Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Sabtu, 7 Januari 2012

Tuntutan Bersih : Jangan Marah Bila Rakyat Turun Jalanraya








Bersih 3.0 jika gagal tunai tuntutan PSC

Muhammad Faizal


PETALING JAYA: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menegaskan jika Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) tidak melaksanakan tuntutan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC), maka Bersih 3.0 akan dilancarkan.

Beliau bertindak mengeluarkan kenyataan tersebut apabila melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh SPR Negeri Wilayah Persekutuan yang bercanggah dengan apa yang telah dibincangkan di peringkat pusat sebelum ini.

"Saya kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah SPR, Shafie Taib seperti mana yang dijelaskan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

"Kita dari Pakatan Rakyat telah memberi kerjasama sepenuhnya dalam PSC bagi memastikan pilihan raya negara ini berlaku secara bersih dan adil.

"Saya tegaskan jika SPR gagal untuk menunaikan tuntutan PSC itu, maka mereka akan berdepan dengan Bersih 3.0 nanti," jelas beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR.

Beliau mempersoalkan kenapa tidak ada keselarasan antara SPR peringkat pusat dan negeri sedangkan ia telah dipersetujui sewaktu perbincangan PSC dan juga SPR.

"Saya tidak pasti apa sebenarnya berlaku di dalam SPR dan saya harap ada penjelasan dari mereka.

"Perkara ini akan dibawa ke peringkat tertinggi Pakatan Rakyat untuk dibincangkan bagi mendapat tindakan selanjutnya," sambung beliau.

Sebelum itu, Nurul Izzah memberitahu pertemuan Majlis Pimpinan Negeri PKR Wilayah Persekutuan bersama SPR Negeri telah mengejutkan pihaknya terhadap isu penggunaan dakwat kekal, isu pengundi awal dan pos serta isu syarikat MIMOS Sdn Bhd yang sepatutnya mengesahkan integriti senarai pengundi induk SPR.

"SPR Wilayah Persekutuan mengatakan dakwat kekal tidak akan digunapakai untuk pengundi awal atai pengundi pos.

"Sistem pengundian awal yang jelas belum ditetapkan terutamanya berkaitan waktu pengundian dan bagaimana undi-undi yang telah dibuang awal akan dikawalselia hingga hari mengundi," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Dalam pada itu, isu pengundi pos secara otomatik dijadikan pengundi awal dan sistem bagaimana pengundi awal boleh memilih untuk menjadi undi pos semula.

Nurul Izzah juga menyatakan isu pasangan anggota tentera atau polis yang turut menjadi pengundi awal atau pengundi pos, walhal tiada keperluan bagi mereka memiliki status tersebut.

"Malah yang paling mengejutkan makluman Ketua Pengarah SPR itu bahawa syarikat MIMOS tidak akan digunapakai untuk melakukan audit dan mengesahkan intergriti pangkalan data senarai pengundi induk SPR.

"PKR dan Pakatan Rakyat seluruhnya berasa terkejut dan kecewa dengan perkara-perkara ini terutamanya isu MIMOS dan integriti pangkalan data senarai pengundi induk SPR lebih-lebih lagi kerana ianya merupakan satu cadangan khusus dari PSC yang diluluskan di Parlimen," tambah Naib Presiden PKR itu lagi.

Pakatan Rakyat menyeru agar SPR terutamanya Pengerusi SpR dapat memberikan penjelasan sepenuhnya di atas isu-isu yang menimbulkan tandatanya itu.

Turut hadir sidang media itu adalah Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook dan juga Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan