Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Ahad, 15 Januari 2012

Dulu aku halang dakwat kekal ,sekarang halang royalti Kelantan

NONE








BEKAS PENGERUSI SPR BERKATA... BAGI HAK ROYALTI MINYAK KELANTAN... SATU LAGI JAWAPAN UNTUK MENIDAKKAN HAK DARI MENTERI UMNO INI...

Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, royalti sehingga RM600 juta patut diberikan kepada Kelantan atas semangat 1Malaysia.

"Sebagai orang Kelantan Saya hendak kata, itu hak negeri Kelantan. Patut dapat RM600 juta, kalau Terengganu boleh bagi... kenapa Kelantan tidak bagi? Sebagai anak Kelantan saya kata patut diberi hak royalti tersebut".

Menurutnya lagi "sekiranya wang itu enggan diberikan kepada kerajaan PAS, beliau mencadangkan supaya dibentuk sebuah jawatankuasa bagi mengedarkannya demi kebajikan rakyat negeri Kelantan dan duit itu untuk belanja di Kelantan... " katanya disambut sorakan kira-kira 1,000 peserta dalam satu Majlis yang diadakan di Negeri Kelantan kelmarin.

Pada 30 Ogos 2010, kerajaan Kelantan memfailkan sama terhadap Petronas kerana didakwa melanggar kontrak kerana gagal membayar royalti minyak terhadap kerajaan Kelantan dan Kerajaan persekutuan turut memohon sebagai pencelah dalam kes itu.

Ini adalah berikutan Pembatalan Pengisytiharan Darurat yang menghadkan pemilikan minyak di kawasan perairan Kelantan, akan tetapi menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. ianya masih belum melayakkan negeri itu menuntut royalti minyak.

Kata nya "Ini kerana menurut undang-undang selepas pengisytiharan itu dibuat... Ordinan Darurat masih terpakai sehingga enam bulan berikutnya... Isu pertama tentang kawasan yang dianggap kawasan negeri dan kawasan Malaysia kalau dalam Ordinan Darurat ada tentukan had hak negeri 12 batu nautika daripada pesir pantai negeri. Lepas daripada itu hak Malaysia".

Menurutnya lagi "Ini ikut Ordinan Darurat itu tepat dan sekarang sekiranya batal, apa cerita sekarang? dibawah undang-undang... sekiranya Ordinan Darirat dibatalkan masih ada enam bulan sebelum dikuatkuasakan atau tidak dikuatkuasakan".... satu jawapan dari Pemimpin Parti yang konon nya memperjuang Bangsa Melayu.... kah kah kah !!!.

Negeri Kelantan Darul Naim.... sebuah Negeri yang bilangan penduduk Melayu Islam hampir 90 peratus lebih.... tetapi hak orang Melayu disana telah dinafikan oleh Kerajaan Pusat yang di terajui sebuah Parti yamg kononya Pejuang kepada Bangsa Melayu iaitu Umno.

Bukan parti yang berasakan Kaum Cina atau Kaum India yang menahan Royalti Minyak Negeri Kelantan dari diberi kepada Orang Melayu Negeri Kelantan, tetepi Parti tersebut adalah Parti Umno yang mengaku pembela kaum Melayu Islam yang sebenarnya perompak dan kepada Bangsa Melayu Islam.

PS : Ini rupanya menteri melayu yang mengaku Islam, kerjaya menipu dan menganyiaya bangsa sendiri. Apa untungnya dia halang, agaknya dia pun dapat persen...tak kan rakyat nak pilih BN lagi yang jelas terang menzalimi rakyat dari mendapat keadilan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan