Buat anak tercinta Nasyeha as-Sakina moga dipermudahkan oleh Allah SWT di dalam menjawab soalan-soalan PMR yang dikemukakan.
Sempena bulan Ramadhan yang penuh "barakah"...ini mudah-mudahan dilapangkan hati,ditenangkan fikiran dan ditajamkan minda ...untuk menghadapi segala ujian yang mendatang...amin
Buat semua pelajar tingkatan 3 Madrasah Masriyah yang mengambil PMR dan Tingkatan 2 yang mengambil SMRA moga beroleh keberkatan dan dipermudahkan di dalam menjawab soalan.
Kita cuba menjadi yang terbaik...dan tidak rugi untuk menjadi yang terbaik..kerana firman Allah yang bermaksud :Umat Islam adalah umat yang terbaik di kalangan manusia...
Maka...aplikasikanlah...agar kita menjadi yang terbaik di dunia dan di akhirat...tiada siapa yang dapat mengubah nasib dirinya kecuali dirinya sendiri...dan pastinya dengan bantuan dan pertolongan Allah SWT.
Tiada Allah jadikan sesuatu itu sia-sia...tetapi setiap apa yang Allah SWT jadi dan ciptakan itu pasti ada kebaikan dan hikmahnya.
Begitulah kehebatan kekuasaan Allah SWT..mengatur hidup hambaNya...cuma kita saja yang kadang-kadang dan selalunya lupa dan alpa dengan ketentuan Qada' dan QadarNya.
Berusahalah kita menjadi yang "TERBAIK" dan tiada sesuatu yang "MUSTAHIL" bagi ALLAH SWT.
Moga kehidupan kita terus dilorong dan dipandu ke jalan yang lurus..jalan yang diredhai olehNya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan