Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Selasa, 31 Januari 2012

AUTONOMI, AUKU, AUTAkan mahasiswa

Apa Erti Autonomi Jika AUKU Terus Berkuasa?


Kuala Lumpur, 31 Jan : Pengumuman yang dibuat Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bahawa lima IPTA iaitu Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia yang diberikan autonomi akan membuatkan pejuang-pejuang pemansuhan AUKU semakin bersemangat.

Menurut Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd Taufiq Abdul, selama ini AUKU telah terbukti sebagai penghalang utama autonomi universiti dan kebebasan akademik.

budaya ketakutan

“Keputusan kerajaan untuk meminda Seksyen 15 AUKU tidak membawa sebarang makna memandangkan pindaan ini tidak mengatasi budaya ketakutan dan pemusatan kuasa yang telah yang disebarkan oleh AUKU selama ini.

“Mahasiswa, masyarakat sivil dan pihak pembangkang telah secara konsisten menyatakan pendirian ini tetapi hanya selepas ditempelak mahkamah sendiri dalam keputusan UKM 4 barulah pihak kerajaan menerima hujah ini.

“Kami juga masih menunggu jawatankuasa dwi-parti yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah untuk menjadi realiti.

“Jawatankuasa tersebut, sekiranya menjadi realiti – akan meneliti akta alternatif kepada AUKU yang telah dicadangkan oleh pimpinan mahasiswa pada 2008.

Akta kekang aktivisma mahasiswa, kakitangan akademik
Tambahnya, kewujudan AUKU (akta 174 dan akta 555) sendiri telah diwujudkan dengan semangat ingin mengekang aktivisma di kalangan mahasiswa dan kakitangan akedemik di IPTA dan IPTS.

“Maka atas semangat ingin melihat IPT menjadi tempat melahirkan modal insan, maka undang-undang yang wujud atas semangat mengongkong ini seharusnya bukan dipinda tetapi dimansuhkan terus.

retorik

Menurutnya yang juga Pengerusi Pro-Mahasiswa Universiti Malaya, pihak Pro-Mahasiswa bertegas supaya undang-undang AUKU yang bersifat draconian terhadap mahasiswa serta merencat kebolehan sebenar mahasiswa ini harus ditamatkan segera tanpa berdolak-dalik.

“Saya lihat pengumuman pemberian autonomi oleh Menteri hanya bersifat retorik semata-mata, apa erti autonomi universiti jika AUKU terus berkuat-kuasa?

“Autonomi IPT dengan AUKU masih beroperasi memenjara hanyalah ibarat memberikan kereta tanpa enjin, hiasan kosmetik bagi meredakan luapan amarah mahasiswa.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan