Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Rabu, 25 Januari 2012

Jika cina undi MCA membolehkan Umno kekal rasuah







Undi MCA bermakna beri kuasa kepada Umno'


KUALA LUMPUR, 25 Jan: PAS bersetuju bahawa orang Cina sedar, mengundi DAP bermakna memberi kuasa kepada PAS namun mereka juga sedar, mengundi MCA bermakna memberikan kuasa kepada Umno yang perkauman itu.

Demikian kata Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi (gambar) dalam twitternya.

Beliau mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam wawancaranya dengan The Malaysian Insider semalam.

Dalam wawancara itu, Chua Soi Lek mengatakan masyarakat Cina mula kembali ke pangkuan Barisan Nasional (BN) kerana mereka sedar sokongan kepada “DAP akan membuka jalan kepada PAS untuk berkuasa.”


“PAS menjadi parti dominan. PAS yang akan memberi arahan, PAS yang akan memerintah jika mereka (pembangkang) berkuasa.

“Jika mereka berkuasa, PAS akan memerintah,” kata Presiden MCA kepada The Malaysian Insider (TMI) dalam temubual ekslusif minggu lalu.

Dr Chua menegaskan ia adalah fakta dan menafikan ia hanya strategi untuk meraih semula sokongan komuniti Cina pada pilihan raya umum akan datang.

“Ini adalah sesuatu yang komuniti Cina perlu sedar - pengundi DAP berikan kuasa kepada DAP, memperkuatkan DAP (dan) membuka jalan kepada PAS, yang akan berkuasa di peringkat pusat,” katanya.

Dr Chua mengingatkan PAS “hari kemenangan” akan berlalu dengan pantas dan mentertawakan sebarang kemungkinan PKR akan menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat, lapor TMI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan