Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Rabu, 25 Januari 2012

Samseng Perkauman ni SB?


Panas!! ABU Dakwa Ketua Samseng Seorang Anggota Polis


Mamat nih ke?
KUALA LUMPUR, 25 JAN - Perkembangan terbaru berhubung insiden kekecohan yang berlaku dalam ceramah anjuran bersama Asalkan Bukan UMNO (ABU) dan Hindraf hari ini mendakwa Ketua kumpulan yang melakukan serangan itu merupakan seorang anggota polis. Menurut Penyelaras ABU, Badrul Hisham Shaharin, dakwaan itu ekoran tiada tindakan yang diambil oleh pihak polis semasa kejadian itu berlaku, malah pihak polis juga dilihat berbual-bual dengan kumpulan penyerang terbabit meskipun telah dimaklumkan orang ramai.

"Beberapa orang telah mengenalpasti salah seorang daripada penceroboh itu yang masih berada di tempat kejadian dan telah memaklumkan kepada anggota polis mengenainya. Namun kemudian kelihatan anggota polis sedang bersembang dengan orang tersebut. Kami kemudian diberitahu yang beliau (penyerang) adalah seorang pegawai polis tidak berseragam,"katanya.

Beliau yang juga dikenali sebagai Chegubard berkata demikian ketika menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia(Suhakam) berhubung kegagalan pihak polis bertindak secara profesional terhadap pihak yang menyerang dan menimbulkan kekacauan semasa program ABU pada Sabtu lalu.

Tegasnya, pihaknya kesal apabila pihak polis telah pun mengeluarkan kenyataan berhubung insiden tersebut tanpa melakukan sebarang siasatan ke atas penyerang-penyerang yang didakwa melakukan kekecohan di Dewan Orang Ramai MBSA, Jalan Kebun, Shah Alam.

"Apa yang kami persoalkan ialah tindakan pihak polis yang tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap penyerang-penyerang yang masih berada di tempat kejadian. Sebaliknya pihak polis menyuruh kami yang menganjurkan program secara aman memberhentikan acara tersebut. Ini dengan jelas menandakan yang pihak polis tidak mampu mengawal keadaan dan menjaga keselamatan orang ramai yang menghadiri ceramah tersebut,"ujar beliau.

Memorandum itu diserahkan kepada Timbalan Pesuruhjaya Suhakam, Muhamad Sha’ani Abdullah di pejabat Suhakam tengah hari tadi. Aktivis lain yang juga turut hadir adalah Hindu Rights Action Force (Hindraf), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Parti Sosialis Malaysia.

ABU juga turut mendesak Suhakam untuk melaksanakan beberapa tuntutan, antaranya adalah :

1) Menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat kejadian ini dan umumkan laporan penyiasatan tersebut.

2) Memastikan penyerang-penyerang yang terlibat dikenakan tindakan undang-undang.

3) Mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan menggunakan kekerasan dan intimidasi perkauman bagi menghalang hak orang awam berhimpun serta bersuara secara aman.

4) Menyiasat samada pihak polis ada bersubahat dengan penyerang-penyerang yang terlibat.

Dalam kejadian pada 21 Januari lalu, ceramah yang diadakan di Jalan Kebun itu, terpaksa ditunda selepas diganggu sekumpulan lelaki yang dilapor bersenjatakan kayu dan topi keledar.

Akibat serangan tersebut, seorang lelaki berusia 33 tahun mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital. Mangsa kini dilaporkan stabil dan masih trauma dengan kejadian tersebut. ~antarapos

Addin :

Inilah Malaysia tanah tumpah darahku..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan