Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Khamis, 6 September 2012

Kecelaruan Jantina Kini Diakui, Dibincangkan

Sekolah asrama lahirkan golongan LGBT?

KUALA LUMPUR 4 Sept. - Kementerian Pelajaran diminta memantau sekolah-sekolah berasrama penuh yang dilihat berpotensi melahirkan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Ini kerana, menurut Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof. Dr. Azizan Baharuddin, homoseksualiti sementara (transient homosexuality) yang wujud dalam kalangan remaja tidak kira lelaki atau perempuan merupakan fenomena biasa.

Ujarnya, remaja yang bersekolah asrama lebih-lebih lagi yang berasingan jantina lebih terdedah kepada perasaan tersebut kerana secara rutin mereka berhadapan dengan rakan-rakan daripada jantina yang sama.

�Memang terdapat banyak kes homoseksual di sekolah asrama, pelajar senior tertarik dengan pelajar junior yang �ambu� Malah perkara ini juga berlaku di sekolah-sekolah berteraskan agama seperti maahad tahfiz.

�Walaupun ia normal, namun perkara itu jika tidak dipantau boleh menyebabkan orientasi seksual bersifat sementara itu menjadi kekal lebih-lebih lagi kepada remaja yang pernah terlibat secara langsung dengan �entuhan fizikal�" katanya.

Azizan merupakan moderator muzakarah pakar bertemakan LGBT: Cabaran dan Penyelesaiannya anjuran (IKIM) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sambil merujuk pembentangan kertas kerja Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj bertajuk Memahami Isu Gender-LGBT: Perspektif Perubatan dan Biologi.

Dalam kertas kerja itu, Harlina Halizah berkata, tarikan sesama jantina dalam kalangan remaja merupakan perkara biasa, namun ia tidak boleh dipandang ringan khususnya oleh ibu bapa dan pihak sekolah kerana dikhuatiri akan meninggalkan kesan emosi yang mendalam selain mengubah orientasi seksual kepada homoseksual kekal.

Menurut Azizan, kes-kes sedemikian kebiasaannya sukar dikesan oleh ibu bapa kerana remaja yang menjadi mangsa lebih-lebih lagi pelajar lelaki yang pernah diliwat, malu untuk memberitahu perkara sebenar. Meloya

PRSB : Dulu bukan main hentam DSAI kata sokong LGBT, sekarang baru nak sibuk muzakarah di IKIM, mungkin dikalangan  pemimpin Umno ada ahli keluarga mereka yang terlibat baru nak terngadah....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan