Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Isnin, 3 Januari 2011

Wali band memukau

Azan berkumandang selepas konsert Wali Band


KOTA BHARU, 3 Jan: Satu kelainan di Kelantan apabila azan berkumandang apabila jam 12 malam berdetik selepas ribuan rakyat negeri itu menonton konsert Wali Band di Stadium Sultan Muhammad Ke-1V sempena sambutan tahun baru 2011.

Turut menyaksikan persembahan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob yang mewakili kerajaan negeri hadir pada majlis berkenaan.

Program anjuran Anjung Tulus Corporation Sdn Bhd dengan kerjasama Sekretariat Misi Cakna Palestin dan kerajaan Kelantan itu diadakan untuk mengisi Tabung Amanah Cakna Palestin.

Tiket-tiket yang dijual kepada orang ramai RM100, RM40, RM20 dan RM7 untuk kanak-kanak akan dimasukkan ke dalam tabung berkenaan bagi membantu rakyat Palestin.

Sebanyak 15 buah lagi telah didendangkan oleh kumpulan semua lelaki itu melalui vokalisnya Faank yang bermula dengan lagu Kekasih Halal dan berakhir dengan lagu ‘berhantunya’ Cari Jodoh.

Keadaan cuaca yang begitu mengizinkan walaupun kadang-kadang hujan renyai selama lima minit, tidak mematah semangat orang ramai untuk mengikuti konsert itu hingga berakhir.

Turut dipersembahkan persembahan tarian oleh pemuda dari Palestin, nyanyian dari Megat Hiqal iaitu anak pendikir tersohor Kelantan Megat Nordin, Kumpulan Ar-Rasy dan peserta mentor Shaq yang juga anak jati Kelantan.

Sebaik sahaja melangkah ke tahun baru, azan berkumandang di Stadium Sultan Muhammad Ke-1V

Kemelut FAM

Chong Wei ikut jejak Misbun keluar BAM



KUALA LUMPUR: Selepas dikejutkan dengan keputusan Datuk Misbun Sidek meletak jawatan sebagai jurulatih perseorangan kelmarin, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerima tamparan terbaru apabila anak emas jurulatih itu, Datuk Lee Chong Wei mengesahkan akan keluar daripada badan induk itu.

“Saya akan ikut dia. Dalam tempoh dua tahun yang tinggal, sudah tentu sukar untuk saya menyesuaikan diri dengan sistem dan teknik latihan jurulatih baru. Jadi, saya akan keluar daripada BAM untuk bersamanya,” kata pemain nombor satu dunia itu ketika dihubungi semalam.

Chong Wei berpendapat beliau yang kini berusia 28 tahun hanya mempunyai kira-kira dua tahun lagi untuk berada di puncak bagi mencapai lebih banyak kejayaan.

Misbun membuat kejutan kelmarin apabila menghantar surat peletakan kepada BAM melalui e-mel tanpa memberi sebarang alasan.

Chong Wei yang menjuarai sembilan kejuaraan, tahun lalu dan akan beraksi pada final Grand Prix (GP) di Taiwan, pada Rabu ini menuntut BAM menyelesaikan kemelut peletakan jawatan jurulatih itu sebelum memburu gelaran kali ketujuh di Terbuka Malaysia yang akan bermula 18 Januari ini.

“Saya tetap mahu Misbun membimbing saya pada Terbuka Malaysia nanti,” katanya yang akan ditemani penolong Misbun, Teh Seu Bock untuk membimbingnya ketika di Taiwan.

Ditanya antara faktor utama Misbun meletak jawatan, Chong Wei tidak menolak kemungkinan disebabkan jurulatih itu memendam perasaan kurang senang dengan keputusan dan tindakan pegawai BAM.

“Bukan saja Misbun, tetapi saya dan pemain lain juga kurang senang dengan pegawai BAM. Mereka tidak menjaga kami dengan baik walaupun saya dan pasangan beregu, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong adalah pemain nombor satu dunia.

“Bila kami menang dipuji, tetapi apabila kalah dikeji. Siapa pemain yang mahu kalah dan kami sentiasa berlatih keras untuk mengharumkan nama negara.

Adakah mereka tidak nampak pengorbanan kami selama ini?,” katanya.

Chong Wei berkata, beliau hanya mengetahui Misbun meletak jawatan ketika menghadiri latihan Khamis lalu apabila jurulatih itu memanggil dan memberitahunya serta rakan lain akan meletak jawatan.

“Kami semua terkejut dan sebelum pergi, dia berkata kepada saya dan rakan lain bahawa dia menyayangi kami semua dan meminta kami jaga diri sambil mengalirkan air mata,” katanya.

Orang BTN hina PAS

Penolong Pengarah Biro Tata Negara Berperangai Macam Iblis


Hussaini Abdul Karim terima kasih bro.

Syamsul Azrai bin Mohd Hussain, Penolong Pengarah Biro Tata Negara. Syamsul Azrai telah menggunakan nama samarannya dl laman Facebook sebagai: Pas Beruk.

Bahasa yang dia gunakan oleh Penolong Pengarah Biro Tata Negara didalam FB juga terlalu biadap dan sarat dengan cacian.

Sultan Selangor belum perkenan


Berikut kenyataan penuh MB Selangor

Saya telah mengadap DYMM Sultan Selangor hari ini bagi membincangkan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

DYMM Sultan Selangor telah berpandangan bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis Perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan.

DYMM Sultan Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik. Saya mengucapkan terima kasih kepada DYMM Sultan atas nasihat dan pandangan baginda.

Justeru itu, demi kebaikan Negeri Selangor dan menjunjung titah Tuanku, Kerajaan negeri akan menulis surat kepada SPA bagi membincangkan semula calon yang layak, sesuai dan berkebolehan untuk mengisi jawatan tersebut.

Sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan SPA, maka kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan dan Dato’ Khusrin Munawi tidak akan hadir pada sebarang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor sebagai ex-officio.

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri akan mencadangkan kepada Dato’ Speaker untuk mengadakan sidang Dewan Negeri Selangor tergempar bagi meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri kepada Sultan dan Menteri Besar.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM,

DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Bergetah sungguh tangan budak ni - TG Nik Aziiz


Gambar : Penjaga Gol Kebangsaan Khairul Fahmi BersamaTok Guru Nik Aziz















Kelantan hadiah rumah untuk Khairul Fahmi

KOTA BHARU, 3 Jan:
Penjaga gol skuad Harimau Malaya yang berjaya membantu negara menjuarai Piala AFF Suzuki, Khairul Fahmi Che Mat dihadiahkan sebuah rumah oleh kerajaan negeri Kelantan hari ini.

Pengumuman mengenainya dibuat sendiri oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika meraikan kepulangan beliau ke Kelantan di Chabang 4, Cherang dekat sini hari ini.

Bagaimanapun tidak dinyatakan apakah nilai rumah berkenaan. Pengumuman itu dibuat di majlis yang dianjurkan oleh pejabat Anggota Parlimen Kota Bharu dan juga kerajaan negeri Kelantan.

Tuan Guru ketika berucap pada majlis menyambut kepulangan Wira Negara itu berkata beliau yang turut menyaksikan perlawanan akhir kedua di Indonesia mengakui aksi Fahmi memang hebat.

bergetah

"Saya memang kagum, saya tengok dia beraksi begitu hebat bergetah sungguh tangan budak ni," ujarnya sambil disambut laungan takbir oleh orang ramai.

Khairul Fahmi berjaya mempertahankan gawang Malaysia dari ditembusi semasa Indonesia bertandang ke Malaysia yang membawa Malaysia menang 3-0 dalam pusingan pertama perlawanan akhir piala itu di Bukit Jalil.

Beliau juga berjaya menjaga gawang Malaysia dengan baik apabila pasukan negara itu berkunjung ke Jakarta termasuk menyekat sepakan penalti oleh Indonesia.

Malaysia menang dengan agregat 4-2 walaupun kalah di Jakarta dengan 2-1.

MU

Media hari ini melaporkan, sebuah laman web menyiarkan berita kononnya Mancester United berminat dengan Khairul Fahmi apabila pengurusnya, Sir Alex Ferguson mengarahkan lamaran ke atas Khairul dibuat selepas dua jam perlawanan akhir di Jakarta itu.

Sebelum ini kerajaan negeri Kelantan pernah menghadiahkan rumah kepada Nik Madihah, pelajar Kelantan yang berjaya menjadi pelajar terbaik Malaysia dalam peperiksaan SPM.Hrkh

Kembali ke sekolah



Hari persekolahan sesi 2011 bermula esok , 3 Januari 2011, Baju baru, kasut baru, beg baru dan buku baru, semuanya baru, tetapi jangan lupa kepada yang susah dan fakir. Boleh guna pakaian lama atau kasut yang masih elok. Tak perlu membazir.

Sepanjang seminggu pendaftaran murid Pasti di Taman Seri Impian, Kluang dah seramai 45 orang murid baru mendaftar, esok murid lama (dulu 4 dan 5 tahun) mula mendaftar, mudah-mudahan dapat meningkat jumlah murid tahun ini.

Madrasah Masriyah setakat sehingga sabtu lalu seramai 24 pelajar baru mendaftar. hari ini dan esok murid lama balik ke asrama. semoga jumlah pelajar menokok lagi tahun ini.

Petang tadi hantar anak balik SMA Bandar Tenggara. Khabarnya keputusan SMRA dah keluar, tahun ini ambil PMR pulak, moga tabah dan dapat guru yang dedikasi.

Selamat kembali ke sekolah kepada semua ustaz, cikgu, pekerja am dan makcik kantin...masak yang sedap-sedap ye makcik...kurangkan ajinomoto.

Safee laris!!!

Baru Menjamah Juara, Skuad Harimau Malaya Bakal Kehilangan Safee

Susulan Piala Suzuki, Safee diburu empat kelab asing

KUALA LUMPUR, 2 Jan — Penyerang sensasi bola sepak negara Mohd Safee Mohd Sali kini dipikat sekurang-kurangnya empat tawaran kontrak untuk menyertai kelab di luar negara.

Tiga tawaran datangnya dari Indonesia manakala satu lagi Vietnam.

Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Datuk Hamidin Mohd Amin pada majlis taklimat serta undian Liga Malaysia 2011 di Bukit Jalil.

“Setakat ini, empat kelab bola sepak telah menawarkan diri membeli kontrak Safee Sali dengan Selangor,” katanya kepada pemberita tanpa menamakan kelab berkenaan.

Hamidin yang juga Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkata pegawai kelab bola sepak Vietnam itu telah menemuinya berhubung “pembelian” Mohd Safee, manakala wakil tiga kelab terkemuka Indonesia pula menelefon beliau mengenai perkara yang sama.

Beliau berkata perbincangan mengenai tawaran itu telah dilakukan dengan Mohd Safee di pejabat FAS semalam, sebelum pasukan Selangor berangkat ke Australia pagi semalam untuk beraksi dalam tiga perlawanan persahabatan bersama kelab di negara tersebut esok, 5 serta 7 Januari ini, dan dijadualkan pulang dua hari kemudian.

“Ketika perbincangan semalam, dia seolah-olah macam tidak percaya dengan apa yang saya katakan.

“Saya akan ke Australia petang ini, dan akan berbincang dengan beliau di sana agar dia mampu berfikir secara terbuka, kerana saya telah memberitahu risiko dan kekangan yang bakal ditempuhi nanti,” katanya.

Hamidin berkata keputusan sama ada Mohd Safee beraksi di luar negara atau tidak, akan ditentukan oleh Ahli Tertinggi Jawatankuasa FAS.

“Saya akan berbincang dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan exco Selangor. Kita akan ikut prosedur yang betul sebelum melepaskan beliau pergi,” katanya.

Pada pertandingan Piala AFF Suzuki 2010 baru-baru ini, Mohd Safee muncul sebagai penjaring terbanyak, yang melayakkan beliau memperoleh kasut emas di edisi tersebut. — Bernama