Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Isnin, 28 Februari 2011

Innalillah Necmetin Erbakan kembali kerahmatullah

Minggu, 27/02/2011[ eramuslim.com] Necmettin Erbakan, seorang pemimpin gerakan Islam politik di Turki dan mantan perdana menteri negara itu, dilaporkan telah meninggal dunia.

Yasin Hatipoglu, seorang pembantu dekat Erbakan, mengkonfirmasi kematian Erbakan dalam panggilan telepon ke televisi NTV. Kantor berita Anatolia mengatakan Erbakan, 85 tahun, meninggal di rumah sakit Ankara Guven Minggu ini (27/2).

Di Kairo, Mursyid 'Aam Ikhwanul Muslimin, Mohammed Badie, menyampaikan ucapan belasungkawaq mendalam atas meninggalnya tokoh gerakan Islam Turki, dan pertama yang mendirikan partai yang visi dan misinya bercorak Islam.

Kepergian Erbakan merupakan kehilangan seorang pemimpin dunia Islam, seorang pemikir Islam, dan politisi yang memiliki komitment menegakkan cita-cita Islam, meskipun semuanya cita-cita itu dihentikan oleh militer Turki.

Erbakan, saat menjadi perdana menteri Turki telah membuat 'cetak biru' tentang blok negara 'G 8',yang terdiri 8 negara Islam, yang terkemuka, di mana Erbakan telah menyiapkan sistem mata, sistem ekonomi, sestim pertahan, dan kerjasama perdagangan, serta sistem perbankan, tetapi terburu oleh kudeta militer.

Erbakan - yang secara langsung maupun tidak langsung merupakan "mentor" dari PM Turki Recep Tayyib Erdogan menjabat hanya setahun sebagai perdana menteri sebelum ia ditekan oleh militer sekuler untuk turun pada tahun 1997.

Erbakan wafat beberapa hari sebelum peringatan dari apa yang para penulis sebut sebagai "kudeta pasca-modern".

Sholat jenazah terhadap dirinya akan berlangsung pada hari Selasa depan yang akan diadakan di Masjid Fatih di Istanbul.

Pihak keluarganya mengatakan Erbakan tidak ingin ada "upacara resmi" dalam kematiannya.
Dia pernah dihukum karena memalsukan catatan partai dan dituduh menyembunyikan jutaan cadangan kas pemerintah setelah Partai Kesejahteraan yang ia pimpin ditutup pada tahun 1997.

Setelah lama menghilang dalam dunia perpolitikan Turki, Erbakan pada tahun lalu kembali kepanggung politik dengan mendirikan Partai Kebahagiaan (Saadah Parti). Namun baru beberapa saat berdiri, partainya yang berhaluan Islam tersebut didera konflik internal berkepanjangan sehingga menyebankan beberapa petinggi partai mengundurkan diri.

Erbakan termasuk aktivis gerakan Islam Turki yang memulai bereksperimen untuk mencoba masuk ke pemerintahan dengan mendirikan partai berhaluan Islam. Beberapa kali gerakan politiknya diberangus, dan ia membuat kembali gerakan politik islam lain.(fq/alahram/wb)

latarbelakang

1st time nampak ni saya baca nama dia as Necmeddin..haha..rupa2 nya sebutannya ialah Najmuddin..Like what Ustaz Hasrizal said Turkish ni berhalus dalam setiap segi..Contohnya dia guna nama Mehmet instead of Muhammad.

Erbakan sejarah pendidikannya sangat hebat. PHD pertamanya di Turkiye dalam bidang chemical engineering..Dia juga anak Turkiye pertama yang berjaya mendapatkan title PHD Doc dalam bidang thermodynamics di Universiti Teknikal Rhenish-Westphalia, Aachen, Jerman.

Big clap..Erbakan pernah menjadi saintis dgn syarikat pembuat kereta kebal tentera iaitu Leopard di Jerman. Pulang ke Turkiye, dia mendirikan sebuah kilang enjin bermotor iaitu Deutz. Kilang ini merupakan kejayaan terbesar Turkiye dalam membangunkan industri permotoran bertaraf dunia.

Penglibatan Erbakan dalam politik ialah dengan penubuhan Milli Nizam Partisi (MNP) atau National Order Party.

MNP mempunyai dasar yg jelas ttg Islam. MNP memperoleh kemenangan yg besar dalam pilihan raya menunjukkan rakyat Turkiye masih ramai yang mahukan Islam tertegak semula.

Malangnya, gerakan tentera kemudiannya mengambil alih pemerintahan negara. MNP diharamkan dan segala ucapan Erbakan dianggap merbahaya. Erbakan kemudan dipenjarakan. Erbakan kini adalah penasihat kepada Parti Saeedat iaitu kesinambungan kepada Parti Reefah yang diharamkan dulu2..

'Tidak apa jika saya tidak dilahirkan sebagai Melayu'

NONEMenteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak minta untuk dilahirkan sebagai seorang berbangsa Melayu.

Beliau juga berkata adalah secara kebetulan beliau lahir di negara ini.

"Kalau saya (lahir) dari kalangan masyarakat Orang Asli sekalipun tidak apa, asalkan saya Islam dan beriman dengan Allah SWT," katanya.

NONENik Aziz mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta beliau bersyukur dilahirkan sebagai bangsa Melayu yang tentunya beragama Islam.

Dr Mahathir berkata Melayu adalah bangsa yang unik di dunia kerana mengikut Perlembagaan, bangsa Melayu mesti bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adab Melayu dan beragama Islam.

Nik Aziz berkata semua bangsa adalah sama dan tidak ada keistimewaan kepada satu-satu bangsa sebagaimana juga bangsa Arab sendiri kecuali seseorang itu Islam dan beriman kepada Allah SWT.

"Kalau pada bangsa, tentu bapa saudara Nabi Muhammad SAW iaitu Abu Jahal (masuk syurga) tetapi Allah SWT telah menyatakan awal-awal lagi dia (bapa saudara Nabi) adalah ahli Neraka," katanya.
Mengenai Islam yang diperjuangkannya, Nik Aziz berkata ia adalah Islam sederhana yang diletak di tempat yang tinggi dan menentang tindakan melampau yang bertentangan dengan agama.

Bagaimanapun, beliau mengakui agak sukar untuk mengembalikan Islam sebenar sebagaimana air yang mengalir dari hulu sungai tidak sama dengan air di muara.

"Setelah mengalir jauh, pastinya melalui pelbagai rintangan, sampah sarap dan pelbagai kekotoran, untuk minum (air di muara) kena tapis dulu, kita kena rebus (masak) dulu," jelasnya.

- Bernama

Rock kapak pun kena ikut Rasulullah


Ismail Hashim

SHAH ALAM, 27 Feb: Jadilah sebagai sesiapa pun di dunia ini termasuk anggota kumpulan dan peminat rockers, namun setiap orang mestilah ingat bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah contoh ikutan terbaik kepada semua.

Ingatan itu dititipkan oleh Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Riduan Mohd Nor yang bercakap di dalam majlis tazkirah sempena Ijtima' Rockers yang diadakan di pekarangan Stadium Malawati, malam tadi.

Majlis Green Zone itu diadakan sebagai aktiviti sampingan ketika mana peminat Maher Zain yang sempat membeli tiket menikmati dendangannya di dalam stadium, mereka yang datang namun tidak dapat masuk boleh mengikuti hiburan di luar.

Beberapa kumpulan rock telah mengadakan persembahan namun terbaiknya kerana boleh dikatakan setiap lagu dimasukkan unsur ketuhanan dengan lirik puitis dilagukan mereka sama ada secara solo atau berkumpulan.

Berselang seli dengan nyanyian rock itulah, Riduan menjelaskan keperluan semua manusia kembali kepada Allah dan Rasulnya dalam usaha menjayakan kehidupan sebagai Muslim di atas dunia penuh cabaran ini.

"Rabiul Awwal yang kita sambut bukan sahaja merupakan tarikh kelahiran Nabi kita, ia juga adalah bulan kewafatan dan peristiwa hijrah Nabi Muhammad daripada Makkah ke Madinah dalam usaha penegakan sebuah Negara Islam," tegasnya.

Beliau juga menyatakan keperluan menjadikan Nabi sebagai ikutan walaupun mereka berambut panjang atau pendek, berjanggut atau bermisai, suka kumpulan Loudness, Scorpion atau Deep Purple, mereka wajar ingat cintai Nabi adalah wajib.

Sebagai orang muda, jelasnya, boleh mendengar lagu namun mereka hendaklah berikan masa untuk mengkaji bagaimana Nabi mengubah sistem kehidupan jahiliah daripada buruk kepada terlebih baik.

"Sebagai orang muda, kita hendaklah menjadikan kehidupan kita menjadi lebih manfaat, ya kita berhenti sekejap untuk beri laluan kepada adik kita untuk meneruskan persembahan dan kita jumpa lagi selepas ini," jelasnya.

Banyak acara lagi yang diadakan sepanjang sehari program Green Zone ini termasuklah acara pertandingan nyanyian lagu Maher Zain dan sebagainya di mana hadiah kepada pemenang disampaikan sendiri oleh Maher

Jangan palitkan getah pada Ikhwan - TGNA


Islam sederhana, ajaran baru Umno ditemplak Nik Aziz

Mursyidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam blognya, melahirkan rasa terkejutnya apabila membaca kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang membuat tuduhan liar ke atas gerakan Ikhwan Muslimin dan ulama terkenal dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.

Sambil menyifatkan kenyataan perdana menteri itu sebagai “sangat tidak manis”, beliau menasihatkan Najib supaya beristighfar banyak-banyak.

NONE“Saya kira Perdana Menteri Malaysia sudah lupa langit tinggi rendah sewaktu mengeluarkan kenyataan tersebut. Saya khuatir, pemergian ke Turki hanya untuk berguru dengan tokoh sekular Turki yang jasadnya berkubur di situ.

“Sudahlah beberapa minggu lepas, salah seorang bekas perdana menteri Malaysia menulis menyerang saya dengan melabelkan Kamal Attarturk sebagai tokoh yang banyak berjasa kepada Islam, hari ini perdana menteri pula menziarahi pusara Kamal Attarturk dan meletakkan kalungan bunga di situ, satu amalan yang telah difatwakan haram di Malaysia.

“Barangkali itulah Islam sederhana, ajaran baru Umno,” tulis Nik Aziz.

NONEBeliau mengulas laporan berita dalam laman web National Review Online di mana Najib dilaporkan mengeluarkan kenyataan bernada kesal dengan keterlibatan Ikhwanul Muslimin dengan protes mendesak pengunduran Hosni Mubarak di Mesir yang berunsur keganasan dan melampau (violence and extremism).
Bukan Islam

Selain itu, pada ucapannya di Istanbul baru-baru, Najib juga dilaporkan menggambarkan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi selaku seorang yang menyokong keganasan.

Sehubungan itu,Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan mengingatkan bahawa “tiada Islam sederhana, Islam melampau atau Islam kedai kopi. Semuanya Islam yang datang dari Rasulullah SAW. Setiap yang berbeza, itu bukannya Islam.”

Syeikh Dr Yusuf Al-QardhawiSecara panjang lebar, Nik Aziz kemudiannya menyoal neraca mana nama ganas itu mahu ditampal dan mempersoalkan sama ada setiap perbuatan menuntut hak setelah dinafikan itu didakwa sebagai ganas.

“Dalam Islam, neraca yang paling tepat ialah sunnah Rasulullah SAW dan bukan neraca Hillary Clinton. Baginda dan para sahabat telah berada di bumi tempat tumpah darah: Makkah al-Mukarramah selama 13 tahun, selama tempoh itulah umat Islam di Madinah dizalimi, dinafikan hak mereka bahkan pernah dipulau selama tiga tahun di Syi'ib Ali.
Bersedia jadi pengganas!

“Mereka tidak dibenarkan berjual beli dengan sesiapa, salam mereka tidak berjawab, sapa mereka tidak berbalas. Mereka ditekan dengan pelbagai tekanan namun tidak sekalipun mereka melawan kerana belum menadapat keizinan daripada Allah SWT.

NONE“Hanya di Madinah, barulah Allah SWT memerintahkan agar umat Islam berperang membela diri dan menjaga maruah.

Jelas Nik Aziz lagi, di Madinah, umat Islam akhirnya dibenarkan melawan dan mengangkat pedang memerangi kezaliman ke atas mereka.

“Tiga belas tahun mereka bersabar di Mekah, namun kesabaran manusia ada hadnya. Jika binatang sekecil kucing pun boleh melawan jika ditindas, apatah lagi makhluk yang berakal seperti manusia?

“Adakah Rasulullah SAW dan para sahabat itu ganas? Suka saya nyatakan, jika Rasulullah SAW itu disifatkan ganas, maka semua muslim seharusnya bersedia untuk menjadi pengganas!”

NONEMenurut Nik Aziz, Hosni Mubarak telah menzalimi rakyat Mesir selama 30 tahun dan bila pilihan raya diadakan pula, diktator itu akan mendapat kemenangan hampir 99.99 peratus.

“Adakah menjatuhkan pemimpin seperti ini dianggap sebagai ganas? Janganlah pula membuat tuduhan bahawa Ikhawanul Muslimin yang terlibat sedangkan apa yang jelas berlaku di Mesir ialah kebangkitan rakyat.

Palitkan getah kepada Ikhwan

“Tidakkah Perdana Menteri Malaysia mengetahui bahawa mereka yang terlibat dengan protes ini terdiri daripada segenap lapisan rakyat Mesir. Muslim, Kristian, kelas bawahan, menengah bahkan atasan sekalipun berdiri satu barisan menuntut pengunduran Mubarak. Isunya ialah penyelewengan, penindasan dan kezaliman rejim Hosni Mubarak, jangan pula getahnya dipalitkan kepada Ikhwan!”

NONEMenurut Nik Aziz, Islam tidak mengajar umatnya untuk melakukan keganasan, tetapi Islam tidak pula membenarkan umatnya menghina diri dan merelakan perlakuan zalim ke atas diri mereka.

“Peliknya, ketika Hosni Mubarak menzalimi rakyatnya sendiri, mulut-mulut ini diam seribu bahasa, apabila rakyat Mesir bertindak menuntut hak, mereka pula dilabelkan sebagai ganas.

“Demikianlah juga ketika Iraq dan Afghanistan dihancurkan oleh Amerika Syarikat, mana perginya perkataan ganas itu? Begitu juga dengan tindakan PBB membelah bahagikan bumi Palestin demi kepentingan Israel, PBB dan Israel tidak dilabelkan ganas.
Neraca senget

Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi“Apabila rakyat Palestin bertindak walaupun hanya dengan melontar batu, mereka sudah dianggap ganas! Alangkah sengetnya neraca yang mereka gunakan,” kata Nik Aziz.

Menurut Nik Aziz, Al-Qaradawi adalah ulama berjasa yang pernah dipenjarakan ketika perdana menteri Malaysia hari ini belum lagi lahir ke dunia.

Katanya, beliau telah mengarang puluhan kitab dalam pelbagai disiplin ilmu dan pemikirannya dijadikan kajian oleh ratusan sarjana di seluruh dunia bahkan kerajaan Malaysia sendiri menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada beliau.

najib egypt democracy crisis“Istighfarlah banyak-banyak. Ingatlah kepada Allah SWT sebelum melabelkan ulama yang mulia dengan tuduhan seperti itu.

“Harapan saya Perdana Menteri sekarang tidak berguru dengan salah seorang bekas perdana menteri yang semakin mengarut kenyataannya. Saya simpati dengan bekas perdana menteri itu,” akhiri tulisan Nik Aziz itu

Ahad, 27 Februari 2011

Bakal ditembak atau nak tembak diri sendiri?

Ternow: Gaddafi nak Bunuh Diri ...?



1. Wakil Libya ke UN mencadangkan supaya semua gambar Gaddafi diturunkan di seluruh ruang UN.

2. Sebahagian besar tentera pengawal Gaddafi, keluarga dan kepentingan mereka telah berpaling tadah dan menyokong penunjuk perasaan.

3. Kelihatan ramai tentera upahan di lapangan terbang Tripoli. Jumlah mereka di seluruh Libya dianggarkan melebihi 30,000 orang.

4. Menurut beberapa pengawal yang berpaling tadah, Gaddafi kelihatan sedang mengumpul beberapa jenis pistol. Mungkin nak pilih yang tercanggih untuk bunuh diri dan boleh jadi nak bunuh semua gundik atau keluarganya sendiri.

Tak Percaya : Ini Ijazah Al-Azhar Saya..





3.jpg (300×200) 2.jpg (300×229)

TEMERLOH, 26 Feb -- BUKTI...Inilah ijazah daripada Universiti Al Azhar yang diterima oleh calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dun Kerdau Syed Ibrahim Syed Ahmad yang digembar-gemburkan oleh pihak pembangkang yang mendakwa beliau menipu kononnya mempunyai ijazah dari universiti itu. Syed Ibrahim akan ditentang oleh calon Pas Hasanuddin Salim.

Sumber : Bernama


Tolong la percaya...korang ni. Dah kesian dah aku tengok Ustaz ni, siap korek Ijazah dari fail. Kalau ada yang tuduh dia kahwin dekat siam.... mau aku ingat dia keluar sijil nikah dia, siap bawak saksi-saksi nikah sekali.
Tapi yang hairannya...siapa yang persoalkan Ijazah dia??? Hmm.

Berita beli sijil keluar dari Bernama.

Demo Hindraf : Lebih 300 Sudah Ditangkap




KUALA LUMPUR 27 FEB : Lebih 300 peserta perhimpunan aman anjuran Parti Hak Asasi dan sekutunya Hindraf ditahan polis di sekitar Kuala Lumpur termasuk pemimpinnya P Uthayakumar yang ditangkap seawal pagi tadi ketika beliau hendak keluar ke kawasan protes.

Dalam perkembangan terbaru, setakat jam 11 pagi tadi para peserta perhimpunan berkumpul di Kuil Kottei Mallai di Pudu untuk meneruskan bantahan. Menurut wakil HRP Y.Mohan lebih 1,000 masyarakat India turun menyertai perhimpunan ini namun lebih 300 orang telah ditahan. Penasihat HRP M Ganeson kecewa dengan tindakan polìs dan mahu mereka yang ditangkap dibebaskan segera.

Uthayakumar, yang sebelum ini telah berkali-kali ditahan sebagai pemimpin kumpulan yang diharamkan, Hindraf juga pernah merengkok selama dua tahun mengikut Akta Keselamatan Dalam Negara, (ISA). Kali ini, dia ditangkap di pangsapurinya di Pantai Hillpark pada jam 8 pagi.

"Dia digari dan dibawa ke dalam sebuah van putih," kata adik kepada Uthayakumar, - Waythamoorthy dari London menerusi satu mesej SMS kepada Malaysiakini.

Menurut ketua penerangan HRP, S Jayathas, - Uthayakumar telah dibawa ke ibu pejabat daerah polis Pudu untuk disoal-siasat.

Adalah difahamkan perarakan itu sepatutnya bermula dari Hotel Renaissance, yang terletak kira-kira satu kilometer dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Undi Melayu beralih pada Pakatan jika media bebas


Wan Nordin- Harakah

TEMERLOH, 26 Feb: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, perubahan undi Melayu kepada Pakatan Rakyat khasnya PAS hanya akan berlaku apabila orang Melayu mendapat maklumat yang tepat daripada media yang bebas.

Beliau berkata, malangnya hari ini media berbahasa Melayu tidak mendidik masyarakat Melayu mendapat maklumat yang seimbang dan bebas.

Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian semasa ditemui wartawan di Pusat Penamaan Calon bagi Pilihan raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau di Dewan Majlis Perbandaran Temerloh, di sini sebentar tadi.

Presiden PAS itu seterusnya menambah, media arus perdana berbahasa Melayu terus menjadi alat kepada Umno BN untuk memperbodohkan masyarakat Melayu agar terus menyokong Umno BN.

Disebabkan tiada maklumat yang tepat, katanya masyarakat Melayu masih terus menyokong Umno BN.

“Berbeza dengan media berbahasa Cina, mereka mendidik rakyatnya untuk bijak menilai. Media berbahasa Melayu pula masih tertutup, tidak bebas dan diperalat Umno BN untuk kekal berkuasa,” katanya.

Dalam masa yang sama, sokongan bukan Melayu kepada PAS terutamanya kaum Cina hari ini semakin meningkat, ujarnya lagi.

Beliau menuntut agar media di negara ini khasnya berbahasa Melayu bebas dan tidak lagi diperalatkan untuk kepentingan politik Umno BN.

Dalam pada itu, beliau turut menuntut Umno BN tidak terus memperalatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengekalkan kuasa.

SPR seharusnya menjadi sebuah badan yang bebas yang melayan pelanggannya (parti-parti politik yang menyertai pilihan raya) dengan telus dan adil, katanya.

Beliau menambah, jika SPR sendiri berpihak, dan media pula menjadi semakin tidak bebas, proses demokrasi di negara ini akan semakin tempang.

Turut bersama semasa menunggu proses penyerahan borang pencalonan tadi ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, Balasubramaniam.

Raja Brooke di Sarawak lebih kaya dari Sultan Brunei!!!



Clare Rewcastle Brown, adik ipar pada bekas Piem United Kingdom mendakwa KM Sarawak, si Taib Mahmud tu adalah antara orang terkaya di dunia malah melebihi kekayaan Sultan Brunei.

Ini bukan kecik anak punya dakwaan nih, SPRM tak boleh dok peluk tubuh lagi dan tengok rakyat Sarawak yang rata ratanya miskin, papa kedana tapi pemimpin mereka kaya meliana.

Clare, pengendali laman web Sarawak Report dan stesen radio bebas – Radio Free Sarawak, berkata demikian dalam artikel yang diterbitkan London Evening Standard pada 22 Februari lalu. Siasatannya mendapati sebahagian harta kekayaan Taib terdapat di London melibatkan perusahaan hotel di tengah-tengah bandar ini. Mengikut artikel itu, beliau turut membongkar harta kekayaan Taib melibatkan Kanada, Amerika Syarikat dan United Kingdom yang diperoleh hasil penjualan kawasan hutan di Sarawak melalui British Virgin Islands.

Dipetik artikel sama, Clare dilapor berkata, Sarawak yang dikelilingi 95 peratus hutan hujan dengan aktiviti pembalakan dan dipenuhi ladang kelapa sawit, sebenarnya mengkayakan Taib selama 30 tahun berkuasa di negeri itu.

Kira-kira 2.5 juta penduduk Sarawak selama ini ditindas Taib. Rakyat inginkan perubahan dalam pilihan raya akan datang, tetapi akibat amalan rasuah menjadikan beliau semakin kaya. Mengikut artikel itu, Clare dan rakannya, Peter John Jaban, seorang Dayak Sarawak mengendalikan siaran Radio Free Sarawak walaupun bimbang akan keselamatan mereka selepas Sarawak Report menerima ancaman bunuh.

Apatah lagi, artikel berkenaan turut menyatakan, seorang bekas pekerja Taib yang didakwa mendedahkan maklumat, dijumpai mati Oktober lalu dan kes itu masih dalam siasatan polis.- RM

Jabatan kawal masjid untuk BN


'Jabatan agama ambil alih semua masjid di Kerdau'


Sejurus selepas mulanya tempoh rasmi berkempen, calon PAS Hassanuddin Salim mendakwa Jabatan Agama Islam Pahang kini mengambil alih secara sementara semua 22 masjid di DUN Kerdau.

NONEDakwanya, tindakan itu akan memberikan kelebihan kepada lawannya Syed Ibrahim Syed Ahmad daripada BN yang mudah berkempen di rumah ibadat tersebut dan tidak memberikan peluang sama rata kepadanya.

"Kita tidak marah dia hendak kawal semua. Tetapi saya menyeru kepada kerajaan supaya memberika peluang sama rata kepada kita supaya rakyat dapat menilai (hujah masing-masing)," katanya.

Berceramah pertama kali sebagai calon yang disahkan bertanding oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam, Hassanuddin berkata, jika dibandingkan dengan calon BN yang berlatarbelakangkan pengajian Islam, beliau yang didik dalam parti Islam juga tidak kurang pengetahuan agamanya.

NONE"Kalau setakat berkhutbah dan memberikan tazkirah itu, selepas didik dalam parti Islam (PAS), saya rasa saya juga mampu. Saya menyeru, berilah supaya rakyat dapat menilai (kedua-dua calon)," katanya di hadapan kira-kira 100 penyokong PAS dalam ceramah dan perlancaran Buku Jingga Pakatan Rakyat di DUN Kerdau.

Turut sama dalam majlis itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan naib presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta pemimpin penting Pakatan Rakyat lain, termasuk Naib Presiden PKR Fuziah Salleh dan pengarah strategik parti itu Rafizi Ramli.

NONEHassanudin juga menyeru penyokong parti itu bekerja bersungguh-sungguh memenangkan wakil PAS supaya ia memberika isyarat kesediaan mereka merampas teraju pemerintahan Pahang dan negara ini daripada BN.

"Kemenangan di Kerdau ini juga penting untuk kita tunjukkan pelaksanaan dalam Buku Jingga," katanya sambil mengingatkan kebangkitan rakyat di Timur Tengah seperti di Tunisia dan Mesir.

Dalam pilihan raya kecil pada 6 Mac ini, Hassanuddin menggalas tugas berat untuk menewaskan Syed Ibrahim yang juga penasihat agama kepada menteri besar Pahang dan seorang yang berpendidikan agama daripada Universiti Al-Azhar - pusat pengajian paling berpengaruh dalam dunia Islam.
-malaysiakini-

Lima pemimpin PKR dipujuk lompat parti



PETALING JAYA – PKR mendakwa lima pemimpin cabang parti itu di Pahang dipujuk untuk 'lompat' menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.

Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail berkata, selain diri mereka, pemimpin berkenaan turut dipujuk untuk membawa bersama kira-kira 500 penyokong.

"Selain wang, mereka turut dijanjikan projek jika membuat pengisytiharan seperti yang dikehendaki," katanya.

Sehubungan itu, kata Saifuddin, pihaknya memberi amaran kepada pemimpin cabang di seluruh negara supaya jangan ambil rasuah yang didakwanya berleluasa pada setiap PRK.

“Jika gejala ini tidak dibendung, dikhuatiri ia akan menjadi asam garam politik Malaysia dan lebih menyedihkan, akan diterima rakyat,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, pada sidang media di sini, kelmarin.

Saifuddin berkata, pimpinan PKR tidak akan teragak-agak menggantung keahlian mana-mana ahli yang terbukti menerima rasuah sebegini, serta-merta.

“PKR sedang mengumpul bukti dan akan mendedahkannya dengan dokumen lengkap,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, pihak tidak bertanggungjawab mengubah taktik dengan memberi rasuah kepada pimpinan bawahan PKR kerana mereka tidak lagi berjaya memujuk pemimpin atasan.

Menurutnya, sebelum ini, memang terdapat banyak insiden rasuah seperti ini sehingga ramai pemimpin PKR sanggup bertindak keluar parti, sekali gus memberi imej tidak baik dan memudahkan lagi lawan menyerang.

“Tindakan ini amat kotor. Mereka sanggup lakukan apa sahaja, termasuk memberi rasuah, demi mencapai matlamat mereka,” katanya.

Ditanya siapa pemimpin PKR yang terlibat, beliau enggan menamakan mereka, tetapi berkata, selain lima kes di Pahang, terdapat satu kes di Melaka dan satu di Kuala Lumpur.

“Kita menolak sekeras-kerasnya cubaan jijik seperti ini. Kita akan dedahkan kepada umum siapa dalang di sebaliknya,” katanya.

SH

Sabtu, 26 Februari 2011

Asyik2 perjanjian sulit, mana telusnya kerajaan?


Mahkamah: Perjanjian SYABAS kekal sulit-mkini

Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang membenarkan responden mendapat akses kepada dokumen sulit berhubung perjanjian konsesi air dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).

Sekaligus, keputusan majoriti Mahkamah Rayuan itu menetapkan supaya dokumen berkenaan tidak didedahkan.

Dokumen berkenaan melibatkan perjanjian konsesi air dengan SYABAS dan juga satu laporan audit yang menjustifikasi kenaikan tarif air oleh syarikat itu.

Panel rayuan itu dipengerusikan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Zaleha Zahari. Dua lagi hakim yang menganggotai panel itu ialah Datuk Seri Abu Samah Nordin dan Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus.

Ahli parlimen Klang Charles Santiago yang menghadiri prosiding itu berkata, kedua-dua Zaleha dan Abu Samah menerima rayuan oleh kerajaan Malaysia dan berpendirian bahawa responden berkenaan tidak mempunyai lokus standi dalam kes itu.

Bagaimanapun, Mohd Hishamudin dalam keputusannya berpandangan bahawa responden berkenaan berhak diberikan akses kepada dokumen berkenaan kerana kerajaan patut bertanggungjawab ke atas urus tadbir yang baik, kata Santiago lagi.

Santiago juga berkata, Hishamudin turut menekankan bahawa kerajaan juga perlu bertanggungjawab memandangkan peningkatan dalam tarif air akan membebankan rakyat.

Keputusan itu dibuat ke atas rayuan oleh menteri dan kerajaan Malaysia ke atas satu semakan kehakiman oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Jun, 2008.

Keputusan Mahkamah Tinggi itu membenarkan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia dan 13 individu lain mengakses dokumen berkenaan.

Kapitalis meguasai Ghadafi

Gaddafi dikendalikan oleh Juventus dan FIAT bank-bank Eropah dan syarikat gergasi Rusia

Libya disahkan mempunyai simpanan minyak terbesar di Afrika.

Barang dan barang bernilai 27.3 bilion dieksport ke Libya pada tahun 2010 di Kesatuan Eropah.

Libya lubuk minyak di bumi adalah salah satu ahli penting dalam OPEC.

Lagi emas hitam menjadi isu selain dari kebangkitan rakyat Libya terhadap pemimpin mereka

Alasannya adalah satu, pengeluaran Libya telah menurun 1.2 juta barel per hari atau 75% dari jumlah keseluruhan pengeluaran.


Kesan Pertama Eropah apabila kehabisan bekalan petroleum di Itali kerana Libya menyediakan 25% dari bekalan.

Namun Gaddafi dirinya melalui syarikat yang dikendalikan secara peribadi akan cuba memulihkan ekonomi mengikut telunjuk pelabur Barat.

Dengan petrodollar melakukan pelaburan besar di beberapa syarikat, termasuk gergasi Eropah melalui dana pelaburan negara yang menguruskan lebih daripada 70 bilion dolar secara total.

Tetapi kebimbangan besar kerana dana itu kini dikendalikan pihak lain. Dana pelaburan dengan nama Libya Investment Authority, yang menurut Wikileaks telah dipindahkan ke bank-bank AS, blisteringly sebanyak 500 juta dolar untuk mengelolanya.

Sila baca rangkaian pelaburan Libya untuk melihat mengapa barat berdiam diri terhadap Gaddafi bahkan terasa kesan selsema akibat dari krisis anti gadaffi..

Pihak Berkuasa Pelaburan Libya mempunyai:

7,5% daripada pasukan bola sepak Juventus
2% di Fiat
2,6% dari UniCredit bank Itali
2,01% dari Finmeccanica Pertahanan Itali
3% dari penerbitan Inggeris Pearson
13% Pelaburan Zara Holding Jordan
5% dari pembinaan Emlak Turki Konut
1% pada raksasa aluminium Russia Rusal
saham di syarikat bahan bangunan Austria Wienerberger.

Bukti dari semua ini adalah malam terakhir dengan khabar yang beredar bahwa jika Ghadafi mati ditembak eropah akan kehilangan keuntungan akan tetapi ianya kemudian dikuasai New York.

Libya bakal terbelah dua?

ibu jari

Dalam kedua belah Libya (Pecah dan perintah) ...

Maklumat dari Libya minimum. Namun, beberapa berita dan data - yang sudah menggariskan jalan untuk mengikuti perkembangan.

Gambaran umum yang datang dari Libya adalah bahawa negara telah dipecahkan. Bahagian barat (Tripoli) yang dikendalikan oleh rejim Gaddafi. Timur (Benghazi) dari para pejuang rakyat.

Antara dua bandar yang berasingan sejauh 500 batu gurun. Hal ini dapat memudahkan pembahagian negara, yang berpuak, berbangsa dan berkabilah implikasi dari sejarah.

petroleum

Hal lain yang harus dicatat bahwa kekayaan tenaga negara terletak di kawasan-kawasan yang dikuasai anti Ghadafi.

Berita yang perlu diambil peduli :

Membuka perbincangan untuk pembebasan-zon terbang ada di Libya wilayah udara (kita semua tahu apa yang terjadi ketika mereka mencipta zon seperti di Yugoslavia dan Iraq ...).

Peranan bank Switzerland bagi membekukan aset Gaddafi dan keluarganya.

Ada khabar mengatakan bahawa Gaddafi adalah dalam memiliki senjata pemusnah besar-besaran.

Senjata ini belayar di dalam kapal dari negara-negara NATO (Amerika Syarikat, Itali, Perancis, Jerman, Greek).

Semua ini menunjukkan bahawa Gaddafi sedang membilang hari. Sampai bila beliau boleh bertahan.

Ini adalah khas dari laporan terkini daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (2011/8/2) pada prestasi pemerintahannya ...

Lalu, bagaimana yang sekarang kita tahu, Gaddafi akan berhenti "bermain" dengan alasan ladang minyak Libya. kerana "permainan", itu jatuh ke tangan yang orang lain

Firaun Libya zalim, kejam


Unit tentera dan militia yang setia kepada pemimpin Libya Muammar Gaddafi mengecam sebuah masjid dengan peluru berpandu anti-pesawat dan senjata automatik, Khamis, sasaran pengunjuk rasa yang telah bersembunyi di dalam. Serangan, yang berlaku hanya 30 batu dari Tripoli, datang sebagai Gaddafi mendapati dirinya semakin tersepit oleh pasukan antiregime dan terpencil secara antarabangsa untuk usaha brutal untuk tetap berkuasa.

Para pengunjuk rasa di dalam masjid "menderita korban berat," walaupun anggaran untuk nombor dibunuh tidak terdapat dari saksi-saksi, laporan Associated Press.

Serangan itu dilaporkan dilakukan oleh legion tentera bayaran dan pasukan keselamatan peribadi Gaddafi. The New York Times menggambarkan brigade tentera bayaran pertempuran dengan Gaddafi semakin terpencil, yang mungkin bahkan telah ditinggalkan oleh sebahagian daripada angkatan bersenjata Libya pada masa ini.

"Tidak percaya bahkan jeneral sendiri, Kolonel Gaddafi telah bertahun-tahun diam-diam membina gaya kejam dan setia itu terdiri dari brigade khusus yang dipimpin oleh anak-anaknya,. Segmen tentera setia kepada suku asli dan sekutu-sekutunya, dan legion tentera bayaran Afrika ia telah membantu melatih dan melengkapkan Banyak yang diyakini telah berjuang di tempat lain, di tempat-tempat seperti Sudan,. tapi dia sekarang disebut mereka kembali, "dilaporkan New York Times.

"Saksi mata mengatakan pada hari Rabu bahawa ribuan anggota pasukan ini tidak teratur adalah massa di jalan-jalan ke ibukota, Tripoli, di mana seorang warga menggambarkan adegan menggugah Somalia Anarkis: cluster berat lelaki bersenjata dengan seragam berpadanan menggenggam senapang mesin dan bersedia untuk melaksanakan perintah untuk membunuh Libya bahawa polis yang lain dan unit tentera, dan bahkan pilot pesawat pejuang, menolak. "

BERKAITAN: Bagaimana mutlak adalah kekuasaan Gaddafi's? 4 kunci soalan.

Walaupun penguat seperti, Gaddafi telah kehilangan kawalan ke atas banyak Libya timur dan pemberontak hari ini mengambil alih Misrata, bandar ketiga terbesar Libya dan hanya 120 batu dari ibu kota. panik Gaddafi's, usaha kekerasan untuk mencegah bertumbuh pemberontak lebih lanjut mengenai daerah-daerah yang masih dibawah kawalan dia telah ditarik kecaman dari AS, Eropah, dan Kesatuan Afrika.

Tak ada tempat untuk Firaun dan kerabatnya!

Malta tolak jet Aisha Gadhafi & Lebanon pula larang jet Hannibal Gadhafi mendarat


Malta telah menolak pendaratan sebuah kapalterbang dari Libya Airlines yg dikatakan membawa Puteri Aisya Gaddafi pada 23/2 kelmarin. Pesawat itu berputar putar selama 20 minit diruang udara Bandar antarabangsa Malta sebelum kembali semula ke Libya sepertimana lapuran dari Reuters.

Manakala itu beberapa pemimpin dunia mula mengutuk kekejaman Gaddafi dan termasuklah Presiden Peranchis Nicolas Sarkozy, Presiden Peru serta Chancellor German Angela Merkel menyeru mengenakan tindakan terhadap Libya kerana membunuh rakyat sendiri.

Sementara itu kerajaan Lebanon pula juga telah menolak dari memberi keizinan kepada sebuah pesawat peribadi putera Muammar Gaddafi mendarat dilapangan Negara itu. Kapalterbang itu membawa isteri Hannibal Gaddafi untuk kembali ke nagara asal nya Lebanon. Difahamkan beberapa orang anggota keluarga Gaddafi turut bersama dalam pesawat itu.

Beirut menolak hasrat Tripoli itu kerana pihak berkuasa nya takmahu menyatakan butir butir terperinci berkenaan dengan penumpang dan barangan yg dibawa pesawat itu. "Lebanon menolak permintaan tersebut," kata pejabat itu tanpa memberikan penjelasan lanjut.

Keluarga Gaddafi tidak dialu alukan untuk ke Lebanon setelah kes hilangnya secara misteri ulama terkemuka Syiah Imam Mousa al-Sadr. Pada tahun 2008, pemerintah Beirut mengeluarkan surat perintah penangkapan untuk Gaddafi atas hilangnya Sadr. - sentiasa


Bulu dan tuala vs kebangkitan rakyat


Ketika Malaysia sibuk dengan air mani Mr. Y, bulu dan tuala Good Morning, dunia Arab sedang menyaksikan kebangkitan. Rakyat bersatu dan mengharap sinar baharu menyinari tanah air yang tercinta. Angin yang bertiup telah membawa khabar gembira untuk mereka.

Dari Sahara yang kontang, mula bercambah benih-benih demokrasi yang dibajai semangat, keberanian dan kesanggupan untuk berubah. Ketika dunia Arab menyaksikan perubahan mentaliti dan fizikal yang hebat, Malaysia masih jauh ketinggalan dan sibuk dengan urusan liwat dan dubur Saiful yang katanya tidak dicuci selama tiga hari!

"Revolusi tidak pernah gagal kerana tidak ada revolusi yang menghancurkan negara. Negara hancur hanya apabila rakyat hilang kesanggupan untuk memastikan ia ditadbir dengan baik melalui prinsip kebebasan dan keadilan," Mantan Mejar Jeneral tentera Filipina, Jose T. Almonte. Kata-kata ini saya petik dari tulisan Amin Ahmad dalam JalanTelawi.com. Secara peribadi saya berpendapat bahawa revolusi di Timur Tengah ini sangat menggusarkan kerajaan pimpinan Najib Razak disebabkan kepemimpinan beliau langsung tidak mencerminkan integriti dan akauntabiliti. Pembaziran berlaku sewenangnya dan Malaysia tidak ditadbir dengan baik.

Lihat sahajalah bagaimana manusia yang terpalit dengan najis rasuah seperti Isa Samad boleh dilantik sebagai Pengerusi FELDA manakala pendedahan kekayaan Taib Mahmud dan keluarganya tidak mendapat respon SPRM seperti yang sepatutnya. Adakah Najib terfikir bahawa hati rakyat Malaysia masih lunak dengan pengukuhan nilai ringgit kemudian menyuapkan lagi peruntukan-peruntukan tertentu dalam Belanjawan 2011 yang lalu? Peruntukan RM114 juta kepada pembangunan infrastruktur di Kelantan misalnya dilihat cuma gula-gula politik. Akhirnya yang untung adalah kroni yang mendapat projek.

Telahan Anwar Ibrahim bahawa revolusi di Tunisia sebagai keping domino pertama telah dan sedang menjadi kenyataan. Kebangkitan hampir menyeluruh rakyat di negara-negara Arab pada saat ini seperti sudah tidak tertahankan lagi. Kebejatan pemimpin sudah mencapai klimaksnya. Mereka telah lama berada dalam cengkaman pemerintah yang zalim dan bersifat otoritarian. Dari pengamatan yang dibuat, isunya tetap sama; salah guna kuasa, kemiskinan, penggangguran, sekatan hak bersuara, penyelewengan harta negara, kronisme dan pencabulan hak asasi manusia. Soalan saya, apakah isu-isu tersebut begitu asing dengan Malaysia?

Selesainya urusan terpenting: Kejayaan Revolusi!

Sekali imbas, dunia boleh mengatakan urusan "terpenting" rakyat di Tunisia dan Mesir telah hampir selesai. Kemenangan kebangkitan rakyat di Tunisia dan Mesir semestinya memberi solidariti moral dan motivasi kepada tempat-tempat lain. Kini, Bahrain yang pernah menjadi taklukan Empayar Parsi dan pernah berada di bawah jajahan British pula menyaksikan bagaimana rakyat sedang bangkit untuk menggulingkan pentadbiran monarki keluarga al-Khalifa. Jabal ad-Duklan bakal menjadi saksi kebangkitan rakyat Bahrain! Benar kata pujangga Melayu; Raja adil raja disembah, Raja zalim raja disanggah.

Begitu juga apa yang berlaku di Libya. Bumi Umar Mokhtar ini telah menyaksikan lebih 400 rakyat Libya menjadi syahid atas keberahian Muamar Ghadafi yang telah memegang tampuk pemerintahan lebih empat dekad lamanya. Rakyat Libya diugut sedemikian rupa dan menjanjikan maut untuk penentangnya. Semua ini merupakan sebuah fenomena yang dahsyat dan menakutkan sesetengah pihak. Menurut Anwar dalam tulisannya di Wall Street Journal bertarikh 26 Januari 2011; apa yang berlaku di Tunisia merupakan fajar baru bagi demokrasi di dunia Arab dan Islam.

Melihat perkembangan di Tripoli. Ghaddafi berucap penuh emosi sambil melaungkan sentimen patrotisme, penuh ego dan dilihat desperado. Beliau meletakkan penentang beliau sebagai pengkhianat negara manakala anaknya Saif al-Islam menuduh protes besar-besaran ini berpunca dari pihak asing untuk menjatuhkan pemerintahan Islam. Saif juga mengancam untuk memerangi penentang sehingga peluru yang terakhir!

Di sini kita dapat melihat hikmah terbesar kebangkitan yang berlangsung di dunia Arab. Semakin lama sesebuah kerajaan itu memerintah, semakin banyak penyelewengan dan penindasan berlaku terhadap rakyat dan negara. Akhirnya, rejim tersebut dijatuhkan oleh tangan-tangan rakyatnya sendiri. Semakin rakyat ditekan dan ditakut-takutkan, semakin mereka bangkit menuntut pembebasan! Saya ingin bersoal, apakah BN mengambil pengajaran dari situasi ini? Apakah BN masih tidak sedar bahawa semakin lama mereka memerintah, harta negara semakin dikikis, salah guna kuasa semakin berleluasa, integriti terhakis, malah kebebasan bersuara juga dirasakan semakin sempit?

Penyelewengan nilai dan makna patriotisme

Saya tertarik dengan apa yang telah diucapkan Ghadafi dan anaknya Saif. Kata-kata sebegini seperti selalu sahaja kita dengari. Lihatlah apa yang telah dilakukan oleh Barisan Nasional. UMNO sebagai tulang belakang BN sering sahaja menuduh Anwar Ibrahim dan PKR sebagai pengkhianat negara dan agen asing. PAS pula dicop sebagai pemecah belah "orang Melayu" dan Islam, manakala DAP dianggap sebagai golongan yang memusuhi Islam - Perjuangan parti-parti ini harus ditolak kerana ia berbahaya dan akan memporak-perandakan negara. "Teks" yang diulang saban waktu dan ketika ini adalah 100% tidakpun 99% sama seperti apa yang telah diucapkan oleh Ghaddafi.

Dalam konteks Malaysia, makna dan nilai patriotisme telah diseleweng dan disempitkan. Patriotisme telah dimaknakan seolah-olah mencintai tanah air itu dengan mencintai pemimpin, mencintai parti, mencintai kaum masing-masing. Maka, minda rakyat sedikit sebanyak telah menyimpang dari semangat dan makna patriotisme sebenar. Sepatutnya patriotisme sebenar bermaksud membebaskan tanah air ini dari cengkaman pemerintah yang zalim dan buas. Mengembalikan hak dan maruah negara yang telah lama cacat.

Demokrasi dan Revolusi di Malaysia?

Nilai dan semangat demokrasi telah lama pudar. Lihat sahaja laporan Economist Intelligence Unit yang mencatatkan status Malaysia dalam indeks demokrasi 2010 berada pada tangga ke 71 daripada 167 buah negara berbanding tangga ke 68 tahun 2008. Malaysia telah lama menanti saat baru kebangkitan rakyat. Sama ada melalui pilihanraya mahupun jalan raya, kemenangan rakyat harus difokuskan kepada pembaikan sistem demokrasi dan urus tadbir yang telah lama diperkosa. Kita tidak boleh membiarkan kekayaan negara ini berada dalam kawalan manusia tertentu sahaja. Kekayaan negara adalah hak milik kita yang harus dituntut. Lihat sahaja isu minyak yang semakin naik. Rakyat Malaysia dibebani dengan apa yang mereka ada yang sepatutnya bukan menjadi isu.

Ini merupakan sebuah soalan popular. Akankah Malaysia direvolusikan? Saya pernah bertanyakan soalan ini kepada beberapa orang sahabat saya. Ada yang sinis dan ada yang optimis. Antara lain jawapan mereka ialah tidak mungkin berlaku revolusi di Malaysia kerana rakyat di Malaysia tidak terlalu tertekan seperti di tempat lain. Ada yang berkata mungkin boleh; mungkin tidak kerana rakyat Malaysia telah dipecahkan dengan beberapa kumpulan kaum dan kelas manakala ada pula yang optimis bahawa rakyat akan turun ke jalan raya; cuma menunggu masa. Sambil berlawak beliau berkata, "Orang Melayu khususnya telah lama diArabkan...sedikit masa lagi negara ini akan jadi negara Arab! Revolusi akan bermula di Ain Arabia Bukit Bintang!" Ujarnya tersengih. Apapun pendapat yang dilontarkan, kita boleh simpulkan bahawa revolusi adalah tekad dan kesungguhan, keberanian dan kesanggupan untuk berubah.

Semangat Dataran Tinanmen dan Mahasiswa Malaysia

Kebangkitan mahasiswa memberi makna besar bagi sesebuah negara. Kebangkitan mahasiswa bererti mungkin atau telah berlaku sebuah anjakan mahupun revolusi minda. Minda yang telah direvolusikan beerti pencerahan, pemahaman dan pengukuhan nilai telah berlangsung.

Mari kita imbau kembali apa yang telah pada April 1989. Dataran Tiananmen di Beijing menyaksikan kebangkitan lebih 100,000 mahasiswa dan golongan intelektual bersama rakyat menuntut pembaharuan demokrasi di China. Kebangkitan ini tercetus akibat kematian Hu Yaobang; Setiausaha Agung Parti Komunis China ketika itu yang dikenali sebagai susuk yang menyokong reformasi politik dan ekonomi China. Mereka berhimpun secara aman di dataran tersebut selama hampir tujuh minggu sehinggalah tragedi berdarah berlaku. Sehingga saat ini, tiada angka kematian rasmi yang dicatatkan dan dipercayai ribuan demonstran telah terbunuh. Saya terkesan dengan keberanian mereka. Ternyata perjuangan mereka ini sedikit sebanyak membuka lembaran baru dalam liberalisasi politik dan ekonomi di China.

Apabila pintu bangunan pejabat TNC UPM pecah dirempuh pelajar; ia membawa erti yang sangat besar kepada gerakan mahasiswa keseluruhannya. Tekanan yang diberikan pentadbiran universiti bukan semata-mata bersifat mental malah fizikal. Titisan darah yang mengalir adalah saksi kezaliman pentadbiran universiti dalam mengekalkan monopoli kekuasaan mereka. Gerakan pelajar dilihat sebagai gerakan pembangkang yang harus disekat manakala gerakan pelajar Pro Aspirasi pula dilihat sebagai memenuhi tuntutan pentadbiran? Ini merupakan pencabulan asasi kepada mahasiswa. Ke manakah hilangnya kewarasan dan kebijakan pentadbiran universiti? Mungkinkah juga berada dalam seluar dalam Saiful Bukhari Azlan?

Rakyat perlu berbangga dalam kejayaan besar gerakan Pro Mahasiswa memenangi pilihanraya kampus di universiti-universiti utama. Kemenangan ini merupakan gelombang awal saat-saat kebangkitan rakyat. Kita belum lagi menyaksikan malah menanti bagaimana, bentuk dan rupa perubahan yang bakal terhasil.

Mahasiswa harus bertindak sebagai agen perubahan pada minda dan struktur masyarakat umumnya. Kurang pendedahan terhadap isu-kekangan kebebasan bersuara dan malas berfikir merupakan barah kepada masyarakat kita hari ini. Masyarakat harus disedarkan-dan ramai yang mula sedar. Peranan mahasiswa haruslah menyeluruh dan mampu mendidik masyarakat untuk Malaysia yang diidamkan. Tanyalah sama pokok apa sebab goyang....Tanyalah sama hati kenapa kita harus menang! -MR

*Hafiz Zainuddin ialah penulis bebas.

NAJIB TIBAI SHEIKH QARADAWI



NAJIB BAYANGKAN IKHWAN PENGANAS DAN MENCURIGIA SOSOK QARADAWI

Laporan National Review ada memetik ucapan Dato' Sri Najib Razak di Turki yang dikatakan sarat dengan prasangka buruk terhadap ulama terkemuka Sheikh Yusuf al Qaradawi dan Ikhwanul Muslimin. Perdana Menteri dilaporkan menggesa agar Ikhwanul Muslimin disisihkan dari agenda Perubahan di Mesir kerana masih terlibat dengan keganasan. Pendapat seperti ini malahan dikritik oleh pelbagai institusi dan intelektual. Dunia kini menggesa agar Amerika Syarikat dan Eropah untuk tuntas bekerjasama dengan Ikhwan.

Saya terpanggil untuk menegur Perdana Menteri kerana pandangan sebegini jelas dianggap terpencil dan mewakili pandangan dasar luar ektrem kanan di Amerika Syarikat. Adakah ini sebahagian dari agenda syarikat penasihat demi membaiki imej Najib di Amerika Syarikat?

Kenyataan terbaru Najib Razak juga membuka pekung kecurigaaan pemimpin tersebut terhadap ulama dan gerakan Islam seluruh dunia yang kini kian giat menyertai proses demokratisasi. Sekiranya Perdana Menteri mempunyai kebimbangan terhadap sosok seperti Sheikh Yusuf al Qaradawi, mengapa anugerahkan beliau Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan tahun 2009/1431? Sekiranya terbukti benar tohmahan Najib Razak terhadap Sheikh Yusuf al Qaradawi, saya menuntut Perdana Menteri agar segera memohon maaf dari ulama tersebut.

ANWAR IBRAHIM

Sila baca laporan National Review : http://bit.ly/hkI4SA

Sila baca laporan Brookings Institution yang mahu dunia Barat bekerjasama dengan Ikhwanul Muslimin: http://bit.ly/gY2GNW

Wanita...Sedarlah...Sudah lebih dari cukup ....



Kaum feminis sering mengampanyekan kebebasan wanita dan kesetaraan mutlak antara pria dan wanita. Mereka bilang susah jadi wanita, apalagi "syariat Islam" banyak membatasi bahkan mengekang kebebasan para wanita. Mereka berargumentasi sebagai berikut :

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak) dibanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya (apabila menjadi saksi) kurang berbanding lelaki.
4. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki.
5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada isterinya.
7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang dalam beribadat karena adanya masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Itu sebabnya mereka tidak henti-hentinya berpromosi untuk "MEMERDEKAKAN WANITA" dari jeratan Agama & Kekangan Moral Etika. Pernahkah kita lihat sebaliknya (kenyataannya) ?

1. Benda yang mahal harganya akan dijaga, dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar terserak bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita, ia perlu dijaga dari sambaran nafsu mata keranjang para lelaki dan jamahan tangan usil para hidung belang. Hijab dan pakaian yang tertutup menjaga mereka dari itu semua.

2. Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada bapaknya ?. Demikianlah Islam mengatur pembagian tanggung jawab antar manusia, Istri perlu berbakti pada suami, dan suami perlu berbakti pada ibunya. Suatu keseimbangan yang proporsional bukan ?

3. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah harta itu menjadi milik pribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, sementara apabila lelaki menerima warisan, ia perlu/wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anak.

4. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukah bahwa setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan tahukah jika ia mati karena melahirkan adalah syahid dan surga menantinya.

5. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dimintakan pertanggungjawabannya terhadap 4 wanita, yaitu : Isterinya , ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Artinya, bagi seorang wanita tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki, yaitu : suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

6. Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu surga yang mana saja yang disukainya, cukup dengan 4 syarat saja, tidak kurang tidak lebih yaitu :sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.

7. Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi wanita jika taat akan suaminya, serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Masya ALLAH ! Demikian sayangnya ALLAH pada wanita, hanya saja kita yang sering berprasangka buruk pada-Nya. Lihatlah bagaimana Dia memperlakukan wanita dengan begitu spesial.

Dia menghiasinya dengan kecantikan dan keindahan,
Dia membekalinya dengan kehalusan dan kelembutan,
Dia memeliharanya dari gangguan dan kekerasan,
Dia memerintahkan kaum lelaki (ayah, suami, anak dan saudaranya) untuk melindungi dan menjaganya dengan sepenuh hati dan bila perlu mempertaruhkan nyawa untuknya,
Dia memuliakannya dengan panggilan Ibu bagi anak-anaknya,
Dia memberinya keutamaan sebagai sarana penciptaan makhluknya (dengan mengandung dan melahirkan),
Dia memudahkannya dalam beribadah dan meraih syurga,
Dia memerintahkan para pria untuk menikahinya dan memberinya mahar sebagai bukti kesejatian cintanya, dia amanahi pula para pria untuk memenuhi nafkah dan kebutuhannya.
Dia gerakkan hati setiap lelaki untuk menjaga dan melindunginya dari segala mara bahaya, menghiburnya di kala sedih dan menggembirakannya di saat lara.

Saudariku,,,
Adakah Kasih Sayang yang lebih besar daripada itu, ataukah
Adakah Rasa Cinta yang lebih dalam daripada itu,
Dialah Allah Rabbmu, Tuhan Seru Sekalian Alam.

Read more: http://suwaritimur.blogspot.com/2011/02/rahasia-wanita-yang-penting-untuk-anda.html#ixzz1EOPs5GyL

Jumaat, 25 Februari 2011

Kerdau: MB nafi calon BN beli ijazah

Kalau tak habis belajar tak apa, sijil bukan penentu ketaqwaan, tapi kalau tipu sijil Al-Azhar, ini tidak boleh dimaafkan rakyat!

mkini

Sekalipun tempoh kempen dan hari penamaan calon bagi DUN Kerdau belum bermula, calon BN sudah pun menjadi penyokong dan parti pembangkang.

NONESyed Ibrahim Syed Ahmad dituduh menipu berhubung kelulusan akademiknya.

Beliau didakwa tidak lulus semasa belajar di Universiti Al-Azhar dan dituduh membeli ijazah dari universiti berkenaan.

Syed Ibrahim yang lebih dikenali sebagai 'Syed Ibra' di kalangan penduduk tempatan hanya tersenyum lebar ketika ditemui Bernama bagi mengulas perkara berkenaan.

"Biarlah apa orang nak kata, kita tak boleh ikut dia (penyokong dan parti pembangkang), dia macam-macam boleh kata, kalau kita jawab lebih pun tak guna.

"Biarlah rakyat tahu sendiri," katanya ketika ditemui, hari ini.

Beliau yang juga naib ketua Umno bahagian Kuala Krau adalah lulusan dari Universiti Al-Azhar dalam bidang Bahasa Arab.

Syed Ibrahim mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Kuala Krau dan di Sekolah Menengah Agama Al Khairiah Temerloh sebelum menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar pada 1989 hingga 1996.

azlanBeliau diumumkan sebagai calon BN oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa lepas.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob ketika ditemui hari ini turut kesal dengan tindakan para penyokong PAS dan parti itu yang membuat dakwaan tidak berasas.

"Saya tengok sijil dia, kalau dia tak lulus tinggi, takkan saya nak ambil dia bekerja sebagai pegawai khas agama kepada menteri besar. Bodohlah saya ambil orang tak ada kelulusan.

"Tuduhan mengatakan dia tak ada kelulusan, itu satu pembohongan dan fitnah," katanya.

DUN Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan Sabtu ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian ditetapkan pada 6 Mac depan.

- Bernama

Calon PAS: Hassanudin di Kerdau, Yuhaizad di Merlimau


mkini

Ketua
Penerangan PAS Pahang Hassanudin Salim akan membawa cabaran parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau pada 6 Mac depan.

Manakala timbalan ketua Dewan Pemuda PAS Melaka Yuhaizad Abdullah diumumkan sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau.

Pencalonan Hassanudin diumumkan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kompleks PAS Kerdau malam ini.

Beliau merupakan bekas calon PAS yang bertanding dalam pilihan raya umum 2008, tetapi tewas kepada calon BN Datuk Zaharuddin Abu Kassim.

Hassanudin tewas dengan majoriti 1,615 undi. Beliau mendapat 2,520 undi, manakala Zaharuddin memperolehi 4,135 undi.

Hasanuddin, 43, adalah seorang usahawan kelulusan diploma ukur tanah UiTM.

Turut hadir ialah timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, timbalan presiden PKR Azmin Ali, dan pemimpin DAP, Tan Seng Giaw.

Sementara itu, Harakahdaily melaporkan, Hasanuddin dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh. Beliau mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak.

Hasanuddin berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur Hospital Temerloh di samping pernah berkhidmat di Sudan dalam industri minyak dan gas.

SPR menetapkan tarikh pengundian PRK Kerdau pada 6 Mac ini sementara penamaan calon pula 26 Februari.

Sementara itu, Yuhaizad, 38, juga merupakan timbalan yang dipertua PAS Jasin.

Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di hadapan penyokong Pakatan Rakyat di Kampung Merlimau Pasir.

merlimau by election pas candidate yuhaizat abdullah 240211 02Berusia 38 tahun, Yuhaizad memiliki Diploma Tasawur Islam dari Pusat Latihan Minda Mahir (ILHAM), Selangor dan juga memperolehi Sijil Kejuruteraan Mekanikal dari Institut Kemahiran Mara, Jasin.

Beliau terlibat di dalam bidang politik sepenuh masa dan adalah anak watan Merlimau serta seorang pemimpin muda yang dikenali ramai, mesra dan mudah dikenali.

Pengalaman luas dalam badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Belia 4B, Pertubuhan Kebajikan seperti Yayasan Amal Malaysia dan persatuan penduduk memastikan beliau menjadi aset kepada rakyat dan negeri sekiranya terpilih mewakili DUN Merlimau pada pilihan raya nanti.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan, 54, dari BN pada 20 Januari lalu akibat serangan jantung.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

yuhaizad abdullah pas candidate merlimauSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian ditetapkan pada 6 Mac.

Turut hadir pada majlis pengumuman calon itu, Setiausaha PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali, Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh, Yang Dipertua Pas Negeri Melaka, Abdul Ghani Abdul Rahman, Ketua Pemuda DAP pusat, Loke Siew Fook dan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution.

Bercakap kepada wartawan kemudiannya, Abdul Hadi berkata Yuhaizad dipilih berdasarkan kelayakan pendidikan itu, statusnya sebagai anak tempatan dan kerana ia masih muda.

Yuhaizad memegang ijazah dalam pengajian Islam dan sijil dalam kejuruteraan mekanikal. Beliau juga pernah bertugas sebagai pengurus projek pembinaan.

Menurut Abdul Hadi, tidak mustahil untuk PAS menang kerana ia pernah memenangi pilihan raya kecil sebelum ini, sekiranya ia dijalankan dengan adil, begitu juga dengan pihak media.

Demo anti Firaun Libya lepas solat Jumaat


Pakatan Rakyat akan membuktikan solidariti bersama rakyat Libya yang menentang pemimpin diktatornya, Muammar Gaddafi dengan mengadakan perhimpunan aman di luar kedutaan Libya di Jalan Madge, Ampang, Kuala Lumpur, selepas solat Jumaat esok.

NONESekurang-kurangnya 500 penyokong, termasuk pelajar Libya yang menuntut di negara ini dan kakitangan kedutaan berkenaan akan mengambil bahagian.

Ketua biro antarabangsa PAS, Syed Azman Syed Ahmad berkata satu memorandum juga akan dihantar kepada duta Libya bagi menuntut pemberhentian serta merta pembunuhan orang awam.

"Kami berpendapat ada keperluan mendesak bagi menyokong rakyat Libya, sebab pembunuhan beramai-ramai rakyat yang tidak berdosa tidak harus dibiarkan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

NONEPerhimpunan itu dijadualkan pada jam 2.30 petang selepas solat Jumaat dan dijangka berlangsung selama sejam. Beberapa NGO juga dijadualkan akan mengambil bahagian.

Menurut Syed Azman, duta Libya ke Malaysia juga kemungkinan besar akan menyertai perhimpunan di luar kedutaannya itu.

Ahli jawatankuasa pusat PAS, Mohamad Sabu pula meminta semua rakyat Malaysia mengambil bahagian dengan berkumpul di luar pejabat kedutaan Libya.

NONE"Semua orang patut hadir esok bagi menunjukkan bantahan mereka terhadap keganasan dan pembunuhan penunjuk perasaan yang tidak berdosa,” kata Mohamad.

Selasa lalu, pegawai kedutaan Libya di Kuala Lumpur menyertai rakan-rakan mereka di seluruh dunia membidas Gaddafi kerana pembunuhan ramai rakyat yang mengambil bahagian dalam protes di negara itu.

Mereka membakar potrait diktator yang telah berkuasa lebih empat dekad lalu pada protes lebih dua jam itu sebelum diarahkan oleh polis supaya bersurai.

Khamis, 24 Februari 2011

Zalim dan boros amalan keluarga Firaun Libya


Gaya hidup anak-anak pemimpin Libya, Moammar Gaddafi, jauh dari kesederhanaan yang selalu digembar-gemborkan ayahnya. Wikileaks, mengutip dokumen Jabatan Luar Negeri Amerika Syarikat yang bocor, menyatakan mereka saling tak akur satu sama lain dan menghambur-hamburkan wang secara royal.

Saif Gaddafi -- meski dibantahnya -- menghabiskan pergantian tahun 2009 di Karibia bersama Mariah Carey. Saudaranya, Muatassim di tempat yang sama menggelar pesta setahun kemudian dengan mengundang Beyonce dan Usher untuk menghibur para tamu.

Pengamat politik tempatan, yang menjadi sumber diplomat AS, menyatakan hobi Muatassim yang gemar bermabuk-mabukan dan pemborosannya lah yang membangkitkan kemarahan warga. "Kelakuannya dianggap tak beriman dan memalukan bagi bangsa dan negara," tulis Wikileaks mengutip sumber itu.

Anak Gaddafi lainnya, Hannibal, melarikan diri ke London setelah dituduh melakukan penderaan ke atas isterinya, Aline. Sedang anak perempuan Gaddafi, Aisyah, disebut-sebut dalam dokumen itu juga "dilarikan" ke London setelah ketahuan hamil di luar nikah. Aisyah adalah anak Gaddafi dari isteri keduanya, Safiya, yang merupakan ibu dari enam anak Gaddafi.

Saif yang disebut-sebut Ghadaffi bakal menjadi penggantinya tidak lebih baik dari saudara-saudaranya yang lain. Anak kedua Gaddafi ini gemar menghabiskan cuti dengan berburu di New Zealand.

Namun, Saif dianggap yang paling "cantik" bermain wayang. Di luar gaya hidupnya yang mewah, ia juga menunjukkan dirinya seorang dermawan. Gaddafi International Charity and Development Foundation, lembaga amal yang dipimpinnya, segera mengirimkan bahan makanan dan bantuan sesaat setelah gempa hebat melanda Haiti.


Inilah Istana Saif al-Islam Gaddafi di London

Gambar 1 Istana Saif Gaddafi

LONDON - berbeza sungguh dengan ayahnya yang lebih banyak menghabiskan waktu di khemahnya, anaknya, Saif al-Islam Gaddafi lebih dikenal sebagai pemuda glamour. Ia yang baru-baru ini menyerukan perang hingga peluru terakhir terhadap penunjuk perasaan ini sangat mewah dan bergaya hidup modern. Jika bersiar ke Britain, beliau tinggal di istana peribadinya di London.

Berdasar maklumat yang dikumpulkan Telegraph, salah satu istananya ditawarkan untuk disewakan dengan nilai 9,750 paun sterling (lbh krg RM48,0000) seminggu.

Dia membeli rumah dua tahun lalu melalui perusahaan British Virgin Islands-terdaftar berharga 10 juta pound sterling. Sebuah surat kabar mingguan melaporkan bahwa Saif al-Islam Gaddafi, putera Kolonel Muammar Gaddafi, membeli rumah di pinggiran kawasan elit Hampstead di London utara dan menghabiskan beberapa waktu di sana dengan rombongannya.

Rumah itu bergaya kolonial dengan halaman luas.

Di dalamnya dilengkapi dengan kolam renang di dalam ruangan dan sebuah home theater yang mewah. Namun tak disebutkan siapa yang menyewa rumah ini sekarang.

Rabu, 23 Februari 2011

Parti Huriya wa Adala akan bertanding PRU


Ikhwan tubuh Parti Kebebasan dan Keadilan
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 23 Feb: Pembangkang terbesar Mesir, Ikwan Muslimin menubuhkan parti politik mereka bernama “Parti Kebebasan dan Keadilan” atau dalam bahasa arabnya "Huriya wa Adala" bagi bertanding pada pilihan raya umum negara itu nanti.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Mursyid Am gerakan itu, Dr Muhammadd Badie pada satu sidang akhbar semalam dan kenyataan tersebut turut disiar pada laman web rasmi pertubuhan itu.

Muhammadd Badie berkata, keputusan menubuhkan parti tersebut bukanlah perkara baru, bahkan ia adalah keputusan Majlis Syura sejak dahulu yang memutuskan bahawa jemaah Ikhwan Muslimin akan menubuhkan sebuah parti politik untuk jemaah tersebut.

"Langkah ini merupakan respon kepada hasrat rakyat Mesir ke arah memiliki masa depan yang lebih baik dan gemilang serta mengembalikan peranan, kedudukan dan kepimpinan Mesir itu sendiri yang telah diukir oleh sejarahnya yang terbilang," katanya.

Beliau turut memaklumkan keanggotaan parti itu adalah terbuka untuk semua orang Mesir yang mahu menerima program serta perjuangan mereka untuk menjaga kebajikan rakyat Mesir.

Kabinet parti itu juga jelasnya, akan diumumkan segera selepas segala persiapan selesai manakala langkah-langkah awal akan diambil untuk mengesahkan pendaftarannya.

Beliau juga berkata bahawa sebuah biro telah ditubuhkan untuk menyiapkan perlembagaan dan hal-hal lain yang berkaitan dengan penubuhan parti tersebut.

Ikhwan juga telah mengesahkan bahawa ia tidak keberatan untuk memilih wanita atau penganut kristian Koptik sebagai anggota kabinet tetapi merasakan belum sesuai untuk mencalonkan mereka sebagai ketua parti.

Pilihan Raya Umum Mesir bakal diadakan selewat-lewatnya dalam tempoh enam bulan dari sekarang

Tolak Firaun yang zalim

"Terkini, Hampir 1000 Orang Terbunuh"Krisis Libya, Kejam Dan Hebat Gaddafi,Yahudi rupanya




"Terkini, Hampir 1000 Orang Terbunuh Di Libya.Presiden Libya Mohammad Gaddafi akan berjuang sehingga titisan darah terakhir dan sanggup mati ditanah airnya sendiri. Gaddafi Hebat dan pejuang yang berani.

Gaddafi mengunakan kuasa sebgai ketua negara dan ketua pemerintah tentera sebagai kolonel.

Beliau menggunakan tentera untuk melemahkan "pemberontak" yang mengadakan unjukrasa dan memusnahkan harta kerajaan dan bangunan awam.

Ucapan Gaddafi di television milik negara Libya, penunjuk perasaan yang berlaku di Bangrahzi bandar kedua terbesar adalah disokong oleh negara asing yang mahu menjatuhkan Gaddafi.

Gaddafi menggunakan tentera memusnahkan lampangan gas dan minyak tujuan untuk melumpuhkan para unjukrasa.

Gaddafi menuduh golongan kumpulan gerakan Islam yang bekerjasama dalam pemberontakan atau unjukrasa di bandar Bangrahzi dan Tripoli.

Semasa berucap di tv milik kerajaan akan menggunakan tentera untuk menghapuskan pemberontakan serta menangkap perusuh yang menentang kerajaan.

Gaddafi berkata beliau akan mati dan mati syahid di bumi Libya. Mungkin Gaddafi bertindak sedemikian ruap kerana beliau kecewa sebahagian rakyat Libya dan sebahagian kecil tentera dan polis berpaling tadah dan bersama rakyat yang dikatakan pemberontak oleh Gaddafi.

Apa yang berlaku di Libya boleh dirumuskan dalam ucapan Gaddafi ialah berpunca dari kumpulan gerakan Islam yang mahu jadikan negara Libyat sebuah negara Islam. Gaddafi menuduh puak Islam sebagai Islam Extrim.

Kedua, Gaddafi menuduh apa yang terjadi sekarang di Libya sebagai ansir pemberontak dan didalangi oleh negara asing.

Mungkin cara Gaddafi boleh dinamakan Hilter zaman modern, membunuh bangsanya sendiri yang berugama Islam.

Jelas Gaddafi bertindak bagaikan seekor "Gajah naik minyak". Jika Gaddafi terbunuh atau lari keluar negara mungkin berlaku perang suadara di Libya.

Maka berlaku campurtangan kuasa besar dunia seperti Amerika dan sekutunya. *****uh apa yang berlaku di Aghfanitan dan Iraq. Rakya akan menderita dan sengasara berlaku pertempuran dan bunuh membunuh, sperti apa yang berlaku di iraq dan Aghfnitan.

Yang mendapat keutungan ialah Amerika, Perancis, England, Semua negara ini akan menguasai sektor minyak dan gas. Libya mempunyai lampangan gas yang terbesar di bunua Afrika. Libya mengeluar minyak sebanyak 1.5 millon barell satu hari.

Jika Gaddafi tumbang maka jatuhnya sebuah negara sekular Arab. Dan akan berlaku perang suadara di Libya.

Apa yang berlaku di Libya menguntungkan Amerika dan Israel dan sekutunya.

Jika diambil jangka masa panjang Libya dan Gaddafi perlu disokong. Kesilapan Gaddafi mengunakan tentera membunuh penunjuk perasan. Gaddafi bertindak demikian kerana rakyat memberontak dan memusnahkan harta benda milik kerjaan.

Walaubagaiman pun dunia tidak menyokong tindakkan Gaddafi. Akhirnya Gaddafi lari atau dihalau oleh rakyat Libya atau mati atau dibunuh oleh bangsa Libya sendiri. Hadiah kepada pengkhanat bangsa dan negara.

Jom ziarah blog Bob

Bob Lokman: Fi SabililLah

Bob Lokman

ALHAMDULILLAH Setelah aku melalui segala jalan syahwat, ALLAH memberikan aku gambaran AKHIRAT. Maka aku mula berjalan mencari kebenaran dan semalam 16 Rabi'ul awal, aku melangkah masuk kedalam gerbang hijau yg bertonggakkan Ulama' yg sangat ditakuti oleh pencinta dunia.

Mengalir airmata bila borang ahli disambut oleh DS Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah. Biar pun aku bukan sesiapa dikalangan orang PAS, tapi aku dapat merasakan kehangatan persaudaraan yg dihulurkan oleh mereka. Aku menjadi insaf dikalangan anak2 muda PAS yg rugged tapi ikhlas dalam perjuangan dan aku merasa amat malu diperhatikan oleh mereka bilamana aku merasa seperti seluruh hidup aku sebelum ini diselubungi syahwat keduniaan hingga aku merasa aku teramat tua dikalangan mereka. Terlintas juga dibenak ku, mungkin kerana anak2 muda inilah orang bijak pandai seperti Mahathir menolak PAS.

Biarlah tua, biarlah bertongkat, tapi sekarang aku tahu ALLAH maha pengampun dan penyanyang. Maka oleh kerana itu aku akan patuh kepada kehendak ALLAH dalam ayat 104 Surah Aali-Imran. PAS akan aku jadikan wadah perjuangan utk mempopularkan ALLAH kepada mereka yg belum kenal akan kekuasaanNYA. Aku jadi insaf betapa aku yg lahir dalam keluarga Islam keturunan Ulama', terabai dengan kefahaman Islam yg pernah diterapkan kedalam jiwaku. Apatah lagi mereka yg tidak pernah tahu mengenai Islam, bagaimana mereka akan merasa takut pada ALLAH. Utk itu sekali ini aku akan terus bercerita kepada sesiapa sahaja sesuatu yg membuatkan mereka bertaqwa kepada ALLAH.

Lagikan setiap ibu bapa sayangkan anak2 yg dilahirkan, inikan pula ALLAH yg menciptakan kita dan segalanya. Biar pun Iblis dan yahudi memang dilaknat oleh ALLAH, namun satu masa dahulu mereka adalah hamba ALLAH yg baik. selepas itu dengan takdir ALLAH mereka dijadikan sebagai contoh buruk kepada sesiapa yg tidak bertaqwa kepada ALLAH. Ini Kuasa ALLAH. kalau tiada keburukan kita tidak pandai menilai kebaikan sebagai mana kalau tiada ketaqwaan maka tiadalah kita mengerti bahawa ALLAH itu maha diatas segalanya.

Hari ini bila jiwa berada didalam PAS, ada satu semangat baru yg membuatkan aku berfikir mengapa ALLAH menjadikan aku. Pagi tadi bila ada member2 yg bertanya, mengapa aku menganut PAS, aku tahu bahawa aku sudah diterima utk bekerja oleh ALLAH. Inilah masanya untuk berubah dan mengubah sebahagian besar kenalan, kepada jalan baru bagi mereka yg fasiq.

Belum ramai yg menerima Islam sebenar. Kalau tidak sudah tentu Malaysia diperintah oleh Ulama'. Masalahnya siapa yg Islam dalam orang Melayu? Utk mereka yang mencari jawapan bacalah Sirah Rasulullah berulang kali, maka kita akan nampak siapa Abu Bakar, siapa Abu Jahal dan siapa Abdullah bin Ubai dalam bangsa Melayu. Kerana itulah aku memohon utk masuk PAS. Lepas ni kita akan baca ada yg marah dgn apa yg aku kata. Itu biasa, sebagaimana ada orang yg marahkan harimau membunuh lembu.

Ini kerana kita tidak mengerti SUNNATULLAH. Kalau kita susah di dunia, kita lupa bahawa itu kehendak ALLAH, apatah lagi bila kita mewah.

Sudah berkali-kali PAS kalah dalam pilihanraya. Memang susah nak menang kerana ini bukan perang Badar dimana Malaikat juga turun berperang dengan perintah ALLAH. Janganlah mengharapkan Malaikat turun beratur dipusat2 mengundi yg diadakan oleh suruhan jaya pilihan raya yg tidak mengikut suruhan ALLAH. Ini demokrasi omputeh yang memberikan peluang kemenangan kepada org yg mempunyai syahwat duniawi.

Kerana itu perlunya kita memperkenalkan Islam adalah sistem terbaik utk mentadbir dunia kepada manusia Malaysia. Ini adalah kerana ramai manusia lupa bahawa ALLAH yg mencipta dunia dan hanya hukum ALLAH sahaja yg sesuai dilaksanakan. Mereka yg menolak selalunya mereka yg tidak tahu apa hukum ALLAH.

Selalunya mereka ditakutkan oleh yahudi yg memang mengetahui apa isi Al Quran dan mereka telah tahu lebih awal melalui Taurat bahawa Islam itu perfect dan mereka tidak mahu kita menjadi ummat Muhammad. Maka kita akan luput dari mendapatkan Syufaat Rasul dipadang Mahsyar nanti.

Dan kali ini aku bersedia utk berjuang dengan PAS, dan aku bersedia untuk kalah setelah menjalankan segala syarat2 perjuangan.

YA ALLAH, BERIKAN KEMENANGAN KEPADA PAS, SEKIRANYA MEREKA LAYAK UNTUK MENERIMA HADIAH KEMENANGAN DARI MU, DEMI ISLAM BERKEMBANG SUBUR DI BUMI MALAYSIA YG DULU TERIKAT DGN PERIKATAN DAN KINI KAKU DALAM BARISAN.