Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Jumaat, 26 Ogos 2011

Bebola ini haram dimakan (Jelly Ball)


Berkuat kuasa hari ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengharamkan pembekalan dan penjualan bebola agar-agar (seeds growing kits) yang banyak digunakan untuk tanaman pokok hiasan di dalam rumah.Pengharaman dibuat selepas kerajaan menerima aduan daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang mengendalikan pembedahan ‘laparatomy' terhadap lapan kanak-kanak berusia satu hingga lima tahun kerana usus tersumbat akibat tertelan agar-agar berkenaan.

Agar-agar itu turut dikenali dengan pelbagai nama iaitu Seven Colour Crystal Ball, Jelly Ball, Crystal Jelly, Baby Jelly, Baby Crystal dan Crystal Soil.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata agar-agar berbentuk guli berwarna-warni yang digunakan untuk membantu pertumbuhan pokok atau hiasan pasu dijual dalam bentuk bebola kecil bersaiz kurang 0.5 sentimeter yang jika direndam dalam air boleh mengembang sehingga 290 hingga 444 peratus daripada saiz asal dan bersifat kenyal.

"Kanak-kanak mungkin menganggapnya sebagai makanan dan menelannya, manakala sifatnya yang menghakis serta mudah mengembang menyebabkannya tersumbat dalam usus. "Kanak-kanak yang tertelan agar-agar itu akan mengalami kesan seperti muntah, demam, sembelit, perut kembung, sakit perut, usus tersumbat atau usus bocor," katanya pada sidang media khas untuk mengumumkan keputusan itu di sini, semalam. Berikutan keputusan itu, katanya, penjualan, pembekalan dan menyimpan bahan berkenaan diharamkan mulai hari ini.- Sumber Berita Harian

Dr Bohong

Dr Seah Lay Hong pakar DNA konon

Liwat Fasa 2: Tiada Sperma Dikesan Selepas LAPAN Jam, SAH Dr Seah Bohong!!


Adalah mustahil sperma yang banyak dapat dikesan selepas terdedah lebih daripada lapan jam menurut konsultan molekular genetik dari Australia, Dr Brian McDonald.

Beliau yang memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes fitnah liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam berkata jumlah sperma akan merosot selepas dibiarkan terdedah.

Justeru pasukan peguambela meragui sekiranya pakar DNA Jabatan Kimia Malaysia, Dr Seah Lay Hong menjalankan ujian keatas spesimen sperma yang sama diperolehi dari dubur pengadu Saiful Bukhari Azlan.

"Sekiranya sperma diuji selepas 100 jam (tanpa simpanan betul), adakah kemungkinan ujian akan mencatatkan bacaan negatif?" tanya Ram.

"Benar.

Kemungkinan bukan sampel yang sama berdasarkan sejarah kajian," jawab Brian.

Pada sebelah pagi semalam, mahkamah dikejutkan dengan penemuan makmal di Jabatan Kimia Malaysia (JKM) tidak mendapat pensijilan ISO17025 yang dikeluarkan oleh American Society of Crime Laboratories Directors (ASCLD).

Perkara yang didedahkan Brian itu menyatakan bahawa mana-mana makmal yang menjalankan ujian DNA harus mendapat akreditasi di peringkat antarabangsa.

Namun difahamkan makmal JKM di mana ujian sperma kes liwat Saiful dijalankan gagal memperoleh sijil ISO setelah tamat pada Oktober 2005.

Makmal tersebut yang diberi tempoh lima tahun daripada tarikh tamat untuk memenuhi piawaian masih tidak mendapat pengiktirafan malah diberikan tempoh lanjutan sebanyak dua kali yang akan berakhir Oktober nanti.

Sankara yang ditemui media selepas hakim Datuk Zabidin Mohd Diah menangguhkan sesi perbicaraan hari ini menyanggah keterangan Seah sebelum ini yang menyatakan jumlah sperma yang banyak berjaya dikesan walaupun telah melebihi 90 jam.

"90 jam masih kata ada banyak.

(Seah) perlu jelaskan bagaimana beliau dapat.

Ianya mungkin tiada sperma langsung.

Itu sebab saya suruh tunjukkan foto (sperma) di mahkamah tapi mereka kata tiada," katanya.

Sesi perbicaraan hari ini turut menyentuh kelalaian Seah memperbetulkan kesilapan tarikh yang dicatatkan pada dua botol spesimen yang mengandungi DNA.

Botol-botol itu dilabel dengan tarikh 26 Jun 2008 sedangkan Saiful membuat aduan di Hospital Kuala Lumpur pada 28 Jun tahun yang sama.

Menurut Brian, sebagai pakar DNA, Seah peka terhadap sebarang kecacatan sebelum mengetengahkan kepada umum dengan hasil ujian.

Brian menyifatkan kemungkinan sampel diambil pada 28 Jun atau ianya telah disalah label.

Katanya perbuatan Seah mampu merisikokan nyawa seseorang dan akan dibuang kerja sekiranya ianya berlaku di negara Australia.

Mahkamah bersambung jam 9 pagi nanti di mana Ram Karpal akan meneruskan sesi menyoal pakar dari Australia itu.

Anwar berjaya menjerat musuhnya



Mohamed Hanipa Maidin
Ramai juga yang minta komen saya tentang pendirian Anwar memilih untuk membela dirinya melalui keterangan tidak bersumpah. Saya rasa elok juga saya berkongsi pendapat mengenai pendirian Anwar tersebut.

Saya akui awalnya saya juga agak terkejut dengan pendirian Anwar tersebut. Namun setelah mengikuti keterangannya tersebut saya harus akui bahawa tindakan Anwar amat amat bijak.

Saya percaya pendirian itu dibuat dengan perkiraan yang mendalam dengan mengambil kira sejak awal lagi perbicaraan Anwar dilihat melanggar norma-norma atau piawaian perbicaraan yang adil. Memberi keterangan dengan tidak bersumpah sudah tentu merupakan opsyen yang terbaik untuk Anwar dalam kondisi sebegitu.

Musuh Anwar memulakan serangan di atas pendirian Anwar tersebut. Dengan nada sinis mereka memperli kononnya Anwar takut untuk disoal balas oleh pendakwaraya. Musuh beliau menyatakan Saiful lebih berani dari Anwar kerana beliau memberikan keterangan dengan bersumpah dan rela disoal balas oleh Karpal Singh. Ya, ia satu hujah yang menarik tapi malangnya hujah tersebut bertolak dari qiyas atau analogi yang tidak betul atau dalam bahasa arabnya dipanggil qiyas ma'al fariq. Mengapa?

Isu Saiful berani memberi keterangan bersumpah tidak timbul kerana sebagai saksi pendakwa, undang-undang mewajibkan beliau memberi keterangan bersumpah. Makna mudahnya Saiful tidak ada pilihan kecuali wajib memberi keterangan bersumpah. Terpaksa memberi keterangan secara bersumpah bukan indikator keberanian seseorang.

Kedudukan Anwar sebagai pihak yang dituduh berbeza dengan kedudukan Saiful. Tidak seperti Saiful undang-undang memberi Anwar tiga pilihan yang sah untuk membela diri iaitu sama ada memberi keterangan dengan sumpah (yang boleh disoal balas) atau memberi keterangan dengan tidak bersumpah (yang tidak boleh disoal balas) atau hanya berdiam diri. Hatta jika Anwar memilih untuk berdiam diri hakim tidak boleh secara automatik membuat kesimpulan bahawa Anwar bersalah kerana seorang hakim masih perlu meneliti semula keterangan pendakwa sebelum membuat keputusan.

Musuh Anwar juga berhujah bukankah keterangan bersumpah lebih kuat nilainya dan jika Anwar benar-benar tidak bersalah kenapa beliau takut untuk memberi keterangan bersumpah dan boleh disoal balas oleh pendakwa.

Sekali lagi ia hujah yang menarik tetapi malangnya hujah tersebut gagal melihat keseluruhan proses perbicaraan Anwar. Melihat pendirian Anwar yang memilih untuk memberi keterangan tidak bersumpah secara terpisah dengan keseluruhan proses perbicaraan Anwar bukan sahaja tidak wajar malahan secara jelas ia satu hujah yang dangkal.

Hakikatnya bagi saya kerana kepercayaan bahawa dirinya tidak bersalah mendorong Anwar mengambil pendirian tersebut. Mana-mana tertuduh yang tidak bersalah dengan mudah dijatuhkan hukuman bersalah dalam perbicaraan yang tidak adil.

Jika perbicaaraan Anwar memang dari awal mengikut piawaian perbicaraan yang adil hujah musuh Anwar itu mungkin ada keabsahannya. Namun dengan pelbagai perkara pelik dan tidak masuk akal berlaku dalam kes Anwar pendirian Anwar bukan sahaja wajar malahan amat tepat. Mari kita ambil satu contoh kepelikan dari siri-siri kepelikan yang berlaku dalam kes Anwar iaitu isu tawaran saksi-saksi pendakwa kepada pasukan peguambela Anwar.

Bukankah pendakwa raya telah menawarkan kepada pihak peguambela Anwar beberapa orang saksi mereka seperti Najib, Rosmah, Musa Hassan dan beberapa orang lain. Berdasarkan prinsip undang-undang jenayah dan piawaian perbicaraan yang adil saksi-saksi pendakwa ini sewajarnya bersedia dipanggil oleh pihak pembela dan mereka juga wajar menjawab soalan-soalan peguambela apabila dipanggil untuk temubual.

Peliknya dalam kes Anwar ini saksi saksi yang ditawar oleh pendakwa ini boleh memilih untuk tidak ingin menjadi saksi pihak pembela dan tidak mahu menjawab soalan-soalan peguambela Anwar semasa sessi temubual.

Tindakan pelik saksi-saksi ini malangnya timbul dari keputusan pelik Hakim yang menyatakan bahawa saksi-saksi seperti Najib dan Rosmah ini boleh memilih untuk tidak menjawab soalan-soalan peguambela Anwar.
.
Keputusan Hakim tersebut menyebabkan tawaran saksi-saksi pendakwa seperti Najib dan Rosmah kepada pasukan peguambela Anwar tidak ada apa apa nilai dan hanya sia-sia dan membuang masa. Apa gunanya pendakwaraya menawar saksi-saksi mereka yang enggan bersuara dan apa gunanya pula untuk peguambela Anwar memanggil saksi-saksi yang enggan bersuara (baca kecut untuk bersuara).

Hakikatnya bukan Anwar yang tidak berani memberi keterangan bersumpah sebaliknya Najib, Rosmah, Musa Hassan dan Rodwan yang takut untuk memberi keterangan sama ada secara tidak bersumpah di luar mahkamah iaitu dalam sessi temubual atau secara bersumpah di dalam kandang saksi di mahkamah. Malangnnya musuh Anwar tidak nampak ironi ini. Mereka tidak habis habis 'menyalak' supaya perbicaraan disegerakan sedangkan tindakan Najib, Rosmah, Musa Hasan dan Rodwan ini antara penyumbang besar kepada kelengahan perbicaraan
.
Seperkara lagi Anwar sudah punya pengalaman memberi keterangan bersumpah sebanyak dua kali sebelum ini dan beliau amat arif permainan kotor musuhnya. Memberi keterangan bersumpah akan dikawal oleh mantra 'tidak relevan' yang akan kita dengar berulang-ulang kali seperti dua perbicaraan beliau yang terdahulu. Bayangkan jika keluar dari mulut Anwar misalnya 'ada konspirasi nak aibkan saya...tidak relevan..' macam mana TV3 boleh ada siri khas tentang Saiful' ..tidak relevan.. begitulah yang saya percaya ada di dalam pemikiran Anwar.

Memberi keterangan secara tidak bersumpah tidak boleh dikawal oleh mantra 'tidak relevan'. Anwar bebas menentukan rentak dan iramanya tanpa diganggu gendang 'tidak relevan'. Hakikatnya apa yag Anwar katakan tersebut itulah yang paling ditakuti oleh musuh-musuhnya.

Malang sungguh musuh Anwar kerana penantian mereka bahawa Anwar akan terperangkap dalam jerat mereka tidak berlaku. Yang berlaku adalah Anwar yang kini menjerat mereka dan sehingga artikel ini ditulis seluruh manusia di seantero alam kini mula menghakimi sistem kehakiman negara ini dan para aktor-aktor yang terlibat dalam perbicaraan Anwar. Syabas Anwar!

Tipu daftar undi, SPR Lemah, Nazri Gagal lagi (bukti baru)

Keraguan daftar pemilih terus dibongkar apabila terbaru, DAP menemui bukti 21 orang pengundi berlainan kaum tinggal di sebuah kedai.

Selain penemuan itu, mereka juga menjumpai seorang anggota tentera berumur 111 tahun tetapi masih lagi berkhidmat dalam tentera, (lihar imej) seorang anggota dengan dua isteri yang nama mereka sama, dan seorang wanita yang lahir dua kali pada abad yang lepas.

Keganjilan yang bersifat penyelewengan dan penipuan ini telah didedahkan oleh Ketua Pemuda DAP Kebangsaan Anthony Loke dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau seperti dipetik Roketkini berkata, DAP telah menemui 21 nama daripada beberapa keluarga Cina dan India yang berdaftar sebagai tinggal di sebuah kedai yang dijadikan pusat khidmat tidak rasmi seorang pemimpin MCA di Negeri Sembilan.

Kedai itu yang beralamat di A11-2 Metrix Medan Jalan Manikawasagan, Seremban mempunyai 10 pengundi Cina dan 11 India.

“Ini membuktikan satu penipuan yang jelas kerana tidak munasabah sebuah kedai, dan bukannya rumah, boleh mempunyai begitu ramai pengundi daripada keluarga yang berbeza,” katanya.

Menurutnya, satu lagi keganjilan yang ditemui ialah nama seorang pengundi di kem tentera Jalan Rasah, iaitu Nor Hisham bin Md Darus dengan kad pengenalan tentera T1091492.

“Apa yang pelik di sini ialah Nor Hisham ini mempunyai seorang isteri bernama Khadijah Binti Husin yang mempunyai dua kad pengenalan, iaitu 79022011518 dan 700220115182.

“Adakah Nor Hisham ini mempunyai dua isteri dengan nama yang sama dan ejaan nama yang sama?” katanya.

Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah berkata, ini adalah tidak mungkin kerana Khadijah membuat pendaftaran baru sementara Khadijah ‘yang kedua’ baru sahaja mendaftar sebagai pengundi.

Dalam masa sama juga, beliau mempertikaikan bagaimana seorang anggota tentera bernama Hisni Bin Isnain yang bernombor tentera T1102918 dan lahir pada 24 Julai 1900, masih berkhidmat di kem tentera Sunggala, Bagan Pinang.

“Hebat sekali anggota tentera kita. Sudah berumur lebih 100 tahun pun masih berkhidmat,” ujarnya.

Katanya, DAP juga menemui dalam daftar pemilih nama seorang pengundi Swee Lan @ Chia Swee Lan yang lahir pada 17 September 1918 yang mempunyai kad pengenalan baru dan lama bernombor 410917055006 dan 1559230.

Daripada maklumat dua kad pengenalan itu, tidak dapat dipastikan sama ada Swee Lan telah dilahirkan dua kali, iaitu pada 1918 dan 1941.

“Ini hanya di kawasan Parlimen dan DUN saya sahaja, dan hanya beberapa kes sahaja yang dapat kami kesan, kerana bukannya mudah untuk mengesan pengundi-pengundi misteri ini,” kata Loke.

Justeru, beliau berkata, walau pun penubuhan Jawatankuasa Pemilih Parlimen (PSC) adalah satu langkah yang boleh diterima, tidak ada gunanya jika masalah pelik yang boleh menimbulkan keraguan dalam sistem pilihan raya negara gagal diatasi.

“Begitu juga kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya yang angkuh kerana mengatakan mereka boleh menolak apa-apa keputusan PSC. Maksudnya, masalah-masalah ini tidak akan selesai,” katanya. -HD

Pengerusi SPR vs Timbalan Pengerusi SPR

Pengerusi SPR lebih berkuasa atau
Timbalan Pengerusi SPR lebih besar kepala

Kenyataan Pengerusi SPR bercanggah dengan timbalannya ..Biometrik Vs Dakwat Kekal..!!!

AKHIRNYA Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya, SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof dilihat sudah hilang sabar setelah terlalu lama menjadi "tunggul kayu".
Mana tidaknya, sebelum ini Pengerusi SPR ini bagaikan patung yang tiada fungsi kerana timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang terlalu menonjol berhubung pelbagai isu berbangkit tentang SPR.

Apa yang menariknya, kali ini Pengerusi SPR mengeluarkan kenyataan yang sangat bercanggah dengan timbalannya. Kenyataan beliau dilihat lebih mesra rakyat berbanding timbalannya yang dilihat sangat pro kepada kerajaan Barisan Nasional [M'siakini].

Jelas di sini bahawa Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof sudah tidak tahan melihat timbalannya yang sering mencipta pelbagai alasan untuk tetap melaksanakan program biometrik yang menelan belanja dan masa yang besar.

Pengerusi SPR pro dakwat kekal, manakala timbalannya pula pro biometrik. Secara rasionalnya timbalan harus akur kepada pengerusi, takkanlah pengerusi kena dengar kata timbalan, this is very very wrong!

Hal ini juga menimbulkan persoalan mengapakah timbalan SPR terlalu lama duduk di jawatan itu sedangkan pengerusinya sudah berulang kali dan bersilih ganti. Adakah timbalan SPR ini yang selama ini menjadi master mind?

ReJaM© "Beli rumah cash RM400, 000 banyak duit kau?"

Yang halal diharamkan, yang haram dihalalkan si munafik





Kasino Halal,Tazkirah Haram Di Pahang

Oleh: fezuljengka

" Gempar di Pahang apabila TYDP Majlis Agama Islam Pahang(MUIP) Dato Sri Wan Wahid keluar kenyataan haramkan tazkirah di masjid dan surau kerana ganggu orang nak bertarawikh.Kenyataannya itu disiar oleh Buletin Utama jam 1.30 hari 22 Ogos lalu di TV3.

Saya ada bertanya beberapa orang pegawai Agama Islam di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di Pahang berkaitan larangan tazkirah.Mereka tidak bersetuju dengan larangan tersebut.Bagaimanapun tidak ada arahan bertulis dikeluarkan pihak MUIP setakat ini.Hanya yang ada arahan lisan dari TYDP sendiri.

Untuk lebih shahih,seorang rakan telah menghubungi telefon Dato Wan.Inilah mesej yang saya terima dari sahabat itu selepas beliau menghubungi TYDP MUIP itu.

“Kecewa sungguh. Saya bertanya dengan baik pada Dato Wan Wahid,dia jawab dua sebab diharamkan, pertama nak tazkirah mesti ada tauliah,kedua tak perlulah tazkirah sebab mengganggu orang nak solat.saya tanya dimana nak katakan tazkirah itu mengganggu,kalau yang diajar itu Al Quran, hadis dan sirah.Dia jawab, senang ginilah, kalau tak setuju peraturan kita, letak jawatan.sy kata nak letak jwtn apa, sy hanya ahli jemaah masjid.dia matikan HP...:,
Maknanya shahihlah berita yang diterima sebelum itu.Kalau begitulah kepala hotak orang yang tadbir agama,jahanamlah Islam di negeri Pahang ini.Saya pun tak pelik.rakan rakan di MUIP ramai yang tak tahan dengan berbagai tindakan beliau yang membiarkan diri menjadi alat pemimpin pemimpin yang jahil.
Saya sendiri hantar mesej kepada Dato Wan menasihati beliau ,tetapi jawapan balas yang diberi beliau berbelit belit nak lepaskan diri.Jadi eloklah tuan tuan semua menelefon atau hantar sms kepada beliau pulak.Hubungi nombor beliau 0199313756 "

Tindakan blogger Pro UmboBN amat memalukan





Memalukan: Puak-Puak "Blogger UMNO" Tersalah Fakta Gara-Gara Mahu Mempertahankan Sijil ISO Serta "Kreadibiliti" Jabatan Kimia Malaysia (JKM)

Baru semalam saksi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu konsultan molekular genetik dari Australia, Dr Brian Mcdonald menggemparkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan pendedahannya bahawa Jabatan Kimia Malaysia (JKM) tidak mendapat pensijilan ISO17025 yang dikeluarkan oleh American Society of Crime Laboratories Directors (ASCLD).

Dalam pendedahannya, Brian menyatakan bahawa mana-mana makmal yang menjalankan ujian DNA harus mendapat akreditasi di peringkat antarabangsa. Namun difahamkan makmal JKM di mana ujian sperma kes liwat Saiful dijalankan gagal memperoleh sijil ISO setelah tamat pada Oktober 2005.

Makmal tersebut yang diberi tempoh lima tahun daripada tarikh tamat untuk memenuhi piawaian masih tidak mendapat pengiktirafan
malah diberikan tempoh lanjutan sebanyak dua kali yang akan berakhir pada Oktober nanti.

Namun, anehnya tiba-tiba berlumba-lumbalah dalam blog-blog pro kerajaan mengatakan Dr.Brian dan pihak pembelaan Anwar telah "terkantoi" dengan tuduhan tersebut. Malah dalam blog seperti Empayar Pemuda, dengan jelas memaparkan tajuk "Terkini: Surat Dan Sijil Yang Mengkantoikan Dakwaan Anwar Dan Peguambelanya".

Dalam sedar atau tidak ada sesuatu yang melucukan ketika mereka ghairah menyebarkan info terbaru ini. Seolah-olah pakar dari Australia yang mendedahkan perkara itu telah tersalah maklumat.


Contoh, Surat tamat tempoh berakhir pada 18 Oktober 2010
dan Surat lanjut tempoh berakhir pada 18 Oktober 2011
Namun, apa yang melucukan kami ialah rupa-rupanya mereka (Blogger UMNO) yang terkantoi dan tersalah maklumat dalam hal ini sebenarnya.

Apa yang mereka paparkan itu hanyalah surat yang dikeluarkan oleh American Society of Crime Laboratories Directors untuk memberi peluang kepada Jabatan Kimia Malaysia (JKM) dilanjutkan tempoh permohonan mendapatkan Sijil ISO17025 yang diperkatakan itu.

Sedangkan sijil sebenar memang masih belum diperolehi oleh pihak terbabit sebenarnya. Sila lihat bukti dibawah sebagai mengukuhkan lagi maklumat terbaru kami ini. Maknanya disini, siapakah yang terkantoi sebenarnya. Oleh itu, dinasihatkan kepada mereka supaya mengkaji terlebih dahulu sebelum mempertikaikan fakta yang telah didedahkan itu.


Bukti, Sijil sebenar ISO17025 yang sepatutnya diperolehi oleh JKM
Sila klik pada imej berkenaan untuk besarkan gambar sijil tersebut

[Dengan pendedahan ini juga, maka ia jelas sekali membuktikan Jabatan Kimia Malaysia (JKM) memang tidak pernah mendapat sijil ISO seperti yang dinyatakan. Cuma yang ada ialah beberapa surat dan lanjutan terhadap permohonan mereka selama ini.

Ia jelas membuktikan yang jabatan terbabit sememangnya tidak diikhtiraf oleh antarabangsa terutamanya dalam melakukan ujian DNA itu sendiri.

Oleh yang demikian benarlah laporan Dr.Brian Mcdonald bahawa Makmal tersebut yang diberi tempoh lima tahun daripada tarikh tamat untuk memenuhi piawaian masih tidak mendapat pengiktirafan malah diberikan tempoh lanjutan sebanyak dua kali yang akan berakhir pada Oktober tahun ini.

Tidak ada manipulasi atau sebarang fakta bercanggah seperti yang diperkatakan oleh Blogger UMNO terbabit. Ini bermakna mereka sebenarnya yang telah "terkantoi" dan bukannya pihak pembelaan dalam kes yang sedang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ini sebenarnya. Sama-samalah kita fikirkannya].

PDO.

Istana Ghaddafi..kemewahan seorang diktator.....


Pemberontak memanjat monumen di kediaman Moammar Qaddafi, Bab Al-Aziziya, di Tripoli.
Pemberontak memeriksa rumah anak Qaddafi, Al-Saadi, di Tripoli.
Sebuah kereta golf hancur di dalamkubu Qaddafi. Gaddafi, yang melarikan diri,, menolak menyerahkan diri.
Pemberontak memeriksa sebuah kamar di dalam kubu di Bab Al-Aziziya
Kolam renang di dalam rumah putri Qaddafi, Aisha, di Tripoli. Pemberontak terus mencari Qaddafi dan keluarganya.
Pemberontak memasuki kubu di Bab Al-Aziziya, Khamis (28/8). Pemimpin pemberontak menawarkan hadiah US2 juta bagi kepala Qaddafi.

Pemberontak bergambar di sofa berbingkai patung emas puteri duyung berwajah Aisha Qaddafi di kediaman Aisha di Tripoli.

Rahmat Ramadan - Cina PKR masuk Islam





Ketua Wanita KEADILAN Bukit Gelugor peluk Islam


(Oleh: Masdar Wahid)
KUALA LUMPUR: Ketua Wanita KEADILAN Bukit Gelugor, Cheryl Chew sah sebagai seorang muslim kira-kira pukul 3.00 petang semalam, apabila beliau memutuskan untuk memeluk agama Islam.

Beliau melafazkan dua kalimah Syahadah itu di pejabat Jemaah Islam Malaysia (JIM) Bukit Malawati dan disaksikan rakan-rakan terdekatnya.

Huda Chew sebelum ini dikatakan sudah mendekati Islam dan menerima banyak hadiah berupa tafsir Al-Quran dan buku-buku agama dari rakan-rakan beliau, lapor sebuah blog.

Kini muslimah itu menggunakan nama baru, dikenali Huda Chew yang bermaksud petunjuk dalam bahasa Arab.

Difahamkan, sebelum ini Huda Chew sudah mula berpuasa dan mendalami Islam secara berperingkat sebelum mengambil keputusan untuk memeluk agama suci itu pada 24 Ramadhan.
Sementara itu, di Facebook, beliau kini menggunakan nama Huda Chew Hong Wah (Cheryl).

Keadilandaily kini sedang cuba menghubungi Huda bagi mendapatkan respon beliau.

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2011/08/ketua-wanita-keadilan-bukit-gelugor.html#ixzz1W5CDG0Fy

Khamis, 25 Ogos 2011

'makan lewat malam' tak boleh menggantikan sahur




Hidupkan Sunnah Bersahur



Ramadhan bakal melabuhkan tirainya, malam ini malam ke 25, maknanya lagi 4 hari kita akan menyambut aidilfitri.

Al maklum dihujung ramadan ini ramai yang dah malas nak bersahur, maka sibuk buat kuih, makan kuih dan rasa perut masih kekenyangan menjelang waktu sahur. Akhirnya ramai yang meninggalkan sunnah bersahur.


Bersahur perkara sunat yang dituntut semasa memulakan "saum"@ puasa. Berdasarkan sebuah hadis Imam Muslim meriwayatkan : " Beza di antara puasa umat Islam dan puasa ahli kitab ialah kita disyariatkan (disunatkan) bersahur"

Hadis riwayat al-Bukhari dan Imam Muslim: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
" Bersahurlah sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan"

Ibn Hajar as-Asqalani dalam kitabnya Fath al-Bari berkata,keberkatan melalui sahur diperolehi kerana beberapa perkara iaitu:

* mengikut Sunnah Rasulullah SAW
* tidak menyamai ahli kitab
* menambah kekuatan fizikal dan kecergasan untuk beribadat
* mengelakkan akhlak yang buruk kerana lapar
* menjadi sebab untuk kita bangun berzikir dan berdoa kerana
waktu itu (sahur)sangat mustajab
* dapat berniat puasa bagi yang terlupa untuk meniatkannya sebelum tidur

Maka rebutlah keberkatan berpuasa dengan bersahur. Dengan bersahur menepati kehendak Islam disamping dapat menambahkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT.

Jika kita mengatakan bersahur sebelum tidur malam dengan alasan tidak mahu bangun untuk "bersahur"...sesungguhnya ia bukan "sahur" namanya...tetapi "supper"@ (makan lewat malam).

Rebutlah juga keberkatan bersahur dengan melewatkan waktu bersahur.


Rujukan : Majalah SOLUSI -isu no:22
Ruangan : HADIS oleh Ustaz Syed Mohd.Norhisyam b. Tuan Padang

Rabu, 24 Ogos 2011

Barang makin mahal, yang murah tiada kualiti (Arkib)


Rosak lagi padahal baru ganti, macamana ni nak balik kampung beraya tak cukup duit, belum lagi baju raya anak-anak... huh pening. Sekadar gambar hiasan

Roslan Harun

BARU-BARU ini ketika membeli bateri baru kereta saya, saya mendapat maklumat terkini apabila Chai, si ‘wireman’ memberitahu: “Haiyaa, lu nasib baik, sebulan lagi harga bateri akan naik 10 peratus. Kali ini lu punya pasal, gua caj RM175. Gua beli bateri lama lu RM10, lu bayar RM165. Tak apa, kira cincai lu bayar RM160 saja.”

Sebelum memasang bateri baru itu, Chai menyerahkan kepada saya satu slip kertas dan meminta saya mengisikan nama, nombor kad pengenalan, alamat dan nombor telefon. Saya lantas bertanya; “Ini apa tauke, tak pernah aku beli bateri kena isi borang…”

Dengan segera Chai menjawab: “Sekarang ini undang-undang kerajaan, tiap-tiap orang beli bateri baru kena isi borang, kena tulis nama, nombor telefon dan alamat. Lagi pun lu dapat kad gerenti. Gerentinya setahun. Lu tak tunjuk ini kad apabila bateri lu rosak, lu punya bateri tak boleh tukar.”

Tercengang saya mendengar penjelasan Chai. Menurutnya langkah mengisi borang itu adalah pendekatan terkini kerajaan untuk mengawal pengawalan dan pengedaran bateri kerana yang palsu terlalu banyak dalam pasaran!

Demikianlah harga alat ganti kenderaan semakin naik, si tauke apabila kita ke kedainya kerap mengulangi cerita lama ini; "Lu nasib baiklah, bulan depan harga itu barang akan naik!"

Selain menggunakan kereta, saya juga menunggang motosikal terutama untuk ke masjid, sebab senang parkir, laluannya pun dekat kerana boleh celah sana-sini.

Satu hal yang kurang disenangi apabila memiliki dan menggunakan motosikal ini tayar (tiub)nya cepat pancit. Sebulan dua selepas ganti tiub, pancitlah ia. Ada sekali itu, pagi ganti tiub, petang sudah pancit.

Saya tanya tauke motosikal apa pasal tiub motosikal cepat pancit. Dia kata memanglah bisnes macam itu. Kalau kerap pancit keraplah orang datang ke kedai, jadi bisnes pun bagus. Kalau tiub susah pancit, susah pula orang bisnes.

"Kalau lu mahu tiub susah pancit, belilah yang mahal punya. Yang biasa dijual itu koman punya. Made in Malaysia. RM8 saja. Mahu mahal RM15 pun ada. Lu mahu yang mana?"

Bapa saya kata, barangan lokal dan dari negara rantau sebelah sini adalah 'low quality', tak macam barangan dari negara mat salih seperti England. Misalnya basikal jika ada tanda R (Raleigh), wow ketahanannya sangat hebat, besinya masih berkilat-kilat walaupun sudah 10 tahun dipakai.

Tetapi basikal lokal dan negara rantau ini, besinya cepat berkarat, pakai setahun dua, tersandarlah di batang pokok dekat reban ayam.

Persoalannya, bolehkah kita keluarkan barangan 'high quality' dan pada masa yang sama juga murah?

Seorang rakan melawak: "Awak nak barang 'high quality' tetapi murah harganya, lu bikinlah sendiri."

Pimpinan Hamas iftar dengan rakyat (Arkib)



PM Ismail Haniyeh meraikan majlis berbuka puasa bersama rakyat di Gaza

Nak melayu bersatu tapi royalti tak bagi (Arkib)


Royalti minyak: Kelantan saman Petronas 30 Ogos ini


Kerajaan Kelantan akan mengemukakan saman terhadap Petronas pada 30 Ogos ini berhubung tuntutan royalti minyak yang diperoleh dari perairan negeri itu.

Pengerusi jawatankuasa perancangan ekonomi, kewangan dan kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat mingguan exco di Kota Darulnaim di Kota Bharu hari ini.

Menurutnya kerajaan negeri akan mengemukakan writ saman itu di Pejabat Pendaftar Bahagian Perdagangan Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Husam berkata, dalam kes saman itu kerajaan negeri tidak menetapkan jumlah tuntutan yang dibuat dan terserah kepada mahkamah yang akan menentukannya.

Katanya writ saman itu dikemukakan atas nama Petronas dan bukannya kerajaan Malaysia.

- Bernama

Juboq Sayfool kosong kata doktor


REKTUM SAIFUL 'KOSONG'...BUKANKAH SAIFUL KATA DAH 2 HARI TAK BUANG AIR BESAR SELEPAS DILIWAT?

Saya bukan pakar bedah. Saya juga bukan doktor pakar untuk membuat pemeriksaan terhadap mangsa liwat. Tetapi saya ni bukan pelupa, Insyaallah dalam usia yang masih muda belum separuh abad saya boleh mengingat kembali perkembangan kes Liwat 2 yang melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Masih ingat lagi keterangan Saiful di mahkamah mendakwa selepas diliwat, dia tak buang air besar selama dua hari. Kesian si Saiful sampai sembelit dikerjakan. Saiful juga beritahu semasa diliwat minyak pelincir digunakan.

Hari ini saksi pendakwa iatu Pakar Bedah dari HKL nampaknya terperangkap apabila diasak bertubi-tubi oleh peguam DSAI.

Pakar bedah Am Dr Razali Ibrahim yang memeriksa Mohd Saiful Bukhary Azlan untuk mengenal pasti kesan-kesan diliwat memberitahu mahkamah, beliau mendapati rektum pengadu itu “kosong.”

“Rektum kelihatan kosong, jadi saya mencatatkan sebagai kosong,” kata pegawai perubatan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) ini ketika disoal balas oleh peguam pasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair.

Jadi ke mana perginya 'bahan buangan' yang 2 hari diperam oleh Saiful selepas diliwat sebelum diperiksa oleh pakar HKL? Saiful buang ikut mulut atau ghaib begitu sahaja?

Saiful beritahu semasa diliwat minyak pelincir digunakan? Pelik bin ajaib mengapa selepas kira-kira 3 jam diperiksa oleh pakar HKL tidak ada sebarang minyak pelincir dikesan. Walhal Saiful kata dia tak basuh selepas diliwat. Adakah Saiful guna minyak senyonyong sehingga tak dapat dikesan? - Baginda Reformasi

Najib senyap kes Anwar "rekaan sampai tak boleh bangun""

Tertekan dengan pendedahan bekas duta Amerika Syarikat
John Mallot, Najib Altantuya tidak berani menjawab tuduhan
berat yang dilemparkan sehingga ke hari ini

Ekoran pendedahan terbaru oleh bekas Duta AS ke Malaysia John Malott, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat telah meminta agar Perdana Menteri Najib Razak dan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad memberi maklumat ke atas tuduhan-tuduhan bahawa mereka telah berkomplot ke atas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim ke penjara atas tuduhan liwat yang direka.

Bola kini di gelanggan Najib.

Beliau adalah PM dan dia mesti menyatakan dengan jelas, jikalau dia yang terlibat dan jikalau terdapat apa apa komplot dengan Mahathir dalam kes semasa dan pada tahun 1998.

Saya rasa rakyat Malaysia sudah tahu mengenainya, tetapi kini bekas duta Amerika Syarikat telah memberikan maklumat yang kuat dan jelas.

Ini adalah serius dan mesti dijawab.

Untuk berdiam diri akan memalukan Malaysia.

Sudah tiba masanya untuk Najib sedar dia bukanlah PM hanya untuk UMNO tetapi juga untuk semua Malaysia, "kata Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran memberitahu Malaysia Chronicle.

Sesungguhnya artikel yang bertajuk Malott jatuhkan bom : Pakatan rahsia antara Najib dan Anwar telah menawarkan gambaran yang mengejutkan ke dalam dunia politik UMNO, yang dianggap sebagai antara yang tercemar di rantau ini.

Malah, beberapa jam selepas menerbitkan artikel, laman web Malaysia Chronicle telah diserang hackers yang tidak dikenali.

Kedutaan AS diberitahu oleh dua sumber yang berbeza

Malott dalam menjaga operasi Kuala Lumpur dari 1995 hingga 1998, dalam artikel beliau, beliau berkata bagaimana satu keputusan yang dibuat oleh kuasa-kuasa yang ada pada masa itu untuk terus menganiaya Anwar sehingga beliau imun dan sia-sia dari segi politik.

Dua sumber yang berbeza, pembantu rapat Najib, Razak Baginda dan seorang pegawai Cawangan Khas, memberitahu pegawai-pegawai kedutaan mengenai plot untuk melingkupkan Anwar pada semua kos.

Sekarang 64 tahun, Anwar pada masa itu menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan serta Timbalan Presiden UMNO.

Beliau adalah bintang yang bersinar dan menjelang tahun 1997, sudah mengumpul sokongan akar umbi yang cukup untuk berjaya mencabar Mahathir untuk jawatan tertinggi.

Anwar kemudiannya mengetuai satu pasukan yang dikenali sebagai Wawasan 2020 dalam UMNO dan ini adalah dianggap pasukan impian masa itu.

Menurut artikel Malott, Anwar juga telah bekerjasama dengan Najib, yang bersetuju untuk menjadi TPM kepada PM Anwar apabila Mahathir pergi

Tetapi kemudian Najib mengkhianati Anwar, menyebelahi Mahathir sebaik sahaja Anwar dipecat dan dibuang ke dalam penjara atas tuduhan liwat yang direka pada tahun 1998.

"Ini mencerminkan rentetan khianat dalam diri Najib, tetapi apa yang lebih membimbangkan adalah pakatan sulit antara Mahathir dan Najib untuk menganiayai' Anwar.

Jelas, ini bertentangan dengan ketelusan dan urus tadbir yang baik dan Najib berhutang penjelasan kepada negara atau meletak jawatan, "naib presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.

Sentimen Tian telah disuarakan oleh rakan-rakan lain, yang berkata bahawa rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mengetahui jika pemimpin-pemimpin mereka mengamalkan politik kotor dan hak untuk menentukan sama ada mereka patut dihukum untuk berbuat demikian.

"Ini adalah maklumat yang besar.

Kami terperanjat dengan pendedahan ini dan Najib perlu membersihkan namanya mengenai perkara ini.

Seorang bekas rasmi peringkat tinggi AS dengan akses kepada maklumat terbaik dan kenalan telah bercakap.

Ia perlu dibahaskan dan dibincangkan secara terbuka kerana rakyat telah mengesyaki ia selama bertahun-tahun dan mempunyai hak untuk mengetahui jika pemimpin mereka yang mengamalkan politik kotor.

Kaedah seperti ini tidak lagi boleh diterima dalam masyarakat hari ini. dan yang paling penting, Anwar mempunyai hak untuk pengadilan," pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi berkata kepada Malaysia Chronicle

Selasa, 23 Ogos 2011

Raya: Kakitangan Selangor RM500, guru Kafa RM250, Johor bila lagi? (Arkib)





SHAH ALAM, 26 Ogos: Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor akan menerima bayaran bantuan khas hari raya sebanyak RM500 sebagai persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bulan depan.

Menteri Besar, Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim berkata bayaran bantuan khas hari raya ini akan dibayar sebelum 1 Syawal kepada semua kakitangan kerajaan negeri kecuali kakitangan Gred JUSA ke atas.

Seramai 9,089 kakitangan awam akan mendapat manfaat daripada keputusan ini yang melibatkan kos pembayaran sebanyak RM4.5 juta.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan bayaran khas sebanyak RM250 kepada 5,297 guru Kelas Agama dan Fadhu Ain (Kafa) yang akan melibatkan pembayaran sebanyak RM1.3 juta.

Menteri Besar berharap bantuan Hari Raya ini dapat meringankan beban kakitangan awam untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri terutama mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai.

Menteri Besar juga menasihatkan kakitangan awam dan guru KAFA supaya bersederhana dalam segala hal dan berbelanja secara berhemah mengikut kemampuan serta keperluan.

Nota: Kakitangan awam negeri Johor bila nak dapat duit raya?...dari bapa ana yang dulu kerja guru sekolah agama kerajaan Johor, pencen dan sekarang dah meninggal dunia pun, macam tak pernah dapat bonus raya.

Jangan bagi alasan tak cukup bajet pula, dah muak dengar.

Kenaikan harga barang keperluan dan bahan api yang memiskinkan rakyat, kalau mahu slogan 1Malaysia, Rakyat didahulukan direalisasikan, kerajaan Johor bagilah bonus raya menjelang syawal ini.

Penang dan Selangor dari Pakatan dah bagi, Kerajaan pusat pun dah bagi, JOHOR BILA LAGI?

Gereja menganjurkan berbuka puasa di Sudan, di Malaysia tak boleh (Arkib)


Coptic priests (in black) welcome Muslim guests at  an iftar,  or the breaking of the fast, dinner organised by Sudanese  Copts during  Ramadan in Khartoum yesterday, August 23, 2010. — Reuters  pic



Paderi Koptik (jubah hitam) menyambut tetamu dari kalangan Muslim untuk Iftar,

berbuka puasa anjuran Koptik Sudan di Khartoum semalam.

August 23, 2010. — Reuters pic

Peningkatan suhu mendadak bumi merbahaya (Arkib)


Isyarat SOS dari bumi
Ukuran suhu bumi mengikut kaedah prodiagrammeni bahawa peningkatan suhu rata-rata 4 darjah Celcius, menurut analisis komuniti global.

Peningkatan tersebut akan menyebabkan "keruntuhan" dari lapisan ais di Greenland, kepupusan banyak spesies flora dan fauna dan akan membawa banjir yang luas dan kemarau.

Pada pertemuan di Copenhagen, 120 negara menyatakan persetujuan untuk bertindak secara sukarela bagi mengurangkan pembebasan gas rumah kaca, sehingga kenaikan suhu global rata-rata tidak melebihi dua derjah Celcius.

Iklim Interaktif Scoreboard, mencatat pembebasan global dan menurut perhitungannya, menyimpulkan bahawa rata-rata suhu global akan meningkat empat darjah Celsius pada tahun 2100.

Peningkatan ini adalah dua kali ganda dari target 2 darjah Celcius.
Analisis lain yang dibuat oleh climatologist Potsdam Institute di Jerman menunjukkan bahawa peningkatan suhu global rata-rata akan meningkat menjadi 3,5 derajat Celsius pada akhir abad ini.

Para saintis Institut menekankan bahawa tidak mungkin bahawa kerajaan di seluruh dunia untuk mengambil langkah-langkah yang akan menyekat peningkatan di bawah dua darjah Celcius.

Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim (IPCC) melaporkan pada tahun 2007 menyatakan bahawa jika suhu rata-rata meningkat lebih dari 2 darjah Celcius, kemungkinan 20% -30% dari semua spesies hidupan akan lenyap.

Selain itu, mencatatkan bahawa akan ada lebih kemarau dan banjir yang luas, sebuah krisis besar dalam pengeluaran makanan akan hilang sama sekali termasuk lapisan ais di Greenland yang mencair.

Dunia menghadapi ancaman perubahan iklim, sehingga mesti diadakan perjanjian global yang mengikat, kerana ia merupakan peluang terakhir bagi keselamatan dunia.
Newsit

Kelapa buat pening kepala (Arkib)


SANTAN PULAK NAIK HARGA


Kelapa dikatakan berkurangan di Terengganu yang banyak mempunyai pokok kelapa, menyebabkan harga santan segar kini meningkat pada harga RM9 sekilo berbanding RM6 sekilo bulan lalu.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Terengganu, Hasan Jusoh berkata antara punca kekurangan kelapa ialah pekebun lebih banyak menjual kelapa muda kerana harganya lebih tinggi.

Beliau berkata harga runcit kelapa muda sekarang ialah RM2.50 sebiji sementara di peringkat ladang antara RM1.00 hingga RM1.50 sebiji.

Harga kelapa tua ialah 70 sen sebiji.

Beliau berkata kekurangan kelapa turut berlaku di negeri lain.

"Sehubungan kekurangan ini, kami sedang cuba mendapatkan bekalan kelapa dari pengimport untuk mengatasi masalah yang dihadapi," katanya.

Bekas Duta US jatuhkan bom: 100 tahun penjara


Malott jatuhkan bom: Pakatan rahsia antara  Najib dan Anwar







Hari ini saya membaca kenyataan Anwar Ibrahim dari acara pengadilan.

Anwar berkata bahawa ia semua adalah satu konspirasi politik terhadapnya.
Dan saya setuju
Bukankah saya adalah Duta Besar Amerika ke Malaysia apabila semua perkara-perkara ini berlaku pada kali pertama.

Semua orang tahu, Kedutaan Amerika mempunyai banyak sumber maklumat.
Tanya saja Wikileaks.

Rakyat Malaysia gemar bercakap…

Seperti yang ramai kawan-kawan saya di Malaysia tahu, saya telah sangat lantang bersuara untuk menyokong kebebasan Anwar lebih daripada satu dekad. Dan itu adalah kerana saya tahu kebenaran. Saya berada di sana apabila ia berlaku pada kali pertama.
Pada tahun 1998 - kali pertama bagi Anwar - Kedutaan saya mendengar dan melaporkan banyak perkara. Kami tahu perkara yang sebenar. Kerana rakyat Malaysia - di peringkat tertinggi - memberitahu kami.
Semasa saya berada di KL, badan pemikir peribadi Najib dipanggil Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia, atau MSRC. MSRC pada dasarnya adalah dua orang, Rohanna Mahmood dan Razak Baginda.

Rohanna tidak Razak adalah bukan pegawai-pegawai kerajaan, jadi saya tidak melanggar mana-mana undang-undang AS dengan mendedahkan apa yang mereka memberitahu saya dan Kedutaan saya pada masa itu.

Pakatan sulit
Pada tahun 1998 Rohanna menyertai saya untuk satu majlis makan tengah hari peribadi di kediaman Duta Besar. Ia adalah sekitar masa apabila Anwar mula mencabar Mahathir, secara halus tetapi masih jelas.

Rohanna memberitahu saya bahawa Najib dan Anwar mencapai satu perjanjian rahsia. Apabila Mahathir pergi, Anwar akan menjadi PM, Najib akan menjadi Timbalan PM. Itu adalah perjanjian itu.

Sudah tentu itu tidak pernah berlaku,. Apabila dilanda masalah, Najib berdiri, dan membiarkan Anwar pergi ke penjara.
Bagaimana pula dengan Razak Baginda?

Dia memberitahu pegawai kanan Kedutaan, "Keputusan telah dibuat. Mereka akan "menembak " Anwar dari segi politik untuk semua masa yang akan datang. "Sehingga dia tidak boleh berdiri lagi atau kembali ke politik."

100 tahun
Maknanya, ia adalah keputusan politik - untuk memusnahkan Anwar.
Itulah apa yang Razak - yang kini dalam buangan di London yang dikenakan sendiri - berkata.
Selepas itu, seorang pegawai kanan Cawangan Khas kepada seorang pegawai Kedutaan, "Kami akan memastikan pertuduhan difailkan setiap masa supaya Anwar akan berada dalam penjara untuk seratus tahun akan datang."

Adakah apa-apa keraguan tentang apa yang berlaku masa itu - dan apa yang sedang berlaku sekarang? - Malaysia Chronicle
- John Malott adalah duta AS ke Malaysia dari 1995 hingga 1998 dan kini presiden Persatuan Jepun-Amerika Washington DC

Diktator Tunisia tumbang, Mubarak Mesir jatuh kali ni Gadafi tersungkur?



Rejim Gaddafi akhirnya tumbang-MK


Selepas lebih enam bulan berlaku pemberontakan di Libya, rejim Muammar Gaddafi akhirnya tumbang setelah kumpulan pemberontak berjaya menawan hampir seluruh bandar Tripoli.

Bagaimanapun nasib pemimpin Libya itu masih menjadi tanda tanya.

Menurut AFP, anak lelaki bongsu Gaddafi, Seif al-Islam ditangkap oleh pemberontak, manakala anak lelaki sulungnya, Mohammed Al-Gaddafi yang diwawancara oleh televisyen Al-Jazeera di kediamannya dilaporkan menyerah diri, tetapi nasib anak-anaknya yang lain masih tidak diketahui.

Awal pagi ini, Sky News melaporkan pemberontak Libya tiba di Dataran Hijau di tengah Tripoli.

Ramai pemuda mengibarkan bendera merah, hitam dan hijau milik pasukan anti-kerajaan dan bersorak dan menari sambil bertakbir dan melepaskan tembakan ke udara.

Ramai yang menunjuk isyarat jari keamanan sambil menjerit "beritahu Muammar dan anak lelakinya bahawa Libya mempunyai anak jantan".

Sementara itu, Reuters yang memetik televisyen al-Jazeera melaporkan anak lelaki sulung pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, Mohammad, memberitahu awal hari ini bahawa beliau ditahan pemberontak dan dikenakan tahanan di rumah di Tripoli.

“Anggota bersenjata mengepung rumah saya dan saya masih berada di dalam dan mereka di luar. Mereka berkata akan menjamin keselamatan saya. Mereka mengepung rumah saya," katanya menerusi panggilan telefon dari Tripoli.

Bunyi tembakan boleh didengar semasa perbualan itu.

"Ya, tembakan itu dalam rumah saya," katanya sebelum talian tiba-tiba terputus

Tun M kata Najib 'TIDAK PATUT DIPILIH' jadi PM? (video)




Bagaimana agaknya perasaan Najib jika beliau tahu pemimpin UMNO yang dulunya menyarankan beliau sebagai pengganti kepada Pak Lah untuk menerajui UMNO sebagai Presiden kini sudah berfikir sebaliknya bila melihatkan prestasinya yang tidak boleh dibanggakan langsung..


Dengarkan apa jawapan Tun Mahathir bila diajukan soalan ini “Apakah Tun masih berpegang kepada prinsip bahawa Najib berhak mengganti.. err.. selaku Presiden UMNO yang baru atau Tun sudah mempunyai pandangan yang berbeza kerana sikap Datuk Seri Najib sejak akhir-akhir ini lebih kepada angguk dan ya sahaja?”



Walaupun dahulu saya kata yang patut mengganti ialah Datuk Seri Najib.. tapi tah mengapa saya tukar fikiran.. Saya tidak mahu errr.. sokong pemimpin yang tidak baik bagi parti dan Negara kita, kerana saya berpendapat orang yang TIDAK PATUT DIPILIH untuk memerintah Negara ini JANGAN KITA PILIH

Bila ada pihak yang bersorak gembira dengan kenyataan Tun Mahathir itu.. tidakkah ini membuktikan memang wujud dua kem di dalam UMNO.. dua kem yang membuktikan bahawa UMNO memang berpecah..

SMS seorang pemimpin UMNO Pulau Pinang yang pernah menimbulkan kontroversi suatu masa dulu yang di terima oleh aku darinya semalam walaupun aku bukan ahli UMNO..

"Kepada ahli UMNO yang berfikiran benar dan saksama jangan lagi berpeluk tubuh, menyerah dan menerima secara pasif dan berlembut terhadap buruk lakudengan keadaan yang dahsyat seperti rasuah dan kronisma yang berlaku dalam UMNO dan BN, kita mesti bertindak segera sebelum sampai ketahap sukar dipulih semula BERHENTILAH, CUKUPLAH yang kaya tersandar yang miskin terlantar..."

Pencacai UMNO Penang jangan jealous kalau hangpa tak dapat SMS tu... Itu dari pemimpin yang sedar.. pencacai bagimana?? masih tak sedar lagi ka?

Pemimpin tu pakai 'S Class' (S Class tu kereta Merc.. tak tulis karang pencacai UMNO nganga pulak..)

Benarkah Petronas dijual kepada kapitalis Asing?




AKAN TERGADAILAH HASIL NEGARA..
KAH KAH KAH

DARI SuMbEr ini.

PETRONAS BAKAL DI LEGO KEPADA KAPITALIS ASIA.

Kami kecewa dengan UMNO yang menyerahkan Petronas kepada Shamsur Azahar yang melaksanakan dasar 1Malaysia dengan melantik orang Cina secara besar-besaran seperti berikut:
  1. Dato' Wee YH (Executive Vise President)
  2. Chai Kok Kit (Operation Advisor) - Retired Petronas Carigali Sendirian Berhad (PCSB) Staff (Did'nt make much impact in Petronas Carigali Sendirian Berhad (PCSB) even when he was there)
  3. Dato' Yeow Kian Chia (Seen as a failed Project Director for Turkmenistan, now made as New Technology Advisor)
  4. Dato' George Ling (Drilling Advisor). Ex-Shell. Last job Managing Director of Shell China.
  5. Afendy Cheng has been the Senior General Manager of Exploration, now Vise President for International Exploration.
  6. Chen Ka Seong (Petroleum Engineer Manager)
All these new appointment within last 6-8 months.

Market Talk.

  1. Dr Ong See Hong has been Approached.
  2. Dr Lim Min Teong has been approached.
  3. Chen is being groomed to be next Managing Director.
Harap dapat sampai kekecewaan ini sebelum nasi jadi bubur. -T.P.U

KAH KAH KAH
OIT.. 1 LAGI PERKARA YG SANGAT MENYENTUH PERASAAN..
PERASAAN SIMPATI KEPADA PEKERJA PEKERJA SETIA BAGI PETRONAS..
YG MANA PETRONAS BAKAL DI LEGO KEPADA KAPITALIS TERAGUNG..
SALAH SIAPA? SALAHKAN DAP..
KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
MACAMANA TAK JAHANAM PETRONAS..
KALAU DAH TANGAN2 TAIK DAN ZALIM HARBI BERADA DAN BERKUASA..
DI DALAMNYA, MEREKA MEMENTINGKAN PERUT SENDIRI..
BANGSAWAN BANGSAWAN HARBI MENGUASAI LU ORG..
UMNO WAL APCO HARAMJADAH NAMANYA..
KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
MEREKA ADALAH PENJAHANAM HARTA HARTA MELAYU..
PERASUAH ORG ORG MELAYU..
PENJUAL MARUAH MELAYU..
PETUALANG BANGSA MELAYU..
DAN PEMUSNAH IDENTITI ORG ORG MELAYU..
KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
SAMPAI MAMPOS BANGSAWAN HARBI INI AKAN TERUS
MENJUAL 1 PER 1 HARTA PUSAKA NEGARA INI..
SELAGI MEREKA TERUS BERKUASA..
LU YG BODOH PERGI PANGKAH MEREKA..
KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
BILA LAGI LU ORG NAK BERUBAH..
INI MASANYA ORG ORG MELAYU BERSATU BERSAMA
PAKATAN RAKYAT YG BERIKRAR AKAN MENJAMIN..
KUASA ORG ORG MELAYU DAN MENGEMBALIKAN..
MARUAH ORG ORG MELAYU KEMBALI KE TEMPAT ASALNYA..
KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
MARUAH MELAYU YG TIDAK DAPAT DI BELI DGN WANG..
MARUAH ORG MELAYU ADALAH
DGN MENGHUMBAN
BANGSAWAN HARBI INI KE MUZIUM NEGARA..
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

Isnin, 22 Ogos 2011

Orang sibuk solat asar dia sibuk bubur lambuk

Budak pun solat walaupun ada juga segelintir yang main-main...waktu asar kira oklah.
Jamaah lain sedang khusyuk solat asar
tu dia "Cepat bungkus ni dik, nanti orang kebas, dalam periuk dah tinggal sikit ni..."

Masjid Nuru Iman Bandar T6: Bubur lambuk lebih utama dari solat, kalau ye pun takut habis, solatlah dulu, mana ada keberkatan, masak dan bungkus semuanya di masjid yang mulia tetapi abaikan solat berjamaah...minta imam nasihat sikit.

Apapun ana baik sangka mungkin dia ni nak solat lepas tu agaknya...

Nota : Foto ana dapat ambil sebab ana lambat sikit dan solat masbuk, kebetulan bawa henpon, apalagi ambil gambar sebagai bukti.

Lawatan Dewan Ulamak ke Sembrong

Solat Maghrib berjamaah
YDP Hj saion dan Sdr Azman Md Desa
Ustaz Ilias mengimamkan solat Terawih
Kelihatan Imam Mohd Amin tengah dan tuan rumah kanan sekali
Ustaz Ilias dan Abg Ros
Ustaz Md Shah di tengah
Orang Belitong pun hadir

Taman Sri Lambak, Kluang, Pada 20 Julai 2011, hari Sabtu, PAS Kawasan Sembrong telah menerima kunjungan dari rombongan Dewan Ulamak PAS Neg Johor yang diketuai oleh Ustaz Mat Shah, turut serta Ustaz Ilias, Sdr Azman Md Desa dan Abang Ros.

Program bermula dengan iftar bersama, solat maghrib, taaruf, solat isyak, solat terawih dan penyampaian mini kertas kerja Tahaluf Siyasi. Kehadiran yang memuaskan iaitu lebih kurang 20 orang. Majlis tamat pukul 11.00 malam.

Terima kasih kepada semua yang menyumbang juadah secara pot luck, dan ada lebih, bungkus bawa balik sebagai berkat.