Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Jumaat, 4 Mac 2011

Lanjut tempoh bayar saman tambah ‘sumber sampingan’





KUALA LUMPUR: Pelanjutan tempoh bayaran saman trafik dengan potongan 50 peratus yang diumumkan kerajaan sehingga 10 Mac ini bertujuan bagi meraih “sumber sampingan”, kata Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata, kerajaan sengaja menggunakan alasan sistem tergendala dan kesesakan di kaunter pembayaran untuk melanjutkan tempoh pembayaran, walhal mereka mempunyai agenda lain.

“Ini disebabkan kerajaan berjaya mengutip sebanyak RM1.5 juta hasil pembayaran saman tersebut walaupun diberi potongan 50 peratus.

“Apabila mendapati jumlah daripada pembayaran saman sehingga mencecah jutaan ringgit, mereka mengambil keputusan untuk melanjutkan tempoh pembayaran supaya dapat dijadikan “sumber sampingan” kerana jumlah saman tertungak keseluruhannya berjumlah RM17 juta,” katanya ketika dihubungi KeadilanDaily.com.

Tambah Ahli Parlimen Pokok Sena itu, mereka turut berbuat demikian bagi menampung dana kerajaan disebabkan ketirisan, pengaliran wang haram, rasuah dan sebagainya pada sumber tetap kerajaan.

“Maka ini adalah jalan terbaik bagi menampung perbelanjaan kerajaan,” kata beliau.

Mahfuz berkata, walaupun tempoh tersebut dilanjutkan namun sebenarnya ia akan menyusahkan rakyat kerana terpaksa berulang kali ke pejabat pos atau kaunter untuk melunaskan pembayaran saman.

“Memang menyusahkan rakyat, kalau beritahu awal-awalkan senang. Mereka tidak perlu beratur panjang membuang masa selain bersesak-sesak di kaunter bayaran,” katanya.

Beliau turut berpendapat rakyat yang membayar saman sebenarnya meringankan tugas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis kerana mereka tidak perlu ke mahkamah menghadiri perbicaraan kes-kes saman tersebut.

“Saya menyeru supaya rakyat tidak bayar saman kerana memudahkan tugasan JPJ dan polis yang tidak perlu ke mahkamah tetapi senang mendapatkan duit.

“Hanya mahkamah yang boleh putuskan sama ada mereka bersalah atau tidak, maknanya sekarang orang yang bayar saman itu sebenarnya tidak tahu bersalah atau tidak, tetapi hanya tahu bayar sahaja, sekiranya dibicarakan, belum tentu mereka bersalah,” jelas Mahfuz.

Mengulas lanjut, beliau turut menegaskan kepada JPJ dan polis supaya mengikut prosedur yang betul berlandaskan undang-undang sekiranya ingin menyaman pesalah trafik dan bukannya mengambil jalan mudah.

“Apabila kes ini dibawa ke mahkamah, polis tidak boleh menggunakan khidmat JPJ tetapi mereka sendiri mesti menyelesaikan dengan kaedah undang-undang. Sekiranya mahu pemandu ikut cara betul, mereka juga perlu ikut undang-undang,” katanya.

Dalam pada itu, Mahfuz berkata, Kase akan terus berkempen di JPJ utama setiap negeri kerana mahu melihat sendiri masalah yang berbangkit sebelum tarikh akhir pembayaran saman untuk mendapat potongan 50 peratus tersebut.

“Kita juga akan ke kaunter bayaran lain seperti pejabat pos untuk melihat sendiri masalah rakyat di samping mengedarkan risalah hapus saman ekor dan memberikan nasihat serta penjelasan berlandaskan undang-undang yang betul.

“Selain itu, kami akan memberi jaminan kepada mereka sekiranya Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah, saman ekor akan dihapuskan kerana membebankan rakyat,” ujarnya.

Khamis, 3 Mac 2011

Kebakaran Berlaku di Jam Raksasa Mekah


Jam Raksasa di Dekat Kabah Alami Kebakaran
Jam Raksasa

MAKKAH - Sebuah kebakaran besar terjadi di salah satu menara gedung King Abdul Aziz Endowment - rumah menara jam tertinggi di Makkah pada hari Selasa. Kebakaran itu telah menyebabkan panik jamaah umrah di Masjidilharam yang tengah thawaf dan sai.

Kebakaran mengakibatkan pemadaman elektrik di sekitar Masjidil Haram selama lebih dari satu jam, seorang sumber mengatakan kepada Arab News. Tidak ada laporan kematian atau cedera dalam insiden itu.

Petugas pemadam kebakaran bergegas ke lokasi dan warga dibantu dari bangunan dengan bantuan anggota masyarakat. Pertahanan Awam juga memotong sambungan elektrik ke menara sebagai sebahagian dari upaya untuk mencegah merebaknya api.
Saksi mata mengatakan mereka melihat asap tebal mengepul keluar dari gedung.

Menurut laporan awal, api mulai di ruang generator. Namunelektrik kembali menyala setelah api dipadamkan.

Leftnan Kolonel Ali Al-Muntashri, jurucakap Pertahanan Awam, mengatakan pihaknya mengirim pasukan penyelamat 15 dan 10 pasukan bantuan pertama ke lokasi kebakaran. Namun tak ditemukan korban luka atau cedera serius lain.

Penyelidikan telah diluncurkan untuk memastikan penyebab kebakaran, katanya. Perusahaan elektrik Saudi juga mengirimkan lima pasukan untuk mengatasi masalah itu.

Nota : Apakah kemewahan bangunan pencakar langit ini ajaran sunah Nabi SAW? Raja Saudi tak pernah mendapat mandat rakyat untuk memeritah, ini sebenarnya bukti riak dan takbur pemimpin arab mendokong kapitalis dengan menzalimi rakyat sendiri dan rakyat Bahrain sebagaimana di bawah, memang patutpun TERBAKAR...

Arab Saudi Membantu Keganasan Bahrain

Arab Saudi mengirimkan sekitar 30 tank ke Bahrain yang terlihat pada Isnin (28/2/2011) malam di sepanjang lalu lintas King Fahd yang menghubungkan dua negara, ujar saksi mata. Protes di Bahrain telah menunjukkan tanda penurunan selama hampir dua minggu berlangsung. Pendemo menuntut pengunduran diri pemerintah, reformasi konstitusi dan tahta raja.

Saksi mengatakan bahwa lalu lintas dihalang saat "15 pembawa tank mengangkut masing-masing dua tank menuju Bahrain," ujar harian Mesir al-Masry al-Youm.

Pengembangan mengikuti keputusan oleh militer Bahrain pada Sabtu (26/2) untuk menarik kenderaan mereka keluar dari Pearls Square di ibukota setelah serangan polis membunuh terhadap para pendemo, suatu keadaan di mana pembangkang menetapkan untuk memulai pembicaraan.

Kedatangan tank dari Arab Saudi juga terjadi pada malam di mana berlangsung protes yang diselenggarakan pembangkang Bahrain dan pengunjuk rasa di Manama.

Ketakutan akan adanya pertolongan Saudi di Bahrain datang sejak berlangsungnya pemberontakan pada pertama kali.

Para pegawai Saudi dilaporkan telah mengatakan kepada pihak berkuasa AS bahwa mereka siap campur tangan untuk melindungi pemerintah yang diperangi.

Pelakon pro PAS



Bagi peminat-peminat Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, tentu anda sangat mengenali watak Pak Jambit yang suka bergaduh dengan Awie yang memegang watak Hussin merangkap bekas tunang anak Pak Jabit.

Seorang pembaca MiLo SuaM telah menghantarkan email meminta ReJaM© menyiarkan gambar Pak Jabit yang dipercayai salah seorang penyokong Parti Islam se-Malaysia, PAS. Pak Jabit dilihat memakai lencana PAS dengan gambar calon PAS.






ReJaM© "Pak Jabit pun join PAS, anda bila lagi?"

Keputusan PR Kampus 2011








KEPUTUSAN PRO-MAHASISWA DI PRK 2010/11 DI SELURUH MALAYSIA YANG MENJALANKAN PENGUNDIAN PADA 21/2/2011

NOTA EDITOR: Apabila siswazah berdemonstrasi memprotes pengundian elektronik, maka keputusan sebenar terserlah.

Selama ini rupanya kumpulan PRO UMNO menang tipu. Keputusan pengundian elektronik di"ubah" oleh tangan-tangan kotor yang akhirnya memenangkan calon UMNO. Di UPM, satu-satunya kampus yang pengundian elektronik masih diteruskan, kumpulan PRO UMNO menang besar.

Siswazah2 perlu keluar ke jalan-jalan raya untuk memprotes AUKU yang merugikan masa depan Siswazah2 Malaysia.

Sudah tiba masanya kita campak ke longkang peninggalan Dr Mahathir Muhammad (aka Dajal mengikut Tunku Abdul Rahman) yang bernama AUKU.

Dr Mahathir telah menggunakan pelajar2 UM untuk menjatuhkan Tunku Abdul Rahman, maka apabila Mahatir menjadi PM, beliau sekat kebebasan pelajar pula.






KEPUTUSAN PRO-MAHASISWA DI PRK 2010/11 DI SELURUH MALAYSIA YANG MENJALANKAN PENGUNDIAN PADA 21/2/2011



UM : MENANG [Menang 23 dari 41 kerusi]
UKM : MENANG [Menang 25 dari 37 kerusi]
UMK : MENANG [Menang 8 dari 12]
UPSI: MENANG [Menang 11 dari 18 kerusi]
USIM: MENANG [Menang bersih]
UMS : MENANG
UPM : KALAH [Menang 11 dari 43 kerusi]
UTM: KALAH [Menang 11 dari 57 kerusi]
USM Kubang Kerian: MENANG [Menang semua kerusi]
UMSKAL : MENANG [Menang 3 dari 6 kerusi]
USM Penang : KALAH [15 seat dari 39 kerusi]

Pro-M telah berjaya memenangi semua 9 kerusi umum,14 kerusi fakulti di UM.PENGGERAK MAHASISWA hanya berjaya mendapat 16 kerusi fakulti.Manakala calon bebas menang dua kerusi fakulti.

PRO-M menyapu bersih kedua-dua kerusi fakulti yang dipertandingkan di Akademik Pengajian Melayu, Akademik Pengajian Islam dan Fakulti Ekonomi&Pentadbiran.

Lawan pemimpin boneka kapitalis


ARAB DAN ZIONISMA

Apa yang sebenarnya sedang berlaku di Timur Tengah hari ini? Kenapa anak anak muda di negara negara Arab bangun melawan dan menjatuhkan ketua dan kepala negara mereka?

Para pembaca yang budiman – kita jangan tersalah baca dan tersalah tafsir. Semua ini berlaku kerana wujudnya hukum-hukum sosial dan syarat-starat politik yang telah dan sedang memangkin berjuta juta rakyat Arab untuk bangun menunjuk perasaan dan menghumbankan kepala-kepala negara mereka.

Jangan risau dan jangan sangsi gerakan jalan raya ini juga akan sampai ke Tanah Semenajung. Sama seperti Revolusi Iran pada tahun 1979 dahulu – Revolusi Sungai Nil ini juga akan mengubah politik dunia. Revolusi ini pasti akan mempengaruhi anak anak muda di seluruh dunia.

Bukti kenyataan diatas telah mula muncul. Apa yang sedang berlaku di Mesir dan di negara-negara Arab kini boleh ditonton dan dihayatai oleh rakyat dunia. Ledakan turun ke jalan raya ini telah sampai juga ke Wisconsin di Amerika. Kini kaum buruh di Wisconsin telah menaikkan sepanduk – Kita Bersama Tunisia dan Mesir.

Spanduk ini sedang membakar semangat ribuan buruh yang sedang berdemo minggu lalu di Wisconsin. Inilah demo yang paling besar yang pernah diadakan di Amerika. Kali terakhir demo besar seperti ini hanya berlalu di zaman Perang Vietnam pada tahun tahun 60an. Inilah kali pertamanya kaum buruh di Amerika cuba mengadakan mogok nasional semenjak tahun 1950’an.

Mogok dan tunjuk perasaan besar ini adalah jawapan keatas rancangan kaum pemodal yang merancang untuk melupuskan terus gerakan dan kesatuan buruh di Amerika. Dalam keadaan ekonomi gawat kaum pemodal Amerika melalui parti Republikan dan Demnokrat telah cuba untuk memecah-mecahkan kesatuan buruh. Tetapi suasana di Timur Tengah telah membakar semangat kaum buruh Amerika dan kini mogok besar sedang dirancang.

Apa sebenarnya hukum sosial dan syarat politik yang menjadikan rakyat Arab bangun serentak hingga mempengaruhi rakyat dunia?

Untuk memahaminya kita wajib kembali kepada zaman sesudah Perang Dunia Pertama. Perang ini telah melunturkan pengaruh Empire Ottoman dan memunculkan British sebagai kuasa imperial utama. Empire Ottoman telah mati pucuk dan tidak ada kekuatan untuk menjaga tanah-tanah jajahan dari Istanbul hingga ke Rabat. Banyak tanah jajahan terlepas dari kawalan Khalifah Ottoman.

Moroko jatuh ke bawah pengaruh Sepanyol, Libya ke bawah pengaruh Itali, Tunisia dan Aljeria menjadi tanah jajahan Peranchis dan Mesir jatuh ke tangan British. Syria dan Lebanon dipengaruhi oleh Peranchis. Bristih mewujudkan keluarga Saud pada tahun 1932 di Semenajung Arab. Iraq dan negara Telok dipecah pecah untuk tujuan – pecah dan perintah. British, sebagai kuasa kolonial telah mengadu domba satu negara Arab dengan yang lain.

Kolonialisma wujud hasil dari perkembangan kapitalisma. Latar belakang kolonialisma ialah pasaran dan pemasaran. Kuasa imperialis dan kaum pemodal memerlukan bahan mentah dari negara tanah jajahan. Negara kolonial juga mahu mereka yang di jajah menjadi pembeli dan pengguna produk yang telah dibuat. Hukum dan syarat ini tidak pernah berubah.

Pada tahun 1938 - dunia Arab berubah – minyak telah di temui di Saudi Arabia. Penemuan minyak di Saudi ini telah menjemput banyak syarikat-syarikat minyak dari luar negara untuk mencari gali. Akhirnya minyak bukan hanya terdapat di Saudi malah telah ditemui di Negara Telok, Iran, Iraq, Libya, Mesir dan Aljeria. Emas hitam telah membawa kekayaan tetapi dibelakang kekayaan ini ialah bencana dan malapetaka.

Sesudah penemuan minyak, sistem ekonomi kapitalis telah menjadikan bahan bakar petrolium ini sebagai bahan asas untuk mengembangkan sistem ekonomi kapitalis. Petrolium menjadi bahan yang amat stratejik. Pengkaji sejarah akan mengetahui bagaimana Perang Dunia Ke Dua meletup berpunca dari perebutan bahan bakar petrolium ini.

German telah dipinggir kerana kalah dalam Perang Dunia Pertama. German tidak memiliki sebuah pun telaga minyak dan telah ketingalan dalam perlumbaan untuk menaklok tanah Arab. Ekonomi German tidak mungkin berkembang tanpa minyak. Hitler mengambil keputusan untuk melancarkan perang.

Justeru apabila perang pecah Hitler telah mengarahkan agar dibuat satu kereta – Volkswagen - yang tidak menggunakan air agar dapat menyeberang padang pasir untuk merampas telaga-telaga minyak di negara-negara Arab yang dimiliki oleh British.

Justeru bahan bakar petrolium inilah yang menjadi hukum dan syarat yang menjadikan suasana di Tumur Tengah terus hangat dan menggelodak semenjak 60 tahun ini hinngga ke hari ini.

Sesudah Perang Dunia Kedua tamat, kuasa imperial British telah mengalami kemerosotan ekonomi. Kuasa British kini sama seperti kuasa Ottoman dahulu, telah mati pucuk. Negara-negara tanah jajahan telah menuntut kemerdekaan. India – tanah jajahan terkaya British telah merdeka tahun 1947. Di Tanah Melayu Parti Komunis Malaya telah mengangkat senjata memburu kuasa imperialis Britsih bermula pada 20 Jun 1948. Di Kenya gerakan Mau Mau pada tahun 1952 telah juga mengangkat senjata melawan British. Kuasa imperialis Bristish dipukul hebat. Keadaan British ketika itu sama seperti kuasa imperialis Amerika yang sedang di pukul oleh rakyat Iraq dan Afghanistan sekarang.

Kuasa imperial British amat licik dan berpengalaman dalam menjajah. British memiliki strateji berjangka panjang. Justeru pada tahun 1948 British telah bersekongkol dengan kuasa imperialis baru – Amerika Syarikat – untuk mendirikan apa yang dipanggil Israel - di bumi Palestine.

Israel sebenarnya telah ditanamkan ke dalam dunia Arab. Tujuan penubuhan negara Israel ini adakah untuk memastikan satu pengkalan tentera yang tesusun rapi akan terus menerus wujud di Timur Tengah. Pengkalan tentera ini bertujuan untuk menjaga dan mengawal telaga minyak. Israel akan menjadi mata-mata dan soldadu kepada kuasa imperil Anglo-Amerika.

Isreal telah dipersenjatai oleh kuasa imperial Anglo-Amerika. Hari ini Isreal bukan sahaja memiliki bala tentera terbesar dan tercanggih malah memiliki bom nuklear. Semua ini untuk memastikan negara negara Arab pengeluar minyak tidak akan berani melakukan seperti apa yang telah dilakukan oleh Presiden Nasser - memilik negarakan Terusan Suez pada tahun 1956 dan Raja Feisal - menutup aliran minyak dari di ekspot pada tahun 1974.

Dari strateji berjangka panjang kuasa imperial Anglo-Amerika telah menjadikan semua negara Arab ini sebagai tanah jajahan baru. Negara-negara Arab ini menjadi pelanggan untuk kuasa imperial Anglo-Amerika. Pemimpin mereka wajib dipersenjatai dan diwar warkan sebagai pemimpin yang berkaliber. Dalam masa yang sama Israel sebagai ‘ hantu’ akan terus menakut nakutkan negara negara Arab ini. Apabila negara Arab takut maka tidak dapat tidak negara Arab akan membeli senjata dari Britain atau Amerika atau Peranchis.

Selama 40 tahun inilah strateji yang telah dilakukan oleh kuasa imperialis. Mereka memunggah minyak dan gas dari negara Arab. Hasil duit minyak dan gas ini akan digunakan oleh negara Arab untuk membeli senjata. Senjata ini dikatakan untuk mempertahankan diri dari Israel.

Kuasa Anglo-Amerika mendukung terus negara-negara Arab ini. Amerika atau Britain tidak pernah sekali pun berani mengkritik Saudi Arabia walau pun saban minggu ada kepala yang dipancung di hadapan masjid sesudah sembahyang Jumaat. Segala bentuk pencabulan hak asasi berlaku di Sausi Arabia. Tetapi Amerika , Britain dan negara Eropah tidak amabil pot. Pencabulan hak asasi hanya dilihat berlaku di Iran kerana Iran tidak mahu menjadi barua Amerika.

Manakala rejim Mubarak adalah contoh budak suruhan Amerika yang amat setia. Amerika telah bersekongkol dengan rejim Mubarak untuk menahan dan menyeksa pejuang dan para mujahid Mesir. Senjata-senjata yang dibeli ini terbukti bukan untuk melawan Israel tetapi untuk menindas rakyat sendiri. Rejim-rejim Arab ini menjadi lembik dan tunduk kepada semua kehendak kuasa Anglo-Amerika. Justeru bila Amerika menyerang Iraq semuanya menganggukkan kepala tanda bersetuju. Hari ini tidak ada lagi negara Arab yang berani bersuara tentang Palestine.

Kenapa rejim Arab ini tunduk dan takut ? Jawapannya cukup senang. Ini kerana kesemua rejim Arab ini tidak memiliki mandat dari rakyat. Dari Moroko hingga ke Negara Telok – pemimpin , sheikh dan malikul negara negara Arab dinaikan keatas tahta bukan kerana sokongan orang ramai tetapi kerana didukung oleh kuasa imprialis Anglo-Amerika. Malah keluarga diraja Saudi dan Jordan sendiri diwujudkan oleh British.

Memang betul ada setengah negara, seperti Mesir, Jordan, Irag atau Syria telah mengadakan pilihanraya – tetapi semuanya sandiwara untuk menipu orang ramai. Bayangkan 97.6% menyokong Mubarak atau Basheer Al-Assad apabila pilihanraya di jalankan. Pembuangan undi kadang kala sampai ke 85%. Angka-angka ini menakjubkan untuk menjadi lawak seram.Manakala warga Arab di Telok dan di Saudi Arabia langsung tidak tahu apa itu memilih perwakilan.

Apa yang jelas disini kontradiksi utama ialah diantara warga Arab dengan rejim rejim Arab yang telah menjadi pekakas Amerika dan Israel. Penentangan warga Arab ini juga bermakna mereka menentang Amerika dan rejim zionis Israel. Amerika dan zionis Isreal selama ini selesa apabila warga Arab ini tidak bersuara dan tidak berani menyuarakan tuntutan adil rakyat Palestine. Semua ini akan berubah.

Walau pun tidak dilihat satu tanda apa pun untuk menyatakan bahawa tunjuk-tunjuk perasaan ini ialah untuk Palestine. Tetapi dalam ruang lingkup yang luas tunjuk perasaan ini bersifat anti-imperialis dan anti-zionis. Ini kerana rejim yang di lawan itu semuanya barua kepada imperialisma Anglo-Amerika dan zionis Israel. Melawan Mubarak , Ben Ali, Bani Saud, Al-Makhtoum sama seperti melawan kuasa Amerika dan zionis Isreal.

Hukum dan syarat yang memangkin pejuangan ini semakin jelas apabila dunia luar dapat membaca tuntutan dan langkah langkah yang akan diambil setelah Mubarak, atau Ben Ali berundur. Kita akan lihat satu kontradisi baru akan muncul. Kuasa imperial Anglo-Amerika akan memastikan rejim zionis Isreal selamat. Kuasa imperial juga akan memastikan aliran minyak tidak terputus.(TT)

Rabu, 2 Mac 2011

حاديث مشهورة ضعيفة السند



أ
Hadis-hadis Populer yang sanadnya dha’if
Oleh: Ihsan al-‘Utaibi


اْلأَذَانُ وَاْلإِقَامَةُ فِي أُذُنِ الْمَوْلُوْدِ
“Adzan dan iqamah di telinga anak yang baru lahir”.
Hadis ini dla’if sekali. Bayan al-Wahm, Ibnu al-Qaththan, 4:594; al-Majruhin, Ibnu Hibban, 2:128; adl-Dla’ifah, 1:494

اطْلُبُوا الْعِلْمَ وَلَوْ بِالصِّيْنِ فَاِنَّ طَلَبَ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ
“Carilah ilmu meskipun sampai di negeri Cina, karena sesungguhnya mencari ilmu adalah kewajiban atas setiap orang muslim”.
Hadis ini palsu. Al-Maudlu’at, Ibnu al-Jauzi, 1:215; Tartib al-Maudlu’at, adz-Dzahabi, 111; al-Fawaid al-Majmu’ah, 852; Kasyful Khafa’, al-Ajluni, 1:139.

اعْمَلْ لِدُنْيَاكَ كَأَنَّكَ تَعِيْشُ أَبَداً، وَاعْمَلْ لآخِرَتِكَ كَأَنَّكَ تَمُوْتُ غَداً
“Beramallah untuk duniamu seolah-olah kau akan hidup selamanya, dan berbuatlah untuk akhiratmu seolah-olah kau akan mati besok”.
al-Albani mengatakan; Tidak benar kalau hadis ini marfu’, maksudnya tidak benar kalau hadis ini berasa dari Nabi saw. adl-Dla’ifah:8

إِنَّ لِكُلِّ شَيْءٍ قَلْباً، وَإِنَّ قَلْبَ الْقُرْآنِ يس مَنْ قَرَأَهَا فَكَأَنَّمَا قَرَأ الْقُرْآنِ عَشْرَ مَرَّاتٍ
“Sesungguhnya segala sesuatu memiliki hati, dan sesung-guhnya hatinya Al-Qur’an adalah surat Yasin, barang siapa membaca surat Yasin, maka seolah-olah ia telah membaca Alqur’an 10 kali”.
Hadis ini maudlu’. Al-Ilal Ibnu Abi Hatim, 2:55; adl-Dla’ifah, 169.

أَحِبُّوْا الْعَرَبَ لِثَلاَثٍ لأَنِّيْ عَرَبِيٌّ وَالْقُرْآنُ عَرَبِيٌّ وَكَلاَمُ أَهْلِ الْجَنَّةِ عَرَبِيٌّ
“Cintailah Arab karena tiga hal, karena saya orang Arab, al-Qur’an berbahasa Arab, dan bahasa penduduk sorga (di sorga) adalah bahasa Arab”.
Hadis ini Maudlu’ (palsu). Tadzkiratu al-Maudlu’at, 112; al-Maqashid al-Hasanah, 31; Tanzih asy-Syari’ah, 2:30; Kasyf al-Khafa’, 1:54

أَوْصَانِي جِبْرَائِيْلُ عَلَيْهِ السَّلاَمُ بِالْجَارِ إِلَى أَرْبَعِيْنَ دَارًا عَشْرَةٌ مِنْ هَا هُنَا، وَعَشْرَةٌ مِنْ هَا هُنَا ، وَعَشْرَةٌ مِنْ هَا هُنَا ، وَعَشْرَةٌ مِنْ هَا هُنَا
“Jibril mewasiatkan kepadaku bahwa tetangga itu sampai 40 rumah, 10 dari arah sana, 10 dari arah sana, 10 dari arah sana, dan 10 dari arah sana”.
Hadis ini dla’if. Kasyful Khafa’, 1:1054; Takhrij al-Ihya’, 2:232; al-Maqashid al-Hasanah, as-Sakhawi, 170.

إِيَّاكُمْ وَالْحَسَدِ فَإِنَّ الْحَسَدَ يَأْكُلُ الْحَسَنَاتِ كَمَا تَأْكُلُ النَّارُ الْحَطَبَ
“Hati-hatilah kalian terhadap iri (hasad), karena iri itu akan dapat memakan kebaikan seperti api memakan (membakar) kayu”.
Hadis dla’if. At-Tarikh al-Kabir, 1:272; Mukhtashar Sunan Abi Dawud, al-Mundziri,7:226

اْلاِيْمَانُ عُرْيَانٌ فَلِبَاسُهُ التَقْوَى وَزِيْنَتُهُ الْحَيَاءُ وَثَمْرَتُهُ الْعِلْمُ
“Iman itu telanjang, pakaiannya adalah taqwa, perhiasan-nya adalah malu dan buahnya adalah ilmu.”
Hadis ini palsu, Kasyf al-Khafa’, 27.

اْلإِيْمَانُ يَزِيْدُ وَيَنْقُصُ
“Iman itu bisa bertambah dan berkurang”.
Bukan hadis Rasululah, tetapi kata-kata yang disepakati (ijma’) oleh ulama’ salaf. al-Manar al-Munif, 119; Kasyf al-Khafa’, 25; Mizan al-I’tidal, 6:304.

حُبُّ الْوَطَنِ مِنَ اْلإِيْمَانِ
“Cinta tanah air sebagian dari iman”
Hadis ini tidak ada asalnya, adl-Dla’ifah, 36; Kasyf al-Khafa’, 1102; al-Mashnu’, Ali al-Qari, 1:91.

رَجَعْناَ مِنَ الْجِهَادِ اْلأَصْغَرِ إِلَى الْجِهَادِ اْلأَكْبَرِ قَالُوْا وَمَا الْجِهَادُ اْلأَكْبَرُ قَالَ جِهَادُ الْقَلْبِ
“Kami pulang dari jihad ashghar (jihad kecil) menuju jihad akbar (jihad besar). Para sahabat bertanya, apakah jihad akbar itu. Rasul saw bersabda; Jihad hati”.
Hadis ini tidak ada asalnya, al-Asrar al-Marfu’ah, 211; Tadzkiratu al-Maudlu’at, al-Futni, 191, Kasyf al-Khafa’, 1:511.

السُّلْطَانُ ظِلُّ اللهِ فِي أَرْضِهِ ، مَنْ نَصَحَهُ هُدِيَ ، وَمَنْ غَشَّهُ ضَلَّ
“Penguasa adalah bayang-bayang Allah di bumi-Nya, barangsiapa yang setia kepada penguasa maka ia telah mendapatkan petunjuk dan barangsiapa mengkhianati-nya maka ia telah sesat”.
Maudlu’ (palsu). Tadzkiratu al-Maudlu’at, al-Futni, 182; al-Fawaid al-Majmu’ah, asy-Syaukani, 623; adl-Dla’ifah, 475.

سَيِّدُ الْقَوْمِ خَادِمُهُمْ
“Pemimpin suatu kaum adalah pelayan mereka”.
Hadis ini dla’if. Al-Maqashid al-Hasanah, as-Sakhawi, 579; adl-Dla’ifah,1502.

لَوْلاَكَ مَا خَلَقْتُ الدُّنْيَا
“Kalau bukan karena kamu (Nabi Muhammad saw) niscaya idak aku ciptakan dunia”.
Hadis maudlu’. Al-Lu’lu’ al-Marshu’, al-Musyaisyi, 454; Tartib al-Maudlu’at, 196; adl-Dla’ifah, 282.

مَا خَابَ مَنِ اسْتَخَارَ ، وَلاَ نَدِمَ مَنِ اسْتَشَارَ وَلاَ عَالَ مَنِ اقْتَصَدَ
“Tidak akan sia-sia orang yang beristikharah, tidak akan kecewa orang yang bermusyawarah, dan tidak akan sengsara orang yang berhemat”.
Hadis ini maudlu’ (palsu). Al-Kasyf al-Ilahi, 1:775; adl-Dla’ifah, 611.

مَنْ حَجَّ الْبَيْتَ وَلَمْ يَزُرْنِي فَقَدْ جَفَانِي
“Barangsiapa berhaji di Baitullah ttapi tidak menziarahi makamku maka ia telah menjauh dariku”.
Hadis ini Maudlu’ sebagaimana disebutkan oleh adz-Dzahabi di dalam kitab Tartib al-Maudlu’at, 600; ash-Shaghani menyebutkan di dalam al-Maudlu’at, 52; asy-Syaukani menyebutkan di dalam al-Fawa’id al-Majmu’ah, 326.

مَنْ حَجَّ، فَزَارَ قَبْرِيْ بَعْدَ مَوْتِي، كَانَ كَمَنْ زَارَنِي فِي حَيَاتِي
“Barangsiapa yang berhaji lalu menziarahi kuburku setelah kematianku maka ia seperti orang yang mengunjungiku di masa hidupku”.
Ibnu Taimiyah mengatakan, hadis ini dla’if, Qa’idah Jalilah, 57; Al-Albani menyatakan Maudlu’, adl-Dla’ifah, 47. Lihat pula Dzakhirat al-Huffadz, Ibnu Al-Qaisrani, 4:5250.

مَنْ صَلَّى فِي مَسْجِدِيْ أَرْبَعِيْنَ صَلاَةً لاَ يَفُوْتُهُ صَلاَةٌ كُتِبَتْ لَهُ بَرَاءَةٌ مِنَ النَّارِ وَنَجَاةٌ مِنَ الْعَذَابِ، وَبَرِئٌ مِنَ النِّفَاقِ
“Barangsiapa shalat di masjidku empat puluh waktu shalat tanpa ketinggalan satu waktu shalat pun maka ditetapkan baginya terbebas dari neraka dan selamat dari adzab, dan trlepas dari kemunafikan”.
Hadis dla’if, adl-Da’ifah, 364.

مَنْ وَلَدَ لَهُ مَوْلُوْدٌ فَأَذِنَ فِي أُذُنِهِ الْيُمْنَى وَأَقَامَ فِي أُذُنِهِ الْيُسْرَى لَمْ تَضُرُّهُ أُمُّ الصِّبْيَانِ
“Barangsiapa yang mendapatkan seorang anak, kemudian ia adzankan di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri, maka kelak anak itu tidak akan diganggu oleh jin”.
Hadis Maudlu’. Al-Mizan, adz-Dzahabi, 4:397; Majma’ az-Zawa’id, al-Haitsami. Takhrij al-Ihya’, 2:61.

النَّاسُ كُلُّهُمْ مَوْتَى إِلاَّ الْعَالِمُوْنَ، وَالْعَالِمُوْنَ كُلُّهُمْ هَلَكَى إِلاَّ الْعَامِلُوْنَ، وَالْعَامِلُوْنَ كُلُّهُمْ غَرَقَى إِلاَّ الْمُخْلِصُوْنَ، وَالْمُخْلِصُوْنَ عَلَى خَطْرٍ عَظِيْمٍ
“Manusia semuanya adalah mayat, kecuali orang yang berilmu, dan orang-orang yang berilmu semuanya binasa kecuali orang yang beramal, orang-orang yang beramal semuanya tenggelam kecuali orang yang ikhlas. Dan orang yang ikhlas berada di atas kedudukan yang agung”.
Ash-Shaghani berkata, ini adalah hadis yang diada-adakan lagi pula tidak sesuai dengan aturan kebahasaan. Yang benar secara bahasa adalah dengan menggunakan kata al-‘Alimina, al-‘Amilina dan Mukhlishin. Al-Maudlu’at, 200; Asy-Syaukani menyebutkan di dalam al-Fawa’id al-Majmu’ah, 771; al-Futni menyebutkan dalam Tadzkirat al-Maudlu’at, 200.

Prk Merlimau : Ucapan DS Anwar Ibrahim kepada penduduk Merlimau



11.15 malam - Hampir 4000 rakyat Merlimau membanjiri lokasi ceramah di Bilik Gerakan Utama Muslimat PAS, Kg. Pahlawan, Merlimau. Ketibaan DS Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia di sambut dengan laungan Reformasi, Takbir dan Tepukan Gemuruh dari hadirin.


Antara pemimpin - pemimpin Pakatan Rakyat yang turut hadir malam ini adalah YB Tian Chua, YB Nik Nazmi, YB Dr. Siti Mariah, Calon PAS Dun Merlimau Hj. Yuhaizad, YB Abdullah Sani, YB Dr. Boo Cheng Hau, Sdr. Shamsul Iskandar, Ketua AMK Malaysia.


11.25 malam - DS Anwar Ibrahim memulakan ucapan diiringi Laungan Reformasi. Beliau memulakan ucapan dengar memberi amaran kpd pemimpin UMNO Melaka. Beliau dulu Timbalan Presiden UMNO tapi beliau tak musuh dengan UMNO. Beliau musuh dengan pemimpin yang zalim dan korup. Beliau turut peringatkan apa yang berlaku di Mesir boleh berlaku di Malaysia.

DS Anwar mendedahkan 3 billionaire Melayu terkaya di Malaysia adalah adik Najib, Anak Mahathir, Mokhzani dan Tan Sri Syed Mokhtar. RM 23 Billion milik Petronas telah diserah kepada 3 syarikat besar di Malaysia melalui Service Contract. Antara syarikat itu adalah KENCANA PETROLEUM milik Mokhzani Mahathir.

DS Anwar turut memetik ungkapan Sheikh Yusuf Qardhawi "Siapa yang sayang Islam, mesti pertahan negara, pertahan agama, bangkit tentang kezaliman". Beliau turut peringatkan seluruh rakyat akan kekuatan doa. Bahkan, Sheikh Yusuf Qardhawi turut menyeru kepada Pemuda Islam Mesir untuk bantu mempertahankan gereja dari dibakar dan dirosakkan. Itulah prinsip keadilan yang diperjuangkan Islam.

DS Anwar turut mengimbau pengalaman beliau semasa di tahan dalam lokap. Menurut media dan juga kerajaan Barisan Nasional tetapi hakikatnya telah dibongkar di mahkamah hari ini apabila gambar lokap beliau dikemukakan ke mahkamah.

Beliau turut menceritakan apa yang berlaku pada sesi perbicaraan Fitnah II. Beliau menegaskan bahawa beliau tidak akan sekali - kali lari ke luar negara. Beliau akan terus lawan, menentang kezaliman. Beliau akan terus bersama dengan perjuangan Pakatan Rakyat, berusaha laksana tugas dan tanggungjawab dan mengasak sehingga ke Putrajaya.

DS Anwar beri jaminan untuk berunding dengan Syarikat Penjana Bebas untuk menurunkan harga bekalan elektrik seluruh negara, sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. Beliau turut menempelak Perdana Menteri, "Sila beritahu negara mana di dunia ini yang bankrap apabila membantu rakyat sendiri?" sebagai mengulas tohmahan Perdana Menteri bahawa agenda Buku Jingga akan menjadikan negara ini muflis.

DS Anwar turut membawa salinan dokumen APCO dengan Kerajaan Israel pada tahun 1991. Beliau mendedahkan pada tahun 1999 iaitu semasa Ehud Barak menjadi Perdana Menteri Israel, beliau turut mewujudkan 1 Israel. Moto 1 Israel adalah People's First dan juga Ehud Barak turut melancarkan Klinik 1 Israel. Ini juga berlaku di Malaysia. Apakah ini satu kebetulan?

Selain itu, salinan Laporan Global Financial Integrity turut didedahkan. Laporan ini mengandungi laporan pengaliran wang haram dunia bagi tahun 2000 - 2009. Dalam laporan itu mendedahkan jumlah aliran wang haram Malaysia pada tahun 2000 berjumlah RM 23 billion. Pada tahun 2008, meningkat kepada RM 68 billion. Persoalannya siapakah yang bertanggungjawab membawa keluar wang haram ini? Siapa yang beri perlindungan kepada penjenayah - penjenayah korporat ini? Sudah 1 bulan dokumen ini dikeluarkan, kenapa tiada siasatan yang dilakukan oleh pemerintah negara ini?

DS Anwar mengakhiri ucapan beliau dengan amanat bahawa setiap yang hadir mesti mempunyai keinginan untuk berubah. Mesti ada tekad yang betul. Dalam hidup ini, kita mesti menyeru ke arah kebaikan dengan amal soleh. Merlimau adalah kesempatan terbaik untuk terjemahkan. Memang sukar tetapi harus ada keyakinan. Kita akan saksikan perubahan.