Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Memaparkan catatan dengan label banjir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label banjir. Papar semua catatan

Rabu, 14 Mac 2012

TG Haji Hadi Ziarah Mangsa Bah KL

Presiden PAS lawat mangsa banjir Lembah Jaya


AMPANG, 13 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini meluangkan masa melawat mangsa yang dilanda banjir di Lembah Jaya di sini.

(Abdul Hadi memberikan sumbangan kepada salah seorang mangsa banjir)

Beliau yang bergerak dari parlimen, tiba di Surau Insaniah yang dijadikan bilik gerakan utama di Kampung Lembah Jaya Utara kira-kira jam 3.15 petang tadi.

Kehadiran beliau disambut Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz, Persuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman dan pimpinan diperingkat kawasan.

Beliau kemudian diberi taklimat oleh Khasim kira-kira 15 minit berhubung operasi menyelamat dan keadaan terkini mangsa banjir.
Selepas itu Abdul Hadi turut dibawa melawat ke kediaman penduduk yang teruk terjejas disamping menyampaikan bantuan berupa barangan keperluan harian kepada mereka.

Pada sidang media selepas itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat atas tindakan segera serta perihatin terhadap mangsa-mangsa banjir.

"Saya ucapkan terima kasih kerana keperihatinan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dalam membantu mangsa-mangsa banjir.

"Dan jelas kita dari Pakatan Rakyat turun lebih awal serta bersikap proakif dan mengambil langkah yang lebih wajar," jelasnya.

(Adun Lembah Jaya, Khasim memberikan taklimat kepada Abdul Hadi dan Dr Rani)

Tambahnya lagi, tindakan yang diambil oleh Pakatan Rakyat amat berbeza jika dibandingkan dengan kerajaan yang mana mereka perlu mendapat arahan serta kelulusan terlebih dahulu.

"Jentera kita akan terus turun walaupun tanpa arahan, ini satu sikap yang positif untuk tunai tanggungjawab tanpa mengira fahaman politik.
"Mereka adalah rakyat kira dan kita bertanggungjawab terhadap sesiapa yang menjadi mangsa banjir," katanya.

Unit Amal



(Anggota Unit Amal yang bertugas membersihkan kawasan banjir bersolat di atas salah satu jalan yang mereka bersihkan akibat banjir)

Sementara itu, Unit Amal PAS adalah antara pihak yang paling awal membantu mangsa banjir di kawasan ini.

Selain membantu mangsa, mereka juga bersama-sama membersihkan kawasan yang kotor selepas banjir berlalu.

Namun sebagai petugas parti Islam, mereka tidak pernah melupakan kewajipan mereka walaupun di mana sahaja.

Ini adalah antara bukti mereka sentiasa dekat dengan Pencipta mereka yakni Allah dengan menunaikan sembahyang walaupun di mana sahaja mereka berada. -Hrkh

Jumaat, 6 Januari 2012

Bencana Banjir Kilat di Sarawak



SEBAHAGIAN kereta yang terperangkap di sekitar Jalan Batu Lintang, semalam.

Urusan pengguna jalan raya di Kuching tergendala 4 jam akibat banjir kilat

KUCHING: Ribuan kenderaan menghala ke pusat bandar raya ini terperangkap dalam kesesakan teruk hampir empat jam akibat banjir kilat yang berlaku, pagi semalam.

Hujan lebat sejak tengah malam menyebabkan sistem perparitan tersumbat sebelum melimpah ke hampir semua jalan utama mengakibatkan ia dinaiki air setinggi 0.3 hingga 0.5 meter.

Orang ramai yang dalam perjalanan ke tempat kerja serta pelajar sekolah tidak dapat melalui Jalan Rock, Jalan Green, Jalan Batu Kawa, Jalan Badarudin, Jalan Matang serta Jalan Sultan Tengah berikutan air parit melimpah.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kock Keong, berkata pihaknya cuba menyuraikan aliran trafik dengan mengarahkan kenderaan melalui laluan alternatif sementara menunggu banjir surut.

“Kesesakan teruk berlaku apabila banyak laluan utama dinaiki air antara jam 6 pagi hingga 9 pagi semalam, namun trafik kembali pulih selepas jam 10 pagi dengan semua jalan kembali dibuka kepada pengguna.

“Ini adalah kesesakan terburuk pernah berlaku di Kuching dengan anggota trafik diminta membantu orang ramai termasuk pengguna jalan raya yang terperangkap akibat banjir,” katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, ribuan penduduk sekitar Petra Jaya dan Batu Kawa yang keluar bekerja seawal jam 5.30 pagi terperangkap dalam kenderaan masing-masing dengan puluhan kenderaan dilaporkan turut mengalami kerosakan.

Kejadian banjir kilat ini berlaku selepas Sarawak berhadapan bencana banjir ketika sambutan Hari Krismas bulan lalu yang menyebabkan lebih 5,000 penduduk di Kuching, Samarahan, Sri Aman dan Mukah terpaksa dipindahkan.

Banjir besar dijangka melanda utara Sarawak

MIRI: Banjir besar dijangka melanda kawasan utara Sarawak terutama di Baram, Niah dan Suai, jika hujan lebat berterusan bagi tempoh beberapa hari lagi .

Berikutan itu, Pejabat Residen Miri meminta semua agensi bantuan serta pasukan keselamatan terbabit mengambil langkah berjaga-jaga termasuk memantau kawasan yang rendah.

Jurucakapnya berkata, walaupun ketika ini belum ada kawasan di utara Sarawak dilanda banjir, penduduk perlu berjaga-jaga dan sedia dipindahkan jika keadaan memerlukan.

“Berdasarkan ramalan cuaca, kita menjangkakan hujan berterusan beberapa hari lagi dengan banyak kawasan rendah yang sebelum ini pernah mengalami banjir berisiko dinaiki air lagi,” katanya kepada Berita Harian.

Tahun lalu, beberapa kawasan penempatan penduduk sekitar Miri mengalami banjir teruk, khususnya di kawasan berhampiran pantai seperti di Suai, Niah, Bekenu serta beberapa kampung masyarakat Orang Ulu di Baram.

Sementara itu, Pegawai Tadbir Daerah Niah, George Tan berkata, ketika ini belum ada kawasan di daerah itu dilanda banjir.

Namun, katanya, semua penduduk sudah diminta segera pindah jika paras air sungai berdekatan penempatan mereka terus naik.

“Kita mahu penduduk mengambil langkah lebih waspada jika air sungai di kawasan mereka naik. Jangan tunggu sehingga situasi menjadi bahaya baru berbuat demikian,” katanya.

Sementara itu, pegawai daerah Marudi, Joseph Belayong berkata, belum ada penempatan penduduk di Baram dilanda banjir, khususnya di kawasan Sungai Tutoh.

“Kita sudah minta semua pihak khususnya penduduk yang menetap di tebing Sungai Tutoh supaya pindah ke tempat tinggi jika paras air sungai itu naik mendadak.

“Langkah ini perlu untuk mengelak masalah yang lebih serius kerana arus sungai berkenaan deras dan boleh menghanyutkan kediaman penduduk,” katanya.

berita harian/-

Awas Amaran hujan turun mencurah-curah







Pahang, Johor diramal hujan mulai Ahad ini

KUALA LUMPUR - Hujan sekejap-sekejap kadang kala sederhana yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Pahang dan Johor bermula Ahad ini akan berlanjutan sehingga hari Isnin.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, kawasan yang terlibat di Pahang ialah daerah Kuantan, Pekan, Rompin dan Maran manakala bagi Johor ialah daerah Mersing dan Kota Tinggi.

Jabatan Meteorologi juga mengeluarkan amaran angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 60 kmsj dan ombak melebihi 5.5 meter di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Samui, Tioman, Bunguran, Condore, Reef North, dan Layang-Layang yang dijangka berterusan sehingga 10 Januari.

Sementara itu keadaan yang sama juga diramalkan berlaku di Pantai Timur Semenanjung yang terdedah dengan kejadian kenaikan paras air sehingga Selasa ini.

Jabatan itu juga mengeluarkan amaran angin kencang dengan kelajuan 50 hingga 60 kmsj dengan ombak melebihi 4.5 meter yang dijangka berterusan sehingga Selasa ini di kawasan perairan Sarawak, Reef South, Palawan, Sulu, Wilayah Persekutuan Labuan dan beberapa kawasan di Sabah seperti Pedalaman, Pantai Barat, Kudat dan Sandakan.

Keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak, menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Sinar Harian

Selasa, 22 November 2011

Musim bah dah tiba, siap sedia menghadapinya

Banjir di Setiu




21 NOV. 2011: Sekumpulan kanak-kanak bermain perahu di hadapan rumah mereka yang ditenggelami air di Kampung Merbau Menyusup, Setiu, Terengganu. Banjir mula melanda negeri itu dengan 26 penduduk di daerah berkenaan mula berpindah. - Utusan/AZLAN BAHRUM


KUALA TERENGGANU 22 Nov. – Seramai 47 orang daripada 11 keluarga mangsa banjir dari Kampung Tasik Setiu yang dipindahkan pagi semalam masih berada di pusat pemindahan di balai raya kampung itu.

Jumaat, 18 Mac 2011

[Bergambar] Jumlah Korban & Hilang Gempa Jepun Cecah 16,000 Orang

Semuanya musnah sekelip mataAir sudah tercemar, air bersih teramat diperlukan dari wang ringgitpenyelamat berungkus lumus

bayi yang terselamat tanpa ibu bapa

e


Suara Memanggil-manggil Itu Lenyap

Di pelabuhan perikanan Ofunato yang porak poranda, jarak setiap jengkal besar ertinya. Tanyakan saja kepada Masako Sawasato. Rumahnya sama sekali tak disentuh oleh tsunami raksasa yang menghancurkan pesisir timur laut Jepang menyusul gempa terkuat di negara itu.

Namun, puing-puing dari rumah para tetangga bertumpuk tinggi di kebun sayurnya, hanya beberapa jengkal dari pintu rumahnya. ”Rumah saya selamat sehingga keluarga saya boleh terus tinggal di sini. Namun, teman-teman saya sangat sulit untuk memulai kehidupan dari awal,” kata Sawasato.

Ketika bencana menimpa pada Jumat (11/3), dia sedang memandu kenderaannya, tetapi segera menyadari bahwa dia memerlukan rencana penyelamatan. ”Gelombang laut ada di belakang saya dan lalu lintas sesak sehingga saya keluar dari kereta dan lari,” kata ibu setengah abad itu.

Suaminya, di rumah, menyaksikan dengan kengerian saat air yang bergelora maju ke arahnya. Air itu mencapai sisi rumah mereka, tetapi menjilat hanya beberapa sentimeter sebelum air surut.

Tiga jenazah ditemukan di dekat situ, salah satunya seorang perempuan tua, sahabat Sawasato dan yang tidak dapat melarikan diri dari gelombang yang menerjang.

Lebih dari 600 orang dibawa ke rumah sakit di Ofunato sejak bencana. Dari jumlah itu, banyak di antaranya lanjut usia yang cedera. Namun, yang dirawat di rumah sakit itu juga termasuk mereka yang jatuh sakit di pusat pemindahan.

Warga Ofunato mempunyai sekitar 13 minit untuk menyelamatkan diri dari gelombang besar itu—waktu yang lebih panjang dibanding tempat-tempat lain yang lebih dekat dengan pusat gempa. Namun, besar dan kecepatan gelombang membuat banyak orang tak sempat lari.

Tak terdengar lagi

Ketika gempa menggoncang hari Jumat di Tagajo, Masashi Imai memeluk sekuat tenaga kerusi roda di mana isterinya yang cacat duduk. Rumah mereka bergoyang-goyang. Elektrik padam.

Imai menyalakan radio dan mendengar peringatan itu. Kemudian datanglah tsunami itu. Imai mengangkat tubuh isterinya dan membawanya ke lantai atas rumah mereka.

”Ayah! Ayah!” teriak seorang gadis dari rumah tetangganya. Banyak tetangga Imai tak dapat menyelamatkan diri karena rumah mereka hanya satu lantai. Suara gadis itu tak terdengar lagi.

Dalam gempa terkuat yang pernah tercatat di Jepang itu, garis antara hidup dan mati terbukti sangat tipis — dalam kes Imai hanya satu lantai. Bahkan, di zon bencana di pesisir timur laut, beberapa bangunan dan lingkungan selamat, sedangkan bangunan dan lingkungan lain lenyap.

Pada Jumaat itu, Ayumi Osuga sedang berlatih origami dengan tiga anaknya, berusia 2 sampai 6 tahun, di rumah mereka yang satu lantai di kota pesisir Sendai. Pada pukul 14:46, bumi mulai bergoncang. Cawan dan piring jatuh dari almari dan pecah, tetapi kerosakan tampaknya kecil saja.

Kemudian suami Osuga menelefon. ”Keluar dari situ sekarang!” teriaknya.

Kerana peringatan dengan nada keras itu, pekerja kilang berusia 24 tahun tersebut segera membawa anak-anaknya ke kereta. Osuga bergegas mengemudikan kereta ke sebuah rumah di puncak bukit milik keluarga suaminya dengan jarak 20 kilometer. Dia berhasil mengalahkan gelombang yang bergerak dengan kecepatan sebuah jumbo jet itu.

Hari Ahad, dia kembali bersama suami dan kerabatnya ke sebuah rumah yang sudah tidak ada lagi. Benda yang selamat, antara lain, hanya tiga bungkus lampin. Dengan berlinang air mata, Osuga memasukkan lampin itu ke dalam bag. Dia tahu dia beruntung kerana selamat. ”Keluarga saya, anak-anak saya.... Saya menyadari apa yang penting dalam hidup,” katanya.

Sementara itu, Imai, yang masih penuh emosi, berjalan bolak-balik sepanjang Sungai Sunaoshi yang mengalir melalui kota Tagajo. Sepatu botnya yang setinggi lutut menimbulkan bunyi setiap dia melangkah. Para korban selamat lain yang masih linglung menjelajahi jalan-jalan yang porak poranda.

Saat teringat tetangga-tetangganya yang lebih tua dan kemungkinan besar terkorban di rumah mereka, Imai mencucurkan air mata. ”Sungai ini telah memberi kami begitu banyak, tetapi pada Jumaat itu dia membawa bencana,” kata mantan pekerja hotel berusia 56 tahun itu. Beberapa hari lewat, dia masih merasa bumi bergoncang. (AFP/AP/DI)


Tokyo – Jumlah rasmi mangsa korban dan yang belum ditemui akibat gempa dan tsunami Jepun mencapai 16,600 orang, dengan 6,405 orang dinyatakan terkorban setakat ini.

Polis Nasional Jepun menyatakan, hingga saat ini jumlah korban yang belum ditemukan sejak gempa dan tsunami pada minggu lalu, menjadi 10,259 orang dan 2,409 orang tercedera.

Jumlah korban terus bertambah dalam beberapa hari ini dan jumlah tersebut boleh menjadi lebih tinggi.

Dikutip dari Kyodo, Ketua Wilayah, Ishinomaki di Wilayah Miyagi mengatakan, jumlah korban yang masih belum ditemukan kemungkinan mencapai 10 ribu orang.

Pada Sabtu minggu lalu, NHK melaporkan sekira 10 ribu orang masih belum ditemukan di kota Minamisanriku di Wilayah Miyagi.

Di tengah usaha penyelamatan terdapat khabar duka banyaknya nyawa yang hilang di sepanjang pesisir timur Pulau Honshu dimana gelombang besar merosakkan lebih dari 55,380 rumah dan bangunan lainnya.

Sabtu, 12 Mac 2011

Banjir di Tenang belum pulih sekarang Tsunami pula

POLIS trafik berkawal dan memberi amaran kepada orang ramai di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu supaya bersurai kerana dikhuatiri tsunami yang melanda Jepun merebak ke pantai terbabit. - Foto Rozainah Zakaria

Tahun 2004. Amat ngeri untuk mengingatinya. Lebih ngeri daripada Tragedi 13 Mei, Rusuhan Baling, Rusuhan Natrah dan lain-lain. Tak ada sesiapa pun (mungkin kalau ada cuma sebilangan) yang menjangkakan tsunami akan melanda Malaysia. Ingatkan Malaysia ini selamat, aman, makmur, kaya-raya. Rupa-rupanya tak terlepas juga daripada bencana alam. Nah, bukankah ini suatu bukti mudah bahawa kita sentiasa berada dalam genggaman Allah?

"Maha Suci Allah yang di dalam genggaman kekuasaan-Nya seluruh kerajaan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu..."- Surah al-Mulk ayat 1

Dan apakah yang berlaku selepas daripada itu?

Petunjuk daripada tsunami 2004 itu, lanskap politik Malaysia rupa-rupanya mengalami perubahan. Pilihanraya 2008 menyaksikan "tsunami" berlaku dimana keputusan pilihanraya umum ke-12 memeranjatkan semua pihak. Baik dari parti pemerintah mahupun parti pembangkang. Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti mudah tetapi hilang penguasaan dua pertiga di parlimen.

BN gagal untuk mempertahankan kekuasaan di beberapa buah negeri seperti Selangor, Perak Kedah dan Pulai Pinang sementara Kelantan gagal ditawan dan kekal di bawah pemerintahan PAS. Semua kerusi parlimen di Kuala Lumpur dirampas oleh pakatan pembangkang kecuali Setiawangsa berjaya dipertahankan oleh Zulhasnan Rafique.

Selatan tanahair yang menjadi kubu kuat BN juga “dirobek” sedikit demi sedikit sehinggakan BN Negeri Sembilan hilang majoriti dua pertiga.

Di Melaka, DAP berjaya menawan lima kerusi DUN dan satu kerusi parlimen. Johor yang merupakan negeri kelahiran Umno juga tidak ketinggalan menjadi mangsa apabila DAP mendapat empat kerusi DUN dan satu kerusi parlimen sementara PAS pula mendapat dua kerusi DUN.

Peralihan undi yang besar kepada pakatan pembangkang tanpa dijangka itu, menyebabkan ramai penganalisa politik menggelarkannya sebagai situasi ini sebagai Tsunami.

Buat pertama kalinya Barisan Nasional (BN) yang ditubuhkan pada 1973 hilang kuasa dua pertiga di parlimen dan mengulangi sejarah Perikatan pada pilihanraya 1969.

Pakatan BN yang ditubuhkan sebagai formula baru untuk mengatasi kegagalan Perikatan pada pilihanraya 1969 akhirnya tempang selepas 38 tahun berdiri gagah.

Prestasi BN pada pilihanraya umum 2008 lebih teruk daripada Perikatan pada pilihanraya tahun 1969 oleh kerana kehilangan lima negeri kepada pakatan pembangkang.

Abdullah Ahmad Badawi telah berjaya mencipta sejarah apabila menjadi ketua BN pertama yang menyebabkan kehilangan majoriti dua pertiga, tulis Amin Iskandar secara sinis.

Keputusan pilihanraya umum 2008 juga menyaksikan beberapa menteri dan timbalan menteri mengalami kekalahan yang mengejut.

Shahrizat Jalil tewas ditangan Nurul Izzah yang kali pertama bertanding dalam pilihanraya umum. Samy Vellu yang menjadi Ahli Parlimen Sungai Siput semenjak tahun 1974 terpaksa akur dengan Dr Jeyakumar.

Manakala Zainuddin Maidin yang menjadi Menteri Penerangan sebelum ini dimalukan oleh Johari Abdul di Sungai Petani. Di Shah Alam, Aziz Shamsuddin terpaksa akur dengan kemenangan Khalid Samad.

Mengapakah ini terjadi?

BN yang menang besar dalam pilihanraya umum 2004 menjadi begitu kuat sehinggakan tiada kuasa pengimbang dalam menentukan hala tuju negara. Dalam bahasa yang mudah, BN boleh membuat apa sahaja dengan kuasa dua pertiga mereka di parlimen.

Selepas pilihanraya 2004 sehingga 8 Mac 2008 rakyat dibebani dengan kenaikan kos hidup yang mendadak. Kenaikan harga minyak, tol, pengangkutan awam dan barang keperluan harian telah menyebabkan ramai yang hidup menderita.

Tambahan lagi apabila wujudnya “watak-watak jahat” seperti Samy Vellu yang bersungguh-sungguh mempertahankan kenaikan harga tol telah menyebabkan rakyat mula menyesal kerana memberikan mandat begitu besar kepada BN dalam pilihanraya umum 2004.

Dan kini amaran tsunami datang lagi.

Memberi peringatan kepada UMNO BN di bawah pemmerintahan Najib bahawa rakyat bakal melakukan perubahan lagi terhadap lanskap politik di negara ini.

Jika dahulu UMNO BN pernah mentertawakan pembangkang yang berhasrat untuk menghapuskan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, kerana kelihatan ia seperti mustahil berlaku, tetapi pilihanraya 2008 menyaksikan UMNO BN benar-benar kehilangan majoriti dua pertiga itu.

Begitu juga jika sebelumnya UMNO BN mempersendakan Projek Tanjung tajaan DAP, tetapi pilihanraya 2008 benar-benar menjadi kenyataan malah UMNO BN menderita bukan sahaja kehilangan Pulau Pinang, malah kehilangan Selangor, Perak, Kedah di samping gagal menawan Kelantan.

Najib kemudian dengan cara yang tidak demokratik merampas Perak. Menggunakan segala jentera kerajaan termasuk Polis, PDRM, SPR, SPRM, Peguam Negara dan sekalian agensi kerajaan pusat untuk menekan dan menindas kerajaan-kerajaan negeri di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat.

Segala tipu daya dan muslihat digunakan untuk memenangi pilihanraya-pilihanraya kecil dengan SPR menjadi kuda tunggangan paling hebat.

Dan kini loceng amaran berbunyi lagi. Tsunami kini menggegar negara Jepun, tempias kecilnya kini dirasai di pantai Kuala Terengganu yang terdedah di hadapan Laut Cina Selatan.

Gempa bumi terburuk dalam 140 tahun di Jepun, yang melanda timur laut negara itu tengah hari ini (waktu Malaysia), meragut 59 nyawa dengan angka kematian dijangka terus meningkat.

Bencana ini bukan sahaja mencetuskan tsunami 10 meter, tetapi menyebabkan kebakaran loji penapisan gas asli di Tokyo.

Perdana Menteri Jepun Naoto Kan berkata gempa bumi menyebabkan “kemusnahan besar” di bahagian timur laut Jepun.

Laporan Reuters menyebut sebuah kapal yang membawa 100 orang dihanyutkan oleh tsunami.

Itu di Jepun.

UMNO BN sepastinya mengharapkan tsunami itu tidak datang menimpa Malaysia. Itu harapan mereka. Tetapi tiada siapa tahu perancangan dan pekerjaan Allah s.w.t.

Apakah Najib akan terus angkuh dan sombong untuk melakukan pengkhianatan terhadap federalisma dan akan terus menekan negeri-negeri Pakatan Rakyat seperti mengebas wang royalti Kelantan disamping cuba membuli kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat?

Kita katakan: Silakan. Ketawakanlah kami seperti mana kamu pernah tertawakan kami sewaktu kami menyatakan kami akan hapuskan majoriti dua pertiga UMNO BN di Dewan Rakyat.

Tsunami akan datang lagi untuk mengajar kamu-kamu dari UMNO BN untuk ayuh bungkus dari Putrajaya bagi memberi laluan kepada pemerintah baru Malaysia - semestinya dari Pakatan Rakyat! -GB



Gempa Magnitud 8.8 Skala Richter Landa Jepun, Wisma Putra Buka Bilik Operasi

TOKYO: Satu gempa bumi kuat bermagnitud 8.8 pada skala richter berlaku di Pantai Timur Honshu, Jepun pada Jumaat dan mencetuskan tsunami setinggi 10 meter (30 kaki) hingga menghanyutkan kereta dan bangunan di sepanjang pandai berkenaan.

Di beberapa lokasi di sepanjang pantai Jepun, tayangan televisyen memaparkan berlakunya banjir dengan puluhan kereta, kapal serta bangunan dihanyutkan air.

Menurut rakaman stesyen televisyen Nasional NHK, terdapat sebuah kapal besar yang dibawa arus deras melanggar pemecah ombak di Bandar Kesunnuma di Wilayah Miyagi.

Gempa yang melanda kira-kira pukul 2.46 petang waktu tempatan diikuti dengan beberapa siri gempa susulan termasuk magnitud 7.4 sekitar 30 minit kemudian.

Agensi meteorologi mengeluarkan amaran tsunami bagi kawasan pantai Pasific seluruh Jepun.

Stesyen televisyen nasional NHK mengeluarkan peringatan kepada sesiapa yang masih berada di kawasan berdekatan pantai supaya berpindah ke kawasan tanah lapang yang lebih selamat.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii berkata, amaran tsunami dikeluarkan kepada Jepun, Rusia, Pulau Marcus dan Marina Utara.

Manakala amaran berjaga-jaga dikeluarkan kepada Guam. Taiwan, Filipina, Indonesia dan Hawaii, Amerika Syarikat.

SEMENTARA itu, Jabatan Kajicuaca Malaysia menggesa orang ramai menghindari kawasan pantai Labuan dan Sabah ekoran kebimbangan ombak besar dan kenaikan paras air laut akibat gempa bumi di Jepun.

"Paras air dijangka naik di pantai sekitar Labuan dan Sabah menjelang jam 6 petang hingga tengah malam ini," kata jabatan berkenaan.

Dalam pada itu, Bilik Operasi Wisma Putra berhubung gempa bumi di Jepun telah diaktifkan.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut bolehlah menghubungi talian-talian berikut; 03-88874570; 03-88892746; 03-88892830; 03-88892380 dan 03-88884770. -mstar




Tsunami Jepun, 300 Mayat Dijumpai



Polis menyatakan antara 200 hingga 300 mayat telah dijumpai di bandar Sendai yang terletak di bahagian timur laut Jepun. Gempa yang paling kuat melanda Jepun dalam sekurang-kurangnya 100 tahun.

Kawasan dalam negeri Miyagi itu terletak paling hampir dengan pusat gempa. Selain itu, seramai 349 orang lagi dilaporkan hilang akibat bencana tersebut.

Jepun hari ini dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

Jumaat, 11 Februari 2011

Analisis Tenang





Tenang dalam Banjir

Pertikaian berlaku di antara MCA dan DAP, yang masing-masing mendakwa dirinya meraih sokongan pengundi Cina yang lebih tinggi. Biar kita merujuk kepada statistik dalam PRU ke-12 untuk mengetahui gambaran sebenarnya. PAS berjaya menewaskan UMNO-BN di tiga peti undi majoriti Cina, iaitu Labis (421vs411 undi), Labis Timur (740vs669 undi) dan Labis Tengah (1013vs504 undi) pada tahun 2008.

Dalam PRK Tenang, BN menang tipis di peti undi Labis (majoriti 64 undi) dan Labis Timur (37 undi), tetapi tewas dengan majoriti 486 undi di Labis Tengah. Perlu diingatkan bahawa nisbah pengundi Cina di Labis dan Labis Timur adalah sekitar 60%, namun Labis Tengah mencatat 95.7% pengundi Cina. Justeru itu, DAP mengambil keputusan di Labis Tengah sebagai kayu ukur untuk menyukat sokongan pengundi Cina.

Realitinya...

Demikianlah senarionnya jikalau dilihat kepada statistik. Apapun tafsiran yang diberikan semata-mata untuk menyuntik semangat mahupun menutup parut di muka, gagal membohongi diri sendiri. Realitinya berbunyi, BN tetap gagal menawan hati pengundi Cina, sungguhpun menawarkan hampir segala-galanya untuk memikat undi pengundi mereka.

Upu Tenang Station

Ramai pengundi Cina di sini hampa dan mengadu tidak dapat mengundi kerana senarai nama mereka tiada dalam daftar pemilih 2011, sedangkan mereka mengundi di Upu tersebut pada PRU 2008 dan sebelumnya. Dari kajian PAS didapati nama mereka ditukar kepada pengundi Cina juga tetapi di parlimen Skijang (parlimen yang berjiran dengan Labis). Bn menang selesa di Upu Tenang Station.

Pengundi Cina tidak mengundi

PAS berharap kepada kehadiran pengundi muda dari bangsa cina, tetapi yang menjadi misteri ialah ketidakhadiran mereka dalam prk ini. Ada banyak pendapat yang mengatakan mereka tak dapat keluar kerana hujan lebat, ada yang mengatakan mereka sudah dapat habuan Bn tak mengundi pun dah dapat Rm, ini adalah antara pendapat yang kuat mengatakan terdapat 500 pengundi cina yang bekerja di luar termasuk Singapura belum balik kerana cuti panjang hanya diperuntukan sehari sebelum TBC.Di situ sahaja telah menambah 500 majoriti Bn.

Rasuah RM dan banjir

Di Upu Ladang Bukit Dato yang majoriti terdiri dari kaum India. Setelah semua petugas Umno balik awal, salah seorang Petugas MIC datang menghampiri saya dalam pukul 4.30 petang mengatakan mereka memang mahu sokong PAS tetapi Bn telah bagi banyak wang kepada mereka, kali ini mereka betul-betul menyesal kerana Tuhan marah dengan meneggelamkan rumah dan estet mereka. Laluan ke tempat megundi tidak boleh dilalui walaupun oleh trak pacuan 4 roda, Setelah berunding dengan peguam PAS,SPR berkeras tidak mahu menghentikan proses ke tarikh lain dan mengatakan mereka akan sediakan bot untuk menghantar pengundi. Bomba dan Pertahanan awam. Masa itu air telah melepasi paras dada.

Banjir hampir meneggelamkan seluruh Tenang. Nilai kemusnahan yang ditimpakan kepada mereka yang menolak Islam lebih besar dengan nilai Rm yang mereka perolehi dari Bn. Tak berbaloi. Semua pengundi melayu, india,cina dan termasuk orang asli kini ditinggalkan oleh semua pihak, tinggal mereka menguruskan sendiri banjir besar yang memusnahkan itu. Apakah pula peranan kita?

Rabu, 9 Februari 2011

Banjir belum surut

Banjir Di Johor : 17,000 Masih Di Pusat Pemindahan


JOHOR BAHARU 9 FEB : Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di beberapa pusat pemindahan di negeri Johor kini tinggal 17,613 orang dari 4,402 keluarga, selepas 1,573 orang sudah balik ke rumah masing-masing sejak lewat petang semalam.

Portal rasmi kerajaan negeri Johor, www.johordt.gov.my dalam laporannya pada 8 pagi ini menyebut bahawa masih terdapat 71 pusat pemindahan yang dibuka di Muar, Batu Pahat, Ledang dan Segamat.

Daerah Batu Pahat mencatatkan mangsa teramai dengan 7,717 orang dari 1,784 keluarga, diikuti Muar (4929 orang, 1,334 keluarga), Ledang (4,335 orang, 1,117 keluarga) dan Segamat (632 orang, 167 keluarga).

Jalan Pogoh Tekam Seksyen 1-Seksyen 3 (Chodan ke Tekam) di Segamat masih ditutup kepada semua kenderaan kerana di tenggelami air sedalam 1 meter sepanjang satu kilometer.

Di Muar, Km 62-71 Jalan Muar-Labis (sempadan Labis) ditutup kepada semua kenderaan kerana ditenggelami air sedalam 1.03m, dan turut ditutup di daerah itu ialah Km 60-61Bukit Kepong yang ditenggelami air sedalam 1.03m. Setakat ini lima orang dilaporkan lemas akibat banjir di Johor.

Isnin, 7 Februari 2011

Mangsa banjir di Melaka, Johor semakin kurang

Banjir yang melanda Melaka dan Johor semakin pulih apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan kian berkurangan.

NONEDi Melaka, jumlah mangsa banjir di dua pusat pemindahan di daerah Jasin sehingga 6 petang ini, dilaporkan menurun kepada 219 orang berbanding 227 orang pagi tadi.

Jurucakap bilik gerakan banjir negeri berkata, seramai 189 orang daripada 40 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu manakala 30 orang daripada sembilan keluarga di Sekolah Kebangsaan Seri Mendapat.

Semua mangsa tinggal di kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai, katanya ketika dihubungi.

masih ramai

Di Johor, seramai 25,296 mangsa melibatkan 6,218 keluarga masih berada di pusat pemindahan banjir di empat daerah sehingga 6 petang.

NONEMenurut laporan portal rasmi kerajaan negeri Johor, www.johordt.gov.my, seramai 10,167 mangsa melibatkan 2,550 keluarga direkodkan di Muar.

Ini diikuti 8,227 mangsa daripada 1,900 keluarga di Batu Pahat, 6,017 mangsa melibatkan 1,541 keluarga di Ledang dan 885 mangsa daripada 227 keluarga di Segamat.

Mereka ditempatkan di 94 pusat pemindahan iaitu 27 di Muar, Batu Pahat (37), Ledang (18) dan Segamat (12).

- Bernama

Ahad, 6 Februari 2011

Hati-hati di jalanraya



Sempena cuti TBC ana sempat menziarahi adik ipar di Bangi dan berkhelah bersama keluarga di Idaman Nurani Lopoh Pangsun Hulu Langat Selangor.

Perjalan pergi di lebuhraya plus sesak kerana ada kemalangan, perjalanan terlewat 2 jam dari Kluang, Johor. Apa boleh buat, sabar jelah.

Baliknya pun sesak juga, tak tau mengapa trafik begitu sesak, 2 lorong dah tak mencukupi. Tol bertambah mahal saban tahun sepatutnya perjalanan bertambah selesa tetapi semakin teruk, sepatutnya kerajaan bagi diskaun dalam musim perayaan besar yang jalannya mecet total ni.

Jangan tanya pasal nak makan, di R&R pun alahai, lauknya tak cukup, meja penuh, dah oder pun tak dapat tempat duduk? leceh...sabar je lah, servis begini yang menyebabkan rakyat tak berpuashati dan rasa tak berbaloi bayar tol yang mahal tu?

Dahlah petrol mahal, tol mahal, trafik sesak, perjalanan memakan masa panjang dan nak parking pun susah dan krisis makanan di RR menambah sakit hati sahaja.

Selepas solat di surau R&R Pagoh apalagi angkat kaki tanpa menjamah makanan.

Dalam perjalanan balik cuaca panas dan terik tetapi yang pelik, masuk sempadan Johor khususnya Pagoh air masih bergenang dan jelas kelihatan dari lebuhraya kelihatan kampung, kebun dan rumah yang masih tenggelam. Astagfirullah, dosa apakah ini...semoga kita dijauhakan dari malapetaka ini dan dimudahkan segala urusan dan bersyukur apa yang ada.

Khamis, 3 Februari 2011

Alhamdulillah cuaca cerah


Cuaca agak terang hari ini, ambil kesempatan basuh kereta kebal yang dah amat comot al-maklum sejak PRK Tenang dah berapa lama tak basuh, kalau basuhpun kotor balik sebab masa tu hujan tak renti sehingga berlaku banjir besar di Johor.

Rupanya masuk Masriyah lagi mencabar dan menguji kesabaran dari di Tenang, jalan dah jadi macam laluan 4x4, macam bubur, sabar ajelah, demi masa depan gen islam, ana masuk juga masriyah dengan niat hati yang ikhlas.

Selasa, 1 Februari 2011

Macamana SPR boleh silap bilang





SPR Tipu Rakyat Malaysia, Peratus Keluar Mengundi Hanya 66.7% tapi Diumum 71.8 %

Firma penyelidik bebas, Ilham Centre dalam kajiannya menyifatkan kemenangan Barisan Nasional di DUN Tenang, bukanlah kayu pengukur kepada pola sokongan masyarakat Melayu terhadap kerajaan Umno-Barisan Nasional.

Pengarah Eksekutifnya, Muhamad Hisomudin Bakar ketika dihubungi Tv Selangor berkata, masyarakat Melayu di Tenang agak terpinggir dengan isu-isu semasa seraya mengakibatkan undian mereka tertumpu kepada faktor parti semata.

" Kita melihat pengundi Melayu di Tenang bagi kerajaan, ia bukanlah satu kayu pengukur untuk corak pengundian pola Melayu ke seluruh negara sebab pengundi Melayu di Tenang ini ia agak ekslusif kerana mereka tidak makan isu.

" Faktor yang kuat ialah kerana kawasan tradisi masyarakat Melayu dan Felda, mereka memilih atas dasar parti amat tinggi. Dalam kajian kita, kita mendedahkan ia meliputi 62.5 peratus," jelas Hisomudin.

Kerusi Dewan Undangan Negeri Tenang semalam kekal milik BN selepas calonnya Azahar Ibrahim berjaya meraih 6,699 undi berbanding calon PAS, Normala Sudirman yang mendapat 2,992 undi.

Proses pengundian semalam berjalan dalam keadaan hujan lebat tanpa henti dan banjir di beberapa kawasan pusat pembuangan undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dicadangkan untuk memanjangkan tempoh membuang undi, bagaimanapun enggan bertoleransi sehingga mengakibatkan jumlah keluar mengundi hanyalah 67 peratus walaupun suruhanjaya itu menyasarkan 80 peratus pengundi keluar untuk membuang undi masing-masing.

Malah menurut Hisomudin, kesilapan pengumuman peratusan keluar mengundi malam tadi turut membayangkan sikap tidak profesional suruhanjaya itu.

" Kami melihat sebenarnya bila keputusan undi yang dikeluarkan berbentuk 'flip flop', seolah-olah sikap SPR ini tidak profesional dalam membuat bacaan terhadap data-data yang dikeluarkan kepada pihak media.

Untuk rekod, seramai 73 peratus keluar mengundi pada pilihan raya umum 2008.

Namun paling mendukacitakan, apabila SPR sebagai badan yang dipertanggungjawabkan mengeluarkan fakta mengelirukan apabila sebelum itu mengumumkan 71.8 peratus atau lebih 10,592 pengundi keluar mengundi.

Bagaimanapun menjelang jam 10 malam tadi, SPR mengumumkan pembetulan peratusan iaitu 66.7 peratus atau 9,736 keluar mengundi.

Namun menurut Hisomudin, jika keadaan baik, PAS mungkin berjaya menambah undi di antara 700 hingga 800 undi.

Walaupun majoriti BN meningkat kata Hisomudin, namun BN ujarnya gagal mempertahankan undi bukan Melayu yang dilihat condong ke arah pembangkang.

" Kami melihat MCA menerima tamparan hebat sebab sepanjang pemerhatian kami di kawasan masyarakat Tionghua, bendera BN tidak kelihatan.

" Masyarakat Cina terkesan dengan kenaikan harga barang yang tidak terkawal di bawah pentadbiran BN sekarang. Pengundi Cina ini mereka lebih kritis
berbanding Melayu," ulas Hisomudin lagi.

Tambah beliau, imej bekas menteri kesihatan itu yang terpalit dengan skandal seks turut mempengaruhi sokongan masyarakat Cina di Tenang terhadap beliau
walaupun kerusi parlimen Labis, diwariskan kepada anaknya.

Bahkan pengundi Cina juga katanya, tidak lagi terpengaruh dengan momokan MCA bahawa PAS adalah sebuah parti yang bersifat extrem.

" Saya boleh sifatkan juga berlakunya peralihan luar biasa dengan kejayaan PAS meyakinkan pengundi bukan Melayu terhadap perjuangan mereka. Dahulunya PAS
dianggap sebagai extrem, radikal, negara Islam dan sebagainya yang dilabelkan kepada PAS,nampaknya berjaya dijelaskan kepada masyarakat Tionghua dan meningkatkan pola sokongan kepada parti berkenaan.

Sementara itu, mengulas pola pengundian masyarakat Melayu di Tenang, Hisomudin tidak menolak kemungkinan kenaikan harga getah menyebabkan pengundi mudah merasa selesa walaupun harga bahan keperluan asas meningkat naik.

" Mungkin kita boleh anggap kenaikan harga getah itu memberikan sedikit keselesaan kepada pengundi Melayu yang beranggapan begitu," kata Hisomudin.

Menurutnya lagi, jentera BN juga kelihatan begitu bersungguh-sungguh untuk memenangi undi masyarakat Melayu yang terang-terangan memihak kepada mereka
sehingga mengabaikan pengundi bangsa lain terutama sekali pengundi Cina yang memihak kepada parti lawan.

" Daripada segi kerahan untuk membawa keluar pengundi,kita melihat dalam keadaan banjir, jentera BN memang tenyata fokus untuk mengeluarkan pengundi Melayu berbanding dengan undi Cina," tambahnya lagi.

Justeru katanya, tidak ada penanda aras paling jelas kepada BN untuk mengukur sokongan dan keyakinan rakyat berbangsa Melayu kepada mereka.

Manakala Pakatan Rakyat pula katanya, walaupun kalah di Tenang namun ia menyaksikan sokongan bukan Melayu terus memihak kepada gagasan itu dan usaha perlu dilipatgandakan untuk meyakinkan pengundi Melayu serta bergerak dalam kesepaduan yang utuh.

" Pakatan Rakyat juga perlu bermuhasabah dan menilai semula kerana sebenarnya pola sokongan Pakatan Rakyat meningkat di kalangan pengundi bukan Melayu dan perlu menembusi keyakinan orang Melayu untuk memilih Pakatan Rakyat pada pilihan raya akan datang," kata Hisomudin.

" Sedikit kelemahan kepada Pakatan Rakyat ialah ia tidak wujud dalam satu wajah gabungan yang padu berdepan dengan jentera kerajaan,"tambahnya lagi.

Solat hajat disendakan UmnoBN

Sekarang apa macam? Bantuan atau Bala dari Allah?




Ramai penyokong-penyokong UMNO yang telah mentertawakan dan menempelak solat hajat yang telah diimamkan oleh TG Nik Aziz, kononnya bagi mereka doa TG Nik Aziz memohon bantuan Allah untuk memenangkan pihak yang benar telah dimakbulkan dan UMNO/BN telah menang di Tenang kerana mereka dipihak yang benar kononnya..

Dan ada sebuah blog penyokong UMNO yang telah mengucapkan terima kasih kepada TG Nik Aziz kerana solat hajat yang dijalankannya dua atau tiga hari sebelum hari pengundian di Tenang telah termakbul..


Solat hajat terakhir yang diimamkan oleh TG Nik Aziz sebelum hari pengundian ialah pada pukul 4 pagi di Masjid Jamek Labis bagi memohon kepada Allah supaya kemenangan berpihak kepada yang benar semasa pengundian PRK Tenang.

Banjir yang berlaku pada hari pengundian itu dikatakan telah menghalang pengundi-pengundi PR dari keluar mengundi kerana dikatakan pihak berkuasa hanya mengutamakan bangsa Melayu untuk dibawa ke pusat pengundian.

Dengan ramainya pengundi Melayu berjaya dibawa ke pusat pengundian hasilnya majoriti UMNO/BN meningkat.

Jika majority UMNO/BN meningkat dengan berlakunya banjir yang dikatakan bantuan dari Allah untuk pihak yang kononnya benar itu meskipun mempunyai rekod Mahkamah kerana telah melelong tanah milik orang lain tanpa pengetahuan tuan tanah itu.

Sekarang bagaimana pula.. adakah ianya bantuan dari Allah atau Bala dari Allah buat umatnya yang meredakan Hukum Islam diinjak-injak demi mempertahankan kuasa??

Nota : BN menang bukan kerana solat hajat memenangkan pihak yang benar, jangan perasan kononnya mereka dipihak yang benar, firaun pun pernah menang, amerika , israel pun sekarang menang tetapi apakah mereka di pihak yang benar.

Perjuangan nabi dan rasul memang selalu mengalami kekalahan tetapi itu di sisi manusia, hakikatnya ia adalah kemenangan di sisi Allah walaupun tercabut nyawa dari badan.

Jumaat, 28 Januari 2011

Lebih daripada 1,300 meninggal dan hilang di Brazil


Dahsyat : Korban Banjir dan tanah runtuh pada malam 11 hingga 12 orang Januari menyebabkan 830 terbunuh sementara 518 orang yang lain masih hilang, menurut maklumat Perlindungan Awam yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Perhatikan bahawa sekurang-kurangnya 21.000 orang terpaksa meninggalkan rumah mereka di daerah pergunungan utara Rio de Janeiro.

Rabu, 26 Januari 2011

Redah banjir tak jadi masalah

PRK Tenang - Skrip Banjir Umno Kantoi





Hujan yang turun dengan lebat di Pekan Labis benar-benar membantutkan kempen BN secara keseluruhannya dimana petugas-petugas parti yang terdiri daripada soldadu2 MCA dan UMNO kini hanya sekadar memenuhkan kedai mamak disekitar pekan Labis.

Rokok dan teh tarik bergelas-gelas gelimpangan diatas meja. No problem, jentera parti yang minum-minum dan makan-makan di kedai mamak sepenuhnya disponsor oleh parti KIMMA. Sudah kaw-tim. Kepada penyokong BN sila ke kedai mamak KIMMA di Labis sekarang, cukup haaya memakai baju biru (macam samseng yg ganggu ceramah LGE malam tadi) dan berlambang 1Malaysia, makan minum anda FREE sepenuhnya.

Hujan lebat sehari akibatkan banjir

Segamat, Keluang Di Landa Banjir


Johor Bharu, 26 Jan — Hujan yang turun sejak semalam menyebabkan dua daerah iaitu Kluang dan Segamat, menyebabkan mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir, hari ini. Setiausaha Majlis Keselamatan Negeri Johor, Mohamad Yusri Hashim, berkata sehingga lewat petang ini, 27 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan Balai Raya Kampung Lembah Bakti, Labis, selepas kawasan perumahan mereka dinaiki air sehingga paras lutut dan pinggang.

“Daripada 27 keluarga, dua keluarga adalah dari Kampung Lembah Bakti, Kampung Paya Merah Lama (15), Kampung Kangkar Chaah (enam) dan Kampung Orang Asli Selai (empat),” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohamad Yusri berkata seramai 124 mangsa di kawasan Air Panas, Labis, turut dipindahkan ke Sekolah Agama Air Panas apabila rumah mereka dinaiki air. Banjir di Kampung Orang Asli Selai menyebabkan kawasan itu sehingga kini terputus hubungan manakala bah di Kampung Lembah Bakti, Kampung Paya Merah dan Kampung Kangkar Chaah dilaporkan semakin surut, katanya.

Di Kluang, sebanyak 19 rumah melibatkan Kampung Muhibbah dan Kampung Chamek dekat Paloh, dinaiki air. Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan di daerah itu dibuka setakat ini. “Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” katanya