Jumaat, 29 Julai 2011
Keperluan mendesak meyiapkan surau Nusa Indah
"JOHOR BAHRU 28 Julai 2011 : Impian 100 keluarga sekitar Taman Nusa Indah di sini untuk menggunakan surau baru menjelang kedatangan Ramadan minggu depan, tidak kesampaian apabila projek pembinaan rumah ibadat itu berdepan masalah kewangan dan masih kekurangan RM200,000 untuk disiapkan.
Setakat ini surau berkenaan hanya siap kira-kira 40 peratus selepas dibangunkan dengan kos RM80,000 hasil sumbangan masyarakat tempatan, selepas usaha memohon pembiayaan pihak luar dipandang sepi, sejak pembinaan dimulakan dua tahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Surau Taman Nusa Indah, Ghazali Mohamad, berkata langkah membina sendiri surau itu diambil penduduk yang mendiami taman berkenaan bagi mengurangkan kos kerana kontraktor menganggarkan kira-kira RM1 juta.
"Justeru jawatankuasa penduduk sepakat untuk membina surau ini sendiri secara gotong-royong membabitkan penduduk, terutama hujung minggu selain menggajikan dua pekerja asing bagi menyiapkannya mengikut masa ditetapkan berpandukan pelan reka bentuknya.
"Setakat ini kita sudah memohon peruntukan beberapa pihak termasuk Majlis Agama Islam Negeri Johor tetapi kami tidak menerima sebarang maklum balas positif sehingga menyebabkan bangunan surau 4 yang sepatutnya siap pada Jun lalu, gagal disiapkan," katanya.
Ghazali berkata, pembinaan surau itu menjadi satu keperluan yang mendesak berikutan faktor pertambahan penduduk, selain keadaan rumah kedai yang dijadikan surau sementara ketika ini tidak sesuai digunakan sebagai ruang menunaikan solat tarawih.
"Keperluan mendesak ini diharap dapat dipenuhi berikutan setakat ini kegiatan keagamaan hanya dapat dilaksanakan di tingkat atas sebuah unit kedai yang dijadikan sebagai surau sementara oleh pemiliknya sejak enam tahun lalu," katanya. Sementara itu, Mohd Faiz berkata, pihaknya berharap pemimpin korporat sudi tampil membantu menyiapkan surau berkenaan.
"Lokasi surau sementara ketika didapati tidak bersesuaian kerana berdekatan dengan kedai makanan bukan Islam, selain ruangnya yang sempit serta tidak mampu menampung pertambahan jemaah ketika Ramadan," katanya.
Pekerja swasta, Mohd Khairudin Abdan, 42, berkata projek surau itu wajar diberi perhatian kerana penduduk perlu menumpang beribadat di kawasan taman lain meskipun perumahan itu antara kawasan yang terawal dibuka kira-kira enam tahun lalu.
Orang ramai atau sektor korporat yang ingin menderma bagi membiayai pembinaan surau itu boleh menghubungi Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Surau Taman Nusa Indah, Ghazali Mohamad menerusi telefon 019-7238939 atau Bendahari Surau (07-2385132) selain boleh dibuat terus menerusi akaun Maybank Islamic atas nama 'JKP Surau Taman Nusa Indah' kepada akaun 551614000447.
Felda Gagal Usir Peneroka - Mahkamah
Kisah menyayat hati peneroka Felda di N.Sembilan
"SEREMBAN 28 Julai 2011 : Penderitaan seorang peneroka dari Felda Palong 9 sejak 13 April tahun lalu berakhir apabila Hakim Mahkamah Tinggi Seremban, Datuk Zulkifli Bakar memutuskan saman pemula yang dikemukakan oleh Felda untuk menyingkirkan seorang peneroka Che Hashim Che Long ditolak dengan kos sebanyak RM5,000.
Menurut peguam T. Kumar yang juga Naib Ketua Keadilan Jempol yang mewakili Che Hashim, alasan Felda untuk menyingkirkan Che Hashim ialah kerana anak Che Hashim telah mencederakan Pengurus Felda Palong 9 dalam satu pertengkaran di dalam kebun Che Hashim berhubung penjualan hasil getah di kebun tersebut.
“Justeru itu Felda menguatkuasakan perintah tersebut dimahkamah.Walau bagaimanapun hakim memutuskan untuk menolak saman pemula dengan kos RM5,000 atas alasan perintah yang dikeluarkan untuk menyingkir Che Hashim tidak mematuhi seksyen 22 Akta GSA 1960 dan Felda tidak boleh menggunakan Aku Janji sebagai asas pengusiran.
“Selain daripada itu Felda juga gagal mengemukakan notis kepada defendan (Che Hashim) sebelum perintah pengusiran dikeluarkan dan ini menafikan hak-hak defendan di bawah prinsip Undang-Undang Semulajadi”, kata Kumar yang juga Timbalan Setiausaha Agung Keadilan.
Sementara itu suasana hiba menyelubungi di luar mahkamah selepas hakim mengumumkan keputusan tersebut apabila Che Hashim yang tidak dapat menahan perasaan beliau apabila menangis secara terbuka dan memeluk isteri beliau Mazilah Mahat dan sahabat yang datang menyokong beliau.
Beberapa sahabat Che Hashim juga kelihatan tidak mampu menahan kesedihan dan kelihatan turut menangis dan sebak. Apabila ditemui Suara Keadilan, Che Hashim berkata sebenarnya penderitaan beliau bermula sejak Oktober 2000 apabila pengurusan Felda Palong 9 enggan menerima hasil getah beliau dan pada ketika itu sendiri pengurusan Felda cuba mengusir beliau atas alasan beliau tidak menetap di Felda Palong 9.
“Tetapi sebenarnya saya bekerja di luar Felda dan berulang alik ke rumah di Felda Palong 9 dan pada awal 2007 barulah mereka (Felda) menerima balik hasil saya. “Selepas itu sedia maklum pada 13 April tahun lalu, Felda mengeluarkan perintah mengusir dan saya melalui kesukaran hidup dan trauma yang amat sangat kerana tindakan Felda ini. Alhamdullillah penderitaan saya dan isteri bersama anak-anak kami berkahir pada hari ini. Saya amat berterima kasih kepada barisan peguam yang mempertahankan hak saya pada hari ini”, kata Che Hashim sambil mengesat air mata.
Kami kenal, itu bukan foto aruah
Keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad hari ini tampil menafikan lelaki dalam rakaman CCTV yang ditayangkan polis di saluran televisyen perdana adalah beliau.
Menurut anak saudaranya, Azhar Kassim, pihak keluarga menolak sekeras-kerasnya lelaki dalam video tersebut adalah arwah Baharudin dan mereka juga kesal dengan tindakan polis menayangkan video itu.
“Video itu bukan arwah, kami menafikan sekeras-kerasnya itu adalah beliau.
“Setakat ini pihak peguam keluarga memperincikan beberapa alasan kami menolak bahawa itu adalah Baharudin,” kata Azhar ketika dihubungi KeadilanDaily.com.
Menurut Azhar, mereka ada alasan yang kukuh mengapa lelaki dalam video itu bukan arwah Baharudin.
“Kami ada alasan yang kukuh dan kuat kerana video yang ditunjukkan tidak selari dengan gambar arwah semasa dibawa keluar daripada Avenue K oleh pegawai perubatan.
“Mulanya gambar yang ditunjuk, pakai seluar jeans, tapi masa dibawa keluar pakai seluar hitam. Tapi keluarga menegaskan bahawa semasa keluar dari rumah untuk ke perhimpunan Bersih, arwah pakai baju putih berseluar hitam,” kata beliau.
Selain itu, bentuk fizikal arwah Baharudin yang amat dikenali ahli keluarganya menguatkan lagi keyakinan mereka lelaki dalam video itu bukan beliau.
“Kalau tengok video itu, rupa yang kononnya Baharudin adalah cengkung, tapi muka sebenar arwah bentuk bulat.
“Manakala cara jalan arwah tidak sama, kami percayai arwah sebelum ini jatuh berdekatan KLCC, takkan boleh berlari masuk,” ujarnya.
Azhar seterusnya menyifatkan tayangan video itu sebagai mengganggu siasatan yang masih lagi berjalan ke atas kematian Baharudin.
“Sepatutnya polis berbincang dengan keluarga dan peguam sebelum keluarkan video itu, ini sedang mengganggu siasatan. Tindakan polis hanya mahu melepaskan batuk di tangga, nak senang semuanya,” katanya.
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid Jumaat lalu mendakwa kononnya tulang rusuk Baharudin patah mungkin disebabkan rawatan kecemasan yang diberikan ke atasnya.
Beliau turut mendakwa kononnya gigi lelaki berusia 58 tahun itu mungkin patah disebabkan tiub bantuan pernafasan yang dimasukkan ke dalam mulutnya.
Salleh juga mendakwa, tiada gas pemedih mata dilepaskan di KLCC dan tiada anggota polis berada di lokasi Baharudin meninggal dunia. -KD
Khamis, 28 Julai 2011
Lucifer dan Najib (klik)
Konspirasi Yahudi menakluk Malaysia -1
Pagi tadi aku pergi pekena roti canai kat kedai Pak Long di Changkat Duku. Kedai janda Bakaq makin lama makin panas sejak aku jadi konsultan politik. Pantang duduk saja, ada orang mai tumpang tui. Kalau depa bayar..tak pa jugak. Semua kita kena tanggung..leceh la.
Baru nak suap roti canai, datang dua orang ke meja aku. Pasai apa aku pun tak tau. Pi la kat meja orang lain.
Kalau tengok kepada jubah dan janggut, aku ingat orang Pas, tapi kopiah depa lain sikit. Macam kopiah Taliban.
Pelik Bin Ajaib vs Ganjil Bin Aneh
Berbagai Perkara Ganjil Berlaku Di Malaysia
"Banyak perkara ganjil dan aneh telah berlaku dan akan berlaku di Malaysia. Perkara ini tidak pernah berlaku di negara negara lain di dunia ini. Antaranya adalah beribu ribu mayat berjalan, tulang manusia yang masih hidup pula rapuh, emosi yang tidak tenteram, timbulnya batu permata yang aneh seperti jet, sesuatu yang mula mula memang ada tiba tiba hilang sekelip mata dan berbagai perkara aneh lagi.
1. Mayat berjalan. Di negeri Perak sahaja telah dapat dikesan akan berlaku 1700 mayat yang umurnya melebihi 100 tahun akan berjalan mencari sesuatu yang bernama biometrik. Beberapa ribu pula telah dapat di kesan di negeri lain seperti di pahang dan terengganu.
2. Ada juga dijumpai manusia yang mempunyai empat tangan, juga dipercayai berkaitan dengan biometrik. Bukti yang nyata telah ditemui di Setiu, terengganu. Seorang manusia mempunyai empat tangan untuk jari jarinya digunakan pada biometrik.
3. Ada pula manusia yang masih hidup, tulang tulangnya menjadi reput. Lantaran itu bila berlaku sesuatu insiden sesak nafas, tulangnya akan patah bila diberi CPR. Giginya pula akan luruh jika dimasukkan alat bantuan pernafasan.
4. Emosi yang tidak stabil. Kebelakangan ini terlalu banyak kejadian siptom emosi tidak stabil. Ada yang sanggup memukul kepala sendiri hingga berdarah. Ada yang sanggup mengoyakkan ligamen lutut hingga terpaksa dimasukkan skru. Kejadian ini mungkin ada kaitan dengan satu kes suatu masa dahulu, seseorang sanggup melebamkan mata sendiri.
5. Lantaran emosi yang tidak stabil ini juga menyebabkan bertambahnya kejadian bunuh diri. Walaupun dia bukan tertuduh,hanya saksi, tetapi dia sanggup bunuh diri kerana emosi yang tidak stabil ini. Puncanya tidak dapat dikesan. Mungkin para penyiasat terlalu mesra dengan si mangsa dan kerana tidak tahan 'terlalu mesranya' penyiasat, maka dia sanggup bunuh diri.
6. Ada pula berlaku sesuatu yang hilang tiba tiba atau rosak tiba tiba. Seperti terpadamnya rekod imigresen, terpadamnya rakaman video cctv pada tarikh tertentu, terpadamnya rekod kedatangan pegawai SPRM pada hari tertentu dan banyak lagi 'terpadam' yang tidak diketahui puncanya.Sehingga hari ini, pakar makhluk asing masih menyiasat punca berlakunya kejadian misteri ini.
7. Boleh dikategorikan juga sebagai perkara ganjil adalah, muncul satu makhluk yang memanggil Malaysia adalah negara demokrasi dengan syarat yang itu tak boleh yang ini tak boleh. Tak dapat dikesan makhluk ini datang dari planet mana, cuma yang selalu dia suka berucap adalah 'aku boleh,kau tak boleh'
8. Baru baru ini berlaku juga satu peristiwa seolah olah fikiran manusia telah dibekukan. Pada hari kejadian banyak tayangan video di internet disiarkan pada hari yang sama tetapi ada satu pihak yang lain hanya dapat menayangkannya selepas dua minggu. Video yang ditayangkan pula kurang jelas dan sukar difahami, kabur, kelabu seolah olah ada 'kebekuan' otak untuk penonton.
9. Perkara yang paling aneh adalah munculnya batu permata ajaib yang menyerupai sebuah jet. Bentuknya kecil tetapi harganya macam jet. Malah kalau dihilangkan enjin jet tersebut, masih lagi batu permata ini memenangi dari segi harganya. Batu permata ini juga boleh memakan subsidi rakyat miskin. Boleh menelan kenaikan harga barang. Batu permata ini juga boleh 'menyelaraskan subsidi petrol', menaikan harga bil elektrik dan macam macam perkara aneh lagi yang boleh dilakukannya.
Paling aneh dan ganjil adalah batu permata ini dipakai oleh orang yang disokong oleh orang orang yang bodoh di bawahnya sementara ulamanya pula tidak mempunyai lidah, mulut melekat atau setengahnya mata menjadi buta, lalu mereka semua menjadi tolol, bangang dan bangsat
Bila nak tangkap...lama dah tunggu
Kuasa ada ditangan tetapi masih nak kambing hitamkan agensi kerajaan seperti polis dan Jabatan Peguam Negara untuk menentukan tindakan susulan ke atas tiga pegawai SPRM, leceh..
Mendiang Teoh Beng Hock dan keluarganya mesti tak puas hati...rakyat tak ada pun salinan keputusan malah rakyat bukan nak tahu sangat keputusan Suruhanjaya Diraja yang bahasanya mungkin hanya orang yang belajar kanun sahaja yang faham tetapi rakyat tuntut keadilan atas kematian itu dan mereka yang menyebabkan kematian itu mesti ditangkap dan dihukum segera!!!
Najib serah kepada Polis dan Peguam Negara
Bertongkat dan wheelchair bukan menjadi pasal kepada pejuang
Video Dan Gambar Terkini Mohamad Sabu Yang Masih Bertongkat Dan Berkerusi Roda
Rupanya Timbalan Presiden Pas,Hj Mohamad Sabu masih terpaksa bertongkat dan berkerusi roda ekoran insiden dengan Polis pada 9 julai lalu.Sedih beb !! tengok keadaan abang Mat.Sampai begitu sekali mereka memperlakukan pada pemimpin Pas.Dahlah langgar orang pastu tak mengaku pulak,kenyataan yang keluar pun berbelit2 berbohong lak tu BACA SINI.
Beliau hadir di Besut ni memenuhi tuntutan Pas Kawasan yang mahu bang Mat melancarkan program Operasi Tawan Besut BACA DISINI.
Tapi aku respek kat Bang Mat ni,walaupun dalam keadaan uzur tapi masih lagi sudi hadir memenuhi tuntutan parti.Pemimpin yang macam inilah yang diperlukan Pas.Mempunyai semangat juang yang tinggi dan kental.Memang sepatutnya Bang Mat menang Tim. Presiden Pas dalam pemilihan aritu.Dan ahli Pas tidak salah memilih Timbalan Presiden mereka takbirrr!!!
Panduan Imsak dan Iftar Ramadan 1432
Foto Masjid Jamek Bandar Kluang sebagai hiasan
MELAKA
MELAKA
JOHOR
ZON 1- PULAU AUR DAN PULAU PEMANGGIL
ZON 2- DAERAH JOHOR BAHRU,KOTA TINGGI,MERSING DAN PULAU BERDEKATAN
ZON 3-DAERAH PONTIAN DAN KLUANG
ZON 4-BATU PAHAT,MUAR,SEGAMAT DAN GEMAS JOHOR
PERAK
ZON 1- TAPAH, SLIM RIVER DAN TANJUNG MALIM
ZON 2- IPOH, BATU GAJAH, KAMPAR, SG. SIPUT DAN KUALA KANGSAR
ZON 3- PENGKALAN HULU, GRIK DAN LENGGONG
ZON 4- TEMENGOR DAN BELUM
ZON 5- TELUK INTAN, BAGAN DATOH, KG. GAJAH, SRI ISKANDAR, BERUAS, PARIT, LUMUT, SITIAWAN DAN PULAU PANGKOR
ZON 6- SELAMA, TAIPING, BAGAN SERAI DAN PARIT BUNTAR
ZON 7- BUKIT LARUT
SARAWAK
ZON 1-LIMBANG, SUNDAR, TRUSAN DAN LAWAS
ZON 2-NIAH, BEKENU, MIRI, SIBUTI, DAN MARUDI
ZON 3-TATAU, SUAI, BELAGA, PANDAN, SEBAUH DAN BINTULU
ZON 4-IGAN, OYA, BALINGIAN, MUKAH, DALAT, SIBU,KANOWIT, KAPIT DAN SONG
ZON 5-, MATU, DARO, SARIKEI, JULAU, BINTANGOR DAN REJANG
ZON 6-KABONG, LINGGA, SRI AMAN, ENGKELILI, LUBOK ANTU, BETONG, SPAOH, PUSA, SARATOK, ROBAN DAN DEBAK
ZON 7-SAMARAHAN, SIMUNJAN, SERIAN, SEBUYAU DAN MELUDAM
ZON 8-KUCHING, LUNDU, BAU DAN SEMATAN
SABAH
ZON 1-BAHAGIAN SANDAKAN (TIMUR),TOMANGGONG, SUKAU, BANDAR SANDAKAN,SAMAWANG, KOTA KINABATANGAN DAN BUKIT GARAM.
ZON 2-BAHAGIAN SANDAKAN (BARAT) TERUSAN, BELURAN, KUAMUT, JAMBONGAN, PAITAN, TELUPID, TONGOD DAN PINANGAH
ZON 3-BAHAGIAN TAWAU (TIMUR) TAMBISAN, SAHABAT, TUNGKU, SEMPORNA, SILABUKAN,LAHAD DATU DAN KUNA
ZON 4-BAHAGIAN TAWAU (BARAT) BALUNG, BANDAR TAWAU, PULAU SEBATIK, MEROTAI DAN KALABAKAN
ZON 5-(BAHAGIAN KUDAT) PULAU BANGI, PITAS, KOTA MARUDU, MATUNGGONG DAN KUDAT
ZON 6-GUNUNG KINABALU ( KETINGGIAN 4,101 M)
ZON 7-(BAHAGIAN PANTAI BARAT) RANAU, KOTA BELUD, TUARAN, PENAMPANG, KOTA KINABALU, PUTATAN DAN PAPAR
ZON 8- BAHAGIAN PEDALAMAN (ATAS) PENSIANGAN, NABAWAN, SOOK, SEPULUT, TAMBUNAN, DAN KENINGAU
ZON 9-BAHAGIAN PEDALAMAN (BAWAH) TENOM, LONG PA SIA, MEMBAKUT, BEAUFORT, KUALA PENYU, WESTON, MENUMBOK DAN SIPITANG
TERENGGANU
ZON 1- KUALA TERENGGANU DAN MARANG
ZON 2- BESUT DAN SETIU
ZON 3- HULU TERENGGANU
ZON 4- KEMAMAN DAN DUNGUN
KELANTAN
ZON 1-JAJAHAN KOTA BHARU, BACHOK, PASIR PUTEH,TUMPAT, PASIR MAS, TANAH MERAH, MACHANG, KUALA KRAI DAN DAERAH CIKU (JAJAHAN GUA MUSANG)
ZON 2-JAJAHAN JELI DAN GUA MUSANG TERMASUK DAERAH GALAS DAN BERTAM
SELANGOR
ZON 1-DAERAH GOMBAK, PETALING/SHAH ALAM, HULU SELANGOR, HULU LANGAT DAN SEPANG
ZON 2-DAERAH KLANG, KUALA LANGAT,KUALA SELANGOR DAN SABAK BERNAM
PAHANG
ZON 1-PULAU TIOMAN
ZON 2-KUANTAN, PEKAN, ROMPIN DAN MUADZAM SHAH
ZON 3-TEMERLOH, CHENOR, MARAN, JERANTUT DAN BERA
ZON 4-RAUB, BENTONG DAN LIPIS
ZON 5-GENTING SEMPAH, JANDA BAIK DAN BUKIT TINGGI
ZON 6-CAMERON HIGHLAND, BUKIT FRASER, GENTING HIGHLAND
WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR
PUTRAJAYA
WILAYAH PERSEKUTUAN
LABUAN
PERLIS
PERLIS
NEGERI SEMBILAN
ZON 1-JEMPOL DAN TAMPIN
ZON 2- SEREMBAN,REMBAU, PORT DICKSON, KUALA PILAH DAN JELEBU
KEDAH
ZON 1- DAERAH KOTA SETAR, KUBANG PASU DAN POKOK SENA
ZON 2- DAERAH PENDANG, KUALA MUDA DAN YAN
ZON 3- DAERAH PADANG TERAP, SIK DAN BALING
ZON 4- DAERAH KULIM DAN BANDAR BAHARU
ZON 5- DAERAH LANGKAWI
ZON 6- PUNCAK GUNUNG JERAI
PULAU PINANG
PULAU PINANG
Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1432H/2011M
MELAKA
MELAKA
JOHOR
ZON 1- PULAU AUR DAN PULAU PEMANGGIL
ZON 2- DAERAH JOHOR BAHRU,KOTA TINGGI,MERSING DAN PULAU BERDEKATAN
ZON 3-DAERAH PONTIAN DAN KLUANG
ZON 4-BATU PAHAT,MUAR,SEGAMAT DAN GEMAS JOHOR
PERAK
ZON 1- TAPAH, SLIM RIVER DAN TANJUNG MALIM
ZON 2- IPOH, BATU GAJAH, KAMPAR, SG. SIPUT DAN KUALA KANGSAR
ZON 3- PENGKALAN HULU, GRIK DAN LENGGONG
ZON 4- TEMENGOR DAN BELUM
ZON 5- TELUK INTAN, BAGAN DATOH, KG. GAJAH, SRI ISKANDAR, BERUAS, PARIT, LUMUT, SITIAWAN DAN PULAU PANGKOR
ZON 6- SELAMA, TAIPING, BAGAN SERAI DAN PARIT BUNTAR
ZON 7- BUKIT LARUT
SARAWAK
ZON 1-LIMBANG, SUNDAR, TRUSAN DAN LAWAS
ZON 2-NIAH, BEKENU, MIRI, SIBUTI, DAN MARUDI
ZON 3-TATAU, SUAI, BELAGA, PANDAN, SEBAUH DAN BINTULU
ZON 4-IGAN, OYA, BALINGIAN, MUKAH, DALAT, SIBU,KANOWIT, KAPIT DAN SONG
ZON 5-, MATU, DARO, SARIKEI, JULAU, BINTANGOR DAN REJANG
ZON 6-KABONG, LINGGA, SRI AMAN, ENGKELILI, LUBOK ANTU, BETONG, SPAOH, PUSA, SARATOK, ROBAN DAN DEBAK
ZON 7-SAMARAHAN, SIMUNJAN, SERIAN, SEBUYAU DAN MELUDAM
ZON 8-KUCHING, LUNDU, BAU DAN SEMATAN
SABAH
ZON 1-BAHAGIAN SANDAKAN (TIMUR),TOMANGGONG, SUKAU, BANDAR SANDAKAN,SAMAWANG, KOTA KINABATANGAN DAN BUKIT GARAM.
ZON 2-BAHAGIAN SANDAKAN (BARAT) TERUSAN, BELURAN, KUAMUT, JAMBONGAN, PAITAN, TELUPID, TONGOD DAN PINANGAH
ZON 3-BAHAGIAN TAWAU (TIMUR) TAMBISAN, SAHABAT, TUNGKU, SEMPORNA, SILABUKAN,LAHAD DATU DAN KUNA
ZON 4-BAHAGIAN TAWAU (BARAT) BALUNG, BANDAR TAWAU, PULAU SEBATIK, MEROTAI DAN KALABAKAN
ZON 5-(BAHAGIAN KUDAT) PULAU BANGI, PITAS, KOTA MARUDU, MATUNGGONG DAN KUDAT
ZON 6-GUNUNG KINABALU ( KETINGGIAN 4,101 M)
ZON 7-(BAHAGIAN PANTAI BARAT) RANAU, KOTA BELUD, TUARAN, PENAMPANG, KOTA KINABALU, PUTATAN DAN PAPAR
ZON 8- BAHAGIAN PEDALAMAN (ATAS) PENSIANGAN, NABAWAN, SOOK, SEPULUT, TAMBUNAN, DAN KENINGAU
ZON 9-BAHAGIAN PEDALAMAN (BAWAH) TENOM, LONG PA SIA, MEMBAKUT, BEAUFORT, KUALA PENYU, WESTON, MENUMBOK DAN SIPITANG
TERENGGANU
ZON 1- KUALA TERENGGANU DAN MARANG
ZON 2- BESUT DAN SETIU
ZON 3- HULU TERENGGANU
ZON 4- KEMAMAN DAN DUNGUN
KELANTAN
ZON 1-JAJAHAN KOTA BHARU, BACHOK, PASIR PUTEH,TUMPAT, PASIR MAS, TANAH MERAH, MACHANG, KUALA KRAI DAN DAERAH CIKU (JAJAHAN GUA MUSANG)
ZON 2-JAJAHAN JELI DAN GUA MUSANG TERMASUK DAERAH GALAS DAN BERTAM
SELANGOR
ZON 1-DAERAH GOMBAK, PETALING/SHAH ALAM, HULU SELANGOR, HULU LANGAT DAN SEPANG
ZON 2-DAERAH KLANG, KUALA LANGAT,KUALA SELANGOR DAN SABAK BERNAM
PAHANG
ZON 1-PULAU TIOMAN
ZON 2-KUANTAN, PEKAN, ROMPIN DAN MUADZAM SHAH
ZON 3-TEMERLOH, CHENOR, MARAN, JERANTUT DAN BERA
ZON 4-RAUB, BENTONG DAN LIPIS
ZON 5-GENTING SEMPAH, JANDA BAIK DAN BUKIT TINGGI
ZON 6-CAMERON HIGHLAND, BUKIT FRASER, GENTING HIGHLAND
WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR
PUTRAJAYA
WILAYAH PERSEKUTUAN
LABUAN
PERLIS
PERLIS
NEGERI SEMBILAN
ZON 1-JEMPOL DAN TAMPIN
ZON 2- SEREMBAN,REMBAU, PORT DICKSON, KUALA PILAH DAN JELEBU
KEDAH
ZON 1- DAERAH KOTA SETAR, KUBANG PASU DAN POKOK SENA
ZON 2- DAERAH PENDANG, KUALA MUDA DAN YAN
ZON 3- DAERAH PADANG TERAP, SIK DAN BALING
ZON 4- DAERAH KULIM DAN BANDAR BAHARU
ZON 5- DAERAH LANGKAWI
ZON 6- PUNCAK GUNUNG JERAI
PULAU PINANG
PULAU PINANG
Laporan Akhbar Sinar bercanggah
Nik Aziz nafi sokong cadangan SPR guna sistem biometrik
"Saya hanya menyatakan akan menyokong apa jua sistem yang membawa kebaikan dan tidak diragui. Sekiranya biometrik meragukan, maka ia juga wajar ditolak. Adapun laporan yang menyatakan bahawa saya menyokong adalah tidak tepat.
“Lebih baik (guna) dakwat kekal yang kita (pembangkang) minta (dulu) itu, supaya tidak ragu, selagi biometrik ini meragukan maka tak usah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Semalam sebuah akhbar menyiarkan di muka depannya berita bertajuk “Nik Aziz sokong biometrik” dan memetik kenyataan Menteri Besar Kelantan itu selepas merasmikan pelan hala tuju ICT negeri Kelantan 2011-2015 di Kota Darulnaim, di sini.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak sistem biometrik itu kerana berpendapat sistem itu terdedah kepada manipulasi pihak yang mengendalikannya kerana hanya segelintir sahaja yang ada kepakaran dan terlibat mengendalikan biometrik.
Ditanya sama ada di Kelantan terdapat pertindihan dalam senarai daftar pemilih, Nik Abdul Aziz berkata, Pas Pusat sedang membuat semakan senarai daftar pemilih di seluruh negara dan dijangka siap dua minggu lagi.
- Bernama
Rabu, 27 Julai 2011
Amalan kronisme benarkan syarikat bedal tander walaupun tak layak
Krisis kewangan dalan syarikat dan salah urus menyebabkan banyak syarikat melayu rugi dan diisytihar muflis, tetapi ini tidak berlaku kepada syarikat sebagaimana dibawah yang dikatakan punya kaitan dengan menteri bahasa malindo yang lantang kalau berpidato di perlimen.
Kalau betul dakwaan tersebut, kita mahu SPRM tangkap saja...jangan dera dengan soal siasat ala mosad bimbang nanti ada yang jatuh lagi ke bawah sebagaimana terbukti melalui kematian mendiang Beng Hock dan Allahyarham Sarbini.
Kalau betul dakwaan tersebut, kita mahu SPRM tangkap saja...jangan dera dengan soal siasat ala mosad bimbang nanti ada yang jatuh lagi ke bawah sebagaimana terbukti melalui kematian mendiang Beng Hock dan Allahyarham Sarbini.
Tembelang Shafie Afdal Terbongkar
Posted by Addin at 7/27/2011
Akhirnya, tembelang Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal terbongkar apabila memberikan kelulusan tender kepada saudara terdekat dan kroninya yang memalsukan dokumen kontrak; bukan sahaja untuk menyertai korum, malah mendapatkan kontrak bernilai RM56 juta sekalipun syarikat berkenaan tidak mempunyai sumber kewangan kerana mencatatkan rugi bersih RM286,000. Timbalan Ketua Penerangan Pemuda AMK PKR Sabah, Citra Masadi, (gambar bawah) yang menghubungi Sabahkini.net selepas membuat laporan di Balai Polis Semporna terhadap syarikat Sama Sama Maju Sdn Bhd, Ahli Lembaga Tender KKLW dan Shafie Apdal menyatakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia agak lembab menjalankan siasatan sehingga beliau terpaksa membuat laporan susulan.
“Tim pemantauan PKR telah lama menjalankan siasatan dan akhirnya kita dapat banyak perkara yang tidak betul, terutama penglibatan keluarga Shafie dan kroninya sehingga banyak tender KKLW diberikan kepada kontraktor yang tidak berpengalaman dan merencatkan pembangunan di Sabah,” ujar Citra lagi yang memaklumkan bahawa kenyataannya dalam Sabahkini.net bertajuk ‘Sampai Bila Rakyat Guna Jalan Kerbau?’ bukan merujuk kepada jalan utama Jeroco, sebaliknya jalan yang menuju ke jalan Jeroco yang di bawah pengendalian KKLW.
Citra menjelaskan bahawa beliau terpaksa membuat laporan polis bagi menghentikan kegiatan yang tidak sihat Shafie dan menjalankan tugasnya sebagai ahli PKR yang bertanggung jawab menegur kerajaan yang membazirkan wang.
BUKTI....Salah satu bukti yang diserahkan kepada PDRM |
Dalam laporan polisnya di Balai Polis Semporna tetapi diberi nombor laporan Putrajaya iaitu Presint 7/ 77006253, Citra mendakwa bahawa; “Pada hari ini lebih kurang jam12.30 tengahari, 25 Julai 2011, saya mendapat maklumat daripada tim pemantauan PKR bahawa syarikat Sama Sama Maju Sdn Bhd, nombor syarikat 789094-K telah mendapat dua projek serentak iaitu, Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) masing-masing bernilai RM21 juta dan RM35 juta.
Pemilik asal syarikat ini ialah Hj.Hassan Bin Osman iaitu saudara terdekat/kroni Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Memandangkan beliau (Hj Hassan) telah muflis, maka beliau melantik anaknya, Khairul Aziah Bte Hassan sebagai Pengarah Urusan dan Pemilik Saham syarikat berkenaan.
Saya datang ke balai membuat laporan agar PDRM dan SPRM menyiasat dan menangkap Hj Hassan dan semua pengarah syarikat Sama Sama Maju Sdn Bhd kerana dipercayai mengemukakan dokumen palsu seperti penyata bank, caruman KWSP, sijil jurutera dan sebagainya untuk mendapatkan tnder berkenaan. Syarikat ini juga turut dibenarkan menyertai tender terbaru, iaitu Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Tulid, Lanas, Sook di Keningau dengan mengemukakan harga tender RM87.4 juta sekalipun mengemukakan dokumen palsu.
Laporan ini dibuat agar PDRM dan SPRM menyiasat dan menangkap Mentri KKLW Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kerana bersubahat, menyalahguna kuasa dan mempengaruhi Lembaga Tender KKLW meluluskan kontrak berkenaan kepada saudara terdekat/kroni.
Laporan ini juga dibuat agar SPRM menyiasat dan menangkap Ahli Lembaga Tender KKLW yang membenarkan banyak syarikat tidak berkelayakan menyertai dan mendapatkan tender KKLW. Sekian laporan saya.”/sabahkini
Selasa, 26 Julai 2011
Berita Gembira
Imam Ahmad dan An-Nasai telah meriwayatkan sebuah hadis dengan isnad yang sahih dari abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:
Ramadan telah datang kepada kamu yang merupakan bulan berkat dari Allah SWT telah mewajibkan puasa dalam bulan ini. Semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup serta syaitan dibelenggu. Ia mempunyai satu malam yang lebih baik dari seribu bulan dan sesiapa yang tidak bertemu dengannya maka ia sangat rugi
Blogger Flying kick suka #$%^&(klik)
Terkejut melihat blog pro UmnoBn yang menjadikan amalan tunjuk perasaan ala barat yang lucah sebagai rujukan mereka. Buntukah otak mereka sehingga menjadikan amalan tersebut sebagai cara penyelesaian dan mencadangkan pula kepada pakatan.
Ini merupakan ancaman bahaya kepada budaya masyarakat Islam dan melayu nusantara. Macam tak ada penyelesaian cara lain, sepatutnya sempena Ramadan yang dah hampir tiba ini banyak-banyaklah merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah, supaya hidup kita diberkati.
Tanggungjawab kerajaanlah yang memerintah menyediakan kebajikan kepada rakyat, kalau tak sanggup serahkan saja kuasa kepada PAS yang 100% Melayu Islam lebih tulin dari Umno yang campur haduk pribumi non muslim.
Jom kira bil elektrik anda
Kenaikan tarif bil letrik baru-baru ini amat membebankan khususnya kepada golongan berpendapatan rendah, terkejut amat bila kita dapat bil ianya meningkat sekurang-kurangnya 12 hinggit, itu jika pengguna biasa, kalau peniaga dan peruncit dan pengilang, lagilah naik dan kenaikan ini akan menyebabkan kos operasi yang besar maka ia berantai menyebabkan harga barang khususnya makanan mencanak naik...
TIDAK SEPERTI JAMINAN MENTERI DAN TNB
BIL LETRIK
TIDAK SEPERTI JAMINAN MENTERI DAN TNB
BIL LETRIK
- Dengan kenaikan Tarif LETRIK yang di umumkan oleh Kerajaan dan TNB yang Berkuat-kuasa pada 1hb June 2011 kenaikan Purata sebanyak 7.12 % atau 2.23 sen/kilowatt-jam (kw/j)
- Dan sehubungan dengan pengumunan tersebut Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, berkata bahawa kenaikan itu tidak akan menjejaskan pengguna domestik yang menggunakan elektrik pada kadar 300 kw/j sebulan atau kurang.
- Dan beliau berkata "Ini bermakna, 75 peratus atau 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna domestik tidak mengalami kenaikan bil elektrik bulanan selagi mereka mengekalkan penggunaan elektrik pada kadar 300 kWj sebulan" (Link: http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/5/30/mstar_berita/20110530171743&sec=mstar_berita)
KEADAAN SEBALIK NYA BERLAKU
- Jaminan yang di berikan oleh Datuk Seri Peter Chin Fah Kui hanya TERBUKTI BENAR dari Sudut Perkiraan KW/J, kerana sememang nya Penggunaan Letrik daripada Golongan tersebut tidak akan BERUBAH atau akan BANYAK BERUBAH.
- Dan yang BERUBAH dan TERJEJAS ialah dari Sudut NILAI dan PEMBAYARAN yang di kenakan menurut TARIF BAHARU.
- ITU BERMAKNA kesemua 4.4 Juta Pengguna Domestik Berdaftar dengan TNB TERJEJAS dengan TARIF BAHARU dan TIDAK WUJUD PENGECUALIAN.
CONTOH MUDAH
- JIKA sebelum KENAIKAN TARIF, setiap Pengguna yang menggunakan sebanyak 250 kw/j sebulan hanya PERLU MEMBAYAR sebanyak RM43.60 Sebulan.
- TETAPI dengan TARIF BAHARU, Para Pengguna ini PERLU MEMBAYAR sebanyak RM55.75 Sebulan dengan Tambahan Nilai sebanyak RM12.15 Sebulan.
- INI membawa maksud bahawa KENAIKAN TARIF LETRIK telah membawa kepada KENAIKAN NILAI yang perlu DI BAYAR ialah sebanyak 27.87% Sebulan.
- Yang DI KIRA melalui PERBEZAAAN NILAI SEKARANG dengan NILAI LAMA melalui setiap BIL LETRIK.
- Dan ini belum lagi di sebut KENAIKAN SECARA PERBEZAAN NILAI yang berlaku di dalam Golongan Pengguna Perniagaan yang juga berada di dalam PERATUSAN NILAI KENAIKAN yang sama.
KESAN KENAIKAN
- Oleh kerana HAL TERSEBUT lah yang MENYEBABKAN KESEMUA HARGA RUNCIT BARANGAN PENGGUNA NAIK MENDADAK di dalam semua SEKTOR INDUSTRI PERNIAGAAN.
- Yang bukan RAKYAT PERLU menanggung SEKITAR 27% kenaikan BIL LETRIK pada setiap bulan TETAPI RAKYAT juga TERPAKSA MENYERAP setiap KENAIKAN HARGA yang DI KENAKAN pada setiap BARANGAN PENGGUNA dalam Kadar yang sama banyak iaitu antara 25-30%
- INI membawa maksud bahawa, walaupun kenaikan yang di umumkan oleh TNB itu KECIL (2.23 sen) tetapi IMPLIKASI nya MENGENAI kepada KESELURUHAN PENGGUNA, PENIAGA, BARANGAN dan PERKHIDMATAN secara SERENTAK dengan LONJAKKAN PERBELANJAAN Tambahan sebanyak 25-30%
SEBENAR NYA
- Langkah untuk MENAIKKAN TARIF LETRIK pada Tahun 2011 ini adalah TIDAK TEPAT di dalam Keadaan Ekonomi Rakyat yang sedang MERUDUM.
- Dimana Pihak Rakyat TIDAK DAPAT untuk MENYERAP segala KENAIKAN dari Segi Nilai Tambahan kepada PERBELANJAAN BULANAN kerana Pendapatan Kasar mereka maseh Tidak berubah dan di dalam SKALA yang sama.
SEPATUT NYA PIHAK KERAJAAN
- HARUS DI UBAH Status TNB daripada GLC Kerajaan yang MENJANA & PEMBEKAL LETRIK kepada PENGELOLA LETRIK NEGARA yang hanya Bertindak sebagai PEMUNGUT BAYARAN BIL LETRIK daripada Pengguna seperti POS MALAYSIA.
- KERANA Pihak TNB bukan PENJANA LETRIK NEGARA yang sebenar dimana mereka MEMBELI TENAGA LETRIK daripada Pihak IPP.
- Langkah MENGUBAH TARAF TNB ini akan dapat MENJIMATKAN WANG RAKYAT dimana Pihak IPP hanya perlu MENYALURKAN TERUS TENAGA kepada PENGGUNA dengan HARGA IPP.
- Dan sebagai PENGELOLA PUNGUTAN BIL LETRIK, TNB harus DI LAYAKKAN untuk mengambil 5% sebagai WANG PERKHIDMATAN daripada BIL yang di bayar oleh Pengguna
LANGKAH INI JUGA AKAN
- Dapat Mengecilkan Fungsi TNB dengan Kaki-Tangan yang Tidak Perlu dengan Kefungsian sebagai Pengelola Pungutan Pembayaran Bil-Bil Letrik.
- Dapat Mengurangkan Kos pembayaran Gaji CEO TNB yang Tinggi pada waktu ini.
- Dapat Menurunkan TARIF LETRIK dengan DRASTIK
- Dapat Membuat dan Mendorong Para IPP untuk Bersaing dari Segi Harga Jualan dan ini akan mengurangkan dan menurunkan Harga dengan lebih rendah lagi kepada Pengguna
- Dapat Menurunkan juga HARGA BARANGAN PENGGUNA di dalam Negara di dalam semua SEKTOR PERINDUSTRIAN.
- Dan Pihak TNB Tidak Perlu lagi untuk Mengumumkan Penurunan Keuntungan Perniagaan seperti yang mereka lakukan baru-baru ini.
PERSOALAN
- ADAKAH PIHAK KERAJAAN SANGGUP dan BERANI untuk melakukan LANGKAH MENGUBAH PERANAN TNB INI?
- ATAU Sanggup kah Pihak IPP untuk BERSAING SESAMA IPP secara langsung di dalam Pasaran TERBUKA jika Peranan TNB di Tukar?
Fikir-Fikirkan....
Ahad, 24 Julai 2011
Fahami negara kebajikan ala New Zealand
Saya amat terkejut apabila mendapati email saya dipenuhi dengan mesej dari pembaca artikel bertajuk New Zealand sebagai model Negara Kebajikan. Tidak mungkin saya dapat membalas semua mesej tersebut tetapi saya akan cuba membalas dalam penulisan saya seterusnya. Apa yang menarik ialah mesej diterima dari pelbagai bangsa Malaysia termasuk dari Sabah, Sarawak dan juga dari rakyat Malaysia yang sedang merantau di seluruh dunia tanpa mengira sempadan fahaman politik.
Setelah meneliti semua mesej pembaca saya membuat kesimpulan bahawa rakyat mahukan Malaysia mengamalkan konsep negara kebajikan secara ikhlas serta disuntik dengan sifat kasih sayang di antara kerajaan dengan rakyat.
(Waktu malam di bandaraya Christchurch, New Zealand)
Gempa bumi di Christchurch masih belum reda. Setiap hari bumi Christchurch bergegar di antara 2 -3 kali. Saya dapat mengecam gempa bumi akan berlaku apabila terdengar bunyi yang menakutkan memenuhi atmosfera bumi. Bunyi seperti benda berat lagi besar bergerak di perut bumi dan benda itu rasanya amat dekat dengan tapak kaki saya. Beberapa saat selepas bunyi itu kedengaran maka bergegar dan bergoyang semua yang ada di sekeliling saya.
Kejadian gempa bumi selalunya tidak lama. Ada yang tidak sampai 5 saat dan yang paling lama saya rasai ialah lebih kurang 15 saat.
Kejadian gempa bumi selalunya tidak lama. Ada yang tidak sampai 5 saat dan yang paling lama saya rasai ialah lebih kurang 15 saat.
Selepas gempa bumi kuat, air bawah tanah akan melimpah keluar bersama-sama lumpur. Kadang-kadang mengakibatkan banjir lumpur. Bekalan letrik dan bekalan air akan terputus. Namun begitu pihak kerajaan New Zealand pantas bertindak. Bekalan letrik dan air dapat disambungkan semula dalam tempoh beberapa jam sahaja kecuali dalam kes-kes teruk terpaksa mengambil masa melebihi 24 jam untuk dipulihkan.
Gempa bumi tapi air percuma
Walau pun dilanda gempa bumi bekalan air bersih di New Zealand adalah percuma. Salah seorang petugas gempa bumi memberitahu saya bahawa air adalah keperluan asas rakyat dan segala kehidupan di muka bumi ini.
Berasaskan fakta itu, kerajaan dan rakyat New Zealand bersetuju bahawa air perlu diberi percuma kepada rakyat. Pihak kerajaan menggunakan dana negara yang dikutip melalui sistem pencukaian negara untuk menyediakan bekalan air percuma. Satu penyelesaian yang amat mudah difahami kerana dilakukan atas dasar kasih sayang antara kerajaan dan rakyat. Semua rakyat termasuk anggota kerajaan sendiri akan mendapat manfaat dari niat baik yang diterjemahkan dalam bentuk perbuatan.
Terkenang saya di negara sendiri tentang isu air. Hujan di negara kita jauh lebih lebat dan lebih banyak dari New Zealand kerana negara kita adalah negara di zon tropika. Tambahan lagi negara kita tidak ada masalah gempa bumi seperti New Zealand. Tapi malangnya air di negara kita terpaksa dibayar. Lebih ironi lagi harga air boleh diumumkan naik oleh pihak tertentu jika perlu mengikut kontrak perjanjian tertentu.
Terdapat usaha kebajikan beberapa kerajaan negeri untuk memberi air percuma kepada rakyat tapi dihalang oleh Kerajaan Persekutuan dengan pelbagai cara. Jika Kerajaan Persekutuan tidak mahu mengamalkan konsep negara kebajikan jangan pula menghalang Kerajaan Negeri untuk berbuat kebajikan. Kerajaan Pusat tidak bersetuju memberi air percuma pada rakyat kononnya bimbang negara akan bankrupt. Apa yang dapat kita perhatikan bahawa negara New Zealand tidak menjadi bankrupt kerana memberi air percuma kepada rakyatnya. Jelas sekali isu negara kebajikan berkaitan air telah dipolitikkan dan diniagakan sehingga menyebabkan rakyat dinafikan hak kebajikan mereka.
Di New Zealand tidak ada pengerusi bekalan air yang dibayar gaji ratusan ribu sebulan atau jutaan ringgit setahun. Malah tidak ada negara di dunia ini yang membayar gaji pengerusi bekalan air beratus-ratus ribu sebulan dan apabila dicampur untuk setahun akan menjadi jutaan ringgit. Rakyat bukan membayar kos rawatan air tetapi membayar gaji pengerusi bekalan air. Rakyat perlu ingat bahawa negara kebajikan adalah hak rakyat yang perlu ditunaikan tanggungjawab tersebut oleh kerajaan yang dipilih oleh rakyat.
Jikalau makanan ruji rakyat New Zealand ialah beras, saya yakin kerajaan New Zealand akan memberi beras percuma kepada rakyatnya atau harga beras yang paling rendah supaya tidak menjadi beban pada rakyatnya. Sangkaan saya tidak meleset kerana pada hari ini tanggal 22/7/2011 kerajaan New Zealand telah mengumumkan harga susu segar dan cheese diturunkan di antara NZD$0.50 sehingga NZD$1.00 mengikut gred tertentu. Sudah tentu rakyat New Zealand sayang pada kerajaan mereka kerana menjaga kebajikan mereka.
Mari kita bandingkan dengan negara kita. Harga barangan di negara kita selalu naik dan tidak pernah turun.
(Masjid An-Nur yang terletak di Deans Avenue, Christchurch, New Zealand)
Kerajaan kita sibuk bermain politik, sibuk berada di mercu kuasa, sibuk menapis video lucah, sibuk mencari saksi dan bukti kes peguam, sibuk dengan publisiti memuji diri sendiri sehingga lupa kebajikan rakyat yang telah mereka janjikan dalam manifesto mereka dulu. Sudah tentu timbul perasaan benci rakyat terhadap kerajaan. Perasaan benci tersebut bukan kerana dihasut fahaman politik dan bukan benci bersifat peribadi, Perasaan benci rakyat terhadap kerajaan ialah kerana mereka gagal melaksanakan tanggungjawab menjaga kebajikan rakyat.
Apabila kerajaan sibuk berada di mercu kuasa maka kelemahan diri tidak dapat dilihat lagi. Segala cermin yang ada di hadapan mereka tidak menunjukkan cacat cela. Segala teguran rakyat terhadap mereka dianggap permusuhan. Mereka lupa bahawa cermin sebenar mereka ialah rakyat kerana mereka juga adalah rakyat. Jangan dikasari cermin itu kerana bimbang cermin itu akan pecah di mana kaca cermin itu akan melukakan diri sendiri. Salah seorang rakan saya telah meninggal dunia kerana menumbuk cermin dan urat darah dipergelangan tangan putus semasa ia menarik tumbukan keluar dari serpihan kaca yang pecah.
Aku Tuan Kamu Hamba
Semua rakyat menolak pelaksanaan negara kebajikan yang berasaskan semangat tuan dengan hamba di mana kerajaan mahu dihormati sebagai tuan serba pandai dan rakyat dilayan sebagai hamba serba bodoh dan jahil. Rakyat dilayan kerajaan seperti hamba di mana mereka dinafikan hak-hak yang dibenarkan Perlembagaan serta menganggap diri mereka mengetahui segala-galanya. Hanya mereka tidak mengaku diri mereka sebagai tuhan sahaja.
Tindak tanduk serta percakapan mereka menunjukkan hati dan jiwa mereka tidak ada sifat kasih sayang terhadap rakyat. Tidak mungkin seorang tuan akan memberi kasih sayang kepada seorang hamba.
Mereka hanya mengaku bahawa mereka adalah hamba rakyat semasa kempen pilihanraya sahaja. Apabila telah menang pilihanraya dan diberi kuasa oleh rakyat maka pada waktu itu mereka akan memperhambakan rakyat demi kepentingan peribadi dan politik mereka. Apabila kerajaan berjanji akan melaksanakan negara kebajikan atau telah melaksanakan negara kebajikan maka ingatlah bahawa lidah tidak bertulang. Negara kebajikan tidak akan wujud tanpa diiringi oleh perasaan kasih sayang di antara kerajaan dengan rakyat.
Publisiti: Kerajaan jadi macam artis
Apa yang menarik hati saya ialah kerajaan New Zealand tidak pernah membuat publisiti pada dunia tentang pelaksanaan dasar sebuah negara kebajikan. Mereka tidak bercakap banyak tapi bekerja memenuhi tanggungjawab terhadap rakyat sebagai sebuah kerajaan yang dipilih rakyat. Mereka bekerja memenuhi janji-janji dalam manifesto mereka. Masa bercakap telah tamat. Tiba pula masa bekerja.
Terbalik dengan negara kita di mana banyak bercakap kurang bekerja. Masa bercakap tidak ada titik tamat. Sangat rajin membuat publisiti seperti artis mempromosi album untuk meningkatkan jualan dan menang anugerah. Dunia tidak sedar pun bahawa kerajaan New Zealand sangat menjaga kebajikan rakyatnya serta sesiapa sahaja yang diterima sebagai pemastatutin di New Zealand. Kerajaan New Zealand tidak membuat publisiti kerana mereka sedar melaksanakan dasar negara kebajikan adalah tanggungjawab kerajaan.
Semasa pilihanraya kerajaan membentangkan manifesto sebagai janji untuk memenuhi tanggungjawab. Setelah dipilih menjadi kerajaan, maka menjadi tanggungjawab untuk melaksanakan manifesto tersebut. Sebagai contoh, tidak ada ibu-bapa yang membuat publisiti apabila melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga.
Tidak ada anak-anak yang membuat publisiti apabila melaksanakan tanggungjawab terhadap ibu-bapa. Begitu juga dengan suami yang melaksanakan tanggungjawab terhadap isteri atau sebaliknya. Publisiti tidak sesuai dalam urusan tanggungjawab. Malangnya, terdapat kerajaan yang tidak memahami konsep tanggungjawab.terhadap rakyat termasuk di negara kita sendiri.
Tanggungjawab mesti ditunaikan sama ada suka atau tidak. Tidak ada pilihan dalam menunaikan tanggungjawab. Tidak perlu buat publisiti dan tidak perlu minta dipuji. Kalau tidak mahu melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat maka tidak perlu menjadi kerajaan. Mesej ini amat difahami oleh ahli-ahli politik di New Zealand tetapi mungkin tidak begitu dihayati oleh ahli-ahli politik di tanahair.
Kerajaan bukan maharaja
Kerajaan juga adalah golongan rakyat yang dipilih rakyat dalam sistem pilihanraya. Maka rakyat yang telah dipilih menjadi kerajaan jangan lupa diri tentang status rakyat mereka dan tanggungjawab yang telah dijanjikan semasa berkempen. Rakyat memberi mereka undi kerana percaya mereka akan melaksanakan tanggungjawab bukan kerana suka-suka. Jangan pula lupa diri dan menganggap diri mereka sebagai maharaja paling berkuasa, membuat tafsiran hukum undang-undang demi kepentingan politik sendiri, menyalah guna instrument kuasa yang diberi rakyat kepada mereka atau menyakiti rakyat yang lain dengan apa jua cara sekali pun.
Kini negara kita telah dipalit noda dosa antara kerajaan dengan rakyat. Mereka lupa asal-usul bahawa mereka juga adalah rakyat dan bukannya maharaja berkuasa atau raja Bersiong. Cerita Raja Bersiong pun sebenarnya adalah sindiran rakyat kepada pemimpin yang lupa diri, menindas rakyat, mencederakan dan membunuh rakyat sendiri, Kalau kerajaan sudah menjadi seperti Raja Bersiong maka rakyat akan berada dalam kepayahan dan darurat.
Wujudnya Keturunan Raja Bersiong
Mengikut cerita hikayat, Raja Bersiong lupa diri dan lupa tanggungjawab terhadap rakyat sampai ke akhir hayatnya. Beliau tidak mahu mendengar nasihat rakyat kerana beliau menganggap rakyat adalah hamba yang bodoh lagi jahil. Raja Bersiong menangkap rakyatnya beramai-ramai untuk diambil darah sebagai hidangan istimewa. Ada yang cedera, ada yang separuh mati dan ada juga yang mati. Raja Bersiong melanggar hak asasi manusia tetapi pada zaman itu tidak ada undang-undang memelihara hak asasi manusia.
Pada zaman moden ini pun terdapat kerajaan yang mempunyai perangai sama seperti Raja Bersiong. Mereka melanggar hak asasi manusia di atas nama undang-undang. Kerajaan mencedera rakyat dan membunuh rakyat di atas nama perlembagaan dan perundangan. Mereka menghalalkan pertumpahan darah, bertindak kejam pada rakyat sendiri dan mengistihar perang ke atas rakyat sendiri.
Barangkali keturunan Raja Bersiong masih ada di negara kita kerana Raja Bersiong adalah cerita dari negara kita sendiri. Mungkin Raja Bersiong pun akan guna senapang, gas pemedih mata atau water cannon sekiranya teknologi tersebut ada pada waktu itu untuk memberhentikan kebangkitan dan kemarahan rakyat terhadapnya. Kalau Raja Bersiong ada mahkamah pada waktu itu mungkin dia akan menggunakan instrument perundangan untuk mengajar rakyat supaya takut untuk melawannya. Mungkin mahkamah Raja Bersiong akan dipenuhi kes-kes politik yang bertangguh kerana mencari bukti yang direkacipta olehnya sendiri.
Tidak mungkin kerajaan seperti Raja Bersiong akan berjaya melaksanakan negara kebajikan kerana dalam jiwanya tiada perasaan kasih sayang terhadap rakyat tetapi menganggap dirinya tuan yang serba pandai dan rakyat sebagai hamba bodoh lagi jahil. Akhirnya rakyat menghalau Raja Bersiong yang sempat melarikan diri entah ke mana. Jikalau negara kita terdapat kerajaan keturunan Raja Bersiong maka menjadi tanggungjawab kita semua untuk menghalau keturunan Raja Bersiong tersebut. Raja Bersiong dan keturunannya tidak layak menjadi kerajaan untuk negara kita yang tercinta.
Kebajikan Misi Nombor wahid kerajaan
Melaksanakan negara kebajikan adalah tanggungjawab kerajaan yang dipilih rakyat. Rakyat memilih kerajaan bukan untuk menembak gas pemedih mata ke arah mereka atau water cannon atau dibelasah dengan belantan atau disepak terajang atau di tampar tumbuk tetapi untuk menjaga kebajikan rakyat.
Pada kerajaan New Zealand kebajikan rakyat adalah misi nombor wahid mereka. Mereka menganggap kebajikan bukan sekadar memberi bantuan material tetapi merangkumi perlindungan, memberi promosi dan peningkatan taraf ekonomi serta kebahagiaan sosial setiap warga negara termasuk juga pelarian yang telah diberi status mastatutin atau sesiapa sahaja yang telah dianugerah status mastautin.
Kerajaan New Zealand percaya bahawa negara kebajikan mesti berasaskan prinsip peluang yang sama rata (equality of opportunity), agihan kekayaan negara secara sama rata (equitable distribution of wealth) dantanggungjawab awam terhadap ahli masyarakat yang kurang bernasib baik. Proses kebajikan mungkin melibatkan sumber kewangan secara langsung dari tabung kewangan negara atau melalui perkhidmatan yang diberikan seperti perkhidmatan kesihatan dan pendidikan atau kedua-dua sekali.
(Hagley Park adalah taman rekreasi yang luas di tengah bandaraya Christchurch, New Zealand. Masjid An-Nur terletak di hadapan Hagley Park)
Kebajikan di New Zealand melibatkan pemberian bantuan kewangan kepada individu yang memerlukan melalui sistem agihan cukai.
Menurut undang-undang sosial New Zealand, ibu-bapa mesti meluangkan masa untuk membawa anak-anak beriadah pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Jika tidak membawa anak-anak beriadah merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang. Pihak kerajaan tidak terus menguatkuasa undang-undang tersebut. Mereka memperkenalkan skim basikal percuma kepada setiap keluarga yang mempunyai anak-anak.
New Zealand beri basikal percuma
Pada mulanya agensi kebajikan kerajaan menghantar dua buah basikal percuma lengkap dengan helmet ke rumah saya untuk dua orang anak lelaki saya yang berusia 12 tahun dan 13 tahun. Basikal dan helmet untuk lelaki berbeza dengan basikal dan helmet untuk perempuan. Menjadi kesalahan jika lelaki mengguna basikal perempuan dan begitu juga sebaliknya. Dua hari kemudian mereka menghantar dua buah basikal lagi ke rumah saya. Rupa-rupanya mereka memberi basikal itu satu untuk saya sendiri dan satu lagi untuk isteri saya supaya dapat beriadah bersama-sama dengan anak-anak. Saya rasa terharu sangat menerima semua basikal percuma tersebut.
Setiap hari waktu subuh saya akan menaiki basikal tersebut ke masjid untuk berjemaah subuh. Saya tidak lagi menaiki kereta ke pusat bandar kerana lebih gemar menaiki basikal kesayangan saya itu. Setiap hari Sabtu dan Ahad seluruh ahli famili saya pasti ke Hagley Park untuk beriadah. Jikalau kerajaan New Zealand tidak memberi saya dan isteri basikal tentu kami tidak dapat mengejar kelajuan basikal tunggangan anak-anak.
Jangan kedekut dengan rakyat
Pemikiran kerajaan New Zealand tentang negara kebajikan melampau batas pemikiran kita kerana pemikiran mereka berasaskan kasih sayang dan bukannya publisiti politik semata-mata. Terkenang saya pada negara sendiri. Semenjak zaman YM Tunku Abdul Rahman sehingga zaman YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, saya tidak pernah menerima sebuah basikal percuma pun dari kerajaan. Famili saya pun tidak pernah menerima basikal percuma dari mereka. Mungkin zaman YM Tunku Abdul Rahman adalah zaman kemiskinan. Kerajaan tidak mampu untuk menghadiah basikal kerana basikal pun mungkin tidak banyak pada waktu itu.
Zaman kebangkitan industri dan kekayaan ekonomi semasa era pemerintahan Dr. Mahathir pun saya tidak menerima basikal untuk tujuan kebajikan dan memupuk kasih sayang keluarga secara beriadah bersama-sama. Tidak ada sebuah basikal pun yang saya terima di zaman pemerintahan Tun Hussein Onn dan Pak Lah.
Barangkali idea memberi basikal kepada rakyat tidak pernah timbul dalam benak pemikiran mereka sebagai salah satu langkah kebajikan yang dapat memupuk perasaan kasih sayang sesama ahli keluarga sebagai unit penting dalam sebuah Negara yang mahu maju di masa hadapan. Saya pernah menderma basikal sebanyak 20 buah sempena Hari Keluarga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dahulu apabila diminta berbuat demikian oleh kakitangan DBKL. Mungkin kakitangan DBKL tersebut tersalah tempat meminta derma basikal untuk ahli keluarga kakitangannya kerana saya bukan badan kebajikan kerajaan dan saya bukan wakil rakyat kerajaan.
Barangkali Visi 2020 kerajaan dipenuhi publisiti minta dipuji dan angan-angan yang tidak realistik sehingga perkara yang realistik pun tidak mampu dilaksanakan demi kebajikan rakyat, Jika negara mampu membina kilang kereta sudah tentu negara mampu membina kilang basikal untuk rakyat. Isu basikal adalah isu kecil tetapi isu memupuk perasaan kasih sayang dalam keluarga adalah isu besar. Perasaan kasih sayang keluarga tidak cukup sekadar mendengar ceramah di RTM1 atau RTM2. Lagi pun siaran-siaran yang dipaparkan di RTM1 dan RTM2 tidak diminati rakyat kerana dipenuhi propaganda dan publisiti. Propaganda dan publisiti membuatkan rakyat muak untuk menonton rancangan di RTM1 dan RTM2. Lagi pun kualiti penerbitan rancangan di RTM perlu diperbaiki jika mahu berperanan secara berkesan dalam merealisasikan sebuah negara kebajikan.
Lebih memeranjatkan saya lagi ialah setiap tiga bulan agensi kebajikan New Zealand akan menghantar beberapa orang mekanik basikal untuk memperbaiki basikal rosak secara percuma. Alat ganti basikal yang rosak ditukar secara percuma. Kita boleh menukar basikal lain jika kita mahu. Agensi kebajikan akan memilih satu pusat komuniti untuk tujuan servis basikal. Maka pada hari tersebut ibu-bapa akan menjadi sibuk membawa basikal masing-masing untuk diperbaiki atau ditukar. Satu pesta yang sangat unik di Christchurch walau pun dilanda gempa bumi setiap hari.
Ternakan pastoral di Amberly
Musim sejuk New Zealand datang lagi. Pada waktu malam suhu boleh jatuh sehingga paras negatif tetapi yang anehnya tidak ada salji yang turun.
(Salji di Mt. Hutt dalam daerah Canterbury, New Zealand merupakan tempat tumpuan pelancong dari luar dan dalam negara)
Bumbung dan cermin kereta yang diletakkan dibahu jalan terdapat ais membeku tetapi bukan salji yang biasa saya lihat di benua Eropah. Barangkali musim sejuk di hemisfera selatan agak berbeza dari benua Eropah di hemisfera utara.
Saya memang suka melihat salji turun kerana ia membuat jiwa saya tenang memikirkan kebesaran Allah swt yang menurunkannya dari langit luas tiada bertiang tiada sempadan. Kerinduan saya terhadap salji terubat jua apabila kelihatan salji putih melitupi puncak-puncak gunung semasa saya dalam perjalanan ke Amberly di utara daerah Caterbury di New Zealand.
Saya ke Amberly untuk meninjau sistem ternakan ruminen iaitu haiwan ternakan makan rumput seperti kambing, lembu dan rusa. Ladang Amberly terbentang luas, indah dan kemas ditanam rumput berkualiti tinggi sebagai padang ragut ternakan ruminen. Penternak ruminen memberitahu saya bahawa rumput adalah makanan murah untuk ternakan ruminen. Menanam rumput sebagai sumber makanan ruminen hanya tinggi pada peringkat awalan tetapi akan menjadi semakin ekonomik pada jangka masa panjang. Menanam rumput berkualiti tinggi (pastoral) sebenarnya adalah input pertanian yang ekonomik untuk ternakan ruminen jangka panjang berbanding dengan sistem feedlot.
Kesannya ialah kos output pertanian akan menjadi rendah. Maka petani dapat menjual hasil pertanian di pasaran dengan harga yang rendah juga. Mekanisme inilah yang membuatkan bahan mentah makanan di New Zealand lebih murah dari Malaysia serta lebih segar dan berkualiti tinggi bertaraf dunia.
Apa yang menghairankan saya ialah negara kita mahu berjaya dalam industri ternakan dengan cara sistem feedlot. Lembu diberi makan dedak sawit dan daun sawit. Oleh kerana tidak ada pilihan maka lembu terpaksa makan dedak sawit atau daun sawit yang dihancurkan. Kaedah feedlot tidak sesuai dengan sifat lembu yang suka ragut rumput segar. Dalam konteks ini semua jenis ruminen gemar meragut rumput segar bukan makan dedak sawit, atau daun sawit yang dikisar atau rumput yang dipotong. Rumput yang dipotong cepat layu dan hilang kandungan airnya.
Jangan jadi hamba lembu kambing
Lagi pun haiwan ternakan kuat makan rumput. Setakat mana manusia mampu untuk melayan haiwan ternakan dengan memotong rumput setiap hari untuk dihidangkan pada ternakan di feedlot. Lebih baik membiarkan haiwan meragut sendiri rumput dari dihidang oleh penternak. Jangan jadi hamba lembu dan jangan jadi hamba kambing. Feedlot digunakan semasa peringkat akhir penternakan iaitu sebelum disembelih atau sebelum dijual.
Kesimpulan
Sebelum kerajaan memberi basikal percuma kepada rakyat untuk beriadah adalah lebih baik jika kerajaan membasmi masalah anjing liar dahulu. Rakyat New Zealand yang pernah melancong ke Malaysia kehairanan melihat begitu banyak anjing liar di Malaysia. Rakyat New Zealand memang suka anjing tetapi mereka tidak suka anjing liar. Mereka kehairanan mengapa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menternak begitu banyak anjing liar. Salah seorang pelancong yang baru kembali dari Kuala Lumpur ingin kepastian dari saya adakah ternakan anjing liar di Malaysia termasuk dalam Wawasan 2020.
Dalam nada seloka saya memberitahu bahawa anjing-anjing tersebut akan digunakan oleh Kementerian Pertanian Malaysia untuk menjaga kambing, lembu dan rusa yang akan penuh di ladang-ladang Malaysia dalam masa terdekat. Barangkali rakan saya itu percaya kerana anjing memang digunakan di New Zealand untuk membantu petani mengawal haiwan ternakan.
---------------------------------------
Penulis kini tinggal di Chrischurch, New Zealand. Ini adalah tulisan kedua beliau tentang negara kebajikan ekoran tema muktamar PAS ke 57 Kearah Negara Berkebajikan. Beliau boleh dihubungi melaluiubaidi_script@yahoo.com.my
TULISAN SEBELUM INI
Tiada satupun tuntutan yang ditunaikan...
Dakwat Kekal Penyelesaian Bagi Penipuan Besar-Besaran BN di PRU13.
Semua sedia maklum, PRU13 dijangka akan diadakan tidak lama lagi. Berbeza dengan negara lain, tarikh PRU di Msia selalu menjadi salah satu bahan teka teki dan dirahsiakan kepada umum. Di negara-negara maju, tarikh pilihanraya umum biasanya diistiharkan dan sangat jarang menjadi rahsia. Tetapi tidak dinegara kita.
Namun, apa yang paling menarik pada PRU13 kali ini adalah PENTING dan menentukan mandat baru kepada kerajaan baru Najib dan Rosmah.
Penipuan Besar-Besaran BN di PRU13?
Setelah kejatuhan kerajaan BN di negeri-negeri strategik spt Pulau Pinang dan Selangor, kedudukan Kerajaan Najib dan Rosmah agak sedikit goyah (selepas pemindahan kuasa dari Pak Lah), maka menjadi satu matlamat besar agenda BN untuk kali ini merampas kembali salah satu negeri ini, dan Selangor akan menjadi target utama disebabkan undi Melayu mempunyai majoriti yang tinggi berbanding di Pulau Pinang. Maka, ‘serangan’ habis-habisan terhadap Pakatan Selangor mula dilancarkan sejak dari dahulu hinggalah yang terkini oleh PM Najib sendiri agar menggesa semua penyokong BN menggunakan apa jua ‘senjata’ untuk menumbangkan kerajaan Pakatan di Selangor.
Setiap mandat baru, mestilah disertai dengan satu negeri ‘kaya’ ditumbangkan. Ini terbukti sewaktu PRU11, dimana Pak Lah telah menjadikan Kerajaan Pas Terengganu sebagai matlamat.
Mengimbau kembali kekalahan Pas Terengganu di PRU11, pengundian di seluruh Msia telah menjadi kelam-kabut dan jumlah pengundian juga menjadi tanda tanya hingga ke hari ini.
Jika kita selongkar kembali keputusan pilihanraya negeri di Terengganu pada tahun 2004;
(1) Pas tumbang dengan mengekalkan hanya 4 kerusi, dari sebuah kerajaan sebelum itu.
(2) Kemenangan majoriti BN hanya berkisar dalam ratusan dan hanya puluhan sahaja.
(3) Jumlah yang keluar mengundi paling kurang 85% dan puratanya antara 88% hingga 98%!!!
Tanpa menyelongkar selebihnya, secara kasar kita sudah tahu ada yang tidak kena dengan status pengundian di Terengganu sewaktu PRU11. Dan yang pentingnya, keputusan akhir adalah Pas tumbang di Terengganu!
Mengapa ini boleh berlaku?
Semua sudah maklum, dari dahulu lagi, dalam mana-mana PRU di Msia, semua agensi kerajaan (baca: hak rakyat) akan turut sama memainkan peranan dalam memenangkan parti pemerintah. Lebih dahsyat lagi, bukan sahaja media, malah SPR, JPN, PDRM, ATM dan pelbagai lagi agensi rakyat telah dipergunakan oleh BN secara terbuka!
Untuk memastikan semuanya berjalan lancar, ia amat memerlukan kerjasama dari semua ketua atau pengarah jabatan yang terbabit. Ketua Polis, Ketua Hakim, Ketua SPR dan pelbagai lagi ketua agensi kerajaan mestilah memberikan kerjasama tanpa berbelah bahagi kepada kerajaan yang memerintah sekarang supaya setiap apa yang dirancang berlaku seperti mana yang dikehendaki.
Pak Lah sewaktu PRU11, mendapat kerjasama yang cukup baik dikalangan agensi-agensi kerajaan (baca: hak rakyat) yang dinyatakan tadi. Lalu beliau mendapat kemenangan mudah di PRU11, bukan sahaja berjaya menumbangkan kerajaan Pas Terengganu, tetapi mendapat mandat baru dengan penuh bergaya, dan ‘tersenyum lebar’.
Namun, ia tidak berpanjangan, setelah beberapa tahun memerintah, Pak Lah dikritik hebat, bukan sahaja dari pembangkang, malah dari pihak Umno sendiri. Ia telah menjadi kritikal bila Dr. Mahathir pun secara terbuka menghentam Pak Lah tanpa ‘belas kasihan’. Umno mula menghadapi krisis kenyakinan yang teruk, sehinggakan Dr Mahathir (yang memegang kad keahlian Umno [baru] no.1) turut keluar dari Umno pada masa itu.
Krisis dalaman Umno memberi kebaikan kepada pihak pembangkang apabila bukan sahaja sokongan rakyat mudah menyondong kepada Pakatan, tetapi kerjasama dan integriti yang berlaku di agensi kerajaan mula disabotaj. Kesepaduan dalam gerak kerja ‘menipu’ pilihanraya tidak lagi semantap PRU11.
Maka, Pak Lah telah kehilangan 5 negeri di PRU12! Bukan itu sahaja, menteri-menteri lama juga turut tumbang di dalam ‘Tsunami politik 2008’ tersebut.
Walaupun penulis bersetuju dengan analisis yang mengatakan sokongan terhadap Pakatan meningkat di PRU12, tetapi penulis lebih yakin yang kekalahan BN di negeri-negeri tertentu adalah disebabkan adanya sabotaj dikalangan agensi-agensi kerajaan yang tidak memihak kepada Pak Lah.
Era PRU13
Umno tidak sangat mengalami masalah pada kali ini. Walaupun, Najib dilihat agak memihak terhadap isteri Rosmah, tetapi pada hakikatnya beliau disenangi oleh kroni sendiri. Najib adalah seorang yang cukup terkenal dari menjadi MB Pahang lagi, iaitu seorang yang akan buat apa sahaja untuk menjaga kepentingan kroni. Beliau boleh ‘mencipta’ mana-mana jawatan baru/khas (jika perlu) bagi memenuhi kehendak kroni beliau.
‘Orang kuat’ Mahathir ini tidak akan mensia-siakan amanah yang diberikan oleh Penasihat Umno tersebut untuk meneruskan agenda BN. Maka, untuk kali ini, Najib dan Rosmah tidak mengalami masalah sukar untuk mendapat kerjasama sepenuhnya dari agensi-agensi kerajaan tadi, terutama SPR dan JPN.
Penipuan sedang dan sudah bermula?
Antara perkara penting untuk menjatuhkan pihak lawan adalah melalui kehadiran pengundi yang tinggi. Walaupun kemenangan majoriti yang kurang dari 100 pun, yang penting BN mampu mengalahkan pihak lawan.
Kerajaan Najib-Rosmah mula melonggarkan kemasukan pekerja asing ke Msia sejak akhir-akhir ini. Sebenarnya, kemasukkan pekerja-pekerja asing mempunyai kelebihan yang ketara dalam menjayakan aktiviti ‘penipuan’ undi di mana-mana negeri yang berkaitan. Hampir mustahil untuk mendapatkan peratus kehadiran penggundi yang lebih dari 90%, tanpa bantuan ‘pihak luar’. Dan ‘pihak dalaman’ hanya menyediakan ‘kad pengenalan’ dan ‘nama pengundi’ sudah cukup untuk melaksanakan agenda ‘penipuan’ tersebut.
Pengalihan pengundi-pengundi juga giat dilakukan di Selangor sekarang. YB Iskandar telah membongkarkan semuanya di Harakah baru-baru ini.
Dimana BERSIH????
Pada pandangan penulis, BERSIH masih gagal mencapai matlamat! Kalaulah hanya ingin mengumpulkan penyokong Pakatan yang berbaju kuning, bukan sahaja 100 ribu, malah 300 ribu pun boleh! Tetapi yang penting, apakah matlamat sebenar BERSIH sudah tercapai?
Sebagai recap, empat (4) tuntutan BERSIH yang masih lagi di’pandang sepi’ oleh SPR:
1. Pengunaan Dakwat Kekal
2. Pembersihan Daftar Pemilih
3. Pemansuhan Undi Pos
4. Akses kepada Media
Dalam keempat-empat tuntutan tersebut, mana satukah SPR/kerajaan laksanakan? Jawapannya, TIADA! Yang ada, hanyalah undang-undang ‘kosmetik’ seperti peti undi transparen dan pelbagai perkara yang tidak masuk akal. Tuntutan BERSIH hanya tinggal tuntutan!
Penggunaan dakwat kekal hampir menjadi kenyataan sebelum PRU12, namun ia disekat oleh Polis dan Peguam negara yang kununnya ia memberi implikasi negatif dan menyalahi undang-undang.
Terbaru, YB Nurul Izzah telah membankitkannya lagi di Parlimen sewaktu perbahasan menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung, dengan mencabar BN supaya menggunakan dakwat kekal di PRU nanti. Tapi, mereka diam dgn seribu bahasa!
Gesaan!
Penulis sungguh-sungguh berharap agar pihak Pakatan memainkan peranan untuk menuntut supaya perlaksanaan dakwat kekal diadakan sewaktu PRU nanti. Gesaan ini boleh dimulakan dengan mengajak semua Pemuda-Pemuda dari parti Pakatan (PAS, PKR, DAP) termasuklah NGO-NGO seperti Solidariti Anak Muda (SAMM), Persatuan-Persatuan Mahasiswa dan lain-lain yang berkaitan.
Mengapa PEMUDA? Ia adalah simbolik kepada tuntutan ‘pemimpin’ dan generasi akan datang. Mereka juga adalah satu ‘kawanan’ yang tahan lasak dan mampu memberika impak yang cukup positif dalam tuntutan tersebut. YB Nurul Izzah juga anak muda!
Apakah perlu memboikot pilihanraya? Tidak! Jangan memboikot pilihanraya kali ini. Tetapi apa yang perlu adalah lancarkan gesaan ini terhadap Najib dan Rosmah.
Sepatutnya, pihak Pakatan lancarkannya sewaktu berbelas-belas PRK lalu. Jika tidak tertunai, maka masa itu boleh diboikot, terutama di tempat yang BN ada kekuatan spt Kerdau, Merlimau dan Tenang. Namun, kita masih tidak terlambat. Lancarkan gesaan itu sekarang!
Pihak Pemuda PAS, PKR dan DAP jangan hilang fokus! Sekarang, banyak isu-isu ciptaan Umno/BN untuk menimbulkan polemik tidak kesudahan. Semua isu-isu ciptaan Najib-Rosmah tersebut hanyalah untuk mengganggu tumpuan sebenar agar PEMBERSIHAN SPRdilupakan dan Rakyak marhaen terus mendapat tekanan demi tekanan kehidupan.
Ingatlah, gesaan ini adalh untuk membela masa depan negara dan juga rakyak marhaen!
KESIMPULAN
1. PRU13 nanti Kerajaan Najib-Rosmah akan mendapat kerjasama sepenuhnya dari agensi-agensi kerajaan (baca: hak rakyat) yang bakal di’perkuda’kan untuk mendapat mandat baru.
2. Pihak PEMUDA Pakatan wajib melancarkan gesaan agar menuntut DAKWAT KEKAL di PRU13 nanti agar mengurangkan kejadian undi lebih dari sekali.
3. Pihak ahli Parlimen Pakatan mesti mengusulkan agar DAKWAT KEKAL digunakan dalam sidang Parlimen kali ini. Kalulah isu perundanagn emnjadi masalah.
4. Perhimpunan demi perhimpunan tidak membawa makna jika tiada suatu tindakan yang ‘mengertak’ pihak kerajaan Najib-Rosmah dilalukan, antara yang kritikal sekarang adalah tumpuan terhadap proses pengundian.
5. Jangan mudah tertipu dengan hanya kehadiran pengunjung ceramah dan perhimpunan, kerana tanpa tindakan tuntas terhadap SPR dan Kerajaan Najib-Rosmah, mereka tetap tersenyum lebar dan selesa untuk menyambung tugas di Putrajaya!
Ayuh bertindak sekarang wahai pemimpin Pakatan dan penyokong Pakatan. Kerana kalau hanya bertindak sewaktu pilihanraya, spt ‘tahan bas’, sekat pengundi asing, maka ia sudah terlambat! Jangan perjudikan nasib dan masa depan anak bangsa dan negara kita oleh Warga Asing yang mengundi BN di PRU13 nanti!
Selamat berjuang!
Sumber:http://matdaus.blogspot.com
Langgan:
Catatan (Atom)