan oleh Felda (Review application pursuant to Rule 137 Rules Of The Federal Court 1994) pada 26/8/2010, maka berakhirlah perjuangan saya dan rakan-rakan selama 11 tahun (2000 – 2010) dalam mengendalikan kes Peneroka Kemahang 3. Kes ini tidak pernah dipedulikan oleh mana-mana pemimpin politik sehinggalah kami menang di Mahkamah Tinggi pada 13/1/2008 dan Mahkamah Rayuan pada 26/6/2009.

Di Mahkamah Persekutuan sahaja, empat pusingan pertarungan undang-undang terpaksa kami lalui. Bermula dengan 2 permohonan kebenaran untuk merayu (leave to appeal), satu permohonan untuk penggantungan (stay) dan berakhir dengan permohonan Semakan (Review). Felda diwakili oleh sekumpulan 7 – 10 peguam yang diketuai oleh Tan Sri Cecil Abraham.

Saudara mesti mengenalinya sebagaimana Deepak Jaikishnan mengenalinya. Ya. Tan Sri Cecil Abraham mengetuai kumpulan Peguam Felda sejak selepas kemenangan pusingan pertama pada 13/1/2008 di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Saudara pasti mengenali bahawa Peguam ini adalah antara TopTen Peguam yang paling hebat dalam undang-undang sivil di negara ini. Justeru saudara boleh bayangkan cabaran pertarungan undang-undang di setiap prosiding Mahkamah, di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persetuan yang terpaksa kami tempuhi.


Hanya selepas kami memenangi kes yang pernah diludah oleh seorang Menteri ini, barulah ramai peneroka membukak mata. Banyak kes yang hampir sama di failkan diseluruh negara – berkaitan dengan penipuan greding buah sawit (Kadar Perahan Gred@KPG atau disesetengah tempat disebut sebagai Kadar Perahan Minyak@KPM). Oh rupanya kami mendahului pemikiran mereka lebih 10 tahun kehadapan!!!.

Maka bermula September 2010, selepas menolak yuran guaman, disbursements (perbelanjaan dalam mengendalikan kes termasuk fee Mahkamah, transport, penginapan Peguam, time sheet, percetakan, khidmat pakar sawit dan/atau konsultan, pasukan research) dan fees counsel yang dilantik, maka kami mula membayar wang akhir penghakiman secara berperingkat-peringkat.

 Semua kos itu saya tanggung seorang diri sejak 11 tahun. Kalau tidak semuanya, hampir sepenuhnya. Kos pengendalian kes yang paling asas sahaja mencecah ratusan ribu. Apa jadi kalau katakan kes ini kalah? Tentunya kos itu akan hangus begitu sahaja. Ya, saya bukanlah seorang ahli perniagaan yang baik. Sebab itu saya melabur dalam tempoh yang amat panjang, dengan zero jaminan pulangan wang.

Risiko kerugian adalah 100%. Namun diwaktu saya mula bersetuju mengendalikan kes ini, nilai wang ringgit tidak pernah menjadi perhitungan saya. Saya hanya simpati dan tidak sampai hati untuk menolak permintaan mereka, maka kesanggupan dan kesediaan saya hanya atas dasar itu. Untuk memperjuangkan nasib mereka yang teraniaya! Membujur lalu melintang patah! Keyakinan saya – Tuhan telah mengatur perjalanan hidup saya sedemikian rupa.

Kenapa bayaran ini dibuat berperingkat-peringkat? Ini sinis dan fitnah blogger UMNO (pelacur jalanan) yang dimainkan sejak awal 2011. Ya. Bayaran dibuat berperingkat-peringkat kerana satu buku cek itu hanya ada 50 keping cek.

Selepas habis 50 keping, saya perlu memohon satu buku cek baru, dan ia mengambil masa paling sekurang-kurangnya 2 hari bekerja. Dengan kekangan masa dan had buku cek, kami mengambil masa lebih sebulan untuk membayar kesemua 354 anakguam.

Pelacur jalanan mendakwa saya sengaja menganiaya peneroka-peneroka dengan melewat-lewatkan pembayaran. Benar. Saya dahului kroni, saya dahului peneroka-peneroka yang dekat dengan saya. Saya bayar mereka dulu. Yang saya kenal selama 11 tahun, yang selalu dekat minum kopi bersama saya dalam tempoh itu, saya dahulukan. Ahli Jawatankuasa SuaraHati (Jawatankuasa Tuntutan) yang jatuh bangun bersama saya, saya dahulukan mereka. Saya bias?

Ya. Saya bias kepada orang-orang yang berjasa dengan saya. Orang berbudi saya berbahasa. Saya sayang kepada ketua-ketua peneroka yang berani berjuang bersama saya, yang diugut bersama saya, yang dihentam bersama saya, yang difitnah bersama saya, yang dinafikan hak dan segala keistimewaan oleh Felda selama tempoh kes berjalan – dinafikan bantuan buku teks anak sekolah, dinafikan bonus tahunan, dinafikan wang raya, bahkan dinafikan apa sahaja manfaat dan imbuhan yang diistiharkan oleh Felda kepada semua peneroka.

Penafian itu berlarutan selama 11 tahun. Bahkan ada ketua peneroka yang dilokap atas kesalahan yang sangat kecil. Ingat betul-betul – sebelas (11) tahun!!! Bukan satu minggu, bukan satu bulan, dan bukan juga satu tahun!!.

Kenapa perlu saya mendahulukan peneroka atau anak-anakguam yang tidak pernah mempedulikan kes ini. Selepas menyerahkan salinan Kad Pengenalan dan menandatangani Surat Akuan yang disediakan, mereka hilang. Jemput mesyuarat, tidak hadir. Jemput taklimat, tidak hadir.

 Prosiding-prosiding mahkamah, tidak hadir. Mintak derma barang RM10-00 untuk makan2 dan jamuan, oh bagai tangkai jering! Tapi jemput majlis-majlis kenduri dan makan-makan, ada juga yang hadir. Itu pun duduk jauh-jauh dihujung khemah, dan tergesa-gesa pulang sebaik sahaja selesai memboyotkan perut kelaparannya. Kenapa? Sebab takut pegawai Felda dan talibarut Felda nampak dan buat laporan? Takut disenarai hitam. Playsafe tahap tertinggi! Sebelah kaki saman Felda, sebelah lagi mengampu Felda. Spesis jenis ini memang wujud dimana-mana di dunia ini.

Sepanjang saya mengendalikan kes ini dalam tempoh 11 tahun, hanya lebih kurang 100 orang sahaja yang sangat-sangat setia. Yang jatuh bangun bersama. Yang akan bersama saya di mana-mana prosiding mahkamah. Yang sentiasa mengangkat bag-bag kotak Peguam, Yang mengirim ketupat, Yang menghantar buah salak.

Yang sanggup memancing ikan-ikan sungai untuk juadah peguam, Yang rela menyembelih kambing, ayam dan itik tanpa soal, tanpa bayaran, Yang sentiasa bertanya khabar sakit dan khabar demam, bahkan Yang sentiasa memujuk saya untuk berkahwin dengan anak-anak dara pilihan mereka! Satu demi satu ditunjukkan kepada saya. Ha ha, masa itu saya masih bujang!!!.

SEBALIKNYA, nun disana adalah 50 peneroka yang tegar mengampu Felda. Selebihnya hanyalah memainkan watak playsafe. Supaya tidak disenaraihitam oleh Felda. 50 yang saya sebut itu, menjadi anakguam saya, tetapi dalam masa yang sama menjadi talibarut Felda.

Segala rahsia dan strategi kami, akan disampaikan kepada Felda. Ingatkan SB ni diluar saja, rupanya dari kalangan anakguam sendiri. Lebih teruk, dari kalangan 50 anakguam saya ini, kerja mereka ialah menghasut anakguam yang lain. Ini berlaku lama sebelum kemenangan pada 13/1/2008.

Ada dari kalangan mereka yang mendoakan kekakalahan kes mereka sendiri. Ada dari kalangan mereka yang kata: “kalau menang kes ini, aku sanggup telanjang keliling Kemahang 3”. Ada yang kata: “Rambut belah 7 pun kes ini takkan menang!”. Bahkan ada yang sanggup mengisi borang untuk menarik diri dari kes (sengaja saya buat borang itu untuk menilai kesetiaan mereka).

25 keping borang tarikh diri dihantar oleh Jawatankuasa ke pejabat saya, dan saya masih simpan sehingga kini. Bila saya diserahkan dengan borang itu, saya termenung panjang. Tetapi saya tidak berbuat apa-apa. Saya hanya simpan sebagai kenangan, sebagai rekod cabaran yang terpaksa saya hadapi. Karenah celaka dari anakguam sendiri!

Ya, pada satu ketika saya tersangat marah dengan tindakan mereka. Namun bila habis amarah saya, hati kecil saya meminta saya bersabar. Saya tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap mereka. Kalau saya kurang sabar, saya akan tarik balik kes mereka dan daftarkan di Mahkamah. Tentunya mereka semua akan melopong, meraung dan histeria bagai orang gila, dikala teman-teman yang lain mendapat habuan wang penghakiman.

Saya tidak tahu betul atau tidak tindakan saya yang hanya menyimpan Borang Tarik Diri tersebut. Terkadang, saya terfikir bahawa membantu peneroka seperti ini seumpama “melepaskan anjing tersepit”. Namun, dikala pembahagian wang penghakiman, 25 ekor anjing ini yang terlebih dahulu menyalak-nyalak kerana pembayaran kepada mereka, sengaja saya lambatkan!!!

Selepas selesai membuat pembayaran akhir wang penghakiman pada September atau awal Oktober 2010, semuanya gembira. Melompat-lompat seperti kera mendapat bunga. Termasuklah anjing-anjing tadi. Ada yang beli kereta baru, baiki rumah bocor, renovate rumah, kenduri anak kawin, pegi umrah, tidak kurang juga yang berpeleseran di Pekan Golok, mencari betina yang hina!!!

Dari kalangan mereka, tiada seorang pun yang mengucapkan sepatah terima kasih kepada saya. Tiada seorang pun bertemu saya, menelefon saya atau sekurang-kurangnya sms saya untuk ucapkan terima kasih. Benar, tiada seorang pun! Itulah resam dunia, bila kita melepaskan anjing tersepit!

Pelacur jalanan mendakwa saya melarikan wang peneroka. Pecah amanah! Kaki Songlap! Peguam Tonto! Adus, kalau saya jumpa mereka secara berdepan dalam keadaan mereka menuturkan dakwaan itu, jangan panggil saya lelaki kalau saya tidak melepaskan penumbok jantan!

Bukanlah saya ini ingin mendabik dada dengan segala jasa dan sumbangan saya. Selama 11 tahun saya membakar segala keringat, wang ringgit dan masa. Selama 11 tahun saya menyerap segala tekanan dan ugutan.

Selama 11 tahun saya senyum terhadap segala cemuhan dan fitnah. Selamat 11 tahun saya diserang dengan segala sihir dan ilmu hitam yang hebat-hebat. Tetapi Alhamdulillah, jika Tuhan tidak mengizinkan saya tumbang, saya akan bangun dan melawan! Lawan dan lawan...

Pelacur jalanan kata saya merampas hak peneroka? Mencuri harta peneroka? Pelbagai video diupload ke youtube untuk memfitnah dan menghina saya. Tidak mengapa. Izinkanlah sekejap saya mendabik dada seketika. Helo2, gred sawit peneroka di Kemahang 3 ditipu sejak 1996. Buah sawit yang dibayar dengan KPG 21 – 25%, dibayar hanya di bawah KPG18%. Dari 1996 – 2002, mereka ditipu dan pendapatan mereka dicuri.

Kalau bukan sayalah yang sanggup mengambil kes ini, peneroka tak dapat apa pun. 2 tahun mereka cari peguam ke serata alam. Semua menolak dengan pelbagai alasan. Kalau bukan sayalah yang sudi membakar wang ringgit, anjing-anjing ini tidak akan mendapat satu sen pun.

Bayangkan kalau kes itu tidak difailkan, apa yang peneroka akan dapat? Asap semata-mata. Kalau bukan saya yang menanggung beban kes ini selamat 11 tahun, apa peneroka akan dapat? Lopong semata. Adakah saya mengambil duit dari poket peneroka? Adakah saya meminta sedekah dari peneroka? Tidak! Sama sekali.

Kerja Peguam seperti saya adalah seperti mengutip sampah. Ya. Saya kutip sampah di Kemahang 3. Sampah yang tidak dipedulikan oleh mana-mana manusia, mana-mana pemimpin politik. Sampah yang amat busuk dan meloyakan. Saya bersihkan sampah itu. Saya cuci. Saya bilas.

Saya bawak balik sampah itu ke pejabat. Setiap hari saya usap sampah itu. Setiap malam minda saya hanya memikirkan bagaimana yang jadikan sampah itu sebagai wang. Untuk bantu peneroka. Untuk kerjaya saya sebagai peguam. Untuk perniagaan guaman saya.

Untuk perjuangan saya bahawa segala penindasan perlu dihentikan, walau pun terhadap manusia yang tidak punyai wang untuk biayai urusan guaman. Lama kelamaan saya bergelumang dengan sampah itu, Tuhan utuskan idea dan ilham. Tuhan utuskan pertolongan. Allah kurniakan tabah dan kesabaran. Allah berikan kekuatan luarbiasa bagi seorang anak muda kampung, untuk melawan Firaun. Allah berikan kekuatan untuk berjuang.

Allah buka segala hijab. Allah tukar dari sampah menjadi emas. Allah tukar penghinaan kepada rezeki. Allah suratkan bahawa kes ini akan membuka mata pemimpin politik, dan membuka ruang kepada usaha-usaha untuk menghentikan penipuan greding sawit dan penindasan terhadap peneroka.

Allah suratkan bahawa kes ini telah membuka mata peneroka lain diseluruh negara untuk bangun dan melawan. Hentikan sistem perhambaan yang menindas. Atas semua perancangan Allah itu, maka kemenangan berpihak kepada kami. Rezeki yang tiba-tiba diturunkan dari langit. Durian runtuh!!!

HANYA selepas hampir setahun peneroka menerima durian runtuh dan rezeki dari langit itu, selepas semua wang sudah habis dibelanjakan, peneroka yang masih merasai kemewahan hasil dari wang kemenangan itu, mula cemas apabila wang sudah habis. Mereka akan kembali miskin seperti sebelum menerima wang kemenangan itu. Dalam kecemasan itulah, anjing-anjing ini mula memainkan peranan menghasut, untuk menyaman saya.

Anjing-anjing ini diketuai oleh seorang yang bukan peneroka, bukan anak peneroka pun, bahkan tiada kena-mengena dengan peneroka, tetapi diizinkan oleh Felda untuk menyewa sebuah rumah peneroka yang ditinggalkan (disebabkan peneroka asal telah meninggal dunia dan keluarga kembali menetap dikampung asal) yang berhadapan dengan pejabat Felda Kemahang 3.

Ya, Pengurus Felda Kemahang 3 memberi izin kepada orang awam mendiami rumah peneroka di dalam kawasan Rancangan Felda. Alamat rumah itu ialah No. 229, Blok 10, Felda Kemahang 3, 17500 Tanah Merah, Kelantan.

Setahu saya, dalam kawasan GSA, tidak boleh ada orang-orang lain yang mendiami Rancangan Felda kecuali peneroka dan keluarga terdekat sahaja. Tetapi di Kemahang 3, ini berlaku. Mungkin satu-satunya kes orang luar, orang awam mendiami Rancangan Felda di seluruh negara.

Pada musim Felda sangat agresif menghalang mana-mana orang memasuki rancangan, inidividu bukan peneroka ini diberi kebenaran dan layanan yang sangat istimewa oleh Felda.

Ulamak Muda Masuk Umno VS Artis Masuk PAS

Ulama' muda Umno Fathul Bari dan artis yang menyertai Pas Abby Abadi

Oleh Subky Latif

Adapun Abby Abadi, seorang pendatang baru dalam PAS dan ketua Ulama Muda di pejabat Umno yang bernama Fathul Bari tidak ada kena mengena dan tidak ada sebarang hubungan.Mungkin keduanya tidak kenal mengenal dan mungkin juga tidak pernah bersua jumpa.

Yang menariknya ialah Cik Puan Abby Abadi ini adalah seorang seniwati yang ada kedudukan dan ada pasaran dalam industeri perfileman.

Kita tidak tahu di mana dia mengaji dan mendapat didikan agama? Tetapi di tengah memanjat puncak kerjayanya di dunia hiburan, dia terjun ke dalam arena perjuangan PAS dan berazam memupuk dan menegakkan akidahnya dan akidah umat.

Dia menerima Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai pemimpinnya.

Manakala Syeikh Fathul Bari, seorang yang berstatus ulama muda, sudah tentu berpendidikan agama yang tinggi, jika tidak masakan dia dikenali sebagai ulama, anak bekas Mufti Perlis.

Di mana dia mengaji tidak penting lagi tetapi dia adalah seorang ulama dan seorang pendakwah.

Tetapi dia terjun dalam perjuangan Umno dan menerima Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai pemimpinnya.

Tentulah pelik. Seorang penghibur yang statusnya dalam agamanya adalah seorang awam saja memilih parti yang memperjuangkan Islam dan dipimpin oleh para ulama. Dunia yang digelumanginya selama ini adalah amat berbeza dengan cara hidup pemimpin dan penyokong PAS.

Mungkin 10 tahun dulu tidak tahu apa-apa tentang luar dan dalaman PAS selain daripada yang didengarnya PAS adalah sebuah parti pembangkang yang memperjuangkan Islam. Yang dikatakan perjuangan Islam itu mungkin dia tidak tahu.

Tetapi sekonyong-konyong dia masuk PAS dan duduk sepentas dengan pemimpin-pmimpin yang antaranya tok-tok guru yang berserban dan berjanggut. Dia berazam untuk menghabiskan dunianya di situ.

Manakala ulama muda Fathul Bari pula sebagai anak mufti tentulah terdidik dari kecil dalam suasana Islami, dan sebagai ulama muda tentulah pergaulan dan hidupnya sentiasa dalam kawalan yang baik. Imej dan gambaran luarannya pun dilihat sebagai orang beragama. Mengikut bahasa orang dulu gayanya itu adalah lebai.

Peliknya dia tidak memilih parti yang memperjuangkan Islam seperti yang disertai Abby tetapi dia menyertai Umno yang perjuangannya sejak mula adalah sekular nasionalis. Baik di bawah Dato’ Onn Jaafar, di bawah Tunku Abdul Rahman Putra dan lain-lain tidak menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan.

Semua tokoh Umno itu tidak menolak Islam sebagai agama mereka tetapi mereka tidak menerima Islam sebagai garis perjuangan politik. Kesemuanya berkata bahawa Islam tidak sesuai bagi dijadikan dasar politik dengan dalih Malaysia tidak didiami oleh orang Islam saja.

Abby Abadi yang terhad pengetahuan dan fahamannya tentang Islam tidak memilih parti seperti Umno itu tetapi ulama muda yang terididik dalam suasana Islami memilih Umno dan menolak PAS yang disertai oleh majoriti ulama.

Ajaib. Itulah kehendak Allah. Abby tidak memiliki kitab dan tidak pandai baca kitab menyertai perjuangan politik Islam, Fathul Bari memiliki banyak kitab dan pandai baca kitab tidak menyertai parti Islam tetapi menyertai parti nasionalis.

Quraisy VS Yahudi

Saya tidak hendak menyamakan kejadian Abby dan Fathul ini dengan zaman kelahiran Rasulullah SAW di Mekah dulu. Orang Jahililyah Quraisy tidak pernah baca kitab. Yang baca kitab ialah Yahudi Bani Israil. Orang Quraisy dengar orang Yahudi menunggu kelahiran Nabi Akhir Zaman.

Apabila Nabi lahir, yang menunggunya tidak menyambutnya, tetapi Arab yang tidak tahu tentang isi kitab menerima kenabian itu.

Itulah kebesaran Allah.

Ulama Masuk Umno VS Artis Masuk PAS

Ulama' muda Umno Fathul Bari dan artis yang menyertai Pas Abby Abadi

Oleh Subky Latif

Adapun Abby Abadi, seorang pendatang baru dalam PAS dan ketua Ulama Muda di pejabat Umno yang bernama Fathul Bari tidak ada kena mengena dan tidak ada sebarang hubungan.Mungkin keduanya tidak kenal mengenal dan mungkin juga tidak pernah bersua jumpa.

Yang menariknya ialah Cik Puan Abby Abadi ini adalah seorang seniwati yang ada kedudukan dan ada pasaran dalam industeri perfileman.

Kita tidak tahu di mana dia mengaji dan mendapat didikan agama? Tetapi di tengah memanjat puncak kerjayanya di dunia hiburan, dia terjun ke dalam arena perjuangan PAS dan berazam memupuk dan menegakkan akidahnya dan akidah umat.

Dia menerima Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai pemimpinnya.

Manakala Syeikh Fathul Bari, seorang yang berstatus ulama muda, sudah tentu berpendidikan agama yang tinggi, jika tidak masakan dia dikenali sebagai ulama, anak bekas Mufti Perlis.

Di mana dia mengaji tidak penting lagi tetapi dia adalah seorang ulama dan seorang pendakwah.

Tetapi dia terjun dalam perjuangan Umno dan menerima Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai pemimpinnya.

Tentulah pelik. Seorang penghibur yang statusnya dalam agamanya adalah seorang awam saja memilih parti yang memperjuangkan Islam dan dipimpin oleh para ulama. Dunia yang digelumanginya selama ini adalah amat berbeza dengan cara hidup pemimpin dan penyokong PAS.

Mungkin 10 tahun dulu tidak tahu apa-apa tentang luar dan dalaman PAS selain daripada yang didengarnya PAS adalah sebuah parti pembangkang yang memperjuangkan Islam. Yang dikatakan perjuangan Islam itu mungkin dia tidak tahu.

Tetapi sekonyong-konyong dia masuk PAS dan duduk sepentas dengan pemimpin-pmimpin yang antaranya tok-tok guru yang berserban dan berjanggut. Dia berazam untuk menghabiskan dunianya di situ.

Manakala ulama muda Fathul Bari pula sebagai anak mufti tentulah terdidik dari kecil dalam suasana Islami, dan sebagai ulama muda tentulah pergaulan dan hidupnya sentiasa dalam kawalan yang baik. Imej dan gambaran luarannya pun dilihat sebagai orang beragama. Mengikut bahasa orang dulu gayanya itu adalah lebai.

Peliknya dia tidak memilih parti yang memperjuangkan Islam seperti yang disertai Abby tetapi dia menyertai Umno yang perjuangannya sejak mula adalah sekular nasionalis. Baik di bawah Dato’ Onn Jaafar, di bawah Tunku Abdul Rahman Putra dan lain-lain tidak menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan.

Semua tokoh Umno itu tidak menolak Islam sebagai agama mereka tetapi mereka tidak menerima Islam sebagai garis perjuangan politik. Kesemuanya berkata bahawa Islam tidak sesuai bagi dijadikan dasar politik dengan dalih Malaysia tidak didiami oleh orang Islam saja.

Abby Abadi yang terhad pengetahuan dan fahamannya tentang Islam tidak memilih parti seperti Umno itu tetapi ulama muda yang terididik dalam suasana Islami memilih Umno dan menolak PAS yang disertai oleh majoriti ulama.

Ajaib. Itulah kehendak Allah. Abby tidak memiliki kitab dan tidak pandai baca kitab menyertai perjuangan politik Islam, Fathul Bari memiliki banyak kitab dan pandai baca kitab tidak menyertai parti Islam tetapi menyertai parti nasionalis.

Quraisy VS Yahudi

Saya tidak hendak menyamakan kejadian Abby dan Fathul ini dengan zaman kelahiran Rasulullah SAW di Mekah dulu. Orang Jahililyah Quraisy tidak pernah baca kitab. Yang baca kitab ialah Yahudi Bani Israil. Orang Quraisy dengar orang Yahudi menunggu kelahiran Nabi Akhir Zaman.

Apabila Nabi lahir, yang menunggunya tidak menyambutnya, tetapi Arab yang tidak tahu tentang isi kitab menerima kenabian itu.

Itulah kebesaran Allah.

DSAI serah sumbangan kpd Hamas disertai Afldin Aqsa Sharif

Dalam satu majlis yang serba ringkas sempena kunjungan wakil Hamas di Ibu Pejabat Parti KeADILan Rakyat, Tropicana, Dato' Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sumbangan bernilai USD700,000 ( RM2.2JUTA) kepada wakil pimpinan Hamas.

Tujuan tersebut adalah bagi pembinaan Masjid An-Nour Al-Muhammadi di Gaza, Palestin.


Menariknya turut serta adalah seorang seorang Ahli UMNO yang merupakan Pelakon dan juga Pelawak terkenal tanah air Afdlin Shauki.

Afdlin Shauki, dilaporkan pada 3 Januari 2012 telah menyerahkan borang keahlian untuk menyertai UMNO di Ibu pejabat UMNO.. sila baca laporannya di ( SINI )

Afdlin juga sebelum menyertai UMNO telah menyindir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam satu sketsa Maharaja Lawak Mega 2011,  sila lihat video di ( SINI )

Apakah selepas ini selebriti Afdlin Shauki sebagai akan diambil tindakan oleh UMNO kerana hadir sama dalam upacara yang bersejarahyang melibatkan musuh UMNO no 1 iaitu Anwar Ibrahim ini?

Bersamalah kita nantikannya...

Sementara itu The Malaysian Insider melaporkan..

Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dianggap oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu langkah baik diambil Putrajaya tetapi mempersoalkan mengapa terpaksa menunggu begitu lama untuk mengiktiraf Hamas sebagai sebuah pemerintah yang sah di Palestin.

Menurut Anwar, berbeza dengan Pakatan Rakyat yang sudah lama mengiktiraf Hamas sebagai sebuah organisasi sah, langkah kerajaan Malaysia baru-baru ini lambat dan tidak mencerminkan keikhlasan sebenar oleh Najib.

“Saya tidak bersetuju dengan orang ramai yang mengatakan langkah Najib tersebut sebagai gimik politik sebelum pilihan raya,” kata Anwar.

“Sokongan kami kepada Hamas adalah sejak dahulu lagi, bersama-sama PAS. Berbeza dengan kerajaan Malaysia, kami tidak iktiraf mereka selepas Mac 2008.”

Walau bagaimanapun, ketua pembangkang itu masih mengalu-alukan lawatan Najib ke Palestin dan memujinya sebagai langkah baik.

“Namun, saya mengalu-alukan lawatan Najib ke Palestin walaupun ia adalah yang kali pertama dalam sejarah pentabdiran negara,” tambah Anwar meraikan kedatangan pemimpin utama Hamas di ibu pejabat PKR pagi tadi.

Skandal Shafie - Zahida, SPRM Panggil Pemandu


Bekas pemandu kepada pelakon Zahida Rafik hari ini dipanggil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau yang ditemani Pengerusi Biro Undang-undang PKR Latheefa Koya serta ibu saudaranya, yang juga penyanyi terkenal tahun 1980-an, Dayangku Intan memasuki bangunan SPRM di Putrajaya kira-kira jam 10 pagi.

Latheefa yang ditemui pemberita di luar bangunan SPRM berkata, beliau tidak tahu atas tujuan apa Azman dipanggil.

Bagaimanapun beliau percaya ianya melibatkan kes dakwaan Azman sebelum ini yang melibatkan Zahida dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal.

"Saya tak tahu kenapa dia dipanggil. Tapi saya percaya benda ni ada kaitan dengan dakwaan dia sebelum ini tentang Shafie dan Zahida. Kena tunggulah," katanya.

Pada 16 Mei tahun lalu, Azman (tengah) dilaporkan mendakwa, beliau pernah menemani Zahida untuk memasukkan duit berjumlah RM1 juta yang didakwa diberikan oleh Shafie.

Shafie dan Zahida sebelum ini telah menafikan dakwaan Azman dan PKR serta mengugut akan menyaman pihak-pihak yang didakwa cuba menfitnah mereka.

Sementara itu, Azman bersama Latheefa keluar dari bangunan SPRM kira-kira jam 1.17 tengahari.

Pada sidang media yang diadakan selepas itu, Latheefa memberitahu, Azman dipanggil ke SPRM sebagai saksi dalam kes melibatkan dakwaan Zahida terhadap bekas pemandunya itu.

Menurut Latheefa lagi, Azman memberi keterangan kira-kira satu jam setengah.

Bagaimanapun, beliau berkata, kandungan keterangan itu tidak boleh didedahkan kerana terikat dengan Akta Anti Penggubahan Wang Haram (AMLA).

"Keterangan telah diambil selama kira-kira satu jam setengah. Tapi kita tak boleh dedahkan sebab terikat dengan AMLA.

"Saya percaya Azman dipanggil hari ini berkaitan dengan dakwaan Zahida yang mengatakan Azman melarikan wang RM200 ribu dan pendedahan Azman mengenai wang RM1 juta tahun lalu.

"Tetapi sehingga hari ini beliau belum didakwa atau dituduh di mahkamah," kata Latheefa.

Menurut Latheefa lagi, Azman telah dipanggil untuk memberi keterangan pada 29 Januari lalu tetapi memilih pada hari cuti am, hari ini kerana kesibukan masa.

Katanya lagi, Azman dipanggil ke SPRM berkemungkinan daripada laporan yang dibuat oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berhubung isu tersebut sebelum ini.

Amek Engkau Saman. Kami Peduli apa Asal Engkau Susah (kapitalis AES)



Tan Sri Abu Talib Othman menggambarkan sistem penguatkuasaan trafik diswastakan yang dilancarkan September lepas sebagai satu kes jelas kerajaan bersikap sambil lewa tanpa rasa hormat kepada kedaulatan undang-undang atau hak asas rakyat. — Gambar oleh Siow Feng Saw
KUALA LUMPUR, 1 Feb — Pejabat Peguam Negara seharusnya menarik kembali semua saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan memulangkan semula wang saman dibayar oleh pesalah trafik yang didenda kerana sistem diswastakan itu terbukti tidak befungsi dengan baik, kata Tan Sri Abu Talib Othman memberikan pandangannya berhubung topik panas itu menjelang Pilihan Raya 2013.
Pernah berkhidmat sebagai Peguam Negara selama 13 tahun, beliau yang sekarang seorang penjawat awam bersara menggambarkan sistem penguatkuasaan trafik diswastakan yang dilancarkan September lepas sebagai satu kes jelas kerajaan bersikap sambil lewa tanpa rasa hormat kepada kedaulatan undang-undang atau hak asas rakyat.
“Ia adalah benar-benar tidak adil dan tidak munasabah untuk membenarkan saman dikeluarkan tetapi tidak membenarkan pendakwaan kes itu jika seseorang atau orang-orang yang disaman ingin mencabar tindakan pihak berkuasa itu.
“Di manakah mereka pergi untuk mendapatkan keadilan? Mahkamah mesti bertindak secara bebas dan tidak menerima arahan daripada Pendakwa Raya,” kata beliau dalam temuramah eksklusif bersama The Malaysian Insider baru-baru ini.
Pejabat Peguam Negara dan kerajaan persekutuan dikritik hebat bulan lepas diatas pembekuan pendakwaan pesalah trafik di bawah AES akan tetapi membenarkan sistem itu untuk terus beroperasi.
Pembekuan saman itu diarahkan selepas bantahan terhadap sistem tersebut yang telah mengeluarkan 300,000 saman sejak ia bermula pada 23 September tahun lalu.
Keputusan itu mencetuskan kemarahan orang ramai yang meluas dan mendorong pentadbiran Najib memikirkan untuk menghentikan pelaksanaan sistem yang menyebabkan pengguna menerima dua saman termasuk dari perangkap kelajuan polis di sepanjang lebuh raya.
Tidak berapa lama selepas pembekuan, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengatakan sistem AES akan beroperasi seperti biasa dan saman akan terus dikeluarkan, membangkitkan lebih banyak kritikan dari mereka yang menentang sistem tersebut.
“Kerajaan tidak akan menghentikan saman AES ini, seperti yang sudah diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet lalu,” kata Kong pada 26 Disember.
Namun, Kong turut mengakui saman AES tersebut bermasalah dari sudut perundangan dan kementeriannya sedang mencari jalan untuk menyelesaikan perkara yang dibangkitkan tersebut.
Bulan lalu, Pejabat Peguam Negara mengarahkan supaya semua prosiding kes saman melalui Sistem Penguatkuasan Automatik (AES) digantung.
Dalam satu kenyataan, mereka bagaimanapun menegaskan saman melalui AES yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah sah.
Abu Talib, walau bagaimanapun, menyimpan kritikan terhadap Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar), yang dilaporkan telah mengakui kelemahan dalam AES.
Abdul Gani dilaporkan berkata saman masih lagi sah akan tetapi mengakui terdapat kelemahan dalam aspek undang-undang saman tersebut dan pejabatnya masih lagi dalam perbincangan tentang bagaimana untuk menyelesaikan permasalahan tersebut.
Pada 13 Januari, akhbar berbahasa Melayu Mingguan Malaysia melaporkan peguam tertinggi negara itu keputusan berkenaan dengan ribuan saman yang telah dikeluarkan setakat ini masih tidak boleh didedahkan kerana ianya melibatkan beberapa jabatan.
“Hakikat beliau mengatakan pejabatnya memerlukan masa untuk menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan AES serta memastikan semua peraturan dan tatacara berada di tempatnya  sebelum prosiding mahkamah dimulakan adalah satu pengakuan bahawa sistem tersebut tergesa-gesa dilaksanakan tanpa memikirkan dengan mendalam untuk undang-undang dan hak rakyat,” katanya.
Menurut Abu Talib, kenyataan Abdul Gani membuktikan sistem AES tidak diperincikan dengan teliti terlebih dahulu oleh kerajaan sebelum ianya dilaksanakan.
“Jika ia benar, bahawa semua peraturan dan tatacara masih belum tersedia, perkara yang betul untuk beliau lakukan adalah untuk menarik balik semua saman yang dikeluarkan dan memulangkan semula semua denda yang dibayar, jika ada,” kata beliau yang pernah mempengerusikan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).
Projek swasta bernilai RM700 juta bermula pada bulan September dengan 14 kamera fasa percubaan tetapi JPJ berikrar untuk melancarkan sebanyak 831 kamera menjelang akhir 2013 untuk menangkap pemandu laju dan mencegah lebih banyak kematian di jalan raya.
Pihak polis, yang menguatkuasakan undang-undang had laju berkata, mereka akan meneruskan penguatkuasaan dan meletakkan perangkap kelajuan mudah alih berhampiran kamera AES, meningkatkan prospek saman berganda untuk pemandu ingkar.
Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) telah menggunakan isu ini menjelang kempen pilihan raya yang perlu diadakan pada April selepas mandat Barisan Nasional (BN) tamat.

Jumaat, 1 Februari 2013

Singapura Selar Timbalan SPR



Akibat dah terbiasa kelentong 

Singapura perjelas kenyataan SPR berhubung syarat pengundi luar negara

KUALA LUMPUR, 1 Feb — Singapura semalam memberi penjelasan berhubung kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar, yang merujuk syarat pengundi luar negara di republik itu.

Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur hari ini menjelaskan bahawa untuk melayakkan warganya mendaftar sebagai pengundi luar negara, seseorang perlu mendaftar sebagai pengundi dan tinggal sekurang-kurangnya 30 hari di republik itu dalam tempoh tiga tahun sebelum tarikh daftar pemilih terbaharu.

Ia berkata kenyataan Wan Ahmad pada 27 Jan lepas bahawa warga Singapura yang berada di luar negara perlu kembali ke republik itu dan tinggal sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum mereka layak mendaftar sebagai pengundi luar negara, adalah tidak tepat.

SPR membenarkan rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara mendaftar sebagai pengundi biasa, selain pengundi tidak hadir, untuk melayakkan mereka menjadi pengundi pos pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Bagaimanapun, mereka perlu tinggal di negara ini sekurang-kurangnya 30 hari dalam tempoh lima tahun sebelum pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

Wan Ahmad berkata syarat itu turut diguna pakai negara Komanwel lain seperti Australia, Kanada dan Singapura. — Bernama


Pengundi luar: Pakatan mahu SPR gugur syarat 30 hari


SHAH ALAM - Syarat tidak kurang 30 hari tinggal di Malaysia yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ke atas pengundi tinggal di luar negara perlu digugurkan atas alasan ia tidak dibincangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Mengenai Penambahbaikan Sistem Pilihan Raya.

Setiausaha Pengelola DAP, Anthony Loke berkata, SPR perlu menghormati keputusan yang telah dibuat oleh PSC dan perkara yang telah dipersetujui sebelum ini.

Beliau berkata, syarat tinggal tidak kurang 30 hari akan menyukarkan proses pilihan raya.

"Syarat tambahan baru (tinggal tidak kurang 30 hari) itu, perlu digugurkan.

"... lagipun syarat itu tak pernah dibincangkan sebelum ini pada mesyuarat PSC, memanglah SPR ada kuasa, tapi mereka perlu hormat keputusan PSC.

"Syarat baru ini juga akan menyukarkan proses mengundi (membabitkan) pengundi luar tersebut," katanya kepada Sinar Harian Online.

Kelmarin, media melaporkan syarat kelayakan pengundi luar negara yang ditetapkan SPR, antaranya mesti pernah kembali ke tanah air dalam tempoh lima tahun terakhir dan tinggal tidak kurang 30 hari, adalah munasabah.

SPR berkata, syarat itu cukup ringan dan sesuai kerana negara-negara Komanwel seperti Australia dan Kanada turut menetapkan syarat sama manakala di Singapura menetapkan syarat tiga bulan.

Mengulas lanjut, Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah dan bekas anggota PSC berkata, syarat pulang sekali dalam tempoh lima tahun yang ditetapkan SPR itu adalah munasabah.

Namun beliau berkata, semua syarat baru yang ditambah perlu dibincangkan kepada PSC walaupun SPR mempunyai hak untuk menentukan syarat pilihan raya.

"PSC adalah suara ramai wakil Ahli Parlimen, suara rakyat, jadi sebarang keputusan atau syarat baru perlu dibincangkan dengan PSC.

"Pulang sekali dalam tempoh lima tahun, saya setuju tetapi tidak perlu letak syarat 30 hari itu," katanya yang sebelum ini pernah menggesa SPR mengkaji semula syarat itu.
-SH