IGP: Polis tidak haramkan perhimpunan 9 Januari, arah penganjur bincang kawasan lebih sesuai
Oleh Shazwan Mustafa Kamal
January 05, 2012
KUALA LUMPUR, 5 Jan — Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, hari ini berjanji pihak berkuasa tidak akan mengharamkan perhimpunan 9 Januari depan, sebaliknya menuntut penganjur berunding dengan pihaknya berkenaan kawasan yang sesuai untuk mengadakan perhimpunan tersebut.
“Kami tidak akan menghalang perhimpunan 9 Januari, pihak polis hanya mahukan perhimpunan itu dilakukan di kawasan yang lebih sesuai,” katanya yang dipetik daripada The Star.
“Saya sudah arahkan ketua polis bandaraya untuk memanggil penganjur dan berbincang berkenaan perkara itu,” tambahnya.

Ismail (gambar) berkata, beliau sedar terdapat usaha untuk mengadakan perhimpunan berhampiran Mahkamah Tinggi Jalan Duta Isnin ini, hari yang sama hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah membuat keputusan terhadap kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Sehubungan itu, pihak polis sudah bersedia untuk memastikan tahap keselamatan terhadap orang ramai dan harta benda awam terutamanya perkara yang keselamatan negara.
“Pihak berkuasa akan menasihati orang ramai agar bersurai, dan sekiranya mereka ingkar, terdapat pelbagai cara lagi yang akan digunakan sekiranya keadaan memerlukan.
“Beliau turut menuntut orang ramai agar bersikap lebih matang dan objektif terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.
“Saya mendesak orang ramai agar tidak mengganggu ketenteraman awam dan keselamatan negara. Bertindak bijak mengikut lunas undang-undang. Polis kita yanmg bertugas akan bertindak adil dan saksama,” katanya.
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, mengumumkan pada Selasa lalu bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan memastikan sejumlah 100,000 rakyat akan turut serta dalam perhimpunan tersebut bagi menunjukkan sokongan terhadap Anwar ketika Mahkamah Tinggi membuat keputusan Isnin ini berkaitan kes liwat keduanya.
Anwar, 64, dituduh telah melakukan liwat terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium di Damansara Heights pada Jun 2008, beberapa bulan sebelum kembali dan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh.
Ini merupakan kali kedua dirinya dituduh melakukan liwat.
Sekiranya disabitkan kesalahan, Anwar akan dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara, tetapi akan terlepas hukuman sebat kerana umurnya sudah melebihi 60 tahun.
Ini akan menamatkan karier politiknya dan memusnahkan peluangnya untuk menjadi perdana menteri.

sumber : The Malaysian Insider
Tiada ulasan:
Catat Ulasan