Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Isnin, 9 Januari 2012

Nasihat tak mau dengar inilah padahnya



Oleh: umnopenyangak

"Assalamualaikum,,


Bernama seperti di dalam utusan online melapurkan DHA terkejut dengen pemecatannya dan sedih kerana usahanya memperjuangkan agama Islam selama ini dibalas dengan tindakan pemecatan itu.Umnopenyangak turut sedih dengan pemecatan ini tetapi apakan daya nasi sudah menjadi bubur.Umnopenyangak dalam tulisan terdahulu telah meluahkan perasan sebaik sahaja melihat berita DHA menghentam Pakatan kerana umnopenyangak merasakan ianya sudah melampau menjangkaui adab adab persahabatan.


Tetapi sebelum itu umnopenyangak juga ada menulis mengenai kenangan DHA yang menjadi ice breaker kepada sokongan orang Islam terhadap PAS dan sehingga hari ini umnopenyangak tetap berpendirian begitu.Umnopenyangak juga ada merayu kepada DHA agar berundur dan kembali kepada jemaah walau sekuat mana sekalipun marah DHA kepada mana mana ahli jemaah.

Jangan guna media musuh


DHA menerusi perjumpaannya dengan TGNA dan TGHD nampak macam mahu berundur tetapi kemudiannya menyerang PR dan DSAI.Satu tindakan yang membawa kepada pemecatannya, lebih parah lagi DHA tidak menunjukkan sikap hormatnya terhapda TGNA yang menasihati mana mana pemimpin supaya tidak menggunakan media musuh, sayang DHA masih degil menggunakan media musuh untuk menyerang pakatan sendiri.

DHA semacam tidak mengiktiraf Pesuruhjaya PAS Selangor yang mewakili PAS dalam pertemuan mengenai perhimpunan 901 dan mendakwa beliau sudah semak serta mendapati tidak ada pemimpin yang diberikan mandat untuk mewakili PAS.Semakan yang membawa padah kepadanya.

Kedegilan DHA mengiyakan dakwaan setengah pihak yang mengatakan DHA menjejaki langkah Zul Kulim yang disingkir oleh PKR.DHA tidak belajar dari Zul Kulim.Jadi apa nak dikatakan lagi, DHA ask for it.

Kesalahan DHA lebih kepada kesalahan displin walaupun berulang kali beliau menyebut bahawa beliau berjuang untuk Islam, melayu dan institusi raja raja melayu.Ungkapan melayu sinonim dengan UMNO, tetapi DHA tetap mahu menggunakannya walhal mengatakan perjuangannya untuk mezahirkan cara hidup Islam sudah memadai kerana ianya sudah merangkumi semua pihak.

Cuma, pada ketika DHA melahirkan rasa terkejut kerana dipecat beliau melahirkan rasa kecewa kerana usahanya memperjuangkan agama Islam dibalas dengan pemecatan.Di mana melayu dan institusi raja raja melayu hilang?Satu lagi perkara ialah dakwaannya DSAI tidak layak menjadi PM kerana masalah moral terang dan jelas selari dengan dakwaan UMNO selama hari ini.Kenapa DHA sudah tidak lagi kritikal dan sudah tidak mahu berpijak di bumi nyata?Menerima bulat bulat apa yang dibawa UMNO bukanlah sikap seorang pemimpin yang patut berada dalam PR dari mana mana parti sekalipun malah lebih layak duduk dalam UMNO atau BN.

Sebagai pemimpin Islam yang mahir mengenai hukum DHA sepatutnya lebih dahulu memastikan dakwaannya benar, bukan hanya menyatakan berdasarkan apa yang diserlahkan di mahkamah sedangkan sehingga hari ini ribuan malah mungkin jutaan rakyat masih mempersoalkan perjalanan kes DSAI.Lihat sahaja sambutan kepada ceramah DSAI menjelang 9/1.

DHA juga mengatakan perhimpunan 9/1 adalah sia sia.Ini juga selari dengan suara UMNO sedangkan NGO IKRAM membenarkan ahlinya untuk menyertainya serta menasihati mahkamah supaya membuat keputusan yang melampaui keraguan yang munasabah, atau dengan kata lain keputusan yang benar benar jelas tanpa sebarang keraguan kalau DSAI didapati bersalah.DHA sudah bersetuju dengan UMNO dengan menghukum DSAI dengan mengatakan moralnya rosak, jadi tak perlu DHA terkejut dengan keputusan pemecatan ini.

Lagipun kata kata DHA sebegini seolah olah memperkecilkan TGNA,TGHA,TGHD dan lain lain ulamak dan pemimpin PAS yang berpakat dengan DSAI.DHA juga tidak mengikuti keperluan keadilan yang dikehendaki Islam ketika menuduh DSAI sebagai seorang yang rosak moral dan ini sudah tentu memalukan jemaah yang istiqamah dalam menegakkan hukum Islam.Lantaran itu DHA tak perlu kecewa dengan pemecatan ini.

DHA seharusnya menerima hakikat bahawa beliau lebih sesuai dengan UMNO berbanding PAS tanpa perlu mengaitkannya dengan DSAI atau PKR atau DAP.Nasi sudah menjadi bubur buat DHA, sama seperti nasib Ust. Nakahie yang walaupun melahirkan pejuang yang masih istiqamah sehingga hari ini melalui tarbiyahnya, tetapi memilih untuk keluar jemaah.

Selepas ini DHA bebas untuk menghentam sesiapa sahaja dalam PR sama seperti Zul Kulim lakukan.Tetapi DHA juga harus bersedia dihentam balik sama seperti Zul Kulim.Tiada halangan lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan