Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Jumaat, 6 Januari 2012

Kapitalis Jual Semuanya Asal Jadi Duit?

Mula-mula jual air.....pastu jual letrik.....ole-ole Temasik.....alahai.....

Maka perjumpaan di antara dua pemimpin dari 2 negara berjiran Singapura dan malaysia berlangsung di Putrajaya.

Ada yang menggunakan istilah perjumpaan itu sebagai permukiman atau retreat.

Kenapa Singapura datang ber'mukim' di Putrajaya?

Kenapa tidak buat permukiman itu di Singapura?

Memanglah adat orang ber'musafir' lalu bila jumpa tempat persinggahan, maka akan ber'mukim' di situ......dan bila berjumpa dengan orang 'tempatan' maka akan dicerita dan mengadu segala kesusahan yang dialami semasa dalam perjalanan samada bekalan makanan serta minuman mengcukupi dan samada tempat bermalam sempurna atau tidak.

Dan kebiasaannya selaku tuan rumah yang meraikan tetamu, sudah tentu akan disediakan tempat ber'malam'......cukup makan dan minum.

Kita tidak bercadang hendak mempertikaikan dalam sesi per'mukiman' itu siapa yang lebih bijak......sapa yang lebih memujuk.....sapa yang lebih kuat 'meng'ecek' (istilah yang digunapakai oleh orang Pantai Timur untuk menipu secara lembut atau berhemah)......sapa yang kuat meminta.

Secara lojiknya orang yang men'datang'lah yang banyak mengadu itu ini......orang yang datang ber'mukim'lah yang selalunya mintak itu ini.

Tetapi Putrajaya selaku tempat ber'mukim' menawar perkara yang amat penting walaupun orang yang datang ber'mukim' itu tidak meminta.

Putrajaya dengan baik hati menawarkan untuk menjual kuasa letrik kepada yang orang yang datang ber'mukim' itu.

Berpuluh-puluh tahun yang lalu kita ada buat perjanjian air dengan negara orang yang datang ber'mukim' dan ketika itu kita tidak pasti samada orang dari negara tersebut datang buat per'mukiman di sini.

Kita amat bimbang apabila berbincang (atau istilah yang lebih lembut per'mukiman') dengan orang yang bijak pandai kerana kita khuatir akan menjadi berat sebelah dan akhirnya akan menjadi kata-kata pepatah Melayu "kera di hutan di beri air bersih dan bekalan letrik......anak sendiri membayar air dengan harga yang mahal dan bekalan letrik mencekik leher bilnya"......ha ha "kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kehausan" [sumber .]

al-brangionline:

Malaysia Tawar Jual Kuasa Elektrik Kepada Singapura:Najib

PUTRAJAYA: Malaysia telah menawar untuk menjual kuasa elektrik kepada Singapura seiring dengan langkah negara-negara jiran meninjau peluang bidang-bidang baharu untuk kerjasama akan datang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau membuat cadangan itu kepada rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong semasa sesi pemukiman Malaysia-Singapura di sini Khamis.

Menyifatkan mesyuarat itu sebagai "amat produktif dan berjaya", Najib berkata kedua-dua negara bersetuju yang mereka seharusnya meninjau langkah-langkah tambahan untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala.

"Di pihak Malaysia, saya mencadangkan kepada Perdana Menteri Lee kemungkinan Malaysia menjual tenaga elektriknya kepada Singapura, yang mana beliau amat mengalu-alukannya," kata beliau dalam sidang media bersama selepas mesyuarat dua hala di pejabatnya di sini Khamis.

Najib berkata bekalan kuasa itu akan dipacu oleh sektor swasta.

Sementara itu, Lee berkata Singapura amat terbuka kepada cadangan itu sekiranya termanya wajar, dengan mengambil kira perkara-perkara seperti kesan projek itu ke atas alam sekitar.

Beliau berkata yang kerajaannya sedang menyediakan rangka kerja yang sesuai berhubung perkara berkenaan.

"Sebaik sahaja siap, para kontraktor Malaysia akan dipelawa menyertai dan membida projek itu," kata beliau.

Dalam mesyuarat selama dua jam itu, Najib berkata yang beliau turut mencadangkan kepada Lee untuk mengukuhkan kerjasama penerbangan dan lapangan terbang antara Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di Johor dan Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di Singapura.

Najib berkata Malaysia turut meninjau untuk mengembangkan dan mengukuhkan lagi hubungan dua hala dengan Singapura termasuk dalam bidang-bidang pendidikan, pelancongan, kebudayaan dan kesukanan.

Najib dan Lee turut bersetuju untuk bekerjasama dalam menjajarkan rancangan spektrum frekuensi radio di kedua-dua negara untuk siaran digital dan perkhidmatan jalur lebar mudah alih.

Penjajaran itu akan membolehkan kedua-dua negara memenuhi permintaan yang kian meningkat untuk televisyen digital dan jalur lebar mudah alih, memperbaiki perayauan mudah alih serantau dan menyediakan perkhidmatan jalur lebar mudah alih yang lebih kompetitif.

Mereka bersetuju untuk berusaha ke arah pengharmonian yang lebih hebat untuk spektrum itu di rantau Asia Pasifik bagi perkhidmatan penyiaran digital dan jalur lebar mudah alih, demikian menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh kedua-dua negara. - BERNAMA

PS : Kapitalis akan jual apa saja asal jadi duit dan menguntungkan poket mereka walaupun negara dan maruah tergadai, dulu air, Tanah Keretapi, pulau batu putih, pulau pisang, telaga minyak dan kali ini letrik pula... apa nak jadi... macam negara ni mak bapak dia punya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan