Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Ahad, 10 Februari 2013

Salam Perkenalan Baru & Persaudaraan Baru


Bagi memenuhi tuntutan menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) saya mudahkan carian untuk anda memperoleh maklumat atau informasi terkini, sahih lagi benar isu-isu politik, agama, akidah, perkauman, rasuah, kezaliman, keadilan, maaruf, mungkar, skandal, penyelewengan, salah guna kuasa, golongan marhain (daif), kesombongan golongan bangsawan (elit) di seluruh tanahair amnya dan terperinci di Parlimen Sembrong (P153) khususnya.

Nantikan isu panas dari kami dari sumber yang bersih, elakkan dari mencari sumber arus perdana yang tidak mempunyai kredibiliti lagi menyeleweng, menipu minda rakyat dan boleh dikatagori sebagai pembohong besar.

Blog baru yang akan dijadikan rujukan baru Rakyat Sembrong Bangkit

Selasa, 5 Februari 2013

Jaga-jaga! Bangunan Hospital Kluang Berkualiti Rendah

Hospital Baru Kluang (Gambar Lama) yang bakal memberi manfaat kepada penduduk sekitar Parlimen Kluang, Sembrong, Simpang Renggam dan Air Hitam tetapi awas malang tidak berbau?

Projek Pembinaan Hospital Kluang, Johor (Laporan Audit)
KKM telah menandatangani perjanjian projek pembinaan Hospital Kluang, Johor berkapasiti 256 unit katil dengan Kluang Health Care Sdn. Bhd. (Kluang HC) bagi menggantikan hospital sedia ada. 
Projek ini dilaksanakan secara reka dan bina. Ketua Setiausaha Kementerian telah bertindak sebagai Pengarah Projek manakala Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan dilantik sebagai Wakil Pengarah Projek. 
Projek ini telah siap dibina pada 12 Oktober 2011 dan mula beroperasi pada 30 Disember 2011. Pengauditan yang dijalankan mendapati secara keseluruhannya pelaksanaan projek pembinaan Hospital Kluang adalah kurang memuaskan
Kelemahan yang ditemui seperti berikut: 
  1. Pelantikan perunding yang tidak teratur sehingga mengambil masa 66 bulan.
  2. Yuran profesional perunding terlebih dinyatakan sejumlah RM0.74 juta dan RM0.62 juta telah dibayar.
  3. Bayaran perunding sejumlah RM0.75 juta dibayar sebelum kontrak ditandatangani.
  4. Asas kelulusan bagi Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa (EOT) 2 dan EOT 3 adalah diragui.
  5. Kerja pembinaan yang berkualiti rendah.
  6. Perolehan 385 peralatan import bernilai RM11.64 juta telah dibuat tanpa kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri walaupun nilai perolehan yang diimport melebihi RM50,000.
Ulasan saya : Setiusaha pastinya orang yang paling berkredibiliti. Tapi, projek ini diselia oleh KSU KKM, namun masih punyai kesalahan yang sepatutnya tidak berlaku seperti ayaran sebelum tandatangan dan pembelian tanpa kelulusan. Kerugian minima RM 2.11 juta

Hospital Kluang Kini Dikenali Hospital Enche' Besar Hajjah Kalsom 
KLUANG: Penduduk daerah Kluang pada Rabu secara rasmi menerima hospital baharu dikenali sebagai Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, sempena nama bonda Sultan Johor Sultan Ibrahim.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata hospital bernilai RM390 juta itu mula beroperasi 30 Disember tahun lepas, bagi menggantikan hospital lama berusia 80 tahun yang tidak mampu lagi menampung keperluan penduduk.

"Hospital baharu ini dibina di atas tapak seluas 16 hektar dan terletak kira-kira lapan kilometer dari hospital lama dan merupakan satu projek reka dan bina dengan dilengkapi 268 katil serta 220 unit kuarters untuk kediaman pelbagai kategori anggotanya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis perasmian hospital itu di sini. Teks ucapan beliau dibacakan Timbalannya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Majlis perasmian hospital itu disempurnakan Enche' Besar Hajjah Khalsom Abdullah. Turut berangkat ke majlis tersebut Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim.

Liow berkata hospital baharu itu mempunyai 798 anggota kesihatan terdiri daripada bahagian klinikal, sokongan klinikal dan sokongan bukan klinikal.

Hospital itu terdiri daripada dua blok bangunan utama yang menyediakan perkhimdatan sekunder dilengkapi dengan perkhidmatan teknikal, sokongan klinikal dan bukan klinikal.

Antara perkhidmatan yang ada di hospital baharu itu ialah unit rawatan pesakit luar yang meliputi klinik pakar, rehabilitasi dan hemodialisis; bahagian rawatan pesakit dalam termasuk unit ortopedik, unit pembedahan mulut dan pediatrik.

"Saya percaya yakin dan percaya dengan wujudnya hospital baharu ini status kesihatan penduduk Kluang akan terus meningkat, ditambah lagi dengan adanya kemudahan yang lebih canggih serta anggota kesihatan yang terlatih dan berdedikasi," katanya.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan juga amat gembira kerana mendapat pekenan Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar untuk membuat pengisytiharan nama hospital itu kepada nama baharu iaitu Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom. -BERNAMA

PRSB : Inilah akibatnya bila projek dilaksanakan secara runding terus, terus masuk poket kroni, menyalahgunakan kuasa, membazirkan duit rakyat, lepas tu buat main cincai sahaja, dengan bahan binaan yang tak mengikut spec dan bermutu rendah ia pasti mengundang bahaya kepada kakitangan dan pesakit... 

Sumber 


Abu Lahab Menyambut Kelahiran Muhammad s.a.w

Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w,kerabat baginda,para sahabat dan para shuhada' yang bermati-matian mempertahankan Islam untuk memastikan kelangsungan Agama Islam di seluruh dunia.

Sekarang kita berada di bulan Rabiulawwal,yang mana bulan ini merupakan bulan kelahiran junjungan besar kita Muhammad s.a.w yang telah banyak berkorban untuk ummatnya. Seperti kebiasaan, pada bulan ini kita akan sibuk untuk membuat persediaan bagi meraikan hari kelahiran baginda.

 Alhamdulillah,kesedaran pada diri masyarakat kini terhadap hari kelahiran nabi amat tinggi dan mereka peka akan peristiwa ini walaupun mungkin kerana program-program yang dijalankan oleh pihak tertentu.

Ana cukup bangga akan sesetengah pihak yang menjalankan banyak program sempena hari kelahiran nabi. Mereka mengadakan perarakan,perhimpunan,jamuan dan sebagainya.Bahkan tidak cukup dengan itu,ada sesetengah pihak yang sanggup menaja pakaian seragam untuk organisasi mereka semata-mata untuk perarakan.

Namun bukan itu yang akan menjadi buah bicara ana pada post kali ini, apa yang hendak diketengahkan adalah sejauh mana masyarakat pada hari ini meletakkan Nabi Muhammad s.a.w yakni pesuruh Allah,kekasih Allah, ditempat yang tinggi dalam diri mereka...paling tidak pun mereka meletakkan Muhammad itu sebagai idola mereka...jika kita tanya pada anak kecil siapa Idola mereka, pasti mereka tidak akan menjawab Muhammad s.a.w.Inilah penyakit ummat Islam sekarang.

Dalam kesungguhan mereka meraikan Maulid nabi s.a.w, mereka jugalah yang menjadi penentang terhebat jika hukum Allah hendak dilaksanakan. Mereka mengatakan hukum Allah sudah tidak relevan, hukum itu tidak sesuai dengan masyarakat majmuk, hukum itu kejam!!! dan sebagainya.

Sedarlah saudara sekalian, bahawa Allah adalah pencipta kita,Dia tahu apa yang baik dan yang buruk bagi kita. Ana ingin memberi satu analogi seorang pencipta kereta, dia tahu apa yang perlu untuk kereta itu...jika dia kata kereta itu menggunakan minyak petrol maka petrollah yang perlu kita gunakan...tapi jika kita ingkar!,sombong!, takbur! dengan mengikut kepala sendiri maka rosaklah kereta itu.

Fikir-fikirkan... Kalaulah kita gembira dengan kelahiran Nabi s.a.w. dan menyambutnya dengan berbagai cara, maka sesungguhnya Abu Lahab bapa saudara Nabi s.a.w. lebih baik daripada kita. Kerana sewaktu kelahiran Nabi s.a.w., orang datang berjumpa dengan Abdul 'Uzza, yakni nama sebenar Abu Lahab.

100 unta aqiqah

Orang cerita kepada Abu Lahab "Ya Abdul 'Uzza, sesungguhnya adik ipar kamu yang namanya Aminah telah selamat melahirkan seorang anak, anak itu lelaki, ayah kamu yang namanya Abdul Mutalib telah memberi nama anak itu dengan nama Muhammad." Apa jawab Abu Lahab? ia menyatakan syukur kepada Rabbihaka'bah, tuhan yang menjaga Ka'bah, dan dia telah mengorbankan 100 ekor unta sebagai tanda seronok dan gembira dengan kelahiran Muhammd s.a.w.

memerdekakan hamba

Seratus ekor unta shabat...kita 100 ekor ayam pun belum tentu. Bayangkanlah, 40 tahun sebelum itu dialah orang yang paling gembira dan seronok, dialah yang mengeluarkan segala-galanya untuk sambut kelahiran Nabi s.a.w. bahkan dialah orangnya yang memerdekakan beberapa orang hamba, diantaranya Thuwaiba yang kemudiannya pernah menjadi ibu susu Nabi, dia merdekakan mereka kerana begitu seronok dengan kelahiran Nabi s.a.w.

Satelah 40 tahun kelahiran Mumammad dan dilantik menjadi Nabi, perkara pertama dilakukan Nabi s.a.w. ialah mengumpulkan saudara-maranya, bapa saudara dan sebagainya dan menyeru, "Wahai bapa-bapa saudaraku!, sepupu-sepupuku!, adik-beradikku! Aku hendak ceritakan kepada kalian satu perkara, kalau aku katakan di belakang bukit ini ada segerombolan tentera hendak menyerang kita apakah kalian percaya?" jawapan penduduk Mekah yang kebanyakan adik-beradik Nabi s.a.w. pada waktu itu berkata

 "Muhammad, bahkan kami percaya apa yang kamu katakan kerana kamu tidak pernah berbohong kepada kami." maka jawab Nabi s.a.w. "Maka pada hari ini aku ingin istiharkan aku adalah utusan Allah", lalu bangun Abu Lahab seraya berkata "Tabballaka ya Muhammad" yang bermaksud "Celakalah Muhammad, apakah kerana ini kamu kumpulkan kami?".

tabbat yada...

Maka turunlah ayat Al-Qur'an surah Al-Masad, "Tabbat yada abi lahabiu'n watab..." ertinya "Celakalah Abu Lahab..." hingga akhir ayat, maka celakalah Abu Lahab bukan Muhammad s.a.w. yang celaka.

 Abu Lahablah orang yang menjadi penentang utama dalam perjuangan Nabi untuk menegakkan Islam...sedarlah sahabat sekalian, jangan kita ikut mereka yang kononnya mengaku cintakan Rasul tapi pada masa yang sama merekalah yang menentang syariat Islam bila hendak dilaksanakan.

Ingat sahabat, pada akhirat kelak rakyat akan dibangkitkan bersama-sama dengan pemimpin mereka dan pada waktu ini mereka saling tuduh menuduh antara satu sama lain jika pemimpin mereka itu tidak menjalankan hukum Allah.

Jadilah orang-orang yang ingin melihat Islam dianggkat sebagai satu cara hidup yang menepati fitrah manusia dimuka bumi ini.

Wallahhua'lam...

Isnin, 4 Februari 2013

Wanita Umno Dan Budaya Joget Lambak

PRSB : Ini bukan zaman 70-80an di mana joget lambak dalam majlis kenduri kahwin adalah biasa, orang lelaki pun tak buat aksi begini, tak malu nenek ni kat anak cucu..
 
Hidup melayu!! Parti yang memelihara Kalimah Allah!! lai lai macai macai alim sekalian.

Mari komen islamic sikit kat wanita Umno ni ahahahahaha!!!mohon pekida, perkasa, ibrahim ali, hassan ali, najib, rosmah, pencacai buat demo -fb



Ulasan GB

Baru beberapa hari yang lepas pencacai UMNO memfitnah di beberapa laman sosial kononnya ada muslimat PAS bergoyang pinggul berkaraoke walaupun tidak dapat dibuktikan perempuan itu sebagai muslimat PAS, atau acara itu acara PAS.

Hukum kebenaran dan keadilan pun turun kini untuk menjelaskan bahawa yang ada aksi sedemikian rupa adalah aktiviti UMNO seperti ditunjuk video di atas. Mana buktinya ia aktiviti UMNO? Banner yang ada di kerusi di belakang makcik itulah buktinya!


Fenomena Ustaz Azhar Idrus Diakui TV3


Akhirnya kebenaran itu tetapmenang dan mengatasi kebatilan.

Jika sebelum ini fenomena Ustadz Azhar Idrus cuba disembunyi dan dinafikan oleh media massa arus perdana, tetapi tiba-tiba malam tadi, ada slot berita di dalam Buletin Utama TV3 untuk Ustadz Azhar Idrus.

Malah pembaca berita TV3 turut menyebut Wacana yang diadakan di Stadium Darul Makmur Kuantan itu dihadiri oleh 100,000 orang terutama anak muda. Rasanya ini kali pertama TV3 menyebut angka yang betul di dalam laporannya untuk aktiviti dan majlis yang bukan dianjurkan UMNO-BN.

Saksikan beritanya:

Ahad, 3 Februari 2013

Demokrasi Membuat Pilihan Tiada Dalam Dunia Perguruan


BERA: Seorang guru terpaksa bermalam dalam kereta akibat ditukarkan secara tergesa-gesa dari sebuah sekolah di Temerloh ke sini oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Pahang yang didakwanya tidak berperikemanusiaan.

Azman Mohd Nazir, 40, berkata beliau ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Felda Mayam dari Sekolah Kebangsaan Paya Pulai, Temerloh dan diminta mendaftar diri ke sekolah barunya pada 16 Januari tapi surat arahan dari JPN itu hanya dapat ke tangannya pada 18 Januari.

“Akibat pertukaran secara tergesa-gesa dan tidak berperikemanusiaan ini, saya terpaksa tidur dalam kereta kerana belum ada kediaman. Tak larat kalau nak berulang-alik dari rumah sejauh 140 kilometer sehari,” katanya ketika ditemui setelah menerima laporan orang ramai.

Katanya, beliau kesal arahan pertukaran dibuat dalam keadaan tergopoh-gapah sehingga guru di sekolah barunya yang sepatut digantikannya, belum berpindah lagi kerana belum mendapat surat tukar. Tambahnya, sedangkan guru di sekolah lama tempat beliau mengajar masih belum diganti guru baru.

 “Yang ruginya ialah murid-murid yang sepatutnya dapat pelajaran yang sempurna. Tetapi oleh kerana saya menjadi seperti kambing hitam, murid-murid pula terbabit sama menjadi mangsa,” katanya yang merupakan guru prasekolah. Katanya, di sekolah Paya Pulai (sekolah lamanya) selama dua tahun, beliau telah menyiapkan banyak bahan bantu mengajar.

 “Saya juga banyak peranan dan sumbangan sebagai guru aset sekolah, guru penyelaras kelas prasekolah, jurulatih catur, guru pembimbing pelatih praktikal, AJK projek perintis I-Think sekolah dan AJK PIBG,” ujarnya.

Ditanya sebab pertukaran, Azman beliau tidak menolak disebabkan faktor politik memandangkan beliau tidak mempunyai masalah moral tetapi mengakui aktif bersama program-program PAS. Baginya, pertukaran secara tergesa-gesa itu satu penganiayaan dan salah guna kuasa kerana diarah berpindah secara tidak bertamadun.

“Saya masih pegang keratan akhbar kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran (Datuk Fuad Zarkashi) yang mengatakan pertukaran mengejut akan dikaji semula dan akan pastikan lebih jelas supaya prosedur difahami lebih jelas.

 “Prosedur biasa pertukaran hanya dua kali setahun iaitu bulan Jun dan Disember,” katanya. Beliau mengakui banyak kali ditukar sekolah sejak berkhidmat sebagai guru dipercayai atas sebab politik.

Tetapi baginya, aktiviti politik dilakukannya di luar waktu bertugas dan beliau tahu sempadan antara tugas berkhidmat sebagai guru dan tugas sebagai ahli parti.

“Sekarang saya terpaksa tidur dalam kereta. Mujurlah PAS Cawangan Mayam bermurah hati mempelawa saya tidur di markas pada masa akan datang,” katanya.

 Azman yang belum berumah tangga, berkata beliau menjaga ayahnya yang tinggal bersendirian di Taman Sri Semantan Temerloh.

Apabila ditukarkan, jiwanya merasa sedikit tertekan. Turut sama menziarahi Azman ialah Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Bera Musaniff Abdul Rahman dan Setiausaha PAS Kawasan, Mohd Wali Ahmad. sumber sini