Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Khamis, 28 April 2011

Isu video : Peluang untuk tegakkan syariah sepenuhnya


Dengan munculnya video lucah ciptaan musuh islam maka kuliah-kuliah dan ceramah-ceramah termasuk majlis ilmu serta usrah ianya sudah menjadi topik perbincangan hangat.

Kalu dulu usrah tak segar tapi bila isu ni timbul maka ruang perbincangan sesama ahli bertambah aktif. Para ustaz, nakib dan murabi pun akan merujuk kepada kitab muktabar dan mengambil pendapat ulama yang kuat dalam usaha menerangkan kepada ahli dan masyarakat kekeliruan dan kebimbangan mereka.

Ini perkara serious yang mesti dijelaskan dengan terang tanpa keraguan kepada rakyat. betapa pentingnya saksi dan hukum qazaf bagi yang menuduh tanpa bukti sahih dalam syariah islam..

Selagi tak dibicarakan di mahkamah syariah yang adil masakan pecinta islam akan percaya, apatah lagi si penuduh 3 orang itu kaki maksiat. Yang percaya tu pun jenis yang sama spesis dengan mereka. Percaya lah dengki mereka akan berterusan dan akan mengarah video dan adegan lain sampai Anwar tak larat. Tapi sampai bila?

Ngo islam dan mufti serta kadi jangan senyap jer. Begitu juga Dewan Ulama buatlah kenyataan akhbar bagi menerangkan isu ini supaya rakyat tak risau, bayangkan malu nak baca dan budak-budak nak tengok suratkhabar sekarang ni pun pelik semacam. Jangan sampai anak-anak kita pun keliru lalu bertanya " Ini suratkabar ke majalah lucah?"

Imej Video Diperbesarkan -UMNO Production Kalah Teruk!!



Penyebaran bahagian kedua klip video lucah di internet hari ini adalah kegagalan teruk UMNO Production dengan 3Temberang selaku pengarahnya.

Video yang berjudul 'Papa Nurul Izzah Part II' yang dipertontonkan oleh 3Temberang kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu boleh didapati di Youtube sejak jam 1.30 tengahari. Klip video sepanjang 1.46 minit itu dimuat-naik oleh seorang pengguna yang menggunakan nama "wakparjosudorno."

Nurul Izzah Anwar juga sekali lagi mengulangi bahawa orang dalam video lucah yang sebahagiannya lagi disebarkan di internet hari ini bukan bapanya.

Kita lihat dengan lebih jelas imej yang telah diperbesarkan. Apa yang akan dijawab oleh pengarah 3Temberang terhadap bosnya UMNO Production selaku penerbit video tersebut.
Boleh minta dengan Anwar formula melebatkan rambut dalam sehari!!!!!

Video Lucah : Jauh beza dan menipu Rakyat


Perhatikan kedua-dua gambar diatas, satu gambar dari video lucah “Papa Nurul Izzah part 11” yang dirakamkan pada 21 Feb 2011 dan satu lagi gambar dari video yang dirakamkan pada 22 Feb 2011 oleh TV Selangor “ Anwar di Mahkamah”.

Selain janggut seperti yang aku telah pertikaikannya di ( SINI ).. rambut juga telah panjang dengan terlalu cepat.. cadangan aku pencacai UMNO sepatutnya mengarahkan lelaki itu memakai rambut palsu..

Menurut Datuk “Three Stooges” video aksi seks entah apek mana yang dikatakan Anwar oleh mereka itu telah dirakamkan disebuah hotel ditengah-tengah ibu kota pada 21 Februari 2011 yang lalu. Sedangkan diawal video tersebut terpapar tulisan Siam yang membawa maksud Phaholyothin Road Bangkok.


Aksi tersebut telah dilakukan oleh seorang yang difitnah oleh mereka sebagai pemimpin utama Pakatan Rakyat, siapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim bersama seorang pelacur dari Cina.

Bagaimanapun hasil dari siasatan polis mereka telah mengenalpasti identity wanita di dalam video tersebut, wanita tersebut seorang pelajar sebuah kolej swasta di ibu kota berusia 26 tahun yang juga seorang warga China.

Bagaimana polis mengenalpasti tu.. tak tahulah pulak aku.. mungkin pelajar dari luar Negara yang masuk ke Malaysia dan melacur untuk menyara hidup perlu mendaftarkan diri terlebih dahulu jadi oleh sebab itu mudah untuk pihak polis menjejakinya..

Dari hasil soalsiasat pula wanita tersebut telah mendedahkan lokasi rakaman itu dilakukan iaitu di sebuah kondominium di pinggir ibukota bukannya ditengah-tengah ibu kota sebagaimana yang didakwa oleh “Three Stooges” itu.. – berita penuh sila baca di SINI

Dengan tersiarnya video lucah bahagian kedua pula.. pencacai-pencacai UMNO/BN semakin yakin bahawa lelaki itu adalah Anwar sedangkan kedua-dua gambar diatas jelas menunjukkan betapa fitnah yang diusahakan mereka telah gagal.. tetapi disebabkan kebebalan mereka yang semakin menebal mereka tetep mengatakan ianya Anwar.

Video Part 1 dan video dari TV Selangor itu sila lihat di SINI

Komen seorang pembaca..
aku dh cakap dan ulang, video ini jelas dan terang-terangan diada-adakan untuk memfitnah DSAI. Selain dari segala dalil2 dan bukti2 yg kebanyakkan orang dah tahu, ada 1 perkara lagi yg aku tak pernah nampak atau terbaca di mana2 blog mengenai dalil2 atau bukti2 yg menunjukkan bahawa video ini adalah video fitnah.

SEKARANG, CUBA KORANG PERHATIKAN BAYANG-BAYANG KETIGA-TIGA INDIVIDU DI DALAM VIDEO TU..JELAS LG NYATA BAYANG2 ITU TERHASIL DARI SINARAN CAHAYA YG DATANG NYA MUNGKIN DARI APA YG SERING DIGUNA PAKAI OLEH ORANG2 YG BUAT FILEM/DRAMA..

SEBAB NYA, DENGAN JELAS SEKALI BAYANG2 TU HASIL DARI CAHAYA YG DATANG DARI SISI SUDUT TEPI. LEBIH JELAS KETIKA & SEWAKTU MANA2 INDIVIDU2 DLM VIDEO TU SEDANG MELINTASI DI DEPAN KAMERA, KRN KETIKA ITU DGN JELASNYA KITA SEMUA AKN NMPAK ADA CAHAYA YG SGT TERANG, SEOLAH2 DN SEPERTI SPOTLIGHT, DAN BAYANG2 MEREKA SEMUA MEMANG JELAS DAN SENTIASA KELIHATAN DI DINDING BILIK HOTEL.

INI MENUNJUKAN MEMANG TERDAPATNYA SATU PUNCA CAHAYA DARI TEPI SUDUT BILIK ITU.

PERSOALAN NYA, APA FUNGSI LAMPU YG BEGITU CERAH ITU BERADA DALAM BILIK HOTEL TU? BIASANYA LAMPU MEJA ATAU STAND LIGHT YG CAHAYA NYA ALA2 'ROMANTIK' YG BERADA DALAM BILIK HOTEL. INI NAH KAU, MCM HIGH BEAM!! AHAHAHAHA!

BODOH PUNYA A-M-A-T-E-U-R-S

Video Seks Bahagian Kedua: Tangkap Papagomo





Promosi fitnah papagomo dan rakan blogger dajjal Umno telah sampai ketahap gaban.Ini berlaku setelah video bahagian pertama tempohari gagal meyakinkan rakyat mengenai fitnah kepada Anwar Ibrahim.

Polis patut tangkap papagomo dan rakan rakannya kerana telah menyalahi undang undang dan arahan Polis.

Kindle Wireless Reading Device, Wi-Fi, Graphite, 6" Display  with New E Ink Pearl Technology
Kes video seks masih dalam siasatan Polis , kenapa maarop maarop tu boleh siarkan dalam internet? dari mana depa dapat? siapa yang bagi kat depa tu?

Timing pulak waktu perdana ,mula di upload ke youtube pukul 1.30 tengahari? guna nama samaran orang jawa?

Segala lidah lidah setan Umno tv1,sampai tv9 bukan main hebat tambah promosi fitnah, dari mana depa dapat bahan tu semua?

Jika Polis masih tidak mahu tangkap semua yang tidak mematuhi arahan Polis itu,apa guna undang undang yang sedia semua itu?

Ataukah Polis yang memberikan pita video kepada papagomo dan segala media di Malaysia ini?

Baca seterusnya di sini

Kebangkitan Rakyat Syria

Syria semakin berdarah




DAMSYIK - Kemaraan ribuan tentera menaiki kereta kebal ke bandar-bandar di Syria sambil melepaskan tembakan rambang mencetuskan panik dalam kalangan penunjuk perasaan antikerajaan negara itu, semalam.

Konflik politik negara Timur Tengah itu semakin meruncing apabila tentera dikerah menyerang penunjuk perasaan menggunakan peluru hidup, kelmarin, dengan puluhan mayat masih bergelimpangan di jalan raya sehingga semalam.

Menurut kumpulan hak asasi negara itu, sekurang-kurangnya 400 penunjuk perasaan terbunuh akibat penggunaan kekerasan oleh pihak berkuasa sejak protes bermula, bulan lalu bagi menentang pemerintahan Presiden Bashar Assad.

Kerajaan Assad baru-baru ini menamatkan perintah darurat yang diguna pakai di negara itu sejak 48 tahun lalu tetapi mengubah perlembagaan dan menuntut orang awam mendapatkan permit sebelum mengadakan sebarang demonstrasi.

Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mula merangka usul mengecam keganasan di Syria dan akan menyiasat dakwaan pencabulan hak asasi manusia.

Rabu, 27 April 2011

Haram baca Utusan Malaysia : Dr Haron Din


KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini disaran tidak membeli dan membaca Akhbar Utusan Malaysia kerana media tersebut boleh dikategori sebagai "haram" dari sudut Islam, tegas ulama terkemuka tanahair, Profesor Datuk Dr Haron Din Al Hafiz.

Menurutnya, mana-mana media yang menghalalkan amalan fitnah, cubaan mengaibkan orang lain, menggalakkan berlakunya perpecahan umat Islam dan perpaduan kaum adalah haram untuk dibeli dan dibaca.


"Islam adalah agama penyatuan, agama perpaduan, agama yang saling hormat menghormati dan agama yang memberi rahmat kepada sekelian alam.

"Islam menegah amalan menyebarkan berita yang tidak baik seperti mengaibkan orang lain. Hukum Syarak menegah segala amalan yang dibawa oleh mulut atau pun media seperti ini," jelas beliau.

Kenyataan Haron Din itu disiar dalam akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan yang boleh diperolehi di pasaran mulai hari ini.

Menurut Dr Haron, Al-Quran juga menyatakan "Maka sesungguhnya orang-orang yang suka menyebarkan berita-berita yang keji (menjatuhkan maruah seseorang), maka bagi mereka itu azab siksa di dunia dan di akhirat.

Menurutnya lagi, berdasarkan hukum Fekah yang di sebut dalam kitab Fekah, Manhaji menyatakan, haram ke atas orang Islam menyebarkan berita keji ke atas orang Islam, tidak kira sama ada peritiwa itu benar atau sebaliknya.

"Kalau berita itu palsu ia adalah suatu fitnah jahat yang mengundang bala Allah yang segera. Kalaulah ia benar maka ia membuka ruang fitnah yang mengundang pelbagai keburukan, sedangkan sepatutnya ia menutup perkara tersebut." jelas beliau.

Peguam Negara lebih berkuasa?Awas! Allah lagi maha berkuasa



Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan satu realiti – orang yang paling berkuasa di negara ini mungkin bukan Perdana Menteri.

NONEIni kerana Datuk Seri Najib Razak terpaksa meraih mandat daripada rakyat setiap lima tahun dan menjawab kepada Parlimen apabila perlu.

Orang yang tidak perlu berbuat demikian adalah Peguam Negara.

Jawatan itu kini disandang oleh Tan Sri Abdul Gani Patail.

Beliau tidak perlu ke Parlimen, tetapi hanya ke pejabat Perdana Menteri dan hadir pada mesyuarat Kabinet untuk memberi nasihat dan penjelasan dari masa ke semasa.

Pejabat Peguam Negara di Malaysia mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan pihak mana yang perlu diheret ke mahkamah, yang mana boleh dilepaskan.


Peguam Negara juga berhak menentukan pertuduhan apa yang harus dikenakan terhadap seseorang, tidak kira jika pertuduhan itu menyimpang daripada laporan polis yang dibuat oleh pengadu.

Semalam, Ketua Pendakwaraya Yusuf Zainal Abideen mengesahkan kuasa mutlak pendakwaan di tangan Gani apabila beliau berhujah pada perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

azlanYusuf Zainal mengaku dalam laporan polisnya, pengadu Saiful Bukhari Azlan mendakwa beliau dipaksa melakukan hubungan seks itu.

Namun, Peguam Negara menggunakan kuasa yang ada padanya untuk mendakwa Anwar atas tuduhan kononnya beliau dan Saiful melakukan seks luar tabii secara sukarela.

Kuasa mutlak

Yusuf memberitahu mahkamah bahawa Peguam Negara mempunyai kuasa mutlak untuk mendakwa Anwar di bawah apa juga undang-undang.

NONEMalah, mengikut Yusuf, sekali pun Saiful “menukar” ceritanya, ia tidak menjejaskan pendakwaan selagi ada “bukti” untuk menyokong tuduhan itu.

Begitu besar kuasa yang ada pada Peguam Negara. Persoalan yang lojik yang akan ditanya oleh rakyat adalah apa jadi dengan laporan polis Saiful bahawa beliau dipaksa melakukan perbuatan itu?

Bagaimana fakta penting ini boleh diketepikan begitu sahaja oleh Peguam Negara… jika benar motif utama beliau adalah menegakkan kebenaran semata-mata, demi memberi keadilan kepada pengadu dan tertuduh.

Namun persoalan ini tidak akan dijawab, kerana Peguam Negara tidak bertanggung jawab kepada Parlimen.

umno general assembly rahim thamby chikTidak ada ruang untuk rakyat atau wakil rakyat memperinci hubungan Peguam Negara dengan Pejabat Perdana Menteri dan kaitannya dengan keputusan-keputusan pendakwaan yang dibuat.

Pada tahun 1994, Peguam Negara ketika itu Tan Sri Mohtar Abdullah mengambil keputusan untuk menggugurkan tuduhan rogol terhadap Tan Sri Rahim Thamby Chik atas alasan “kurang bukti” beliau melakukan jenayah itu terhadap gadis berusia 15 tahun.

Dipenjarakan

Sebaliknya yang didakwa adalah Lim Guan Eng yang kini Ketua Menteri Pulau Pinang. Beliau dipenjarakan 18 bulan kerana mendedahkan perlakuan Rahim.

NONETan Sri Mohtar adalah juga Peguam Negara yang bertanggungjawab untuk tidak mendakwa Rahim atas tuduhan rasuah RM40 juta, sekaligus menolak segala bukti-bukti yang telah dikumpulkan oleh Badan Pencegah Rasuah.

Jelas kuasa Peguam Negara adalah mutlak. Pejabat Peguam Negara menggunakan pertimbangan sendiri yang “rahsia dan agak istimewa” tetapi tidak menjanjikan ketelusan dan keadilan serta kesamarataan yang menjadi tonggak prinsip keadilan.

Rekod tiga Peguam Negara terakhir, Tan Sri Abu Talib Othman, Mohtar (kanan) dan Gani tercemar kerana cara mereka menggunakan kuasa-kuasa mutlak yang diberikan kepada mereka.

Mereka dilihat bersekongkol dengan pemerintah yang mahu menjayakan agenda sempit politiknya.

abu talib othman interview 210807 full widthContohnya peranan Abdul Talib (kiri) dalam pemecatan Ketua Hakim Negara ketika itu, Tun Salleh Abbas dan lima hakim lain pada tahun 1984.

Dalam kes Anwar, Gani menjadi sasaran utama kerana dituduh membawa pendakwaan yang rapuh dalam fitnah liwat pertama pada tahun 1998 dan ulangannya pada masa sekarang.

Rasanya tidak perlu menoleh terlalu jauh kebelakang untuk memperinchi rekod Gani. Dakwaan yang dibuat oleh Datuk Mat Zain Ibrahim, pengawai penyiasat polis dalam kes mata lebam Anwar bahawa Gani mereka-cipta bukti dalam kes Ketua Pembangkang adalah dalam pengetahuan umum.

Membekalkan pelacur

Anehnya, dakwaan-dakwaan itu tidak pula mengundang sebarang pendakwaan daripada Gani, walaupun ia memberi tamparan hebat kepada kewibawaan pejabat Peguam Negara,

raja petra demafation case 200109 manjeet singh dhillonPada tahun 1998, peguam kepada Datuk S Nallakarupan, Manjeet Singh Dhillion mendedahkan Gani menuntut supaya Nalla merekacipta bukti terhadap Anwar kononnya Nalla membekalkan pelacur kepada Anwar.

Berikut petikan surat rasmi yang dihantar oleh Manjeet kepada Peguam Negara ketika itu Datuk Mohtar:

“That in exchange for a reduction of the present charge to one under the Arms Act he wanted Nallakaruppan to co-operate with them and to give information against Anwar Ibrahim, specifically on matters concerning several married women. Dato Gani kept changing the number of women and finally settled on five, three married and two unmarried.
That he would expect Nallakaruppan to testify against Anwar in respect of these women.”

Terjemahan: Bahawa sebagai syarat untuk mengurangkan tuduhan (daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri) kepada Akta Senjata Api beliau mahu Nalla memberi keterangan terhadap Anwar, khususnya membabitkan beberapa wanita yang bersuami. Datuk Gani mengubah-ubah jumlah wanita yang harus dinyatakan oleh Nalla dan akhirnya mahukan Nalla memberi keterangan supaya Anwar mengadakan hubungan dengan lima wanita, tiga yang bersuami dan dua lagi belum kahwin.

Meninggal dunia

Hanya Datuk Mohtar tahu kenapa beliau tidak mengambil tindakan terhadap Manjeet kerana membuat tuduhan begitu serius terhadap Gani.

NONEHanya Gani tahu kenapa beliau sendiri tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Manjeet ketika itu, mahupun sekarang.

Mohtar sudah pun meninggal dunia namun Gani masih hidup dan malah mempunyai lebih kuasa sekarang untuk mempertahankan kewibawaan dan keluhuran kerusi Peguam Negara yang diisandangnya.

Seseorang pengamal undang-undang, tidak kira sama ada pendakwaraya, peguambela atau hakim tidak boleh menghalalkan matlamat dengan apa cara pun.

Keadilan hanya boleh ditegakkan apabila pengamal undang-undang tidak dipengaruhi oleh sesiapa dan tidak menjadi sebahagian daripada agenda politik mana-mana pihak.

Setiap tindakan yang diambil haruslah konsisten dan bebas daripada sebarang telunjuk pemerintah, jika tidak keluhuruan sistem undang-undang itu pasti tercalar dan ternoda sehingga sukar disucikan semula.

Apa yang jelas ialah pejabat Peguam Negara kini disifatkan sebagai cabang pemerintah yang begitu berkuasa dan kebal daripada perincian rakyat.

azlanTindak-tanduk Peguam Negara tidak boleh dipersoalkan oleh rakyat mahupun Parlimen.

Keruntuhan badan kehakiman mana-mana negara berakar umbi daripada keputusan-keputusan pendakwaan oleh Peguam Negara yang dicemari dengan pertimbangan politik kerajaan memerintah.

Malaysia tidak terkecuali daripada hakikat ini.

Begitu juga keluhuran sistem keadilan akan sentiasa terpelihara jika Peguam Negara melihat diri beliau sebagai penjawat awam (public servant) dan bukannya kakitangan kerajaan dengan maksud yang sempit.

Bandar Hantu Chernobyl Ukraine (foto)