Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Isnin, 2 Januari 2012

NAJIB, PRU 13 DAN HIMPUN


Oleh : Arifin Hassan

Semasa Perhimpunan Umno yang baru berakhir bulan lepas, Datuk Seri Najib telah memberi amaran kepada ahli Umno tentang dua perkara. Pertamanya tentang sejarah UMNO yang mereka kena faham. Saya merasakan ini penting kerana Najib ingin ingatkan kepada mereka bahawa UMNO pernah jatuh, mereka kalah apabila UMNO berpecah. Ini memang benar kerana " cosine/sine curve" PRU Malaysia untuk tahun-tahun 90,95,99,2004.2008, turun-naiknya kemenangan BN, adalah apabila mereka bersatu atau berpecah. UMNO turun bila adanya kes Tg Razaleigh dengan Semangat 46 (tahun 90), mata lebam Datuk Seri Anwar (99) dan lekelemahan kepimpinan Pak Lah (2008).

Keduanya, Najib menyebut agar ahli-ahli UMNO jangan berebut nak jadi calon. Kajian di Amerika dan Eropah menunjukkan bahawa para pengundi dalam era baru ini memberi kepercayaan kepada calon, isu tempatan dan parti ( in that order).Apatah lagi apabllia 64% dari pengundi adalah merupakan orang muda yang berumur di antara 20 - 40 tahun. Mereka ini pula mempunyai parameter yang baru tentang siapa yang mereka mahu pilih. Seolah2 dia berkata, let me choose , i know better. Ini boleh menimbulkan isu yang besar apabila ketua bahagian atau pun ahli yang lebih senior tidak terpilih.

Jadi bilakah PRU 13 yang akan datang? Ada ramai penganalisis mengatakan pertengahan Mac, yakni 17 Mac (sabtu) adalah permulaan cuti sekolah, ada kemungkinan Najib akan membubar parlimen pada pertengahan Februari dan mula membuat pengumuman awal pada permulaan Feb. Apakah isu2 penting sekarang dalam menghadapi PRU kali ini?

ISU-ISU DALAMAN UMNO DAN BN

Pertamanya isu berkaitan National Feedlot Corporation belum beres lagi walaupun Shahrizat sudah menjawabnya di Perhimpunan UMNO. Apa tidaknya apabila mereka yang memimpin NFC mendapat gaji mencecah RM 50 - 100 sebulan, tiga dari ahli keluarganya berada di sini, ini duit rakyat. Ini membuat beberapa ahli UMNO di peringkat pertengahan mencadangkan agar Shahrizat mengundur diri dan tidak menjatuhkan UMNO.

Keduanya, walaupun bukan hal UMNO, penyenaraian di Bursa Saham Felda Global Ventures menjadi kontroversi. Mula2nya ditonjolkan dalam dada akhbar harian bahawa PAS mengasak masyarakat agar tidak bersetuju tindakan ini. Dalam pergolakkan ini timbul pula Dato' Rozali Ismail, CEO Puncak Niaga , tidak bersetuju FGV di senaraikan di Bursa Saham , dan beliau merupakan penyokong kuat kerajaan!!

Desas desus ada mengatakan beliau sangat berminat menjadi Pengerusi Felda sebelum Isa Samad di lantiik. Mula-mula isu ini nampak kecil, tetapi berita akhbar hari ni dengan Tan Sri Rozali nampak lebih serius membuat tuntutan. Kita harus ingat antara 20 -25 kawasan DUN dan Parlimen ada kaitan dengan FELDA!!!

Ketiganya, wang agihan dari bajet 2012 sudah turun kepada rakyat. Ini penting bagi Najib kerana dia mengotakan apa yang dia kata. Soalannya adakah wang ini benar-benar turun kepada mereka yang memerlukannya. Selalunya berlaku ketirisan yang teruk sehinggakan tidak sampai kepada sasarannya.

Keempat, Cuepacs yang mewakili 1.4 juta kakitangan awam membuat hal pula. Isunya mereka mungkin tidak menerima Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam dan meminta ahli2 mereka tidak menerimanya.Ceritanya mereka yang berada di peringkat JUSA mendapat kenaikan gaji hingga ke ribuan ringgit dan yang peringkat sokongan hanya mendapat kenaikan puluhan rm

Seperkara lagi adalah polisi baru yang ingin melepaskan kakitangan yang berprestasi rendah.Ini adalah bagus, tetapi kalau kakitangan kjaan sudah biasa dengan cara yang lain, mereka mungkin memberontak.Ini perlu diselesaikan sebab sekiranya di ambil juga pasangan setiap kakitangan kerajaan, bilangan mereka yang terbabait secara emosi dalam hal ini adalah hampir 2 juta. Ini adalah besar dan mempunyai keupayaan mempengaruhi undi di peringkat DUN dan Parlimen.amada beliau akan mampu menangani isu-isu inin atau tidak.


Kelima, seperti di tulis dalam artikel terdahulu. adakah Euro Zone Crisis akan mempunyai kesan yang besar terhadap Malaysia dan politik serantau. Dalam konteks ini, Najib akan di uji samada beliau mampu mengalih pandangan rakyat dari isu-isu ekonomi.

(Bersambung : END OF PART 1)

Dalam Part 2 :
- Isu-isu PAS
- Isu -isu KEADILAN
- Isu - DAP

3 ulasan:

  1. QALAM DARI FELDA KERATONG 7. artikel ariffin hassan berkualiti. saya ingin menambah:
    1) perjuangan pembangkang tidak pernah berubah iaitu anti-UMNO atau benci-UMNO. ertinya mereka meminta simpati Melayu supaya menolak parti itu sekaligus melumpuhkan BN. Mereka hampir berjaya kerana Melayu sudah berpecah. Jalan keluar terbaik ialah MELAYU perlu BERSATU. Jika mengharapkan PAS, Melayu akan terpinggir. Jika harapkan PKR, Melayu tidak ke mana. Jelas sekali raykat Melayu perlu kembali kepada UMNO. Pemimpin bertukar ganti, parti tidak. Jika tak suka Najib tak apa. Ada pemimpin lain nanti. Teruskan bersama UMNO dan BN.

    2) Ulasan Ariffin mengenai CEO PuncakNiaga, Tan Sri Rozali Ismail adalah tidak tepat. Rozali tidak pernah menentang atau menolak penyenaraian FGVH. Apa yang ditegaskan beberapa kali sebelum ini ialah pihaknya mahu penyenaraian itu mengambilkira kajian teknikal yang akan dilakukan oleh GEMPAK yang mewakili 1.6 juta peneroka. Ertinya berikan sedikit masa untuk kajian itu dilakukan sebelum membuat keputusan muktamad.

    BalasPadam
  2. Saya ingin memberi komen mengenai FGVH. Sehari selepas Gabungan Generasi Peneroka Wawasan Felda (GEMPAK) ditubuhkan, saya baca semua paper. Tidak satu pun paper mengatakan Tan Sri Rozali menentang penyenaraian FGVH. Sebaliknya beliau berkata "GEMPAK akan mengumumkan pendirian mengenai isu itu (FGVH) selepas menjalankan kajian teknikal menerusi syarikat perunding dalam dan luar negara". Oleh itu, saya anggap kenyataan Ariffin Hassan tidak tepat. (nukilan Kondang Kondi)

    BalasPadam