Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Rabu, 10 Ogos 2011

Khazanah jual MAS bukti ekonomi semakin parah

NONE







Dakwaan monopoli AirAsia- MAS adalah 'gila'

Ketua dua syarikat penerbangan terbesar di Malaysia hari ini menolak kebimbangan bahawa rangka kerja kerjasama komprehensif (CCF) yang baru dimeterai mereka akan mewujudkan monopoli.

Mereka sebaliknya mendakwa tindakan itu akan menjurus ke arah pertumbuhan dan meningkatkan daya saing dalam segmen pasaran masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata isu monopoli tidak timbul kerana perjanjian itu hanya melibatkan pertukaran saham antara syarikat penerbangannya dengan Penerbangan Malaysia (MAS).


"Ini bukan penggabungan ... dakwaan monopoli itu gila," katanya pada sidang akhbar selepas menandatangani CCF di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Katanya, rangka kerja kerjasama itu akan menguntungkan bukan sahaja kedua-dua syarikat penerbangan berkenaan tetapi juga memberi manfaat kepada pengguna. Ini kerana ia meletakkan pemain industri negara demi kepentingan perniagaan mereka dan ekonomi dan pada masa yang sama menyediakan perkhidmatan yang lebih baik serta menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan.

NONEPengarah Urusan Khazanah Datuk Azman Mokhtar berkata rangka kerja baru ini akan memberi penekanan kepada kekuatan utama kedua-dua syarikat penerbangan. Katanya, ia adalah "dua syarikat yang berbeza dan berasingan dengan dua model perniagaan yang berlainan.

Menurut beliau, fokus atau tumpuan adalah kecekapan teras kedua-dua syarikat itu, dengan MAS mengendalikan penerbangan perkhidmatan penuh jarak jauh manakala AirAsia pula mengekalkan operasi tambang murah yang berjaya.

Azman turut menafikan bahawa pertukaran saham itu satu bentuk menyelamatkan syarikat penerbangan negara yang didakwa bermasalah itu.
azlanTegasnya, "tidak ada wang tambahan" yang dikeluarkan sama ada dari pihak kerajaan mahupun AirAsia dalam urusniaga itu.

Menurut Fernandes CCF itu bukan hanya akan meningkatkan daya saing mereka tetapi "menjadikan hub kami lebih kuat" dalam menarik lebih ramai ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Langit had," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan