Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Memaparkan catatan dengan label Tuan Guru haji hadi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tuan Guru haji hadi. Papar semua catatan

Sabtu, 2 Februari 2013

Ulamak Muda Masuk Umno VS Artis Masuk PAS

Ulama' muda Umno Fathul Bari dan artis yang menyertai Pas Abby Abadi

Oleh Subky Latif

Adapun Abby Abadi, seorang pendatang baru dalam PAS dan ketua Ulama Muda di pejabat Umno yang bernama Fathul Bari tidak ada kena mengena dan tidak ada sebarang hubungan.Mungkin keduanya tidak kenal mengenal dan mungkin juga tidak pernah bersua jumpa.

Yang menariknya ialah Cik Puan Abby Abadi ini adalah seorang seniwati yang ada kedudukan dan ada pasaran dalam industeri perfileman.

Kita tidak tahu di mana dia mengaji dan mendapat didikan agama? Tetapi di tengah memanjat puncak kerjayanya di dunia hiburan, dia terjun ke dalam arena perjuangan PAS dan berazam memupuk dan menegakkan akidahnya dan akidah umat.

Dia menerima Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai pemimpinnya.

Manakala Syeikh Fathul Bari, seorang yang berstatus ulama muda, sudah tentu berpendidikan agama yang tinggi, jika tidak masakan dia dikenali sebagai ulama, anak bekas Mufti Perlis.

Di mana dia mengaji tidak penting lagi tetapi dia adalah seorang ulama dan seorang pendakwah.

Tetapi dia terjun dalam perjuangan Umno dan menerima Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai pemimpinnya.

Tentulah pelik. Seorang penghibur yang statusnya dalam agamanya adalah seorang awam saja memilih parti yang memperjuangkan Islam dan dipimpin oleh para ulama. Dunia yang digelumanginya selama ini adalah amat berbeza dengan cara hidup pemimpin dan penyokong PAS.

Mungkin 10 tahun dulu tidak tahu apa-apa tentang luar dan dalaman PAS selain daripada yang didengarnya PAS adalah sebuah parti pembangkang yang memperjuangkan Islam. Yang dikatakan perjuangan Islam itu mungkin dia tidak tahu.

Tetapi sekonyong-konyong dia masuk PAS dan duduk sepentas dengan pemimpin-pmimpin yang antaranya tok-tok guru yang berserban dan berjanggut. Dia berazam untuk menghabiskan dunianya di situ.

Manakala ulama muda Fathul Bari pula sebagai anak mufti tentulah terdidik dari kecil dalam suasana Islami, dan sebagai ulama muda tentulah pergaulan dan hidupnya sentiasa dalam kawalan yang baik. Imej dan gambaran luarannya pun dilihat sebagai orang beragama. Mengikut bahasa orang dulu gayanya itu adalah lebai.

Peliknya dia tidak memilih parti yang memperjuangkan Islam seperti yang disertai Abby tetapi dia menyertai Umno yang perjuangannya sejak mula adalah sekular nasionalis. Baik di bawah Dato’ Onn Jaafar, di bawah Tunku Abdul Rahman Putra dan lain-lain tidak menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan.

Semua tokoh Umno itu tidak menolak Islam sebagai agama mereka tetapi mereka tidak menerima Islam sebagai garis perjuangan politik. Kesemuanya berkata bahawa Islam tidak sesuai bagi dijadikan dasar politik dengan dalih Malaysia tidak didiami oleh orang Islam saja.

Abby Abadi yang terhad pengetahuan dan fahamannya tentang Islam tidak memilih parti seperti Umno itu tetapi ulama muda yang terididik dalam suasana Islami memilih Umno dan menolak PAS yang disertai oleh majoriti ulama.

Ajaib. Itulah kehendak Allah. Abby tidak memiliki kitab dan tidak pandai baca kitab menyertai perjuangan politik Islam, Fathul Bari memiliki banyak kitab dan pandai baca kitab tidak menyertai parti Islam tetapi menyertai parti nasionalis.

Quraisy VS Yahudi

Saya tidak hendak menyamakan kejadian Abby dan Fathul ini dengan zaman kelahiran Rasulullah SAW di Mekah dulu. Orang Jahililyah Quraisy tidak pernah baca kitab. Yang baca kitab ialah Yahudi Bani Israil. Orang Quraisy dengar orang Yahudi menunggu kelahiran Nabi Akhir Zaman.

Apabila Nabi lahir, yang menunggunya tidak menyambutnya, tetapi Arab yang tidak tahu tentang isi kitab menerima kenabian itu.

Itulah kebesaran Allah.

Selasa, 15 Januari 2013

Amanat Hadi DiPopularkan Oleh Peniaga Agama?


Saya tidak menduga petikan ucapan saya diawal 80-an telah dimartabatkan oleh seorang peniaga agama dalam PAS yang telah melompat masuk UMNO selepasnya, telah dijadikan satu polemik. Petikan ucapan saya ini pula secara terancang telah dijadikan hujah untuk merendahkan PAS, dan saya dijadikan sasarannya. Saya percaya bahawa isu lama ini diberi nyawa semula oleh UMNO, mungkin kerana menutup isu yang dikira menghantui mereka, seperti kegusaran generasi peneroka FELDA dan penyelewengan yang berlaku kepada FELDA, riuh-rendah pembongkaran Deepak, penganiayaan mereka terhadap orang Melayu, dan lain-lain kelemahan kerajaan UMNO-BN yang begitu menekan mereka di hujung penggal pemerintahan ini. Alhamdulillah, saya baru sahaja selangkah kehadapan untuk menyahut cabaran, manakala mereka pula berundur sepuluh langkah kebelakang.

Isu “takfir” (kafir mengkafir) dicetuskan oleh golongan sekular di dalam UMNO, diseluruh dunia Islam, termasuklah di negara Arab, bagi menyanggah kebangkitan Islam di zaman selepas mencapai kemerdekaan seawal tahun 60an. Kebanyakan kalangan umat Islam menjadi mangsa serangan pemikiran barat sehingga berjuang menganut ideologi yang dibawa oleh penjajah ke dalam masyarakat Islam. Kalangan umat yang masih menganut Islam, tetapi kerana jahilnya telah menghina hukum-hukum Islam yang dinaskan dalam al-Quran dan Hadith sahih lagi mutawatir, seperti halal dan haram, hukum-hukum yang berkait dengan negara dan masyarakat, politik,ekonomi dan sebagainya.

Ada yang menghalalkan riba, arak dan judi, menghina hukuman qisas dan hudud, mempersenda hukum menutup aurat dan sebagainya, kerana kejahilan. Di waktu itulah kita mendengar istilah ‘hantu kum-kum’ dilabelkan kepada kalangan muslimat yang menutup aurat dan memakai hijab. Ada pula yang berdiri diatas pentas komunis yang menolak adanya Tuhan dan menolak agama, dalam keadaan masih bersembahyang. Sebahagian umat Islam pula tetap berpegang teguh dengan ajaran Islam dan mempertahankannya, tetapi mempelajari kitab turath (kitab-kitab lama) yang menegaskan hukum murtad berdasarkan kepada kefahaman masyarakat dizaman kita bitu dikarang, sebelum umat Islam dijajah sepenuhnya. Akhirnya berlakulah gejala murtad secara jahil di satu pihak dan penentangan terhadapnya disatu pihak yang lain, sehingga meledakkan isu kafir mengkafir dalam masyarakat Islam.

Isu ini berlaku diseluruh dunia Islam. Malangnya golongan yang berkuasa memerintah mengambil kesempatan perpecahan masyarakat Islam bagi mengekalkan kedudukan mereka diatas landasan yang salah dan menjadikan parti Islam dan paraulamanya sebagai kambing hitam yang dikorbankan dengan hukuman bunuh, penjara dan sebagainya. Terpenting bagi mereka yang berkuasa adalah untuk menang bagi terus memerintah selama-lamanya dengan cara yang salah, tanpa ambil peduli kerosakan akidah yang berlaku.

Ramai di kalangan ulama PAS dan pemimpinnya merengkuk dalam penjara sejak awal60an, malangnya ramai pula kalangan agamawan yang menjadi syaitan bisu, tidak berani menegur atau menasihati pemimpin yang menghina Islam. Maka meledaklah pada waktu itu kenyataan seperti : “Kalau laksanakan hukum Islam berlakulah huru-hara, tak cukup batu nak bina jalan dan bangunan, boleh makan sup tangan bila banyak tangan dipotong kerana mencuri” dan sebagainya. Di peringkat kampung ada yang menjadi imam masjid membuat ucapan yang sama kerana jahil hukum Islam sepenuhnya, hanya tahu hukum sembahyang dan ibadat yang lain sahaja. Terlalu jauh untuk mengetahui sistem politik, ekonomi Islam dan segala sistemnya sehingga keperingkat antarabangsa dan angkasa lepas.

PAS dan parti Islam di negara lain menghadapi cabaran getir bagi membetulkan masyarakat yang songsang pemikirannya ini. Ketika itulah kita berdepan dengan umat yang jahil, para ulama yang lemah dan kerajaan yang zalim. Di negara Arab,Mursyid Am Ikhwan Muslimin Sheikh Hasan Hudaibi menulis buku “Nahnu Dua’at La Qudat” (Kita Pendakwah Bukan Hakim Yang menjatuhkan hukuman). PAS berada dalam kerajaan campuran 1970 -1978 memberi kesempatan kepada bahagian agama Jabatan Perdana Menteri, menerbitkan buku Mustika Hadith Jilid 1 menampilkan perkara yang merosakkan iman (membatalkan iman), bagi menyedarkan penganut Islam adanya perkara yang membatalkan Dua Kalimah Syahadah, bukan sahaja membatalkan sembahyang. Malangnya ramai kalangan pengikut UMNO tidak mempelajarinya di waktu itu.

Apabila PAS ditendang keluardaripada BN pada tahun 1979 isu kafir mengkafir dihidupkan semula. Pimpinan PAS dibawah pimpinan Datuk Asri, telah menugaskan saya menulis buku kecil dengan tajuknya “Batas – Batas Iman dan Kufur” dengan huraian yang lebih terperinci daripada kitab Mustika Hadith yang terlalu ringkas penerangannya. Saya panjangkan lagi dalam buku yang saya namakan Muqaddimah Aqidah Muslimin.

Apabila kalangan UMNO yang masih bebal memainkan isu tersebut, mereka sengaja mencari mana-mana ucapan saya yang difikirkan menjadi hujah bagi mereka, sehingga ke satu capan saya di selidik oleh pasukan yang ditugaskan secara khusus, maka terpilih sedutannya yang difikirkan munasabah. Saya telah dicabar dalam sidang Dewan Undangan Negeri 1982. Saya terus menjawab :”Ya ! Sebenarnya itu ucapan saya “. Maka hamba Allah yang mencari peluang terus mengangkat martabatnya kepada nama amanat yang disebarkan kepada umum. Namun petikan secebis daripada ucapan yang panjang itu tidak merosakkan sedikit pun mesej untuk menyelamatkan umat daripada gejala murtad secara jahil dan tidak sengaja.

PAS berulang kali mengajak kalangan ilmuwan agama dalam UMNO secara langsung dan melalui pihak ketiga kalangan NGO Islam, dengan ruang terbuka dengan UMNO boleh mendapat khidmat daripada mana-mana mufti yang sanggup menjadi khadamnya, kalau malu secara tertutup atau tidak mahu secara terbuka. UMNO tidak menjawab.

Tiba-tiba Presiden UMNO di masa itu memberi isyarat kepada kalangan agama dalam UMNO supaya berdebat, dengan tajuk secara unilateral pihak UMNO yang menentukannya tanpa berunding dengan pihak PAS, pihak UMNO melantik pengerusi dan penentuan masa. PAS menerima dengan terbuka. Akhirnya PAS dipujuk membatalkan debat dengan UMNO, padahal UMNO lah yang membuka pintunya. Akhirnya UMNO terpaksa diselamatkan oleh perisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang mengisytiharkan pembatalannya seperti perisytiharan tarikh puasa dan hari raya.

Saya bentangkan senario tersebut semata –mata untuk pengetahuan generasi muda yang belum lahir atau belum baligh di masa itu , kerana ada kalangan yang tidak ada pengetahuan hujung pangkalnya lalu membuat kenyataan tanpa pengetahuan yang sebenarnya.


Mendahului Arab Spring

Apa yang penting bagi kita semua ialah tidak kedengaran lagi suara dari kalangan orang Melayu yang bercakap bahawa politik tidak ada kaitan dengan agama ataupun yang berani menghina hukum Islam seperti yang berlaku dalam tahun 80an dahulu. Di sini kita mendahului Arab Spring yang masih mencetuskan kalangan nasionalis Arab yang menghina Islam. Maka saya nasihatkan kepada ahli PAS tidak melatah dengan permainan kalangan UMNO yang masih jahil atau hanya mencari kesempatan tanpa batas halal dan haram atau tanpa perhitungan dosa dan pahala.

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan hamba-hamba (Allah) ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat sejahtera dari perkara yang tidak diingini." (al-Furqaan : 63)
Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
10 Januari 2013

PRSB : Sejarah perjalanan gerakan Islam di Tanah Melayu boleh dijadikan contoh jatuh bangunnya, sabar jadi resepinya, masih lagi belum berupaya  untuk memerintah Persekutuan Malaysia walhal sudah lama berjuang, dakwah secara silmiah dan beransur-ansur ini terbukti berkesan dalam memahamkan rakyat khususnya dalam membenteras fahaman sekular (yang terkandung dalam amanat Haji Hadi) walaupun memgambil masa yang amat panjang.

Kefahaman masyarakat majmuk dalam hukum Hudud yang terbukti masyarakat non-muslim pun sekarang rata-rata di Malaysia tidak takut, malahan mengalu-alukan berikutan dengan kadar Jenayah yang tinggi yang tak dapat dibendung oleh undang-undang sekular ciptaan Barat (penjajah). 

Tanah Melayu telah dijajah lebiih awal dari negara arab semenjak 1511M iaitu selama 446 tahun mendahului sejarah penjajahan di negara timur tengah dan umat islam di sini terpaksa menghempas pulas mempertahankan akidah dan perlu diketahui ulamak pondok dan pasentren cukup banyak berjasa memainkan peranan dalam menjaga agama.

Selasa, 4 Disember 2012

Himpunan Kebangkitan Rakyat Johor Meriah


Lautan rakyat Johor kelmarin membanjiri Dataran Rakyat, Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor malam kelmarin.

Walaupun pada awalnya disebelah petang terdapat sedikit hujan, namun kehadiran luar biasa ini menunjukkan semangat perubahan politik rakyat negeri ini.

Program pada sebelah malamnya bermula dengan ucapan wakil-wakil badan bukan kerajaan NGO yang membawa agenda perjuangan hak rakyat.

Antaranya termasuk NGO Anti-PPSMI, Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Gerakan Mansuh ISA (GMI), Hak Air Untuk Semua (Haus), Gabungan Menuntut Royalti Kelantan 'R', Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak), Gabungan menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), NGO Pengerang, serta NGO alam sekitar dan Anti Lynas.

Turut berucap menyemarakkan lagi himpunan kebangkitan rakyat malam tadi ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Tuan Haji Muhammad Sabu yang merupakan Timbalan Presedin PAS.

Mereka telah memberi ucapan penutup sekaligus menjawab beberapa tuduhan - tuduhan songsang yang dikemukakan oleh Umno sepanjang perhimpunan agung parti itu.




Oleh : Umar /nusajayakini
Main sentimen Melayu tapi tanah dipijak milik ‘Umno’ – Anwar

BATU PAHAT 3 Dis: Orang Melayu usah terpedaya dengan jarum politik Umno yang cuba menyalakan api perkauman melalui bait-bait lagu ‘Warisan’.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata lagu ‘popular’ Biro Tata Negara (BTN) sengaja diputar pada Perhimpunan Agung Umno untuk meraih simpati orang Melayu.

“Menyanyi lagu ‘anak kecil main api. Kemudian, (ada bait lagu) ‘tanah dipijak milik orang”. Milik orang mana? Milik pemimpin Umno!

“Cuba tanya. Berapa harta Daim (Zainuddin). Berapa harta Najib Razak. Berapa harta keluarga Dr Mahathir?

“Kemudian mahu cakap soal Melayu. Ini cakap pembohong dan penjilat,” katanya depan lebih 15,000 rakyat pada Perhimpunan Kebangkitan Rakyat di Batu Pahat, Johor kelmarin.

Umno memperalat bait-bait lagu itu untuk dimomok kepada perwakilan parti itu hingga ada mereka menyangka hak Melayu terhakis jika Pakatan memerintah.

Sedangkan, kekayaan negara dibolot segelintir pemimpin Umno dan kroni mereka.

Anwar kesal kerana Umno sejak Perhimpunan Agung 1998 hingga kini hanya memaki dan memfitnah beliau tetapi mengabai isu dasar untuk kepentingan negara.

“Sampai sekarang maki saya. Kenapa tak bincang ekonomi, kenapa tak kritik isu kontrak, balak dan tanah yang hilang? Mana Pemuda Umno?

“Kamu fitnahlah banyak mana pun. Sekarang Umno sudah jadi parti yang tak relevan, yang hidup dalam penafian. Kasihan…” sindir Anwar.

Isnin, 19 November 2012

Cubaan Lagakan DSAI Dengan TGHH Isu Jawatan PM Gagal


  • Zulaikha Zulkifli
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tiada masalah sekiranya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi perdana menteri seperti yang disyorkan oleh seorang perwakilan Dewan Ulama di Muktamar PAS ke-58.

"Tiada masalah... tiada masalah. Tak ada apa. Kita boleh bincang dengan baik," kata Anwar ringkas ketika ditanya pemberita selepas merasmikan Konvensyen Halatuju Pendidikan Negara di Universiti Selangor (Unisel) Shah Alam hari ini.

ceramah selamatkan malaysia pas shah alam 090111 anwar ibrahim dan
 hadi awangSemalam, perwakilan Dewan Ulama PAS Pusat, Hairun Nizam Mat Hussain menegaskan Abdul Hadi merupakan calon terbaik untuk menjadi perdana menteri.

Bagaimanapun, pada sidang medianya, Abdul Hadi berkata seorang pemimpin diajar dalam Islam bahawa tidak boleh minta untuk menjadi pemimpin.

"Kita anggap (jawatan itu) satu amanah berat dan besar. (Ia) satu tanggungjawab. Apa yang penting kita ambil alih Putrajaya dulu.

"Siapa jadi PM, diterima oleh rakyat. Yang menyatukan rakyat. Tegakkan keadilan untuk rakyat, kita terima... Saya sanggup jadi nelayan balik," kata Hadi.

Bagaimanapun, menurut Sinar Harian, pada Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke-IV Jumaat lalu, Penasihat DAP Lim Kit Siang mengumumkan dan melantik Anwar menjadi perdana menteri kerana, katanya, beliau merupakan calon yang paling layak.

Lim berkata, pendirian itu dibuat untuk menyelamatkan negara daripada amalan rasuah yang semakin berleluasa.

PRSB : DAP anggap DSAI yang juga ketua pembangkang calon paling layak mengikut kacamata mereka, wajar sebab PKR menang banyak kerusi parlimen berbanding DAP dan PAS, kalau PAS nak TGHH jadi PM kenalah menang majoriti kerusi PR dalam PRU13 nanti.

Jawapan DSAI melegakan semua pihak khususnya dalam PAS dan ianya tidak boleh diambil kesempatan oleh Utusan, TV3 dan media UmnoBn untuk melaga-lagakan perasaan ahli di bawah.

Wakil Dewan Ulama Ust Hairun  dan wakil PAS Wilayah dan Pahang yang juga seorang ustaz yang memperkecilkan peranan Ikhwan Muslimun yang selama ini menjadi rujukan gerakan Islam dunia pun mestilah berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan bimbang kita semakin memperbanyakkan musuh (termasuk musuh dalam jamaah kononya tak tulin perjuangannya) tetapi dalam masa yang sama telah mengurangkan kawan dalam jamaah PAS ini, bagaimana nak menang kalau asyik menaruh sangka buruk terhadap saudara sendiri.

Harap tak akan ada lagi muktamar selepas ini membincangkan Ulama lawan Profesional, dulu almarhum Ust Fadzil Noor dah bahas dengan lumat isu ini sehingga akhirnya muncullah istilah " Memprofesionalkan Ulama dan Mengulamakkan Profesional"



Jumaat, 21 September 2012

Menteri Andam-mengandam Kena Saman TG Haji Hadi

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini menyaman Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berhubung tulisannya yang mengandungi unsur fitnah.

Fail tersebut difailkan Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pagi tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman Mazwan dan Nasar.
(Gambar: Ahmad Samsuri bersama peguam bercakap kepada media.)

Tuan Guru Abdul Hadi menamakan Mashitah sebagai defendan pertama dan akhbar Sinar Harian sebagai defendan kedua.

Bercakap kepada pemberita, Ahmad Samsuri menyifatkan tulisan berbentuk fitnah tersebut keterlaluan dan memalukan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
"Sebelum ini kita sudah minta Mashitah dan Sinar Harian buat permohonan maaf terbuka tapi mereka tidak berbuat demikian maka kita ambil tindakan samanlah," katanya yang ditemani peguam Mazwan Johar dan Nasar Khan.
Sebelum ini, Shamsuri berkata pihaknya akan mendapatkan nasihat peguam sebelum satu langkah diambil berhubung tulisan tersebut.

Pada 2 Mac lalu, Mashitah dalam tulisannya di akhbar Sinar Harian mengaitkan penahanan Ahli Majlis Tertinggi PKR, Badrolamin Baharon dengan beberapa skandal seks kononnya membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat.

Dalam tulisannya, Mashitah menyebut Abdul Hadi pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu dan mengambilnya sebagai isteri ketiga, bagaimanapun ia dinafikan Abdul Hadi. -Hrkh

Khamis, 12 Julai 2012

Lakonan lelaki misteri tanpa baju ala al-maunah gagal

SANDIWARA AL-MAUNAH BAHAGIAN 2 DI PANGGIL MAT SAIKO


Suka-suka jer wanita ini pegang aurat lelaki...pusat pun aurat bro...

KOMENTAR TUKAR TIUB


berita wajib diyakini
apabila ledakan berlaku di wtc pada 9/11
pada awalnya semua orang pecaya ini kerja usama

tetapi beberapa hari kemudian
cerita dan kesah mula bocor
ini kerja orang dalam

apa yang berlaku pada 9/11 itu
din panggil: mengolah persetujuan

mengolah persetujuan ialah melakukan sesuatu
untuk meminta rakyat
untuk meminta pengundi
bersetuju dan menyokong

mengolah persetujuan
untuk menyediakan suasana
yang lebih baik untuk melakukan
kejahatan yang besar



BETUL KE MATI ATAU SANDIWARA?





PENCERAHAN DARI PEMBACA

belajar tinggi,kerja bagus,tapi takkan bapak jual nasi lemak,suami pemandu lori,apa kes ni bro..lain macam la jalan cerita mereka ni...ada rasa pelik sikit dalam statment paper ni..meragukan
By Hamidi Fizie Bin Ahmad on SANDIWARA ITU BERSAMBUNG LAGI - HAIRAN BIN TAKJUB... on 7/11/12

arwah tu (kalau betul da mati) dikatakan seorang blogger. Tapi bila jenguk blog dia, hanya mula blogging bulan Jun. http://jayanegara1234.blogspot.com nama blog pun pelik - macam hentam je nama,macam nama yg sebarang taruk je.

nama tak mencerminkan ke-Imammahadi-an. kahkahkah pastu dikataan wanita itu pembaca setia blog. kepala bana apa blog baru mula bulan jun boleh popular. mamat tu bukan public figure, macam mana blog boleh popular.
By ninja turtle on SANDIWARA ITU BERSAMBUNG LAGI - HAIRAN BIN TAKJUB... on 7/11/12


"Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut. Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali.

Utusan" Macamana tembak kat tangan leh mati? berita baru dikatakan ditembak di ari-ari? huh Bagaimana 2 orang nak gulingkan kerajaan dengan sebilah pedang samurai?? adeh
By Anonymous on SANDIWARA ITU BERSAMBUNG LAGI - HAIRAN BIN TAKJUB... on 7/11/12

Isteri pemandu lori bersama seorang lelaki menyerang JPM.. agak saspens.. wanita itu Kelulusan UIA :) ingatkan lulusan matshusiro dari Jepun.. Motif masih tak dapat diketahui ke? pejadah serang JPM kalau pi bank dapat gak rompak duit hahah..
By Anonymous on SANDIWARA ITU BERSAMBUNG LAGI - HAIRAN BIN TAKJUB... on 7/11/12

perdaa....satu hari tanpa otak politik boleh tak....semua benda yang tak elok semua UMNO ke....?jangan sampai nanti anak dalam kandungan isteri pun cakap UMNO punya kerja....?tolong fikir kejap?
By Anonymous on APA KAH INI SATU SANDIWARA AL- MAUNAH BAHAGIAN DU... on 7/11/12

hairan bin xjub bin peelik ayah umur 55 thn anak umur 47 anak kedua plak 2
By Anonymous on SANDIWARA ITU BERSAMBUNG LAGI - HAIRAN BIN TAKJUB... on 7/11/12

belajar UIA keje penolong pengurus ermm... kawin dengan driver lori ermm...1 lagi pelik polis tak call family tunggu bapak pompuan tu yang call. pelik...
By Anonymous on SANDIWARA ITU BERSAMBUNG LAGI - HAIRAN BIN TAKJUB... on 7/11/12

Dorg tak siasat pulak kat mana dorg beli pedang samurai tu? Nota - hang rasa logik ka org gila pi putrajaya lepas tu boleh buat2x gila libas pedang. Dasat org gila kat malaya sekarang nie. Time nak gila boleh bawak pedang. Lepas nie mesti ada plot sakaliau kapal ka, bot ka kapal terbang ka tak pung bas. Mcm mana dorg buat scrip mcm kita dah tau.
By Anonymous on SANDIWARA ITU BERSAMBUNG LAGI - HAIRAN BIN TAKJUB... on 7/11/12

TT baca laporan kat sinarharian rasa ada letak semua nama..
By Anonymous on SANDIWARA ITU BERSAMBUNG LAGI - HAIRAN BIN TAKJUB... on 7/11/12

nasib lah anon 1:50. kalau awak bodoh tapi duduk diam-diam pasti tak ada yang tau. ini nak juga tumpang sekaki. kan dah kena belasah!
By Anonymous on SANDIWARA BERSAMBUNG LAGI - DARI SEDIH JADI SERAM on 7/11/12

Heran bin ajaib bin bengong wa di buat nya
By 6803man sarawak on SANDIWARA ITU BERSAMBUNG LAGI - HAIRAN BIN TAKJUB... on 7/11/12

Ala google je banyak gambar salah satunya,.. http://khairulryezal.blogspot.com/2012/07/jpm-diserang-lelaki-samurai-sudah.html Itu la BH dan Utusan tak laku semua nak kena filter gambar orang mengamuk ni ganas.. kah kah kah
By Anonymous on APA KAH INI SATU SANDIWARA AL- MAUNAH BAHAGIAN DU... on 7/10/12

Bro, kalau lu baca blog dia (http://jayanegara1234.blogspot.com/2012/06/hidup-dan-mati-apa-yang-dipertaruhkan.html) cuma ada 17 entri jer tu pon bulan Jun thn ni,FB plak (https://www.facebook.com/khalil.afandi.1) nmpk sgt baru create, ntah betul ke tak mati?? ni 'storyline' tak cukop ngam laa nk kasi box office kakakaka
By Anonymous on APA KAH INI SATU SANDIWARA AL- MAUNAH BAHAGIAN DU... on 7/10/12

Selasa, 26 Jun 2012

TG Haji Hadi Ziarah Dr Haron Din



(Ustaz Hadi berbual dengan Dr Haron di Bangi hari ini)

BANGI: Perkara pertama yang dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebaik saja tiba dari luar negara adalah menziarahi Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Ustaz Hadi tiba dari Abu Dhabi hari ini dalam rangka lawatan kerjanya ke luar negara termasuk menemui pemimpin Ikhwanul Muslimin yang baru menang pilihan raya.

Beliau menziarahi Dr Haron Din yang mula sihat selepas menjalani pembedahan jantung kali ke 5 di Amerika.

Walaupun belum dapat memenuhi apa-apa program di luar, Dr Haron yang merupakan Timbalan Pengerusi Harakah kelihatan ceria.

Beliau memohon maaf kepada semua ahli dan pemimpin PAS kerana masih belum dapat memenuhi sebarang undangan majlis di luar. -Hrkh

Jumaat, 20 April 2012

Sabar Atas Ujian Wahai Bob Kuman : TG Haji Hadi


President PAS Lawat Bob, Bantulah... 



  
PETALING JAYA, 18 April 12: “Dapat juga saya jumpa Tok Guru,” kata Bob Kuman tatkala menerima kunjungan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di rumahnya di Seksyen 11, Kota Damansara, malam tadi.


Tuan Guru Abdul Hadi dan rombongan termasuk Nazir Masjid Kota Damansara menziarahi Bob selepas menyampaikan kuliah Maghrib di masjid berkenaan.


“Rupa Tok Guru macam arwah ayah saya,” kata Bob sayu sewaktu Tuan Guru memasuki biliknya di apartmen Salvia.



Bob atau nama sebenarnya, Husni Mohd Rawi memberithau arwah ayahnya telah mewakafkan sebuah rumah untuk dijadikan markas PAS di kampungnya di Negeri Sembilan. Beliau menunjukkan gambar arwah ayahnya kepada Tuan Guru yang disimpan di dalam laptopnya. (Gambar atas)


“Saya tak minta,” kata Bob sewaktu Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menghulurkan sumbangan daripada ahli jemaah dan pihak masjid (kanan).


Walaupun kunjungan itu hanya seketika sahaja, namun Bob Kuman yang teruja dengan kehadiran Presiden PAS meminta supaya mendoakan agar kesihatannya bertambah baik.

Ustaz Abdul Hadi menasihatkan Bob Kuman supaya banyak bersabar dengan musibah yang dihadapi itu.


Menurutnya, setiap musibah yang merupakan ujian daripada Allah itu akan menghapuskan dosa dan diberikan pahala di atas kesabaran menghadapinya.


Harakahdaily dalam laporan sebelum ini memetik tulisan dalam blog Mazidul Akmal Sidek, personaliti TV3 mengenai Bob Kuman. Menurut blog itu, Bob kini amat memerlukan mesin dilengkapi tangki oksigen namun setakat ini tidak mampu untuk menyewa keperluan itu.


“Bang, sekarang ini saya hanya ada RM36 dalam akaun simpanan,” bisiknya kepada penulis blog itu. Bob kini sedang berada dalam keadaan lemah, tidak mampu bergerak, apatah lagi untuk keluar dari rumah.
Kepada pembaca yang ingin membantu Bob, sila hubungi Razali di talian 016-2315812. Manakala akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI, Maybank 112371007047) (Hrkh)

Selasa, 17 April 2012

AWAS! Jangan Cuba Tipu Kami : TG Haji Hadi

Awas cara Terengganu tawan Selangor 


KUALA LUMPUR, 17 April: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberikan peringatan, taktik Umno merampas Terengganu pada pilihan raya 2004 akan digunakan semula di Selangor dalam pilihan raya akan datang ini.

Beliau memberi peringatan ini dalam wawancara khas dengan Harakahdaily baru-baru ini.

"Di Terengganu, kita kalah dalam pilihan raya 2004 bukan kerana penolakan rakyat tetapi melalui pengundi yang diangkut masuk.

"Mereka akan ulang cara ini di Selangor dalam pilihan raya akan datang ini," kata anggota Parlimen Marang itu memberikan amaran kepada petugas Pakatan Rakyat di Selangor.

PAS telah menang dalam pilihan raya umum 1999 di Terengganu dengan mendapat 27 dari 32 kerusi DUN yang ada namun dalam pilihan raya 2004, kerusi PAS hanya tinggal lima sahaja.

Bagi beliau, pendekatan begini satu penipuan yang kotor lagi najis kalau ia dinilai dari perspektif demokrasi sebenar yang sepatutnya adil dan bersih.

Menurut beliau, dalam postmortem yang dibuat oleh PAS selepas pilihan raya umum 2004, beberapa kawasan di Terengganu didapati berlaku peningkatan sehingga 2 peratus undi kepada PAS.

Berlaku juga di sesetengah kawasan penurunan undi untuk PAS sehingga 2 peratus.

"Tetapi di negeri Kelantan, ada kawasan yang menurun undi PAS sehingga 6 peratus. Tetapi apa yang berlaku, Terengganu kerajaan PAS jatuh tetapi kita bertahan di Kelantan," kata beliau.

Untuk Parlimen Kemaman, kata beliau, berlaku pertambahan undi berlipat kali ganda yang di luar dari kadar kelahiran manusia di kawasan itu.

"Dianggarkan pertambahan pengundi di Kemaman adalah 17,000 pengundi baru (berbanding pilihan raya 1999).

"Kawasan lain pun ada juga fenomena yang sama," kata beliau dalam wawancara khas itu.

Bagi Abdul Hadi, jentera pilihan raya Umno dan Barisan Nasional (BN) bukanlah kuat sangat tetapi mereka telah menggunakan jentera kerajaan.

"Mereka kuat dengan jentera kerajaan. Sepatut tak berlaku macam itu kerana  masa pilihan raya, ia hanya caretaker government (kerajaan sementara)," jelas beliau.

BN juga, katanya, menggunakan 100 peratus media yang ada dan menghalang parti lawan mereka menggunakan media itu yang bukannya milik BN.

"Saya yakin, jika pilihan raya akan datang ini berjalan dengan bersih, kita akan tawan semula Terengganu," beritahu beliau. -Hrkh

Khamis, 12 April 2012

Pegawai kerajaan jangan sembelih diri sendiri : TG Haji Hadi

 

 

 

 

 

Task Force IC Warga Asing: Nak Pertahan Melayu Bukan Dengan Cara Menipu - Hadi

Task force': Pegawai kerajaan jangan sembelih diri sendiri

KUALA LUMPUR : Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) menyifatkan tindakan Umno menubuhkan 'task force' untuk mendaftar pengundi warga asing satu tindakan mencabul konsep perlembagaan yang amalkan demokrasi sebenar.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pegawai kerajaan jangan terpengaruh dengan pemberian duit dan pangkat dari Umno kerana ia hanya menyembelih diri sendiri.

"Jangan jadi umpan untuk pegawai kerajaan dapat duit dan pangkat kerana ia hanya sembelih mereka sendiri.

"Bila bersara nanti, tidak dihormati masyarakat, bila mati akan dikutuk oleh masyarakat, itu nasihat saya lah," kata Abdul Hadi mengulas penubuhan 'task force' khas oleh Umno untuk mendaftar warga asing menjadi pengundi.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar baru-baru ini mendedahkan penglibatan beberapa orang termasuk pegawai kerajaan dalam 'task force' untuk mendaftarkan warga asing sebagai pengundi.

Bagi Abdul Hadi, yang lebih malang lagi adalah orang Melayu yang terpengaruh dengan hujah kononnya tindakan ini dibuat untuk menjaga kepentingan politik Melayu.

"Malangnya yang paling tertipu adalah orang Melayu yang beragama Islam kerana mereka percaya dengan alasan inilah cara untuk pertahankan Melayu dan Islam.

"Pertahankan Melayu dan Islam bukan cara tipu, kena guna jati diri Islam. Yang hakis Melayu adalah kerana kerja-kerja penyelewengan yang dibuat Umno sebelum, semasa dan selepas pilihan raya,"
kata Abdul Hadi dalam wawancara khas dengan Harakahdaily.

Bagi beliau, kerja menipu melalui Mykad dan daftar pemilih bukan saja menghasilkan kemenangan yang rapuh untuk BN tetapi ia bakal menjadi sebab kejatuhan BN

Beliau juga kesal dengan tindakan ini kerana tindakan untuk mempertahankan kuasa, mereka sanggup memanggil sendiri penjajah datang untuk menjajah negara.

"Sangat malang politik negara ditentukan oleh orang luar, orang asing yang kita panggil untuk jajah diri sendiri.

"Ini tindakan yang sangat salah dan sangat silap," kata Abdul Hadi.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan kepada Umno agar belajar dari negara barat.

"Kita kena belajar dengan barat yang kalah pilihan raya dan jatuh belajar dari kesilapan untuk naik balik," kata beliau.

Beliau juga memaklumkan, PAS mempunyai maklumat BN menggunakan duit dan pegawai kerajaan dan pasukan keselamatqn untuk kawal tempat menyediakan Mykad untuk warga asing.

"Ini kita tahu semua," kata beliau kesal. -Hrkh


Rabu, 14 Mac 2012

TG Haji Hadi Ziarah Mangsa Bah KL

Presiden PAS lawat mangsa banjir Lembah Jaya


AMPANG, 13 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini meluangkan masa melawat mangsa yang dilanda banjir di Lembah Jaya di sini.

(Abdul Hadi memberikan sumbangan kepada salah seorang mangsa banjir)

Beliau yang bergerak dari parlimen, tiba di Surau Insaniah yang dijadikan bilik gerakan utama di Kampung Lembah Jaya Utara kira-kira jam 3.15 petang tadi.

Kehadiran beliau disambut Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz, Persuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman dan pimpinan diperingkat kawasan.

Beliau kemudian diberi taklimat oleh Khasim kira-kira 15 minit berhubung operasi menyelamat dan keadaan terkini mangsa banjir.
Selepas itu Abdul Hadi turut dibawa melawat ke kediaman penduduk yang teruk terjejas disamping menyampaikan bantuan berupa barangan keperluan harian kepada mereka.

Pada sidang media selepas itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat atas tindakan segera serta perihatin terhadap mangsa-mangsa banjir.

"Saya ucapkan terima kasih kerana keperihatinan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dalam membantu mangsa-mangsa banjir.

"Dan jelas kita dari Pakatan Rakyat turun lebih awal serta bersikap proakif dan mengambil langkah yang lebih wajar," jelasnya.

(Adun Lembah Jaya, Khasim memberikan taklimat kepada Abdul Hadi dan Dr Rani)

Tambahnya lagi, tindakan yang diambil oleh Pakatan Rakyat amat berbeza jika dibandingkan dengan kerajaan yang mana mereka perlu mendapat arahan serta kelulusan terlebih dahulu.

"Jentera kita akan terus turun walaupun tanpa arahan, ini satu sikap yang positif untuk tunai tanggungjawab tanpa mengira fahaman politik.
"Mereka adalah rakyat kira dan kita bertanggungjawab terhadap sesiapa yang menjadi mangsa banjir," katanya.

Unit Amal



(Anggota Unit Amal yang bertugas membersihkan kawasan banjir bersolat di atas salah satu jalan yang mereka bersihkan akibat banjir)

Sementara itu, Unit Amal PAS adalah antara pihak yang paling awal membantu mangsa banjir di kawasan ini.

Selain membantu mangsa, mereka juga bersama-sama membersihkan kawasan yang kotor selepas banjir berlalu.

Namun sebagai petugas parti Islam, mereka tidak pernah melupakan kewajipan mereka walaupun di mana sahaja.

Ini adalah antara bukti mereka sentiasa dekat dengan Pencipta mereka yakni Allah dengan menunaikan sembahyang walaupun di mana sahaja mereka berada. -Hrkh

PRU 13 berasingan antara pusat dengan negeri Pakatan

Pilihan raya berasingan selepas bincang dengan MB



(Sidang media Pakatan Rakyat di Parlimen)

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, langkah mengadakan pilihan raya berasingan antara negeri dan pusat perlu mendapat persetujuan bersama.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan Pakatan Rakyat akan membuat keputusan sama ada melaksanakan PRU-13 berasingan dengan kerajaan persekutuan selepas berbincang dengan semua menteri besar negeri yang ditadbirnya.

Keputusan bersama itu diputuskan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang berlangsung di Parlimen tengah hari tadi.

Menurut Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan menyelaraskan mesyuarat bersama semua menteri besar Pakatan Rakyat untuk mendapatkan kata sepakat.

"Mesyuarat itu akan dihadiri pemimpin negeri Pakatan Rakyat untuk mendapat kata sepakat tentang keputusan sama ada hendak ada pilihan raya berasingan dengan persekutuan," katanya.


Rakyat asing mengundi





(Abdul Hadi berkata sesuatu kepada Anwar dalam sidang media mereka)

Sementara itu, Anwar turut melahirkan kebimbangan apabila rakyat asing diberi hak warganegara dimasukkan dalam senarai pengundi baru kemudian diberikan hak mengundi.

Tambahnya, berdasarkan maklumat terkini selepas Mimos membuat kajian akhirnya menunjukkan kecelaruan tentang ketelusan proses daftar pemilih.

Hasil daripada itu, tegas Anwar sebanyak 106,000 nama pemilih dipotong dan setakat ini seramai 100 nama pengundi diletakkan dalam satu alamat sebanyak 522 kes telah dikesan.

"Kita bimbang perkara ini tidak dibersihkan, maka daftar pemilih akan terus dipertikaikan,"katanya.

Turut sama menghadiri mesyuarat itu termasuklah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub serta Ketua Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusof dan Timbalannya Dr Siti Mariah Mahmud. -Hrkh

Jumaat, 6 Januari 2012

Ana akan hadir : TG Haji Hadi


KUALA LUMPUR, 6 Jan: "Saya akan hadir, dan untuk ahli PAS pula, terserah masing-masing," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) ketika ditanya apakah beliau akan hadir dalam perhimpunan aman 9 Januari ini.

Perkara ini disampaikan Setiausaha Politik beliau, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kepada Harakahdaily.

Manakala itu Dewan Muslimat PAS, Dewan Pemuda dan PAS Selangor membuat keputusan akan menyertai perhimpunan aman di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 9 Januari ini.

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi meminta mana-mana pihak tidak salah faham dengan perhimpunan tersebut dengan menganggap ianya merupakan sokongan peribadi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Muslimat PAS akan memberi sokongan kepada perhimpunan pada 9 Januari bukan semata-mata atas isu Anwar.

"Isu Anwar adalah sebahagian yang menampakkan kepincangan sistem kehakiman negara, tetapi lebih daripada itu ianya adalah manifestasi kebencian rakyat terhadap kezaliman Umno BN yang mencampur adukkan sistem pengasingan kuasa iaitu Eksekutif, Perundangan, Legislatif dan Kehakiman," katanya kepada Harakahdaily, hari ini.

Pimpinan PAS Selangor juga memutuskan untuk turun 9 Januari ini, kata Pesuruhjayanya, Dr Rani Othman.

"Kita akan bersama presiden di sana. Dalam perbincangan di peringkat negeri juga, kita sudah putuskan akan turun," katanya kepada Harakahdaily.

Pemuda PAS pula sedang memobilisasi ahlinya untuk turun pada perhimpunan tersebut.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, pemuda memberi komitmen untuk mencapai sasaran 100,000 orang yang ditetapkan oleh penganjur.

"Jika Datuk Seri Najib kena zalim pun kita akan turun," kata Nasrudin.

Bersama Presiden

Aiman turut berkata, muslimat tidak perlu takut untuk bersama-sama 9 Januari ini atas kapasiti parti kerana Presidennya sendiri, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan pimpinan tertinggi yang lain sudah menyatakan komitmen untuk menyertai perhimpunan tersebut.

"Muslimat tidak perlu ragu-ragu kerana PAS sendiri termasuk Presiden kita akan turun bersama-sama. Jadi tidak ada masalah di peringkat parti," katanya.

Zalim kepada mahasiswa

Sementara itu, beliau menambah sudah tiba masanya rakyat berani menyatakan kebencian terhadap kerajaan Umno BN yang bertindak zalim ke atas mahasiswa sendiri.

Sambil mengucapkan tahniah kepada kebangkitan mahasiswa yang menuntut Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dimansuhkan, Aiman berkata mahasiswa sekarang sudah bijak berfikir dan bertindak tanpa mengabaikan pelajaran.

"Muslimat juga mengucapkan syabas dan tahniah di atas kebangkitan gerakan mahasiswa yang bermula daripada Adam Adli dan tragedi berdarah di UPSI.

"Muslimat berpendapat mahasiswa pada abad ke-21 ini mesti lebih cekap dan cerdik iaitu meletakkan pelajaran nombor satu tetapi gerakan kebangkitan rakyat bukan di tempat kedua.

"Yang paling penting dalam kehidupan seorang manusia apabila dia dapat melawan kelemahan dalam dirinya dan juga melawan kezaliman di sekelilingnya," tegasnya.

Harakah Daily

Kempen 901: Taat keputusan Jamaah, Salahuddin jawab Hasan Ali



Salahuddin Ayub

SHAH ALAM - Naib Presiden Salahuddin Ayub menegaskan Pas hanya mempunyai seorang presiden dan oleh itu setiap ahli perlu patuh arahan ketua, bukannya pihak lain berhubung keputusan menyokong perhimpunan Bebaskan Anwar 901.

Mengulas kenyataan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali semalam, Salahuddin berkata, partinya tidak memiliki presiden lain selain Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sehubungan itu tegas beliau, Hadi sendiri akan sama-sama menyertai perhimpunan Bebaskan Anwar 901, Isnin ini.

"Apa yang setiap ahli perlu dengar dan lihat ialah daripada arahan presidennya. Kita tidak ada presiden lain. Presiden sendiri akan turun pada hari itu (9 Januari), jadi sekarang tidak timbul apa-apa masalah lagi," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Semalam, Hasan berkata perhimpunan Bebaskan Anwar 901 Isnin ini tidak perlu disertai dan tidak wajar diadakan kerana tujuannya hanya membabitkan isu peribadi seorang pemimpin, bukannya soal masyarakat.

Tambah Salahuddin, beliau menyerahkan kepada ahli Pas dan rakyat untuk membuat penilaian terhadap kenyataan Hasan semalam. "Itu saya serahkan pada ahli dan rakyat untuk menilai apa yang telah beliau (Hasan Ali) katakan semalam. Saya tidak mahu mengulas apa-apa," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tidak harus timbul isu berhubung keputusan mengambil bahagian dalam perhimpunan Isnin ini.

"Kita sudah membuat keputusan untuk menyertai perhimpunan, jadi tidak timbul langsung isu... kita buat keputusan (menyertai perhimpunan) dalam mesyuarat baru-baru, pimpinan Pas akan turun sama," kata beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang.

"Ya, ya, kita kena menghormati apa yang telah diputuskan oleh parti," katanya lagi.

Selain itu kata beliau, keputusan untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan Isnin ini juga merupakan "keputusan bersama dicapai dalam mesyuarat Pakatan Rakyat.

Jumaat, 23 Disember 2011

Kambing yang bersendirian akan di baham serigala : Nasihat TGHH

Tamatkan Persengketaan Akurlah Nasihat Presiden

Oleh: wan_jtk


Khadam Perjuang Islam yang mulia (Tuan Guru Presiden PAS) telah pulang dan meluangkan masanya dan sanggup menghadapi risiko tidak pupular pada mata sesetengah pihak yang mungkin berat menerima.

Anggaplah kita dalam situasi perjanjian Hudaibiyah dan Taatilah Presiden... Tanggalkan Pakaian Ihram dan Sembelihlah binatang ternakan... Pulang lah bersama Presiden yang tercinta...

Dr Hassan Ali, semoga Allah menyelamatkan mu dengan taufiq dan hidayah...

POLITIK ISLAM ADA FEQAHNYA

Ditulis oleh Presiden PASKhamis, 22 Disember 2011 16:50

Peringatan ini ditujukan khusus kepada seluruh kepimpinan dan ahli PAS, serta masyarakat di Malaysia secara umumnya, dalam kita mendepani permasalahan yang sedang berlaku di waktu ini.

Firman Allah :

وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُواْ كَافَّةً فَلَوْلاَ نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَائِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُواْ إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ

Maksudnya : (Dan bukanlah semua orang-orang yang beriman itu keluar berperang. Mengapa tidak ada satu kumpulan di kalangan mereka yang bertafaquh (belajar dan memahami) ajaran Islam dan supaya mereka pulang memberi peringatan apabila kembali menemui kaum mereka, mudah-mudahan mereka menerima peringatan). (At-Taubah:122)

Sabda Rasulullah S.A.W.

مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ

(Sesiapa yang Allah menghendakinya menjadi seorang yang baik nescaya dijadikannya Faqeh (faham ) dalam perkara agama Islam). Riwayat Bukhari Muslim

Kedua–dua nas ini menunjukkan bahawa Islam itu bukan sahaja semangat yang berkobar-kobar dan ilmu secara bertulis, dalam masa yang sama ianya mempunyai disiplin ilmu serta memahami cara pelaksanaannya. Semua bidang dan lapangan ajaran Islam hendaklah dipelajari bukan sekadar sebagai satu ilmu, tetapi dalam masa yang sama hendaklah memahami cara beramalnya.

Allah S.W.T. memerintah kepada sesiapa yang memperuntukkan masa hidupnya dalam perjuangan supaya mengambil masa untuk belajar daripada kalangan yang belajar dengan faqeh (faham). Apabila belajar, maka hendaklah pula daripada kalangan ahli ilmu yang bukan sahaja faham, bahkan beramal dan berjuang dengan ilmu yang dipelajari itu dengan kefahamannya yang tulen dengan penuh istiqamah.

Perkataan feqah pada zaman awal Islam merangkumi semua ajaran Islam. Kemudiannya para ulama mengkhususkan istilahnya kepada hukum syariat sahaja. Adapun perkara yang berkait dengan iman atau aqidah dinamakan Usulu Al Din atau ilmu Tauhid atau Aqidah dan yang berkait dengan akhlak pula dinamakan Akhlak atau Tasswwuf.

Mafhum bahasa Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. merangkumi seluruh ajaran Islam hendaklah dilaksanakan secara Feqah atau faham, khsusnya dalam perkara hukum syariat yang tidak ada nas yang nyata atau bergantung dengan ijtihad. Sirah Rasulullah S.A.W. dan para Khulafa Al Rasyidin banyak menunjukkan huraian yang nyata, betapa perlunya ajaran Islam itu dihayati dengan Feqah (Fahaman) bukan sahaja dengan ilmu. Feqah bukan sahaja seperti difahami oleh masyarakat awam hanya dalam perkara ibadat, sembahyang, puasa, zakat dan haji; bahkan merangkumi segala ajaran Islam. Khususnya dalam perkara politik yang dilupakan atau dijahilkan oleh sebahagaian besar umat Islam.

Ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah, yang juga merupakan amalan berpolitik yang membawa kepada tegaknya negara dan masyarakat madani, Rasulullah S.A.W. telah menggunakan khidmat seorang bukan Islam yang berpengalaman dengan jalan pintas yang selamat dan cepat sampai ke Madinah. Sudah tentu seorang bukan Islam yang dipercayai akan menyimpan kerahsiaan menjaga keselamatan, dan benci kepada kezaliman walau pun tidak menganut Islam.

Di Madinah pula dilaksanakan amalan menegakkan negara, dengan kekuatan umat Islam sendiri di kalangan Muhajirin dan Ansar, seterusnya melibatkan kaum bukan Islam di kalangan Yahudi, Kristian, Musyrikin Arab dan membenarkan kewujudan kalangan munafiq dalam masyarakat Madinah. Semuanya mengambil kira ayat-ayat Al Quran yang memberi amaran supaya berwaspada terhadap musuh dan ayat-ayat yang mengizinkan dan mewajibkan Islam disampaikan kepada seluruh manusia dan pelaksanaan Islam terhadap seluruh manusia juga.

Maka pengajian secara feqah (faham) sahaja boleh melaksanakan risalahnya dengan istiqamah, bukan sahaja memahami nas secara ayatnya yang zahir, termasuk juga meletakkan pelaksanaannya pada masa, tempat dan situasi yang berbeza. Banyak ayat-ayat Al Quran diturunkan dan hadith-hadith Rasulullah S.A.W. bersandarkan sebab yang berlaku sekiranya memerlukan penjelasan.

Apabila Rasulullah S.A.W. menerima perjanjian Hudaibiyyah, manakala para sahabat merasakan perjanjian itu berat sebelah dan tidak berpehak kepada Islam, bahkan lebih berpihak kepada musuhnya. Bermula dengan pihak musyrikin (i) menolak penggunaan Bismillah, (ii) menentang dicatit nama Muhammad Rasulullah, (iii) membenarkan mereka yang berada di Madinah melarikan diri ke Makkah, sebaliknya tidak membenarkan orang Islam di Makkah berhijrah ke Madinah, (iv) dilarang meneruskan amalan umrah walau pun Rasulullah dan para sahabatnya sudah berpakaian ihram dan lain-lain.

Rasulullah S.A.W. bertegas dengan keputusan menerima perjanjian Hudaibiyah tanpa wahyu diturunkan, tetapi berpandukan ketajaman bacaan Rasul terhadap Feqah politik semasa, dan para sahabat mentaati secara mutlak kerana kerasulannya. Akhirnya perjanjian yang diterima memberi kemenangan yang besar kepada Islam dan menerima kunjungan kabilah yang datang menganut Islam dengan jumlah berlipat kali ganda sebelumnya.

Dalam perkara yang lain, Allah S.W.T. mengajar Rasulullah S.A.W. dan para sahabat R.A. melaksana dan mematuhi Syura secara tegas dalam peristiwa Uhud dengan firman Nya yang bermaksud :

وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

(Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam mengendalikan urusan. Maka apabila engkau telah berazam (dengan keputusan ) maka berserah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berserah kepadanya).

Ayat ini menunjukkan kepada kita konsep bermesyuarat dan kepatuhan kepada keputusan yang diambil dan mengharapkan pertolongan Allah selepasnya, walau pun selepasnya menerima tamparan korban dan kecederaan. Ini adalah cara bermesyuarat dalam Feqah berjamaah khususnya dalam politik.

Semua kenyataan tersebut adalah menjadi pedoman kepada sesiapa yang mahu berpolitik secara Islam. Bagi mengemaskini supaya ajaran Islam dilaksanakan secara Feqah, maka para ulama merangka kaedah-kaedah ilmu yang berkait dengannya yang dinama ilmu usul feqh, maqasid syariat dan siyasah syari’yyah.

Bagi memelihara ajaran ini dilaksanakan, maka Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mewujudkan MAJLIS SYURA ULAMA sebagai badan yang berwibawa mengikut perlembagaan PAS untuk memelihara amalan Islam secara Feqah Islam yang sebenar. Badan yang dianggotai oleh kalangan ilmuan Islam yang mampu memahami sumbernya yang tertinggi : Al Quran, Hadith, Ijmaa, dan Qiyas yang nyata. Majlis Syura Ulama bertanggungjawab melakukan kajian dan ijtihad secara Jamaei dalam menghadapi cabaran semasa dengan sistem ilmu-ilmu yang berkait dengannya. Keanggotaan Ahli Majlis Syura pula mewakili seluruh cabang kepimpinan tertinggi PAS.

PAS telah berjaya menghadapi semua pengalaman di sepanjang perjuangannya sejak ditubuhkan, sama ada secara bersendirian, bersefahaman dengan : kerajaan, pembangkang dan NGO, Islam dan kalangan bukan Islam.

Pendekatan politik mutakhir bersama Pakatan Rakyat adalah menjadi penerusan amalan politik Islam secara feqah, bukannya secara remeh temeh. Kejayaan dicapai apabila kalangan bukan Islam menerima konsep perlembagaan, Islam menjadi agama negara dengan hak yang diberi secara adil kepada penganut agama lain, hak Bumiputra, Bahasa Kebangsaan dan Raja Berpelembagaan.

Perlu diingat, bahawa UMNO yang menjadi teras kerajaan BN gagal mencapai matmatnya setelah memerintah lebih lima puluh tahun, kerana tidak menjadikan Islam mengikut makna Al Quran dan ajaran Rasulullah S.A.W. Apakah tempoh masa lebih lima puluh tahun tidak mampu melakukan muhasabah ?.

Seluruh ahli PAS wajib bertambah yakin bersama perjuangan di atas bahtera PAS dengan setiap pengalamannya walau pun tidak diberi hak yang adil, inilah sifatnya perjuangan Islam. Kita wajib menyedari bahawa semua tindakan bersendirian telah mengugurkan sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan dalam PAS. Namun PAS tetap selamat dan menjadi Parti Islam yang makin gagah perkasa menghadapi cabaran pasang surut perjuangan Islam.

PAS terus istiqamah dengan perlembagaan tertingginya yang dijamin oleh kumpulan yang berwibawa. Sesiapa yang cuba berlagak pandai tanpa ilmu yang sebenar pasti tersungkur dengan lagaknya, dan sesiapa yang berilmu dan menganggap dirinya paling bijak dalam PAS secara individunya tanpa peduli terhadap adab berjamaah dalam Islam, akan menjadi mangsa serigala politik yang menjadi musuh perjuangan Islam, inilah sikap membahayakan diri sendiri yang diberi amaran oleh Rasulullah S.A.W.

الشَّيْطَانُ ذِئْبُ ابْنِ آدَمَ كَذِئْبِ الْغَنَمِ ، فَإِنَّ الذِّئْبَ يَجِيءُ فَيَأْخُذُ الشَّاذَّةَ وَالنَّاحِيَةَ وَالْمُنْفَرِدَةَ ، فَالْزَمُوا الْعَامَّةَ

(Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala yang menangkap manusia , laksana serigala yang menangkap kambing yang terpencil daripada kawanannya dan yang berada disudut yang menjauh diri daripada kawanannya). Dalam Musnad Ahmad.

PAS terus terbuka kepada semua yang bersedia bersamanya bagi melangsungkan perjuangan menegakkan Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh manusia.

Sesiapa yang menyertai PAS wajib mengikut haluan dan hala tujunya serta cara perjalanannya yang tersendiri, berlandaskan Islam secara feqah dan bukan hanya berpaksikan semangat tanpa ilmu dan faham.

Khadam Perjuangan Islam
PRESIDEN PAS

Isnin, 12 Disember 2011

Dokumen Negara Berkebajikan (Yuran Universiti Percuma)

Dinar Emas, Yuran Universiti Percuma Antara Janji Negara Kebajikan Pas



SHAH ALAM : Penggunaan dinar emas dengan meluas, yuran universiti percuma bagi pelajar miskin dan geran tanah pegangan bebas (freehold) bagi semua kediaman adalah antara dasar yang bakal diperkenalkan Pas jika rakyat memberinya mandat mentadbir negara pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Janji-janji tersebut terkandung di dalam dokumen Negara Berkebajikan Pas yang menampilkan 10 agenda utama merangkumi bidang politik, ekonomi dan sosial yang parti itu akan laksanakan pada penggal pertama pemerintahannya jika Pakatan Rakyat mengambil alih negara.

Dokumen itu dilancarkan hari ini oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata ia merupakan manifesto Pas pada pilihanraya akan datang.

Antara dasar lain yang ditawarkan adalah skim pembiayaan kesihatan nasional bagi mereka yang tiada perlindungan insurans. Pas juga akan menetapkan supaya 15 peratus tenaga kerja disemua peringkat haruslah diisi oleh warga yang berumur 35 tahun ke bawah.

"Agenda di dalam dokumen Negara Berkebajikan ini akan dimasuk sekali ke dalam agenda Buku Jingga yang menjadi agenda berasama dalam Pakatan Rakyat,"katanya.

Abdul Hadi berkata demikian dalam satu sidang media selepas melancarkan Dokumen Negara Berkebajikan di sini hari ini.

Parti Islam itu melancarkan dokumen tersebut selepas Muktamar PAS Jun lalu, sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Dokumen ini juga antara lainnya menghayati semangat kebersamaan dan permuafakatan politik Pakatan Rakyat sebagaimana termaktub dalam Dasar Bersama perikatan tersebut.

Mengulas lanjut iltizam ini, Abdul Hadi berkata isu moral pemimpin ada kunci bagi merealisasikan sebuah kerajaan berkebajikan dan bertanggungjawab.

"PAS dan Pakatan rakyat telah membuktikan dalam pentadbiran kerajaan negeri di bawah kuasa kami, tiada apa-apa bukti salah laku yang kami lakukan," katanya.

"Bila moral (pemimpin) baik, harta yang sedikit boleh dikendalikan dengan syarat tidak boros, tidak menyeleweng, kalau harta banyak sekalipun, ditadbir oleh pemimpin yang moralnya runtuh, tidak ada apa faedah hanya sedikit sahaja hasil diturunkan kepada rakyat," tambah Abdul Hadi.

Abdul Hadi dengan tegas berkata idea Negara Berkebajikan yang juga merupakan perjuangan bersama Pakatan Rakyat ini bukan sahaja amalan lazim negara demokrasi malah ia juga adalah amalan sesebuah kerajaan yang dituntut islam.

Abdul Hadi menambah, kerajaan bukan sekadar bertanggungjawab membantu meringankan beban rakyat malah kerajaan boleh diibaratkan sebagai khadam yang menjalankan tanggungjawab memakmurkan sesebuah negara.

"Ada kalanya kerajaan yang memerintah hanya menjalankan tanggungjawabnya semasa musim pilihanraya, ia dilakukan bukan kerana amanah tetapi untuk memancing undi rakyat.

"Oleh itu, kami (Pakatan Rakyat) tampil memperkenalkan kepimpinan yang bertanggungjawab untuk menunaikan amanah rakyat,"jelas Abdul Hadi.

Ahad, 10 Julai 2011

Bersih 2.0 hanya mukadimah, kami tunggu respon kerajaan - TG Haji Hadi




Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 9 Julai: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberikan amaran, perhimpunan Bersih hari ini hanya mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan PAS sedang menunggu respon kerajaan.

(Presiden PAS dibebaskan dengan cara polis menghantarnya ke rumahnya lewat petang semalam)

"Kita memberi amaran kepada kerajaan BN, bahawa ini mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan jika sekiranya mereka tidak sedia membuat perubahan kepada pilihanraya dan demokrasi,bantahan dan kebangkitan lebih besar boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan tidak semestinya sebelum pilihanraya, tetapi juga selepas pilihanraya. Kita tunggu dan lihat respon kerajaan," kata Abdul Hadi.

Beliau berkata demikian selepas dibebaskan oleh polis petang tadi. Bagi Abdul Hadi, penagkapan terhadapnya bukanlah satu perkara besar.

Abdul Hadi menjadi salah seorang dari 1401 orang yang ditangkap polis ekoran perhimpunan Bersih 2.0 hari ini.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.

Kenyataan Media Presiden PAS Berkaitan Bersih

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang datang dari seluruh negara menyertai himpunan Bersih ini. Alhamdulillah semua mengikut arahan pimpinan dengan tidak melakukan keganasan terhadap pihak polis dan sesiapa sahaja termasuk harta benda awam, walaupun sebahagian kita diganasi.

Ini kerana tujuan kita adalah untuk menyampaikan mesej demokrasi dan pilihanraya yang adil dan bersih, melibatkan pengundi yang benar-benar bertanggungjawab, media yang bebas dan pembentukan semula SPR yang benar-benar adil dan sebagainya.

Tuntutan kita ini memberi gambaran aman dan damai dan bukannya ganas dan melampau. Penyokong Bersih dan Pakatan Rakyat telah menunjukkan budaya demonstrasi yang baik. Walaupun diprovokasi pihak polis, mereka tetap bersabar. Saya ucapkan tahniah kepada yang ditangkap polis. Ini merupakan satu sumbangan awal yang positif.

Disamping itu, kita memberi amaran kepada kerajaan BN, bahawa ini mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan jika sekiranya mereka tidak sedia membuat perubahan kepada pilihanraya dan demokrasi,bantahan dan kebangkitan lebih besar boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan tidak semestinya sebelum pilihanraya, tetapi juga selepas pilihanraya. Kita tunggu dan lihat respon kerajaan.

Penangkapan saya bukanlah suatu yang besar, kerana masih ramai penyokong kita yang merengkok dalam penjara bertahun-tahun sejak zaman berzaman. Apapun kita sedia bertarung di mahkamah dengan barisan peguam yang lengkap dan mahkamah mesti bebas daripada cengkaman pentadbiran BN.

Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang
Presiden Pas

Isnin, 13 Jun 2011

PAS selesai lantik AJK, Pesuruhjaya



Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 12 Jun: Mesyuarat pertama Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat yang dipengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, hari ini selesai membentuk kabinet penuh parti itu.

Ianya menyaksikan Datuk Mustafa Ali kekal sebagai Setiausaha Agung dengan dibantu tiga penolong setiausaha Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Ahmad Sabki Yusuf.

Jawatan Bendahari pula bertukar kepada Datuk Abdul Halim Abd Rahman manakala Dr Mohd Hatta Ramli yang sebelum ini penyandang jawatan itu diberi amanah sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat.

Ketua Penerangan pula akan dipegang oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagi jawatan AJK PAS yang dilantik pula, mereka adalah Nasharudin Mat Isa, Idris Ahmad, Asmuni Awi, Anuar Tahir, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Zulkefly Mohammad Omar dan Abang Ahmad Kerdee Masagus.

Perkara itu diumumkan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang media di Pejabat Agung PAS sejurus selesai mesyuarat pertama itu.

"Kita telah membuat perlantikan dan dipersetujui sebulat suara.

"Perlantikan ini berkuatkuasa serta merta dan setiausaha akan mengantar surat kepada mereka," katanya.

Bagi Pesuruhjaya PAS negeri pula menyaksikan lima negeri mengalami perubahan iaitu Terengganu- Abdul Wahid Endut, Negeri Sembilan- Mohd Taufek Abdul Ghani, Selangor- Dr Abd Rani Osman, Melaka- Adly Zahari dan Sabah- Aminuddin Halim.

Kesemua negeri lain bagaimanapun kekal seperti senarai berikut:

Kelantan- Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz
Pahang- Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Johor- Datuk Dr Mahfodz Mohamed
Perak- Ust Abu Bakar Husin
Kedah- Datuk Seri Azizan Abdul Razak
P.Pinang- Ust Salleh Man
Perlis- Ust Hashim Jasin
Wilayah Persekutuan- Ust Mohd Noor Mohamad
Sarawak- Ust Adam Ahid

Senarai AJK PAS Pusat Sesi 2011 - 2013

PRESIDEN
1. Abdul Hadi Awang, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji
TIMBALAN PRESIDEN
1. Mohamad Sabu, Hj
NAIB PRESIDEN
1. Husam Musa , YB Dato’
3. Mahfuz Omar, YB Dato’
6. Salahuddin Ayub, YB
AHLI JAWATANKUASA KERJA
1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz
2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz
3. Abdul Wahid Endut, YB Hj
4. Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz
5. Amiruddin Hamzah, YB Ir.
6. Azizan Abdul Razak, YB Dato’ Seri Ustaz
7. Dzulkefly Ahmad, YB Dr
8. Hanipa Maidin, Hj
9. Hassan Mohamad Ali, YB Dato’ Dr.
10. Kamarudin Jaffar, YB Dato’
11. Khalid Abd Samad, YB Hj.
12. Mahfodz Mohamed, Dato’ Dr.
13. Mazlan Aliman, - 804 undi
14. Mohd Amar Abdullah, YB Dato' Ustaz
15. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr.
16. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr.
17. Nuridah Salleh, Ustazah
18. Siti Mariah Mahmud, YB Dr.

Senarai AJK Lantikan sebagaimana di bawah:

Setiausaha: Dato' Mustafa Ali
Bendahari : Datuk Abdul Halim Abdul Rahman
Ketua Penerangan : Tuan Ibrahim Tuan Man

AJK Lantikan: -
Ustaz Nasharuddin Mat Isa
Ustaz Idris Ahmad
Datuk Sri Nizar Jamaluddin
Hj. Zulkifli Mohd Omar

Abang Ahmad Abang Mad Agus (Wakil Sarawak)

Pesuruhjaya PAS Negeri : -
Selangor : Dr. Abdul Rani Osman
Terengganu : Abdul Yahid Endon
Negeri Sembilan : YB. Taufek
Perak : Ustaz Abu Bakar Husen
Pulau Pinang : YB. Ustaz Salleh Man
Perlis : YB. Haji Hashim Jasin
W. Persekutuan : Haji Mohd Noor Mohd
Sabah : Haji Aminuddin Alim
Melaka : Adly Zahari
Johor : Datuk Mahfodz
Sarawak : Hadi Adam Akhir

Rabu, 8 Jun 2011

Akhirnya impian Fadzil Noor tercapai -pandangan penulis Tionghua


Liew Chin Tong
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiVqID75wcL0soOQe2Y8GI1Zz85bBRuFN4Uoka40iIMb3v0yLrh7xBV36UHo7JjoBphh96uKb2veCoepmgw2c5wbNsWM2sys7MqFUS2e9yo2k7i1nbZveTH3BWLPXxyENdouGyshHZ_FKgT/s400/fadzil-noor.jpg
Selepas pimpinan PAS mengumumkan Dokumen Negara Islam pada 2003, setelah dicabar oleh Perdana Menteri pada masa itu Mahathir Mohamad, ia menjadi salah satu faktor utama parti itu tewas teruk dalam pilihan raya umum 2004.

Daripada 27 kerusi Parlimen yang dimenanginya dalam PRU 1999, PAS hanya mampu kekalkan 6 kerusi Parlimen. Banyak pihak mengatakan PAS kehilangan undi bukan sahaja dari kalangan bukan Islam tetapi juga dari orang Melayu yang dikatakan "resah" dengan konsep negara Islam parti itu

Sebenarnya Dokumen Negara Islam 2003 adalah kosep yang berlawanan dengan cadangan asal yang dibawakan oleh Allahyarham Fadzil Noor selaku Presiden PAS, sejak 2001 dalam bentuk Memorandum PAS kepada Rakyat Malaysia - Pemerintahan Islam Dalam Abad ke-21.

Di antara Disember 2001 dan Mac 2002, draf empat muka surat telah dibincangkan oleh sabahat-sabahat PAS termasuk aktivis NGO yang kemudiannya dibawa oleh Fadzil dalam muktamar PAS ke-48 di Kota Bharu, Kelantan pada Mei 2002.

Fadzil yakin memorandum itu yang masih dalam peringkat persediaan itu mampu mencari titik pertemuan pelbagai peradaban, kepercayaan dan pegangan politik rakyat. Baginya, sifat pemerintahan Islam perlu ada syura, pemilihan dan demokrasi kerana pembinaan negara mesti berpaksikan kepada akhlak dan sistem nilai yang tinggi bertunjangkan sistem kepercayaan yang benar.

Beliau turut menjelaskan bahawa pentadbiran yang dicita-citakan PAS ialah yang mendukung kedaulatan undang-undang serta menekankan aspek khidmat dan kebajikan sehingga melahirkan "Negara Berkebajikan" yang diharapkannya dapat memakmurkan negara dengan kebajikan serta mengelakkan kerosakan, pembaziran dan kemusnahan.

Tujuh perkara asas dalam Memorandum itu adalah:

* Masyarakat madani
* Hak saksama (al-musaawah)
* Kedaulatan undang-undang berasaskan syariah yang luas makna dan ruang lingkupnya
* Keadilan (al-'adalah)
* Meritokrasi (as-solahiyah)
* Negara berkebajikan
* Pentadbiran dinamik dan inovatif

Sayangnya, Fadzil meninggal dunia tidak lama selepas muktamar itu, pada 23 Jun 2002, yang mengakibatkan Memorandum itu tidak lagi menjadi keutamaan PAS.

Namun begitu, sebulan selepas perginya Fadzil, PAS menyusun semula Memorandum itu untuk dibincangkan bersama dengan rakan-rakan seperjuangan di luar parti di mana tujuh perkara asas dikekalkan dengan huraian yang lebih panjang.

Apa yang mengejutkan ialah satu dokumen yang berlainan sama sekali telah dikeluarkan pada November 2002 atas nama Dokumen Negara Islam yang direstui oleh Majlis Syura Ulama PAS.

Dokumen itu juga mempunyai tujuh prinsip, seperti mana Memorandum, tetapi ia berbeza dalam banyak segi.

Tujuh perkara asas Dokumen itu ialah:

* Negara undang-undang di mana dijelaskan bahawa hudud, qisasa dan takzir akan dikenakan kepada orang Islam sahaja tetapi yang bukan Islam boleh memilih sama ada menerima hukum itu atau common law
* Sistem khilafah di mana pemerintah mesti melaksanakan hukum Islam, jika tidak mereka dianggap pengkhianat amanah Allah
* Takwa
* Sistem syura (concensus) di mana ia akan membincangkan perkara-perkara yang boleh diijtihadkan sahaja, dan tidak boleh dalam hukum-hukum tetap Islam (qat’i)
* Keadilan dan kesamarataan (al-‘adaalah wal musaawaah) yang dijelaskan tidak sama dengan persamaan (equality) dan sama bahagian (fairness)
* Kebebasan (al-hurriyyah) yang tidak boleh bercanggah dengan syara’
* Ketuanan mutlak (as-siyaadah wal haakimiyah) atau sovereignty yang mana hak ketuanan adalah milik Allah dan tidak boleh diganggu oleh mana-mana pihak.

Walau apa pun niat baik pimpinan PAS dalam menyediakan Dokumen ini, persepsi orang ramai terhadapnya telah menyebabkan parti itu ditolak dalam PRU 2004. Ia dilihat sebagai menakutkan orang bukan Islam dan orang Islam yang berpendirian sederhana.

Menjelang 2007 di mana pentadbiran Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi yang lemah telah membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat, ramai pemimpin PAS terutamanya mereka yang bersikap sederhana telah menyertai gerakan-gerakan mobilisasi demokrasi seperti perhimpinan Bersih yang mendesak kerajaan Barisan Nasional supaya telus dan adil dalam pilihan raya.

Pada masa itu juga PAS mula kembali kepada idea asal Fadzil yang mahu parti itu menjadi lebih terbuka dan berarus perdana dalam menarik sokongan rakyat. Ia juga usaha sesetengah pemimpin PAS untuk membuktikan bahawa Islam bukan sempit ajarannya, Islam adalah untuk semua.

Kejayaan besar PAS bersama PKR dan DAP dalam PRU 2008 meyakinkan banyak pihak supaya parti itu berjuang bersama-sama dalam satu gabungan yang kemudiannya dinamakan Pakatan Rakyat.

Dengan adanya barisan baru PAS yang dipilih dalam muktamar PAS ke-57 di Kuala Lumpur hujung minggu lalu, hasrat Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk meluaskan usaha promosi Negara Berkebajikan dilihat akan membuahkan hasil.
Seperti yang dijelaskan oleh Hadi (gambar kanan), Negara Berkebajikan adalah konsep yang berteraskan Islam dan boleh diterima oleh semua orang tanpa mengira agama dan kaum. Ini bermakna PAS tetap boleh memperjuangkan agenda Islam yang benar-benar memberi manfaat kepada semua manusia.

Memetik kata-kata Hadi, "Kita mulakan dengan pelaksanaan Negara Berkebajikan. Ia ada dalam Islam dan al-Quran. Dalam al-Quran tidak sebut Negara Islam, ia sebut Negara Berkebajikan", ia mengingatkan kita semua kepada apa yang diperjuangkan oleh Allahyrahm Ustaz Fadzil untuk membawa imej Islam yang lebih demokratik, inklusif, terbuka dan adil tanpa mengorbankan prinsip perjuangan PAS.

Sejak 2004, PAS telah melalui jalan yang sukar dan penuh berduri. Rasa kurang keyakinan diri di kalangan pemimpin tertentu PAS juga membuatkan mereka serba-salah dengan tawaran UMNO untuk bersatu padu demi perpaduan Melayu.

Sekarang ternyata impian Fadzil sudah menjadi kenyataan. PAS dilihat sudah bersedia untuk kembali dengan penuh komitmen terhadap Pakatan Rakyat, selaras dengan impian Fadzil yang mahu menawarkan alternatif terbaik kepada rakyat pelbagai kaum dan agama, untuk mengambil alih pentadbiran negara daripada UMNO dan BN.