Keluhan Wan Rohimi peguam yang bersusah payah mengmbil kes rumit ini.
Oleh: Wan Rohimi Bin Wan Daud @ 01022013
Bilamana anda keluar dari sekolah undang-undang, dan memulakan latihan
dalam kamar selama 9 bulan, sebelum ditauliahkan sebagai seorang
Peguambela & Peguamcara, perkataan yang sering disebut dan
diingatkan oleh penceramah-penceramah dalam mana-mana kursus “etiquette”
adalah:
“REMEMBER, YOU CLIENT IS YOUR POTENTIAL ENEMY”
(Ingatlah, Anakguam kamu berpotensi menjadi musuh kamu)
Selepas pusingan akhir pertarungan kami dalam permohonan Semakan oleh
Felda (Review application pursuant to Rule 137 Rules Of The Federal
Court 1994) pada 26/8/2010, maka berakhirlah perjuangan saya dan
rakan-rakan selama 11 tahun (2000 – 2010) dalam mengendalikan kes
Peneroka Kemahang 3. Kes ini tidak pernah dipedulikan oleh mana-mana
pemimpin politik sehinggalah kami menang di Mahkamah Tinggi pada
13/1/2008 dan Mahkamah Rayuan pada 26/6/2009.
Di Mahkamah Persekutuan
sahaja, empat pusingan pertarungan undang-undang terpaksa kami lalui.
Bermula dengan 2 permohonan kebenaran untuk merayu (leave to appeal),
satu permohonan untuk penggantungan (stay) dan berakhir dengan
permohonan Semakan (Review). Felda diwakili oleh sekumpulan 7 – 10
peguam yang diketuai oleh Tan Sri Cecil Abraham.
Saudara mesti
mengenalinya sebagaimana Deepak Jaikishnan mengenalinya. Ya. Tan Sri
Cecil Abraham mengetuai kumpulan Peguam Felda sejak selepas kemenangan
pusingan pertama pada 13/1/2008 di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.
Saudara
pasti mengenali bahawa Peguam ini adalah antara TopTen Peguam yang
paling hebat dalam undang-undang sivil di negara ini. Justeru saudara
boleh bayangkan cabaran pertarungan undang-undang di setiap prosiding
Mahkamah, di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persetuan
yang terpaksa kami tempuhi.
Hanya selepas kami memenangi kes yang pernah diludah oleh seorang
Menteri ini, barulah ramai peneroka membukak mata. Banyak kes yang
hampir sama di failkan diseluruh negara – berkaitan dengan penipuan
greding buah sawit (Kadar Perahan Gred@KPG atau disesetengah tempat
disebut sebagai Kadar Perahan Minyak@KPM). Oh rupanya kami mendahului
pemikiran mereka lebih 10 tahun kehadapan!!!.
Maka bermula September 2010, selepas menolak yuran guaman, disbursements
(perbelanjaan dalam mengendalikan kes termasuk fee Mahkamah, transport,
penginapan Peguam, time sheet, percetakan, khidmat pakar sawit dan/atau
konsultan, pasukan research) dan fees counsel yang dilantik, maka kami
mula membayar wang akhir penghakiman secara berperingkat-peringkat.
Semua kos itu saya tanggung seorang diri sejak 11 tahun. Kalau tidak
semuanya, hampir sepenuhnya. Kos pengendalian kes yang paling asas
sahaja mencecah ratusan ribu. Apa jadi kalau katakan kes ini kalah?
Tentunya kos itu akan hangus begitu sahaja. Ya, saya bukanlah seorang
ahli perniagaan yang baik. Sebab itu saya melabur dalam tempoh yang amat
panjang, dengan zero jaminan pulangan wang.
Risiko kerugian adalah
100%. Namun diwaktu saya mula bersetuju mengendalikan kes ini, nilai
wang ringgit tidak pernah menjadi perhitungan saya. Saya hanya simpati
dan tidak sampai hati untuk menolak permintaan mereka, maka kesanggupan
dan kesediaan saya hanya atas dasar itu. Untuk memperjuangkan nasib
mereka yang teraniaya! Membujur lalu melintang patah! Keyakinan saya –
Tuhan telah mengatur perjalanan hidup saya sedemikian rupa.
Kenapa bayaran ini dibuat berperingkat-peringkat? Ini sinis dan fitnah
blogger UMNO (pelacur jalanan) yang dimainkan sejak awal 2011. Ya.
Bayaran dibuat berperingkat-peringkat kerana satu buku cek itu hanya ada
50 keping cek.
Selepas habis 50 keping, saya perlu memohon satu buku
cek baru, dan ia mengambil masa paling sekurang-kurangnya 2 hari
bekerja. Dengan kekangan masa dan had buku cek, kami mengambil masa
lebih sebulan untuk membayar kesemua 354 anakguam.
Pelacur jalanan
mendakwa saya sengaja menganiaya peneroka-peneroka dengan
melewat-lewatkan pembayaran. Benar. Saya dahului kroni, saya dahului
peneroka-peneroka yang dekat dengan saya. Saya bayar mereka dulu. Yang
saya kenal selama 11 tahun, yang selalu dekat minum kopi bersama saya
dalam tempoh itu, saya dahulukan. Ahli Jawatankuasa SuaraHati
(Jawatankuasa Tuntutan) yang jatuh bangun bersama saya, saya dahulukan
mereka. Saya bias?
Ya. Saya bias kepada orang-orang yang berjasa dengan
saya. Orang berbudi saya berbahasa. Saya sayang kepada ketua-ketua
peneroka yang berani berjuang bersama saya, yang diugut bersama saya,
yang dihentam bersama saya, yang difitnah bersama saya, yang dinafikan
hak dan segala keistimewaan oleh Felda selama tempoh kes berjalan –
dinafikan bantuan buku teks anak sekolah, dinafikan bonus tahunan,
dinafikan wang raya, bahkan dinafikan apa sahaja manfaat dan imbuhan
yang diistiharkan oleh Felda kepada semua peneroka.
Penafian itu
berlarutan selama 11 tahun. Bahkan ada ketua peneroka yang dilokap atas
kesalahan yang sangat kecil. Ingat betul-betul – sebelas (11) tahun!!!
Bukan satu minggu, bukan satu bulan, dan bukan juga satu tahun!!.
Kenapa perlu saya mendahulukan peneroka atau anak-anakguam yang tidak
pernah mempedulikan kes ini. Selepas menyerahkan salinan Kad Pengenalan
dan menandatangani Surat Akuan yang disediakan, mereka hilang. Jemput
mesyuarat, tidak hadir. Jemput taklimat, tidak hadir.
Prosiding-prosiding mahkamah, tidak hadir. Mintak derma barang RM10-00
untuk makan2 dan jamuan, oh bagai tangkai jering! Tapi jemput
majlis-majlis kenduri dan makan-makan, ada juga yang hadir. Itu pun
duduk jauh-jauh dihujung khemah, dan tergesa-gesa pulang sebaik sahaja
selesai memboyotkan perut kelaparannya. Kenapa? Sebab takut pegawai
Felda dan talibarut Felda nampak dan buat laporan? Takut disenarai
hitam. Playsafe tahap tertinggi! Sebelah kaki saman Felda, sebelah lagi
mengampu Felda. Spesis jenis ini memang wujud dimana-mana di dunia ini.
Sepanjang saya mengendalikan kes ini dalam tempoh 11 tahun, hanya lebih
kurang 100 orang sahaja yang sangat-sangat setia. Yang jatuh bangun
bersama. Yang akan bersama saya di mana-mana prosiding mahkamah. Yang
sentiasa mengangkat bag-bag kotak Peguam, Yang mengirim ketupat, Yang
menghantar buah salak.
Yang sanggup memancing ikan-ikan sungai untuk
juadah peguam, Yang rela menyembelih kambing, ayam dan itik tanpa soal,
tanpa bayaran, Yang sentiasa bertanya khabar sakit dan khabar demam,
bahkan Yang sentiasa memujuk saya untuk berkahwin dengan anak-anak dara
pilihan mereka! Satu demi satu ditunjukkan kepada saya. Ha ha, masa itu
saya masih bujang!!!.
SEBALIKNYA, nun disana adalah 50 peneroka yang tegar mengampu Felda.
Selebihnya hanyalah memainkan watak playsafe. Supaya tidak
disenaraihitam oleh Felda. 50 yang saya sebut itu, menjadi anakguam
saya, tetapi dalam masa yang sama menjadi talibarut Felda.
Segala rahsia
dan strategi kami, akan disampaikan kepada Felda. Ingatkan SB ni diluar
saja, rupanya dari kalangan anakguam sendiri. Lebih teruk, dari
kalangan 50 anakguam saya ini, kerja mereka ialah menghasut anakguam
yang lain. Ini berlaku lama sebelum kemenangan pada 13/1/2008.
Ada dari
kalangan mereka yang mendoakan kekakalahan kes mereka sendiri. Ada dari
kalangan mereka yang kata: “kalau menang kes ini, aku sanggup telanjang
keliling Kemahang 3”. Ada yang kata: “Rambut belah 7 pun kes ini takkan
menang!”. Bahkan ada yang sanggup mengisi borang untuk menarik diri dari
kes (sengaja saya buat borang itu untuk menilai kesetiaan mereka).
25
keping borang tarikh diri dihantar oleh Jawatankuasa ke pejabat saya,
dan saya masih simpan sehingga kini. Bila saya diserahkan dengan borang
itu, saya termenung panjang. Tetapi saya tidak berbuat apa-apa. Saya
hanya simpan sebagai kenangan, sebagai rekod cabaran yang terpaksa saya
hadapi. Karenah celaka dari anakguam sendiri!
Ya, pada satu ketika saya
tersangat marah dengan tindakan mereka. Namun bila habis amarah saya,
hati kecil saya meminta saya bersabar. Saya tidak mengambil apa-apa
tindakan terhadap mereka. Kalau saya kurang sabar, saya akan tarik balik
kes mereka dan daftarkan di Mahkamah. Tentunya mereka semua akan
melopong, meraung dan histeria bagai orang gila, dikala teman-teman yang
lain mendapat habuan wang penghakiman.
Saya tidak tahu betul atau tidak
tindakan saya yang hanya menyimpan Borang Tarik Diri tersebut.
Terkadang, saya terfikir bahawa membantu peneroka seperti ini seumpama
“melepaskan anjing tersepit”. Namun, dikala pembahagian wang
penghakiman, 25 ekor anjing ini yang terlebih dahulu menyalak-nyalak
kerana pembayaran kepada mereka, sengaja saya lambatkan!!!
Selepas selesai membuat pembayaran akhir wang penghakiman pada September
atau awal Oktober 2010, semuanya gembira. Melompat-lompat seperti kera
mendapat bunga. Termasuklah anjing-anjing tadi. Ada yang beli kereta
baru, baiki rumah bocor, renovate rumah, kenduri anak kawin, pegi umrah,
tidak kurang juga yang berpeleseran di Pekan Golok, mencari betina yang
hina!!!
Dari kalangan mereka, tiada seorang pun yang mengucapkan
sepatah terima kasih kepada saya. Tiada seorang pun bertemu saya,
menelefon saya atau sekurang-kurangnya sms saya untuk ucapkan terima
kasih. Benar, tiada seorang pun! Itulah resam dunia, bila kita
melepaskan anjing tersepit!
Pelacur jalanan mendakwa saya melarikan wang peneroka. Pecah amanah!
Kaki Songlap! Peguam Tonto! Adus, kalau saya jumpa mereka secara
berdepan dalam keadaan mereka menuturkan dakwaan itu, jangan panggil
saya lelaki kalau saya tidak melepaskan penumbok jantan!
Bukanlah saya ini ingin mendabik dada dengan segala jasa dan sumbangan
saya. Selama 11 tahun saya membakar segala keringat, wang ringgit dan
masa. Selama 11 tahun saya menyerap segala tekanan dan ugutan.
Selama 11
tahun saya senyum terhadap segala cemuhan dan fitnah. Selamat 11 tahun
saya diserang dengan segala sihir dan ilmu hitam yang hebat-hebat.
Tetapi Alhamdulillah, jika Tuhan tidak mengizinkan saya tumbang, saya
akan bangun dan melawan! Lawan dan lawan...
Pelacur jalanan kata saya merampas hak peneroka? Mencuri harta peneroka?
Pelbagai video diupload ke youtube untuk memfitnah dan menghina saya.
Tidak mengapa. Izinkanlah sekejap saya mendabik dada seketika. Helo2,
gred sawit peneroka di Kemahang 3 ditipu sejak 1996. Buah sawit yang
dibayar dengan KPG 21 – 25%, dibayar hanya di bawah KPG18%. Dari 1996 –
2002, mereka ditipu dan pendapatan mereka dicuri.
Kalau bukan sayalah
yang sanggup mengambil kes ini, peneroka tak dapat apa pun. 2 tahun
mereka cari peguam ke serata alam. Semua menolak dengan pelbagai alasan.
Kalau bukan sayalah yang sudi membakar wang ringgit, anjing-anjing ini
tidak akan mendapat satu sen pun.
Bayangkan kalau kes itu tidak
difailkan, apa yang peneroka akan dapat? Asap semata-mata. Kalau bukan
saya yang menanggung beban kes ini selamat 11 tahun, apa peneroka akan
dapat? Lopong semata. Adakah saya mengambil duit dari poket peneroka?
Adakah saya meminta sedekah dari peneroka? Tidak! Sama sekali.
Kerja Peguam seperti saya adalah seperti mengutip sampah. Ya. Saya kutip
sampah di Kemahang 3. Sampah yang tidak dipedulikan oleh mana-mana
manusia, mana-mana pemimpin politik. Sampah yang amat busuk dan
meloyakan. Saya bersihkan sampah itu. Saya cuci. Saya bilas.
Saya bawak
balik sampah itu ke pejabat. Setiap hari saya usap sampah itu. Setiap
malam minda saya hanya memikirkan bagaimana yang jadikan sampah itu
sebagai wang. Untuk bantu peneroka. Untuk kerjaya saya sebagai peguam.
Untuk perniagaan guaman saya.
Untuk perjuangan saya bahawa segala
penindasan perlu dihentikan, walau pun terhadap manusia yang tidak
punyai wang untuk biayai urusan guaman. Lama kelamaan saya bergelumang
dengan sampah itu, Tuhan utuskan idea dan ilham. Tuhan utuskan
pertolongan. Allah kurniakan tabah dan kesabaran. Allah berikan kekuatan
luarbiasa bagi seorang anak muda kampung, untuk melawan Firaun. Allah
berikan kekuatan untuk berjuang.
Allah buka segala hijab. Allah tukar
dari sampah menjadi emas. Allah tukar penghinaan kepada rezeki. Allah
suratkan bahawa kes ini akan membuka mata pemimpin politik, dan membuka
ruang kepada usaha-usaha untuk menghentikan penipuan greding sawit dan
penindasan terhadap peneroka.
Allah suratkan bahawa kes ini telah
membuka mata peneroka lain diseluruh negara untuk bangun dan melawan.
Hentikan sistem perhambaan yang menindas. Atas semua perancangan Allah
itu, maka kemenangan berpihak kepada kami. Rezeki yang tiba-tiba
diturunkan dari langit. Durian runtuh!!!
HANYA selepas hampir setahun peneroka menerima durian runtuh dan rezeki
dari langit itu, selepas semua wang sudah habis dibelanjakan, peneroka
yang masih merasai kemewahan hasil dari wang kemenangan itu, mula cemas
apabila wang sudah habis. Mereka akan kembali miskin seperti sebelum
menerima wang kemenangan itu. Dalam kecemasan itulah, anjing-anjing ini
mula memainkan peranan menghasut, untuk menyaman saya.
Anjing-anjing ini
diketuai oleh seorang yang bukan peneroka, bukan anak peneroka pun,
bahkan tiada kena-mengena dengan peneroka, tetapi diizinkan oleh Felda
untuk menyewa sebuah rumah peneroka yang ditinggalkan (disebabkan
peneroka asal telah meninggal dunia dan keluarga kembali menetap
dikampung asal) yang berhadapan dengan pejabat Felda Kemahang 3.
Ya,
Pengurus Felda Kemahang 3 memberi izin kepada orang awam mendiami rumah
peneroka di dalam kawasan Rancangan Felda. Alamat rumah itu ialah No.
229, Blok 10, Felda Kemahang 3, 17500 Tanah Merah, Kelantan.
Setahu
saya, dalam kawasan GSA, tidak boleh ada orang-orang lain yang mendiami
Rancangan Felda kecuali peneroka dan keluarga terdekat sahaja. Tetapi di
Kemahang 3, ini berlaku. Mungkin satu-satunya kes orang luar, orang
awam mendiami Rancangan Felda di seluruh negara.
Pada musim Felda sangat
agresif menghalang mana-mana orang memasuki rancangan, inidividu bukan
peneroka ini diberi kebenaran dan layanan yang sangat istimewa oleh
Felda.