Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Rabu, 30 November 2011

Rakyat bantah Rang Undang-undang yang gostan


Sekurang-kurangnya 500 peguam dan aktivis masyarakat menyertai perhimpunan membantah Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 di Parlimen, hari ini.

Perhimpunan 'Walk for Freedom to Walk' itu mula berkumpul di Taman Tasik Perdana seawal 11 pagi dan telah bergerak ke Parlimen jam 12.30 tengahari ini bagi menyerahkan kertas cadangan supaya kerajaan meminda rang undang-undang perhimpunan aman.

Perhimpunan ini tercetus apabila Kerajaan membentangkan rang undang-undang bagi mengawal jenis perhimpunan yang boleh diadakan.

PS : Sepatutnya Rang Undang-undang akan menambah ke arah kebaikan dan pemulihan demokrasi sesuai dengan maal hijrah 1433 ni tetapi ia menjadi terbalik pula, ia terbelakang dan terkeluar dari landasan menuju negara bebas dan adil, takutkan himpunan bersih menjadi ala-ala Arab spring lalu gubal akta yang menyekat rakyat.

Ahmad Maslan bakal hilang kuasa sakti ketuanan


Politik meracau' Umno bakal jatuhkan Najib

Kenyataan terbaru Ketua Penerangan Umno bahawa Melayu akan hilang kuasa jika Pakatan Rakyat memerintah memperlihatkan sikap sebenar 'perkauman melampau' parti itu.

AJK PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata kenyataan Datuk Ahmad Mazlan itu juga menggambarkan Umno kini berada dalam keadaan 'meracau' dan diambang kehilangan kuasa.

PS : Menakut-nakutkan orang melayu dengan kehilangan kuasa ni memang kerja UmnoBn. Umno tumbang PAS lah ganti, kan melayu juga, DS Anwar tu bukan melayu ke? Sultan-sultan bukan melayu ke?

Isnin, 28 November 2011

Kapitalis dan perkauman dalam bisnes KR1M

Menutup bangkai penyelewengan dengan isu perkauman

Kementerian Kesihatan telah pun mengarahkan semua sos tiram jenama Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) ditarik balik kerana ia berbahaya kepada kesihatan dan melanggar Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Ini membuktikan kesahihan penemuan oleh Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua yang menyatakan sos tiram itu adalah satu daripada tujuh barangan yang melanggar akta berkenaan.

Siasatan Pua mendapati label sos tiram keluaran syarikat lain menggunakan ekstrak tiram sedangkan produk di KR1M dibuat daripada perisa tiram yang sangat kurang protein dalam bahannya.

Adakah pihak-pihak yang mengecam dan mengutuk Pua serta para pemimpin Pakatan Rakyat lain yang telah mendedahkan kepincangan barangan dan iklan KR1M yang telah mengelirukan pengguna?

Sudah tentu tidak. Apabila disemak melalui internet, rata-rata hasil cariannya akan menjurus ke arah laman-laman web pecacai siber UMNO yang tetap menegakkan benang yang sabah. Malah bahasa kurang ajar mereka semakin menjadi-jadi.

Bahan makanan berbahaya dijadikan isu perkauman

Mereka cuba mempertahankan pengendali monopoli KR1M, iaitu Mydin, dengan kata-kata “DAPig ni dengki dengan orang Melayu!”, “Orang Cina tak habis habis nak dengki dengan perniagaan Melayu!”, “Nurul Izzah bodoh, ikut telunjuk Tony Puaka”. Ini sekadar beberapa komen dan analisis para bijak pandai di kalangan mereka yang tegar menyokong UMNO yang tidak lucah untuk siaran rencana ini.

Golongan ini percaya bulat-bulat apa yang disampaikan pemimpin parti mereka yang bagaikan maksum, tanpa mempedulikan kesan produk dan bahan makanan yang berbahaya kepada kesihatan, yang mungkin menjejaskan diri dan keluarga mereka sendiri. Kecualilah, jika mereka sendiri membeli-belah di Carrefour, Giant atau Tesco.

Politik mereka yang sudah jauh terbenam dalam kemelut perkauman menjadikan golongan itu seperti buta kepada isu yang sebenar, ia merupakan masalah ketulusan, ketelusan, keselamatan dan kesihatan rakyat.

Amat memalukan, malah mendukacitakan apabila Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sendiri cuba menutup kelemahan kerajaan dengan menjadikannya isu perkauman.

Dalam tulisannya di Facebook dan Twitter, beliau mendakwa: “tony phua DAP ni masih tk habis2 menfitnah KRIM… jelas agenda DAP yg ingin menguburkan KRIM yg rata2 supplier nya terdiri dari IKS bumiputra. Rata2 pembeli nya terdiri dari gol berpendapatan rendah bumiputra. Mydin pun bumiputra. malangnya ada bumiputra spt nurul izah & zulkifli ‘menyalak’ bagi pihak DAP”

Trend menolak kebenaran

Ini bagaikan sudah menjadi trend pemimpin UMNO masa kini. Kalau ada sebarang skandal di mana rakyat dipermainkan dan wang rakyat disalahgunakan, mereka cepat-cepat menuding jari, “ini serangan terhadap UMNO!”.

Kalau berlaku rasuah, ia dipertahankan dengan kata-kata keramat, “jangan dengki dengan dengan orang Melayu!”. Ia sungguh menjijikkan bahawa segala isu di negara kita, mereka mahu sempitkan ke arah isu kaum dan agama.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyaraka Datuk Seri Shahrizat Jalil, yang terpalit dengan skandal lembu NFC, walau pun tidak membawanya sebagai isu perkauman, tetap cuba bersembunyi di sebalik kenyataan, “ia adalah serangan terhadap Wanita UMNO”. Tidak pasti pula sama ada ratusan juta wang rakyat yang diberi kepada keluarganya untuk menternak lembu tetapi digunakan untuk membeli kondominium mewah itu ada kena-mengena dengan perjuangan Wanita UMNO.

Dalam isu KR1M yang kadangkala dilihat sebagai Kedai rakyat 1Maydin, Pua dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah telah membongkar kepincangan program yang disubsidi oleh wang rakyat itu, termasuk status produk yang tidak menepati perihal dagangan dan kesihatan serta harga sesetengah barang di kedai tersebut lebih tinggi berbanding harga pasaran.

Ini bertentangan dengan tujuan KR1M yang disubsidi demi menjamin harga yang paling murah dipasaran. Bukankah rakyat berhak diberi penjelasan tanpa perlu melibatkan soal kaum? Atau mungkin kerajaan UMNO dan Barisan Nasional merasakan tidak apa untuk menipu golongan berpendapatan rendah, khususnya orang Melayu.

Kuman dan penyakit tidak mengenal parti

Tetapi yang lagi penting ialah pendedahan pemimpin-pemimpin PR tehadap isu ini ialah kajian yang menunjukkan bahawa ada barangan di KR1M yang tidak selamat dan membahayakan kesihatan pengguna.

Walau pun Kementerian Kesihatan telah menolak kajian bahawa ada produk susu di kedai KR1M mengandung 8 kali ganda vitamin A lebih banyak daripada paras yang selamat serta terdapat juga susu yang mengandungi bakteria E.Coli, ramai pengguna mula sangsi dengan tindakan dan amalan kerajaan BN yang semakin sukar dipercayai.

Ini bukannya propaganda ciptaan UMNO-BN di mana semua benda adalah rekaan semata-mata. Ia sudah terbukti bahawa barangan bahaya dan tiada standard di KR1M boleh menjejaskan kesihatan pengguna.

Ini bukan soal politik, kaum atau agama. Kuman tidak mengenal mangsa. Penyakit tidak peduli siapa ahli UMNO, MCA, MIC, DAP, PAS atau PKR. Mungkin kerana kebanyakan keluarga menteri dan pemimpin UMNO tidak membeli barangan di KR1M, maka itu tidak menjadi masalah besar kepada mereka dan sanak-saudara serta keluarga mereka.

Jelas sekali, demi permainan politik, rakyat miskin menjadi mangsa. Selama kita berada di bawah telunjuk UMNO-BN, hanya polemik perkauman sempit sahaja akan terus dimainkan tanpa memikirkan nasib dan kesihatan rakyat. – Roketkini.com

Gerabak Ali Rustam sangkut

Monorel Melaka Bermasalah Lagi.

Baru tiga hari operasi dimulakan semula, Perkhidmatan Monorel Melaka sekali lagi terpaksa dihentikan berikutan masalah hujan lebat.

Malaysiakini difahamkan, pada kejadian kira-kira jam 3.45 petang semalam, gerabak monorel berkenaan baru bergerak kira-kira 300 meter dari Stesen Hang Jebat di Pengkalan Rama sebelum ia berpatah balik ke stesen.

Akibat kejadian itu juga telah mengecewakan 18 pelancong Hong Kong kerana terpaksa membatalkan hasrat untuk menyaksikan keindahan bandaraya Melaka dengan menaiki perkhidmatan monorel.

Sementara itu, tambang RM10 setiap seorang untuk menaiki monorel berkenaan kemudiannya dikembalikan kepada pelancong terbabit.

Difahamkan juga keputusan membatalkan perkhidmatan berkenaan adalah berikutan ketiadaan sejenis cat thermal khas pada landasan yang membolehkan perkhidmatan dijalankan seperti biasa pada waktu hujan.

Tanpa cat berkenaan, roda monorel dikatakan tidak akan dapat mencengkam landasan dengan baik.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Azhar Ahmad berkata, perkhidmatan monorel berkenaan tidak akan dapat berjalan seperti biasa pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

Menurutnya, keadaan basah yang disebabkan hujan akan mengurangkan cengkaman pada landasan dan roda monorel.

"Sebab itulah kita meminta pihak pengurusan Monorel Melaka supaya tidak mengendalikan perkhidmatan pada waktu hujan," katanya.

Selain itu, katanya, sepasukan jurutera SPAD akan turut dihantar untuk memeriksa monorel berkenaan hari ini.

Tidak selamat

Jumaat lalu, perkhidmatan Monorel Melaka memulakan semula operasi selepas digantung perkhidmatannya sejak awal bulan ini.

Kebenaran untuk pengendali perkhidmatan itu, Menara Taming Sari Bhd, memulakan semula perkhidmatan dikeluarkan SPAD setelah berpuas hati langkah diambil pengendali perkhidmatan terhadap beberapa isu ditimbulkan sebelum ini.

Bagaimanapun, syarat SPAD mengenai penggunaan cat khas itu masih belum dilaksanakan dan hanya akan dibuat apabila perkhidmatan monorel dihentikan seketika bagi menjalankan penyelenggaraan berjadual Januari depan.

2 November lalu, dua pelancongan Britain terperangkap selama 20 minit di dalam gerabak gara-gara perkhidmatan terhenti secara tiba-tiba.

Berikutan itu, SPAD melakukan kerja-kerja pemeriksaan secara keseluruhan dan mendapati perkhidmatan monorel itu gagal mematuhi aspek keselamatan yang mengundang bahaya kepada para pengguna.

SPAD kemudian mengumumkan perkhidmatan itu digantung selama 30 hari. Tindakan itu, mengundang rasa tidak puas hati Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mendakwa ciri-ciri keselamatan telah dipenuhi.

Monorel pelancongan berharga RM15.5 juta dilancarkan oleh pada 20 Okt tahun lalu sempena perisytiharan Melaka sebagai negeri maju 2010 dan kira-kira 16,000 penumpang telah menaikinya. -mk

Suka-suka je dia nak lempang peneroka


Berita baik untuk Isa Samad - pengerusi FELDA

AMPANG, 28 Nov: Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKKP) Felda memberi tempoh 14 hari kepada Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad membuat permohonan maaf secara terbuka ekoran dakwaan mengeluarkan kenyataan menghina peneroka.

Kata-kata penghinaan itu didakwa diucapkan Isa semasa sesi penerangan kepada perwakilan Koperasi Permodalan Felda (KPF) di Melang Inn Kuala Pilah baru-baru ini.

"Kita telah melantik peguam untuk menuntut Tan Sri membuat permohonan maaf secara terbuka dan menyiarkannya sekurang-kurangnya di lima buah akhbar dalam tempoh 14 hari.

"Jika enggan memohon maaf, kita akan meneruskan tindakan saman terhadap beliau," kata Ketua Peneroka Felda Kebangsaan yang juga Naib Pengerusi JKPP Wilayah Johor Bahru, Shamsuddin Othman (kiri).

Beliau berkata demikian pada satu sidang media di sebuah hotel di sini hari ini.

Kira-kira 15 anggota mereka turut serta pada sidang media itu termasuk pimpinan Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda yang diketuai Azizah Bahari.

Dalam ucapan yang turut ditayangkan kepada media, Isa dilihat mengeluarkan kenyataan seperti "jika budak kecil, saya dah lempang", "munafik", "pembohong", "penipu" dan "jika saya jumpa saya akan lutu (ketuk) dia".

Dia juga secara jelas menujukan kenyataan-kenyataan itu kepada Shamsuddin yang disebutnya dalam ucapan itu dengan nama "Pak Sam".

Bagaimanapun tindakan Isa itu dianggap menghina seluruh peneroka kerana Shamsuddin adalah ketua peneroka Felda kebangsaan yang mewakili seluruh peneroka.

Menurut Shamsuddin lagi, penghinaan oleh Isa terhadapnya itu dipercayai ada kaitan dengan tindakannya yang mempersoal prolehan Felda yang hanya mendapat RM500 juta setahun selepas memajak 360,000 tanah kepada Felda Global Ventures untuk disenaraikan.

Sedangkan pendapatan Felda daripada tanah-tanah itu sekarang ini sekitar RM2 billion setahun.

"Ini kali pertama dalam sejarah, pengerusi Felda hina peneroka, tak pernah berlaku sebelum ini," katanya.

Selain itu dalam video itu juga, Isa secara tersekat-sekat menggelarkan 'JKPP' sebagai 'JKK'.

"Setelah hampir setahun bertugas tetapi masih tidak mengetahui nama dan fungsi JKPP membuktikan Tan Sri Isa tidak layak menerajui Felda," katanya.

sumber dari harakah

Selasa, 22 November 2011

Benteng Umno di Felda dah bolos










Pakatan Rakyat Berjaya Tembusi Kubu Kuat Umno Di Felda


JEMPOL 22 Nov: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat kini semakin bertapak kukuh di pedalaman khasnya kawasan Felda yang sebelum ini dianggap kubu kuat Umno-Barisan Nasional.

Dalam satu program ceramah di Gugusan Felda Palong di sini malam tadi, Anwar berkata, ia memberikan isyarat bahawa Pakatan Rakyat kini semakin hampir ke Putrajaya dan bakal menyingkirkan Umno-BN pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Ceramah berkenaan yang diadakan di Felda Palong 6, berjaya menarik kehadiran lebih 2,000 peneroka dari Gugusan Felda Palong.

Dalam ucapannya, Anwar melahirkan rasa terharu dengan sambutan luar biasa dan kehadiran ribuan peneroka Felda di kawasan berkenaan yang menandakan bahawa kubu kuat Umno di Negeri Sembilan itu telah berjaya ditembusi Pakatan Rakyat.

“Saudara dan saudari pada malam ini berjaya membuktikan bahawa akhirnya antara kubu Umno yang terkuat di Negeri Sembilan berjaya juga ditembusi.

“Saya percaya kebangkitan warga peneroka pada malam ini khususnya anak muda akan memberikan kemenangan kepada calon PR di Palong, Jeram Padang, Serting dan Jempol,” katanya di hadapan kira-kira 2,000 peneroka Felda dari Gugusan Felda Palong.

Anwar dalam ucapan lebih sejam mengingatkan Umno-BN terhadap penyelewengan yang dilakukan Felda dan kegagalan parti itu membela nasib peneroka.

Felda kini berdepan saman dari ribuan peneroka dari Negeri Sembilan, Kelantan, Johor dan Pahang ekoran penyelewengan yang dilakukan agensi itu terhadap hasil pendapatan peneroka.
“Nasihat saya kepada Umno, jangan berdendam, jangan balas dendam, jangan hukum orang apabila menyedari sokongan warga Felda kini mula berpihak kepada PR.

“Anda (Umno) harus persalahkan diri anda sendiri kerana gagal membela nasib warga peneroka Felda,” kata Anwar dan disambut dengan sorakan gamat daripada para hadirin.

Dalam program berkenaan Anwar turut menerima penyerahan borang kemasukan seramai 412 ahli baru KEADILAN dari Ranting Felda Palong 6; 105 ahli dari Ranting Felda Palong 4 dan 257 ahli dari Ranting Felda Palong 2.

Untuk rekod Gugusan Felda Palong mempunyai 16 Tanah Rancangan Felda bermula dari Felda Palong 1 dan berakhir dengan Felda Palong 16.

Beliau juga menyempurnakan pemberian Geran ‘Pengisytiharan Tanah Berkelompok Persendirian’ kepada 32 peneroka Felda Palong 8 yang mengusahakan penanaman semula getah dan kelapa sawit secara persendirian dan bukan melalui Felda.

Ketua Pembangkang itu turut menerima kemasukan 80 peneroka Felda Palong 8 yang menyerahkan Borang Permohonan Peneroka Generasi Baru.Keadilandaily

Halang parabola VS Langgan Astro















CAKERA PARABOLA TAK DIBENARKAN KERANA TERIMA SIARAN NEGATIF
- meloya

KUALA LUMPUR 17 Nov. - Orang awam tidak dibenarkan menggunakan cakera parabola untuk menerima siaran televisyen luar negara kerana bahan siaran berkenaan memberi kesan negatif kepada rakyat, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Joseph Salang Gandum berkata, cakera parabola hanya dibenarkan diguna di kawasan pedalaman dan di tempat yang tidak dapat dihubungi oleh perkhidmatan talian tetap.

"Di kawasan pedalaman, cakera parabola dipakai secara meluas untuk mendapatkan data dan perkhidmatan jalur lebar melalui alat dikenali ”Very Small Aparture Terminal” atau VSAT,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Panglima Abdul Ghafur Salleh (BN-Kalabakan).

Anggota Parlimen tersebut bertanya mengenai penggunaan cakera parabola yang masih tidak dibenarkan kerajaan sedangkan maklumat dan hiburan pada masa kini sudah tiada sempadan. - Tiewnama

NOTA:
ini bohong
ini kenyataan menipu
bukan tugas kerajaan untuk menjaga moral
bukan tugas kerajaan untuk jaga kote rakyat
bukan tugas kerajaan untuk arahkan pancutan kita

kenyataan ini menipu

sekarang semua tv dah percuma
kalau pergi ke utara eropah
sweden denmark atau finland
ccn bbc semua percuma
hanya beli parabola sendiri

cnn telah ada iklan
bbc di bayar oleh warga britain

tv sekarang macam radio
cuba buka radio
boleh dengar seluruh dunia
radio dari amerika latin
radio dari afrika
radio dari negara arab
radio dari china
malah dari mongolia pun ada

maloan ini menipu
rakyat malaysia dipaksa melanggan astro
rakyat malaysia dipaksa untuk kayakan kroni madey
rakyat malaysia dipaksa kayakan kapitalis ananda

inilah dia projek melayu tipu melayu
untuk kayankan kroni india


NOTA:
di indonesia
di sabah
di serawak
semua ada parabola sendiri
tak perlu langgan astro
macam dengar radio
semua percuma


NOTA
menonton tv adalah satu kerja bodoh
membayar untuk menjadi bodoh
ada dua kali bodoh
kah kah kah

Musim bah dah tiba, siap sedia menghadapinya

Banjir di Setiu




21 NOV. 2011: Sekumpulan kanak-kanak bermain perahu di hadapan rumah mereka yang ditenggelami air di Kampung Merbau Menyusup, Setiu, Terengganu. Banjir mula melanda negeri itu dengan 26 penduduk di daerah berkenaan mula berpindah. - Utusan/AZLAN BAHRUM


KUALA TERENGGANU 22 Nov. – Seramai 47 orang daripada 11 keluarga mangsa banjir dari Kampung Tasik Setiu yang dipindahkan pagi semalam masih berada di pusat pemindahan di balai raya kampung itu.

Kedudukan pelajar kita dibimbangi :Mesir

Tentera, polis dan sb terlalu banyak dosa dan takut hilang kuasa jika kerajaan baru mengheret mereka dalam mahkamah keadilan.

Rakyat Mesir Berhimpun Di Tahrir, Pelajar Malaysia Bimbang



Kaherah, 21 Nov : Para pelajar Malaysia di Mesir dilanda kebimbangan ekoran kekacauan yang berterusan di ibu kota negara berkenaan ekoran rusuhan melibatkan penunjuk perasaan di Dataran Tahrir, Kaherah sejak kelmarin.
Wakil pelajar, Muhammar Amin Abdul Yasin, 24, berkata, pelajar Malaysia kini berada dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan konflik lebih teruk berlaku di negara berkenaan dalam tempoh terdekat.

“Kedutaan Malaysia juga telah mengeluarkan pekeliling kepada pelajar Malaysia di sini (Mesir) supaya sentiasa berjaga-jaga terhadap keselamatan diri dan ketika ini terdapat kira-kira 10,000 pelajar Malaysia di Kaherah serta 1,400 di Mansoura.

“Kami juga diminta tidak keluar lewat malam, tidak menghampiri kawasan pilihan raya serta tempat perkumpulan orang ramai dan dilarang menyertai sebarang perhimpunan,” katanya dalam satu kenyataan.

Muhammar Amin yang merupakan pelajar tahun enam jurusan perubatan Universiti Mansoura berkata, dia dan teman-teman masih mengikuti kelas di universiti seperti biasa tetapi bimbang konflik itu jika berlanjutan akan menjejaskan kuliah mereka.
Desakan rakyat Mesir serah kuasa
Muhammar Amin
Menurutnya, kekecohan berlaku kerana rakyat Mesir mendesak tentera negara itu mengumumkan tarikh penyerahan kuasa kepada kerajaan baru.

Sehubungan itu, katanya, para pelajar Malaysia di Mesir memohon kerajaan Malaysia membantu mereka jika keadaan politik bertambah teruk di negara tersebut.

Ibu bimbang terima panggilan anak

Sementara itu, ibu kepada seorang pelajar Malaysia di Mesir, Fauziah Mahat, 49, berkata, beliau berasa bimbang dengan keadaan anak perempuannya ekoran kekecohan yang berlaku.
Anaknya, Aini Sakinah Noor Azman, 22, melalui panggilan telefon kelmarin memberitahu dia sering melihat kereta kebal berkeliaran di merata tempat di Mansoura dan situasi itu turut berlaku di Kaherah.

“Saya sempat berpesan kepada Aini supaya beli makanan secukupnya dan tidak keluar dari rumah jika keadaan bertambah tegang,” katanya.

Demonstran ditembak gas pemedih mata, peluru getah
Beratus-ratus penunjuk perasaan yang membanjiri Dataran Tahrir di sini semalam bertempur dengan pasukan keselamatan Mesir, sekali gus meneruskan ketegangan pada malam sebelumnya.

Di dalam beberapa buah bilik rawatan yang dibina di dalam masjid berhampiran dataran tersebut, penunjuk perasaan menerima rawatan kerana ditembak dengan gas pemedih mata dan peluru getah.

Tunjuk perasaan itu bertujuan menuntut Majlis Tertinggi Pasukan Bersenjata (SCAF) yang mengambil alih kuasa selepas Presiden Mesir, Hosni Mubarak ditumbangkan pada Februari lalu menyerahkan kuasa kepada rakyat.

Mereka juga mahu Hussein Tantawi yang mengetuai junta tentera dan Menteri Pertahanan sewaktu pemerintahan Mubarak meletak jawatan.

“SCAF meneruskan polisi Mubarak, tiada apa yang berubah,” kata seorang penunjuk perasaan, Khaled di sebalik laungan “kebebasan! kebebasan!” rakan-rakannya.

“Keganasan hari ini menunjukkan bahawa Mubarak masih berkuasa,” kata seorang lagi penunjuk perasaan, Ahmed Hani yang cedera di dahi akibat terkena peluru getah.

Penunjuk perasaan turut menggunakan rangkaian laman sosial untuk mengajak lebih ramai rakyat Mesir menyertai perjuangan mereka.

Isnin, 21 November 2011

Krisis harga kelapa di Ganu

RM 3 Sebiji di Terengganu

Oleh: sangkancil

KUALA TERENGGANU - Ramai pengguna terutamanya suri rumah terkejut mendapati harga kelapa meningkat antara RM2.50 hingga RM3 sebiji dan beberapa penjual berkata kenaikan itu kerana bekalan yang berkurangan.

Menurut mereka, harga kelapa mula meningkat sejak beberapa hari lalu dan santan segar pula dijual dengan harga RM9 satu kilogram.

Yusof Abdullah, 43 peniaga kedai runcit di sini berkata sebelum ini kelapa dijual antara RM1.20 dan RM2 sebiji, bergantung pada saiz dan dia terpaksa menjual dengan harga tinggi daripada biasa kerana kurang mendapat bekalan.

"Pembekal juga menjual dengan harga lebih tinggi berbanding kebiasaan," katanya.

Sementara itu, penjual nasi dagang Fatimah Awang, 46, berkata harga nasi dagang sekarang dijual RM2.50 sebungkus kerana kenaikan harga bahan asas termasuk kelapa.

"Sekarang susah hendak cari nasi dagang dengan harga lebih rendah seperti dahulu terutama di bandar ini," katanya.

Katanya, kenaikan harga kelapa itu bukan sahaja melibatkan peniaga nasi dagang tetapi juga peniaga makanan yang lain.

Pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Terengganu ketika dihubungi berkata ia akan menyiasat kenaikan harga kelapa, sementara pengarahnya Hasan Jusoh meminta pemborong kelapa menghubungi bahagian operasi Fama untuk mendapatkan bekalan jika perlu.

Beliau berkata Fama akan berusaha mendapatkan bekalan kelapa tempatan dan import dalam mengatasi masalah kekurangan bekalan di negeri ini. - Bernama

Kelapa buat pening kepala (Arkib)


SANTAN PULAK NAIK HARGA


Kelapa dikatakan berkurangan di Terengganu yang banyak mempunyai pokok kelapa, menyebabkan harga santan segar kini meningkat pada harga RM9 sekilo berbanding RM6 sekilo bulan lalu.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Terengganu, Hasan Jusoh berkata antara punca kekurangan kelapa ialah pekebun lebih banyak menjual kelapa muda kerana harganya lebih tinggi.

Beliau berkata harga runcit kelapa muda sekarang ialah RM2.50 sebiji sementara di peringkat ladang antara RM1.00 hingga RM1.50 sebiji.

Harga kelapa tua ialah 70 sen sebiji.

Beliau berkata kekurangan kelapa turut berlaku di negeri lain.

"Sehubungan kekurangan ini, kami sedang cuba mendapatkan bekalan kelapa dari pengimport untuk mengatasi masalah yang dihadapi," katanya.

Raksa dalam sos KR1M boleh jadi racun


Tokey Kedai Power dari Menteri?


Hidup melayu!!! ehhh?? Melayu ke owner Mydin ni??


Perghhh!
Hebat betul owner Kroni Kapitalis Mydin nih..
Ngalahkan pakar makanan beb!

NGO khas untuk makanan pun dia leh tapau!

Yang menteri... sonyappp.
nak bercakap takut Rosmah.. opsss.. Hajah Rosmah marah..
So, sonyap ajolah...

Alahhhh.. menteri anak bini bukan beli barang kat Kedai 1malaysia punnn..
Yang beli semua ahli-ahli dan penyokong UMNO yang miskin melarat..
sok nak pilihanraya bagi RM50 sorang..
usahkan raksa.. usahkan merkuri..
Bagi setong racun pun pencacai UMNO ni sanggup minummmm!
janji Hidup Melayu!!!

budakbalun 20112011

Sos cili: Jangan abai keselamatan pengguna

Dakwaan Mydin bahawa sos cili 1Malaysia yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) adalah selamat, bercanggah dengan kepentingan sendiri kerana ujian makmal dilakukan sendiri oleh pembekalnya, kata ketua pegawai eksekutif, Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users), DN Ratna.

KR1M chili sauceSebelum ini, Standards Users mendakwa sos cili berkenaan dikesan mempunyai tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan dalam Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Bagaimanapun, pengendali KR1M dalam satu kenyataan berkata: “Buat masa ini, ujian makmal dari pembekal menunjukkan bahawa formula produk itu mematuhi keperluan Akta Peraturan-Peraturan Makanan.”

"Ini antara kata-kata awak san saya. Ia (ujian itu) harus dilakukan oleh pihak berkuasa yang mempunyai autoriti yang kompeten.

"Autoriti itu bukan saya, bukan (ahli parlimen Petaling Jaya) Tony Pua, dan juga bukan Mydin - ia sepatutnya Bahagian Keselamatan Makanan dan Kualiti di bawah Kementerian Kesihatan,” kata Ratna ketika dihubungi semalam.-mkini

Johor bukan lagi kubu Umno, kubur bolehjadi


UMNO Johor Kini Berada Di Penghujung Usia

Ibn_bacoks

image
PONTIAN – UMNO Johor dibawah pimpinan Menteri Besarnya, Datuk Abdul Ghani Osman, didakwa kini berada di penghujung pemerintahannya.

Perkara ini dinyatakan secara tegas oleh M. Subramanian, Ketua Penerangan, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) negeri Johor dengan katanya berdasarkan kajian yang telah dilakukan bahawa pertambahan pengundi baru yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) rata-ratanya adalah daripada kalangan bukan Melayu.

Hal ini katanya menjadi petanda bahawa pengundi Melayu bukan penentu kepada kemenangan UMNO-Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang.

”Pengundi Melayu bukan penentu undi bagi kemenangan Barisan Nasional di Johor. Kajian mendapati 26.000 pengundi baru daripada orang Cina” tegas beliau lagi.

Tambahan pula ujarnya lagi, Pakatan Rakyat (PR) Johor telahpun mensasarkan lebih 13 kawasan Parlimen manakala 35 lagi ialah di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), akan turut memberi kejutan kepada parti yang sudah 53 tahun menjadi pemerintah di negara ini.

”(sejumlah) 13 kawasan Parlimen dan 35 peringkat DUN (Dewan Undangan Negeri) Johor akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Ini laporan sulit yang terakhir (diterima)” ujar beliau lagi.

Selain itu, kata Subramaniam lagi, negeri yang terkenal dengan jolokan ‘kubu kuat UMNO’ itu didakwa turut memiliki rekod kes khalwat yang banyak.

Dianggarkan kira-kira 1730 kes khalwat di negeri ini dan ini disifatkan satu jumlah yang cukup besar.

”Johor (ada) 1730 kes khalwat. Disebabkan kesilapan UMNO perkara ini berlaku.” ujarnya lagi.

Justeru katanya lagi, adalah suatu yang malang bagi rakyat Malaysia yang mempunyai sebuah pemerintah yang hanya mendominasi sesuatu kaum dalam sesebuah parti.

Sedangkan katanya, rakyat negara ini harus berbangga kerana PAS bukan disifatkankan sebuah parti untuk satu kaum sahaja dan hal ini boleh membawa ke arah sebuah negara yang maju dan cemerlang.

”Kalau negara ini nak maju, jangan ada parti satu kaum.

”UMNO sendiri dalam bahasa inggeris. Kalau tak (amalkan) perkauman, parti dalam Malaysia dah maju seperti PAS” tegas beliau lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada majlis Ceramah Umum anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Pontian, di perkarangan Markas PAS Cawangan Parit Ibrahim, Sungai Pinggan, Dun Benut, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Hj. Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Pontian, Ustaz Atan Gombang, Pengelola Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut, Ustaz Faizul Hakim Ahmad, Ketua Dewan Pemuda PAS Pontian.

Janji PM mansuh Isa hanya pembohongan ; Tok Guru

ISA: Pakatan kata BN bodohkan rakyat, Hisham dakwa 13 ‘amat bahaya’

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR – Pakatan Rakyat terus mengecam penahanan 13 individu di bawah ISA di Sabah dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, sebagaimana disangka PAS dan kebanyakan rakyat, janji pentadbiran Najib sebenarnya hanya satu pembohongan terancang bagi memperbodohkan rakyat.

Bagaimanapun dalam kenyataan berasingan di Kluang hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendedahkan kumpulan 13 individu yang ditahan pihak berkuasa di Tawau awal minggu ini sebagai amat berbahaya kepada keselamatan negara dan serantau.

Menurut beliau, kumpulan 13 individu terbabit termasuk enam warga asing “tidak takut mati” dan “mahu mati jihad” amat berbahaya bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi seluruh rantau Asia Tenggara.

“Kumpulan ini tidak takut mati dan sememangnya mereka mahu mati dalam jihad,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bersama Pemimpin di Felda Bukit Tongkat, Kluang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Semberong menyifatkan isu penahanan 13 individu terbabit sebagai “amat serius” dan berkata, pada ketika ini mereka sedang ditahan di pusat tahanan di Tawau.

Hishammuddin juga berkata operasi penahanan 13 individu yang dilaksanakan oleh unit khas anti keganasan polis turut menemui sejumlah besar senjata api dan bahan letupan.

“Ada (senjata yang ditemui), bukan sedikit dan senjata itu dari (negara) luar,” katanya, membuktikan kumpulan individu itu amat berbahaya.

Menteri Dalam Negeri itu turut mendedahkan operasi yang dilaksanakan oleh 13 individu yang ditahan tersebut melibatkan tiga buah negara, tetapi beliau tidak mendedahkan ketiga-ketiga negara terbabit.

Beliau juga berkata, kumpulan terbabit juga menjadikan beberapa tempat dan individu sebagai sasaran mereka.

“Ia melibatkan tiga negara, dengan ada negara tertentu di mana mereka mendapatkan latihan ketenteraan, ada negara dijadikan tempat perancangan dan ada negara di mana tempat serta individu tertentu dilihat sebagai sasaran mereka,” katanya yang juga Naib Presidn Umno.

Dua hari lalu, Hishammuddin berkata beliau ke Indonesia untuk melihat dengan lebih dekat tentang rangkaian kumpulan ini di Malaysia dan negara-negara jiran.

Katanya, Kementerian Dalam Negeri akan memerangi sebarang kegiatan keganasan secara bersungguh-sungguh dan tidak mahu ia dipolitikkan.

Dalam komennya di laman sosial Facebook, Nik Aziz (gambar) yang juga Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS berkata, “maka benarlah sangkaan PAS dan kebanyakan rakyat selama ini bahawa janji Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) untuk memansuhkan ISA sebenarnya hanyalah suatu pembohongan terancang bagi memperbodohkan rakyat Malaysia kononnya kerajaan Umno-BN ingin memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang paling demokrasi di dunia.”

“Namun pada hakikatnya Umno-BN masih tetap mengekalkan kezaliman, keangkuhan dan tetap sujud kepada talian hayat terakhir mereka iaitu akta kuku besi ISA bagi menakut-nakutkan rakyat supaya tunduk kepada Umno-BN,” kata beliau.

Sementara itu, Naib Presiden PKR N Surendran yang merujuk kepada kenyataan Hishammuddin berkata, justifikasi beliau itu tidak boleh diterima sama sekali dan bercanggah dengan janji dibuat oleh perdana menteri.

“Jika betul menteri ada bukti kukuh, mengapa tidak mendakwa di mahkamah terbuka?

“Penahanan ini membuktikan sikap tidak jujur perdana menteri dengan janji pembaharuan yang dibuat oleh beliau,” katanya sambil menambah, “pengumuman pembaharuan beliau hanya taktik murahan untuk menang undi pilihan raya umum.”

Katanya, Najib sebenarnya tiada niat untuk mengembalikan kebebasan asas yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Pendek kata Najib telah melakukan satu pembohongan besar menerusi televisyen ketika menjanjikan pembaharuan pada Hari Malaysia tahun ini,” katanya lagi.

Dalam usahanya mahu menjustifikasi penahanan tanpa bicara, kata Surendran, Hishammuddin juga berkata, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat ada undang-undang pencegahan untuk berhadapan dengan keganasan.

“Ini sesuatu yang memalukan, tindakan berbohong Hishammuddin mahu mengelirukan rakyat.

“Berbanding dengan Malaysia, Patriot Act tidak membenarkan rakyat Amerika Syarikat ditahan tanpa perbicaraan, hanya rakyat bukan warganegaranya boleh ditahan dan hanya sehingga tujuh hari. (Sementara) peruntukan antikegagasan UK, Australia dan Kanada pula sangat terhad,” katanya lagi.

Sehubungan itu kata Surendran, kerajaan seharusnya membebaskan 13 individu terbabit dengan segera, menjanjikan bahawa tiada lagi tahanan di bawah ISA, memansuhkan dengan segera ISA dan undang-undang pencegahan yang lain dan menarik balik langkah mahu memperkenalkan dua undang-undang pengganti.

Utus surat cinta dengan Rabin


Apa Hubungan Mahathir Dengan Yahudi Singapura?


Artikel dari "Australian Jewish News" di bawah memberitahu kita beberapa perkara menarik berkaitan Dr Mahathir:
1.0 Dr Mahathir berkawan baik dengan seorang Yahudi Singapore bernama Yahya Cohen.

1.1 Yahudi Yahya Cohen ini adalah rakan sekelas Dr Mahathir sewaktu beliau belajar di Universiti Malaya di Singapore
1.2 Yahya Cohen kemudiannya menjadi Pengerusi Persatuan Perubatan Singapura



2.0 Dr Mahathir sering berutus surat dengan Yitzak Rabin, bekas Perdana Menteri Israel.

2.1 Sehingga pernah mengajurkan lawatan sambil belajar bagi budak2 Yahudi dari Israel untuk melawat Malaysia
2.2 Membawa masuk seorang intellek Yahudi tersohor ke Malaysia untuk satu lawatan rasmi
Artikel ini telah menyebabkan Hanief dari Hanief.blogspot.com disiasat oleh pihak MCMC. Oleh kerana Hanief bekerja di Singapura, maka ibu bapa Hanief telah diseret MCMC.

Jelas sekali, UMNO takut sekali rahsia hubungan Mahathir dengan beberapa ekor Yahudi antarabangsa ini terdedah.

Ini kerana, selama ini Dr Mahathir ke hulu ke hilir menjual cerita kononnya Anwar Ibrahim adalah agen Barat dan Agen Yahudi.

Rupa2 nya Mahathir rupanya yang ada udang di sebalik batu. Rasanya Anwar Ibrahim tidak lah sampai berutus warkah cinta dengan bekas Perdana Menteri Israel, Yitzhak Rabin seperti yang dilaporkan oleh artikel di bawah ini.

Saya tak sabar nak dapatkan penerangan dari Dr Mahathir berkaitan artikel dan beberapa dakwaan dalam artikel di bawah ini. Amat menarik sekali kalau boleh didapatkan penerangannya dgn kadar segera.
Malaysia waves

Ahad, 20 November 2011

Lagi kes guru besar yang besar kepala


Guru Besar Lempar Duit Kepada Ibu Bapa, Berlaku Di Parlimen TPM

Pagoh: “Saya terkejut kerana guru besar sanggup melemparkan wang RM26 di depan kami dan melayan seperti pengemis, sedangkan kami ke sekolah kerana mahu menuntut hak anak mendapat RM100 seperti mana diterima pelajar lain,” kata Azman Salleh, 38, bapa seorang murid yang kecewa wang pemberian kerajaan kepada anaknya dipotong tanpa alasan munasabah.

Menurut Azman, anaknya, Ainul Akmal, 8, hanya menerima RM56 kerana pengurusan sekolah memotong RM44 dengan alasan untuk melunaskan hutang buku rampaian.

Potongan itu memeranjatkan Azman dan isteri, Norizan Mohd Mustafa, 38, kerana apa diketahui mereka, tiada sebarang hutang buku yang masih belum dilunaskan.

Azman berkata, Selasa lalu dia pergi ke sekolah untuk mengambil wang seperti diarahkan tetapi terkejut apabila hanya menerima separuh daripada jumlah asal.

Katanya, dia ada bertanyakan guru mengenai hutang dimaksudkan tetapi tidak mendapat jawapan meyakinkan. “Pengurusan sekolah memaklumkan hutang buku rampaian Ainul tahun ini belum dijelaskan sedangkan saya dan isteri sudah membayarnya.

“Lebih pelik, anak saya juga tidak pernah mendapat buku rampaian dimaksudkan sehingga tamat persekolahan tahun duanya.

“Jika benar kami masih mempunyai hutang, mengapa pengurusan sekolah tidak mengeluarkan sebarang surat untuk memaklumkan perkara itu sebelum ini?” katanya.

Tidak puas dengan penjelasan itu, Azman berkata, dia sekali lagi pergi ke sekolah berkenaan, semalam, namun kecewa apabila guru besar melayannya seperti pengemis selain mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan mereka sekeluarga.

Katanya, kejadian berlaku di pejabat itu turut disaksikan isteri, kerani dan kakitangan sekolah berkenaan.

“Saya meminta secara elok baki duit anak kerana Ainul tidak pernah mendapat buku rampaian dimaksudkan.

“Namun, guru besar itu tiba-tiba melenting dan mengeluarkan duitnya sendiri sebanyak RM26 sebelum melemparkannya kepada kami.

“Saya begitu terkejut dengan tindakannya itu. Inikah sikap seorang guru yang selama ini diagungkan sebagai pendidik bangsa?” katanya yang membuat laporan polis pada hari sama.

PS : Guru besar sekolah rendah memang biasanya Pro UmnoBn, naik pangkat ikut pintu belakang, pentadbiran tak reti, jadi balaci, hey...ramai lagi yang lebih layak tapi oleh kerana tak pandai kipas maka jadilah guru biasa sampai pencen...

Mirzan gagal siapkan projek di India

PANAS!!! Anak Mahathir dinamakan dalam siasatan di India




Anak Mahathir jauh-jauh cari lobang bisnes sampai masuk San Miguel yang buat arak rupanya dah balik negeri!

Ingatkan Ananda Krishnan je yang ada skandal kat India, rupanya Mahathir pun dua kali lima kah kah kah...

Patutla ada orang cakap, Ananda dengan Mahathir ada sepapat sepusing.

Mirzan Mahathir dinamakan dalam siasatan di India

Ahli perniagaan Malaysia, Mirzan Mahathir dinamakan dalam afidavit di mahkamah India berkaitan siasatan dalam pembangunan Pelabuhan Kakinada di Andhra Pradesh.

Mirzan, 51, telah memperoleh projek itu semasa bekas ketua menteri negeri Chandrababu Naidu memegang jawatan.

Dokumen setebal 2,424 muka itu menyatakan bahawa sebuah konsortium yang diterajui Mirzan memperoleh pembesaran pelaburan laut air dalam pada 1999.

Afidavit itu difailkan oleh isteri mendiang ketua menteri Andhra Pradesh, YS Rajasekhar Reddy's (YSR), YS Vijayalakshmi di Mahkamah Tinggi negeri itu bulan lalu.

YSR, seorang ahli politik yang berpengaruh, terbunuh dalam nahas helikopter pada 2009.

Petisyen itu menyatakan bahawa projek berkenaan ditawarkan secara Bina-Operasi-Pindah dan konsortium itu diberikan 18 bulan untuk membina dua buah dermaga di Pelabuhan Kakinada, pelabuhan kedua terbesar di Andhra Pradesh.

"Tetapi konsortium itu gagal memenuhi komitmennya dan kerja-kerja pembinaan dermaga lain hanya dimulakan lima tahun kemudian pada 2004," menurut afidavit itu.

Disebabkan kelewatan, perbendaharaan negeri mendakwa kerugian kira-kira RM33 juta antara 1999 dan 2007.

Berdasarkan dokumen mahkamah yang difailkan, Mahkamah Tinggi itu kini mengarahkan Biro Siasatan Pusat (CBI) dan Direktorat Penguatkuasaan (ED) menyiasat semua dakwaan terhadap Naidu dan rakannya.

Naidu, presiden Parti Telugu Desam, adalah ketua menteri Andhra Pradesh dari 1994 hingga 2004.

Beliau menerajui parti itu daripada mendiang bapa mertuanya, NT Rama Rao, yang ketika dulu ikon filem Telugu.

Sebsidi sebenarnya tak wujud, helah tipu pekerja dan rakyat

Rasanya t...Kebenaran Tentang ‘Subsidi’… Sharizat Dapat Projek Ladang Tembikai

reformisanakmuda
Semasa cuti dihujung minggu ini, mari kita memahami keadaan sebenar yang sedang berlaku di negara ini, apakah dia yang dimaksudkan ‘Subsidi’ yang kononnya diberi oleh kerajaan Bn:

....... Seorang lelaki yang dipanggil Maha memiliki sebuah ladang yang boleh menghasilkan 10 biji tembikai setiap hari. Beliau mempunyai 5 orang pekerja yang mengendalikan ladang. Setiap daripada mereka makan sebiji tembikai setiap hari.

Baki 4 biji tembikai yang tinggal, tuan rumah menjual pada harga RM10 setiap satu dan dia memperolehi RM40 jualan. Dia gunakan RM25 untuk kos operasi ladang, beri RM2.00 kepada setiap pekerja dan dia menyimpan RM5.00 sebagai keuntungan.

Hari demi hari, ladang itu dimajukan dengan baik dan kesemua 5 pekerja berpuas hati dengan simpanan wang mereka.

Meningkatkan Kualiti Ladang

Apabila Maha meninggal dunia, tuan tanah yang baru, Najib, datang untuk meneruskan operasi ladang.

Dia berkata kepada para pekerja: "Kita perlu untuk meningkatkan kualiti ladang dan mentakrif semula cara kita berfikir. Mulai sekarang anda semua hanya perlu membayar RM1.00 bagi setiap tembikai yang anda makan. Ia sangat murah jika dibandingkan dengan harga RM10 setiap satu di luar ladang”.

Para pekerja tiada pilihan tetapi terpaksa membayar RM1.00 bagi sebiji tembikai yang mereka makan setiap hari. Pendapatan mereka berkurangan dari RM2.00 kepada RM1.00 bagi setiap orang.

Seperti biasa, Najib menjual 4 biji tembikai dan dia mendapat RM40. Beliau menggunakan RM25 untuk kos ladang dan membayar gaji RM10 kepada pekerja. Beliau mendapat RM5.00 sebagai keuntungan. Selain itu, beliau mendapat keuntungan RM5.00 dari tembikai yang dijual kepada pekerja-pekerjanya. Secara keseluruhan, dia mendapat RM10 sebagai keuntungan setiap hari.

Penswastaan

Sekarang .... dengan kenaikan harga barang, Najib menaikkan harga tembikai kepada RM20 setiap satu. Najib mendapat keuntungan yang lebih tinggi kerana dia mendapat jualan RM80 untuk 4 biji tembikai setiap hari.

Kemudian, beliau memutuskan untuk memberikan kontrak perladangan untuk diswastakan kepada salah seorang teman rapat, Sharizat.

Sharizat berkata : “Harga tembikai naik, peningkatan kos ladang juga naik”.

Jadi, peningkatan kos ladang dinaikkan dari RM25 kepada RM50. Pada hakikatnya, peningkatan kos hanyalah RM30. Jadi lebihan RM20, Najib dan Sharizat berkongsi sama rata yang dikenali sebagai komisyen.

Mari kira berapa banyak Najib dapat setiap hari :

keuntungan bersih jualan - RM20
untung dari peningkatan kos ladang - RM10
jualan tembikai kepada pekerja - RM5

Secara keseluruhan, Najib mendapat RM35 sehari berbanding RM10 pada mulanya apabila beliau mengambil alih ladang dari Maha. Keuntungannya bertambah RM25 dan pekerja masih mendapat gaji RM1.00 sehari.

Subsidi

Atas desakan isterinya, Najib menjadi tamak tidak mahu berhenti di sini:

Satu hari, dia berkata kepada pekerja-pekerja yang lain : “Anda lihat, harga pasaran semasa untuk satu tembikai adalah RM20 dan anda hanya membayar RM1”.

“Lihatlah betapa bertuahnya anda! Saya telah memberi SUBSIDI RM19.00 bagi setiap biji tembikai anda beli. Secara keseluruhan, saya beri SUBSIDI RM95.00 untuk tembikai yang anda beli”.

“Ini amat membebankan ladang dan kita mungkin menjadi muflis jika kita terus seperti ini”.

“Untuk mengelakkan kebankrapan, saya perlu tingkatkan harga tembikai yang anda beli dari RM1.00 kepada RM1.50 , dan saya akan tanggung RM18.50 baki sebiji tembikai sebagai subsidi saya kepada anda semua”.

Jadi, dengan pengurangan subsidi, Najib menambah RM2.50 dari pekerja dan keuntungan menjadi RM37.50 .......

Apa Rakyat Perlu Buat

Selepas anda membaca cerita ini, saya pasti anda telah memahami makna 'SUBSIDI' yang diberikan oleh kerajaan.

Pertama sekali , subsidi RM95 TIDAK PERNAH WUJUD dan begitu juga dengan subsidi RM52 bilion petrol dan barangan lain yang kononnya bermurah hati 'diberikan' oleh kerajaan.

Pemotongan subsidi minyak sebenarnya hanya DIREKA-REKA dan alasan untuk mencuri wang dari poket Rakyat sendiri …

Sekarang anda faham mengenai subsidi ! . . ..
Reformis Anak Muda memohon anda memberitahu kepada seluruh Rakyat, terutamanya golongan Pekerja... mengenai penipuan pemimpin UmnoBn dan hakikat sebenar siapa sebenarnya yang mendapat subsidi…

Dan… beritahu mereka apa yang boleh kita buat? ... Mengundi dengan bijak.

Sabtu, 19 November 2011

Tahniah Ikhwan Tunisia pegang tampuk pemerintahan



Hamadi Jebali PM baru Tunisia

TUNIS: Hamadi Jebali, dari parti Islam Ennahda, akan diumumkan sebagai Perdana Menteri Tunisia, susulan perjanjian antara tiga parti politik utama negara itu.

Pegawai kanan parti Kongres Republik, Abdelwaheb Matar, berkata ketiga-tiga parti bersetuju melantik aktivis yang memperjuangkan golongan veteran itu sebagai perdana menteri manakala ahli politik pembangkang, Moncef Marzouki sebagai Presiden Tunisia.Bulan lalu, Tunisia mengadakan pilihan raya demokratik selepas sembilan bulan pemimpin diktatornya, Zine El Abidine Ben Ali digulingkan.Kira-kira 217 kawasan yang dipertanding pada pilihan raya lalu, bertujuan melantik pemangku sebelum pilihan raya umum diadakan. - AFP

NFC : Pembelian kondo tidak boleh diterima, tipu kertas kerja

Skandal NFC: Kemanakah kesudahannya?Kenapa tak tangkap Shahrizat dan Noh Omar?




Setelah hampir sebulan sunyi sepi, National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), yang menjadi sasaran dalam parlimen dan di luar parlimen, akhirnya membuka mulut.

Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, pengerusi NFC dan suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menganjurkan sidang akhbar pada 17 November lalu bagi mempertahankan NFC.

Beliau menjelaskan bahawa segala-galanya berjalan dengan baik, syarikat sedang menuju ke arah mencapai sasarannya dan tidak berlaku sebarang penyelewengan.

Tetapi fakta-fakta beliau jauh dari meyakinkan. Malahan, ia hanya satu percubaan untuk menutup skandal, dengan beberapa penafian yang telah pun dibuat oleh para pemimpin Barisan Nasional (BN) sebelum beliau.

Sebelum kita pergi kepada subjek utama, mari kita sentuh dua isu. Pertama, sidang akhbar Salleh dibuat secara eksklusif kerana hanya membenarkan enam organisasi media sahaja, iaitu akhbar berbahasa Melayu dan saluran-saluran televisyen membuat liputannya.

Akhbar berbahasa Cina dan lain-lain diharamkan dari sidang akhbar itu. Jika NFC benar-benar ikhlas mahu menyatakan yang benar, mereka tidak harus bimbang kepada para wartawan selain dari media yang dikawal oleh BN, yang pada kebiasaannya dianggap perkakas propaganda BN?

Jelas kelihatan NFC tidak mempunyai keyakinan untuk menjawab soalan-soalan dari para pemberita dari media yang tidak dikawal oleh BN? Tidakkah ini jelas menunjukkan BN mahu rakyat membaca apa yang BN mahu mereka membacanya?

Pembelian kondo tidak boleh diterima

Kedua, Salleh mahu kita mempercayai bahawa pembelian dua unit kondominium mewah berjumlah RM14 juta itu adalah usaha menggunakan pinjaman mudah itu secara sah dengan menyatakan kedua-dua kondo ini memberi pulangan yang tinggi.

Beliau berkata, pulangan sewa dari sebuah kondo ialah RM70,000 tetapi tidak ada sesiapa yang mempercayainya.

Selain dari kredibilitinya tercabar, siapakah dia Salleh yang memikirkan dirinya membuat rakyat tidak keberatan untuk meminjamkan wang kepada keluarganya pada tempuh jangka panjang dengan kadar faedah 2% supaya mereka dapat meraih pulangan berlipat kali ganda hasil dari pelaburan dalam hartanah?

Alasannya bahawa ini (pembelian dua kondo) merupakan pelaburan sementara atas lebihan wang yang boleh digunakan kemudian nanti untuk projek lembu feedlot adalah tidak boleh diterima.

NFC tidak sepatutnya membuat permohonan dan kerajaan juga tidak sepatutnya memberi kebenaran untuk mengeluarkan wang yang banyak itu, yang tidak digunakan dari Akaun Pinjaman Khas. Pengeluaran wang dari akaun sepatutnya dikawal ketat dan diteliti

Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Atau, adakah NFC memberitahu kita bahawa mereka tidak menyediakan unjuran aliran tunai dan akaun untung rugi untuk projek ini ketika membentangkannya kepada kerajaan sebelum kontrak ini diperolehi?

Salah guna dana awam yang berlaku mencerminkan kegagalan kerajaan untuk melindungi dana awam, atau lebih buruk, terdapat konflik kepentingan berunsur jenayah (disebut rasuah) kerana memberi kontrak kepada kroni tanpa pertimbangan yang saksama melalui kertas kerja projek yang lengkap..

Sekarang, mari kita lihat kepada fakta-fakta yang dikemukakan oleh Salleh untuk menyokong dakwaannya bahawa projek ini berjalan dengan baik.

Projek ‘berjaya’ satu ilusi

Salleh berkata, ini merupakan tahun ketiga operasi dan masalah remeh temeh adalah dijangka. Salah. Anaknya sendiri, Wan Shahinur Izran, ketika itu Ketua Pegawai Eksekutif berkata, ketika majlis menandatangani perjanjian kemudahan pinjaman RM250 juta itu pada 6

Disember 2007 bahawa “operasi dijangka bermula bulan Februari tahun depan.” Maka empat tahun sudah berlalu sejak perjanjian itu.

Kata Salleh lagi, syarikatnya telah menternak 8,016 ekor lembu pada tahun 2010, “mengatasi sasaran 8,000 ekor lembu”. Salah.

Kriteria yang harus dipertimbangkan ialah jumlah lembu yang disembelih, bukan “diternak”, kerana projek ini adalah projek pembekalan daging lembu.

Jumlah lembu feedlot tidak boleh diukur dengan pengeluaran, kalau tidak, bilangan banyak lembu yang banyak yang tiba dari luar negeri dikira sebagai “pengeluaran”.

Maka Ketua Audit Negara adalah betul dalam laporannya bahawa sebanyak 3,289 ekor lembu yang disembelih pada 2010 menyumbang hanya 41% dari sasaran, satu jumlah sasaran yang telah pun dikurangkan. Sasaran asal ialah 60,000 ekor lembu setahun seperti yang diumumkan oleh CEO Izran ketika majlis menandatangani perjanjian pinjaman itu.

Seterusnya Salleh berkata, “dari operasi tahun 2009, NFC masih belum mendapat pasaran dan tempat penyembelihan hanya diluluskan pada bulan April tahun tersebut, sijil halal diperolehi dua bulan kemudian dan Piawaian Kesihatan Veterinar, adalah wajib sebelum daging dapat dijual, dalam tahun 2010.”

Salleh menambah, NFC perlu menghantar para pekerjanya untuk menjalani latihan untuk mendapatkan kepakaran bagi mengendalikan operasi ternakan lembu.

Perkataan yang disebut Salleh ini nampak seperti seorang yang amatur dalam bidang ini, merayu supaya kita memahami masalah ini akibat prestasinya yang mengecewakan.

Ini berbeza dengan ucapan Izran pada 2007 apabila beliau berkata, “kami ingin memainkan peranan penting untuk memimpin, struktur dan mentransformasi industri daging lembu bagi mencapai 40% keperluan negara.”

Izran juga berkata, aktiviti-aktiviti syarikat termasuk “lembu feedlot dan pengeluaran makanan melalui kontrak dan perladangan satelit, penyembelihan, pemprosesan, pemasaran dan lain-lain aktiviti hiliran dan huluran.”

Untuk perladangan kontrak, NFC akan “membantu pihak-pihak terpilih untuk mendapatkan pinjaman, untuk memula projek dan latihan lanjutan dalam bidang pengeluaran dan pentadbiran perniagaan termasuk menyediakan lembu, bahan pemakanan dan perkhidmatan veterinar. Skop aktiviti ini terdapat dalam laman web NFC.

Ekuiti yang cukup?

Maka amat jelas wujudnya jurang di antara realiti dan retorik dalam kisah NFC ini.

Salleh berkata, NFC hanya memulakan operasi pada 2009. Tetapi kenapa tidak pada 2008 memandangkan syarikatnya telah memperolehi pinjaman besar ini lebih awal?

Secara tidak langsung, operasi syarikat ini bergantung sepenuhnya kepada pinjaman mudah ini tanpa mempunyai ekuiti yang mencukupi dari para pemegang sahamnya. Jika ini benar-benar terjadi maka terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam penganugerahan projek ini.

Salleh memberitahu bahawa permintaan dalam pasaran menjadi penghalang hingga membantutkan perkembangan projek ini sehinggalah pada 2010. Tetapi bagaimana mungkin ini terjadi sedangkan negara kita telah mengimport 80% daging lembu dari luar negara?

Aduan serupa ini hanya mendedahkan kelemahan mereka untuk mengendalikan perniagaan ini.

Dengan mendawa pihak yang memberi projek melambatkan kelulusan-kelulusan yang diperlukan hanya sebagai alasan sahaja.
Hakikatnya, sukar untuk menolak kemungkinan berlakunya salah guna kuasa dalam pemberian projek ini, termasuk kecuaian jenayah (oleh pihak kerajaan) dan pecah amanah (pengendali projek) dalam menyalah guna dana awam.

Langkah yang sebaik-baiknya ialah dengan mendakwa pihak yang terlibat, mendapatkan semula dana itu dan melantik usahawan yang benar-benar berwibawa untuk mengendalikan projek ini.

Adakah kerajaan BN sanggup melakukannya, atau perkara yang sama, seperti biasa akan dibiarkan terus berlaku? FMT/-

Ambil kesempatan : Wang bukan dari poket UmnoBn,

Ini Motor Suzuki RM100

Wang bantuan sekolah RM100 diberi di pejabat Umno


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang juga ketua Wanita PKR hari ini mendedahkan wang bantuan RM100 kepada murid sekolah diberikan di pejabat Umno.

Zuraida mendakwa sebuah sekolah rendah di Ampang membawa pelajarnya ke pejabat Umno bahagian untuk mendapatkan wang bantuan terbabit.

Malah bantuan tersebut diberikan oleh Ketua Umno bahagian Datuk Ismail Kijo di bangunan Umno Ampang di Jalan Bukit Belacan.

“Saya dapat panggilan dari guru besar dan ibu bapa yang memberitahu murid-murid terpaksa dibawa ke bangunan Umno Ampang untuk menerima wang itu,” kata Zuraida dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Tindakan itu disifatkan Zuraida sebagai petanda jelas Umno begitu terdesak untuk menipu rakyat bagi mendapatkan undi kerana ia sepatutnya disalurkan terus kepada sekolah dan tidak membabitkan campur tangan parti politik.

Diumum Najib

“Sepatutnya bantuan itu diserahkan oleh kakitangan kerajaan atau pun daripada Kementerian Pelajaran,” katanya.

Wang bantuan persekolahan RM100 seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Belanjawan 2012 sepatutnya disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing dengan serta-merta.

Wang bantuan itu akan diagihkan kepada pelajar Tahun Satu hingga Tahun Lima dan dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan 2011.

Manakala bayaran bantuan kepada pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu sesi persekolahan 2012 akan dibayar pada Januari tahun depan.FMT/-

Kerja guru 9 jam dimansuh, TPM elak musuhi guru



Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemansuhan projek rintis pengajaran sembilan jam yang sepatutnya bermula di empat negeri, tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ketetapan itu dibuat bagi mengelak kekeliruan di kalangan guru, selain tidak mahu menambah beban sedia ada.

Katanya, ketetapan itu sudah dimaklumkan kepada Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (Datuk Seri Abu Bakar Abdullah).

Beliau berkata demikian pada sidang media di Lapangan Terbang Labuan di sini, sebentar tadi.

Rakyat Mesir tak rela cubaan tentera ganti Mubarak

PULUHAN ribu penunjuk perasaan mendesak tentera Mesir    menyerahkan kuasa selepas 10 bulan kejatuhan pemerintahan Hosni Mubarak,  di Dataran Tahrir, semalam.

PULUHAN ribu penunjuk perasaan mendesak tentera Mesir menyerahkan kuasa selepas 10 bulan kejatuhan pemerintahan Hosni Mubarak, di Dataran Tahrir, semalam.Rakyat Mesir desak askar undur




Perhimpunan pimpinan Ikhwanul Muslimim mahu revolusi dikembalikan

KAHERAH: Berpuluh ribu penunjuk perasaan berkumpul di Dataran Tahrir semalam bagi mengadakan perhimpunan besar-besaran bertujuan mendesak tentera Mesir yang memerintah negara itu menyerahkan kuasa, 10 bulan selepas kebangkitan yang menumbangkan pemerintahan rejim Hosni Mubarak.Ketika pilihan raya parlimen semakin hampir, yang pertama sejak Mubarak disingkirkan Februari lalu, penunjuk perasaan menuntut lebih kawalan berhubung Perlembagaan yang bakal dirangka Parlimen baru.Bantahan semalam diketuai Ikhwanul Muslimim dan kumpulan pelbagai parti politik di bawah sepanduk berbeza yang bersetuju tentera mesti menyerahkan kuasa kepada kerajaan awam secepat mungkin.

“Rakyat mahukan jadual penyerahan kuasa,” kata satu slogan pada kain rentang besar yang digantung di dataran itu.

Ketika memberikan khutbah solat Jumaat, imam Mazhar Shahin menggesa penunjuk perasaan terus mempertahankan matlamat revolusi itu.

“Mungkin mereka yang memerintah memikirkan kita akan melupakan matlamat kita seiring masa yang berlalu. Mereka salah. Kami menolak bebanan dikenakan ke atas rakyat. Kami menolak dokumen Silmi. Tiada suara dapat menjatuhkan suara rakyat,” Shahin memberi amaran kepada Majlis Agung Pasukan Bersenjata (SCAF), yang mengambil alih kuasa apabila Mubarak dijatuhkan.
Dokumen kerajaan yang dicabar, dibentangkan Timbalan Perdana Menteri, Ali Silmi, mengundang kecaman pelbagai pihak kerana memasukkan klausa yang mengeluarkan bajet tentera daripada pengawasan Parlimen dan membenarkan SCAF mempunyai kata putus mengenai hal berkaitan tentera.

Kerajaan menyemak semula draf itu, tetapi Ikhwanul Muslimin, yang menganjurkan bantahan besar-besaran Julai lalu menentang piagam itu, menolak idea dokumen berkenaan yang akan mengehadkan kekuasaan Parlimen untuk menderaf Perlembagaan, menyifatkan artikel itu tidak demokratik.

Pertubuhan itu, menerusi Parti Kebebasan dan Keadilan, mungkin muncul sebagai blok terbesar dalam pilihan raya.

“Mereka yang bimbangkan pergerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir, saya ingatkan jangan takut dengan Islam di Mesir. Mesir adalah Islam, sama ada suka atau tidak. Kami mahukan negara demokratik dengan visi Islam yang membenarkan rakyat mengamalkan hak dan demokrasi,” katanya. – AFP

Padah tipu dalam PRU, amaran kepada SPR dan sekongkolan

Arroyo ditangkap polis



ARROYO duduk di atas kerusi roda semasa beliau dilarang meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Paranaque, Metro Manila pada Selasa lalu.

MANILA - Polis Filipina semalam menangkap bekas presiden, Gloria Macapagal Arroyo kerana didakwa berkomplot dengan seorang panglima perang untuk menipu dalam pilihan raya.

Beliau boleh dipenjarakan seumur hidup kerana kesalahan tersebut.

Penangkapan itu berlaku selepas pihak berkuasa menghalang Arroyo, 64, daripada meninggalkan Filipina setibanya beliau di lapangan terbang Manila di sini dengan memakai alat penyokong leher.

Ketika itu, Arroyo mahu meningglakan Filipina untuk menjalani rawatan perubatan sakit tulang di luar negara.

Menurut polis, Arroyo bersama suami dan peguamnya semasa waran tangkap dihantar ke biliknya di Pusat Perubatan St. Luke di bandar Taguig, Manila tempat bekas presiden tersebut dirawat kerana sakit tulang.

Keputusan mendakwa Arroyo oleh Suruhanjaya Pilihan Raya semalam kerana menipu dalam pilihan raya senator pada 2007 turut menandakan kemuncak kempen Presiden sekarang, Benigno Aquino untuk mendakwa pemimpin itu kerana jenayah rasuah.

"Aquino berikrar untuk membawa Arroyo ke muka pengadilan selepas beliau memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya pada tahun lalu.

"Arroyo akan berada dalam negara dan berdepan dakwaan mensabotaj pilihan raya" kata Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima dalam satu kenyataan selepas sebuah mahkamah di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas presiden berkenaan.

"Adalah menjadi hasrat kami supaya rakyat Filipina mendapat keadilan yang sepatutnya," tambah kenyataan sama.

Arroyo yang merupakan seorang bekas profesor universiti dan presiden wanita kedua Filipina didakwa melanggar banyak akta rasuah dan penipuan pilihan raya semasa era pemerintahan beliau dari 2001 hingga pertengahan tahun lalu.

Beliau beberapa kali menggagalkan usaha Parlimen untuk memecatnya ekoran dakwaan melakukan penipuan dalam pilihan raya semasa memerintah Filipina.

Beberapa pembantu Arroyo menyatakan beliau dirawat di hospital kerana menghidap sejenis penyakit tulang yang jarang berlaku.

Arroyo juga telah menjalani tiga pembedahan tulang belakang sepanjang tahun ini.

De Lima berkata, pemerintah tidak membantah Arroyo ditangkap ketika beliau dirawat di hospital.

Namun, pihak berkuasa tidak bertindak segera untuk menangkap Arroyo.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada bekas pemimpin itu akan ditahan sehingga perbicaraan berlangsung.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, penipuan undi itu berlaku di wilayah Maguindanao, selatan Filipina yang diperintah oleh keluarga Ampatuan.

Sekutu-sekutu Arroyo rapat dengan keluarga Ampatuan.

Keluarga Ampatuan mempunyai reputasi sebagai penglima perang dan melaksanakan pemerintahan di wilayah itu selama satu dekad dengan satu kumpulan tentera peribadi yang ganas. - Agensi

Guru Besar, besar kepala suka-suka maki orang



VIDEO GURU BESAR MAKI HAMUN PENYOKONG PAS KETIKA MEMBERI UCAPAN PADA MAJLIS PENGAGIHAN BANTUAN RM100 KEPADA MURID SEKOLAH DI LANGKAP.


N'N:Jadilah barua UMNO/BN senang hidupmu Cikgu.....Didunialah diakhirat belum tentu....Satu lagi rm100 tu bukan duit mak bapak UMNO/BN.....

Khamis, 17 November 2011

Tulah menghina kepala Lembu (foto)

Umno pijak dan hina haiwan yang dicipta Allah
UmnoBn menggungkit isu kuil, sentimen perkauman dan permusuhan agama
Hilang sudah keharmonian antara agama, konon membela islam tapi akhlak macam sial
Berarak untuk tujuan memecah belah perpaduan rakyat
Songkok lambang kebiadapan mereka terhadap haiwan yang termasuk katagori binatang Al-An'am (binatang ternakan) dalam Al-Quran
Sentimen diteruskan dengan membakar gereja pula
Umno Bn hinakan kepala lembu
Tak mau bawa balik, tinggal sepah kat situ
Takbir diubah oleh UmnoBN jadi take beer, na'uzubillah
Pemuda Umno dalang kepala lembu
Lim Guan Eng difitnah menyembelih lembu, isu popular di PRK Bagan Pinang
Lembu jadi topik utama lagi, kini Shahrizat didakwa PR rembat duit NFC, projek Lembu Feedlot, SPRM tak tangkap pula?
Susu lembu kroni kapitalis Mydin dikedai Rakyat 1Malaysia tercemar lalu ditarik balik.

Agaknya inilah akibatnya menghina lembu makhluk mulia ciptaan Allah SWT, dagingnya menjadi sumber makanan, susunya sumber minuman berkhasiat, tulangnya jadi sup gearbox yang sedap dan haiwan mulia diqurbankan di hari raya haji. Ha ha kini UmnoBn dah kena tulah, lain kali jangan suka mengata dan menghina lembu...buruk akibatnya.