Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Rabu, 18 Januari 2012

Cybertrooper Umno Masuk PAS

Lagi Blogger Sertai Pakatan

BLOGGER dan aktivis maya UMNO, Husaini Harun, yang terkenal dengan serangan-serangan terhadap PAS di alam maya sebelum ini, kini menyerahkan borang permohonan untuk menyertai PAS.

Borang diserahkan kepada Timbalan YDP PAS Kawasan Alor Setar, Haji Zulkifli Yahaya di pertemuan santai bloggers dan rakan maya PAS Daerah Kota Setar yang diadakan Pejabat PAS Kawasan Alor Setar.

Sementara itu satu majlis rasmi penyertaan beliau dan rakan-rakan muda secara beramai-ramai ke dalam PAS akan diadakan di kawasan DUN Bakar Bata

Sementara itu seorang lagi blogger UMNO Kedah dijangka menyertai PAS dalam masa terdekat. Penyertaan mereka ke dalam PAS merupakan pukulan terhadap kumpulan aktivis maya UMNO Kedah kerana mereka adalah anak didik kepada Dr. Novandri dan Papagomo dan telah menyertai banyak kem latihan cyber troopers UMNO.

http://bagindareformasi.blogspot.com

PS : Perjuangan mereka sia-sia, duit haram bagi makan anak isteri dengan fitnah kepada PAS, Anwar dan pakatan, kembalilah kepada Islam, tebus semula dosa dengan memberi maklumat sebenar dan dedahkan penyelewengan melalui maya...teruskan perjuangan.

1 ulasan:

  1. perjuangan sia-sia?? haha nak tergelak tu..pegilah kepada PAS..tak luak pun..sbb dia hanya blogger picisan..hehe

    BalasPadam