Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Sabtu, 7 April 2012

Saya Bukan Nak Minta Lembu?

PANAS!!! Penyanyi Aishah 'belasah' Najib dan Shahrizat.


Tahniah aku ucapkan kepada Aisyah yang merupakan penyanyi popular ketika dulu yang amat terkenal dengan lagunya'Janji Manismu kerana berani berada di pentas Pas menghentam Kerajaan Umno terutamanya Najib, dan Syahrizat.

Takkala sekarang nieh Artis-artis pakat dok takut nak menyatakan kebenaran sebab takut tak boleh cari makan,tampil beberapa orang artis yang agak popular seperti Bob lokman,Aisyah dan Pak Jabit yang berani menghentam kerajaan Bn nieh terutamanya Pemimpinnya Najib Dan syahrizat.

Semalam aku ada sempat join ceramah yang Diadakan di Taman Melewar yang disertai oleh penyanyi aisyah nieh.Betapa semangatnya aku tengok Aisyah ni bagi ceramah menceritakan pengalamannya dalam dunia artis nieh.Alhamdulillah banyak perubahan yang baik yang dilakukan oleh aisyah nieh.korang boleh tonton video ceramah Aisyah di atas...

Jumaat, 6 April 2012

Pendapat Anak Muar : Mana Nak Letak Dr Taslim dan PKR

Salehuddin Ayob perlu bertanding di DUN Maharani & Parlimen Muar
Posted on Thursday, April 05 @ 16:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Pendapat Oleh: anak_muar

"Berita panas mengenai Naib Presiden PAS YB Salehuddin Ayob akan kembali ke negeri kelahirannya iaitu Johor mula menggamatkan lagi suasana politik negeri yang dianggap kubu kuat UMNO itu.Salehuddin yang telah ditabalkan bakal MB Johor yang baru sekiranya PR dapat menawan Negeri Johor pada PRU-13 akan datang tidak lama lagi.Berita ini telah membuatkan pemimpin-pemimpin UMNO Johor berasa tidak senang duduk apabila tokoh muda pemimpin PAS ini mahu kembali bertanding ke Johor.

Namun pengesahan kawasan DUN ataupun kerusi Parlimen mana yang akan ditandingi oleh Salehuddin di Negeri Johor belum diputuskan lagi.Apapon kepulangan Salehuddin begitu dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat negeri itu samada penyokongPAS mahupun UMNO.Apa yang pasti tentunya rakyat Johor impikan perubahan bakal berlaku di negeri selatan yang dianggap sebagai kubu kuat UMNO dimana lahirnya UMNO di negeri itu.


Pada PRU-12 PAS telah berjaya membuat kejutan dengan berjaya memenangi 2 DUN di Johor iaitu DUN Maharani(DR Mat Taslim) dan Sungai Abong(Dr Sheikh Ibrahim) selain meningkat majoriti sokong yang mendadak.Semua pihak tidak menyangka terciptanya kejutan dimana PAS berjaya memebangi DUN Maharani yang terkenal daerah yang banyak melahirkan tokoh-tokoh besar UMNO dan bekas MB.

Ia adalah satu petanda yang baik bahawa di DUN Maharani dan Sg Abong telah menjadi titik tolak kebangkitan PAS-PR dalam usaha menawan Johor.Sudah tentunya kawasan ini perlu diberikan  tumpuan sepenuhnya  dengan terus menguatkan sokongan yang sentiasa positif dari masyarakat setempat.Sedia Maklum DUN Maharani dan DUN Sg Abong adalah kawasan campuran pengundi Cina dan Melayu dan ia dikira kawasan bandar yang membangun.Sokongan pengundi bandar sedia maklum memang sangat-sangat positif terhadap PR dan ia masih terus kekal dan bertambah baik.

Kerusi Parlimen Muar pula kini disandang oleh Dato Razali Ibrahim yang kini timbalan Menetri belia dan sukan yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.Namun keputusan PRU-12 yang lepas menunjukkan prestasi sokongan BN turun mendadak apabila majoriti yang dimenangi oleh BN hanya sekitar 4000 undi sahaja jika dibandingkan sebelumnya. Namun kerusi ini adalah kouta bagi PKR namun rundingan boleh dilakukan demi mencapai matlamat yang diimpikan bersama dalam melakukan perubahan besar terhadap negeri Johor. 

Oleh itu berdasarkan faktor geopolitik Muar ini adalah amat baik YB Salehuddin Ayob yang juga Tokoh muda PAS ini diletakkan bertanding di DUN Maharani ataupun kerusi Parlimen Muar yang menunjukkan perkiraan faktor sokongan rakyat setempat kepada PAS-PR berada pada tahap yang sangat baikPercayalah ia akan membuahkan hasil impak yang baik kepada lanskap politik Negeri Johor.Percayalah ahli UMNO sendiri akan teruja mahu melihat anak kelahiran Johor ini kembali ke negeri kelahiranya dan seterusnya mencipta sejarah perubahan yang menjanjikan kebaikan.PAS sememangnya mempunyai peluang yang amat cerah untuk memenangi kerusi di daerah ini. Insyallah.Allahuakbar

SPR mengulas macam dia pulak yang jadi PM

Himpunan Bersih 3.0 : SPR Tidak Perlu Merasa ‘Gelisah’


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar supaya jangan panik dengan pengumuman Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) untuk menganjurkan perhimpunan aman Bersih 3.0 pada 28 April 2012. Bagi DPPM, kenyataan Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar yang menyifatkan perhimpunan ini sebagai tindakan terburu-buru menunjukkan ‘kegelisahan beliau dalam melindungi sesuatu’.

Sepatutnya, Datuk Wan Ahmad tidak perlu mengulas Himpunan Bersih 3.0 kerana itu bukan kerja beliau. Tugas utama beliau, adalah memastikan perjalanan pilihnraya berlangsung dengan adil dan bersih. Beliau tidak perlu bertindak bagi pihak Perdana Menteri atau kerajaan Malaysia. Yang perlu mengulas isu himpunan Bersih 3.0 adalah kerajaan, sama ada Perdana Menteri, menteri terbabit atau pihak polis. Kenyataan beliau menyerlahkan lagi tahap kecondongannya kepada satu pihak.

Datuk Wan Ahmad tidak perlu merasa cemas kerana himpunan Bersih 3.0 adalah perhimpunan aman. Tujuannnya adalah untuk mengingatkan kerajaan dan SPR agar berlaku adil dalam PRU ke 13. Jangan menipu, jangan menyeleweng, jangan main wayang atau ‘silap mata’. SPR jangan bimbang kerana hasil himpunan ini rakyat sendiri akan memerhati setiap pergerakan SPR mahupun kerajaan dalam PRU ke 13 dan setiap penipuan pasti akan dapat dihidu dan dibongkarkan. Ini kerana sudah banyak hints oleh banyak pihak sebagai gambaran PRU ke 13 adalah pilihanraya yang paling kotor dan rakyat tidak bersedia mendengarnya.

Justeru, jika SPR yakin tidak ada unsur penipuan selama ini apa yang hendak ditakutkan? SPR patut ucap terima kasih kerana rakyat membantu melicinkan lagi usaha SPR mahu membersihkan sistem pilihanraya. Bersih 3.0 juga membantu PSC dalam mendesak kerajaan mempercepatkan pembersihan pilihanraya. Hanya dibimbangi rakyat usul PSC tidak sempat dilaksanakan kerana Perdana Menteri membubarkan parlimen mengikut hati beliau.

Himpunan Bersih 3.0 juga adalah sebagai ‘loceng amaran’ kepada rakyat supaya bersedia menghadapai PRU ke 13 yang dijangka akan diadakan pada bila-bila masa. Himpunan Bersih 3.0 akan mengingatkan rakyat supaya mengosongkan tarikh pada 2 bulan terakhir ini (Mei dan Jun) agar jangan menyusun jadual ke luar negara. Memandangkan Perdana Menteri tidak mahu mengumumkan tarikh awal pilihanraya, rakyat hidup dalam keadaan teraba-raba. Justeru, Bersih 3.0 terpaksa diadakan bagi membina momentum rakyat menghadapi PRU 13.


Disediakan oleh;

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Bukit Gambir Ribut : PAS Prihatin


 







Johor :PAS Terjemah Keprihatinan

Berita Oleh MTD PAS Benut
 LEDANG – Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Bukit Gambir telah menterjemahkan keprihatinan PAS melalui bantuan sumbangan kepada 12 mangsa ribut dalam satu kejadian 21 Mac lepas.

Penyelianya, Dr Mahfodz Mohamed berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke Jalan Benteng, Kampung Sawah Ring, Bukit Gambir, dekat sini, baru-baru ini.

Menurutnya, sumbangan yang dibuat itu bertujuan membantu mengurangkan beban yang dihadapi oleh keluarga mereka kerana banyak kerugian yang terpaksa ditanggung berikutan kerosakan rumah yang dialami.
”Bantuan ini adalah simbolik untuk menterjemahkan keprihatinan PAS dengan musibah yang berlaku di kawasan berkenaan.
”Meskipun sumbangan yang diberi tidak seberapa, tetapi diharapkan ia dapat memberi sedikit kegembiraan kepada mereka.
”Pastinya bencana yang berlaku ini akan memberikan kesan trauma kepada mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.
Dr Mahfodz berkata lagi, selain memberi sumbangan, kunjungan itu juga bertujuan untuk memberi sokongan bagi mengembalikan semula semangat mangsa-mangsa.
”Ini kerana ada di antara mereka sudah alami kejadian ini sebanyak dua kali sejak tahun 2006.
Jelas Pesuruhjaya PAS Negeri Johor itu lagi, PAS akan membantu semua rakyat yang ditimpa kesusahan tanpa mengira ideologi politik.
”Diharapkan mangsa ribut dapat bersabar dengan ujian yang berlaku dan berdoa agar bencana tersebut tidak berulang,” ujarnya lagi.

Khamis, 5 April 2012

Lagi Ramai Sertai PAS (Dulu Umno Sekarang PAS)

 

Bosan konflik punca 69 ahli keluar Umno 


RANTAU PANJANG : Bosan dengan konflik yang tiada penghujung melanda Umno bahagian ini menyebabkan ramai pemimpin di peringkat akar umbi bertindak keluar daripada parti tersebut.

Bagi mereka hubungan dingin Ketua Bahagian, Abdullah Mat Yassin dan bekas ketua bahagian, Datuk Mohd Zain Ismail tidak mampu dipulih lagi, biar pun ada kenyataan menggambarkan keadaan sebaliknya

Bekas Timbalan Ketua Umno Cawangan Kampung Kedap, Abdul Rashid Daud berkata, permusuhan di peringkat bahagian belum reda kerana masing-masing mahu menjadi ketua.

Katanya, situasi itu sudah merebak ke peringkat akar umbi sehingga menyebabkan aktiviti parti tidak dapat diadakan seperti biasa.

“Pemimpin Umno Rantau Panjang tidak berkesudahan bermusuhan sesama sendiri. Sedangkan PAS nampak lebih padu perjuangan mereka.

“Sebab itulah kami merasakan tidak teragak-agak dan tiada sebab tidak mahu menyokong PAS. Perjuangannya bersandarkan agama,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan borang menyertai PAS beramai-ramai malam tadi.

Seramai 69 ahli dan penyokong Umno dari Cawangan Kampung Dangar dan Kampung Kedap menyerah borang menyertai PAS di majlis tersebut.

Borang berkenaan diserah Wan Zaidi Wan Hanapi kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis yang diadakan di rumah bekas Timbalan Ketua Umno Cawangan Kampung Dangar, Ismail Daud.

Hadir sama Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Nasaruddin Daud dan Adun Gual Periok, Ustaz Mohamad Awang.

Sebelum ini konflik yang melanda Umno Rantau Panjang mengundang campur tangan Perhubungan Umno Kelantan. Biar ada kenyataan hubungan Abdullah dan Mohd Zain sudah pulih, namun keadaan di akar umbi menggambarkan sebaliknya.

Sementara itu di Kubang Kerian difahamkan lebih 300 bekas ahli dan penyokong Umno di bahagian terbabit dijangka menyerah borang menyertai PAS dalam masa terdekat ini. Sempena program itu diadakan ceramah perdana dihadiri Menteri Besar.- DD

Tumbuk Adam Adli umpama baling batu sembunyi tangan

Mata Adam Adli Lebam Kena Tumbuk Di Kampung Kerinchi - updated 


Adam Adli ditumbuk ketika rundingan penduduk

Rundingan 34 penduduk pangsapuri PKNS Kampung Kerinchi dekat Kuala Lumpur bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mahu merobohkan kediaman mereka pagi ini dicemari oleh insiden aktivis pelajar, Adam Adli ditumbuk.

Menurut saksi kejadian, Adam Adli Abd Halim kelihatan ditumbuk ketika menuruni pangsapuri empat tingkat itu oleh lelaki, dipercayai penduduk setempat.

Adam yang hadir bersama seorang lagi aktivis pelajar Ekhsan Bukhari kelihatan mengalami kecederaan di bahagian bibir dan mata.

Adam ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan dikasari dan mengalami kecederaan yang kini sedang membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Pantai Baharu.

Adam sebelum ini popular kerana menurunkan bendera memuatkan bendera memuatkan wajah Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan mahasiswa di depan ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur. -mk


Insiden Kg Kerinchi: 3 mahasiswa dipukul


KUALA LUMPUR: Proses pembersihan penduduk flat PKNS Kampung Kerinchi dicemari insiden pergaduhan apabila tiga aktivis mahasiswa terlibat bersama anggota yang didakwa dari NGO, Pekida.


Tiga aktivis mahasiswa terlibat ialah Adam Adli, Safwan Anang dan Ekhsan Bukhoree.
Difahamkan Ekhsan ditahan di Balai Polis Lembah Pantai dan kemudian dibebaskan.


Insiden pergaduhan itu bermula apabila wujud provokasi dari kumpulan Pekida terbabit ketika ketiga-tiga mahasiswa berkenaan berada di tingkat 3, iaitu salah satu flat yang akan dirobohkan.


Kedengaran kumpulan terbabit menjerit ‘turun Adam Adli’ dan apabila Adam dan tiga rakannya lain turun dari flat itu, mereka diserbu dan tercetusnya pergaduhan.


Adam ditumbuk di bahagian mata sebelah kiri dan keadaan mulai kecoh sehingga dileraikan anggota polis.


Keadaan yang mulai tegang dileraikan polis sehingga beberapa minit kemudian, FRU mulai kelihatan untuk mengawal keadaan sekitar.


Proses pembersihan flat Kerinchi ini sepatutnya dijalankan awal pagi ini, namun mendapat bantahan daripada 34 penduduk yang masih enggan berpindah atas sebab tertentu.


Mereka memohon menangguhkan tarikh mengosongkan flat berkenaan sehingga 1 Julai untuk mereka membuat persediaan untuk berpindah. -FMT







Kapitalis Syed Mokhtar Sapu Semua Projek Ulangi Kesilapan Renong


 












Syed Mokhtar dapat projek kereta perisai RM7.55b?

Berita Oleh Salmiyah Harun
 KUALA LUMPUR, 4 April: Kerajaan diminta menjelaskan adakah benar syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary mendapat kontrak perolehan kereta perisai bernilai RM7.55 billion.


Perkara itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012 bagi Kementerian Kewangan.

Beliau juga mendakwa, Syed Mokhtar turut mendapat kontrak projek double-tracking yang bernilai RM10 billion dan projek terowong MRT yang bernilai RM8.2 billion.

Bagaimanapun, dalam perbahasan itu, Tony meminta kerajaan memberikan satu laporan terperinci mengenai empayar milik individu terbabit yang dilihat tiada hadnya.

Katanya, individu terbabit juga telah menguasai pelbagai bidang industri termasuk Padi Beras Nasional Bhd, Tradewinds Bhd dalam sektor gula, Pos Malaysia, DRB Hicom, Proton Malaysia, Port of Tanjung Pelepas, Johor Port dan sekarang dikatakan Penang Port dan Northport.

"Hampir  kesemua pengambil-alihan saham melalui penswastaan dan projek ini dibiayai oleh pinjaman. Apakah jumlah pinjaman yang telah diambil oleh kumpulan syarikat Tan Sri Syed Mokhtar dan apakah bank yang paling terdedah kepada pinjaman beliau?" soal Tony.

Beliau juga mempersoalkan sama ada Bank Negara mengambil risiko sistematik yang ada atas pinjaman berpuluh-puluh billion kepada syarikat-syarikat yang berkaitan dengan seorang sahaja.

Tegasnya, krisis kewangan 90-an sepatutnya memberi pengajaran kepada negara supaya tidak mengambil risiko yang terlampau tinggi kepada sebuah syarikat atau individu.

"Pada masa itu Renong yang menjadi 'darling' kepada Umno dan kerajaan BN lesap begitu sahaja dan menyebabkan kerugian bukan sahaja kerajaan tetapi juga rakyat biasa melalui pelaburan dalam syarikat disenaraikan di Bursa Malaysia," katanya.

Justeru, beliau berharap menteri dapat memberikan jumlah pinjaman dengan angka-angka terperinci supaya perkara ini tidak lagi membimbangkan rakyat dan industri.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin pembangkang pernah beberapa kali mempersoalkan di parlimen kenapa segelintir korporat Melayu yang mendapat projek mega kerajaan seperti Syed Mokhtar, anak Tun Mahathir, adik Datuk Seri Najib, bekas Ketua Hakim Negara dan peguam Umno.