Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Rabu, 23 Mei 2012

Kebaikan dan Keburukan Tuisyen


 
Tuisyen sudah menjadi semacam wajib bagi murid sekolah di Malaysia, rasanya macam tak sempurna jika anak-anak kita tidak dihantar ke tuisyen tidak kira samada di sekolah ataupun di pusat tuisyen swasta. Malah ramai di kalangan ibubapa yang terlalu menekan anak masing-masing dengan memaksa supaya anak tadi mendapat keputusan akademik yang cemerlang.

Antara kebaikan tuisyen ialah
  1. Dapat memahami dengan lebih baik matapelajaran yang lemah dengan bantuan guru tuisyen.
  2. Boleh membuat banyak latih tubi
  3. Banyak masa lebih ditumpukan kepada belajar dari bermain
  4. Bertemu rakan yang sama tujuan dan boleh bekerjasama dalam 'study group'
  5. Soalan spot untuk peperiksaan

Manakala antara keburukan tuisyen ialah
  1. Masa tuisyen yang terlalu panjang selepas sekolah, meletihkan murid siang sudah ke sekolah, petang tuisyen, malam tuisyen lagi..
  2. Tak ada masa untuk membuat kerja sekolah yang disuruh siapkan oleh guru sekolah
  3. Tuisyen kadangkala tidak mengikut sukatan matapelajaran, masa musim peperiksaan pertengahan tahun pun ada tuisyen, lain subjek pula diajar pada malam tersebut, sepatutnya subjek mestilah sesuai dengan jadual peperiksaan
  4. Kos yuran yang tinggi terpaksa ditanggung ibubapa
  5. Tiada masa mengaji Al-Quran 
  6. Ibubapa terpaksa menghantar dan mengambil anak pada sebelah malam merencatkan jadual harian ibubapa
  7. Risiko keselamatan anak terutama waktu malam 
  8. Risiko kecewa apabila tidak mencapai keputusan cemerlang dan tidak dapat masuk asrama penuh
Akhir kata, sebagai ibubapa kita rancanglah sebaiknya, masa cuti ajaklah anak bersiar-siar mengelakkan kebosanan, jangan kita cari helah melepaskan diri dari bergaul bersama anak, kesian anak kita, siang di jaga oleh guru sekolah, petang dijaga oleh guru kelas tambahan, malam dijaga oleh guru tuisyen, soalnya bila masa kita bersama anak?


PSB

Tiada ulasan:

Catat Ulasan