Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Selasa, 5 April 2011

Potong jangan tak potong TIPU

TERTIPU DENGAN P1 WIMAX

Tertipu Gara-Gara Terpaksa Bayar RM1790.57 Ke Atas Perkhidmatan Broadband P1 Yang "Tidak Pernah" Dia Gunakan !


KUANTAN, 4 April - Gara-gara tertipu dengan agen jualan P1 Wimax, seorang kakitangan kerajaan disini terpaksa membayar RM1790.57 atas perkhidmatan yang tidak pernah pun digunakan.
Menurut wanita terbabit tahun lalu (2010) beliau telah didatangi oleh seorang agen jualan syarikat terbabit yang menawarkan perkhidmatan broadband terbaru P1 Wimax.

"Pada mulanya saya tidak berminat kerana sudah mempunya broadbang Maxis sedia ada.

Namun agen jualan terbabit mengatakan perkhidmatan mereka lebih baik dari lain-lain broadband dan menyuruh saya mencuba selama tempoh seminggu. Alasannya jika tidak berpuas hati boleh dipulangkan semua tanpa sebarang bayaran",
katanya. Menurut beliau lagi, selepas didesak beberapa kali akhirnya dia bersetuju. Anehnya bayaran RM100 dikenakan sebagai deposit percubaan dan akan dikembalikan sekiranya perkhidmatan tidak memuaskan.

"Belum sampai sehari mencuba, talian broadband tersebut ternyata tidak berkualiti di kawasan tempat tinggal saya Indera Mahkota ketika itu. Saya hanya boleh gunakannya apabila alat terbabit diletakkan di tepi tingkap rumah. Itu pun dalam jarak yang dekat, tetapi bila turun ke tingkat bawah broadband terputus.

Akhirnya saya menghubungi agen jualan terbabit untuk memulangkan alat yang diberikan. Seperti janjinya seminggu akan dipulangkan kembali wang RM100 yang saya berikan",
tambah beliau lagi.

Tertipu Dek Kerana Sikap Agen Jualan P1 Wimax

"Anehnya berbagai alasan yang diberikan dan akhirnya tempoh seminggu berakhir dan kemudia bila saya berjumpa beliau dia kata tempoh pemulangan sudah berakhir dan jika saya ingin pulangkan juga perlu tunggu 40 hari barulah wang RM100 itu dikembalikan", katanya.

Berlaku kekecohan antara suami beliau dengan agen terbabit, namun ia tetap tidak diendahkan. Oleh itu beliau terpaksa menunggu dan terus menunggu. "Saya diarahkan memulangkan alat tersebut di kedai P1 Wimax yang terletak di Jalan Tun Ismail. Namun, selepas beberapa kali pergi saya tidak berjumpa dengan kedai tersebut kerana tidak mempunyai papan tanda khas", tambah beliau lagi.

Difahamkan, beliau cuba memotong talian tersebut di kedai yang dinyatakan, dengan harapan akan mendapat kembali wang RM100. Namun, sangkaan itu meleset apabila dia pula dikatakan perlu membayar lebih RM500 atas perkhidmatan yang tidak pernah pun beliau gunakan.


Bukti, inilah dia bil yang terpaksa dibayar atas perkhidmatan tersebut

Gara-gara alat inilah menyebabkan beliau terpaksa bayarRM1790.57
"RM100 yang saya tuntut, tetapi RM500 yang saya perlu bayar atas perkhidmatan yang saya tidak gunakan. Ini tidak adil, sepatutnya syarikat terbabit memotong perkhidmatan saya selepas saya melaporka masalah berkenaan. Akhirnya terkini saya sunggug terkejut apabila mendapat bill terkini RM1790.57.

Saya sungguh sedih atas apa yang berlaku dan berharap orang ramai tidak tertipu dengan taktik syarikat terbabit. Saya berhasrat untuk mendapatkan khidmat guaman untuk menyaman agen jualan dan syarikat berkenaan jika mereka terus mendesak saya menyelesaikan bayaran perkhidmatan yang saya tidak gunakan",
katanya lagi.

[Kes yang berlaku kepada beliau ini adalah sebilangan kecil daripada kejadian yang menimpa pelanggan P1 Wimax sebenarnya.

Semuanya gara-gara agen jualan yang berjanji tetapi tidak ditepati. Soalnya, apakah wajar beliau membayar jumlah tersebut sedang sepatutnya dia mendapat semula wang cagaran RM100 yang diberikan kepada agen berkenaan. Penipuan yang melibatkan agen jualan sememangnya banyak berlaku termasuk yang paling popular kes kad gores & menang.

Ramai yang terkena adalah mereka yang tidak tahu apa-apa dan terpukau mendengar penerangan yang disampaikan oleh mereka. Harap P1 Wimax memantau perkara ini dan mengambil serius kes yang berlaku kepada pelanggan Maxis berkenaan. Jangan sampai ia memalukan apabila tindakan saman terpaksa digunakan].

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2011/04/tertipu-dengan-p1-wimax.html#ixzz1IZpw8zPe

Agensi kerajaan persekutuan TERLIBAT


Video Seks Fitnah DiTayangkan Di BTN dan KEMAS - Datuk Mansor

Video seks fitnah yang dikaitkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditayangkan di kursus Biro Tata Negara dan di pejabat Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), kata Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Mansor Othman.

Video 21 minit itu dipertontonkan kepada peserta BTN termasuk mahasiswa di Pulau Pangkor baru-baru ini, kata beliau.

Selain itu “puluhan” orang kampung di Penanti, Pulau Pinang juga dikumpul untuk menyaksikan video hitam putih itu di pejabat Kemas kawasan itu, tambah beliau.

Penayangan secara terbuka itu sekali lagi menyerlahkan tangan agensi persekutuan tertentu dalam menyebarkan video fitnah itu kepada orang ramai.

Ia juga menempelak jaminan gandingan Datuk T, termasuk bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik bahawa video itu tidak diedarkan kepada orang ramai demi memastikan keadilan untuk semua pihak.

Selain Rahim, ahli perniagaan Sharzyl Eskay dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim mengaku mendalangi penayangan video lucah itu di Hotel Sri Carcosa Kuala Lumour pada 21 Mac lalu.

Mereka hanya menyerahkan video itu kepada pihak berkuasa setelah Anwar membuat laporan polis.

Mansor yang juga ADUN Penanti berkata, tindakan BTN dan pihak lain menayangkan rakaman lucah itu kepada orang ramai terutamanya golongan pelajar adalah dosa yang merosakkan proses domokrasi negara.

Penayangan video itu pada kursus BTN selain di pejabat Kemas bertujuan menjatuh dan memalukan Anwar walaupun pihak polis tidak dapat mengesahkan lelaki yang berada didalam rakaman video itu.

Anwar sebelum ini menafikan beliau adalah individu dalam rakaman itu. Ketua Pembangkang itu menegaskan beliau di rumah bersama ahli keluarga dan kakitangannya serta berinteraksi dengan kenalan menerusi Twitter ketika rakaman itu diambil pada 21 Februari lalu.

Mansor menggesa peserta BTN dan orang ramai yang diundang menyaksikan video itu agar tampil membuat laporan polis.-TVS

Sabtu, 2 April 2011

PDRM Memang Pilih Bulu




SHAH ALAM 1 APRIL : Sikap 'pilih bulu' Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) dalam hal-hal yang melibatkan pimpinan Pembangkang, jelas tergambar melalui perkembangan terbaru hasil siasatan polis berhubung fitnah video lucah membabitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tindakan pihak berkuasa yang tidak menumpukan kepada laporan polis Anwar bahawa dirinya telah difitnah sebaliknya lebih berminat tentang soal ketulenan video, jelas mengambarkan institusi polis di negara ini dikongkong oleh parti pemerintah, kata Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

" Sebab itu, kami dapati polis ini banyak memberi kelonggaran dan keistimewaan, kalau bandingkan video seks Chua Soi Lek, pihak polis memberikan amaran
kepada sesiapa yang memiliki, mengedar dan menayang termasuk yang melihat boleh disabitkan kesalahan dan dikenakan tindakan undang-undang, tetapi dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, nampaknya undang-undang itu berbeza," katanya kepada pemberita pada sidang media khas di pejabatnya, di sini, hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini berkata, pihaknya sudah mengesahkan ketulenan video lucah yang didakwa membabitkan Anwar.

Ujar beliau, pihaknya telah mengesahkan ketulenan video seks itu dengan bantuan pakar-pakar tempatan bahawa ianya bukan sesuatu yang direka atau dipalsukan.

Namun Ismail tidak menjawab kepada persoalan utama, siapakah identiti ahli politik yang didakwa terlibat dalam rakaman video seks berkenaan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat selama ini.

" Soal ketulenan video itu adalah soal yang kedua kerana walaupun ianya bukan palsu, persoalannya benarkah pelaku seks dalam video itu Anwar, kalau nak tahu
kebenarannya, perlu dijelaskan di mana tempat berlaku, pukul berapa Anwar datang, dengan apa Anwar datang, siapa yang mengiring dan sebagainya serta perlu
diselidik pada masa yang sama, Anwar berada dimana.

" Hakikatnya sama ada ia video tulen atau pun palsu ianya tidak cukup untuk mendakwa, sebaliknya mereka perlu bukikan Anwar memang berada di situ pada waktu
itu,"tegas Khalid.

Melihat pada senario perjalanan politik Anwar yang sering dilanda pelbagai ancaman dari segenap ruang, Khalid berpendapat sangat mustahil bagi Ketua Pembangkang itu untuk terlibat dengan skandal seks seperti yang didakwa oleh 'Datuk T'.

"Ianya satu perkara yang sangat mustahil kepada Anwar pada ketika ini meletakkan diri, nasib, karier dan perjuangannya yang selama ini dengan hanya mengikut
Datuk Eskay yang memang dikenali sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai semata-mata untuk melakukan perkara itu," kata Khalid.

Pada 23 Mac lalu, ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengaku bahawa beliaulah yang mempertontonkan video itu kepada media terpilih di Carcosa Seri Negara.

Shazryl juga mendedahkan bahawa gelaran Datuk T merujuk kepada tiga sahabat yang membuat pendedahan rakaman video seks itu, yang sebenarnya bermakna "trio" iaitu beliau sendiri, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2011/04/pdrm-memang-pilih-bulu-kata-khalid.html#ixzz1IL4IX7eF

Ranking negeri kaya tapi rakyat miskin


Negeri BN Terengganu Nombor1,Sabah Nombor2



Sabah bukanlah negeri pengeluar minyak yang termiskin tetapi yang termiskin diantara negeri pengeluar minyak dan gas adalah negeri Terengganu.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Raja Nong Chik Raja Zainal menyatakan demikian ketika menyangkal laporan Bank Dunia yang menyebut 40% orang-orang miskin terdapat di Sabah.

Sebaliknya, kata beliau yang juga Senator Dewan Negara, negeri Terengganu mempunyai rakyat miskin yang paling ramai

Katanya, Terengganu mempunyai paling ramai keluarga yang termasuk dalam kategori ‘miskin tegar, miskin dan menghampiri kemiskinan’ iaitu seramai 12, 193 keluarga.

Beliau berkata demikian dalam satu majlis kementeriannya yang di adakan di Sandakan baru-baru ini

Beliau menambah, statistik yang di keluarkan kementerian menegaskan, terdapat 540 rakyat Sabah yang tinggal di bandar dikenalpasti sebagai miskin tegar.

“Staistik ini tidak menunjukkan Sabah adalah negeri termiskin dinegara ini, negeri lain mempunyai lebih ramai rakyat yang termasuk dalam kategori ini, tetapi pendaftarannya perlahan berbanding Sabah (tetapi) prnduduk Sabah lebih berpusat berbanding negeri-negeri lain,’Ujarnya.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah wakil rakyat Gum Gum Zakariah Idris, wakil rakyat Sikong Shamsudin Yahya dan Timbalan Majlis Perbandaran Sandakan Mohd Hamsan Supian serta Penolong Setiausaha Kementerian Wilayah dan Kesejahteraan bandar.

Sumber : http://paspb2.blogspot.com/2011/03/negeri-bn-terengganu-no1-sabah-no-2.html

Asyik naik ajer...kononnya krisis asia barat


RON 97 naik lagi: Dah agak dah.. harga minyak tak ikut harga pasaran dunia...hanya naik je..bila harga pasaran turun semua buat diam !!!


Bermula tengah malam tadi, petrol RON97 dijual pada harga baru RM2.70 seliter selaras harga minyak mentah di pasaran dunia, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Zulkifli Mokti.

Penyelarasan harga itu bagaimanapun tidak membabitkan RON95 dan bahan api lain di negara ini.

Zulkifli berkata, penyelarasan sebanyak 20 sen itu berikutan harga minyak mentah di pasaran dunia ketika ini AS$114 setong (RM345.19) minggu ini berbanding AS$105 (RM317) minggu lalu.

“Harga baru itu berikutan krisis di Asia Barat,” katanya ketika dihubungi BERNAMA di sini, semalam.

Zulkifli juga berkata harga minyak mentah dijangka terus meningkat ekoran situasi di negara Teluk itu yang mungkin berterusan.

Pada 31 Januari lalu, harga RON97 yang diapungkan mengikut harga pasaran semasa diselaraskan 10 sen kepada RM2.50 seliter. - BERNAMA

Umno Shah Alam dengan projek porno


Komik itu mengandungi karikatur dan gambar teknik 'super impose' lucah berwarna selain jalan cerita menggambarkan Anwar yang diselubungi skandal seks.

Saya petik:


[FMT] SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad mendakwa pengedaran komik ‘Kisah Juara Raja Lawak’ yang memaparkan karikatur lucah mengaibkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didalangi Umno Bahagian Shah Alam.

Komik setebal 16 muka surat itu mengandungi karikatur dan gambar teknik ‘super impose’ lucah berwarna selain jalan cerita menggambarkan Anwar yang diselubungi skandal seks termasuk mengaitkan dengan bekas pembantu peribadi Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Khalid berkata, beliau menerima aduan daripada pihak pengurusan sebuah kilang percetakan di Seksyen 23 di sini apabila timbunan komik tersebut dijumpai minggu lalu dikilang tersebut yang diletakkan oleh individu tidak dikenali.

Khalid mendakwa, beliau didatangi pihak pengurusan tersebut membuat aduan menyatakan kebimbangan kerana komik itu sudah mula diedarkan kepada pekerja kilangnya oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

“Penyebaran komik lucah ini merupakan satu corak politik yang kotor dan lebih menjijikkan lagi, saya dapat maklumat ia didalangi Pemuda Umno Bahagian Shah Alam,” katanya kepada pemberita dipejabatnya di sini hari ini.

Sehubungan itu, Khalid menggesa Ketua Bahagian Umno Shah Alam Datuk Ahmad Nawawi Md Zin tampil mengutuk sekaligus menafikan dakwaan yang dilemparkannya.

“Kalau Umno punya maruah dan prinsip, mereka kena buat kutukan dan tolak dakwaan ini,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya akan membuat laporan polis tentang perkara ini di Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Seksyen 11 esok.

“Saya akan buat laporan polis dan serahkan komik itu yang dianggap sebagai bahan lucah,” katanya.
Pada 29 Mac lalu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar membuat laporan polis terhadap komik yang sama di Balai Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Dalam laporannya, Nurul Izzah mendakwa pengedaran komik itu berniat jahat bagi menjatuhkan reputasi dan kredibiliti Anwar serta beliau sendiri sebagai anak sulungnya.

Khalid gesa Eskay ditahan

Sementara itu, Khalid turut menggesa agar individu ‘Datuk Trio’, Datuk Shazryl Eskay Abdullah ditahan dan didakwa kerana mengaku memiliki dan mengedar bahan lucah.

Walaupun Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata rakaman video itu telah disahkan ketulenannya oleh pakar tempatan, namun Khalid berkata aspek itu tidak boleh mensabitkan Anwar sebagai individu didalam video itu.

Katanya, polis banyak memberikan kelonggaran dan keistimewaan berbanding kes pengedaran video lucah yang membabitkan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek tiga tahun lalu.

“Polis memberi amaran sesiapa yang melihat dan mengedarkan video lucah Soi Lek akan dikenakan undang-undang, dan ini berbeza dengan kes yang dihadapi Anwar sekarang.

“Walaupun video in tulen, Eskay kena buktikan bersama saksi yang beliau hadir membawa Anwar ke hotel tersebut,” katanya.

Domino Tumbang kerajaan zalim merebak ke Kuwait


Kabinet Kuwait letak jawatan

BANDAR KUWAIT: Amir Kuwait telah menerima peletakan jawatan kabinetnya selepas penggubal undang-undang cuba menyoal siasat tiga menteri daripada keluarga yang memerintah itu.

Sheikh Sabah al-Ahmed alSabah, yang memerintah negara pengeluar minyak kelima terbesar Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (Opec) itu, meminta kabinet meneruskan peranannya sebagai pemerintah sementara hingga satu pemerintah baru dibentuk, lapor Agensi Berita Kuwait.

Beliau mungkin melantik semula Perdana Menteri Sheikh Nasser al-Mohammed al-Sabah atau memilih seorang ketua pemerintah baru.Peletakan jawatan itu, yang keenam dalam pemerintah yang diketuai Sheikh Nasser sejak 2006, membayangkan ketegangan antara cawangan eksekutif dengan perundangan, sedang penggubal undang-undang mencari peranan lebih luas dalam menggubal dasar.

Ia juga datang ketika bantahan melanda Timur Tengah dan dua minggu selepas kaum Syiah di Kuwait berarak bagi menyokong pemberontak di Bahrain yang menuntut demokrasi dan kesamaan.

Jika Sheikh Nasser dilantik semula, 'pilihan terbaik, paling cepat dan paling selamat ialah menyelaras semua lingkungan politik dalam membentuk kabinet baru ini,' kata seorang ahli ekonomi bebas Kuwait, Encik Hajjaj Bu Khudour.'Jika mereka menolak, satu cara ialah pilihan raya parlimen baru,' ujarnya.

Proses soal siasat itu termasuk yang difailkan seorang penggubal dasar Syiah, Encik Saleh Ashour, terhadap Menteri Luar, Sheikh Mohammed al-Sabah, atas tudahan beliau gagal menghalang penyiar milik kerajaan Bahrain menyiarkan sebuah rancangan yang mengkritik Kuwait.

Sekitar 1,000 penganut Syiah Kuwait berarak di Bandar Kuwait 17 Mac lalu bagi menunjukkan perpaduan dengan pemberontak di Bahrain, yang kebanyakannya kaum Syiah.

Kuwait, yang sekitar 30 peratus penduduknya Syiah, menghantar pasukan laut ke Bahrain sebagai sebahagian kerahan Majlis Kerjasama Teluk bagi menyokong pemerintah Bahrain dalam mengawal pemberontakan.Pemberontak di Kuwait turut mengadakan beberapa perhimpunan mendesak Sheikh Nasser dan kabinet berundur. -- Agensi.Cyberita