Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Jumaat, 28 Januari 2011

Lebih daripada 1,300 meninggal dan hilang di Brazil


Dahsyat : Korban Banjir dan tanah runtuh pada malam 11 hingga 12 orang Januari menyebabkan 830 terbunuh sementara 518 orang yang lain masih hilang, menurut maklumat Perlindungan Awam yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Perhatikan bahawa sekurang-kurangnya 21.000 orang terpaksa meninggalkan rumah mereka di daerah pergunungan utara Rio de Janeiro.

Dr Haron Din turut kempen

UPU SAWAH BARU - RAKYAT MESTI BERUBAH

Satu majlis ceramah umum telah diadakan di UPU Kg Sawah Baru. Semasa majlis berjalan pihak UMNO Bangang mengganggu kami dengan pertandingan karaoke. Inilah budaya yang diterapkan UMNO..Hiburan dan majlis suka ria yang digalakkan agar anak muda leka dan lalai...
pak tam selaku tuan rumah menceritakan bagaimana nama Kampung Sawah Baru di beri nama. Al Kisahnya kampung ini telah wujud 200 tahun yang lalu. Seorang petani datang ke kampung ini. dan jirannya bertanya hendak kemana? beliau menjawab hendak bertanam padi di "Sawah Baru". Maka kekallah hingga hari ni nama Sawah Baru itu...


Cikgu Mala mengharabkan pengundi Kg Sawah Baru membuat perubahan dan beliau akan membangkitkan persoalan wanita di DUN Johor..InsyaAllah




YB Nurul Izzah
Dato' Harun Din - " PAS tidak menghalang muslimat menjadi calon"...












Berjaya toto dicurigai

Dana Pilihanraya UMNO datang dari 'Sports TOTO'?

Artikel ini telah diterima melalui e-mail dari seorang sahabat,penulisnya mungkin terdiri dari seorang bukan Islam kerana orang Islam adalah diharamkan dari membeli nombor ekor atau 4D.

Penulis juga telah melahirkan rasa curiga tentang beberapa ‘Special Draw’ yang sering diadakan oleh Sports Toto dan beiau juga menggesa semua kaki nombor agar memboikot perjudian yang dijalankan oleh Berjaya Sports Toto itu hingga Suruhanjaya Bebas ditubuhkan bagi menyiasat aktiviti Berjaya Sports Toto itu.

Kecurigaan beliau bermula dengan kemenangan oleh seseorang yang tidak tahu siapa gerangannya kerana ianya tidak pernah diumumkan dalam cabutan Toto Mega 6/52 yang jumlahnya bernilai RM20 Juta.

Begitu juga dengan jumlah yang terkumpul sehingga RM17 Juta dalam cabutan yang seterusnya telah dimenangi oleh seseorang yang tidak diumumkan siapakah gerangannya dan dalam masa yang sama hadiah untuk cabutan Super 6/49 yang bernilai RM13 Juta juga telah dimenangi oleh gerangan yang tidak diketahui siapa.

Tok Guru turun kempen

Gambar : Tok Guru Nik Aziz Di Dun Tenang










L

Tok Guru bidas MCA

LABIS, 27 Dis — Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini membidas tindakan MCA — rakan Umno dalam BN — yang terus-menerus membangkitkan isu negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Mursyidul Am PAS mempersoalkan tindakan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang meneruskan agenda untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Islam di kawasan itu.

Kata beliau, sedangkan Umno sendiri menolak pendekatan Islam dalam politik kerana tidak faham, rakannya MCA tidak wajar menyentuh isu Islam dalam kempennya.

“Dia (MCA) tahu ke ajaran Islam? Macam mana dia boleh cakap benda yang dia tidak faham?


Normala Sudirman (kiri) berceramah bersama TG Nik Aziz Nik Mat ketika berkempen di Kg Redong menjelang hari pengundian Ahad ini. — Foto oleh Choo Choy May

Ubah hati yang keras, Jom solat hajat

Memang tak dapat dinafikan felda kubu umnoBN, ahli pas cawangan felda di tempat ana pun tak berani bertugas di tenang takut kene teropong...itu ahli, kalau bukan ahli lagi...tak tau nak cakap.

Calon kita seorang muslimah pun tak penakut macam tu punya teruk. Ingat, jangan kita takut selain dari Allah yang maha
BERKUASA, bimbang tergelincir aqidah, nauzubillah...

tricky leaks - felda lubuk umno

sebut aje felda, mesti yang ramai mengatakan sukar untuk peneroka felda berubah menyokong pas, memang betullah.

peneroka yang dipilih pun kebanyakannya adalah ahli umno, bagaimana pas nak menang difelda jika hanya dipenuhi oleh ahli ahli umno.

pas hanya memperolehi 20 persen dari keseluruhan pengundi. 80% lagi dikuasai umno. umno tak perlu buat apa apa hanya perlu kenyit mata peneroka felda akan mengundi mereka.

peneroka banyak hutang

bawak le isu apa pun tak akan berkesan, masih akan menyokong umno walaupun umno buat mereka seperti hamba abdi. kesan daripada merasakan masih terhutang budi kepada umno.

umno sajalah dalam diri mereka dan mampu membela mereka. walaupun bergaji tidak tetap masih tetap meyokong umno. jangan lupa falsafah orang umno.

pergerakkan undi dikawasan felda masih bergerak perlahan, mungkin jauh dari jangkaun minda terbuka. umno boleh letak siapa saja calon.

peneroka felda akan tetap memangkah calon umno. sampaikan mereka tutup pintu terus kepada pengempen pas. ada yang nak berubah dah dijeling oleh pengurus felda terus diam.

mereka akan terus dijadikan abdi oleh felda sampai bila bila. tak apalah asalkan masih dikatakan mengenang budi.selagi calon umno boleh mengucap pasti akan disokong.

umnolah segalanya kepada peneroka. semua dah diselesaikan oleh umno. jual tanah felda pun tak apa asalkan boleh pangkah umno. kalau lemas barulah cari orang pas, sepatutnya pertugas biarkan aje yang mana nak lemas hanya pandang dan lihat aje.

tapi pertugas pas begitu prihatin tapi belum mampu menjinakkan hati mereka yang keras. mereka berkata pas menolong hanya untuk mendapat undi sahaja. umno tolong bukan untuk dapat undi gamaknya. bangang.

kepada seluruh penyokong dan ahli pakatan rakyat dan pas, solat hajat le untuk kemenangan islam di tenang. islam makin terhimpit disini.

semakin lama dibiarkan semakin banyak yang akan terhilang dari diri orang melayu. melayu terus hanyut bersama deras arus globalisasi.

soal haram halal sudah jauh ditinggalkan. malam ini tok guru akan memimpin solat hajat di tenang. semoga solat hajat dimalam jumaat ini membawa keberkatan. semoga doa malam ini dapat melembutkan hati hati yang keras.

semoga mereka memangkah pas untuk prk kali ini. cikgu mala perlu dihantar masuk kedewan undangan negeri johor yang sudah jadi rubber stamp. esok 2 hari sebelum berakhirnya waktu kempen. semoga ada sinar dibalik ufuk timur.

Menitis air matanya

Mengapa makcik menangis? ana menangis kerana...

Pandangan orang ramai terhadap calon PAS
Oleh ABD SHUKUR HARUN


Pagi Sabtu lalu, di tengah gelombang puluhan ribu orang yang berkumpul di pusat penamaan calon pilihan raya kecil Dun Tenang, Labis Johor, seorang muslimat berumur pertengahan 60-an, memerhatikan calon PAS – Normala Sudirman - yang lalu di depannya bersama pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat.

Muslimat itu kelihatan sangat gembira dan terharu memandang Normala. Air matanya mengalir dan mengesat dengan tudung labuhnya.

Saya bertanya kepada muslimat itu, mengapa beliau menangis. Wanita itu menjawab segera:

"Saya sangat gembira dengan calon PAS ini. Dia masih muda, kuat semangat, sanggup berkorban. Bertuah sungguh ibu yang melahirkannya."

Muslimat itu tidak dapat bersalam dengan Normala atau Cikgu Normala kerana orang begitu ramai, tetapi, katanya, dia puas hati dapat melihat Normala dari dekat dan mengucapkan shukur kepada Allah s.w.t. dan berterima kasih kepada pimpinan PAS kerana memilih calon, yang sangat baik.

Rakan sebelahnya yang kelihatan lebih muda sedikit membertitahu saya bahawa "Kami bangga dengan Normala dan memang tepat memilihnya menjadi calon. Ini calon yang tepat."

Beberapa orang wanita China yang duduk berteduh di bawah sebuah pohon besar menyaksikan perarakan calon itu turut memuji calon PAS itu. melalui isyarat tangan mereka.

"Itu Cikgu Normala calon yang bagus," kata salah seorang dari mereka.

Di tengah gegak gempita penamaan calon itu, turut sama beberapa pemimpin DAP dari Sabah dan Sarawak. "Kami datang untuk sama-sama membantu calon PAS," kata salah seorang dari mereka kepada saya.

Sementara itu, para penyokong Pakatan Rakyat dari DAP memberitahu saya: "Saya puji calon PAS ini, rugilah pengundi Tenang kalau menolaknya."

Hampir semua yang saya temui, dari kalangan penyokong Pakatan Rakyat mahupun yang mengaku tidak menjadi ahli mana-mana parti politik, memuji calon PAS ini. Malah seorang wartawan senior akhbar berbahasa Inggeris yang saya kenali turut memuji calon PAS ini.

"Dari ucapannya yang saya dengar dia menguasai perkembangan pilitik dengan baik, kata-katanya tersusun, ada wawasan politk yang jelas dan dia memahami suasana politik tempatan dan nasional."

Pemimpin dan penykong DAP serta PKR turut memuji PAS kerana memilih Cikgu Normala sebagai calon di Tenang. Seorang YB DAP berkata, dia gembira wanita PAS memiliki tokoh terbaik seperti Normala.

Perlu disebutkan di sini bahawa walaupun Normala sibuk dengan politik, tetapi dia tidak mengabaikan tanggungjawabnya mendidik anaknya tiga orang itu, bahka anak sulungnya telah mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini.

Bagi penganalisis politik pula, PAS/Pakatan Rakyat mempunyai kelebihan dengan memilih Cikgu Normala dan kelebihan ini tentunya menjadikan pertarungan di Dun Tenang ini begitu sengit sekali di mana pencalonan Normala memberikan impak suckup besar kepada pengundi.

Menurut penganbalisis itu lagi, dengan kekuatan peribadi Normala ini dan parti PAS/Pakatan Rakyat yang diwakilinya, sangat wajar pengundi Tenang memilihnya.

Normala sudahpun bertemu dengan sekian ramai orang – peniaga Cina di bandar Labis, orang kampung, pemandu teksi dan bas, peniaga kecil, peneroka Felda dan sebagai.

Kini sudah semakin ramai berpendapat bahawa generasi baru Felda berbeza dengan sikap politik mereka dengan generasi lama Felda. Generasi baru ini lebih terbuka dan mendapat maklumat dari pelbagai sumber. Malah di kalangan anak peneroka Felda sendiri sudah memiliki facebook, mengukiti twitter, blog dan sebagainya. Ertinya bukan lagi sekedar mendapat maklumat dari akhbar harian biasa dan TV yang menyajikan maklumat terpilih, justru media lama ini adalah milik Umno/BN.

Oleh itu, suasana berbeza dan tidak boleh lagi menyangka bahawa komuniti Felda tertutup. Sebab itu, walaupun kawasan Felda di Tenang diselimuti bendera, poster dan kain rentang Umno/BN, tetapi peluang PAS bertemu dan berkomunikasi dengan komuniti Felda masih tetap ada.

Pemimpin PAS/Pakatan Rakyat dan Cikgu Normala sendiri sudah menjawab semua isu dan tuduhan yang dibangkitkan oleh musuh politik PAS sejelas-jelasnya, seperti isu hudud, negara Islam, isu wanita Muslim bersalaman dengan lelaki dan sebagainya. Semua yang dibangkitkan oleh MCA ini, menurut pemimpin PAS menunjukkan kekagalan Umno untuk menerangkan Islam sebenarnya kepada mereka.

"Yang mereka bangkitkan bukan lagi isu," kata seorang pemimpin PAS dan rakyat sudah ramai yang faham.

Menurut beliau, isu yang mendominasi rakyat sekarang dan begitu penting sekali ialah mengenai harga barang yang naik berterusan, isu perkauman, isu rasuah dan nepotisme, isu penyelewengan dan ketirisan, isu keruntuhgan moral dengan pelbagai skandel, isu jenayah yang berleluasa, isu penagihan dadah oleh remaja Melayu dan pelbagai masalah lagi.

Kenaikan harga barang ini – terutama minyak dan gas - sangat memedihkan rakyat di mana peneroka Felda juga amat terkesan dengan kenaikannya, walaupun mereka tidak banyak bersuara.

Tidak syak lagi, pilihan raya kecil Dun Tenang ini bersekala besar. PAS yang mewakili Pakatan Rakyat mencalonkan Ketua Dewan Muslimat Labis dan bekas guru, Normala Sudirman, 38, BN pula menurunkan Mohd Azahar Ibrahim, 38. Hari mengundi 30 Januari ini.

Sementara itu, Normala berkata beliau percaya pengundi di DUN itu akan membuat perubahan dengan memilih beliau untuk kelangsungan masa depan mereka dan anak-anak. 

"Saya sangat optimis dan berkeyakinan keperayaan ini akan diberikan kepada saya dan saya percaya pengundi di DUN Tenang mampu membuat pilihan terbaik," katanya. 

Sekiranya dipilih, beliau akan memastikan masalah rakyat akan diketengahkan pada persidangan DUN Johor untuk diselesaikan. Umpamanya masalah jenayah, pendidikan, sosial, ekonomi, keadaan bandar Labis serta masalah peniaga di sana.

Katanya, banyak masalah rakyat Labis yang akan dikemukakankannya kepada kereajaan Johor jika beliau dipilih sebagai wakil rakyat nanti.

Normala juga berkata, beliau sudah bersedia untuk memikul amanah dalam memberikan khidmat kepada rakyat khusunya di Dun Tenang.

"Alhamdulillah, Allah memberikan saya keberanian untuk membuat suatu perubahan kerana saya telah mengiltizamkan dalam diri saya perjuangan ini untuk mencari keredhaan Allah," katanya tenang.

Justeru, bekas guru itu menyerahkan kepada pengundi untuk membuat pilihan terbaik pada 30 Januari nanti.

"Saya sangat optimis mandat itu akan diberikan dan saya percaya pengundi di Dun Tenang mampu membuat pilihan terbaik. Pengundi sudah bijak untuk membuat pilihan dan saya serahkan kepada mereka pada 30 Januari ini," katanya tegas.

Taktik lapok BN

Kucing bolehlah kau pers ugut, ni kan negara demokrasi, bukan kukubesi, setiap pengundi boleh memilih mana parti yang nak di sokong, teringat kisah makcik di kampung, yang takut mengundi PAS katanya nanti kena buanng kerja oleh umnoBN, buang kerja???, tanya makciktu balik, makcik kerja apa? jawabnya menoreh getah...astagfirullah...

BN digesa henti ugut pengundi Melayu

KUALA LUMPUR, 27 Jan: Umno dan BN diakui sedang menekan para pengundi di Dun Tenang dengan menggunakan taktir kotor dengan membuat pelbagai ugutan kepada para pengundi di kawasan itu agar tidak menyokong PAS.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh para pengundi di kawasan itu ketika ditemui petugas-petugas PAS dalam kempen pilihanraya kecil Dun Tenang yang akan berlangsung 30 Januari ini.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Siti Zailah Mohd Yusof menjelaskan, kebanyakan para pengundi yang menjadi mangsa ugutan itu terdiri daripada pengundi-pengundi Melayu terutama yang tinggal di kawasan Felda.

Menurut beliau, berdasarkan maklumat yang diterima oleh beliau daripada petugas-petugas PAS di Tenang, para pengundi terbabit sememangnya cenderung untuk menyokong PAS, tetapi mereka takut berbuat demikian disebabkan ugutan-ugutan daripada para pemimpin Umno atau BN yang dikenakan dalam pelbagai bentuk.

"Antaranya, ada yang diugut akan ditarik balik pencen, anak-anak mereka yang bekerja akan ditukar kerja ke tempat lain yang berjauhan dari kawasan itu, bantuan kebajikan akan ditarik balik dan sebagainya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Politik ugutan itu dimainkan oleh Umno atau BN disebabkan mereka sendiri menyedari kedudukan para pengundi di Dun Tenang sekarang yang lebih memihak kepada PAS.

"Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pihak kita, saya berani mengatakan kemenangan sebenarnya sudah berada di pihak PAS jika mereka mengadakan pertandingan di padang yang rata.

"Sokongan orang-orang Cina dan India kepada PAS atau Pakatan Rakyat di kawasan itu sekarang sememangnya memberangsangkan, manakala sokongan daripada orang-orang Melayu pula semakin meningkat.

"Tetapi disebabkan mereka menggunakan taktik kotor terutama politik ugutan, pengundi-pengundi Melayu di kawasan itu menjadi takut untuk menampakkan sokongan mereka kepada PAS, termasuk takut untuk menaikkan bendera PAS dan menampakkan reaksi cenderung kepada PAS," katanya yang juga ahli parlimen Rantau Panjang.

Sungguhpun begitu, beliau yakin, pengundi-pengundi Melayu akan sedar tentang kepentingan mereka memberikan undi kepada PAS pada hari mengundi nanti, sekiranya mereka terus didekati oleh para petugas PAS dan diberikan penjelasan yang secukupnya tentang kelebihan perjuangan PAS berbanding Umno BN.

Dari tinjauan yang dilakukan oleh para petugas PAS juga, katanya, para pengundi Melayu di kawasan itu juga ternyata tidak berpuas hati dengan kepimpinan Umno di Johor termasuk di kawasan itu kerana masih amat banyak isu-isu rakyat yang gagal diselesaikan, walaupun Umno BN telah memerintah negeri itu sejak lebih 50 tahun lalu.

Selain politik ugutan, Siti Zailah turut kesal dengan para pemimpin Umno BN yang masih terus menerus memainkan politik wang dalam pilihanraya Dun Tenang, walaupun ia sudah diketahui umum salah dari segi undang-undang. -harakahdaily

Rabu, 26 Januari 2011

Redah banjir tak jadi masalah

PRK Tenang - Skrip Banjir Umno Kantoi





Hujan yang turun dengan lebat di Pekan Labis benar-benar membantutkan kempen BN secara keseluruhannya dimana petugas-petugas parti yang terdiri daripada soldadu2 MCA dan UMNO kini hanya sekadar memenuhkan kedai mamak disekitar pekan Labis.

Rokok dan teh tarik bergelas-gelas gelimpangan diatas meja. No problem, jentera parti yang minum-minum dan makan-makan di kedai mamak sepenuhnya disponsor oleh parti KIMMA. Sudah kaw-tim. Kepada penyokong BN sila ke kedai mamak KIMMA di Labis sekarang, cukup haaya memakai baju biru (macam samseng yg ganggu ceramah LGE malam tadi) dan berlambang 1Malaysia, makan minum anda FREE sepenuhnya.

Perubahan atau pembangunan???


Apa pengundi Tenang mahu?

Subky Latif

KEMPEN Pilihan Raya Kecil DUN Tenang, Johor antara Cikgu Normala Sudirman dari PAS dengan ADO ‘Tok Ai’ Azahar Ibrahim dari BN bermula dengan parti yang bertahan mendakwa pencabarnya, PAS menabur dan menyebar fitnah serta menyerang peribadi calon.

Mengepalai dakwaan itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin sendiri. Ia dikut oleh semua termasuk calon Tok Ai.

Kempen BN itu bermula dengan giar empat, sedang PAS baru giar satu.

Fitnah adalah asing bagi PAS. Tetapi sebelum wujud arena media baru – Facebook dan laman sesawang, Umno sudah pesat dengan sebaran surat layang. Dari kempen pemilihan cawangan hingga ke Majlis Tertinggi orang ramai menerima surat layang yang sesarat-saratnya yang sarat dengan fitnah dan serangan peribadi.

Ia budaya Umno dan orang Umno mahir dengan teknologi itu.

Tidak mustahil tektik itu diguna bagi memerangkap PAS supaya PAS habis masa untuk menjawabnya hingga terabai kerja kempen yang lain.

Dari laporan media arus perdana yang tentunya memihak kempen BN, semua telah ada. Segala yang dinamakan pembangunan telah memenuhi semua penjuru DUN Tenang dan Parlimen Labis. Tidak lagi yang tidak maju di kawasan-kawasan Felda di situ.

Apabila semua telah ada, apa lagi yang pengundi Tenang mahu? Jika Cikgu Mala menang tidak banyak lagi kekurangan hingga PRU 13 nanti. Jika Tok Ai menang, tidak banyak lagi yang hendak ditambah menjelang PRU 13 nanti kerana semuanya telah ada.

Maka apa lagi yang dimahu oleh rakyat?

Apa yang baru yang rakyat Tenang mahu ialah perubahan. Dalam PRU 12, Mac 8, 2008 dulu hampir separuh pengundi yang mengundi mahukan perubahan. Kebanyakan yang tidak mengundi dipercayai mahukan perubahan.

Hanya orang Melayu dalam Umno tidak mahukan perubahan. Yang di luar Umno mahukan perubahan. Pengundi Cina amat positif dengan perubahan. Yang tidak jadi pengundi tentu berkongsi pendirian dengan pengundi Cina itu.

Kemahuan kepada perubahan itu amat ketara di kalangan pengundi India. Hatta Samy Vellu dan orang nombor duanya di Hulu Selangor tewas bersama calon MIC yang lain. Semua calon pembangkang yang bertanding dengan MIC kecundang.

Kejayaan agen perubahan itu tidak cukup untuk membawa perubahan disebabkan ia hanya dapat mengurangkan majoriti dua pertiga BN di Parlimen. Ia belum dapat majoriti. Di negeri-negeri yang Pakatan kuasai tidak dapat melakukan perubahan total kerana cengkaman kerajaan pusat masih menyengat.

Laporan odit negara memberi kredit kepada perubahan di negeri-negeri Pakatan. Cuma media arus perdana tidak mengakui perubahan itu sudah bermula.

Apakah rakyat masih mahukan perubahan yang belum sepenuhnya dicapai itu?

Tanda-tanda menunjukkan kemahuan mahukan perubahan di kalangan orang Melayu sama kuat dengan yang berpuas hati dengan keadaan yang ada. Tidak berubahpun tidak mengapa asal bersama Umno. Pengundi-pengundi Cina bersabar menunggu perubahan. Sekalipun ia tidak dapat dicapai sepenuhnya sebelum ini, tetapi ia tidak berputus asa untuk mencuba lagi.

Tetapi apa yang berlaku di PRK Bagan Pinang dan di Hulu Selangor menunjukkan pengundi India mulai berubah balik ke belakang. Samy Vellu sendiri sanggup melepaskan pimpinan MIC asal pengundi India kembali menyokong Barisan Nasional.

Malah Perdana Menteri Najib sendiri bersedia untuk memberi apa saja kepada pengundi India bagi menghalang perubahan menyeluruh yang dituntut oleh rakyat.

Jika pengundi India mahu balik ke belakang, apa sebenarnya yang dikehendaki oleh pengundi India dalam pilihan kecil dan pilihan raya umum? Adakah pengundi India mahu apa yang masyarakat India boleh dapat saja atau ia mahu melihat perubahan total yang dihendaki oleh rakyat secara menyeluruh?

Tahun 2008 dulu pengundi India adalah bersama sekalian yang mahukan perubahan. Perubahan itu ialah mendapatkan kehidupan yang lebih baik melalui pemerintahan yang adil, memecahkan kebuntuan perkauman yang membelenggu penduduk, memerangi rasuah dan membasmikan penyelewengan, menyekat amalan boros dan pembaziran; meletakkan polis, SPR, kehakiman termasuk Jabatan Peguam Negara di landasan yang betul.

Adalah wajar pengundi India bertanya apa yang masyarakat India boleh dapat dari perkembangan politik yang ada? Dan sememangnya wajar bagi semua kaum bertanya apa yang kaum masing-masing boleh dapat dari sebuah pilihan raya.

Adalah mustahak sekolah-sekolah Tamil dapat bangunan baru dengan peralatan lengkap dan prasana yang sentiasa terurus. Tetapi ia tidak sama dengan tuntutan membebaskan perkhidmatan polis, mahkamah, jabatan penguam negara, SPRM dan lain-lain dari belenggu kebekuan yang mematikan ruh profesionalismanya.

Belenggu itu menjadikan rakyat, negara dan jenteranya beku, mundur dan hamba.

Memang semuanya sudah ada dalam negara sekarang tetapi keadaan sama seperti rakyat Hong Kong di bawah British. Mereka tidak ada kedaulatan, kebebasan dan kemerdekaan untuk menentukan nasib sendiri. Mereka mahu maruah dan kedaulatan.

Kita ada semua tetapi kita mahukan perubahan supaya kita ada maruah dan kedaulatan. Perubahan itu perlu dituntut oleh semua seperti menuntut kemerdekaan dulu. Ia bukan dituntut oleh orang Melayu saja. Ia ikut dituntut bersama oleh Cina dan India. Perubahan tidak berlaku kalau sekadar dituntut oleh Cina dan Melayu. Penyertaan India perlu seperti yang ditunjukkan tahun 2008 dulu.

Pengundi India di Tenang ada peranan bagi meneruskan perubahan yang sudah dimula itu. Mereka perlu ditanya apakah mereka mahukan perubahan untuk semua? Balik ke zaman sebelum 2008, bererti mengekalkan rasuah, penyelewengan, pembaziran, perkauman, penindasan dan tiada perubahan.

Menuntut perubahan seperti menuntut kemerdekaan semula, mesti dituntut bersama Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Pengundi bukan melayu sokong PAS


Saf pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP) dan ahlinya yang turun padang ke Tenang melihat masyarakat Cina dan India begitu postif terhadap Calon PAS, Normala Sudirman.

Richard Wong, Timbalan Ketua DHPP Perak berkata, mesej ke arah perubahan perlu disampaikan kepada pengundi-pengundi di Tenang.

"Perubahan itu penting bagi menjaga kebajikan dan hak generasi akan datang. Sekiranya mereka mengundi BN, hasilnya tidak sama seperti generasi muda yang terbela di negeri di bawah pimpinan PR" .

Beliau yang turut turun berkempen pagi tadi menyeru pengundi melayu yang masih mempercayai BN agar melakukan perubahan dengan mengenali agama sendiri.

"Jika orang Cina dan India sokong perjuangan PAS, kenapa orang melayu masih takut?

"Bila ada perubahan, akan ada harapan baru," ujarnya.



DHPP juga katanya menyelar tindakan kerajaan terhadap kebajikan peneroka felda yang berhadapan masalah sekiranya harga komoditi kelapa sawit jatuh.

"Apakah nasib peneroka, adakah dibantu?" soalnya.

Nasib generasi kedua felda terhadap isu tanah, pendidikan dan peluang pekerjaan juga turut dipertikaikan DHPP.

Tambahnya, tiada konsep permilikan perkauman di dalam Islam, kerana Islam tidak dimiliki oleh sesuatu kaum. -n05tenang

Gaya elit Tokai terserlah





Calon BN Prk Tenang: Saya suka karaoke, nonton filem, main golf dan melancung.



Sejak diumumkan sebagai calon Barisan Nasional, kehidupan Mohd Azahar Ibrahim, 39, berubah sama sekali. Jadual hariannya padat berkempen.

Biarpun beliau nampak keletihan setelah empat hari berkempen namun Mohd Azahar yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Tok Ai’ ini tidak lokek bercerita mengenai perkara yang disukainya dengan The Star dan mStar Online.
Ikuti temubual yang diadakan di rumahnya, di pekan Labis baru-baru ini.

mStar: Adakah ‘Tok Ai’ mempunyai blog atau akaun laman web sosial seperti Facebook?

Tok Ai: Saya tidak mempunyai blog, tapi saya akaun Facebook untuk saya berhubung dengan rakan-rakan saya sejak enam bulan yang lalu.

mStar: Adakah anda meminati apa-apa cabang seni seperti nyanyian, menari atau bermain alat muzik?

Tok Ai: Kalau menari dengan main alat muzik rasanya tak ada. Tapi kalau menyanyi adalah, saya suka karaoke. Saya suka dengan muzik R&B.

mStar: Menonton wayang satu kemestian?

Tok Ai: Kadang-kadang, saya suka menonton filem aksi terutamanya Die Hard 3, End of Days dan 2012.

mStar: Apakah yang anda gemar lakukan pada waktu lapang?

Tok Ai: Saya suka melancong dengan keluarga pada masa lapang. Antara tempat yang pernah saya lawati, Sydney, England, Ireland, Russia, Dhaka, Scotland dan Beijing.

mStar: Sukan apa yang anda gemari?

Tok Ai: Saya suka main golf dengan kawan-kawan sekurang-kurangnya seminggu sekali.

mStar: Bagaimana anda mendapat gelaran Tok Ai?

Tok Ai: Arwah ayah saya dulu Ketua Kampung. Ketika saya darjah lima, kawan-kawan dan orang kampung mula panggil saya, ‘Tok Ai’. Gelaran itu dipanggil kerana gabungan nama ayah sebagai ketua kampung, ‘Tok’ dan ‘Ai’ itu merujuk kepada saya sebagai anaknya. Sampai sekarang gelaran itu lekat pada saya.

mStar: Binatang peliharaan yang anda sukai?

Tok Ai: Saya tak suka bela haiwan, tapi sejak anak saya suka bela sepasang kura-kura, ‘Lulu dan Lala’ saya jadi suka kepadanya.

mStar: Siapakah idola anda?

Tok Ai: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya meminati gaya kepimpinan dan kebolehan beliau mentadbir negara selama lebih 21 tahun. Kalau artis saya minat pelakon aksi, Steven Seagal.

mStar: Perkara yang anda sukai tentang Malaysia?

Tok Ai: Saya suka tempat-tempat pelancongan menarik yang ada di Malaysia terutamanya taman negara, air terjun, pulau-pulau cantik seperti Pulau Langkawi.

Slogan PAS ganti Umno


Laksanakan 'PAS Ganti Umno' di Tenang

Suhaimi Mokhtar *

PAS
ganti Umno, satu slogan yang progresif, merangsang pembakaran semangat dan daya juang yang perlu dikekalkan momentumnya kerana ia mampu menukar lanskap politik tanahair dalam pilihanraya umum ke-13 nanti.

Slogan yang sarat dengan erti perjuangan ini perlu digilap dan diperbaharui sepanjang masa bagi merealisasikannya menjadi realiti dan tidak tinggal menjadi slogan semata-mata. Penghayatan, dukungan dan komitmen seluruh kepimpinan, ahli dan penyokong PAS mampu nanti memberi inspirasi kepada rakyat, khususnya pengundi terutama generasi muda, antaranya yang mengundi buat pertama kalinya dalam pilihanraya ke-13 ini.

Mulakan perjuangan untuk merealisasikan slogan keramat ini dalam pilihanraya kecil Tenang. Suatu kejutan bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai dan paling kurang majoriti Umno-BN dikubu kuat mereka akan mengecil yang memberi petanda dan isyarat bahawa perubahan besar sedang melanda politik negara.

PAS memang tepat dan wajar mengganti Umno kerana persaingan politik di negara ini sejak pilihanraya pertama 1955 sebelum merdeka lagi ialah antara PAS dan Umno. Pada pilihanraya pra-merdeka pada 1955 untuk memilih 52 orang anggota Majlis Perundangan Persekutuan, PAS ketika itu mampu meraih satu kerusi sahaja.

Tetapi dalam pilihanraya-pilihanraya seterusnya, pada 1959 dan seterusnya, PAS telah membuat kehadirannya dirasakan dan memberi saingan hebat, walaupun mengalami jatuh-bangun dalam perjuangan politik tanahair selama demokrasi melalui pilihanraya diperkenalkan dinegara ini.

Jatuh bangun PAS dalam pilihanraya ada hubungannya dengan persempadanan semula kawasan pilihanraya yang dibenarkan oleh perlembagaan setiap sepuluh tahun sekali di samping kecacatan dan penyelewengan dalam pengundian yang tidakpun dimonitor oleh mana-mana pihak bebas.

PAS mempunyai segala kekuatan untuk mengganti Umno sebagai wadah perjuangan yang bersifat masa. PAS memiliki sifat perjuangan yang lebih releven kerana mengasaskan perjuangan pada Islam.

Setelah lebih 53 tahun Umno memerintah dan menerajui negara maka kini adalah masanya untuk mengubah lankskap politik negara. Berdasarkan pencapaian PAS dan pembangkang dalam Pakatan Rakyat dalam pilihanraya ke-12, maka momentum untuk perubahan dalam pilihanraya ke-13 dijangka
berlaku.

Keputusan-keputusan dalam pilihanraya kecil juga menggambarkan petanda yang baik untuk Pakatan Rakyat menerajui pemerintahan negara selepas pilihanraya ke-13, walaupun ada diantara pilihanraya-pilihanraya kecil turut dimenangi oleh Umno-BN.

Lebih baik bagi Pakatan Rakyat ke Putrajaya, tampuk pentadbiran Kerajaan Pusat, dengan mandat rakyat dalam pilihanraya dari mengharapkan berlaku lompatan parti dari anggota-anggota parti komponan BN untuk menyeberangi ke pihak pembangkang.

Apa yang perlu dilakukan oleh PAS dan parti sekutunya, DAP dan PKR sekarang ialah memperkukuhkan teraju kerajaan negeri yang dikuasai oleh ketiga-tiga parti itu. Rakyat sedang menilai performance pentadbiran kerajaan-kerajaan negeri di bawah pakatan dan membandingkannya dengan performance kerajaan negeri di bawah Umno-BN. Dalam konteks ini Umno-BN mempunyai kelebihan kerana menguasai Kerajaan Pusat.

Kerajaan Pusat membentuk kerajaan dalam kerajaan di peringkat negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat dengan menyalurkan peruntukan-peruntukan projek tertentu melalui jabatan dan agensi pusat di peringkat negeri. Kecualilah grant untuk negeri yang perlu dibayar oleh pusat sebagaimana yang digariskan oleh perlembagaan dalam sistem federalism.

Kerajaan Pusat mengamalkan sikap bermusuh dengan kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang dengan sering menggunakan kuasanya yang tidak mengikut perlembagaan sebagai membalas dendam terhadap pengundi yang mengundi pembangkang. Ini dapat dilihat apabila hak kerajaan negeri yang telah ditentukan dan dimeterai, seperti royalti petrol tidak diagihkan kepada kerajaan negeri.

Ketika PAS menguasai Kerajaan Negeri Terengganu pada 1999 hingga 2004, royalti minyak Terengganu ditarik-balik dan ditukar menjadi wang ihsan dengan menyalurkannya melalui jabatan pusat. Kini hak royalti kerajaan Negeri Kelantan juga disekat. Sikap zalim ini akan menerima padahnya nanti.

Penyalahgunaan kuasa keterlaluan yang dilakukan oleh Umno-BN bertujuan untuk mengekalkan kuasanya yang terus terhakis dan paling buruk ialah pada pilihanraya lalu, apabila Umno-BN kehilangan majoriti dua pertiganya diparlimen yang digarapnya setiap kali pilihanraya sebelumnya. Keupayaan
Umno-BN mengekalkan kuasanya juga kerana kerusi-kerusi yang dimenanginya di Sabah dan Sarawak dan sebagai membalasnya pimpinan Umno melantik ramai pemimpin-pemimpin dari kedua negeri itu dalam pimpinan Kerajaan Pusat.

Umno menggunakan slogan ‘Umno dulu, kini dan selamanya’ bagi mengekalkan kuasa. Tetapi Umno tidak mampu mengekalkan kuasa selamanya dan tanda-tanda kearah itu mulai jelas seperti yang ditunjukkan dalam pilihanraya lalu. Peratus undi popular Umno-BN merudum turun ketahap paling rendah dalam pilihanraya lalu.

Umno-BN bagi mengekalkan kuasa akan mengunakan pelbagai cara yang tidak demokratik dan kerana itu pilihanraya akan datang memerlukan kehadiran pemerhati luar yang bebas bagi menyelia pilihanraya yang dianggap paling kritikal dalam sejarah pilihanraya di negara ini.

Parti pemerintah akan melihat bagaimana keputusn pilihanraya Tenang dan beberapa pilihanraya kecil lain yang menunggu bagi menentukan bila pilihanraya umum hendak diadakan. Pillihanraya Dewan Negeri Sarawak akan memberi isyarat kepada Umno-BN bagi menentukan bilakah pilihanraya umum hendak diadakan, sama ada sebelum tamat tempoh penggal parlimen ini pada 2013 atau lebih awal dari itu.

PAS perlu menambah kerusi kemenangan bagi menggantikan Umno dan PAS mampu melakukannya jika pilihanraya diadakan dengan telus tanpa penyelewengan dan di padang yang sama rata.

Umno-BN telah memerintah terlalu lama menjadikan polisi Umno sudah tidak releven dan tidak semasa dengan kehendak dan inspirasi rakyat terutama genarasi baru yang terpelajar, celik alam siber dan tidak lagi bergantung kepada maklumat tradisi akhbar-akhbar yang dikuasai dan dikongkong oleh kerajaan.

PAS berupaya mengganti Umno kerana sandaran perjuangannya berlandaskan Islam yang mempunyai potensi matlamat yang lebih jauh dan diri berbanding dengan perjuangan Umno-BN yang perkauman dan berpuak-puak mengikut kaum masing-masing.

Perjuangan PAS buat pertama kalinya telah diterima sebagai perjuangan yang melampaui sempadan kaum apabila orang-orang bukan Islam mengundi calon-calon PAS. Calon-calon PAS perlu menunjukkan peribadi Islam yang adil dan saksama dan ciri-ciri inilah yang menagih simpati pengundi bukan Islam
untuk mengundi PAS.

Orang-orang bukan Islam membandingkan keikhlasan dan peribadi pimpinan Umno dan PAS dan ternyata mereka lebih tertarik dengan cara hidup dua orang tok guru yang mencerminkan kepimpinan PAS keseluruhannya, yang membawa cara hidup sederhana dan tawaduk.

Seluruh jentera pilihanraya PAS perlu digembelingkan dari sekarang untuk memenuhi hasrat yang terkandung dalam slogan ‘PAS ganti Umno’.
------------------
Penulis adalah bekas Timbalan Ketua Pengarang kumpulan Utusan Melayu. Beliau pernah menjadi Setiausaha Akhbar Presiden PAS dan Ketua Pengarang Harakah.

Hujan lebat sehari akibatkan banjir

Segamat, Keluang Di Landa Banjir


Johor Bharu, 26 Jan — Hujan yang turun sejak semalam menyebabkan dua daerah iaitu Kluang dan Segamat, menyebabkan mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir, hari ini. Setiausaha Majlis Keselamatan Negeri Johor, Mohamad Yusri Hashim, berkata sehingga lewat petang ini, 27 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan Balai Raya Kampung Lembah Bakti, Labis, selepas kawasan perumahan mereka dinaiki air sehingga paras lutut dan pinggang.

“Daripada 27 keluarga, dua keluarga adalah dari Kampung Lembah Bakti, Kampung Paya Merah Lama (15), Kampung Kangkar Chaah (enam) dan Kampung Orang Asli Selai (empat),” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohamad Yusri berkata seramai 124 mangsa di kawasan Air Panas, Labis, turut dipindahkan ke Sekolah Agama Air Panas apabila rumah mereka dinaiki air. Banjir di Kampung Orang Asli Selai menyebabkan kawasan itu sehingga kini terputus hubungan manakala bah di Kampung Lembah Bakti, Kampung Paya Merah dan Kampung Kangkar Chaah dilaporkan semakin surut, katanya.

Di Kluang, sebanyak 19 rumah melibatkan Kampung Muhibbah dan Kampung Chamek dekat Paloh, dinaiki air. Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan di daerah itu dibuka setakat ini. “Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” katanya

Tayar botak sampai nampak benang


Tak sedar akibat kesibukan mengajar dan bertugas di PRK Tenang sampai tayar depan proton saga 1.3 atau `kereta kebal' ana sebelah depan kiri dah botak licin dan sebelah dalam nampak benang tayar.

Mujur tidak ada kejadian yang tidak diingini semasa berada di jalanraya khususnya semasa menjadi petugas di UPU ladang Bukit Dato, Tenang. lepasni nak pergi lagi Tenang sehingga hari mengundi, pastu insyaalah pergi Merlimau pulak. Ana tak mahu sekadar jadi penonton tetapi nak jadi pejuang yang terlibat dalam proses memenangkan islam.

Kereta ni dah macam kargo, pagi hantar anak ke SRA Ghufran Simpang Renggam, tumpangkan sekali anak abg Yaacub stesen bas terus masuk madarasah yang sepanjang 700m masih jalan merah.

Balik sibuk buka gerai halal pro di surau Kg Shari, amek anak 4 petang dan tunggu sampai maghrib, malam usrah...begitulah rutinnya.

Moga diberi kekuatan, rezeki melimpah dan dijauhkan dari bencana.

Alhamdulillah dapat ganti tayar petang tadi...

Makmal tak ada


Simpang Renggam : Besar sungguh cabaran mengajar di SAR ni, teringat filem bermutu dari seberang `Lasykar Pelangi' buat ana menitiskan air mata, apakah begini nasib sekolah rakyat.

Walaupun Makmal sains untuk Madrasah Masriyah tidak ada kerana kekurangan dana, subjek sains dan yang berkaitan dengan pengunaan makmal diteruskan seperti biasa.

Al-maklum, nak membeli dan menyediakan peralatan makmal memang agak mahal walaupun bilik makmal sudah sedia ada.

Mujur ustaz dan ustazah yang mengajar subjek/madah yang melibatkan makmal begitu kreatif. Guna apa yang ada dan yang penting pelajar faham dan boleh jawab soalan.

Harap dapatlah kiranya dapat melaksanakan sekurang-kurangnya subjek peka sains dengan penggunaan alatan makmal yang ringkas pun kira lumayan juga. Kesian kat pelajar, nak tengok radas dan penunu serta balang pun susah dan hanya dapat lihat gambarnya sahaja.

Dulu khabarnya pernah mendapat kerjasama dari sekolah menengah kerajaan di sini yang mengizinkan pelajar dan guru kita meminjam dan menggunakan makmal sekolah tersebut tapi nak menguruskan pelajar ke sana pun satu hal yang perlu difikirkan...kenderaan, pengawalan, surat minta izin, kerenah dan sebagainya.

Cita-citaku semoga pelajar Madrasah ini dapat menjalani aktiviti makmal dan kelas sebagaimana sekolah lain...moga terkabul.

BN rimas di Tenang


TRICKY LEAKS - sejarah johor mungkin berubah

umno makin takut untuk mengatakan bahawa sejarah lampau negeri johor terpaksa ditulis kembali atau terus dihantar ke muzium, rakyat labis di dun tenang nampaknya semakin hampir untuk memulakan sejarah baru.

sejarah lama bersama umno hendak disimpan kedalam muzium. rakyat dun tenang mulai mempamerkan sokongan terbuka walaupun masih ditahap sederhana, kerjakeras pertugas pertugas mulai berhasil, fitnah fitnah dari umno dijawab dengan sendiri oleh umno, blogger umno mati kutu walaupun update berita 24jam sehari walaupun tengah tidur masih berupdata blog. dalam mimpi masih update blog.

dalam mamai masih mampu isi borang clain elauan pejalanan dengan kerajaan dan umno sendiri. gerak kerja saraf dan serangan saraf mulai berkesan dan menuju satu tempat yang jitu.

pengundi melayu tenang perlu diyakinkan bahawa mengundi pas akan membawa banyak lagi kemudahan dan juga yang tak terfikir dihati. undilah pas semoga kawasan dun tenang akan berolehi nikmat kebahagiaan dan ketenangan.

segala projek akan dihantar dan disalur ke bahagian tenang jika tenang kalah dalam prk ini. korbankan TOKAI, Tokai perlu dikorbankan oleh rakyat tenang, pastikan pembangkang mengambil alih dun ini dan tak mustahil akan terus bersama pakatan rakyat dimasa akan datang.

kertas kertas kempen sudah mulai pantas beredar, jelajah rumah yang mempunyai bendera umno, pasangkan rumah dia dengan kertas kempen pas dan juga kalau bole ganti aje bendera umno dengan bendera pas.timbulkan huruhara dalam markas umno melihat bagaimana penduduk melayu menyambut baik kedatangan pemimpin pakatan rakyat.

cikgu mala dan semakin laju melangkah kedepan, pengikut dan pengiringnya semakin ramai sekarang, budak budak terus mencipta fenomena baru dalam corak pola sokongan, walaupun tak berapa nak mengerti apa itu politik, budak budak dah makin berminat dengan bendera hijau, yang bermata sepet pun duk usung bendera bulan mengambang berwarna hijau.

bendera umno makin banyak menghiasi rumah pengundi melayu, bendera umno seolah mengatakan penghuninya adalah penyokong tegar umno dulu kini dan selamanya. rupanya ada juga tanpa disedari tuan rumah dipasang bendera umno.

bendera umno terpasang dan berkibar muram belum tentu penghuni rumah itu penyokong umno secara totok.

umno ditolak sudah oleh melayu, pas menang dikawasan bandar pru yang lalu, kali ini momentuk pengundi melayu juga sudah berubah, melayu ingin bersama pas, daya tolakan cikgu mala boleh memadamkan terus keupayaan umno.

umno yang sejak awal memandang lekeh keupayaan cikgu mala mulai menelan payau kelat pahit mulut melihat kelibat cikgu mala.

memperlengkehkan keupayaan cikgu mala menyerap tekanan dan juga propanganda musuh dalam keadaan bersahaja memperlihatkan bagaimana tabahnya muslimat ini.

pelbagai fitnah dibuat oleh blogger umno dan juga sb dan agen umno namun calon pas begitu kukuh menahan asakan menggila dari umno dan geng.

serangan chua porno sedikit tidak menjejaskan imej cikgu mala, imej chua porno makin malap dan terpaksa mengemis dikawasan cina untuk bersalam. chua porno dikatakan gila bersalam dilabis dan digambarkan manusia yang gila sex.

ditambah dengan kebangangan chua jr yang tak berapa faham bahasa melayu. tohmahan dan fitnah chua jr dan makin menikam balik diri sendiri. chua porno dan anak beranak makin hilang genggaman di labis sekarang. masa chua porno and the son dah dilihat makin berakhir. serangan keatas cikgu mala menandakan bahawa chua porno dan chua jr makin dinyahkan di labis.

habis dah riwayat seorang pelakon porno di labis. imej porno labis perlu dibersihkan. umno mati kutu kalau dipersoalkan hal chua porno. apakah mca bersetuju dengan angkara pornografi, jika mca bersetuju maka punahlah rakyat labis.

Muhyiddin sindir PM


Muhyiddin Terlupa BN Hanya Menang Mudah Dalam PRU 2008

Menteri Besar Gagal Dapat Sokongan Dun Patut Letak Jawatan - Muhyiddin

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Jan (Bernama) -- Seseorang Menteri Besar yang gagal mendapat sokongan majoriti dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) patut meletak jawatan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata kegagalan mendapatkan sokongan majoriti membuktikan kredibiliti yang lemah Menteri Besar terbabit.

"Sepatutnya beliau (Menteri Besar) meletak jawatan kerana tak dapat sokongan majoriti di DUN," katanya semasa sesi dialog pada majlis makan malam yang diadakan di Dewan Besar Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini malam Selasa.

Menjawab satu soalan bahawa terlalu banyak "politicking" di Malaysia sehingga menyebabkan kepentingan rakyat terabai, Muhyiddin berkata ia berpunca daripada tindakan pembangkang.

"Kita (kerajaan) terpaksa respon, kalau tidak nanti orang kata kita tidak buat apa-apa," katanya.

Selangor, yang mengadakan sidang khas DUN semalam, gagal mendapat sokongan majoriti dua pertiga untuk meminda Perkara 52 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri 1959.

Usul pindaan rang undang-undang, yang dibentangkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bertujuan mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif Selangor, iaitu Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK), Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kerajaan sedia mengkaji untuk membenarkan pelajar yang memiliki kelayakan setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia seperti O Level kerana mengikuti ibu atau bapa yang bermastautin atau bertugas di luar negara memohon pinjaman MARA, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Malaysia bagi melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi. -- BERNAMA

Ulasan GB

Muhyiddin TERLUPA bahawa BN memenangi pilihanraya pada 2008 dengan majoriti mudah, BUKAN dengan majoriti 2/3.

Bererti juga, PM dan TPM Malaysia SEBENARNYA tidak mendapat sokongan 2/3 majoriti parlimen - dan jika mengikut rumusan Muhyiddin sendiri - membuktikan kredibiliti yang lemah PM/TPM terbabit.

Bodoh bin bangang TPM yang juga menjadi Menteri Pelajaran Malaysia!

Nota : Apakah juga ianya bermaksud PM Najib wajar meletak jawatan...ganti dialah...

Selasa, 25 Januari 2011

Imam dari Pahang nafi rampas kuasa solatkan jenazah


Imam nafi tuduhan Utusan


Che Zuhar Che Haron, ahli PAS dari Pahang yang mengimamkan solat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Kolam Air Felda Tenang, menafikan sebuah berita daripada akhbar Utusan Malaysia hari ini yang menggambarkan beliau seolah-olah ‘merampas’ untuk menjadi imam solat berkenaan.

Sebaliknya, beliau telah ditarik tangan oleh penduduk tempatan dan makmum Masjid An-Nur Felda Tenang itu, setelah jenazah yang sampai sejak jam 10.30 pagi sehingga jam 2 petang tidak disempurnakan kerana imam masjid berkenaan pergi ke padang menyambut Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dakwat hitam belum boleh guna


SPR enggan guna dakwat, kekal undi pos
Nazri Abdullah

PUTRAJAYA, 24 Jan: Pakatan Rakyat melahirkan rasa kesal ekoran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetap dengan pendirian tidak mempertimbang cadangan mereka bagi penggunaan dakwat kekal.

SPR juga turut menolak desakan menghapuskan undi pos yang didakwa tidak telus.

Bagaimanapun jelas Ahli MPP (Ex-Officio) PKR, Sivarasa Rasiah, SPR mempertimbang untuk menambah baik sistem tersebut.

"Bagi pendaftaran automatik, SPR juga memberitahu tidak akan dilaksanakan kerana perlu kepada pindaan perlembagaan," katanya lagi.

Selain pendaftaran automatik, turut menuntut pindaan perlembagaan adalah cadangan supaya umur layak mengundi diturunkan kepada 18 tahun.

Sehubungan itu, perkara tersebut perlu dibawa ke Dewan Rakyat jika mahu dilaksanakan.

Pakatan Rakyat turut yakin bahawa tiada persempadan semula akan dibuat jika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 diadakan tahun ini.

Keyakinan itu dilontarkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali selepas pertemuan antara pemimpin Pakatan Rakyat dengan SPR di sini, hari ini.

Menurut penjelasan SPR katanya, kajian persempadanan semula hanya akan bermula 21 Mac tahun ini dan mengambil masa dua tahun sebelum dilaksanakan.

"Jadi kita boleh buat kesimpulan, kalau pilihan raya dibuat 2011, maka tiada persempadanan semula," katanya pada sidang media di lobi pejabat suruhanjaya itu.

Turut serta pada pertemuan dengan anggota tertinggi SPR itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abd Halim Abd Rahman, Setiausaha Biro Pilihan Raya DAP, Liew Chin Tong, Ketua DAPSY, Antony Loke dan dua wakil dari sekretariat Pakatan Rakyat.

Pertemuan kira-kira satu jam setengah itu antara lain turut membincangkan isu proxy voting, undi pos kepada askar wataniah, penggunaan dakwat kekal, pendaftaran automatik serta umur mengundi 18 tahun.

"Pengerusi SPR memberi jaminan bahawa proxy voting tidak akan dilaksana," tambahnya lagi.

Berhubung dakwaan askar wataniah akan mengundi secara pos pula beliau berkata, SPR turut memberi jaminan perkara itu tidak berlaku.

"SPR juga memberi jaminan askar wataniah tidak termasuk dalam undi pos," katanya.

Sebelum ini jelasnya, terdapat kebimbangan berhubung status undi askar wataniah sama ada mengundi sebagai pengundi pos atau biasa.

Seperkara lagi yang turut dibincangkan adalah cadangan tempoh kempen selama 21 hari.

Menurut Liew, jumlah tersebut adalah separuh daripada amalan pada pilihan raya umum pertama tahun 1959 yang menetapkan tempoh kempen sebanyak 42 hari.

mca rujuk tabiat Rosmah


Siapa Salah? Soi Lek? Rosmah?

Kenyataan pelakon porno kelmarin mengundang reaksi keras pelbagai NGO dan tokoh Islam, antaranya Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM), Harussani dan PAS sendiri.

Isu melibatkan Normala Sudirman yang ditimbulkan oleh Soi Lek berpunca akibat kegagalan memahami Islam.

Memang benar sebagaimana dakwaan Normala bahawa BN gagal memahamkan komponennya berhubung adab Islam berhubung wanita tidak dibenarkan bersalaman dengan lelaki. Lihat sahajalah gelagat Rosmah sewaktu berada di Oman yang begitu mesra bersalaman dengan lelaki disana.

Oleh itu janganlah marahkan Chua Soi Lek. Dia lihat Rosmah bersalaman dengan lelaki dan tiada pula mana-mana NGO atau Mufti yang menegur perbuatan mungkar Rosmah itu.

Jadi Soi Lek mungkin belajar dari Rosmah yang bukan sahaja bersalaman malahan 'laga pipi' dengan Sharukh Khan, dengan tiada siapa yang berani menegur.

Jadi Siapa Salah? Rosmah? Najib? Soi Lek? .... bagi aku SEMUA SALAH hahaha

Adun Selangor tolak tak apa tapi akan jadi sejarah


Khalid cadang bawa isu pindaan perlembagaan untuk semakan kehakiman

SHAH ALAM, 24 Jan — Isu pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor nampaknya belum selesai walaupun kerajaan negeri gagal mendapat undi majoriti dua pertiga untuk meminda undang-undang itu dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri hari ini.

Ini kerana Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau bercadang membawa isu pindaan berkenaan untuk semakan kehakiman.

“Saya mahu buat perubahan. Perubahan ini perlu. Saya tahu politik banyak permainan tapi pengurusan (berlainan), kalau tidak, tak dapat ukur kecekapan (pentadbiran),” katanya semasa menggulung perbahasan rang undang-undang berkenaan pada sidang itu di sini.

Khalid berkata beliau akan pergi ke seluruh Selangor termasuk di kawasan kerusi Barisan Nasional (BN) untuk menerangkan isu pindaan itu yang mana kerajaan pakatan pembangkang sudah berusaha sedaya upaya untuk memartabatkan institusi raja dengan mengembalikan kuasa Sultan tapi gagal.

“Saya berharap kita bersama-sama belajar. Mengapa kita tak buat perubahan. Kita jaga Selangor, kita wakil rakyat. Takkanlah kita nak benarkan (kerajaan) persekutuan halang pembangunan (negeri ini), katanya.

Beliau berkata apa yang berlaku hari ini adalah sejarah dan akan direkodkan dalam hansard Dewan dan akan dikenang dan boleh dibuat rujukan supaya masa depan negara kita akan lebih baik dan terbuka.

“Kepada Anggota Dewan yang tak bersetuju dengan pindaan, tak mengapa, tak ada masalah.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Adun BN yang turut hadir dan mengambil bahagian dalam perbahasan,” katanya. — Bernama

Jumaat, 21 Januari 2011

Tok ai BUKAN pilihan Umno Johor, mca


TRICKY LEAKS - calon umno tidak direstui oleh umno johor





najid menggunakan pendekatan libas dan cantas kepada umno johor, tersengih sengih muhyidin bila najid memakai pendekatan begitu, umno johor tak berkata apa apa kerana pilihan mereka tidak diakui oleh umno pusat.

umno johor tak berpuashati sebab itu majlis mengumumkan calon umno ditenang dibuat dibelakang lorong mati. suasana hambar dimajlis pengumuman calon. muhyidin nak menang majoriti 5000, najid sendiri tak yakin menang sebanyak itu, sebelum konfiden muhyidin lebih menaik najid mencantas dengan selambanya.

mca johor juga kurang setuju dengan pemilihan calon. tapi najid mempunyai kuasa pemutus menyebabkan muhyidin, uncle chua, shahrizat terkulat kulat. tapi umno johor tetap bersatu hati walaupun mulai terguris dengan tindakan najid.

calon azhar berahim rupanya banyak menyelesaikan masalah tanah disegamat. bagaimana seorang calon yang banyak menyelesaikan masalah tanah tapi tak selesai lagi masalah tanah felda kepada generasi kedua.

apakah tok ai panggilan manja calon umno disini buat kerja atau tak buat kerja sampaikan ditukarkan ke rengit satu daerah yang mundur berbanding labis. apakah prestasi tok ai diragui dalam pentadbiran. bagaimana orang yang dikatakan dekat dihati penduduk labis tidak dikenali, walaupun dengan bangga dia menyebut dia anak bekas adun tenang yang lama, ada sesuatu kepada calon yang tak popular ini.

semua menolak untuk bercakap hal calon ini. apakah tok ai bukan calon harapan nak menang atau hanya kambing kelabu asap yang nak disembelih saja saja oleh najid bagi memalukan ghani othman dan muhyidin yang tengah berpadu untuk menaiki hiraiki umno.

jika ini agenda najid, bermakna najid akan mempunyai ramai timbalan sebagaimana mentornya. najid juga tak gemar dengan muhyidin. sebab itu najid pakai cantas dan libas calon dijohor, kalah satu kerusi tak akan menumbangkan kerajaan umno yang gagah perkasa.

umno kalah tak apa ditenang, umno masih berkuasa dijohor dan umno masih mempunyai kuasa majoriti untuk meminda apa saja dalam dewan undangan negeri. apa dikisah kehilangan satu kerusi, sabotaj akan berlaku jika ini berlaku dalam hati penyokong umno, umno pusat perlu diajar menghormati umno johor tapak lahirnya umno durjana.

kalau najid boleh memalukan muhyidin apa salahnya umno johor memalukan najid sekali ini. berikanlah kemenangan kepada calon pas, hantar suara baru kedewan bukannya lama sangat pun kerusi ini ditangan pas. mencongak lebih baik dari terus ditipu oleh umno pusat.

uncle chua porno pun nampaknya terpaksa berlembut lidah berhadapan dengan wartawan kerana ini bukan calon yang direstui oleh mca. umno johor terguris dengan tindakan umno pusat, mca labis terasa dihina oleh najid.

chua porno berkata kita terpaksa menerima apa saja keputusan umno, begitu juga umno menerima keputusan kita itulah tanda kekuatan barisan nasional. apakah tok ai akan disembelih hidup hidup bagi memberikan pengajaran kepada umno pusat yang perlu lebih beradab dalam menentukan calon yang akan bertanding.

Calon BN berimej 'elit'

Lihatlah calon BN di Tenang yang bertubuh gempal, anak YB dan kerja ADO, golongan mewah dan elit macam ini mana nak rasa akan kesusahan rakyat...

Tenang - Tidak berapa tenang, harap semua bertenang

“BN bermasalah diPRK Tenang, betul ke?” tanya seorang sahabat saya semasa kami 3 empat orang rakan-rakan sedang minum the tarik mamak yang tidak jauh dari rumah saya. Saya kata yang saya tidak tahu kerana saya tidak pergi keTenang kerana sibuk dengan kerja lain yang perlu saya selesaikan.

Tetapi saya menjangkakan masalah memang akan timbul, kalau tidak besar sedikit-sedikit mesti timbul kerana sebab-sebab yang susah hendak dielakkan. Oleh kerana Tenang adalah kubu kuat UMNO dan BN maka ramai diantara kepimpinan diBahagian Labis berminat untuk menjadi calun didalan PRK ini. Perebutan untuk menjadi calun memang jelas kelihatan dan didengari dari awal-awal lagi.

Akhirnya semua dikalangan yang berebut itu tidak kesampaian hajat untuk menjadi calun, sebaliknya kesempatan itu diberikan kepada seorang bekas Penolong Pegawai Daerah Azhar Ibrahim untuk mewakili BN. Mereka dari pimpinan bahagian tidak diberikan kesempatan itu kerana UMNO kononya sedang mencari ‘winnable candidate’ seperti yang dijanjikan oleh DS Najib dalam perhimpunan agung UMNO baru-baru ini.

Tetapi adakah Azhar benar-benar seorang yang ‘winnable”? Jika Azhar membuatkan barisan kepimpinan UMNO Labis terlopong-lopong bolehkah UMNO dan AJK Bahagian memberikan kerjasama yang secukupnya untuk memberikan tentangan kepada calun PAS Puan Normala Sudirman 38 tahun yang nampaknya boleh diterima dengan agak baik oleh masyarakat disitu.

Pendeknya permasalahan dikalangan UMNO diLabis memang wujud dan kelihatan permasalahan itu semakin hari semakin jelas kelihatan. Semasa pilihanraya inilah isu anak tempatan dan orang luar timbul kerana pemangku ketua bahagian Labis itu adalah dari Negeri Sembilan, sama seperti Arwah Sulaiman Taha dahulu. Memanglah Timbalan Ketua ini merasakan kecil hati kerana beliau diperguna untuk mengetuai bahagaian tetapi apabila memiih calun beliau sewenang-wenangnya diketepikan seolah-oleh beliau tidak pernah berguna kepada UMNO diLabis.

Pengundi Cina merangkumi 39 peratus dari keseluruhan pengundi diTenang tetapi masalah dalaman MCA yang melibatkan Chua Soi Lek dan anaknya yang merupakan Ahli Parlimen disitu bukan kecil masalahnya. Dikalangan ahli-ahli dan pemimpin MCA pepecahan belaku kerana Chua Soi Lek telah mengenepikan ramai pemimpin-pemimpin Cina kerana memberi peluang kepada anaknya sendiri dan ini masih menjadi buah mulut dikalangan orang-orang Cina diLabis itu. Jika tidak ada punmmasalah dikalangan orang Cina didalam MCA kecenderungan bagi orang Cina untuk mengundi parti alternatif, dalam kontek ini DAP adalah amat besar. Setiap penganalisis memberikan angka 80 peratus dari kaum Cina akan mengundi pihak pembangkang.

Usaha Najib untuk memberikan bantuan RM 5juta kepada sekolah-sekolah Cina diLabis itu dikatakan tidak akan mengalihkan minat kaum Cina kepada DAP. Kaum India pula sekarang ini masih terganggu dengan isu interlock dan segala usaha untuk memberikan penerangan jelas terhadap isu masih belum berjaya kerana ahli-ahli MIC sendiri mempunyai pendirian menentang buku interlock itu dijadikan sebagai buku teks untuk pelajar-pelajar tingkatan 5.

Dalam pilihanraya yang lalu undi untuk pembangkang yang diberikan oleh orang Melayu semakin hari semakin bertambah. Parti PAS merupakan pilihan orang Melayu yang tidak menyokong UMNO dan parti-parti dalam BN.

Jika keadaan ini benar maka adalah dikhuatiri imej Tenang sebagai kubu UMNO akan berakhir dan menjadi seperti kawasan-kawasan yang lain dinegeri-negeri yang lain.

Undi penting dalam PRK ini adalah undi-undi orang Melayu dan Cina Jika benar 80 peratus dari pengundi Cina memberikan sokongan kepada pembangkang dan 35 peratus pengundi Melayu memberikan sokongan kepada PAS maka peluang untuk parti pembangkang untuk memberikan tentangan kepada UMNO dan BN.

Walau bagaimana pun adalah terlalu awal untuk melihat keadaan yang sebenarnya kerana penamaan calun hanya akan diadakan pada 22 hb nanti. Apabila sudah selesai penamaan calun barulah mana-mana pihak akan dapat memberikan pandangan masing-masing dengan lebih hampir kepada yang sebenarnya.

Menang atau kalah bagi mana-mana pihak dalam pilihanraya ini akan mempengaruhi situasi dalam pilihanraya umum nanti. Sama-samalah kita tunggu. Bak kata perbilangan ‘tidak lari gunung dikejar’.

Khas kepada peminat honda klasik

C70 Harley Chopper (klik)

C70 Harley Chopper. Kreativiti seseorang bergantung kepada bagaimana mereka membuat sesuati yang berbeza. Inilah hasil kreatif pemilik Honda c70. Sekarang lebih cantik dan lebih bergaya.





Awas, fitnah semakin menjadi-jadi


"Fitnah" Dan "Lucah" Sudah Menjadi Darah Daging Blogger ProUMNO

Blogger Umno mula fitnah calon PAS

Tarmizi Mohd Jam dengan blognya di sanggahtoksago.blogspot


Hadapi blogger PEMFITNAH pro-Umno: Seru adakan solat hajat, dedah indentiti mereka setiap hari di alam siber

Koordinator Majlis Makan Malam Blogger bersama Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 15 Januari lalu, Tarmizi Mohd Jam menyeru semua ahli-ahli PAS, dan umat Islam dalam Pakatan Rakyat mengadakan solat hajat bagi dijauhkan daripada sebarang fitnah jahat para blogger PEMFITNAH pro-Umno yang bergentayangan di alam siber.

Seorang blogger PEMFITNAH pro-Umn, PAPAGOMO, antaranya kini sedang ligat memutarkan fitnah kononnya pertemuan blogger bersama Tuan Guru Nik Aziz Sabtu lalu, setiap blogger diberi RM500, laptop, broadband dan telefon mudah alih jenama Blackberry.

Terkini facebooker bernama "Suara Dari Bumi" yang terkenal dengan FITNAH JAHAT KEJAM nya memaparkan fitnah dengan mendakwa dalam facebooknya: "Normala tinggalkan suami lama, kejar Maarof kaya. DIA ada skandar sebelum kahwin.Ingat pas ingat zina. Ingat pas ingat maksiat".

Inilah taktik yang sama berulang-ulang dilakukan kepada semua calon-calon Pakatan Rakyat sebelum ini. Calon PAS di Galas dituduh berzina dengan ibunya sendiri, sebelum itu hangat ADUN PAS Selingsing dituduh berzina dalam gerabak keretapi. Semasa Pilihan Raya kecil Hulu Selangor Zaid Ibrahim dijatuhkan dengan isu arak.

Apabila melihatkan bahawa fitnah zina sebagai peluru yang cukup ampuh bagi para blogger dan facebooker di dalam menjatuhkan calon Pakatan Rakyat, kali ini, sekali lagi isu zina digunakan untuk menjatuhkan Puan Normala Sudirman, calon PAS DUN Tenang. Di bawah ini bukti Facebooker upahan sudah mula mencipta isu zina untuk menjatuhkan Calon PAS DUN Tenang [Facebook].

Mengulas lanjut, Tarmizi yang juga Setiausaha Jawatankuasa Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat berkata, semua blogger pro Pakatan Rakyat diseru melancarkan kempen alam siber mendedahkan laman dan blogger PEMFITNAH pro-Umno secara besar-besaran dan berterusan setiap hari. Ia bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan persepsi dan minda di kalangan pembaca blog dan pengunjung alam siber.

"Blogger PEMFITNAH pro-Umno ini, diyakini bukan dari kalangan orang terdidik agama. Sebab itu tak takut langsung dengan fitnah. Tak ada pertimbangan dosa pahala. Mereka memang berani memfitnah. Seolah-olah tiada hari pembalasan untuk membicarakan apa yang mereka lakukan di atas muka bumi ini semasa hayat," tegas Tarmizi.

Beliau bagaimanapun, menghormati pandangan yang berbeza dengan para blogger Umno yang tulen, berhujah dengan fakta dan bukti, serta menghormati hak demokrasi di negara ini. Tetapi, blogger PEMFITNAH yang saban hari mengada-ngadakan cerita patut dibanteras, dihukum dan dinyahkan dari alam siber.

Tarmizi menyeru semua cawangan PAS, dewan-dewan, kawasan menganjurkan solat hajat ini, kerana ia lanjutan Solat Hajat Perdana di Stadium Melawati Shah Alam baru-baru ini, agar negara diselamatkan dari kekacauan dan fitnah dahsyat para blogger PEMFITNAH pro-Umno ini.

Pada 15 Januari lalu, Kerajaan Kelantan telah menganjurkan majlis ramah-mesra dengan para blogger dan facebooker di Hotel Grand Seasons. Lebih 200 blogger pro Pakatan Rakyat hadir dan mereka benar-benar berpuashati dengan keraian yang ditunjukkan oleh kepimpinan kerajaan negeri. Hampir semua Exco hadir termasuk Timbalan Menteri Besar dan Sepaker Dun. -sanggahtoksago

hari ini di dalam satu kenyataan media telah membuat seruan kepada ahli-ahli PAS, dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang beragama Islam supaya mengadakan solat hajat bagi dijauhkan daripada sebarang fitnah jahat para blogger yang didakwanya sebagai pemfitnah atau pro-Umno/BN yang bergentayangan di alam siber.

KLToday.com melaporkan beliau mendedahkan satu blog pro-BN iaitu Papagomo dikhabarkan sedang ligat memutarkan fitnah yang mendakwa pertemuan blogger bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Nik Aziz Nik Mat pada Sabtu lalu yang kononnya setiap blogger yang hadir diberikan wang tunai sebanyak RM500, sebuah komputer riba laptop, kemudahan percuma talian broadband dan sebuah telefon mudah alih jenama Blackberry.

Sementara itu juga, seorang pemunya laman Facebook, “Suara Dari Bumi” pula di dalam mesej facebooknya pula membuat fitnah yang mendakwa calon PAS di Tenang, Normala Sudirman (gambar bawah sebelah kanan) meninggalkan suaminya, tohmahan mempunyai skandal luar dan malah menyeru pembacanya jika ingat perkataan zina kenalah ingat PAS.

Taktik-taktik jahat ini didakwa adalah sama dengan yang dilakukan ke atas semua calon dari PR sebelum ini. Contohnya calon PAS di PRK Galas sebelum ini yang didakwa berzina dengan ibunya sendiri dan calon PKR semasa di Hulu Selangor dahulunya, Datuk Zaid Ibrahim dikaitkan dengan isu arak dan judi lumba kuda.

Semua blogger pro-PR adalah diseru melancarkan kempen alam siber mendedahkan laman dan blogger-blogger ’pemfitnah’ pro-Umno secara besar-besaran dan berterusan setiap hari. Tujuannya adalah untuk mengelakkan kekeliruan persepsi dan minda di kalangan pembaca blog dan pengunjung alam siber.

Beliau bagaimanapun, menghormati pandangan yang berbeza dengan para blogger Umno yang tulen, berhujah dengan fakta dan bukti, serta menghormati hak demokrasi di negara ini. Tetapi, blogger-blogger yang memilih cara fitnah yang saban hari mengada-ngadakan cerita patut dibanteras, dihukum dan dinyahkan dari alam siber.

Semua cawangan PAS, dewan-dewan, kawasan diseru menganjurkan solat hajat ini, kerana ia adalah lanjutan Solat Hajat Perdana di Stadium Melawati Shah Alam yang diadakan baru-baru ini agar negara diselamatkan dari kekacauan dan fitnah dahsyat para blogger pemfitnah pro-Umno ini.

Pada 15 Januari lalu, Kerajaan Kelantan telah menganjurkan majlis ramah-mesra dengan para blogger dan facebooker di Kuala Lumpur (gambar atas). Lebih 200 blogger pro-PR dan pro-rakyat hadir dan mereka benar-benar berpuashati dengan keraian yang ditunjukkan oleh kepimpinan kerajaan negeri. Hampir semua Exco hadir termasuklah Timbalan Menteri Besar dan Speaker Dun Kelantan. -harakahdaily