Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Jumaat, 1 Februari 2013

Najib, Mahathir Topeng Watak Agamawan





Oleh RUHI HAYATI THANI

Apabila Dr Mahathir Mohamad dikecam hebat setelah memecat Anwar Ibrahim, maka seluruh amal baiknya tertolak dan ditolak oleh rakyat. Dr Mahathir perlu mencari suatu watak yang boleh memurnikan kembali wajah dan watak Umno yang rosak itu.

Dr Mahathir sendiri sedar bahawa umat saat itu sudah menolaknya. Jika beliau masih mentadbir, maka Umno dan BN akan tumbang dengan sendirinya. Jika BN yang diterajuinya hari ini tewas, maka segala perilaku bejatnya terdedah dan salah laku pemimpin BN terburai dengan sendirinya.

Jadi, Dr M mesti mencari watak suci bagi menggantikannya. Lebih baiklah dia berundur, asalkan sistem BN tidak rebah. Dalam kelelahan mencari watak penggantinya, maka ditemuinya permata bersinar berwatak agama yang boleh kembalikan keyakinan rakyat kepada Umno dan BN.

Tiba-tiba saja, nama Abdullah Ahmad Badawi hadir di ingatan. Cucu ulama, mufti bertaraf wali dipilih sebagai penyelamat bahtera umno yang hampir karam di lautan bergelora. Dugaannya itu tepat. Umat tertarik kepada watak keperibadian agama Abdullah dan Umno menang semula.

Jadi mungkin ditilik daripada pola pemikiran Melayu hari inilah maka faham Mahathirisme telah mengenakan pelan tindakan tersirat, iaitu Mahathirisme akan meletakkan watak agama bertujuan mengekalkan kuasanya dan Umno, BN.

Salah satu cara yang mungkin telah dilaksanakan ialah dengan mengirim Najib Razak ke Palestin bertemu Hamas. Hamas banyak disokong orang-orang PAS sementara Fatah pula kerap disokong orang-orang Umno. Tetapi, bagaimana mahu menarik ‘orang atas pagar pro-PAS’ kepada Najib?

Maka, di sinilah letaknya kebijaksanaan Mahathirisme dengan membawa Najib Razak berjumpa Hamas itu. Dan, kalau ditakdirkan Najib Razak dikritik Yahudi antarabangsa, maka secara tidak langsung, sokongan umat Islam di Malaysia ke atas Najib Razak akan meningkat dengan cepat!

Setidak-tidaknya ada dua watak agamawan yang pernah dimanfaatkan Mahathirisme iaitu Anwar dan Abdullah. Tetapi dalam kes Najib Razak, oleh sebab watak agama tiada ke atas dirinya maka perlu sekurang-kurangnya watak agama dibancuh ke atas dirinya. Najib mesti jadi wira Palestin!

Anwar yang mempunyai pesona agama pada dahulunya, telah dibuang lalu diganti Abdullah dan ditendang juga akhirnya setelah menantu beliau melawan Mahathirisme. Kini, Anwar melawan. Lalu watak agama musuhnya cuba dikaburi dengan watak pluralisme dan pendokong liberalisme.

Tuduhan ini semua akan dilakukan berhari-hari dengan kesedaran bahawa, pengulangan hal yang salah itu akan menyebabkan umat menyangkakan hal itu adalah sesuatu yang benar. Sebenarnya, Anwar tidak sendirian ketika dikenakan imej pluralisme dan dan liberalism yang sesat.

Antara mereka yang turut dipalit dengan isu agama adalah Tengku Razaleigh apabila beliau telah didakwa memakai tengkolok yang kononnya berpalang salib. Serta-merta, merosot dan merudum sokongan yang sedia ada ke atas Ku Li. Hal yang sama kini sedang dilakukan ke atas Anwar.

Mahathirisme sudah membunuh watak agama bekas pemimpin semangat 46 itu, dan memuliakan warna agama penyokongnya seperti Najib Razak. Jika Najib melawan maka tidak mustahil Najib Razak juga akan disingkirkan Mahathir seperti mana tersingkirnya Anwar dan Abdullah itu.

Anwar dipecat Dr Mahathir selepas melawan, dan Abdullah kini juga ditolak setelah menantunya bermaharajalela di aras 4. Kini, tiba giliran Najib Razak pula yang sedang diwarnakan wataknya dengan jubah agama. Mahathirisme sangat menyedari faktor agama sangat penting demi undi.

Buktinya, Dr Mahathir juga hadir menyambut kepulangan Najib Razak sebagai ‘wira Palestin’ di lapangan terbang baru-baru ini. Utusan Malaysia akan berterusan mengangkat dan menjulang hal keperwiraan Najib Razak ini dan mengaitkannya dengan Islam dan satu-satunya harapan rakyat.

Dalam masa yang sama watak-watak PAS akan dijelikkan dengan fitnah dan tohmahan Khawarij dan Muktazilah. Ancaman berbentuk tiupan tipu daya dan hembusan helah boleh ditinjau dengan menyelak laman-laman sesawang Cyber Troopers Umno dan Utusan itu sendiri.

Percayalah! Kita kini bakal menyaksikan betapa agenda-agenda jahat sedang kencang dirancang  dengan cara membunuh watak kita bermodalkan alasan keagamaan. Ini kerana, Mahathirisme itu dalang yang menjulang watak agama BN sekali gus membunuh watak agama Pakatan Rakyat.

PRSB : Ini yag dikatakan menggunakan agama untuk kepentingan politikus2, politibai2 UmnoBn

Nasib Mangsa Roboh Rumah Di Kahang Barat

PAR JOHOR PERIHATIN



KHAMIS 31.1.2013



Apa yang paling menyayat hati yang menimpa 5 keluarga di kahang barat 
ini adalah segala perkasa rumah,pakaian serta  kelengkapan sekolah 
anak-anak mereka turut dimusnahkan oleh pihak berkuasa gara-gara mahu 
menghalau mereka berpindah daripada tapak penempatan yang telah 
diranapkan itu.Yang lebih malang sehingga ke hari ini mereka masih tidak
 mampu untuk menyekolahkan anak mereka kerana tidak mempunyai wang.



Penderitaan yang ditanggung saat ini oleh 5 keluarga di kahang barat 
kluang  itu mendapat perhatian PAR Negeri Johor.Hasil sumbangan NGO 
Islam yang perihatin maka Pusat Aduan Rakyat Negeri Johor sebagai 
wakilnya telah menyampaikan sumbangan berupa peralatan sekolah dan wang 
ringgit kepada anak-anak 5 keluarga malang ini.Seramai 7 orang anak-anak
 mereka masih belum menjejaki kaki ke sekolah lagi walaupun sekolah 
sudah lama bermula.Selain daripada sumbangan peralatan sekolah,5 
keluarga tersebut juga menerima sumbangan berupa keperluan Asas.Majlis 
Simbolik penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Penyelia pusat 
Aduan Rakyat bukit gambir Prof Dr Mahfoz Mohammad yang juga pesuruhjaya 
PAS negeri Johor.



Seusai majlis ringkas yang diadakan ditapak rumah mereka yang diroboh 
itu,anak-anak mereka telah di bawa ke bandar kluang  oleh Pengerusi PAR 
Negeri Johor Syed Othman Abdullah untuk membeli pakaian dan kasut 
sekolah.



Saudara Nordin Ali,salah seorang dari 5 keluarga itu berkata beliau amat
 terharu dan berterima kasih kepada PAR Negeri Johor kerana perihatin 
dan mengambil berat terhadap masalah yang mereka

hadapi.Beliau berkata lagi PAR Johor tidak jemu-jemu menghulurkan 
sumbangan sejak awal lagi.Hadir sama dalam majlis pagi tadi adalah 
khairul Faizi PAR Mahkota dan Oon Jaffar Setiausaha BPPNJ.



ketika ini 5 keluarga ini telah dibenarkan menumpang  sementara di dewan
 serbaguna kahang barat sejak seminggu lalu oleh ketua UMNO cawangan 
Kahang barat.Baru-baru ini mereka sudah dimaklumkan oleh UMNO supaya 
mengosongkan dewan sebelum 4 hb Feb ini kerana dewan tersebut akan 
digunakan sebagai bilik gerakan pilihanraya UMNO.



Dimanakan arah dan nasib mereka selepas ini?Mereka ini orang miskin dan 
tidak berkemampuan apatah lagi mengeluarkan duit muka untuk menyewa 
rumah. Beginilah contoh bertapa malangnya nasib Melayu merempat di tanah
 air sendiri tanpa pembelaan daripada parti ketuanan Melayu yang menjadi
 teras pemerintahan negara.Merempatnya orang melayu bereti gagalnya UMNO
 dalam pemerintahan.Tidak ada maknanya negara maju tetapi rakyat miskin 
dan derita.



Dimana Melayu merempat disitulah UMNO berkuasa.



abusiraj almuner

setiausaha PAR permas

http://syed-othman.blogspot.com/2013/01/par-johor-perihatin.html
PAR JOHOR PERIHATIN

KHAMIS 31.1.2013

Apa yang paling menyayat hati yang menimpa 5 keluarga di kahang barat ini adalah segala perkasa rumah,pakaian serta kele...ngkapan sekolah anak-anak mereka turut dimusnahkan oleh pihak berkuasa gara-gara mahu menghalau mereka berpindah daripada tapak penempatan yang telah diranapkan itu.Yang lebih malang sehingga ke hari ini mereka masih tidak mampu untuk menyekolahkan anak mereka kerana tidak mempunyai wang.

Penderitaan yang ditanggung saat ini oleh 5 keluarga di kahang barat kluang itu mendapat perhatian PAR Negeri Johor.Hasil sumbangan NGO Islam yang perihatin maka Pusat Aduan Rakyat Negeri Johor sebagai wakilnya telah menyampaikan sumbangan berupa peralatan sekolah dan wang ringgit kepada anak-anak 5 keluarga malang ini.Seramai 7 orang anak-anak mereka masih belum menjejaki kaki ke sekolah lagi walaupun sekolah sudah lama bermula.Selain daripada sumbangan peralatan sekolah,5 keluarga tersebut juga menerima sumbangan berupa keperluan Asas.
 
Majlis Simbolik penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Penyelia pusat Aduan Rakyat bukit gambir Prof Dr Mahfoz Mohammad yang juga pesuruhjaya PAS negeri Johor.

Seusai majlis ringkas yang diadakan ditapak rumah mereka yang diroboh itu,anak-anak mereka telah di bawa ke bandar kluang oleh Pengerusi PAR Negeri Johor Syed Othman Abdullah untuk membeli pakaian dan kasut sekolah.

Saudara Nordin Ali,salah seorang dari 5 keluarga itu berkata beliau amat terharu dan berterima kasih kepada PAR Negeri Johor kerana perihatin dan mengambil berat terhadap masalah yang mereka
hadapi.Beliau berkata lagi PAR Johor tidak jemu-jemu menghulurkan sumbangan sejak awal lagi.

ketika ini 5 keluarga ini telah dibenarkan menumpang sementara di dewan serbaguna kahang barat sejak seminggu lalu oleh ketua UMNO cawangan Kahang barat.Baru-baru ini mereka sudah dimaklumkan oleh UMNO supaya mengosongkan dewan sebelum 4 hb Feb ini kerana dewan tersebut akan digunakan sebagai bilik gerakan pilihanraya UMNO.

Dimanakan arah dan nasib mereka selepas ini?Mereka ini orang miskin dan tidak berkemampuan apatah lagi mengeluarkan duit muka untuk menyewa rumah. Beginilah contoh bertapa malangnya nasib Melayu merempat di tanah air sendiri tanpa pembelaan daripada parti ketuanan Melayu yang menjadi teras pemerintahan negara.Merempatnya orang melayu bereti gagalnya UMNO dalam pemerintahan.Tidak ada maknanya negara maju tetapi rakyat miskin dan derita.

Dimana Melayu merempat disitulah UMNO berkuasa.

abusiraj almuner
setiausaha PAR permas
http://syed-othman.blogspot.com/2013/01/par-johor-perihatin.html

Lagi Jenama Hebat Dijangka Jatuh Pada 2013


Seiring perkembangan zaman, persaingan dalam dunia perniagaan semakin meningkat. Hal itu boleh dilihat dari bermunculannya syarikat baru dengan jenama-jenama baru.  


Di lain pihak, entah kerana kurangnya inovasi atau buruknya strategi marketing yang dilakukan, ada syarikat yang mengalami kemunduran sangat signikan yang disebabkan gagalnya tanda jual mereka dipasaran. Risiko terburuk, jenama dagang mereka kemungkina akan mengalami kepupusan alias lenyap.

Tahun ini, 24/7 Wall St. kembali melancarkan senarai jenama syarikat yang dijangka akan pupus pada tahun 2013 mendatang.


Dalam perhituangnnya, mereka menggunakan pendekatan metodis. Ada pelbagai kriteria yang dinilai, mulai dari penjualan yang merosok drastik, kerugian yang menanjak tajam, notis kebankrapan daripada syarikat induk, kos operasi yang meningkat tajam hingga tak memungkinkan untuk dicover melalui harga jual tinggi, syarikat yang telah dijual, syarikat yang masuk tahap kebankrapan, syarikat yang kehilangan pasarnya, serta operasi penguasaan pasaran yang melorot drastik.


Nah berikut ini merupakan 5 jenama popular yang masuk dalam senarai tersebut akibat mengalami salah satu atau lebih dari masalah ini. Dengan kata lain, ada kemungkinan besar mereka akan lenyap dalam 18 bulan ke depan seperti yang disiarkan Huffington Post.


1. Research In Motion (RIM)

 Laporan kewangan terkini RIM menyebutkan bahawa pendapatan mereka mereka turun 43% menjadi US $ 2.8 juta hingga 2 Jun 2012. Padahal bagi tempoh yang sama pada tahun sebelumnya berjaya meraih US $ 4.9 juta.


Penjualan jenama BlackBerry semakin lesu.
 Di lain pihak, nilai pengeluaran RIM di suku pertama 2012 turun US $ 518 juta. Akibatnya, pengeluar Blackberry itu akan mem-buang kerja kira-kira 5,000 pekerja. Aksi ini sendiri dijangka akan memakan kos sehingga USD 300 juta. Dengan begitu bayaran kerugian yang dialami RIM semakin besar.

Pasaran RIM sendiri kebelakangan menunjukkan penurunan yang sangat drastik, kecuali di beberapa negara Asia, khususnya Malaysia, jualan handset RIM terbilang mengecewakan. Salah satu kegagalan terbesar RIM disebabkan tidak lakunya handset tablet Playbook mereka yang sebelumnya dikatakan mampu bersaing dengan Apple.


Dengan pelbagai isu buruk yang beredar termasuk demo pekerja besar-besaran, para penganalisis meramalkan syarikat Kanada ini tak lama lagi tamat.


2. Avon

 Bagi kebanyakan wanita, produk buatan asal AS ini memang sangat popular di telinga. Namun syarikat ini dijangka akan mengalami kepupusan. Hal itu bermula dari kegagalan CEO lama Avon, Andrea Jung yang hampir memusnahkan syarikat kosmetik terbesar di Amerika ini. Sang penggantinya Sherilyn S. McCoy, juga dinilai belum memberikan kesan yang signifikan. Suku pertama Avon melaporkan jumlah pendapatan yang sangat menyedihkan.
Didera skandal rasuah di China.
 Selain hal itu, Avon juga didera pelbagai skandal. Tengok saja kes pemeriksaan Security and Exchange Commission terhadap komunikasi Avon dengan penganalisis sekuriti sudah mengakibatkan CFO Charles Cramb kehilangan pekerjaannya. Avon juga terlibat skandal dugaan operasionalnya di China tidak memenuhi standard undang-undang Amalan Rasuah Asing.

Di luar skandal tersebut, masalah fundamental Avon adalah management tidak tumpuan pada perniagaan intinya, padahal pasaran kecantikan sangat kompetitif. Mei lalu, syarikat parfume Coty menawarkan pembelian saham Avon di harga US $ 24.75, hampir 20% di atas harga saham Avon saat itu. Coty mendapat sokongan kewangan salah satunya dari Warren Buffett. Avon ragu-ragu dan akhirnya Coty mundur. Sejak itu, saham Avon langsung turun ke level di bawah US $ 16, jauh berbanding harga tahun lalu yakni US $ 43.


3. Suzuki

 Jenama yang satu ini juga terbilang cukup tua. Namun dengan peredaran masa, reputasi Suzuki menurun akibat buruknya kualiti mesin, bodi dan material, ciri-ciri dan material yang digunakan untuk produknya. Fakta itu telah dikemukakan pada Pada survey JD Power 2012 mengenai kebolehpercayaan kenderaan AS dimana Suzuki mencatat skor yang paling rendah berbanding jenama lain.

Swift, salah satu produk andalan baru Suzuki.
 Salah satu petanda Suzuki mengalami kesukaran menjual keretanya adalah ketika mereka menawarkan pakej promo luar biasa agresif. Suzuki menawarkan promo kredit 0% selama 72 bulan untuk semua kereta, lori dan SUV keluaran 2012.

4. American AirlinesSyarikat Induk American Airlines, AMR mengemukakan pernyataan kebangkrutan Chapter 11 pada November 2011. Sebagai rekod, syarikat ini dahulu merupakan salah satu syarikat yang terbesar di AS. Meski begitu syarikat ini sendiri masih beroperasi normal namun tentu ada 'keuntungan' yang mengikuti status pasca pernyataan kebankrupan. Gaji pekerja dipangkas, demikian juga hutang serta obligasi pinjaman untuk pesawat.


Syarikat induk AMR menyatakan diri muflis.
 Awal bulan ini, Ketua Pegawai Eksekutif US Airways Doug Parker mengumumkan keinginannya untuk penggabungan kedua-dua syarikat. US Airways mungkin bersedia memberikan pemiutang AMR jumlah yang cukup bagus untuk memperoleh aset-aset American Airlines. Kesepakatan berpotensi ini mendapat sokongan luar biasa dari para penganalisis dan pemegang saham.

5. Current TV

 Current TV milik Al Gore dalam keadaan kritikal walaupun sebelum mereka memecat satu-satunya bintang mereka yang paling menghasilkan, Keith Olbermann pada Mac selepas ribut-ribut dengan rakan kerjanya. Olbermann kemudian digantikan oleh presenter acara bincang-bincang Eliot Spitzer. Berbanding ketika masih mempamerkan Olbermann pada Mac, rating Spitzer pada April merudum hingga hampir 70% menurut Nielsen.

Pemecatan penyampai Eliot Spitzer kesan penurunan rating yang signifikan.
 Kala itu The Hollywood Reporter menulis, penggantian Spitzer membuat Current TV kehilangan hampir 47.000 penonton menjadi tinggal 10,000 penonton sahaja. Baru-baru ini Reuters melaporkan, anjloknya jumlah penonton membuat rangkaian TV kabel raksasa Time Warner Cable mahal untuk menghentikan siaran saluran ini. Gore tidak punya cukup wang untuk mempertahankan TV yang tak punya masa depan cerah ini.(As / huffingtonpost)

Read more: http://www.borakkosong.com/2013/02/jenama-popular-yang-akan-punah-tahun.html # ixzz2Ja8vW9Dv


PRSB : Jenama Hebat belum tentu dapat melwan arus perubahan, sekiranya duduk diam sahaja, malas berfikir dan tak mahu ubah lambat laun pasti akan kecundang jua... bagaimana dengan parti yang dah 67 tahun memerintah tanahair yang dulunya hebat tetapi angkuh, boros, rasuah tentu akan kalah juga akhirnya...

10 Jenama Kapitalis Terkenal Akan Merudum?


kajian 24/7 Wall Street.com menyenaraikan A&W merupakan antara 10 jenama yang bakal hilang pada tahun ini.



KUALA LUMPUR 3 Jan. - Rangkaian restoran makanan segera, A&W milik Yum! sebuah syarikat gergasi berpangkalan di Amerika Syarikat, merupakan antara jenama paling berpengaruh yang bakal hilang daripada pasaran dunia tahun ini.

Kajian yang dilakukan oleh 24/7 Wall Street. com menyenaraikan A&W merupakan antara 10 jenama yang bakal hilang pada tahun ini bersama-sama jenama-jenama tersohor lain yang turut disenaraikan di Bursa Saham New York.

Jenama-jenama lain ialah Sears, Sony Pictures, American Apparel, Nokia, Saab, Soap Opera Digest, Sony Ericsson, MySpace dan Kellogg's Corn Pops. 

Yum! yang turut menguasai kepentingan KFC, telah bertekad untuk menjual A&W sejak Januari tahun lalu, tetapi tiada pembeli atau pihak berminat untuk memiliki jenama rangkaian makanan segera itu.

Rangkaian makanan segera itu diasaskan pada tahun 1919 telah berkembang pada kadar yang amat pantas.
Selepas peperangan dunia kedua, 450 francais telah dibuka dan ia merupakan pengasas kepada kaedah jualan secara pandu lalu.

A&W memulakan jualan minumannya dalam versi tin pada tahun 1971, yang kini dimiliki oleh Dr. Pepper/Snapple.

Berdasarkan perkiraan semasa, perniagaan restoran A&W adalah terlalu kecil dan tidak berdaya maju kerana mempunyai 322 cawangan di Amerika Syarikat (AS) dan 317 cawangan di luar AS sehingga akhir tahun lalu di mana kesemuanya dikendalikan secara francais termasuk yang dimiliki KUB Malaysia Bhd. (KUB).
Bagaimanapun, KUB ketika dihubungi berkata, sekiranya benar jenama itu bakal hilang dari pasaran dunia, ia tidak memberi kesan secara langsung kepada pemegang hak itu di Malaysia.

Sebagai perbandingan, Yum! yang turut memiliki KFC, mempunyai 5,055 cawangan di AS dan 11,798 cawangan di serata dunia, malah dua jenama rangkaian makanan segera terbesar lain turut memiliki cawangan yang banyak.

Subway, yang terkenal dengan rangkaian sandwich memiliki 35,000 lokasi di seluruh dunia dan juga McDonald's yang hampir memiliki jumlah yang sama.

Berdasarkan perkiraan yang ada, A&W tidak memiliki keupayaan untuk memasarkan jenama tersebut berbanding pesaingnya yang sudah lama bertapak, begitu juga mengatasi jenama-jenama baru lain seperti Burger King.

Berikutan kekangan itu, A&W juga tidak berupaya untuk mengendalikan pembelian makanan secara pukal, logistik dan pengangkutan berbanding pesaing-pesaing yang beberapa kali ganda besarnya.

Menurut 24/7 Wall Street. com, 10 jenama yang akan hilang itu dikaji menerusi beberapa pendekatan yang diambil di dalam memutuskan jenama mana yang akan hilang dari pasaran.

Kriteria utama yang diambil bagi menentukan kehilangan jenama itu adalah kejatuhan mendadak di dalam jualan selain mengalami kerugian yang besar.

Turut menyumbang kepada faktor kehilangan tersebut adalah pendedahan syarikat induk bahawa jenama itu mungkin mencari jalan keluar dari perniagaan asal dan kenaikan mendadak kos yang secara tidak langsung menyumbang kepada kenaikan harga.

Selain itu, 24/7 Wall Street turut menyenaraikan beberapa kriteria lain yang menyumbang kepada kehilangan jenama tersebut di pasaran seperti syarikat-syarikat yang akan dijual, syarikat-syarikat yang jatuh bangkrap, firma yang kehilangan majoriti besar para pelanggannya atau syarikat yang beroperasi dengan kejatuhan pasaran saham.

"Jika 10 jenama yang disenaraikan termasuk di dalam masalah-masalah yang disenaraikan itu, kebarangkalian atau satu persepuluh pasti akan hilang berdasarkan dari kajian kami dalam tempoh 18 bulan," kata laman web itu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm#ixzz2Ja61j8BA
© Utusan Melayu (M) Bhd

PRSB : Syarikat tersohor pun boleh jatuh walaupun telah mengecap kejayaan yang gemilang, tetapi itu dulu, sekarang lain, kalau tak mahu berubah, tak pandai menukar mengikut kehendak rakyat, gaya mewah, angkuh macam Amat Mazlan, pastinya bakal tersungkur! Sama juga dengan parti UmnoBn yang akan ikut serta... 

Datang Lambat Dapat Pahala Juga?


12:04pm

Jan 31

Salam sayang utk penduduk komuniti presint 11c yg beriman dan dirahmati Allah

Dulu waktu sekolah rendah, kalau DATANG LAMBAT, kena denda kutip sampah sekitar kawan sekolah.

Naik sekolah menengah, kalau DATANG LAMBAT, pengawas ambik nama dan cikgu disiplin akan sebut nama waktu perhimpunan.

Kena denda juga kutip sampah atau cuci tandas. Masuk universiti, kalau DATANG LAMBAT ke kuliyyah, lecturer potong 'carry mark'. Ada juga yang terus tak boleh masuk, lecturer kunci pintu.

Bila dah bekerjaya, kalau DATANG LAMBAT, bos akan marah, bonus dan kenaikan gaji terjejas. Bahkan kalau selalu sangat, HR akan hantar showcause letter.

 Tapi... Kalau DATANG LAMBAT solat jemaah, samada tertinggal rakaat pertama atau bahkan kalau datang ketika tahiyyat akhir, Allah tetap beri ganjaran 27 kali pahala.

Tak kena tolak jadi 20, 10 atau 7. Tetap juga 27. Cuma pahala afdhalnya yang mungkin berbeza di sisi Allah.. Allahuakbar...

Betapa Allah sangat sayangkan hambaNya.. Jadi, datanglah malam ini ke surau yg tinggal ruang 2 saf (muat utk 70 org lbh kurang) utk sama-sama solat berjemaah.

alasan

Ketepikanlah seketika alasan kesian/takut tinggal keluarga, penat lelah letih, moga Allah mmberi kekuatan kpd kita menepis/melawan nafsu terutamanya drp bisikan syaitan yg menggoda tak henti2.

Kita hebat di luar, kita hebat juga bila di kalangan hamba-Nya apabila dipanggil/diseru OLEHNYA YANG MAHA AGUNG, MAHA BESAR, MAHA KUASA, MAHA MULIA, MAHA SUCI, MAHA MEMBERI REZEKI, MAHA SEGALA-GALANYA.....

"maka bagaimana mereka merasa takut sedangkan kiranya mereka masih menolak akan kedatangan hari yg mana anak2 rambutnya menjadi uban, di mana langit akan terbelah, janji Allah akan berlaku" 

mafhum ayat surah muzammil.

Kenali Salasilah Keturunan Lelaki Ini

SIAPA ANEE INI?
KESILAPAN TUNKU
BERI WARGA NEGARA 

Orang Umno Johor Pun Menyampah Dengan Sepupu Najib

Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak
 Ibu Pejabat UMNO Malaysia
Tingkat 38, Menara Dato’ Onn Jalan Tun Ismail
 50480 Kuala Lumpur

29hb Januari 2013

 Menemui Datuk Seri Presiden merangkap Perdana Menteri Malaysia.

 Pertama sekali kami berdoa semoga Datuk Seri dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berada dalam lindungan Allah. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri kerana mengambil langkah yang cukup berani melawat Gaza minggu lepas.

Kami amat berbangga dengan keberanian Datuk Seri. Kami meminta maaf jika kedatangan surat ini sedikit sebanyak mengganggu Datuk Seri dan merencat perencanaan kerja untuk pilihan raya 13.

Kami tidak berniat untuk mengganggu tugas Datuk Seri atau cubaan untuk mensabotaj parti.

Matlamat kami untuk memastikan parti dapat menghadapi pilihan raya dalam keadaan tidak ada musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan.

Kami sebenarnya sudah beberapa kali cuba untuk berjumpa Datuk Seri bagi menjelaskan perkara ini tetapi penjaga-penjaga pagar Datuk Seri sering menjadi penghalang utama.

Kami tiada pilihan lain melainkan dengan cara ini sahaja yang boleh kami lakukan agar mesej yang kami hendak sampaikan sampai ke telinga Datuk Seri. Datuk Seri mungkin terlepas pandang gerakan demi gerakan yang sedang berlaku ketika ini.

Dalam masa Datuk Seri sedang berusaha untuk menang 2/3 majoriti dalam PRU13,ada pula pihak sedang mengambil kesempatan untuk menyusun gerakan bagi memperkukuhkan kedudukan dalam politik terutama sekali pada pemilihan parti yang akan berlangsung nanti.

Datuk Seri sedang dikelilingi oleh parasit-parasit parti.Datuk Seri sedang dibuai dengan nyanyian yang enak di telinga Datuk Seri oleh pencacai-pencacai terutama sekali sepupu Datuk Seri,Hishamuddin yang sedang memasang badan untuk ke peringkat tertinggi dalam parti dan sepupu Datuk Seri ini menjadi semakin angkuh kerana sepupunya adalah Perdana Menteri.

Sedar atau tidak oleh Datuk Seri sekarang bahawa sepupu Datuk Seri sedang membina empayarnya di dalam UMNO untuk kepentingan politik dirinya? Kepura-puraan beliau di depan Datuk Seri hanyalah umpan untuk menyedapkan mata dan telinga Datuk Seri.

Datuk Seri ada pengalaman mengenal budaya ampu dan bodek ini tatkala Datuk Seri hampir-hampir tewas di Pekan,Pahang pada PRU11 lalu. Sebagai mahu memenuhi tembolok politik peribadinya,Hishamuddin sanggup melakukan apa sahaja termasuklah menabur fitnah terhadap saingannya,menghantar SMS kepada seluruh rangkaiannya menggunakan KDN untuk menutup segala kebejatan moralnya dan apa yang didedahkan oleh mantan Ketua Polis Negara, Musa Hassan sampai sekarang tidak disanggah dengan bukti dan beliau hanya menafikannya semata-mata.

Ini jugalah stail Anwar masa dalam kerajaan satu ketika dulu. Hishamuddin umpama biawak hidup yang terpaksa Datuk Seri usung dan pikul. Beliau terlalu banyak mengguna serta memperalatkan nama Datuk Seri terutama sekali dalam soal pemilihan calon bagi mengisi kerusi Parlimen dan DUN untuk PRU13, kononnya Dato Seri memberikan beliau mandat untuk menapis serta mengenal pasti calon-calon dan Hishamuddin terlalu banyak berjanji dengan setiap pemimpin UMNO atau ahli UMNO yang beliau temui.

