Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Isnin, 2 Januari 2012

Ustad termasuk asnaf fakir ke sampai dapat dana khas

Jamil Khir Sebenarnya "Miskin"


Apabila musang diberi kerja menjaga reban ayam. - Gambar hiasan dari Google.


Jamil Khir semalam menegaskan laporan mendakwa beliau terbabit penyelewengan wang zakat adalah tidak benar kerana wang yang digunakan bagi pembayaran kos guaman beliau dalam kes tuntutan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim bukannya daripada wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tetapi dana khas kerajaan untuk pembayaran yuran guaman.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan penyelewengan wang zakat MAIWP bagi pembayaran kos guaman beliau, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain dalam kes itu. - Malaysiakini.

Menteri Jamil Khir ini ada masalah memahami persoalan yang dilontarkan. Penjelasan yang diberi menambahkan lagi ketidakjelasan perkara yang ditanyakan.

Persoalan pokoknya:

(1) Ketua Audit Negara dalam laporannya sebelum ini mendakwa, bahawa Jamil Khir, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain menggunakan wang zakat sebanyak RM63,650 membiayai kos guaman dalam kes saman qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 21 November lalu, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang mengesahkan bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat pada Februari dan April 2010 meskipun akhirnya digantikan pada hujung tahun 2010. Namun sekalipun menerima geran kerajaan sebanyak RM700,000 pada 22 Jun lalu, pembayaran semula kepada wang zakat hanya dibuat pada Disember 2010 sebagai proses ‘pelarasan semula’.

(2) Pada 21 Jun lalu, Dr Mashitah Ibrahim mengakui bahawa kos guaman itu dibayar menggunakan peruntukan zakat ketika menjawab soalan di Parlimen. -Harakahdaily.

Kini rakyat Malaysia menyaksikan episod konar-mengkonar oleh Menteri Jamil Khir untuk membersihkan dirinya yang terpalit membedal zakat walaupun seketika dan digantikan semula.

Mungkin juga di akhir episod nanti Menteri Jamil Khir akan mengakui bahawa beliau tergolong dalam asnaf "miskin" untuk menghalalkan rembatan duit zakat tersebut.

"Miskin" Menteri Jamil Khir bukanlah kerana kurang duit tetapi miskin jenis tiada amanah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan