Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Isnin, 18 Julai 2011

Asal cap jari kena pinda perlembagaan, tapi biometrik tak perlu pinda?

SPR: Dakwat Kekal Perlu Pinda Perlembagaan..pulak dah...2008 ok jerk..!!!

Oleh: umnopenipu

"Kenyataan balaci UMNO yang bernama Abd Aziz selaku Pengerusi SPR iaitu salah satu parti komponen BN dalam Mingguan Malaysia 17 Julai 2011 amat menjengkelkan. Beliau cuba berlagak bijak dengan berkata bahawa pindaan perlembagaan diperlukan jika dakwat kekal mahu digunakan dalam pilihanraya.

Beliau tetap mempromosikan sistem biometrik yang tidak mungkin merugikan BN dalam pilihanraya nanti. Kita yakin jika BN amat beriya dengan sistem biometrik itu, ia semestinya merupakan muslihat alternatif mereka untuk menipu dalam pilihanraya.Benarkah pindaan perlembagaan diperlukan?"



Kita tidak perlu menjadi peguam untuk menjawab persoalan di atas. Cukup kita bertanya kepada Abd Aziz durjana ini kenapa beliau tidak pernah menyalahkan BN/UMNO dalam semua kenyataannya? Setiap kali beliau menyalah dan memperkecilkan PR. Kenapa beliau tidak memberitahu kepada satu lagi parti komponen BN iaitu PDRM supaya meminda Perlembagaan sebelum mereka menangkap rakyat yang tidak berdosa semasa BERSIH pada 9hb Julai 2011 lalu tanpa diberitahu sebab tangkapan dan dinafikan hak peguambela? Bukankah ini semua dijamin dan dinyatakan secara jelas dalam perlembagaan - Artikel 5 (3). Kenapa PDRM bertindak seperti Mossad dan Savak ke atas rakyat?

Begitu juga pengharaman BERSIH sebagai pertubuhan. Sejak bila pula BERSIH itu satu pertubuhan? Mat Rempit, Bohsia, pelacur, Kasino, PATRIOT - ini semua bukan pertubuhan tetapi sekadar gelaran yang perlu untuk pengenalan. Kenapa perlembagaan tidak dipinda bagi menghalalkan PDRM menangkap rakyat yang memakai baju kuning yang bertulis BESIH? Undang-undang mana yang PDRM guna untuk menjustifikasikan tindakan mereka? Tidak ada peruntukan undang-undang maupun peraturan yang membenarkan mereka berbuat demikian melainkan kerana kedurjanaan perangai dan kecelakaan fikrah PDRM yang diperbahalolkan oleh UMNO.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan