Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Sabtu, 2 April 2011

Kenali Timbalan Mursyidul Am




Dr. HARON DIN
Tempat Lahir:
Lahir tahun 1941,Bohor Mali, Kangar, Perlis

Status:
Berkahwin dan memperolehi
5 cahaya mata (2 lelaki & 3 perempuan).

Adik Beradik:
Mempunyai 10 orang adik-beradik. Saudara lelaki beliau yang juga tokoh agama tekenal ialah Ustaz Ishak bin Din(Abang) dan Ustaz Abu Hassan bin Din(Adik).

Pendidikan:
• Madrasah al-Islahiah al-Wataniah, Bohor Mali
• Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor
• Sijil Tertinggi Kolej - Kolej Islam Malaya (1962-1965)
• Ijazah Sarjana (M.A.) Syariah - University Al-Azhar (1966-1968)
• Diploma Pendidikan - ‘Ain Shams, Universiti Cairo (1966-1968)
• Ph.D Syariah - Universiti Darul - Ulum Qahirah (1972-1974)

Kerjaya:
• Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975 – 1976)
• Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985)
• Profesor di UKM sejak tahun 1986 hingga bersara
• Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB
• Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia
• Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti
• Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor
• Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan
• Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank
• Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd
• Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis
• Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting

Politik:
• Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983)
• Ketua Penerangan PAS Pusat
• Ahli Majlis Syura Ulamak PAS
• Timbalan Mursidur Am PAS

Pengasas:
Darussyifa'(rawatan cara islam)

Sumber: Darussyifa’

Jumaat, 1 April 2011

Kaki porno dalam pejabat SPRM

Pegawai rasis sprm ni sedara mara parpu dan gomo kot yang suka porno

Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan memuat turun dan menonton pornografi pada komputer milik pejabat selepas sejam menyoal-siasat Teoh Beng Hock.

Perkara ini didedahkan oleh pengerusi Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh, tan Sri James Foong hari ini.

Beliau berkata demikian ketika peguam Majlis Peguam, Cheow Wee menyoal bekas timbalan pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim berhubung memorandum dalaman yang mengingatkan kakitanganya supaya sentiasa memerhatikan pelawat, saksi ataupun suspek ketika mereka di kawasan suruhanjaya itu.

Pada satu ketika, Fong berkata penolong penguasa Mohd Ashraf Mohd Yunus sedang menonton pornografi di komputernya pada jam 1.20 pagi, 16 Julai 2009.
Foong: Pada pendapat saya, adalah agak longar cara saksi diperhatikan. Kenapa? Saya ingin tahu mengapa tiada kawalan keselamatan?

Hishamuddin: Arahan diberikan (melalui memorandum dalaman) dan mesti ada pegawai (yang mengiringi saksi).

Foong: Kenapa tidak tanya pegawai awak apa yang mereka lakukan (apabila awak berada di pejabat pada waktu itu)?

Hishamuddin: (Mereka tidak beritahu saya) kecuali saya tanya.

Foong: Tahukah awak bahawa Ashraf telah memuat turun bahan pornografi sekitar jam 1.20 pagi (16 Julai 2009). Apabila operasi dijalankan, dia menonton pornografi di internet.

Hishamuddin yang terkejut dengan berita itu mengambil masa sebelum menjawap “ia di luar kawalannya”.

“Ini tiada kaitan dengan kerja... mungkin inisiatif sendiri,” katanya.

Kejadian itu berlaku kira-kira sejam selepas beliau membantu seorang lagi rakannya menyoal Teoh. -mk

Ulasan GB

Dasyat sungguh. Pegawai SPRM boleh tonton ponografi di pejabat SPRM. Dan bekas Timbalan Pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim menyatakan ia di luar kawalannya.

Itu pun boleh dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan pula.

Bob bawa Cico pulak



Kelibat Pelakon Cico Harahap anak penyanyi 70an tersohor Uji Rashid kelihatan bersama dengan Sdr Bob Lokman dan Ustaz Zulkifli Ahmad selepas kuliah mahgrib yang dijalankan di Masjid Al Azim, Pandan semalam (30 Mac 2011)...

Projek megah HUTANG


Kerajaan tanggung hutang akibat projek mega
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 31 Mac: Kerajaan BN diingatkan agar belajar daripada pengalaman terdahulu supaya tidak lagi mengulangi kesilapan lama dalam mengurus projek mega di tanah air.

Negara telah berbelanja besar dalam membina sistem pengangkutan awam pertama dahulu yang berakhir dengan kerajaan membeli balik atau ’bailout’ syarikat-syarikat Star LRT, Putra LRT, KL Monorail dan Bas Rapid-KL yang keseluruhannya menelan belanja RM8.9 bilion.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) menegaskan, kesemua itu sekarang ditanggung hutang oleh syarikat Prasarana, syarikat milik penuh Kementerian Kewangan.

Menurut beliau, kini kerajaan sedia mengakui bahawa Projek MRT Sungai Buloh-Kajang meskipun secara ekonominya viable atau mapan, tetapi secara komersil adalah tidak mapan.

Katanya, kadar pulangan ekonominya (economic IRR) ialah 25 peratus, sementara kadar pulangan komersilnya (commercial IRR) ialah 4 peratus.

"Ini menjadikan projek mega ini tidak mampu dikendalikan oleh pihak swasta yang berorientasikan keuntungan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Justeru, menurut beliau, kalau awalnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerap menyebut bahawa projek itu adalah tajaan swasta, tetapi nyata kini ia adalah ditanggung oleh kerajaan dan sekali gus akan membebankan lagi kedudukan hutang kerajaan Pusat.

Beliau menyatakan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) telah mewawarkan terbitan bon dalam bentuk MGS, Malaysian Government Securities dan Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII) sebanyak RM88 bilion untuk menanggung perbelanjaan defisit dalam bajet 2011.

"Jadi amat perlu supaya pengurusan projek mega kali ini tidak mengulangi pengurusan yang tempang seperti dulu, termasuk pengurusan projek mega Bakun yang berakhir dengan "cost overrun” atau "kos berlebihan” berbilion RM ditanggung oleh rakyat dan pembayar cukai," tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor mempertikaikan, apakah jaminan Gamuda-MMC yang dilantik sebagai Rakan Penyampai Projek atau ”Projek Delivery Partner” (PDP) akan membayar kesemua kos berlebihan seperti dalam perjanjian.

Mengikut kajian Professor Flyvberg dari Oxford University, bahawa "cost overrun" dalam pengalaman membina MRT di seluruh dunia ialah 40 peratus dari kos asal.

"Ini satu jumlah yang besar. Adakah Gamuda-MMC sanggup ataukah terpaksa sanggup kerana hendakkan projek tersebut, tetapi lepas ’kos berlebihan’ membelon kembali diselamatkan atau ’bailout’ oleh wang rakyat seperti dalam pengalaman pertama tadi?" katanya.

Beliau turut bertanya, apa telah terjadi pada projek penambahan LRT Kelana Jaya dan Ampang yang telah pun diwawarkan sedikit waktu dahulu dan kini telah dipintas oleh MRT.

"Kerajaan BN sepatutnya jangan terlalu tergesa-gesa untuk menjalankan projek mega MRT ini sebelum Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sempat membuat perancangan yang menyeluruh termasuk menintegrasikan kesemua sistem pengangkutan awam termasuk LRT, Monorail, Komuter KTMB dan Bas.

"Penambahan atau 'extension' LRT Kelana Jaya dan Ampang itu perlu dijalankan dahulu. Projek ini yang bakal menelan belanja RM7 bilion tiba-tiba menjadi sepi dan tak menentu selepas pusingan pertama, 'prequalification round’ dibuat bagi mengenalpasti syarikat-syarikat yang membida secara terbuka," katanya.

Projek penyambungan LRT Kelana Jaya, tegasnya, bakal menelan belanja RM3.6 bilion untuk kedua-dua fasa 1 dan 2 sepanjang 9.2 km, manakala LRT Ampang bakal menelan belanja RM3.4 bilion dan menyambung sepanjang 7.4 km.

"Mengapa tiba-tiba senyap dan tiba-tiba dipintas oleh MRT Sungai Buloh-Kajang? Ini yang peliknya, semacam ada pihak yang menjadi ’bos’ yang menentukan arah kerja atau keutamaan SPAD," katanya sinis.

Demi kepentingan negara, kesemua persoalan itu telah pun dibangkitkan oleh beliau pada persidangan Dewan Rakyat 24 Mac lalu, khususnya ketika dalam sesi penggulungan yang dibuat oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

"Kini, saya amat berharap agar pihak kerajaan tidak memandang sepi saranan saya itu dan melakukan tindakan yang sepatutnya kerana ia melibatkan kepentingan negara serta wang rakyat," ujar beliau.

Gondol hutan Sarawak : Google earth

Imej satelit buktikan Taib bohong!

Sebuah laman sesawang alam sekitar mendakwa imej satelit yang dirakamkan tidak selari dengan dakwaan ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bahawa 70 peratus daripada hutan di negeri itu masih tidak terusik.

Imej satelit Gogle Earth yang dikumpul dan diterbitkan di portal Mongabay.com menunjukkan hutan-hutan di Sarawak semakin jarang jika dibandingkan dengan jirannya di Kalimantan, Indonesia dan Brunei.

Menurut laman sesawang itu yang dipetik oleh penerbitan Universiti Yale environment360 berhubung topik yang sama, imej-imej itu diperolehi daripada GeoEye, TerraMetrics, Tele Atlas, Europa Technologies dan program satelit yang lain.



“(Imej itu) menunjukkan jalan balak ke kawasan hutan Sarawak. Hutan sekitar sempadan antarabangsa pula kurang impak,” lapornya.

Ketika diakses oleh Malaysiakini, aplikasi Google Earth yang boleh juga dilihat oleh semua didapati selaras dengan penemuan di Mongabay.

Kerajaan Taib sejak kebelakangan ini dibidas oleh pelbagai pihak yang mendakwa imej satelit hanya menunjukkan kira-kira 10 peratus hutan di negeri itu masih tidak diusik. Ini termasuk kumpulan Bruno Manser Fund (BMF), yang berpangkalan di Switzerland.


Malaysiakini

Aprilfool itu menipu : Al-Qardawi

Fatwa dan Hukum Menyambut April Fool

Oleh: solihinzubir

"Dr. Yusuf al-Qardawi menyebut :

Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda : Orang munafik mempunyai tiga ciri : Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]

Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda SAW bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

Rasulullah SAW juga bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani]. Sebahagian hadis Nabi SAW turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah SAW bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]

Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang dalam apa bentuk pun. Sambutan April Fool adalah dilarang kerana 4 sebab :

1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.

3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.

4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.

Sheikh Atiyyah Saqr pula menyatakan :

Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan.

Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan darurat. Di dalam kes tersebut, kaedah “darurat menjadikan yang haram harus” digunakan. Darurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.

Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” [HR al-Bukhari dan Muslim].

Ummu Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah SAW membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi iaitu ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.” Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan.

Sheikh Shalih Fauzan menyatakan :

Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari April Fool, mahupun pada hari-hari yang lain. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.”

Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur.

www.solihinzubir.com"

Surat hajat jawatan bagi yang nak pergi temuduga

Tip percuma resume penting untuk graduan mencari pekerjaan

Oleh: rozmal

"Kebelakangan ini ramai jiran dan kenalan bertanyakan saya ada tak kerja kosong di tempat saya, anak mereka yang tamat pengajian di IPT dan kolej telah lama menganggur walaupun banyak tempat mencuba. Memang diakui pasaran kerja sekarang amat terhad dan kompetitif.

Akan tetapi masih ramai graduan kita gagal peringkat pertama memohon pekerjaan apabila gagal mempersembahkan surat permohonan kerja dan resume yang baik, iaitu short and sharp, lebih-lebih lagi kalau memohon di syarikat swasta atau multinasional.

Saya minta pada jiran saya berikan resume anaknya, ringkas, tak perlu sertakan semua sijil-sijil. Resume 2 ke 3 mukasurat cukup dengan surat permohonan. Dia hanya beri resume tanpa surat permohonan. Lalu saya beri penjelasan kepada dia surat permohonan ini penting, perlu dinyatakan jawatan apa yang dipohon dan berapa jangkaan gaji.

Sekiranya syarikat tiada kekosongan, jika surat permohonan dan resume menarik mereka akan simpan KIV atau hantar surat tersebut ke jabatan atau syarikat lain.

Anak jiran saya tadi mempunyai keputusan yang cemerlang, tetapi boleh dikatakan gagal dari segi surat permohonan dan membuat resume.

Kepada mereka yang sedang mencari pekerjaan, dapatkanlah tip-tip yang berkesan untuk memohon pekerjaan. Ijazah, sijil dan keputusan peperiksaan yang cemerlang tidak menjanjikan seseorang itu mendapat pekerjaan.

Yang penting usaha, doa dan tawakal.

Kepada para graduan kolej, IPT dan lain-lain yang ingin bertanya lanjut mengenai cara membuat surat permohonan dan resume boleh e-mel kepada saya rozmal@yahoo.com , insyaAllah saya akan cuba berikan maklumbalas mengikut kemampuan saya.

Artikel saya sebelum ini : IPTA kita gagal lahir graduan buru kerjaya di Blog waghih.blogspot.com

"