Sikap hipokrit Hishamuddin ini cukup tebal Datuk Seri, di depan Datuk Seri lain cakapnya dan di belakang Datuk Seri lain pula tindakannya dan senario ini sama beliau lakukan di depan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain.

Datuk Seri, beliau juga sedang ligat memasang orang-orang tertentu untuk bertanding dalam pemilihan parti dengan alasan kononnya Datuk Seri yang minta mereka ini menentang calon sedia ada.

Begitu jugalah dengan menawarkan orang-orang tertentu untuk menjadi calon kerana Datuk Seri yang minta. Tidak cukup beliau mengatur pertandingan UMNO di peringkat Bahagian, sepupu Dato Seri ini juga sudah pun menyusun orang-orang tertentu di dalam sayap-sayap parti untuk bertanding merebut jawatan sehingga diberitahu apa sahaja keputusan mesyuarat sayap-sayap parti perlu disampaikan kepadanya.

 Kesan daripada menggunakan nama Datuk Seri ini, kita yakin dan amat percaya kalau gerakan sepupu Datuk Seri ini tidak dibendung ataupun diambil tindakan oleh Datuk Seri boleh mewujudkan budaya sabotaj ataupun lompat parti.

Surat ini untuk peringkat ini tidak mahu menyebut atau mendedahkan lagi bagaimana sepupu Datuk Seri ini mengumpul kekayaan terutama sekali di negeri Johor hingga mampu membeli sebuah rumah mewah di kawasan elit di Kota London baru-baru ini, tetapi surat ini lebih kepada mahu memberitahu sikap sebenar Hishamuddin yang selama ini setiap saat dan ketika memperdagangkan nama Datuk Seri. Datuk Seri sedar atau tidak,helikopter dan kenderaan siapa yang digunakan oleh sepupu Datuk Seri untuk sebarang program parti ataupun peribadi beliau?

Datuk Seri sedar atau tidak bagaimana akrabnya sepupu Datuk Seri ini dengan tokoh korporat Cina di Johor bernama Lim Kang Hoo itu?

Pernah Datuk Seri tanya sepupu Datuk Seri hubungan sebenar mereka berdua hingga Lim Kang Hoo begitu bermaharajalela di Johor?

Kenapa begitu hina sekali anak seorang pejuang UMNO sanggup bersekongkol dengan seorang tauke cina untuk meranapkan harta-harta anak bangsa sendiri di bumi Johor?

 Datuk Seri kami sedar apa yang kami lakukan ini ibarat menepuk air di dulang terpercik muka sendiri. Namun apakan daya kami kerana kami tiada jalan lain untuk menyampaikan mesej kepada Datuk Seri.

Sedar atau tidak oleh Datuk Seri sekarang ketika kita sedang sibuk untuk memantapkan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya, Hishamuddin pula sibuk memantapkan rangkaiannya untuk menghadapi pemilihan UMNO? Beliau sedang sibuk mencatur orang sana-sini untuk berlawan orang itu ini kononnya itu permintaan Datuk Seri.

Dalam masa yang sama juga sibuk mencaturkan orang untuk dilantik sebagai menteri, timbalan menteri dan menteri besar. Ini adalah permulaan Surat Terbuka kepada Datuk Seri berkaitan dengan gelojohnya nafsu politik sepupu Datuk Seri ini dan akan menyusul lagi pendedahan tentang apa yang sepupu Datuk Seri lakukan ini boleh memecahbelahkan UMNO, boleh menggugat kedudukan Datuk Seri sebagai Perdana Menteri Malaysia dan mungkin juga menghalang transformasi politik yang Datuk Seri laung-laungkan selama ini.

Surat ini dibuat kerana ucapan Datuk Seri masa Perhimpunan UMNO lalu yang bertajuk Ubah Atau Rebah dan sekiranya Datuk Seri masih gagal merubah sepupu Datuk Seri ini, yakin dan percayalah Datuk Seri akan rebah bersama-sama sepupu Datuk Seri yang sedang bernafsu besar dalam politik negara ini.

Sekian dulu untuk yang pertama ini dan akan menyusul nanti beberapa pendedahan yang mengejutkan Datuk Seri tentang sepupu Datuk Seri ini.

 Sekian.

Warga-warga Johor.

 *********

p/s: UMNO Sembrong betul-betul ada eggs between two legs ke?