Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Jumaat, 20 Januari 2012

Fahami maksud sebenar Anwar mengenai undang2 lapok

Anwar: Pinda undang-undang aib musuh politik

malaysiakini

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan supaya undang-undang yang didakwanya digunakan untuk mengaibkan seseorang, dipinda termasuk peruntukan dalam seksyen 377 (B) dan 377 (C) Kanun Keseksaan.

Katanya, pindaan tersebut perlu dibuat bagi memastikan supaya ianya tidak digunakan untuk menghina seseorang khususnya terhadap musuh dalam politik.

"Memang undang-undang yang ada 377(B) ka, C ka, ini memang archaic (lapok). Digunakan untuk aibkan orang. Digunakan untuk musuh politik.

"Ada saya sebut undang-undang Islam, undang-undang syariah. Ada saya sebut pertahankan sodomy, tidak. Saya kata, undang-undang yang ada.

"(Orang) tanya saya, bila kita berkuasa, boleh kita pinda. Ya, saya akan pinda. Apa pasal tidak boleh pinda undang-undang yang ada sekarang. Kita pinda supaya pastikan ia tidak bermaksud untuk menghina orang," katanya.

Anwar turut menempelak pihak tertentu yang mempertahankan undang-undang yang didakwanya "jumud" digunakan untuk memfitnah seseorang.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya malam tadi bagi mengulas kontroversi wawancaranya dengan rangkaian penyiaran British (BBC) yang dilaporkan minggu lalu sehingga beliau dituduh menyokong homoseksual.

Rangkaian itu meminta Anwar menyatakan pendirian sama ada beliau bersedia memperjuangkan 'idea anti-diskriminasi’ terhadap kumpulan itu dan menegaskan masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita.

NONE“Tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan,” kata Anwar dalam temubual dengan BBC itu.

Bercakap di majlis kesyukuran sempenan pembebasannya daripada tuduhan liwat pada 9 Januari lalu, Anwar menegaskan kenyataannya bahawa Islam dan bukan Islam menyokong perkahwinan lelaki dan perempuan menjawab perbuatan seks bebas, homoseksual dan lesbian.

Anwar yang juga bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berkata, umat Islam tidak boleh menghukum seseorang melakukan "perselingkuhan" kecuali ianya dilakukannya di hadapan umum.

"Orang berkata, itu kalau di tempat persendirian? Kamu tahu mana?... Bukan mengendap atau merobek privasi orang, tidak boleh," tegasnya di hadapan tetamu yang hadir di kediamannya di Segambut Dalam, malam tadi.

Selain beberapa pemimpin PKR, turut hadir di majlis itu ialah bekas menteri kabinet, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, yang turut serta bersolat maghrib, solat hajat, solat Isyak serta majlis bacaan Yassin sebagai tanda kesyukuran di atas pembebasan Anwar daripada tuduhan tersebut.

NONEMengimbau kisah pada hari keputusan liwat II diumumkan, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh sempat bersarapan bersama-sama ahli keluarganya selepas bersolat subuh.

Bahkan, beliau juga sempat memeluk dan mencium ahli keluarganya kerana berkemungkinan beliau mungkin tidak balik sekiranya didapati bersalah, walaupun jauh di sudut hatinya, beliau merasa akan dilepaskan.

"Paling tidak, mungkin dibenarkan diikat jamin. Tetapi berlaku sebaliknya. Jika bersalah, mungkin riuh dalam negara dan menjadi fokus di luar negara.

"(Tetapi) saya lepas. Saya tidak tahu (sebabnya). Mungkin hakim tahu, sebab (penghakiman) dibaca cepat, beliau keluar pun cepat, tak sempat (saya) nak angkat tangan," katanya diiringi dengan gelak ketawa hadirin.

"Yang saya pasti, the power of prayer. (Kuasa doa) ini adalah luar daripada pertimbangan politik," katanya sambil memaklumkan masyarakat tempatan dan antarabangsa turut mendoakan agar beliau dibebaskan.

Katanya, dengan keputusan itu juga menyebabkan media arus perdana "meroyan macam orang gila" dengan mencari apa-apa sahaja" untuk menyerangnya, bahkan ada pihak yang terkejut dan kesal dengan pembebasan beliau itu.

Dalam kesempatan itu juga, Anwar turut menceritakan pengalaman beliau bersama isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bertemu dengan cucu bekas perdana menteri India, Rajmohan Gandhi, yang mana temujanji itu telah lama diatur sebelum keputusan liwat II ditetapkan.

Katanya, Rajmohan memperuntukkan masa selama lima jam berbincang dengan Anwar secara peribadi, berhubung usaha memartabatkan perjuangan demokrasi.

NONEMenurutnya dalam perjalanan menuju kediaman Rajmohan yang terletak di atas bukit di Panchgani - yang memakan masa selama lima jam dari Mumbai - Anwar singgah minum sejenis air teh yang menyebabkan beliau teringat akan kelazatannya.

Anwar juga berkata selepas berada di India, beliau bertolak ke Turki untuk memenuhi undangan bertemu dengan Perdana Menteri Raceb Tayyib Erdogan.

Bagaimanapun beliau terpaksa menangguh untuk bertemu Presiden Turki Abdullah Gul kerana terpaksa pulang ke tanah air bagi menghadiri Konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Setar, Kedah.

Dalam ucapannya selama 45 minit itu juga, Anwar turut memberitahu bahawa beliau menerima banyak ucapan tahniah melalui emel, SMS dan panggilan telefon daripada pelbagai pihak berhubung keputusan tersebut.

Antaranya bekas naib presiden Amerika Syarikat Al-Gore, bekas perdana menteri Kanada Paul Martin dan ulama tersohor Yusuf Al-Qaradhawi dan Dr Wahbah Al-Zuhaili.

Sebelum itu, orang ramai termasuk penyokong memenuhi halaman rumahnya bagi menghadiri majlis kenduri kesyukuran sempena pembebasan beliau daripada tuduhan liwat II.

Sebanyak empat khemah besar dipasang di halaman rumah tokoh pemimpin PKR itu dan dihamparkan tikar bagi membolehkan hadirin yang hadir duduk bersolat dan duduk mendengar tazkirah ringkas yang disampaikan ketua penerangan PKR Dr Mohd Nor Manuty.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan