Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Jumaat, 21 Mei 2010

Non Muslim kuasai barang halal, dimana kita?


Bukan bumiputera monopoli industri halal

Arkib Utusan

KUALA LUMPUR 26 Okt. – Sejumlah 80 peratus pengusaha industri halal di negara ini dimonopoli oleh bukan bumiputera berikutan potensi besar dalam bidang tersebut.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Halal Industri Development Corporations Sdn. Bhd. (HDC), Datuk Jamil Bidin berkata, penyertaan kaum bumiputera dalam bidang itu ketika ini masih rendah iaitu sekitar 20 peratus.

“Hasrat HDC adalah untuk menggalakkan penyertaan bumiputera dalam bidang ini supaya seimbang dengan bukan bumiputera.

“Industri halal amat luas, bukan tertumpu pada produk makanan sahaja, malah ia merangkumi perdagangan, produk pengguna, kosmetik, bahan kecantikan, kesihatan, produk herba dan farmaseutikal,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan program ‘Juara Halal’ di sini hari ini.

Menurut beliau, sejumlah 90 peratus pengusaha yang terlibat dalam industri ini terdiri daripada industri kecil dan sederhana.

Masalah itu telah menyekat peluasan pasaran, khususnya di luar negara yang pada umumnya memiliki peraturan ketat berhubung kelulusan kemasukan produk-produk terutama produk makanan dan farmaseutikal.

“ Sijil ‘Halal’ kita amat diyakini oleh masyarakat global terutamanya di Asia Barat berbanding sijil halal negara lain seperti Thailand.

“ Namun begitu, produk halal Malaysia kurang ditemui di luar negara,” kata beliau.

Jelasnya, perkara itu berlaku kerana pengusaha-pengusaha tempatan terdiri daripada IKS dan kurang mendapat pendedahan daripada segi pengembangan kewangan serta pemasaran.

“HDC dengan kerjasama kerajaan negeri akan mengadakan pameran dan bengkel di seluruh negara bagi memberi kesedaran dan pendedahan mengenai potensi industri halal,” kata Jamil.

Sehubungan itu, HDC hari ini melancarkan program ‘Juara Halal 2007’ sebagai usaha untuk mengasah dan merangsang penyertaan dalam industri tersebut.

“ HDC akan memilih dan mengiktiraf jenama dan syarikat produk halal terbaik, justeru menaikkan reputasinya di peringkat global.

“Program ini juga dibuat untuk menghargai syarikat-syarikat halal yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam mempromosi produk dan perkhidmatan halal serta mempunyai potensi pengembangan perniagaan di luar negara,” tambahnya.

Syarikat yang terpilih dalam program Juara Halal akan mendapat manfaat dari segi akses kepada pelbagai geran kerajaan, insentif dan pinjaman pengembangan perniagaan, katanya.

Menurut Jamil, HDC juga melaksanakan program padanan perniagaan, di mana syarikat-syarikat akan diperkenalkan dengan rakan kongsi luar negara seperti dari Thailand, China, Bosnia, Uruguay dan Brunei.

Produk orang Islam, melayu, lagi suci tapi tak boleh dapat logo Halal?

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 21 Mei: Seorang pengusaha produk makanan ringan secara kecil-kecilan dari Felda Suharto, Kuala Kubu, Selangor mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengamalkan diskriminasi terhadap bumiputera dalam isu pemberian logo halal.

Mohd Rufie Waris dalam aduannya kepada Harakah dan Harakahdaily berkata, beliau yang sudah 20 tahun melibatkan diri dalam bidang itu belum mendapat logo Halal daripada Jakim walaupun sudah berkali-kali memohon.

Lebih menimbulkan masalah apabila bermula awal tahun ini, produk beliau yang dipasarkan di hentian rehat (R&R) arah utara dan selatan tidak boleh lagi diterima peniaga di situ kerana tidak mempunyai logo halal.

Ekoran itu, beliau memberitahu, golongan ibu tunggal yang bergantung kepada perusahaan beliau untuk mendapatkan pendapatan sudah hilang sumber pendapatan.

Mohd Rufie menjalankan perusahaan makanan ringan tersebut dengan cara membeli bahan mentah dan ianya akan diproses oleh beberapa ibu tunggal di kawasan tersebut.

Apabila siap diproses, Mohd Rufie akan mengambilnya dari rumah ke rumah untuk dipasarkan ke kedai runcit di kawasan sekitar dan juga R&R bermula R&R Rawang sehingga ke R&R Bukit Merah bagi laluan utara dan R&R Sungai Buluh sehingga R&R Pagoh bagi laluan selatan.

Namun, bermula Januari tahun ini, produk makanan yang diusahakan tidak lagi diterima peniaga di R&R atas arahan pihak pentadbiran PLUS.

Ujarnya, beliau dimaklumkan peniaga di situ, mereka akan didenda RM10,000 untuk setiap satu barang yang tidak mempunyai logo halal.

"Isunya sekarang ini saya tidak boleh memasarkan barangan saya dan sumber pendapatan untuk ibu tunggal sudah tidak ada. Masalahnya hanya kerana tidak ada logo halal," katanya yang hadir sendiri ke pejabat Harakahdaily hari ini.

Apa yang dikesalkan beliau apabila Jakim seolah-olah meminggirkan golongan pengusaha kecil seperti beliau apabila memberi alasan produk beliau tidak layak menerima logo halal kerana tidak diusahakan secara industri.

Perkara itu ujarnya, dinyatakan sendiri oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hub Halal Jakim, Abdul Hamid Mohamed Salleh sewaktu Mohd Rufie bertemu beliau pada Mac lepas.

"Pada 13 Mas lepas saya pergi berjumpa sendiri dengan Abdul Hamid di pejabat Jakim. Saya buat aduan dan tanya kenapa saya tidak boleh dapat logo halal. Beliau kata sebab saya tidak ikut prosedur. Saya tidak masuk dalam industri, kilang pun tidak ada. Beliau kata kalau usahakan di rumah, memang tidak dapat logo halal.

"Saya bukan emosional tapi saya adalah pembayar cukai. Saya meniaga sudah 20 tahun. Bukan 20 hari. Saya pun membantu ibu tunggal. Ke mana lagi saya nak mengadu?Siapa yang akan bela nasib bumiputera?,".soalnya.

Menurutnya juga, ramai kawan-kawannya yang mengalami nasib yang sama tetapi tidak berani untuk membuat aduan.

"Saya bercakap bukan untuk saya seorang. Banyak pengusaha bumiputera yang mengalami nasib yang sama.Kalau di Selangor ini ada dalam 70 orang pengusaha yang tidak dapat pohon logo halal," ujarnya

Sehubungan itu, beliau merayu agar Kerajaan khususnya Jakim prihatin dengan nasib pengusaha kecil seperti mereka, bukan hanya memberikan logo halal kepada pengusaha yang sudah maju sahaja.

"Saya merayu dan menyerulah bagi pihak kawan-kawan saya,supaya Kerajaan turut membantu peniga dan pengusaha yang baru hendak meningkat naik," katanya.

Ahad, 9 Mei 2010

Gel Herba Serbaguna SMARTGEL



Smart Gel adalah pruduk eksklusif yang dihasilkan melalui nano teknologi.

Ia memiliki kepelbagaian fungsi yang boleh digunakan oleh semua peringkat umur dengan kesan yang menakjubkan dan harga yang sederhana.


RM45.00

ALAT KELAMIN (WANITA / LELAKI)
1.Mengencang / Menguat otot faraj (vagina)/ payudara
2.Mengecut / Merapat dinding saluran vagina
3.Menarik keluar punca berkaitan penyakit kelamin
4.Membantu mengatasi masalah keputihan
5.Membantu melindungi jangkitan bakteria pada alat kelamin (Lelaki / Wanita)
6.Menghindari bau yang tidak diingini (Lelaki / Wanita)
7.Mengharumkan alat kelamin 8. Membantu mengekalkan keanjalan kulit luar alat kelamin

Cara Penggunaan:
•Sapukan Smart Gel ke dalam vagina 2 inci.
•Untuk lelaki hanya sapu pada alat kelamin.
•Tidak perlu dibilas

Dapatkan peramping serbaguna BIOTRIM


Losyen Herba 1001 Guna Dengan Aromaterapi

Natural Contour Lotion

Aromatherapy

RM19.00

Kegunaan -


‘BioTrim’ adalah losyen ‘trimmer’ hebat yang serbaguna. Fungsi utamanya adalah sebagai losyen trim badan. Losyen ini dapatmembantu mencantikkan bentuk badan dan mengembalikan bentuk asal badan pengguna. Diperkaya dengan aromaterapi untuk keharuman tubuh sepanjang hari dan menenangkan minda.

Ramuan -

Diperkaya dengan adunan ekstrak herba asli iaitu Methyl Salicylate, Menthol, Piper Betel, Citrus Hystrix, Peppermint, Melaleuca Alternifolia dan Essential Oils.

Cara Guna -

Basuh dan keringkan permukaan kulit yang hendak disapukan. Gunakan losyen Bio Trim dan sapukan losyen itu ke bahagian badan yang diingini. Urutkan dan gosokkan losyen sehingga kesat. Ulangi proses di atas untuk 3 kali sehari agar dapat hasilan yang menakjubkan.

BioTrim adalah satu ‘Produk Halal’ esklusif dari Bioshop Corporation. Produk ini selamat digunakan seharian untuk semua peringkat umur. Losyen ini BEBAS dari lemak haiwan dan bahan kimia yang memudaratkan.

Diluluskan oleh KKM - MAL 05081493K

Isnin, 3 Mei 2010

Taklimat Bioshop di KLUANG

Kluang : 2 Mei 2010 Satu taklimat mengenai kepentingan mengguna barangan yang diyakini halal lagi baik (mengikut makanan sunnah)telah berjaya diadakan di wisma Al-Umm, Jalan Penghulu Kassim, Kluang.

Tuan rumah yang juga pemilik bangunan tiga tingkat tersebut, Tuan Haji Faudzi Bin Jalil, yang juga seorang kontraktor, telah sudi membenarkan kami mengadakan taklimat di bangunan beliau dan beliau sendiri pada malam itu terus menjadi ahli dan berhajat untuk membangun bersama Bioshop. Produk pertama pilihan beliau ialah Bioflush.

Sdr Shamsudin Jaafar dan Cikgu Haji Abd Karim selaku Ahli Lembaga Pengarah Bioshop turut sama hadir dan memeberi penerangan mengenai latar belakang syarikat, peluang maju bersama Bioshop dan cara-cara menguna dan keistimewaan barangan Bioshop. Turut hadir leader dari Pontian, Sdr Supyan dan rakan-rakan seperjuangan.