Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Rabu, 11 Januari 2012

Sistem Gaji Kelirukan Penjawat Awam

Gaji masih SSM

Bayaran gaji Januari berdasarkan SSM
2012/01/09


KUALA LUMPUR: Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Januari ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Menurut satu kenyataan Kementerian Kewangan hari ini, perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan dibayar pada 31 Januari ini.

"Pembayaran gaji SBPA tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada 16 Januari 2012 berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA dari 31 Disember 2011 kepada 15 Januari 2012," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, pembayaran gaji bulanan di bawah SBPA akan dibuat seperti biasa mengikut jadual mulai Februari. - BERNAMA

PS : Susah nak faham sistem gaji baru kerajaan ni, berbelit-belit dan tak pula ada inisiatif nak menerangkan kepada penjawat awam,

Alih-alih terus suruh dan paksa tandatangan serta merta, macam terdesak sangat, kelam kelibut.

Apakah ini memang ada agenda disebaliknya iaitu cubaan untuk menipu kakitangan awam yang lama dan pertengahan, bahkan hanya menguntungkan orang atasan dan orang baru sahaja.

Macam sistem marketing MLM yang berpintal-pintal, memang suruh bagi downline pening dan tak faham berapa banyak komisen dan bonus yang mereka dapat, masuk sebab nak dapat kereta besar yang upline tayang, nak jadi jutawan konon akhirnya kena kelentong dan yang untung line piramid yang atas sahaja, yang bawah rugi 99.9% walhal tenaga kita diperah untuk terget jualan setiap bulan.

Tak mustahil skim ni macam MLM yang dasar penipu rakyat.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan