Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Isnin, 16 Januari 2012

Aku mahu berubah : Zizan Raja Lawak

zizan raja lawak


Assalamua'laikum..

Tadi tengah syok-syok baca berita pasal bola kat facebook, aku terbaca la pasal kisah Zizan Raja Lawak ni. Sapa tak kenal dia, nenek aku pon kenal. Malam-malam nenek aku selalu mesej dengan dia.. Tak caya tanya aku...ngeh3~

Korang nak tau apa perubahan dia? Baca ceritanya kat bawah ni.. Credit to Ubola Network..

Zizan Rajalawak ,

Semua maklum kini Zizan amat selesa bersama Ustaz Azhar Idrus ( Original ). Semuanya gara-gara Hantu Bonceng. :) Ada hikmah khilaf Zizan ketika itu.
Usrah yang lepas, Abang Bob Lokman ada memberitahu, Zizan juga sering menghubunginya. Zizan bukan seperti Zizan yang lalu. Zizan maklumkan kepada Bob Lokman, dia mahu berubah, juga meminta nasihat adakah perlu meneruskan kariernya ...dalam bidang seni atau berhenti terus. Lalu, Bob Lokman meminta beliau meneruskan karier, dengan syarat pilih yang baik, dan menolak yang mana tidak baik.
ustaz azhar idrus

Seorang sahabat usrah saya yang lain berkongsi di sebalik tabir Program Soal Jawab UAI feat Zizan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam beberapa minggu lepas. Rupa-rupanya UAI sendiri yang menghubungi Zizan untuk bersamanya pada program itu. Zizan terus bersetuju walaupun beliau ditawarkan menjadi Emcee untuk Sambutan Tahun Baru 2012 di I City Shah Alam. (pada malam yang sama). Mereka tawarkan Zizan RM18,000.

Zizan menolak tawaran itu kerana mahu bersama UAI di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Apa yang membuatkan saya terharu, Zizan menolak sebarang bayaran yang akan diberikan kepadanya oleh pihak penganjur. (Kerajaan Negeri Selangor). Namun, atas dasar menghormati Zizan salah 1 faktor berjayanya program pada malam itu, mahu atau tidak, Zizan menerima RM1000.
Bayangkan.. ditolak tawaran RM18,000 kerana mahu bersama Ustaz Azhar Idrus. Zizan tidak rugi. Bahkan dia untung kerana bersama UAI dalam majlis Ilmu yang dinaungi para malaikat. Semoga Zizan terus istiqomah. Beringat-ingat dalam berlawak. Selitkan unsur2 dakwah. Allah PASti akan bantu. Insyaallah. :)

Macam tu la kisahnya, kalau betul-betul dia nak berubah Alhamdulillah..Harap-harap lepas ni boleh la menyampaikan dakwah dengan cara yang boleh membuatkan orang suka dengan cara dakwah dia tu. Dakwah ni ada pelbagai cara, tak semestinya dengan caramah je..

So, fikir-fikirlah...dia dah nak berubah, anda bila lagi? (termasuk la aku..)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan